///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Pdrm News   Page 1    



Usul jerebu perlu diperlu dibahas secara menyeluruh – MP Kota Melaka - Mygazette - 8/10 4:23 pm

Poay Tiong kemudian memaklumkan beliau akan mengemukakan semula usul berkenaan. - MalaysiaGazette Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Peguam pemerhati diminta undur diri wakili saksi pendakwaan kes Sayed .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

Saksi berkata, beliau pernah berjumpa Sayed Amir Muzzakkir untuk menyerahkan wang berjumlah RM350,000 secara tunai di pejabat Yayasan Tanah Aku di Publika 2020. Pada 23 Mei 2024, Sayed Amir Muzzakkir, 43, didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 daripada Wan Azhar sebagai upah membantu NSB memperoleh tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk PDRM bernilai RM381,112,042.44





Warga Myanmar disyaki bunuh rakan senegaranya di Taman Maluri - Mygazette - 8/10 4:23 pm

Permohonan reman terhadap suspek akan dikemukakan pada hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan termasuk proses bedah siasat di Pusat Forensik HCTM. - MalaysiaGazette Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Jerebu: Agong titah utamakan kesihatan murid, nasihat tutup sekolah di .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi tadi. Ia antaranya melibatkan kawasan Segamat, Johor yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 187, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (183), selain beberapa kawasan di Selangor antaranya Johan Setia (178), Shah Alam (170), Banting (167), Klang (166), Petaling Jaya (165) dan Kuala Selangor (155).- BERNAMA Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Kontroversi KP AKPS: AGC pulangkan kertas siasatan, arah lengkapkan keterangan Shuhaily dan CCTV - Sinarharian - 8/10 3:42 pm

KUALA LUMPUR - Rakaman keterangan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta pengesahan ketulenan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikaitkan dengan kes tular baru-baru ini diperlukan bagi melengkapkan siasatan.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan semula kertas siasatan kes itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis.Menurutnya, beberapa aspek dalam siasatan perlu diteliti dan dilengkapkan sebelum sebarang tindakan lanjut berhubung kes itu dimuktamadkan."Pihak polis perlu mendapatkan rakaman percakapan Ketua Pengarah AKPS, pengesahan ketulenan rakaman CCTV serta beberapa perkara relevan bagi melengkapkan siasatan."Kertas siasatan dipulangkan semula hari ini (Khamis) kepada PDRM bagi tujuan berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Sebelum ini, PDRM merujuk kertas siasatan itu kepada AGC pada Selasa lalu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, kertas siasatan itu dirujuk kepada AGC untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.Sebelum itu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 28 September lepas.Berhubung insiden itu, laporan diterima daripada dua anggota polis berhubung dakwaan mereka telah dikasari secara fizikal oleh Mohd Shuhaily.Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Berikutan itu, polis sudah merakam percakapan seramai 25 orang saksi terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas.





Kes KP AKPS: Peguam Negara pulangkan kertas siasatan, polis perlu sahkan .. - Hmetro - 8/10 2:25 pm

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini, memulangkan kertas siasatan berhubung insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)





Ahmad Zahid, AG dibenar rayu keputusan semakan kehakiman Badan Peguam - Sinarharian - 8/10 2:01 pm

PUTRAJAYA Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Peguam Negara (AG) dibenarkan untuk merayu keputusan yang membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.Ia membabitkan permohonan mencabar keputusan menghentikan pendakwaan dalam 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk berusia 73 tahun itu.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Seri Hashim Hamzah membenarkan dua permohonan kebenaran merayu selepas mendapati kes berkenaan membangkitkan persoalan perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Hashim berkata, persoalan berkenaan memerlukan penjelasan dan keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan.Menurutnya, ambang itu perlu diterapkan dengan lebih berhati-hati dan penuh batasan kerana ia membabitkan kuasa pendakwaan Peguam Negara di bawah Perkara 145(3)."Kami berpandangan, kes ini membangkitkan persoalan perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam yang memerlukan penjelasan dan keputusan muktamad Mahkamah ini."Oleh itu, Peguam Negara dan Ahmad Zahid selaku pemohon telah memenuhi ambang bagi permohonan kebenaran di bawah Seksyen 96A dan 96B Akta Mahkamah Kehakiman," katanya yang bersidang bersama Hakim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.Dalam prosiding berkenaan, Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly.Peguam, Datuk S Ambiga dan Steven Thiru hadir bagi pihak Badan Peguam sementara peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Ahmad Zahid.Pada 4 September 2023, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah kini Hakim Mahkamah Persekutuan memberi perintah DNAA kepada Presiden UMNO berhubung kes berkenaan.Beliau memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk, kerana mereka memutuskan untuk memberhentikan prosiding, ekoran berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.Badan Peguam kemudiannya memohon untuk mencabar keputusan tersebut dengan memohon deklarasi mahkamah bahawa keputusan berkenaan terbatal serta tidak sah.Mengikut pertuduhan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tersebut berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan itu untuk membuat enam pembayaran kad kredit persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.Suapan itu sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.Perbuatan itu didakwa dilakukan di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018.Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.





Jerebu: Sultan Pahang titah rakyat sama-sama doa mohon hujan - Mygazette - 8/10 8:13 am

Baginda turut berharap agar keadaan cuaca kembali pulih dan hujan yang membawa rahmat dapat turun dalam masa terdekat, sekali gus membantu membersihkan udara serta mengurangkan kesan jerebu yang sedang dialami. MalaysiaGazette Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan 4... - Mygazette - 8/10 8:13 am

Susulan kejadian itu, sebanyak 13 individu termasuk warganegara Malaysia,Singapura dan Filipina ditahan oleh pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah rentas negara berkenaan. - BERNAMA Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Bekas Exco N.9 masih boleh masuk Wisma Negeri, hanya tiada akses ke bilik .. - Mygazette - 8/10 8:13 am

Walaupun kehilangan jawatan dalam barisan Exco, status mereka sebagai ADUN kekal dan mereka masih boleh menjalankan urusan berkaitan kawasan masing-masing. -MalaysiaGazette Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Saksi nafi pejabat lokasi serahan wang RM350,000 kepada Sayed Amir Muzzakkir tidak wujud - Sinarharian - 7/10 6:05 pm

