///
See Also: Shutterstock

Search : Pps News   Page 1    



30 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Mersing 30 mangsa banjir .. - Mgazette - 17/12 8:12 am

MERSING - Seramai 30 mangsa banjir dari Kampung Baru Air Tawar dan Kampung Hubong, Endau di sini dipindahkan ke satu pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini selepas kediaman mereka dinaiki air





Kuantan kembali dilanda banjir - Sinarharian - 16/12 4:28 pm

KUANTAN Beberapa kawasan sekitar daerah ini kembali dilanda banjir ekoran hujan lebat sehingga berlaku limpahan air Sungai Belat dan Sungai Kuantan di sini pada Selasa.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuantan memaklumkan sehingga jam 1 tengah hari, empat kampung terjejas banjir dengan bilangan mangsa seramai 223 orang.Menurutnya, kampung terlibat terdiri daripada Kampung Jaya Gading, Kampung Sri Mahkota, Kampung Seri Damai dan Kampung Panching."Ketika ini, seramai 20 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Jaya Gading; Dewan Orang Ramai Kampung Sri Mahkota (60 keluarga); Dewan Orang Ramai Kampung Seri Damai (60 keluarga); Sekolah Kebangsaan (SK) Fakih Abdul Samad (50 keluarga); SK Wira (18 keluarga) dan SK Mat Kilau (15 keluarga)," katanya.Jelas jawatankuasa itu, jumlah mangsa terjejas dijangka akan bertambah memandangkan masih ramai mangsa terlibat dalam proses pendaftaran."Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan telah bergerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat mangsa yang terjejas di PPS."Kami juga membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses pendaftaran dan pengurusan mangsa banjir," ujarnya.Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 3 petang Selasa, paras Sungai Belat di Seri Damai di sini telah melepasi paras bahaya dengan bacaan 5.98 meter (paras bahaya 4.80 meter).Lima sungai lain turut melepasi paras amaran iaitu Sungai Kenau di Sungai Rimau dan Sungai Soi di Jalan PekanKuantan, Kuantan; Sungai Tembeling di Kampung Merting dan Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut; serta Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis.Selain itu, lapan sungai lain dilaporkan melepasi paras waspada.





Limpahan Sungai Belat, Sungai Kuantan akibat hujan lebat, tiga PPS dibuka di Kuantan - Utusan - 16/12 2:42 pm

KUANTAN: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah ini akibat banjir yang berpunca daripada limpahan air Sungai Belat dan Sungai Kuanyan ekoran hujan lebat sejak semalam





Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit, Sarawak kian pulih - Sinarharian - 16/12 10:16 am

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu meningkat sedikit setakat 9 pagi ini manakala situasi di Sarawak semakin pulihDi TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 470 orang daripada 141 keluarga berbanding 326 orang daripada 101 keluarga petang semalam.Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Hulu Terengganu mencatatkan 266 mangsa daripada 86 keluarga yang berlindung di empat PPS sejak 14 Dis lepas melibatkan Bangunan PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balairaya Kampung Kemat dan Balairaya Kampung Pelandan.Di Kemaman pula sebanyak 204 mangsa daripada 56 keluarga berlindung di enam PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Dewan Sivik Air Putih, Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tayur Hulu, Dewan Ketengah Dandong, Dewan Orang Ramai Batu 14 dan Masjid Kampung Batu 16 Tebak.Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my paras air di stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak di Besut melepasi paras bahaya manakala Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman serta Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F2) di Hulu Terengganu melepasi paras amaran.Di SARAWAK, JPBN negeri dalam kenyataan setakat 8 pagi memaklumkan dua mangsa daripada satu keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaaan Suai, Niah manakala dua mangsa banjir sekeluarga dan empat mangsa kejadian tanah runtuh sekeluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Bulan Sabit Merah.Jumlah itu menurun daripada 11 orang melibatkan lima keluarga yang ditempatkan di PPS terbabit petang semalam





14 PPS dibuka akibat banjir - Thempress - 15/12 7:28 pm

PUTRAJAYA – Seramai 545 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri, setakat jam 5 petang tadi





Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit - Sinarharian - 15/12 7:08 pm

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dilaporkan meningkat sedikit setakat 5 petang Isnin, manakala situasi di Sarawak semakin pulih.Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 326 orang daripada 101 keluarga, berbanding 299 orang daripada 78 keluarga pagi tadi.Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, di daerah Hulu Terengganu, sebanyak 274 orang daripada 87 keluarga berlindung di lima PPS sejak malam tadi.PPS berkenaan ialah Bangunan PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Pelandan dan Balai Raya Kampung Tapah.Sementara itu, di daerah Kemaman, 52 orang daripada 14 keluarga bertempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Masjid Sungai Mas dan Dewan Sivik Air Putih.Di SARAWAK, JPBN negeri memaklumkan situasi banjir semakin pulih dengan hanya dua PPS masih beroperasi di Miri.JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat petang Isnin, 11 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaaan Suai, Niah dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah, berbanding 18 orang daripada sembilan keluarga pada pagi tadi





Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, Sarawak makin pulih - FMT - 15/12 10:27 am

Seramai 299 mangsa banjir berlindung di PPS di Kemaman dan Hulu Terengganu pagi ini, berbanding 53 mangsa malam tadi.





Vivo X300 Ultra certified with 100W charging - Gsmarena - 10/12 10:52 pm

The phone (V2536A) was just certified in China with support for 100W fast charging. Interestingly, this is 100W USB PPS charging 20V at 5A





Banjir: 15 pusat pemindahan kekal dibina di seluruh negara - Nadma - Sinarharian - 10/12 5:53 pm

KUALA TERENGGANU - [KEMAS KINI] Sebanyak 15 pusat pemindahan kekal bencana (PPKB) yang lengkap dengan kemudahan asas kini dalam proses pembinaan di seluruh negara bagi kemudahan penduduk yang terjejas bencana.Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pasca Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Hussain Moh berkata, PPKB di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan, Johor dijangka menjadi PPKB yang pertama siap dibina pada awal tahun depan."Buat masa ini kita hanya membina satu (PPKB) untuk setiap negeri sebagai projek perintis tetapi di Terengganu, ada dua (projek) iaitu menaik taraf pusat pemindahan sementara (PPS) yang sedia ada dan satu lagi dibina baharu."Bagi projek PPKB di SK Banggol Peradong mungkin akan siap Julai tahun depan manakala menaik taraf PPS yang sedia ada, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang telah siap dan mungkin dapat digunakan sepenuhnya sekiranya banjir berlaku pada musim tengkujuh kali ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Negeri Terengganu di sini pada Rabu.Hussain berkata, kos pembinaan PPKB itu melibatkan kira-kira RM8 juta bagi setiap bangunan, bergantung kepada keadaan tapak dan keperluan di negeri masing-masing.Beliau berkata, setiap PPKB yang sedang dibangunkan ketika ini mampu menampung sehingga 500 mangsa banjir apabila siap sepenuhnya bagi memastikan keselesaan dan kelancaran operasi.Hussain berkata, kapasiti itu ditetapkan bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat digunakan dengan selesa termasuk kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ruang rehat petugas, kawasan makan, surau serta lokasi rawatan perubatan.Menurut beliau, pembinaan PPKB juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada sekolah sebagai PPS, sekali gus mengelakkan gangguan terhadap sesi persekolahan terutama ketika musim peperiksaan."Kalau boleh kita tidak mahu mengganggu perjalanan harian sekolah kerana lebih 50 peratus PPS adalah sekolah





