| /// |
|
| Search : Ppm News | Page 1 |
|
Persekutuan Pengakap Malaysia nafi terlibat rasuah anugerah pingat di .. - Mgazette - 10/04 8:01 am # Persekutuan Pengakap Malaysia nafi terlibat rasuah anugerah pingat di Perlis KUALA LUMPUR - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) nafi mempunyai kaitan dengan penahanan seorang penjawat awam didakwa menerima rasuah bagi urusan penganugerahan pingat sebuah pertubuhan beruniform sukarela pada tahun 2024 |
|
PPM nafi terlibat kes penganugerahan pingat di Perlis - Sinarharian - 9/04 6:59 pm SHAH ALAM - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) menafikan sebarang penglibatan dalam kes rasuah berkaitan penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat di Perlis, sambil menegaskan cubaan mengaitkan organisasi itu dengan kegiatan menyalahi undang-undang adalah tidak berasas.PPM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan penahanan seorang penjawat awam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima rasuah bagi urusan penganugerahan pingat sebuah pertubuhan beruniform sukarela pada 2024.Menurut PPM, istiadat penganugerahan bintang dan pingat yang diadakan di Perlis pada 6 Mac 2024 berlangsung tanpa pengetahuan, kebenaran atau kelulusan rasmi organisasi itu."PPM tidak pernah mengiktiraf, meluluskan atau terlibat dalam sebarang penganugerahan tersebut, dan ia tidak tersenarai dalam mana-mana rekod rasmi pingat PPM," menurut kenyataan itu pada Khamis.PPM turut menegaskan tiada sebarang senarai penerima pernah diluluskan, selain organisasi itu tidak pernah mengeluarkan bintang atau darjah yang menggunakan gelaran Dato Setia Pengakap.Selain itu, PPM memaklumkan pihaknya tidak pernah memberi mandat atau kuasa kepada mana-mana pihak, termasuk entiti di peringkat negeri, untuk menganugerahkan sebarang bintang atau pingat bagi pihak organisasi."Sebarang penggunaan nama, lambang atau kaitan dengan PPM bagi tujuan penganugerahan tanpa kelulusan rasmi adalah satu penyalahgunaan yang serius dan boleh menjejaskan integriti organisasi," ujarnya.Dalam pada itu, PPM memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati terbabit dalam penganugerahan tidak sah itu, termasuk mereka yang memberi, menerima atau mempromosikan anugerah berkenaan.Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan selaras dengan Seksyen 13 Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Perbadanan) 1968 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14 akta sama.PPM turut menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan bebas, selain memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh sekiranya diperlukan."Kami kekal komited untuk mempertahankan integriti, kredibiliti dan nama baik organisasi serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau penyalahgunaan nama Pengakap Malaysia," tambahnya |
|
Pengakap Malaysia nafi kaitan kes rasuah anugerah pingat - Sinarharian - 9/04 6:46 pm KUALA LUMPUR Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) tidak mempunyai kaitan dengan penahanan seorang penjawat awam berkaitan dakwaan menerima rasuah bagi urusan penganugerahan pingat sebuah pertubuhan beruniform sukarela pada tahun 2024.PPM dalam kenyataan menegaskan, pihaknya memandang serius cubaan mengaitkan organisasi itu dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang, khususnya melibatkan isu penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat di Perlis."PPM sama sekali tidak terlibat dalam kes yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan penjawat awam berkenaan."PPM langsung tidak mempunyai kaitan dengan penahanan tersebut dan tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan penganugerahan pingat seperti yang didakwa," kata kenyataan itu pada Khamis.Mengulas lanjut, PPM menjelaskan bahawa istiadat penganugerahan bintang dan pingat yang dilaporkan berlangsung di Perlis pada 6 Mac 2024 dibuat tanpa pengetahuan, kebenaran