KUALA LUMPUR - Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menafikan bahawa pejabat Yayasan Tanah Aku di Publika, yang didakwa menjadi lokasi penyerahan wang komisen RM350,000 kepada Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, tidak wujud.Pengarah Urusan Nexuscorpgroup Sdn Bhd (NSB), Wan Azhar Mohamed Yusof, 51, berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Yaacob Md Sam mewakili Sayed Amir Muzzakkir yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM350,000 berhubung tender projek Polis Diraja Malaysia (PDRM).Yaacob: Saya katakan pada tuan (Wan Azhar) penyerahan wang RM100,000 pada 4 Disember 2020 dan RM250,000 pada 16 Disember 2020 kepada Sayed Amir Muzzakkir tidak berlaku kerana pejabat tersebut tidak wujud.Wan Azhar: Tidak setuju.Dalam pernyataan saksinya, Wan Azhar berkata Sayed Amir Muzzakkir memintanya membayar RM350,000 secara tunai bagi sebahagian komisen lima peratus, selepas membantu syarikat NSB mendapatkan tender projek PDRM."Saya menyerahkan wang berjumlah RM100,000 yang berada dalam beg kertas kepada Sayed sekitar 4 petang, pada 4 Disember 2020 dan wang berjumlah RM250,000 juga dalam beg kertas diserahkan pada 3.30 petang, 16 Disember 2020





'Kantoi' dalam 'live' TikTok, rumah simpan stok air ketum diserbu polis - Sinarharian - 7/10 6:05 pm

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Langkas Tambahan, Puchong di sini diserbu sebelum menemui puluhan botol disyaki berisi air ketum pada Selasa.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 8.45 malam yang memaklumkan menjumpai beberapa botol disyaki berisi air ketum ketika sedang membuat siaran langsung di TikTok.Menurutnya, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 9 malam, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya bersama Balai Bukit Puchong telah memeriksa rumah terbabit."Semasa polis tiba, tiada orang dalam rumah tersebut."Pemeriksaan menemui satu bekas yang di dalamnya mengandungi 21 botol plastik berisi disyaki cecair ketum dengan anggaran 10,500 mililiter," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes masih dalam siasatan.Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras aktiviti pengedaran bahan terlarang."Orang ramai diminta terus salurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.Sebelum itu beberapa rakaman video daripada kumpulan aktivis berkaitan isu warga asing di sekitar lokasi tersebut tular di media sosial.





ECRL semakin hampir beroperasi, ahli Lembaga Pengarah MRL nilai .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

MRL akan terus mempergiatkan pengujian, pentauliahan dan persediaan operasi bagi memastikan keseluruhan sistem ECRL memenuhi keperluan keselamatan, teknikal serta kawal selia sebelum perkhidmatan itu dibuka kepada orang ramai. - MalaysiaGazette Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Hilux terjunam gaung 100 meter, pemandu maut ditemui dua hari kemudian - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan serta keadaan yang membawa kepada kejadian tersebut. - MalaysiaGazette Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Jabatan Penjara sudah maklum SOP tahanan rumah kepada Najib – BHEUU - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Itu boleh tanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, katanya. - MalaysiaGazette Dakwaan itu dibuat Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad yang kedua-duanya anggota PDRM daripada Cawangan Khas.





Dipukul hingga mati – LFL mahu kematian tahanan IPD Cheras .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Dipukul hingga mati - LFL mahu kematian tahanan IPD Cheras diklasifikasikan kes bunuh PETALING JAYA Lawyers for Liberty (LFL) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengklasifikasikan kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Peguam dakwa Ketua Pengarah AKPS kasari dua anggota PDRM ketika bertugas... - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Peguam dakwa Ketua Pengarah AKPS kasari dua anggota PDRM ketika bertugas di KLIA KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Suhaily Mohd Zain didakwa mengasari secara fizikal dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka sedang menjalankan tugasan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu





Kes Shuhaily: Dua anggota polis yang dikasari bukan 'ulat atau terlibat counter setting Peguam - Sinarharian - 7/10 2:13 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Peguam menafikan dua anggota polis yang tular dalam kes dakwaan dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bertindak sebagai ulat atau terlibat dalam counter setting di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1), pada 28 September lalu.Peguam, Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad berkata, khabar angin itu tidak seharusnya digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama, iaitu dakwaan bahawa Shuhaily telah mengasari dua anggota berkenaan.Menerusi kenyataan media, beliau berkata, terdapat kenyataan dibuat selepas kejadian, yang mana ia memberikan gambaran berbeza daripada keadaan sebenar yang berlaku."Kami berpandangan, sebarang kenyataan awam berhubung perkara yang masih dalam siasatan hendaklah dibuat dengan penuh tanggungjawab."Ia tidak seharusnya menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.Sehubungan itu, beliau memohon supaya siasatan terhadap kejadian berkenaan dijalankan dengan segera secara telus dan bebas.Beliau berharap, sebarang tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti.Beliau menegaskan, hak, keselamatan dan maruah anak guamnya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa menjalankan tugas rasmi, wajar dilindungi.Beliau berkata, dakwaan dikasari secara fizikal ketika menjalankan tugas itu menyebabkan kedua-dua anggota berkenaan mengalami kecederaan selain menjejaskan maruah mereka sebagai penjawat awam."Kami telah mengemukakan fakta dan keterangan kepada pihak berkuasa, maka tindakan yang didakwa berlaku itu berpotensi melibatkan peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu kes menghalang penjawat awam."Ia turut melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta menentukan kesalahan yang didakwa dilakukan.Katanya, sebarang tindakan kekerasan terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas perlu dipandang serius tanpa mengira pangkat atau kedudukan mana-mana pihak.Menurutnya, kegagalan menangani dakwaan sedemikian secara sewajarnya berpotensi memberikan persepsi yang salah kepada masyarakat bahawa penggunaan kekerasan terhadap penjawat awam boleh diterima atau dibiarkan.Beliau turut menegaskan bahawa AKPS bukan sebahagian daripada PDRM dan kedua-dua agensi mempunyai fungsi serta bidang kuasa berbeza.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa-apa sahaja keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau berkata, tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan bebas daripada kegiatan ulat warga asing.





Keselamatan sekolah perlu diperkukuh, tiada kompromi - Ahli Parlimen Tumpat - Sinarharian - 7/10 12:36 am

SHAH ALAM Kerajaan perlu mengambil langkah tegas, menyeluruh dan berasaskan akauntabiliti bagi memperkukuh keselamatan di semua sekolah dan asrama susulan beberapa tragedi yang melibatkan pelajar.Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, langkah tersebut termasuk melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh, memperkukuh sistem pelaporan dan amaran keselamatan serta meningkatkan koordinasi antara agensi berkaitan.Menurutnya, rentetan insiden buli, gangguan, pergaduhan, kemalangan, keganasan dan kecederaan yang melibatkan kanak-kanak serta remaja di premis pendidikan wajar dilihat sebagai isu keselamatan yang serius dan bersifat sistemik."Kita tidak boleh terus menguruskan setiap kejadian sebagai insiden terpencil tanpa menilai kelemahan sistem secara menyeluruh."Sekolah ialah institusi yang bukan sahaja mendidik dan memupuk nilai kasih sayang, tetapi juga mesti mempunyai keupayaan untuk mengesan, mencegah serta melindungi warganya melalui sistem amaran awal, saluran pelaporan yang berkesan dan tindakan pantas."Kita telah mempunyai undang-undang khusus berkaitan buli, garis panduan serta SOP. Persoalan yang perlu dijawab sekarang ialah sejauh mana prinsip keselamatan benar-benar diterapkan dalam budaya sekolah, dihayati oleh seluruh warga sekolah, dilaksanakan secara konsisten dan dikuatkuasakan apabila berlaku pelanggaran," katanya pada Rabu.Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) tanpa pelaksanaan dan penguatkuasaan yang berkesan tidak akan mampu menyelamatkan nyawa.Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan supaya mengambil langkah tegas, menyeluruh dan berasaskan akauntabiliti, antaranya memperkukuh sistem pelaporan dan amaran keselamatan dengan memastikan setiap aduan direkodkan, dinilai mengikut tahap risiko dan dipantau sehingga tindakan diambil."Selain itu, melantik pegawai keselamatan dan perlindungan kanak-kanak dalam kalangan warga sekolah yang mempunyai tanggungjawab yang jelas, di samping memperkukuh hubungan serta koordinasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Kerajaan juga perlu memperkukuh koordinasi rentas agensi melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan komuniti."Selain itu, latihan serta simulasi keselamatan secara berkala perlu diwajibkan supaya tahap kesiapsiagaan sentiasa diuji dan ditambah baik, bukan hanya selepas sesuatu tragedi berlaku," katanya.Menurut beliau, apa jua motif yang dikenal pasti kelak, termasuk konflik, dendam, tekanan emosi atau faktor kesihatan mental, tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan keganasan."Pada masa yang sama, sebarang petanda risiko mesti dikesan lebih awal dan ditangani melalui intervensi yang sewajarnya," katanya.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan parah di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.Menurutnya, pemergian remaja itu merupakan kehilangan besar kepada keluarga, masyarakat dan negara





Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di Kota Kinabalu - Mygazette - 7/10 7:58 am

# Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di Kota Kinabalu KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang lelaki yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tuaran, berhampiran Taman Dah Yeh Villa, di sini, awal pagi tadi





PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes dadah di Laos - Mygazette - 7/10 7:58 am

# PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes dadah di Laos KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kilogram (kg) dadah jenis_ crystal methamphetamine_ di dalam sebuah jet peribadi di negara itu, minggu lepas





Kali terakhir nampak suspek dan mangsa gembira jalan kaki ke kedai – .. - Mygazette - 7/10 7:58 am

Berikutan itu, katanya lelaki terbabit ditahan reman sehingga 12 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketika tinjauan MalaysiaGazette ke rumah terbabit pula mendapati, pita garisan kuning Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah tiada di perkarangan rumah dan terdapat pergerakan keluar masuk pihak-pihak dipercayai ahli keluarga penghuni lain di rumah itu





521kg meth seized on private jet in Laos did not come from Malaysia, says police - Sinardaily - 7/10 7:20 am

KUALA LUMPUR - The seizure of 521 kilogrammes (kg) of methamphetamine aboard a private jet in Laos on Oct 1 did not originate from Malaysia, but was instead suspected to be smuggled from that country to the Philippines.Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said based on information from Laotian authorities, the chartered aircraft departed from Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang to Luang Prabang without carrying any cargo.He said the flight from Subang carried only three individuals comprising a Singaporean pilot, a Malaysian co-pilot, and a Filipino passenger."The seized drugs were meant for the Manila market in the Philippines and not the Malaysian market. The aircraft departed from Subang Airport without any cargo before it was believed to have been used to transport the drug shipment from Laos to Manila," he said in a statement here on Tuesday night.Elaborating on the timeline shared by Laotian authorities, he said the private aircraft arrived at Luang Prabang International Airport at about 11.30 am local time on Oct 1."At 1.30 pm, two vehicles arrived at the airport area, and several airport staff subsequently assisted in transferring 23 bags from the vehicles onto trolleys to be loaded onto the aircraft."An inspection of all 23 bags uncovered 500 packages of drugs suspected to be methamphetamine weighing 521 kg," he said.Following the successful operation by Laotian authorities, a total of 13 individuals were arrested, including the three crew members and passenger who had departed from Subang.Also arrested were 10 Laotian nationals, comprising three airport ground handling service staff and seven personnel operating X-ray scanning machines, with all suspects currently held in custody for further investigation by the country's authorities.Following this, Hussein said the Royal Malaysia Police (PDRM) has launched a comprehensive investigation and will send NCID officers to Laos in the near future to record statements from the suspects."This move aims to obtain further information regarding the drug syndicate involved, particularly (on the possible involvement of syndicate members) in Malaysia," he said.The latest official statement clarifies the situation, following initial reports linking the arrival of the aircraft from Malaysia to the discovery of the drugs worth millions of ringgit





521 kg dadah dalam jet persendirian bukan dari Malaysia - PDRM - Astroawani - 7/10 6:00 am

Berdasarkan maklumat pihak berkuasa Laos, pesawat sewaan khas itu berlepas dari Subang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Okt lepas.





521kg dadah dalam jet persendirian bukan dari Malaysia - PDRM - Sinarharian - 7/10 12:34 am

KUALA LUMPUR - Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa sebarang muatan dadah sebelum mengambil bekalan itu di Laos.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan maklumat pihak berkuasa Laos, pesawat sewaan khas itu berlepas dari Subang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lepas.Beliau berkata, penerbangan berkenaan hanya dinaiki tiga individu, terdiri daripada seorang juruterbang warga Singapura, pembantu juruterbang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Filipina."Dadah yang dirampas adalah untuk pasaran Manila, Filipina dan bukannya pasaran Malaysia."Pesawat berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa muatan dadah tersebut dari Laos ke Manila," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.Mengulas kronologi kejadian berdasarkan maklumat dikongsi pihak berkuasa Laos, Hussein berkata, pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan.Beliau berkata, kira-kira 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba di kawasan lapangan terbang sebelum beberapa kakitangan di situ membantu memindahkan 23 beg dari kenderaan berkenaan untuk dibawa ke pesawat."Pemeriksaan ke atas kesemua 23 beg berkenaan menemukan 500 bungkusan dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 521 kg," katanya.Susulan operasi pihak berkuasa Laos itu, seramai 13 individu ditahan termasuk tiga individu yang menaiki pesawat berkenaan dari Subang.Turut ditahan ialah 10 warga Laos terdiri daripada tiga kakitangan syarikat perkhidmatan darat lapangan terbang dan tujuh kakitangan yang mengendalikan mesin pengimbas sinar-X.Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut pihak berkuasa negara berkenaan.Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memulakan siasatan menyeluruh dan akan menghantar pegawai JSJN ke Laos dalam masa terdekat bagi merakam percakapan suspek."Langkah ini bertujuan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan sindiket dadah yang terlibat, terutama (kemungkinan pembabitan anggota sindiket) di Malaysia," katanya.Kenyataan terbaharu itu sekali gus memperjelas bahawa pesawat berkenaan dipercayai tidak membawa dadah ketika berlepas dari Subang, susulan laporan awal yang mengaitkan penerbangan dari Malaysia itu dengan penemuan dadah bernilai jutaan ringgit di Laos.- Bernama





PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan dalam kes rampasan 521 kg dadah di Laos - Astroawani - 6/10 8:30 pm

Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine di dalam sebuah jet peribadi di negara itu, minggu lepas.





Pelajar Tingkatan Satu ditemui parah: JPN Kedah beri sokongan psikologi kepada mangsa - Sinarharian - 6/10 7:01 pm

ALOR SETAR Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menyediakan sokongan psikososial kepada seorang pelajar Tingkatan Satu yang ditemukan terbaring parah berhampiran tangga sebuah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu, Ahad lalu.JPN Kedah dalam kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar berkenaan.Menurutnya, pelajar terbabit kini dilaporkan sedar dan sedang menerima rawatan serta pemantauan rapi di Hospital Kulim."JPN Kedah mendoakan agar murid diberikan kesembuhan."Sejurus menerima maklumat, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu telah mengambil tindakan segera termasuk menghubungi waris, membuat laporan kepada pihak berkuasa serta menyediakan sokongan psikososial kepada murid, keluarga dan rakan-rakan yang terkesan," katanya.Sebelum ini, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Ahad lalu, pelajar lelaki berkenaan ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga Blok E sekolah berkenaan.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian disedari seorang guru yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada guru penolong kanan sesi petang sebelum menghubungi polis.Beliau berkata, ketika ditemukan, pelajar berkenaan masih sedar dan boleh bercakap sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.Dalam perkembangan berkaitan, JPN Kedah turut mengambil maklum dapatan awal siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa pelajar berkenaan dipercayai berdepan tekanan berkaitan pencapaian akademik.Bagaimanapun, pihaknya memaklumkan siasatan masih berjalan dan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa."JPN Kedah memandang serius kesejahteraan emosi dan mental murid serta menyeru ibu bapa dan warga pendidik supaya peka terhadap perubahan emosi anak-anak dan mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan."JPN Kedah akan terus memantau perkembangan kes serta memastikan sokongan yang bersesuaian diberikan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan," ujarnya.





Tidak mungkin CCTV dipasang di seluruh sudut sekolah – PM - Mygazette - 6/10 5:10 pm

"CCTV dipasang (di sekolah) tetapi dalam kes terakhir tidak mungkin dipasang di keseluruhan sekolah, jadi kejadian berlaku di tempat tidak dapat dirakam di CCTV. "Walau bagaimanapun saya ucap tahniah pihak PDRM mengambil tindakan tegas dan ada yang ditangkap dan soal pendakwaan tunggu keputusan Jabatan Peguam Negara





Pangkat Tinggi Pun Tidak Terlepas Undang-Undang, PDRM Serah Laporan Awal Kes Libat KP AKPS Kepada Jabatan Peguam Negara - Beautifulnara - 6/10 4:49 pm

Rumusan Artikel PDRM akan menyerahkan laporan awal siasatan kes dakwaan kekasaran Ketua Pengarah AKPS kepada Jabatan Peguam Negara





Kontroversi KP AKPS: AGC teliti aspek keterangan saksi, rakaman CCTV - Sinarharian - 6/10 4:01 pm

KUALA LUMPUR - Keterangan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) antara aspek siasatan yang akan diteliti Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kontroversi membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, kertas siasatan kes itu sudah diterima pihaknya pada Selasa."Pihak jabatan akan meneliti pelbagai aspek siasatan termasuklah keterangan saksi, rakaman CCTV sebelum memutuskan tindakan lanjut."Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bahawa kertas itu akan dirujuk kepada AGC untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.Sebelum itu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di KLIA pada 28 September lepas.Berikutan itu, polis sudah merakam percakapan seramai 25 orang saksi terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas.





Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC - Mypress - 6/10 2:38 pm

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…





Keterangan 25 individu diambil, jangan buat spekulasi kes AKPS – KPN - Mygazette - 6/10 8:06 am

Beliau pada masa sama menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan spekulasi yang timbul berhubung kejadian berkenaan. "Jadi saya menyeru kepadamasyarakat di luar sana jangan terlalu terikut-ikut dengan spekulasi yang timbul, katanyapada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Panduan Jururunding Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mes Pegawai PDRM Bukit Aman, di sini hari ini





Irene Sofiya: PDRM jalankan siasatan secara telus, tiada ‘cover .. - Mygazette - 6/10 8:06 am

# Irene Sofiya: PDRM jalankan siasatan secara telus, tiada 'cover -up' KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan hasil bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairol Faisal, 16, mendapati punca kematian adalah akibat trauma tumpul di kepala





Kertas siasatan kes Mohd. Shuhaily dirujuk AGC esok – KPN - Kosmo - 5/10 10:02 pm

KUALA LUMPUR Kertas siasatan berhubung kes Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang didakwa mengasari dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) esok





Polis rujuk siasatan terhadap Shuhaily kepada AGC esok - Mkini - 5/10 10:00 pm

Seramai 25 saksi dirakam keterangan, terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan MAHB, pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas.





Kertas siasatan video tular Ketua Pengarah AKPS dirujuk ke AGC esok - Sinarharian - 5/10 9:03 pm

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, kertas itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan."Siasatan berhubung insiden tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada dua anggota polis berhubung dakwaan bahawa mereka telah dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah AKPS."Setakat ini, seramai 25 orang saksi telah dirakam percakapan, terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mohd Shuhaily menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular yang memaparkan dirinya memarahi seorang individu di KLIA Terminal 1.Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta KDN dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu.Mengulas lanjut Mohd Khalid memaklumkan polis memberi jaminan bahawa siasatan dilaksanakan secara telus, profesional dan tanpa memihak, berasaskan keterangan saksi serta bukti yang diperoleh bagi memastikan setiap aspek kejadian diteliti secara menyeluruh."Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan dan perundangan yang sedang berjalan," katanya.Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, proses siasatan termasuk mengambil keterangan dan mengumpul bukti sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan.Saifuddin Nasution berkata, proses sewajarnya akan dilaksanakan dan keputusan berkaitan kes itu hanya akan dimaklumkan kepada khalayak selepas proses berkenaan selesai.Dalam pada itu, beliau berkata, AKPS mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan pintu masuk negara tidak tercemar dengan isu integriti.





@jasonyew_ Join DKU mohon PDRM dan Jabatan Peguam - Wrlr - 5/10 8:55 pm

JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH JUSTICE FOR WAN MOHAMAD FARISH





Fadhlina sebak; `Seperti ibu lain, anak dilepaskan ke sekolah dengan .. - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Susulan itu, rakan sekelas Irene Sofiya iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mengulas lanjut, Fadlina meminta semua pihak berhati-hati berkaitan murid yang kini ditahan dan direman kerana mereka masih di bawah umur dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berjalan





Irene Sofiya: Sekolah ada CCTV namun tak dipasang di lokasi kejadian - Mygazette - 5/10 4:33 pm

"_Spot check_ ini berlaku secara berkala dan ia memang dilaksanakan di semua sekolah secara berkala. "Itu dalam siasatan PDRM (Polis Diraja Malaysia), kita serah kepada PDRM," katanya





Jangan salah tafsir insiden Shuhaily, beri ruang siasatan – Saifuddin - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Penguatkuasaan itu membawa kepada penahanan seorang warga asing disyaki terbabit dalam kegiatan salah sebelum dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi AVSEC untuk proses pemeriksaan dan temu bual. Mohd Shuhaily menegaskan operasi itu hanya membabitkan pegawai AKPS dan AVSEC serta tidak melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi penguatkuasaan lain





Trauma Tumpul Di Kepala Punca Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng, PDRM Jamin Tiada Cover-Up - Beautifulnara - 5/10 4:00 pm

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh IPD Batu Pahat. PDRM memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan profesional […] The post Trauma Tumpul Di Kepala Punca Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng, PDRM Jamin Tiada Cover-Up first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Isu CCTV, kawalan keselamatan sekolah perlu audit menyeluruh - NGO - Sinarharian - 4/10 5:45 pm

Kita perlu tahu berapa banyak kamera dipasang, di mana lokasinya, siapa yang memantau dan adakah rakaman itu boleh digunakan apabila berlaku sesuatu kejadian," katanya.Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga wajar mempunyai rekod jelas mengenai tahap keselamatan setiap sekolah termasuk kawasan yang mempunyai kamera serta lokasi yang masih mempunyai jurang pemantauan.Katanya, pendekatan itu penting supaya kelemahan keselamatan dapat dikenal pasti dan ditambah baik lebih awal, bukannya hanya selepas berlaku tragedi."Berapa banyak lagi perkara perlu berlaku sebelum kita benar-benar melihat keselamatan sekolah sebagai satu perkara yang serius?"Kita tidak boleh memandang ringan isu ini. Apabila melibatkan nyawa pelajar, semua kelemahan perlu dilihat dan diperbaiki," katanya.Dalam pada itu, Daniel mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh mekanisme pencegahan melalui pemantauan dan rondaan berkala di kawasan sekolah.Menurutnya, kehadiran berkala pihak berkuasa dapat membantu mengenal pasti lebih awal risiko seperti kemasukan individu luar, kegiatan gangsterisme, pergaduhan dan ancaman lain terhadap keselamatan warga sekolah."Kita berharap Ketua Polis Negara dapat melihat perkara ini dan mempertimbangkan satu mekanisme pemantauan berkala di sekolah."Tidak semestinya setiap sekolah perlu mempunyai anggota polis secara tetap, tetapi pemantauan dan rondaan berkala perlu dilakukan supaya kita tahu apa yang berlaku di kawasan sekolah dan dapat mengesan sebarang risiko lebih awal," katanya.Daniel turut mencadangkan fungsi pasukan kadet di sekolah dimanfaatkan sebagai salah satu saluran pencegahan, khususnya dalam membantu pihak sekolah mengenal pasti isu keselamatan pada peringkat awal.Katanya, pelajar yang menyertai pasukan kadet boleh diberikan pendedahan bersesuaian untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan gangsterisme, buli atau masalah keselamatan kepada pihak sekolah dan PDRM."Setiap sekolah ada kadet





Jangan sembunyikan apa-apa: Fadhlina arah semak keselamatan sekolah - Mygazette - 4/10 5:08 pm

"Syarikat kawalan keselamatan turut diminta memberikan kerjasama bagi semakan tersebut, katanya menerusi kenyataan menerusi hantaran di media sosial. Pada masa sama, beliau menegaskan KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada PDRM tanpa mendahului siasatan polis





Sekolah ada CCTV atau tidak? – MCCC - Mygazette - 4/10 5:08 pm

Daniel turut mempersoalkan fungsi pasukan kadet yang terdapat di sekolah dan melihatnya sebagai satu lagi mekanisme yang boleh dimanfaatkan dalam usaha pencegahan jenayah. Menurutnya, kadet boleh diberi pendedahan yang bersesuaian untuk membantu pihak sekolah dan PDRM menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan gangsterisme, buli atau masalah keselamatan dalam kalangan pelajar





Kes Bunuh Pelajar: Fadhlina Arah Semua Pihak Diperiksa Secara Menyeluruh - Wrlr - 4/10 1:34 pm

Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil. KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis





Irene Sofiya maut dibunuh: 'Tiada apa-apa boleh disembunyikan' - Fadhlina - Sinarharian - 4/10 1:20 pm

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menggesa agar semua perkara yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperiksa secara menyeluruh tanpa cubaan untuk menyembunyikan apa-apa.Beliau berkata, ia termasuk rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan dan aspek kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah.Tegasnya lagi, syarikat kawalan keselamatan turut diminta memberikan kerjasama bagi melengkapkan semakan tersebut."Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil."KPM bakal memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis."Sokongan kaunseling juga sedang diberikan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan."Berikan keluarga ruang dan hormati proses siasatan





Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco - Sinarharian - 4/10 8:34 am

JOHOR BAHRU - Tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah, tegas Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.Penegasan itu dibuat susulan insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, pada Sabtu.Beliau berkata, bagaimanapun, sama ada kejadian berkenaan mempunyai unsur buli, keganasan atau perlakuan jenayah perlu ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya spekulasi."Saya ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah."Namun, sama ada insiden ini mempunyai unsur-unsur berkenaan hendaklah ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya melalui spekulasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti fakta serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian pelajar berkenaan.Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat telah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan.Katanya, kedua-dua agensi berkenaan turut diminta memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa serta komuniti sekolah yang terkesan dengan kejadian itu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanBeliau berkata, sekolah sepatutnya kekal sebagai tempat selamat untuk setiap anak Johor menimba ilmu, membina masa depan dan berada dalam persekitaran yang melindungi keselamatan serta kesejahteraan mereka.Sehubungan itu, kerajaan negeri bersama JPNJ dan agensi berkaitan akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan di institusi pendidikan serta mengambil tindakan susulan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa.Beliau turut mengingatkan orang awam dan pengguna media sosial supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat kesimpulan awal yang boleh mengganggu proses siasatan.Dalam masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan yang amat menyedihkan itu.





Juruterbang Malaysia ditahan 30 hari lagi di Jakarta -JSJN - Mygazette - 4/10 7:40 am

Beliau berkata kes berkenaan masih dalam siasatan dan penilaian pihak berkuasa Indonesia, dengan tempoh maksimum tahanan sebelum pertuduhan boleh dikenakan adalah sehingga 120 hari. Pihak PDRM telah menerima makluman terkini daripada Narkoba Polri





Pegawai tentera ditahan, TDM sahkan stor senjata selamat - Mygazette - 4/10 7:40 am

# Pegawai tentera ditahan, TDM sahkan stor senjata selamat KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) menyerahkan siasatan berhubung penahanan seorang pegawai tentera bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru dan cecair disyaki bahan terlarang di sebuah institusi pengajian tinggi Awam (IPTA), pada 28 September lalu. TDM dalam kenyataan berkata, pegawai berkenaan kini berada dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan





Bomba selamatkan dua pendaki sesat - Mygazette - 4/10 7:40 am

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berpandukan lokasi yang dikongsi mangsa melalui aplikasi WhatsApp. Pencarian turut disertai tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kedua-dua mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat pada jam 7.42 malam, katanya





Kes dadah: Tempoh tahanan juruterbang Malaysia di Jakarta dilanjutkan - Sinarharian - 3/10 6:31 pm

KUALA LUMPUR - Tempoh penahanan seorang juruterbang Malaysia yang ditahan di Jakarta, Indonesia berhubung siasatan kes penyeludupan dadah dilanjutkan selepas selesai menjalani tempoh tahanan awal selama 60 hari.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek kini ditahan mengikut perintah mahkamah untuk tempoh 30 hari lagi.Menurutnya, perkembangan itu dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Direktorat Jenayah Narkotik Polis Indonesia."Pihak polis (Malaysia) dimaklumkan oleh pihak berkuasa narkotik Indonesia





Murad Zaidi mohon polis dedahkan pemilik akaun IG didakwa ugut Caprice - Sinarharian - 3/10 12:33 am

KUALA LUMPUR - Seorang jurulatih kecergasan meminta pihak polis memberikan penjelasan mengenai perkembangan siasatan terhadap akaun Instagram jefri_yayan yang didakwa mengugut pempengaruh media sosial, Caprice dan keluarganya sebelum ini.Tindakan itu bagi memastikan keadilan serta namanya dibersihkan daripada sebarang kaitan dengan akaun berkenaan.Peguam kepada Syed Mohammad Murad Syed Naseem atau dikenali sebagai Murad Zaidi, Aizzat Mustafa berkata, anak guamnya tidak mempertikaikan tindakan atau siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebaliknya berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dan individu sebenar yang mengendalikan akaun terbabit dikenal pasti.Menurutnya, Murad Zaidi sebelum ini disiasat berhubung akaun berkenaan sebelum polis memaklumkan secara bertulis pada 26 November tahun lalu bahawa kes terhadapnya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)."PDRM telah mengesahkan perkara itu masih dalam siasatan, apa yang Murad Zaidi mahukan ialah penjelasan mengenai perkembangan siasatan dan, jika dikenal pasti, identiti individu yang mengendalikan akaun tersebut."Anak guam saya tidak meminta maklumat sulit yang boleh menjejaskan siasatan, beliau hanya mahu siasatan yang dimulakan lebih setahun lalu diselesaikan dengan sewajarnya dan individu sebenar yang bertanggungjawab dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Media pada 1 September lalu melaporkan, saman fitnah difailkan jurulatih Syed Mohammad Murad Syed Naseem atau lebih dikenali sebagai Murad 'Baddestcoach' Zaidi terhadap pempengaruh media sosial Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli diteruskan dengan perbicaraan penuh selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.Peguam, Datuk M Reza Hassan yang mewakili Murad Zaidi berkata, kes itu tidak dapat diselesaikan melalui proses mediasi berikutan anak guamnya tidak bersetuju dengan syarat penyelesaian yang dicadangkan.Murad Zaidi memfailkan saman fitnah pada 4 Ogos lalu dengan mendakwa defendan telah memuat naik hantaran palsu serta berniat jahat yang menggambarkan beliau terbabit aktiviti jenayah dan jenayah terancang.Akibat hantaran yang dimuat naik itu, plaintif mendakwa reputasi dan maruahnya telah tercemar, dan menyatakan defendan mempunyai pengaruh besar di Instagram dengan lebih 1.5 juta pengikut.Pada 8 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi merekodkan perintah persetujuan yang mengarahkan Caprice menurunkan dan menarik balik serta-merta sembilan kenyataan fitnah terhadap Murad Zaidi yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.Perintah itu direkodkan selepas Caprice sebagai defendan bersetuju untuk patuh dan berjanji tidak menerbitkan semula, mengedar semula atau menyebarkan mana-mana kenyataan itu dalam sebarang bentuk.Menurut draf perintah persetujuan, pempengaruh itu juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau representasi serupa terhadap Murad Zaidi.Berikutan itu, Murad Zaidi menarik balik permohonan injunksi interimnya terhadap defendan tanpa perintah mengenai kos





Polis buka kertas siasatan individu ubah imej petugas media jadi haiwan - Sinarharian - 2/10 4:15 pm

PUTRAJAYA Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang individu yang didakwa menghina petugas media menerusi penyebaran imej yang diubah suai menjadi haiwan.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan polis berkaitan perkara tersebut pada Jumaat."Saya sahkan menerima laporan yang dibuat oleh Kelab Media Putrajaya (KMP)," katanya ketika ditemui media di sini.Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Terdahulu, Presiden KMP, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan sebuah akaun media sosial yang memuat naik imej sekumpulan jurugambar dan wartawan yang sedang menjalankan tugas.Gambar asal itu dirakam ketika petugas media membuat liputan kunjungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Putrajaya pada Khamis.Menurut KMP, imej tersebut kemudian diubah suai menjadi imej haiwan dan disertakan dengan kapsyen "Akal waras semakin sukar ditemui", yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap pengamal media yang sedang melaksanakan tanggungjawab profesional.KMP dalam kenyataannya mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan maruah petugas media yang menjalankan tugas demi kepentingan awam.Kelab itu turut menegaskan bahawa pengamal media berhak menjalankan tugas secara profesional tanpa berdepan penghinaan, serangan peribadi atau cubaan menjatuhkan reputasi mereka.





Gerakan Mahasiswa sedia bantu siasatan isu UiTM Holdings Sdn Bhd - Sinarharian - 2/10 4:00 pm

SHAH ALAM - Gerakan mahasiswa bersedia membantu pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu membabitkan UiTM Holdings Sdn Bhd.Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) Hazim Suhaimi berkata, gerakan mahsiswa bersedia membantu pihak berkuasa dalam apa jua bentuk termasuk berkaitan dokumentasi."Sekiranya pihak PDRM atau SPRM memanggil ataupun memerlukan bantuan mahasiswa, kami akan cuba sehabis baik untuk membantu dalam apa jua bentuk sekalipun," katanya pada sidang akhbar selepas satu flash mob di sini pada Jumaat.Hazim berkata, himpunan berkenaan bukan bertujuan menjadikan isu UiTM Holdings sebagai isu politik, sebaliknya mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara yang melibatkan institusi berkenaan."Kami hanya mahu menyebarkan maklumat bahawa isu ini tidak boleh diremehkan dan mesti sampai kepada setiap golongan masyarakat," katanya.Menurutnya, gerakan mahasiswa mengambil serius isu berkenaan susulan dakwaan mengenai kerugian melibatkan UiTM Holdings yang dilaporkan mencecah ratusan juta ringgit."Perkara itu menjadi lebih sensitif kerana ia turut dikaitkan dengan kes yang masih dalam siasatan pihak SPRM," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM mengesan kepincangan dari aspek tatakelola susulan siasatan terhadap UiTM Holdings Sdn Bhd dan akan mengesyorkan langkah penambahbaikan kepada pihak terbabit.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata, perkara itu merupakan prosedur biasa apabila siasatan mendapati wujud kelemahan dalam aspek tatakelola.SPRM akan mengesyorkan langkah penambahbaikan terhadap sebarang kelemahan tatakelola yang dikenal pasti sepanjang proses siasatan.Hazim turut menyeru warga UiTM termasuk mahasiswa dan kakitangan supaya tampil sekiranya mempunyai maklumat berkaitan sebarang salah laku yang melibatkan UiTM Holdings atau perkara lain yang belum disiasat."Keberanian untuk tampil bukan bermaksud menentang UiTM, sebaliknya sebagai usaha bersama untuk mempertahankan kepentingan institusi berkenaan," katanya.Flash mob berkenaan turut disertai mahasiswa dari UiTM Dungun, UiTM Kedah, selain pimpinan dan gerakan mahasiswa.





Lelaki ditemukan lemas, kereta terjunam dalam parit - Sinarharian - 2/10 3:29 pm

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Kawakaan, di sini, petang Khamis.Mayat lelaki berusia 27 tahun itu ditemukan pada jam 10.28 pagi Jumaat, kira-kira dua kilometer dari lokasi kenderaannya terbabas.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.55 petang, Khamis.Katanya, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 16 kilometer dari BBP Lintas."Menurut laporan, berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda WR-V yang terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam parit."Pasukan kemudian menjalankan size-up dan mendapati tiada mangsa di dalam kenderaan berkenaan. Pemeriksaan turut dibuat di sekitar lokasi bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Bagaimanapun, sehingga jam 8 malam, mangsa masih belum ditemukan dan operasi ditangguhkan," katanya dalam kenyataan.Noor Sherriyana berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada Jumaat."SAR dilakukan di kawasan parit yang berhubung dengan anak sungai sebelum mangsa berjaya ditemukan anggota kami kira-kira dua kilometer dari lokasi kenderaannya dilaporkan terbabas."Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari selepas pihaknya memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.





Gambar media disunting jadi haiwan satu penghinaan – KMP - Mygazette - 2/10 3:06 pm

# Gambar media disunting jadi haiwan satu penghinaan - KMP KUALA LUMPUR Kelab Media Putrajaya (KMP) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap sebuah akaun media sosial yang mengubah imej sekumpulan wartawan dan jurugambar menjadi haiwan ketika menjalankan tugas membuat liputan Tun Dr





KMP buat laporan polis, MCMC isu imej petugas media diubah jadi haiwan - Sinarharian - 2/10 3:00 pm

PUTRAJAYA Kelab Media Putrajaya (KMP) membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan sebuah akaun media sosial yang didakwa mengubah imej petugas media kepada imej haiwan.Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KMP memaklumkan tindakan itu membabitkan gambar sekumpulan jurugambar dan wartawan yang sedang menjalankan tugas membuat liputan kunjungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Putrajaya pada Khamis."KMP memandang serius dan mengecam tindakan sebuah akaun media sosial yang mengubah imej sekumpulan jurugambar dan wartawan ketika menjalankan tugas membuat liputan Tun Dr Mahathir menziarahi pusara Allahyarham di Pusara Negara menjadi imej haiwan."Lebih mengecewakan, imej tersebut disertakan dengan kapsyen Akal waras semakin sukar ditemui yang dilihat sebagai penghinaan terhadap petugas media yang sedang melaksanakan tanggungjawab profesional mereka," menurut kenyataan itu.Menurut KMP, petugas media yang berada di lokasi berkenaan tidak menerima sebarang pemakluman rasmi berkaitan sekatan atau larangan membuat rakaman daripada pihak Tun Dr Mahathir atau keluarganya.KMP turut menegaskan bahawa pengamal media sentiasa memahami dan mematuhi etika kewartawanan serta menghormati nilai kemanusiaan, privasi dan sensitiviti keluarga, khususnya dalam situasi yang melibatkan suasana dukacita."Keberadaan petugas media di lokasi adalah sebahagian daripada tanggungjawab profesional untuk mendokumentasikan peristiwa yang mempunyai nilai kepentingan kepada masyarakat dan negara," katanya.Dalam pada itu, KMP mengakui setiap individu berhak mengemukakan pandangan dan kritikan, namun kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina atau merendahkan martabat petugas media."KMP memahami hak setiap individu untuk mengkritik





Ketegasan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika menjalankan operasi di .. - Wrlr - 2/10 12:22 am

Tapi cerita ini sebenarnya sudah bermula lebih setahun lalu. Julai 2025, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution pernah mengaku beliau kena teruk apabila kerajaan membuat keputusan memindahkan Shuhaily daripada PDRM untuk mengetuai AKPS





Dari istana ke Putrajaya dan KLIA, musuh pun mula keluar - Wrlr - 2/10 12:14 am

Kita perlu ramai insan atau pegawai seperti Datuk Suhaily. Telah kita jangkakan pasti ada pihak akan cuba menjatuhkan Datuk Suhaily kerana popularitinya sebagai pegawai tinggi PDRM yang berani melawan rasuah





Waktu Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik mengetuai AKPS, bukan .. - Wrlr - 2/10 9:14 am

Padahal Shuhaily bukan orang baharu dalam penguatkuasaan. Beliau datang daripada PDRM dengan pengalaman panjang, termasuk pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman





Don't abuse your power, deputy IGP tells police - Malaymail - 1/10 6:00 pm

KUCHING, Oct 1 Royal Malaysia Police (PDRM) leaders have been reminded not to abuse their positions and instead...





Polis Marin catat rampasan bernilai RM525 juta, tangkap 2,707 individu - Mygazette - 1/10 3:18 pm

Anggota PPM perlu sentiasa meningkatkan kemahiran, kecekapan dan integriti bagi memastikan pasukan itu terus diyakini dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan perairan negara, katanya. Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada mantan komander serta pegawai PPM yang masih memberikan sokongan kepada PDRM dan pasukan berkenaan





Polis Marin mohon RM2.28 bilion perkasa aset, bina 11 markas baharu - Mygazette - 1/10 3:18 pm

Ia bagi memastikan PPM terus berupaya melaksanakan penugasan penguatkuasaan secara berkesan. PDRM melalui Pasukan Polis Marin akan terus komited menjaga perairan negara daripada sebarang ancaman, katanya lagi




Reformasi     >>



Private jet meth trail: Zero luggage in KL, 23 in .. - Mkini
Laos police confirm detaining 1 M'sian, Bukit Aman to hold presser tomorrow.
Kroni     >>



Zara Qairina inquest: Mother denies being told .. - NST
KOTA KINABALU: Zara Qairina Mahathirs mother claimed that she was not given an explanation about the importance of a post-mortem examination before signing a form refusing the procedure.
Tabloid     >>



TMJ Titah Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari .. - Ohmedia
Semua sekolah di Johor ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri. The post TMJ Titah Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Akibat Jerebu appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Everyone can now check if an image, video, or audio .. - Gsmarena
Starting today, Google is making its SynthID Detector tool available to everyone across the globe in English. This tool can be used to find out if an image, video, or audio file was made with AI from Google, OpenAI, Nvidia, or Kakao. Soon, the SynthID Detector will also detect media that was ..
World     >>



Yemen war live: Govt forces claim key heights, Houthi .. - Aljazeera
Saudi-backed Yemeni forces claim advances in western Taiz's mountain belt overlooking the coast.
Motor Trend     >>



Motosikal Ini Apa Kami Tahu Tentang Triumph Street .. - Mekanika
# INI APA KAMI TAHU TENTANG TRIUMPH STREET TRIPLE 798 SERBA BAHARU **Baru-baru ini Triumph Motorcycles telah pun memperkenalkan Bonneville T40 dan T40 Black secara rasmi untuk pasaran global. Model terbaru dari keluarga 400cc itu akan mula masuk pasaran dunia pada 2027.** Bagaimanapun, di ..