Evacuees at Niah relief centres swell as floodwaters persist - BorneoPost - 10/12 10:35 am

MIRI (Dec 10): The number of evacuees taking shelter at temporary relief centres (PPS) in Niah continued to rise overnight as floodwaters remained high in several low-lying areas





199 mangsa banjir di 4 PPS Sarawak - FMT - 10/12 10:17 am

Sebuah PPS dibuka di Bintulu dan tiga lagi di Miri.





SDMC: 130 evacuees sheltered at four PPS in Northern Sarawak - BorneoPost - 9/12 6:37 pm

KUCHING (Dec 9): A total of 130 flood evacuees are currently taking shelter at four active temporary relief centres (PPS) in the Bintulu, Subis, and Miri districts, according to the Sarawak State Disaster Management Committee (SDMC) in a 6pm update on Tuesday





56 evacuees housed in relief centre after overnight flooding in Bintulu - BorneoPost - 9/12 11:47 am

BINTULU (Dec 9): A temporary relief centre (PPS) was opened at Dewan Suarah Bintulu at 12.30 am today, after several areas in Bintulu were hit by floods last night





Banjir di Selangor pulih, mangsa di Perak berkurangan - Sinarharian - 9/12 10:12 am

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Selangor pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kuala Selangor pada Isnin, manakala jumlah mangsa di Perak merekodkan penurunan pagi Selasa.Di SELANGOR, banjir di negeri itu pulih apabila PPS terakhir iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Pasangan, Kuala Selangor yang menempat 38 mangsa daripada 12 keluarga di sebelah pagi, ditutup pada 3 petang Isnin.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan ketika dihubungi berkata, semua mangsa dari Kampung Asahan dibenarkan pulang semalam dan keadaan banjir di sekitar daerah itu juga kembali nornal.Katanya, sebanyak 20 PPS dibuka sejak 24 November lalu dengan 29 kawasan di seluruh daerah itu dikenal pasti terjejas banjir.Di PERAK, jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 411 orang daripada 122 keluarga yang masih ditempatkan di lima PPS di tiga daerah, berbanding 487 mangsa daripada 140 keluarga malam tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan PPS Dewan Rumah Rehat MPTI Bandar Baru di Hilir Perak, yang sebelum ini menempatkan 45 orang daripada 10 keluarga, telah ditutup sepenuhnya pada 8.30 malam tadi.PPS Dewan Kompleks Belia dan Sukan Bagan Datuk masih mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 142 orang daripada 45 keluarga daripada lapan kampung di daerah itu.Di Manjung, 140 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala di Hilir Perak, 129 mangsa daripada 37 keluarga masih berlindung di dua PPS.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan hujan lebat dan ribut petir pada sebelah pagi di tiga daerah yang terjejas teruk akibat banjir





Mangsa banjir di Perak menurun, Selangor meningkat sedikit - Sinarharian - 8/12 6:37 pm

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Perak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan manakala bilangan mangsa di Selangor meningkat sedikit pada petang ini berbanding pagi tadi.Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 487 orang daripada 140 keluarga yang masih berlindung di enam PPS membabitkan daerah Hilir Perak, Manjung dan Bagan Datuk berbanding 613 orang daripada 174 keluarga pagi tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 188 orang daripada 50 keluarga di tiga PPS, diikuti Manjung yang menempatkan 157 orang daripada 45 keluarga di dua PPS manakala 142 orang daripada 45 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Kompleks Belia dan Sukan Bagan Datuk.Kesemua mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS berkenaan sejak tiga minggu lepas belum dibenarkan pulang berikutan kediaman mereka masih digenangi air.Sementara itu, sekretariat berkenaan turut memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Rubana di Hutan Melintang yang menempatkan 74 orang daripada 19 keluarga telah ditutup sepenuhnya pada 2.30 petang tadi.Di SELANGOR, jumlah mangsa yang masih berada di PPS adalah sebanyak 51 orang daripada sembilan keluarga petang ini berbanding 38 orang daripada 12 keluarga pagi tadi.Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Komuniti Orang Asli Gombak itu adalah penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak pada Rabu lepas





Benteng penyelamat mengundang derita - Sinarharian - 8/12 8:00 am

PEMBINAAN Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang bermula pada tahun 2021 dijangka mampu melindungi dan menyelamatkan lebih 40,000 penduduk di sepanjang Sungai Golok dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Meranti dan Gelang Mas (Pasir Mas) serta Rantau Panjang apabila siap sepenuhnya.PLSB yang merangkumi tiga fasa itu digambarkan sebagai projek mega yang mampu menamatkan banjir tahunan di sempadan MalaysiaThailand di Kelantan.Namun di sebalik harapan itu, terselit derita yang perlu ditanggung oleh penduduk di semua lokasi terlibat apabila projek dalam pembinaan itu menyebabkan kawasan rumah mereka dilanda banjir buruk setiap tahun sejak ia dibina.Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit termasuk ada dalam kalangan penduduk khususnya di Rantau Panjang hilang tempat berteduh selepas rumah runtuh dihanyutkan banjir.Di Tumpat, penduduk perlu berdepan dengan banjir termenung hampir dua minggu sebelum ia surut sepenuhnya.Mengikut rekod Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 2024, Pasir Mas dan Tumpat masing- masing melibatkan kerugian sektor kediaman, berjumlah RM46.2 juta serta RM31.7 juta, sekali gus menjadi banjir terburuk sepanjang empat tahun sejak projek itu mula dibina.Melihat kepada kesan tersebut, timbul persoalan dalam kalangan penduduk, adakah projek yang mencecah lebih RM2 bilion itu benar-benar menyelesaikan masalah atau sekadar menambah derita baharu kepada penduduk di sepanjang Sungai Golok.Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin mendengar keluhan serta merungkai benteng yang dianggap penyelamat tetapi pada masa sama mengundang derita.Air naik cecah bumbungPenduduk di sepanjang Sungai Golok di sini mencadangkan agar Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang sedang dibina ditambah dengan anak sungai pada kadar segera bagi membebaskan mereka daripada terus menjadi mangsa banjir saban tahun.Mereka menyifatkan benteng yang sedang dibina di sepanjang Sungai Golok sepanjang 103km sejak 2021 itu bagaikan meragut nyawa serta memusnahkan harta benda.Sebelum ia dibina, penduduk hanya perlu berdepan banjir sedalam 0.3 meter dan tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana binaan rumah mereka tinggi dan air hanya melimpah di sekitar kawasan kediaman sahaja.Namun kewujudan PLSB yang dianggap menjadi penyelesaian kepada masalah banjir di sini berubah menjadi mimpi ngeri apabila penduduk dikejutkan dengan paras air sedalam 3 hingga 4 meter malah lebih daripada itu di sebahagian kawasan rendah.Boleh dikatakan kampung yang terletak di sepanjang Sungai Golok seperti Tersang, Lanchang, Gual To Deh dan banyak lagi hanya kelihatan bumbung sahaja walaupun rumah tinggi.Lebih memburukkan keadaan, ada sesetengah kawasan akan mengalami banjir termenung dalam tempoh yang lama sehingga ada mangsa banjir perlu berlindung di PPS sehingga hampir sebulan sementara menunggu air surut.Mewakili penduduk, Penghulu Mukim Lubok Gong, Mohd Ariffin Ismail berkata, mereka ketika ini keliru dengan status projek PLSB di mana menurut jangkaan awal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka siap pada 2028."Sekarang pula kami diberitahu mungkin akan siap pada 2030





Mangsa banjir di Perak, Selangor turun, Pahang kekal - FMT - 6/12 10:00 pm

Jumlah mangsa banjir turun kepada 1,021 orang di 10 PPS di Perak dan 114 orang di 3 PPS di Selangor malam ini.





Semua 24 PPS di Perlis ditutup - Thempress - 6/12 9:21 pm

KANGAR – Kesemua 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis ditutup sepenuhnya selepas PPS Sekolah Kebangsaan (SK) FELCRA Lubuk Sireh di Padang Besar ditutup secara hari ini





Jumlah mangsa banjir di Selangor terus menurun, 269 masih berlindung di... - Mgazette - 6/12 4:10 pm

# Jumlah mangsa banjir di Selangor terus menurun, 269 masih berlindung di PPS KUALA LUMPUR Situasi banjir di Selangor menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan penurunan kepada 269 orang setakat pukul 9 pagi ini





Kampung Ulu Sungai di Raub banjir kali ketiga - Mgazette - 6/12 4:10 pm

KUANTAN - Penduduk di Kampung Ulu Sungai, Raub sekali lagi terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kawasan itu dinaiki air kira-kira jam 4.30 pagi tadi





Banjir di empat negeri beransur pulih, jumlah mangsa menurun - Sinarharian - 5/12 6:28 pm

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di empat negeri menunjukkan perkembangan positif petang ini dengan Selangor, Perak, Perlis dan Pahang merekodkan penurunan ketara jumlah mangsa serta penutupan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 616 orang daripada 187 keluarga petang ini berbanding 896 mangsa membabitkan 267 keluarga pagi tadi.Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan PPS masih beroperasi setakat ini di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, dengan Kuala Selangor merekodkan mangsa tertinggi, iaitu 474 orang yang ditempatkan di lima PPS.Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa di tiga daerah berkurangan kepada 1,674 orang daripada 509 keluarga yang masih berlindung di 12 PPS berbanding 1,947 mangsa daripada 586 keluarga pagi tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan banjir di Larut Matang dan Selama (LMS) pulih sepenuhnya apabila satu PPS yang menempatkan 13 mangsa ditutup tengah hari tadi.PPS di daerah Hilir Perak pula masih dihuni 880 orang, manakala mangsa banjir di Bagan Datuk merekodkan 459 orang dan Manjung pula kekal 335 orang.Di PERLIS, jumlah mangsa banjir menurun kepada 20 orang dengan penutupan satu PPS bagi kawasan Arau setakat 4 petang ini berbanding 111 mangsa yang ditempatkan di dua PPS pada sebelah pagi tadi.Berdasarkan data Sekretariat JPBN Perlis, kini hanya satu PPS masih beroperasi di kawasan Padang Besar bagi menempatkan mangsa berkenaan iaitu di PPS SK Felcra Lubuk Sireh.Banjir di PAHANG juga semakin pulih dengan hanya 14 orang daripada dua keluarga berada di sebuah PPS di Kuantan petang ini berbanding 113 mangsa daripada 30 keluarga di lima PPS pagi tadi.Menurut Sekretariat JPBN Pahang, banjir di daerah Raub pulih selepas 106 penduduk daripada 29 keluarga yang berada di empat PPS telah pulang ke rumah masing-masing hari ini





Banjir: Jumlah Mangsa Di Perak Dan Perlis Berkurang, Selangor Sedikit Meningkat - Siakapkeli - 5/12 11:34 am

Banjir: Jumlah Mangsa Di Perak Dan Perlis Berkurang, Selangor Sedikit Meningkat KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS)diPerak dan Perlis terus menunjukkan penurunan manakaladiSelangor meningkat sedikit danangka di Pahang kekal, setakat 8 pagi ini DiSELANGOR,sebanyak 896 mangsa daripada 267 keluarga berada di PPS pagi iniberbanding774 mangsadaripada […] The post Banjir: Jumlah Mangsa Di Perak Dan Perlis Berkurang, Selangor Sedikit Meningkat appeared first on Siakap Keli .





Lebih 3,000 mangsa banjir masih di PPS 7 negeri - FMT - 5/12 9:48 am

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang serta Terengganu, bermula esok hingga Ahad ini.





Penganggur Didakwa Amang Seksual Remaja Di PPS Ketika Banjir, Rupa-Rupanya Ada Rekod Rogol - Ohmedia - 4/12 4:19 pm

Kes rogol tertuduh masih dalam perbicaraan. The post Penganggur Didakwa Amang Seksual Remaja Di PPS Ketika Banjir, Rupa-Rupanya Ada Rekod Rogol appeared first on Oh! Media .





Lelaki didakwa lakukan amang seksual mangsa banjir di PPS ada rekod kes rogol - Sinarharian - 4/12 11:45 am

KOTA BHARU - Seorang penggangur yang masih dibicarakan berkait kesalahan rogol, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan ketika berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) semasa banjir.Tertuduh, Nik Mohammad Ilfam Mohammad Noor, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terbaharu itu dibacakan di hadapan Hakim, Tengku Shahrizan Tuan Lah.Mengikut pertuduhan, Nik Mohammad Ilfam didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah PPS di Jelawat, Bachok pada jam 11 pagi, 26 November lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.Sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara maksimum dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Pada prosiding berkenaan, Siti Hajar tidak menawarkan jaminan terhadap Nik Mohammad Ilfam kerana dakwaan serius yang dihadapi."Tertuduh juga dituduh atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada tahun lepas."Dia dalam tempoh jaminan mahkamah dan kes rogol tersebut masih dalam perbicaraan," katanya.Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.Kes ditetapkan pada 8 Disember ini bagi sebutan semula dan lantikan peguam.