atau kelulusan rasmi pihaknya."PPM tidak pernah mengiktiraf, meluluskan atau terlibat dalam sebarang penganugerahan tersebut dan ia tidak tersenarai dalam mana-mana rekod rasmi pingat PPM."Tiada sebarang senarai penerima pernah diluluskan oleh organisasi berkenaan, selain PPM tidak pernah mengeluarkan sebarang bintang atau darjah yang menggunakan gelaran Dato Setia Pengakap'," jelasnya.Katanya, PPM juga tidak pernah memberi mandat atau kuasa kepada mana-mana pihak, termasuk entiti di peringkat negeri, untuk menganugerahkan sebarang bintang atau pingat bagi pihak organisasi.Sehubungan itu, PPM menegaskan bahawa sebarang penggunaan nama, lambang atau kaitan dengan organisasi tersebut tanpa kelulusan rasmi merupakan satu penyalahgunaan serius yang boleh menjejaskan integriti badan berkenaan.Dalam pada itu, PPM memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam penganugerahan tidak sah berkenaan."Tindakan boleh diambil selaras dengan Seksyen 13 Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968."Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14 akta yang sama," katanya.Menurut kenyataan itu, PPM turut menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan bebas."PPM akan memberikan kerjasama penuh sekiranya diperlukan."Kami kekal komited untuk mempertahankan integriti, kredibiliti dan nama baik organisasi serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau penyalahgunaan nama Pengakap Malaysia," katanya.Media sebelum ini melaporkan, seorang penjawat awam di Perlis direman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM200,000 berkaitan urusan mendapatkan pelbagai darjah kebesaran, pingat dan bintang sebuah pertubuhan.Sumber, melaporkan perintah reman sehingga 13 April terhadap lelaki berusia 57 tahun itu dibenarkan Majistret Nurul Natasha Rizal selepas permohonan dibuat SPRM Perlis hari ini.Lelaki itu ditahan jam 2.40 petang semalam selepas memberikan keterangan di Pejabat SPRM Perlis, di sini.Lelaki terbabit disyaki menerima wang berkenaan pada 2024 ketika menyandang jawatan ketua pesuruhjaya pertubuhan berkenaan di Perlis sebagai balasan untuk beberapa individu mendapatkan bintang dan pingat pertubuhan berkenaan |
|
Buletin 8 Tan Bateri Kereta Disita, Nilai Rampasan Lebih Rm720,000 Read .. - Mekanika - 8/04 8:13 am # 8 TAN BATERI KERETA DISITA, NILAI RAMPASAN LEBIH RM720,000 **Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat dua serbuan menerusi Op Hazard di negeri ini, semalam dengan menyasarkan pusat menyimpan bateri kereta dan sisa elektronik (e-waste) secara haram.** Premis di Penampang dan Sandakan itu diserbu selepas dipercayai dijadikan pusat penyimpanan barang lusuh serta e-waste tanpa lesen |
|
Muslim, Hindu reps make peace in spirit of Ramadan - FMT - 18/03 8:59 pm PPMM and Mahima describe today's dialogue as a crucial first step to harmoniously resolving issues that have arisen |
|
Tak sempat pulang beraya, 18 PATI Indonesia dicekup Tak sempat pulang .. - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Tak sempat pulang beraya, 18 PATI Indonesia dicekup MELAKA Hasrat 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman tidak kesampaian apabila mereka dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di pesisir pantai Teluk Pulau Upeh, awal pagi semalam |
|
Tekong, tujuh PATI Indonesia dicekup di perairan Melaka - Mgazette - 13/03 3:22 pm # Tekong, tujuh PATI Indonesia dicekup di perairan Melaka MELAKA Permintaan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk masuk ke negara ini mendorong sindiket penyeludupan migran semakin aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal Ramadan lalu. Ia bagaimanapun terbongkar pukul 3 pagi semalam apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan sebuah bot gentian kaca yang membawa tujuh migran warga Indonesia bersama dua lelaki dipercayai tekong dan pembantunya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |