| /// |
|
| Search : Pbb News | Page 1 |
|
Malaysia harap PBB timbang permohonan tarik MALBATT dari Lubnan – .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm # Malaysia harap PBB timbang permohonan tarik MALBATT dari Lubnan - Khaled KOTA TINGGI - Malaysia berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempertimbang permohonan untuk menarik keluar anggota Batalion Malaysia (MALBATT) dari Lubnan |
|
Gesa PBB timbang permohonan tarik keluar MALBATT dari Lubnan - Khaled Nordin - Sinarharian - 11/04 12:43 am KOTA TINGGI Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk menilai semula penempatan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan susulan perubahan situasi keselamatan di kawasan operasi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebelum ini menghantar pasukan menyertai misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) yang berperanan sebagai pengantara antara pihak yang bertelagah.Bagaimanapun, jelas beliau, keadaan semasa telah berubah apabila konflik semakin memuncak dan melibatkan pertempuran terbuka, sekali gus tidak lagi selari dengan mandat asal pasukan pengaman."Apabila kita hantar pasukan sertai UNIFIL, tujuannya adalah sebagai pasukan pengaman antara pihak bertelagah iaitu Israel dan Hezbollah supaya mereka tidak meneruskan peperangan."Tetapi hari ini keadaan telah bertukar, mereka berperang antara satu dengan yang lain dan ini bukannya mandat yang diberikan kepada MALBATT atau mana-mana pasukan lain yang sertai UNIFIL."MALBATT merupakan pasukan pengaman yang tidak mempunyai kelengkapan persenjataan sesuai untuk keadaan peperangan, sebaliknya mereka kini pihak terkesan dalam situasi semasa," katanya.Beliau demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Tanjung Sedeli di sini pada Sabtu.Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut memberitahu, lebih 500 anggota MALBATT di Lubnan ketika ini telah diarah untuk kekal di dalam 'bunker' dan tidak melakukan sebarang operasi rondaan."Permohonan telah dibuat Kementerian Luar, kita di Kementerian Pertahanan tunggu keputusan, kalau keputusannya kekal di situ kita akan kekal, tetapi kalau keputusannya boleh balik, kita akan balik |
|
Israel bunuh 738 warga Palestin sejak gencatan senjata - Mkini - 11/04 11:23 am Warga Palestin di Gaza kekal tidak selamat memandangkan serangan Israel hampir setiap hari, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB. |
|
PBB gesa siasat keganasan oleh pendatang haram Israel di Tebing Barat - Mkini - 10/04 9:25 am Sejak awal 2026, lebih 580 serangan oleh pendatang haram Israel mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda. |
|
Malaysia akan mohon PBB semak semula penugasan pengaman di Lubnan - FMT - 9/04 8:52 pm Menteri Luar Mohamad Hasan berkata keadaan semasa di Lubnan tidak lagi selamat untuk misi pengaman. |
|
Konflik Asia Barat: Malaysia akan hantar memorandum kepada PBB bawa pulang MALBATT - Sinarharian - 9/04 6:56 pm SEREMBAN Malaysia akan menghantar memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memohon pertimbangan supaya pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 di Lubnan dibawa pulang segera.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan memandangkan keadaan semasa di negara itu yang tidak lagi selamat."Keadaan di Lubnan ketika ini tidak lagi berasaskan misi pengaman kerana sudah berlaku perang di sana dan semalam pun Israel melakukan serangan, lebih 300 orang terbunuh."Saya dah arahkan kita punya wakil tetap di PBB untuk mengumpulkan negara-negara rakan yang menganggotai misi pengaman ini dan kita nak buat memorandum kepada Setiausaha Agung PBB dengan secepat mungkin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah-Sekolah di Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau di sini pada Khamis.Menurutnya, tempoh matang misi berkenaan sepatutnya berakhir hujung tahun ini, namun sekiranya keadaan perang yang masih berterusan, perlunya PBB membuat semakan semula keberadaan pasukan terbabit di sana.Ini kerana jelas beliau, Malaysia tidak mahu ada anggota MALBATT termasuk dari negara lain yang tercedera atau terbunuh."Kita ucapkan takziah kepada kerajaan Indonesia kerana anggota misi pengaman mereka terbunuh semasa menjalankan misi pengaman di Lubnan dan kita tidak mahu anggota kita turut terdedah."Ketika dalam mesyuarat kabinet, saya telah pun minta Menteri Pertahanan supaya anggota kita tidak lagi perlu membuat rondaan sebaliknya hanya duduk di dalam bangunan supaya tidak terdedah kepada apa jua sebarang kemungkinan," katanya.Beliau berkata, Malaysia tidak boleh membuat keputusan sendiri membawa keluar kira-kira 511 pegawai dan anggota MALBATT kerana ia di bawah Majlis Keselamatan PBB.Tambahnya, tindakan sebegitu tidak menampakkan sesuatu yang baik kepada Malaysia dan boleh memberi beberapa implikasi terutamanya soal kewangan kerana semuanya ditanggung oleh PBB.Selain itu Ahli Parlimen Rembau tersebut berkata, enam buah kapal Malaysia dijangka dibenarkan melalui Selat Hormuz selepas tempoh gencatan senjata selama dua minggu antara Iran dan Amerika Syarikat berakhir.Katanya, setakat ini sebuah kapal tangki yang membawa bekalan minyak mentah telah pun berjaya keluar dari kawasan berkenaan."Semua kapal tidak boleh lalu sekarang |
|
ABIM cadang mekanisme pemantauan PBB pantau gencatan senjata ASIran - Sinarharian - 9/04 5:28 pm SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan satu mekanisme pemantauan bebas dan telus diwujudkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan gencatan senjata melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Iran dipatuhi.Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan bahawa penangguhan serangan ketenteraan itu tidak boleh sekadar menjadi jeda taktikal berikutan sejarah menunjukkan kegagalan komitmen hanya akan mengheret dunia ke dalam kitaran keganasan."ABIM menegaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata ini merupakan pencabulan terhadap prinsip asas Piagam PBB, khususnya larangan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa."Kegagalan bertindak secara konsisten dan tidak selektif hanya akan menghakis kepercayaan terhadap sistem tadbir urus global serta memperkukuh persepsi hipokrasi geopolitik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, beliau berkata usaha diplomatik perlu diperkukuh bagi membina kepercayaan antara kedua-dua negara, sekali gus membuka laluan kepada perjanjian damai yang lebih menyeluruh, adil dan berkekalan."Pendekatan ini bukan sahaja penting untuk kestabilan serantau, malah merupakan prasyarat kepada keamanan global yang lestari, termasuk dalam memastikan keselamatan rantaian bekalan tenaga serta kestabilan laluan strategik."Sebarang bentuk provokasi, ancaman, percanggahan naratif yang mengelirukan serta tindakan ketenteraan yang berpotensi menggagalkan gencatan senjata ini mesti dihentikan serta-merta."Ini termasuk tindakan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Palestin dan wilayah sekitarnya," katanya lagi.Ahmad Fahmi berkata, usaha perdamaian di Asia Barat tidak akan bermakna tanpa penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, yang kekal sebagai punca utama ketidakstabilan serantau.Pada masa sama, ABIM menegaskan bahawa konflik melibatkan Iran tidak boleh dilihat secara terpisah daripada realiti di Lubnan, yang kini menjadi medan lanjutan kepada ketegangan serantau."Pencabulan kedaulatan dan serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel di Lubnan membuktikan bahawa pendekatan yang tidak menyeluruh hanya akan memindahkan dan meluaskan konflik ke wilayah lain."Keadaan ini menunjukkan bahawa keamanan yang bersifat selektif bukan sahaja rapuh, malah berisiko mencetuskan eskalasi baharu serta memperdalam krisis kemanusiaan di rantau tersebut."Justeru, sebarang kerangka keamanan serantau mesti bersifat menyeluruh," katanya.Menurut Ahmad Fahmi, Malaysia digesa untuk terus memainkan peranan aktif melalui diplomasi pelbagai hala termasuk dalam kerangka ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong usaha de-eskalasi yang berprinsip dan berkeadilan."Keamanan yang hakiki menuntut keberanian moral untuk menghentikan keganasan secara menyeluruh tanpa pilih kasih dan tanpa hipokrasi geopolitik."Dunia pada abad ke-21 tidak boleh terus terperangkap dalam logik konflik yang usang, yang hanya mengorbankan nyawa insan tidak berdosa serta meruntuhkan asas kemanusiaan sejagat," katanya. |
|
China dan Rusia pertahan diplomasi, tolak resolusi berat sebelah di PBB berkait Selat Hormuz - Harapandaily - 8/04 7:00 pm China dan Rusia menegaskan komitmen terhadap pendekatan diplomasi apabila menggunakan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap satu draf resolusi berkaitan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz |
|
Malaysia kutuk penghinaan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa - Mkini - 8/04 12:01 am Tindakan menutup kawasan masjid kepada jemaah Islam adalah pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB. |
|
Stay united to sustain public support, PBB members told - BorneoPost - 7/04 7:02 am SIBU (April 7): As the backbone of Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) must continue to uphold unity to remain relevant and accepted by the people, said political secretary to Sarawak Premier Sayed Azmee Wan Junaidi |
|
Gaji pekerja gig mesti selaras pasaran buruh lebih luas, kata ahli ekonomi - FMT - 6/04 10:15 am Penyelaras Residen PBB Richard Marshall berkata penetapan kadar gaji mungkin tugas mencabar dan pendekatan berasaskan sektor mungkin diperlukan. |
|
Malaysia kutuk serangan beterusan ke atas pengaman UNIFIL di selatan Lubnan - Mgazette - 5/04 3:08 pm # Malaysia kutuk serangan beterusan ke atas pengaman UNIFIL di selatan Lubnan KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk serangan berterusan ke atas pasukan pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan, yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam kalangan anggota PBB |
|
Serangan AS, Israel ke tapak nuklear berisiko pencemaran radioaktif serantau - Iran - Mkini - 5/04 10:33 am Iran utus surat kepada SU Agung PBB, anggota Majlis Keselamatan PBB dan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. |
|
Raja Bahrin kritik PBB: Bertindak untuk minyak, bukan nyawa - Harapandaily - 4/04 8:00 pm Menurutnya, tindakan... The post Raja Bahrin kritik PBB: Bertindak untuk minyak, bukan nyawa appeared first on Harapan Daily . |
|
Harga makanan: Lima juta penduduk wilayah Arab di ambang kebuluran - PBB - Mkini - 3/04 8:43 am Kenaikan 20 peratus harga makanan boleh menyebabkan penduduk berpendapatan sederhana dan rendah alami ketakjaminan makanan. |
|
UAE gesa PBB benarkan langkah bagi buka semula Selat Hormuz - Mkini - 2/04 9:24 am Selat Hormuz terjejas sejak awal Mac, apabila Iran bertindak menyekat laluan perairan itu sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel yang bermula pada 28 Feb. |
|
Perang Asia Barat ‘ranapkan’ pertumbuhan ekonomi negara Arab sepanjang 2025 - Utusan - 1/04 3:00 pm NEW YORK: Perang yang berlarutan selama sebulan di Asia Barat berpotensi menghapuskan keseluruhan pertumbuhan ekonomi yang dicapai negara-negara Arab tahun lalu, selain dijangka mencetuskan pengecutan ekonomi yang ketara di Iran, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) |
|
Indonesia Sahkan Seorang Anggota Pengaman PBB Maut, Gesa Siasatan Telus - Siakapkeli - 30/03 2:03 pm Indonesia Sahkan Seorang Anggota Pengaman PBB Maut, Gesa Siasatan Telus JAKARTA, 30 Mac (Bernama) -- Indonesia pada Isnin mengesahkan bahawa seorang anggota pengamannya maut manakala tiga yang lain |
|
Tuntut Sabah jadi bahan politik menjelang pilihan raya senat Filipina, kata Hajiji - FMT - 28/03 4:17 pm Ketua menteri berkata apabila dekat pilihan raya senat isu sedemikian terus dibangkit walau kedudukan Sabah dalam Malaysia diiktiraf PBB. |
|