Penganggur mengaku tak salah amang seksual remaja di PPS - FMT - 4/12 11:40 am

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan 16 tahun di PPS sebuah sekolah di Jelawat pada 26 Nov lalu.





Banjir di Perlis, Pahang hampir pulih, mangsa di Perak, Selangor terus menurun - Sinarharian - 4/12 10:22 am

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Perlis dan Pahang hampir pulih, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Selangor terus menurun pagi ini.Di PERAK, jumlah mangsa banjir di 18 PPS melibatkan lima daerah menurun kepada 2,690 orang daripada 783 keluarga, berbanding 2,763 orang daripada 785 keluarga malam tadi.Berdasarkan data Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, daerah Hilir Perak masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,385 orang, manakala Bagan Datuk (650), Manjung (413), Perak Tengah (229) serta Larut, Matang dan Selama (13).Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut dan hujan di daerah Kampar, Muallim dan Batang Padang pada petang dan malam ini, manakala beberapa daerah lain termasuk Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Kinta dijangka berlaku ribut pada sebelah petang.Di SELANGOR, jumlah mangsa menurun kepada 699 orang daripada 215 keluarga pada pagi ini berbanding 712 orang daripada 220 keluarga malam tadi.Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang masih beroperasi juga menurun kepada tujuh berbanding lapan sebelum ini, melibatkan daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.Situasi banjir di PERLIS pula semakin pulih, dengan jumlah mangsa banjir menurun kepada 207 orang setakat 8 pagi ini berbanding 256 orang malam tadi.Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, semua mangsa masih ditempatkan di dua PPS bagi kawasan Padang Besar dan Arau.Di PAHANG, jumlah mangsa di Kuantan dan Maran kekal 28 orang daripada enam keluarga yang berada di dua PPS seperti malam tadi.InfoBencana JKM melaporkan 21 mangsa daripada lima keluarga berlindung di Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran, manakala tujuh sekeluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.Paras air di stesen Jabatan Pengairan dan Saliran di semua sungai utama negeri itu merekodkan bacaan di bawah paras bahaya





3,761 mangsa banjir di 47 PPS di 4negeri - FMT - 4/12 8:30 am

Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor berkurangan kepada 2,602 serta 699orangpagiini.





Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan Jumlah mangsa .. - Mgazette - 4/12 7:43 am

# Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di empat negeri yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan malam ini





Bah 4 negeri makin pulih - FMT - 3/12 10:13 am

Jumlah mangsa di Selangor, Perak, dan Perlis di PPS berkurang dengan jumlah mangsa di Pahang kekal





Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup - Mgazette - 3/12 7:32 am

# Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup ALOR SETAR - Banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di daerah Kubang Pasu ditutup pada pukul 2 petang tadi





Banjir Kedah pulih, semua PPS ditutup - Utusan - 2/12 5:12 pm

ALOR SETAR: Banjir di negeri ini pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kubang Pasu ditutup sepenuhnya pukul 2 petang tadi





Dua PPS di Temerloh ditutup, 22 mangsa banjir dibenar pulang - Mgazette - 2/12 5:11 pm

# Dua PPS di Temerloh ditutup, 22 mangsa banjir dibenar pulang KUANTAN - Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Temerloh ditutup secara rasmi hari ini dan 22 orang mangsa banjir daripada lima keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing





8,353 mangsa banjir di 132 PPS 7 negeri - FMT - 2/12 7:41 am

Hanya Perlis yang merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 2,219 orang.





Banjir di lima negeri semakin pulih - Sinarharian - 1/12 10:52 pm

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam pada Isnin.DiTERENGGANU,jumlah mangsa banjirberkurangankepada 287 orang daripada 102 keluargaberbanding 511 orang daripada 178 keluarga, petang tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan245 mangsa daripada 92 keluarga masih berlindung dua PPSiaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol dan SK Rengas Bekah, manakala42 mangsa daripada 10 keluargaditempatkan di SK Paya Resak,Marang.Di SELANGOR, turut merekodkan penurunankepada 1,918 orang daripada 543 keluarga berbanding2,224 orang daripada 613 keluarga, petang Isnin.Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang masih beroperasi turut berkurangan kepada 27berbanding 29sebelum ini di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.Jumlah mangsa banjir di KELANTANturut berkurangankepada203 orangdaripada82 keluargamalam ini berbanding 353 orangdaripada 129 keluargapetang tadi, dengankesemua merekaberlindung diPPS Pasir Mas.Di PERAK,jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 3,684 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di 21 PPS di lima daerahterjejas berbanding 3,837 orang daripada 1,156 keluarga, petang tadi.Menurut Sekretariat JPBNPerak,daerah Hilir Perak masih mencatatkanjumlah mangsa tertinggi iaitu 1,786 orangmanakala daerah Bagan Datuk (903), Manjung (506), Perak Tengah (464) serta Larut, Matang dan Selama (25).Di PAHANG,jumlah mangsa banjir berkurangankepada 200 orang daripada 52 keluarga berbanding 289 orang daripada 79 keluarga pada petang Isnin.Infobencana JKM memaklumkan126 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di empat PPS di Bera, manakala42 mangsa daripada 11 keluarga berada di empat PPS di Temerloh, 25 mangsa daripada enam keluarga di sebuah PPS di Maran dan tujuh mangsa daripada satu keluargadi sebuahPPS di Kuantan.Sementara itu, di PERLIS, jumlah mangsameningkat kepada 1,503 orang malam ini berbanding1,387 orang petang tadi dan ditempatkan di lapan PPS di Padang Besar, Kangar dan Arau, manakala di KEDAH, jumlah mangsa tidak berubah malam ini dengan219 orang daripada 64 keluarga masih berlindung di dua PPS di daerah Kubang Pasu





Hanya mangsa yang berpindah layak daftar di PPS - Harakahdaily - 1/12 9:48 pm

KOTA BHARU: Menteri Besar, Dato Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menegaskan hanya penduduk yang benar-benar terjejas banjir dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sahaja layak didaftarkan sebagai mangsa banjir





Fenomena ‘banjir termenung’ paksa penduduk tinggal lebih lama di PPS - Thempress - 1/12 7:13 pm

PASIR MAS Penduduk di lapan kampung dalam Mukim Pohon Tanjung dekat sini berdepan ‘banjir termenung’ yang lambat surut, meskipun hujan sudah berhenti sejak tiga hari lalu





APM Bera bantu 10 guru dan tiga calon SPM redah banjir - Mgazette - 1/12 5:27 pm

Pegawai APM Bera, Kapten (PA) Nurul Ashikin Mohd Anuar memberitahu, seramai 10 orang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Triang dibantu menaiki lori APM meredah banjir untuk ke sekolah. Beliau berkata, APM juga membantu menghantar dua calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerayong ke pusat peperiksaan kerana mereka terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Sri Buntar





Banjir termenung lambat surut gusar lapan kampung terjejas - Sinarharian - 1/12 4:55 pm

PASIR MAS Penduduk di lapan kampung dalam Mukim Pohon Tanjung di sini berdepan banjir termenung yang lambat surut meskipun hujan sudah berhenti sejak tiga hari lalu.Kampung terbabit ialah Bakong, Pohon Tanjung, Gading, Banggol Poyok, Siram, Merbau, Kubang Pak Hitam dan Cenerai yang masih digenangi air pada paras 0.4 meter hingga lebih satu meter.Di Kampung Kubang Pak Hitam, suri rumah Khadijah Daud, 54, berkata air naik sehingga hampir dua meter di pekarangan rumahnya yang dibina dengan tiang tinggi sehingga memaksa beliau bersama suami dan dua anak berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)."Dua hari lepas saya keluar guna bot, meredah air di tengah bendang hampir tiga kilometer untuk sampai ke PPS," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjung di sini pada Isnin.Menurut ibu lima anak itu, keadaan banjir termenung tersebut berlaku apabila air dari Sungai Lanchang, Tersang dan aliran sekitarnya turun ke kawasan rendah di kampung berkenaan sebelum mengalir ke Sungai Golok yang sudah melimpah





Banjir: Wang ihsan RM1,000 disalurkan bermula hari ini - TPM - Sinarharian - 1/12 1:59 pm

BAGAN DATUK - Kerajaan akan menyalurkan bantuan wang ihsan RM1,000 kepada mangsa yang terjejas banjir bermula hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, walaupun peraturan menetapkan pembayaran bantuan dibuat dalam tempoh tiga hari selepas pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, namun arahan baharunya adalah supaya bantuan disampaikan serta-merta bagi meringankan beban mangsa."Ketika mereka masih berada di PPS pun tidak salah untuk bantuan itu disalurkan."Saya telah mengarahkan mulai hari ini bantuan-bantuan itu diberikan kerana mereka memerlukan wang segera untuk membeli peralatan baharu setelah rumah mereka rosak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat mengenai situasi banjir di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di sini pada Isnin.Ahmad Zahid berkata, meskipun bantuan ihsan tersebut tidak mencukupi bagi menampung segala kerugian dihadapi setiap keluarga, ia penting memandangkan ramai mangsa kehilangan barangan asas."Kita tidak memberikan pampasan, keprihatinan kerajaan ialah membantu kerana bencana ini takdir daripada ALLAH SWT dan kita harus menerima," katanya.Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menyifatkan trend banjir kali ini sebagai fenomena luar biasa apabila angin dari Selat Melaka menyebabkan kawasan pantai barat yang jarang terjejas turut dilanda banjir.Katanya, paling merisaukan ialah jika berlaku gelombang kedua dan ketiga."Kesiapsiagaan ini telah diatur dan dikoordinasikan dengan tersusun bersama semua jabatan dan agensi terlibat baik di peringkat negara, negeri mahupun daerah," katanya.Mengulas keadaan banjir di Bagan Datuk, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, situasi kali ini dianggap luar biasa kerana kejadian sedemikian tidak pernah berlaku dalam tempoh lebih 50 tahun.Katanya, keadaan bertambah sukar apabila sebuah paip utama pecah menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan ke PPS."Saya telah minta Lembaga Air Perak (LAP) menghantar lori tangki dan mengepam air ke tangki besar di PPS bagi memastikan mangsa dapat menggunakan air bersih sepenuhnya tanpa perlu mengangkut menggunakan baldi," katanya.Beliau turut mengarahkan semua aset pam iaitu pam kekal dan pam gerak milik jabatan digunakan sepenuhnya di kawasan yang terjejas banjir bagi mempercepatkan aliran keluar air terutama ketika paras air laut tinggi."Saya arahkan semua aset pam digunakan sepenuhnya, bukan disimpan





JMG laksana penilaian cerun di lokasi tanah runtuh Puncak Arabella - Sinarharian - 1/12 1:40 pm

KUANTAN Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah menjalankan penilaian segera terhadap kestabilan cerun di kawasan kejadian tanah runtuh di laluan utama masuk ke Perumahan Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands, pada Jumaat lalu.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands berkata penilaian itu penting bagi menentukan sebarang langkah pencegahan sementara sebelum kerja-kerja pembersihan berskala besar dimulakan.Menurutnya, proses perpindahan penduduk juga akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan penduduk di Blok B sekiranya keputusan penilaian cerun telah diperoleh dan perpindahan perlu dilakukan bagi keselamatan penduduk."Kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah telah bermula selepas kejadian oleh pihak Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan syarikat konsesi."Laluan masuk ke perumahan itu telah dibuka semula kepada semua jenis kenderaan pada awal pagi Jumaat lalu setelah kerja-kerja pembersihan selesai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Jelasnya, anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditempatkan di kawasan itu bagi memantau kawasan tersebut.Sementara itu katanya, kejadian tanah runtuh yang berlaku di laluan utama masuk ke kawasan perumahan Puncak Arabella itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan."Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan, bagaimanapun 91 mangsa terdiri daripada penghuni 24 unit rumah di Blok C telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Puncak Arabella."Ketika ini, lapan Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 40 penduduk terjejas masih berada di PPS manakala 16 KIR melibatkan 51 mangsa berpindah ke rumah saudara mara yang berhampiran," ujarnya.





Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri terus berkurangan - Sinarharian - 1/12 9:27 am

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa di lapan negeri dilanda banjir di Semenanjung terus mencatatkan penurunan kecuali Pahang yang merekodkan sedikit peningkatan setakat jam 8 pagi ini.Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat kepada 610 orang daripada 206 keluarga berbanding 585 orang daripada 202 keluarga malam tadi dengan Temerloh merekodkan bilangan teramai iaitu 223 orang daripada 77 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).Daerah lain yang terjejas ialah Lipis, Bera, Jerantut dan Kuantan.Menurut Infopublic banjir, tiga sungai utama di negeri itu mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Jambatan Kereta api (35.12 meter), Sungai Pahang di Waterfront (28.76 meter) dan Sungai Pahang di Lubuk Paku (19.12 meter).Tujuh negeri lain terus mencatatkan penurunan termasuk TERENGGANU dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,752 orang daripada 552 keluarga berbanding 2,018 orang daripada 650 keluarga malam tadi.Berdasarkan InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 50 PPS masih dibuka di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.Di SELANGOR, seramai 2,707 individu daripada 752 keluarga masih berada di 30 PPS di Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernama, berbanding 2,789 individu daripada 777 keluarga malam tadi.Di NEGERI SEMBILAN, InfoBencana JKM memaklumkan jumlah mangsa yang ditempatkan di dua PPS di Port Dickson merosot kepada 79 individu membabitkan 44 keluarga berbanding 89 orang daripada 49 keluarga malam tadi.Situasi banjir di PERAK pula terus menunjukkan tanda pulih apabila jumlah mangsa terus berkurangan kepada 4,766 orang daripada 1,447 keluarga yang masih berlindung di 30 PPS di lima daerah berbanding 4,840 orang daripada 1,486 keluarga malam tadi.Sementara itu, mangsa banjir di KEDAH terus mencatatkan penurunan kepada 264 orang daripada 83 keluarga berbanding 342 orang daripada 104 keluarga malam tadi dengan kesemua mangsa masih berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pekan dan SK Tunjang.Di PERLIS, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 12 PPS membabitkan Padang Besar, Kangar dan Arau terus berkurangan daripada 3,009 orang malam tadi kepada 2,523 mangsa pagi ini.Sementara itu, KELANTAN pula menyaksikan Pasir Mas kekal sebagai satu-satunya jajahan terjejas banjir membabitkan 894 mangsa daripada 305 keluarga yang berlindung di empat PPS.Dari segi paras air sungai utama, sebahagian besar berada pada tahap normal atau menunjukkan penurunan kecuali Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli (99.93 meter), yang direkodkan berada pada paras bahaya



Cuaca semakin baik, banyak PPS sudah ditutup di Pahang - Mgazette - 1/12 7:31 am

# Cuaca semakin baik, banyak PPS sudah ditutup di Pahang KUANTAN - Cuaca yang baik dan hujan lebat berhenti dalam tempoh 24 jam kini menunjukkan perkembangan banjir semakin surut



Jumlah mangsa banjir di PPS turun mendadak - FMT - 30/11 11:38 pm

Jumlah mangsa di PPS di lapan negeri terjejas berkurangan kepada 14,888 orang malam tadi.



Banjir di Semenanjung kian pulih, jumlah mangsa banjir turun mendadak - Mkini - 30/11 10:50 pm

Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di lapan negeri terjejas berkurangan kepada 14,888 orang malam ini.



Banjir: Melaka pulih, jumlah mangsa di lapan negeri terus menurun - Mkini - 30/11 6:16 pm

Di Melaka, tiga PPS yang menempatkan 62 mangsa daripada 16 keluarga ditutup sepenuhnya petang tadi.



6,364 penduduk masih terjejas banjir di Perak - Kosmo - 30/11 2:06 pm

IPOH – Seramai 6,364 penduduk negeri ini masih lagi terjejas dengan banjir setakat pukul 12 tengah hari tadi melibatkan 1,971 keluarga dari enam buah daerah. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di 43 buah pusat pemindahan sementara (PPS)



Mangsa banjir di Perak, Pahang dan Selangor meningkat - Sinarharian - 30/11 9:53 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mangsa banjir di tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Selangor mencatatkan peningkatan pada Ahad manakala situasi di enam negeri lain menunjukkan perkembangan positif apabila lebih ramai pulang ke kediaman masing-masing.Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,420 orang daripada 1,917 keluarga berbanding 6,375 daripada 1,973 keluarga yang ditempatkan di 43 PPS di enam daerah malam tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,961 orang, Perak Tengah (1,254), Bagan Datuk (861), Larut, Matang dan Selama (66) serta Muallim (16).Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,390 orang (468 keluarga) berbanding 1,272 orang (428 keluarga) malam tadi, membabitkan 37 PPS dibuka di enam daerah, iaitu Lipis (531 orang), Kuantan (371), Raub (233), Temerloh (117), Jerantut (75) dan Maran (63).Sementara itu, Infopublic Banjir pula melaporkan lima sungai utama melebihi paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut (53.09m), Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis (62.21 m), Sungai Triang di Jambatan Keretapi, Bera (34.85 m), Sungai Pahang di Waterfront, Bera (28.83 m) dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh (42.56 m).DiSELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,646 orang (1,042 keluarga) berbanding 3,473 orang (989 keluarga) pada Sabtu malam.Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 35 PPS masih beroperasi di lima daerah, iaituKuala Selangor, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Klang.DiTERENGGANU, cuaca yang baik menyaksikan jumlah mangsa menurun kepada 5,856 orang daripada 1,719 keluarga setakat 8 pagi pada Ahad, berbanding 6,521 orang daripada 1,962 keluarga pada Sabtu malam.InfoBencana JKMmemaklumkan, daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu (1,507 orang), Marang (1,162), Kemaman (907 orang), Kuala Nerus (825 orang), Setiu (767 mangsa), Dungun (491 orang) serta Hulu Terengganu (197 orang) .Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di dua stesen, iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dan Sungai Paka di Kampung Luit (F2) melepasi paras bahaya.DiKELANTAN, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada1,850 orangdaripada715 keluargapagi ini berbanding 1,974 mangsa malam tadi, dengan lapan PPS dibuka di tiga jajahan terjejas, iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.Selain itu, paras air beberapa sungai utama menunjukkan trend menaik, termasuk Sungai Golok di Rantau Panjang yang berada pada paras 9.70m, melepasi tanda bahaya, Sungai Pergau di Air Bol, Jeli (66.37 meter, amaran) serta Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.64 meter, amaran).DiKEDAH, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan kepada 1,072 orang (312 keluarga) berbanding1,817 orang (533 keluarga) malam tadi, dengan kesemua mangsa dari Kubang Pasu dan Kota Setar ditempatkan di 11 PPS.Sementara itu, laman rasmi Publicinfo Banjir memaklumkan Sungai Bata telah melepasi tahap bahaya, iaitu 10.414 meter (m) manakala Sungai Anak Bukit (2.03m) dan Sungai Kulim (38.025m) melepasi tahap waspada.DiPERLIS,jumlah mangsa turut menurun kepada4,266 orang berbanding angka 4,635 malam tadi, dengan kesemua mangsa dari Padang Besar, Arau dan Kangar yang ditempatkan di 18 PPS.DiNEGERI SEMBILAN,angka terkini mangsa banjir menurun kepada253 orang (98 keluarga) yang ditempatkan di tiga PPS di Mukim Lukut, Linggi dan Port Dickson.Sementara itu,diMELAKA, jumlah mangsa kekal62 mangsa daripada 16 keluarga seperti malam tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram



4,463 mangsa banjir Selangor berada di PPS ??? MB - Mgazette - 30/11 7:50 am

KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan peningkatan bilangan mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu berpunca daripada peralihan air dari kawasan utara ke Kuala Langat dan Sepang. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fenomena itu menyebabkan beberapa kawasan yang sebelum ini surut kembali dinaiki air sekali gus menambah jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)



Jumlah mangsa banjir di PPS tujuh negeri berkurang, Kelantan meningkat - Sinarharian - 29/11 10:07 pm

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Situasi banjir di tujuhnegeri bertambah baik apabila jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan setakat 8 malamSabtu, kecuali di Kelantan meningkat sedikit.DiTerengganu,jumlah mangsa menurunkepada 6,521 orang daripada 1,962 keluarga berbanding 8,345 orang daripada 2,490 keluarga pada sebelah petang.InfoBencana Jabatan KebajikanMasyarakat (JKM) memaklumkan, Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa paling tinggi di PPS iaitu1,594 orang, diikuti Marang (1,242),Kuala Nerus (1,106), Kemaman (1,055), Setiu (830), Dungun (509) dan Hulu Terengganu (185).DiPerlis,jumlah mangsa banjir berkurangankepada 4,635 orang dengan tiga lagi PPS ditutup berbanding 5,246 orangpetang Sabtu.Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis,18 PPSmasihberoperasi di Padang Besar, Arau dan Kangar.DiSelangor,jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,473 orang melibatkan 989 keluarga malam Sabtu, berbanding 4,458 individudaripada 1,224 keluarga petang Sabtu.Menurut laman web Infobencana JKM, 33 PPS masih beroperasi di lima daerah membabitkan Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Klang.DiNegeri Sembilan, InfoBencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 251 orangmembabitkan 99 keluarga, berbanding 310 orang daripada 113 keluarga terdahulu.DiKedah, masih terdapat 1,817 orangdaripada 533 keluargaberlindung di 11 PPS malam Sabtu,berbanding3,295 orang daripada 1,020 keluarga dengankesemua mangsa dari Kubang Pasu dan Kota Setar.Sementara itu, laman rasmi Publicinfo Banjir memaklumkan, Sungai Bata telahmelepasi tahap bahaya iaitu 10.637 meter (m) manakala Sungai Anak Bukit (2.45m) dan Sungai Baru (1.86m)melepasi tahap amaran.DiMelaka, jumlah mangsa terus berkurangankepada 62 orang daripada 17 keluarga, berbanding 111 mangsa daripada 27 keluargayangkesemuanya ditempatkandi PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram.DiPahang, jumlah mangsa banjir setakat ini mencatatkan1,272 orang daripada 428 keluarga, berbanding1,855 orang daripada 594 keluarga, sebelah petang.Selain itu, lima sungai utama melepasi bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut (53.87m);Sungai Pahang di Waterfront (F1), Bera ( 28.89m);Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut (61.33m); Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis (62.28m) dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh (41.51m).DiPerak, jumlah mangsa banjirberkurangankepada 6,375 orang daripada 1,973 keluarga, berbanding 6,440 orang daripada 2,006 keluarga yang ditempatkan di 43 PPS di enam daerah.Sekretariat JPBNPerak memaklumkan, dua PPS telah ditutup petang Sabtu dan daerah Manjung masih kekal dengan jumlah mangsa tertinggi iaitu2,240 orang yang berlindung di 18 PPS.Sementara itu,diKelantan,mangsa banjir meningkat sedikit kepada 1,974 orang berbanding1,906 orang dengan lapan PPS dibuka di tiga jajahan terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.Selain itu, paras air beberapa sungai utama menunjukkan trend menaik, termasuk Sungai Pergau di Jeli (98.21 m) dan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang (59.56 m)manakalaSungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras 9.83 m melepasi tanda bahaya



Mangsa banjir terus meningkat di enam negeri - Mgazette - 29/11 3:46 pm

Di **TERENGGANU**, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 10,399 orang daripada 3,188 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 8,909 orang daripada 2,742 keluarga malam tadi. Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,517 orang daripada 669 keluarga yang berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Marang dengan 2,005 orang (560 keluarga) di 16 PPS, Kuala Terengganu sejumlah 1,633 orang (603 keluarga) di sembilan PPS dan Kuala Nerus sebanyak 1,633 orang (504 keluarga) di 15 PPS



Laluan ke Apartmen Puncak Arabella sudah dibuka semula - Mgazette - 29/11 3:46 pm

Katanya, bomba telah menggunakan jentera untuk membersihkan laluan dengan menembak air atas jalan raya yang terkesan akibat tanah runtuh. Seramai 53 orang penduduk daripada 13 keluarga terjejas dan sebahagian besar berpindah sendiri ke rumah saudara, manakala 17 orang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Puncak Arabella dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Malaysia



Hanya 5 peratus PPS dibuka di Selangor - Utusan - 29/11 3:05 pm

SEPANG: Setakat ini, hanya lima peratus kemudahan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar Selangor berbanding 1,000 buah pusat yang tersedia



Ancaman banjir lumpur, Orang Asli Kampung Brooke Lama berpindah ke PPS - Kosmo - 29/11 2:53 pm

GUA MUSANG – Seramai 54 orang penduduk Orang Asli daripada 14 keluarga di Kampung Brooke Lama dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke di sini sejak malam tadi selepas kawasan penempatan mereka berisiko dilanda banjir lumpur



Lelaki Ditahan Dipercayai Cabul Seorang Remaja Perempuan Di PPS - Lobakmerah - 29/11 2:20 pm

Dipercayai telah mencabul seorang remaja perempuan ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir, seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan polis



Selangor stands by with over 1,000 PPS to face floods, says exco - Star - 29/11 1:55 pm

The Selangor government has over 1,000 temporary relief centres (PPS) on standby to ensure the welfare and safety of flood victims, says state executive councillor Jamaliah Jamaluddin



Mangsa banjir terus meningkat di enam negeri, Terengganu lebih 10,000 orang - Sinarharian - 29/11 9:59 am

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjirdi Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pada pagi Sabtu, manakala di Kedah, Kelantandan Perlis merekodkan penurunan.DiTerengganu, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 10,399 orang daripada 3,188 keluargasetakat 8 pagi Sabtu, berbanding 8,909 orang daripada 2,742 keluarga malam Jumaat.Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa tertinggiiaitu 2,517 orang daripada 669 keluarga yang berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS).Diikuti Marang dengan 2,005 orang (560 keluarga) di 16 PPS,Kuala Terengganu sejumlah 1,633 orang (603 keluarga) di sembilan PPS dan Kuala Nerus sebanyak 1,633 orang (504 keluarga) di 15 PPS.Selain itu, di Setiu sebanyak 1,276 orang daripada 448 keluarga ditempatkan di 30 PPS,Dungun 708 orang (166 keluarga) di 10 PPS,Hulu Terengganu 596 orang (215 keluarga) di 14 PPSdanBesut 58 orang (22 keluarga) di enam PPS.Menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di 10 stesen di seluruh negeri itu melebihi paras bahaya.Antaranya Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1), Setiu; Sungai Kemaman di Rumah Paya Paman, Kemaman; Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Paka di Kampung Luit (F2), Dungun dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Setiu.



Tengah ujian banjir, ada pula individu lakukan jenayah - Sinarharian - 29/11 8:20 am

BANJIR sepatutnya menjadi detik untuk masyarakat saling membantu, namun saban tahun muncul laporan mengenai individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan melakukan jenayah ketika orang lain berada dalam keadaan lemah dan terdesak.Dalam suasana kelam-kabut memindahkan keluarga, menyelamatkan dokumen penting dan mencari tempat berlindung, ada mangsa yang akhirnya berdepan ancaman lebih buruk daripada bencana itu sendiri.Situasi ini tidak mustahil dan benar-benar berlaku apabila seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah negeri di Pantai Timur pada Rabu.Suspek berusia 21 tahun disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun kira-kira jam 11 pagi.Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan mereka hanya berbual ketika berada di PPS berkenaan.Lelaki itu kemudian dipercayai mencabul mangsa sebelum remaja berkenaan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya.Tahun lalu, kita turut dikejutkan dengan kes tiga remaja yang juga mangsa banjir memecah masuk ke sebuah pejabat sekolah yang dijadikan tempat berlindung



Kereta tersangkut dalam longkang, tenggelam dalam banjir di Raub - Mgazette - 29/11 7:57 am

Para pengguna jalan raya boleh melalui Jalan Cheroh-Batu Malim-Sungai Koyan, Jalan Berchang - Sungai Koyan-Jalan Bentong-Gua Musang dan Jalan Ulu Dong-Jalan Tualang Padang. Untuk rekod sehingga jam 5 petang, sebanyak 12 pusat pemindahan banjir (PPS) dibuka di Daerah Raub menempatkan 267 mangsa daripada 87 keluarga



Lebih 30,000 mangsa banjir di 337 PPS 9 negeri - FMT - 29/11 7:30 am

Mangsa banjir di Terengganu, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan, manakala Perak, Perlis, Kedah serta Kelantan menurun sedikit pagi ini.



Mangsa banjir meningkat di empat negeri malam ini - Harapandaily - 28/11 10:26 pm

Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir sehingga jam 10 malam ini. Di Terengganu, sebanyak 9,703 mangsa banjir membabitkan 2,977 keluarga kini berlindung di 126 pusat pemindahan sementara (PPS) apabila lapan daerah terjejas



Mangsa banjir di lima negeri terus meningkat malam ini - Sinarharian - 28/11 10:25 pm

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di lima negeri, iaitu Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) manakala Perlis, Kelantan dan Kedah menunjukkan penurunan, setakat malam ini.Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 8,909 orang daripada 2,742 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 6,335 orang daripada 1,913 keluarga petang tadi, dan ditempatkan di 119 PPS yang dibuka di Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Supt Afandi Husin berkata beberapa jalan di bandar raya Kuala Terengganu, iaitu Jalan Kamaruddin-Jalan Batu Burok dan Jalan Pengadang Akar-Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu-Wisma Darul Iman ditutup kepada kenderaan ringan.Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,542 orang daripada 973 keluarga berbanding 3,125 orang daripada 838 keluarga yang direkodkan pada sebelah petang.Menurut laman web Infobencana JKM, sebanyak 27 PPS dibuka merangkumi lima daerah, iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,705 orang daripada 538 keluarga berbanding 1,066 orang daripada 333 keluarga petang tadi.Menurut Infobencana JKM, daerah Kuantan merekodkan jumlah tertinggi, iaitu 639 orang daripada 218 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS, diikuti Maran dengan 403 orang (97 keluarga) di tujuh PPS, Raub, 336 orang (102 keluarga) di 17 PPS dan 327 orang (121 keluarga) di 12 PPS di Lipis.Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,429 orang daripada 1,980 keluarga yang berlindung di 47 PPS di enam daerah, berbanding 5,503 orang daripada 1,663 keluarga petang tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Manjung kekal dengan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2, 260 orang daripada 686 keluarga.Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 313 orang daripada 127 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 156 mangsa daripada 47 keluarga petang tadi dengan kesemua mereka ditempatkan di tujuh PPS.Ayer Limau, SK Ayer Jernih, Balai Raya Seri Jeram dan SK Belimbing Dalam, manakala di Melaka Tengah terdiri PPS SK Krubong dan SK Taman Merdeka.Sementara itu, di PERLIS jumlah mangsa semakin berkurangan kepada 7,116 orang berbanding 7,345 pada sebelah petang, dengan kesemua ditempatkan di 24 PPS yang beroperasi di Padang Besar, Kangar dan Arau.Di KELANTAN pula menyaksikan penurunan jumlah mangsa kepada 3,448 orang daripada 1,273 keluarga malam ini berbanding 3,484 orang sebelum ini, dan ditempatkan di 19 PPS di Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang.Sementara itu, menurut Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di beberapa sungai utama di Kelantan terus menunjukkan bacaan melepasi tahap bahaya, amaran dan waspada setakat 8.15 malam ini, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang; Sungai Kusial di Kusial Baru, Tanah Merah; Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang ; dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.Di KEDAH, jumlah mangsa menurun kepada 3,758 orang daripada 1,193 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,280 orang daripada 1,367 keluarga, petang tadi.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, kesemua mangsa dari Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena masih berlindung di 18 PPS.Sementara itu, di MELAKA jumlah mangsa banjir bertambah kepada 232 orang daripada 74 keluarga, berbanding 20 orang daripada empat keluarga petang tadi, dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Masjid Tanah dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang Masjid Ar Rashidin di Alor Gajah.Turut dibuka ialah PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih, Balai Raya Seri Jeram dan SK Belimbing Dalam, manakala di Melaka Tengah terdiri PPS SK Krubong dan SK Taman Merdeka




Reformasi     >>



CAP event graced by PM reignites family feud over .. - Mkini
Daughters of late Idris say Anwar's presence sullied their father's legacy.
Kroni     >>



90 illegals detained in Old Klang Road raid - Star
KUALA LUMPUR: A large-scale raid on a popular meeting spot for foreigners in Old Klang Road here led to the detention of 90 undocumented migrants, says the Immigration Department. Read full story
Tabloid     >>



Wanita warga emas maut ditikam cucu, moyang parah .. - Kosmo
BALING – Seorang wanita warga emas maut manakala ibunya cedera parah selepas ditikam cucu lelaki dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Ricard Joe berkata, kaunter Balai Polis Malau menerima makluman ..
Tech     >>



What happened to iRobot can happen to anyone - Engadget
The company which popularized robot vacuum cleaners around the world has filed for Chapter 11 bankruptcy . iRobot, makers of the Roomba, has been synonymous with the category since its inception, but its star had dulled in recent years. The company plans to sell its assets to its primary supplier, Chinas ..
World     >>



Defense giants say investors should still bet on them, .. - Cnbc
European defense stocks fell on Tuesday after U.S. President Donald Trump said negotiators were closer than ever to securing a peace deal for Ukraine.
Motor Trend     >>



Motosikal Triumph Tracker 400 Diperkenal – .. - Mekanika
# TRIUMPH TRACKER 400 DIPERKENAL - 41.4HP, 37.5NM **Selepas mencapai kejayaan dengan model 400cc terutamanya menerusi Scrambler 400 X dan Speed 400, Triumph Motorcycles sedar bahawa terdapat permintaan tinggi bagi segmen 400cc.** Sejak dari itu, Triumph memperkenalkan beberapa model lagi termasuk ..