Letupan di selatan Lubnan: Keputusan operasi MALBATT tertakluk mandat UNIFIL - Sinarharian - 28/03 2:10 pm KOTA TINGGI Sebarang keputusan termasuk membawa keluar pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) dari selatan Lubnan kerana penugasan itu tertakluk sepenuhnya kepada mandat misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN).Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apabila menyertai misi pengaman di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), struktur pemerintahan serta keputusan operasi berada di bawah kawalan PBB.Menurutnya, sebarang tindakan melibatkan operasi, pergerakan atau penugasan anggota tidak boleh dibuat secara unilateral oleh Malaysia."Kita tertakluk kepada UN kerana apabila menyertai misi ini, struktur pemerintahan dan keputusan operasi berada di bawah UNIFIL."Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan sendiri termasuk menarik keluar pasukan tanpa melalui proses yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar Projek Janaveteran di ladang Telok Sengat di sini pada Sabtu.Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata demikian ketika mengulas situasi semasa di Lubnan yang menyaksikan beberapa insiden pertemuan tidak dirancang antara anggota MALBATT dan pihak lain termasuk pasukan Israel Defense Forces (IDF).Bagaimanapun, beliau menegaskan setakat ini tiada sebarang insiden buruk berlaku dan keadaan masih terkawal.Dalam masa sama, beliau menjelaskan keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan anggota sentiasa terjamin walaupun tertakluk kepada mandat antarabangsa."Jika situasi memerlukan, kita boleh mengambil langkah seperti mengehadkan pergerakan atau mengarahkan anggota berada di dalam kubu (bunker), namun semuanya perlu selaras dengan garis panduan UNIFIL," jelasnya.Ketika ini, lebih 500 anggota MALBATT ditempatkan di Lubnan sebagai sebahagian daripada misi pengaman antarabangsa.Terdahulu, beliau dilaporkan berkata tiada anggota MALBATT 850-13 yang cedera dalam beberapa insiden letupan berhampiran kawasan operasi UNIFIL di selatan Lubnan susulan ketegangan antara IDF dan Hezbollah. |
|
Perang tak terkawal, konflik mungkin merebak - Mkini - 26/03 3:40 pm PBB beri amaran dunia berdepan prospek konfrontasi lebih luas. |
|
PBB Beri Amaran Haba Bumi Cecah Paras Rekod - Siakapkeli - 23/03 4:26 pm PBB beri amaran krisis iklim berpanjangan berikutan jumlah haba yang terperangkap di Bumi mencapai paras rekod pada 2025 dengan kesan dijangka berterusan ribuan tahun. |
|
Agensi PBB beri amaran kemelut iklim semakin buruk - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Agensi PBB beri amaran kemelut iklim semakin buruk GENEVA - Tiada banyak ruang untuk optimismengenai keadaan iklim global, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dalam laporan yang diterbitkan pada Isnin, dengan memberi amaran bahawa petunjuk utama terus merosot, menurut Agensi Berita Jerman (dpa) |
|
Agensi PBB beri amaran perubahan iklim makin buruk - Mkini - 23/03 3:39 pm Bumi sedang diasak melampaui batasnya, tegas Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sifatkan keadaan itu sebagai darurat. |
|
PAS is avid to engage with the Chinese community, but are we ready for it? - Sinchew - 22/03 8:12 am Meanwhile, Ahmad Zahid Hamidiserving both as BN and Umno chiefis riding high, and the likelihood of him deserting Anwar in the next general election has significantly picked up in momentum. It is said that PASs Takiyuddin Hassan and PBBs Fadillah Yusof, the incumbent deputy prime minister, were also at the meeting table |
|
Iran rayu rundingan program nuklear sejak 15 tahun lalu – Sachs - Mgazette - 17/03 8:18 am # Iran rayu rundingan program nuklear sejak 15 tahun lalu - Sachs PUTRAJAYA Bekas Pemimpin Agung Republik Islam Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei pernah merayu kepada Amerika Syarikat (AS) untuk melakukan rundingan mengenai program nuklear sejak 15 tahun lalu sebelum diserang. Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan (SDSN) bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof Jeffery D |
|
PBB Samariang treats 110 underprivileged kids to shopping spree - BorneoPost - 15/03 5:54 pm KUCHING (March 15): Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) treated a total of 110 orphans and the underprivileged preparing for Hari Raya Aidilfitri by treating them to a shopping spree |
|
Adik Beng Hock ke Geneva untuk berucap di sidang PBB - Mkini - 15/03 11:57 am Ucapan Lee Lan di sidang UNHRC boleh diikuti melalui siaran langsung yang ditayangkan secara dalam talian esok |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |