///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Operasi News   Page 1    



Menteri Ekonomi - 70 peratus depoh pengadun sedia laksana biodiesel B15 guna fasiliti sedia ada - Careta - 22/04 7:54 am

"Hasil dapatan pemeriksaan infrastruktur depoh pengadun oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mendapati lebih 70 peratus depoh pengadun di Malaysia bersedia untuk melaksanakan biodiesel B15 menggunakan fasiliti sedia ada. "Langkah penyesuaian operasi sedang dirangka oleh depoh pengadun





Diupah RM100 bawa pendatang asing ke stesen bas, remaja ditahan PGA Diupah .. - Mygazette - 22/04 7:49 am

Lebih mengejutkan, remaja didapati positif dadah itu sanggup menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton milik abangnya secara senyap-senyap untuk menyeludup pendatang asing dari sempadan ke Stesen Bas Kota Bharu. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Ahmad Radzi Hussain berkata terdahulu, anggota Batalion 9 PGA yang melakukan operasi kira-kira 11.30 malam telah mengekori kenderaan terbabit yang memecut laju sebelum berjaya memintasnya di Jalan Terbok-Kelaboran Belukar, Tumpat





Akar desak rombak pasukan krisis MTEN - Mygazette - 22/04 7:49 am

Menurutnya, dalam situasi yang semakin mencabar, negara memerlukan tindak balas dasar yang segera, terselaras dan berpaksikan realiti semasa, namun perkara itu didakwa tidak dizahirkan oleh pasukan berkenaan. Kenyataan itu turut mempersoalkan ketiadaan cadangan pakej rangsangan fiskal yang benar-benar mampu menyokong rakyat dan sektor perniagaan ketika kos operasi terus meningkat





Malaysia perlu bangunkan sistem pertahanan berasaskan AI sendiri ??? Nik .. - Mygazette - 22/04 7:49 am

Syarikat pertahanan tempatan itu juga mempamerkan keupayaan merentasi sistem mobiliti darat, platform tanpa pemandu dan autonomi, teknologi senjata dan radar, serta sistem arahan, kawalan dan keselamatan negara bersepadu yang dikuasakan dengan AI. Nik Iruwan juga boleh berbangga apabila Nizra Industries mampu membangunkan Sistem Rangkaian Medan Perang Bersepadu Nizra iaitu platform C4ISR yang boleh menghubungkan sensor, dron dan unit operasi ke dalam rangkaian operasi masa nyata dan yang bersatu





Lindungi pekerja asing, anggota penguat kuasa ditahan SPRM - Mygazette - 22/04 7:49 am

Suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch n Go miliknya, katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Pulau Pinang, Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut





WRP Asia tutup operasi, KESUMA pastikan kebajikan pekerja terpelihara - Mygazette - 22/04 7:49 am

# WRP Asia tutup operasi, KESUMA pastikan kebajikan pekerja terpelihara PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memantau dengan teliti proses penutupan operasi syarikat WRP Asia Pacific Sdn Bhd bagi memastikan hak dan kebajikan 1,426 pekerja yang terlibat dilindungi





Kembalikan semula subsidi minyak tanpa kuota -Pejuang - Mygazette - 22/04 7:49 am

"Langkah ini penting bagi memastikan kerajaan masih mempunyai keupayaan untuk kembali kepada sistem subsidi bersasar apabila harga minyak kembali stabil di bawah paras tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, bagi memastikan kedudukan fiskal negara kekal terkawal, kerajaan juga perlu mengimbangi perbelanjaan dengan penjimatan dalam sektor lain seperti pengurangan kos operasi dan penstrukturan semula projek berskala besar





Kesan krisis bekalan global mula meresap dalam kos harian -Menteri Kesan .. - Mygazette - 22/04 7:49 am

Berdasarkan data permohonan faedah di bawah Sistem Insurans Pekerjaan olehPertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 4,708 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan bagi tempoh 16 hari pertama April 2026, katanya. Akmal Nasrullah menjelaskansuku kedua 2026 akan menjadi tempoh penting untuk menilai sama ada tekanan kos yang dihadapi syarikat mula diterjemahkan kepada langkah pengurangan operasi atau pekerjaan.





Disyaki seleweng dana zakat RM230 juta, tiga individu ditahan Disyaki .. - Mygazette - 22/04 7:49 am

# Disyaki seleweng dana zakat RM230 juta, tiga individu ditahan KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta. Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan antara jam 3 dan 5 petang tadi dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Selangor sekitar Lembah Klang





Artikel Pilihan Hyundai Bangunkan Enjin Dengan Nisbah Mampatan Boleh Ubah. .. - Mekanika - 22/04 7:49 am

Dalam enjin konvensional, nisbah ini adalah tetap. Ini bermaksud jurutera perlu memilih sama ada mahu menggunakan nisbah mampatan tinggi untuk kecekapan termodinamik yang tinggi atau merendahkan nisbah mampatan untuk enjin beroperasi dengan sistem turbo Dengan teknologi ini, enjin boleh mengubah nisbah mampatan secara automatik, bergantung kepada keadaan pemanduan





Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan rasuah - Sinarharian - 21/04 11:03 pm

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara November 2024 hingga April 2025."Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch n Go miliknya," menurut sumber itu.Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang, Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009





Derma jadi pelaburan? NGO disyaki pusing RM230 juta - Harapandaily - 21/04 9:56 pm

Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta, dalam satu operasi di sekitar Lembah Klang





Syarikat tutup operasi: 304 warga tempatan antara 1,426 hilang pekerjaan - FMT - 21/04 9:54 pm

Kesuma kata ia sedang memantau dengan teliti proses penutupan operasi bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja dilindungi.





Syarikat tutup operasi: 304 warga tempatan antara 1,426 hilang pekerjaan - Hotfm - 21/04 9:54 pm

Kesuma kata ia sedang memantau dengan teliti proses penutupan operasi bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja dilindungi.





Tiga warga Sri Lanka ditahan manipulasi sistem imigresen - Kosmo - 21/04 9:15 pm

PETALING JAYA – Seramai tiga warga Sri Lanka ditahan selepas dipercayai terbabit dengan sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas Ops Serkap yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini





Kesan krisis bekalan global mula meresap dalam kos harian - Akmal Nasrullah - Sinarharian - 21/04 7:36 pm

KUALA LUMPUR - Kesan krisis bekalan global sudah mula meresap ke dalam kos pengangkutan, logistik, harga barang serta perbelanjaan harian rakyat dan negara kini sedang berhadapan dengan fasa penyesuaian kos yang semakin nyata.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, berdasarkan pemantauan harga bahan makanan terpilih bagi tempoh 13 hingga 19 April menunjukkan pergerakan harga yang bercampur.Beliau berkata, situasi itu menunjukkan tekanan bekalan tidak berlaku secara seragam, tetapi berbeza mengikut kategori dan dipengaruhi oleh faktor cuaca, kos input pertanian, kos pengangkutan dan turun naik bekalan jangka pendek."Harga purata ayam standard meningkat 2.8 peratus daripada RM9.09 sekilogram kepada RM9.33 sekilogram, sementara harga daging lembu menurun 5.0 peratus kepada RM35.65 sekilogram, manakala telur ayam Gred C kekal stabil pada purata RM3.66 bagi 10 biji."Bagi kategori ikan dan sayur-sayuran pula, harga ikan kembung menurun kepada RM16.43 sekilogram daripada RM17.08, manakala purata harga sawi meningkat daripada RM5.89 kepada RM6.21 sekilogram dan harga bayam hijau kekal stabil pada RM5.26 sekilogram," katanya dalam taklimat khas berkaitan krisis bekalan global yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan, pada Selasa.Beliau berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut merekodkan kenaikan purata harga diesel di Semenanjung kepada RM4.09 seliter berbanding RM2.98 pada Februari, manakala RON97 meningkat kepada RM4.01 berbanding RM3.11.Sehubungan itu, katanya tindak balas kerajaan perlu cepat dan tepat berasaskan data semasa dalam berdepan kesan krisis berkenaan terhadap kehidupan rakyat.Berhubung pasaran buruh pula, Akmal Nasrullah berkata, trend kehilangan pekerjaan buat masa ini belum menunjukkan tekanan berskala besar, namun masih memerlukan pemantauan rapi."Pengalaman lalu menunjukkan impak kejutan kos tenaga kepada pekerjaan lazimnya muncul dengan sedikit jarak waktu."Berdasarkan data permohonan faedah di bawah Sistem Insurans Pekerjaan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 4,708 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan bagi tempoh 16 hari pertama April 2026," katanya.Akmal Nasrullah menjelaskan suku kedua 2026 akan menjadi tempoh penting untuk menilai sama ada tekanan kos yang dihadapi syarikat mula diterjemahkan kepada langkah pengurangan operasi atau pekerjaan





Tiga termasuk timbalan pengerusi NGO ditahan kes seleweng dana zakat RM230 juta - Sinarharian - 21/04 7:26 pm

SHAH ALAM - Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan pada Selasa kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an telah ditahan antara jam 3 dan 5 petang dalam operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Lembah Klang.Sementara seorang lagi berusia lingkungan 50-an ditahan jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor."Siasatan awal mendapati, kesemua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024."Siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta tersebut ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi," katanya.Kata sumber, siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan.Tambah sumber, dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita 18 unit kenderaan mewah antaranya Porsche dan Mercedes.Selain itu, hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama turut disita."Selain itu, SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta," ujarnya.Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009."Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok (Rabu) untuk permohonan reman," ujarnya.





Mayat seorang lagi mangsa bot karam ditemukan terapung - Sinarharian - 21/04 7:07 pm

KOTA BELUD - Seorang lagi mangsa bot karam di perairan Tamau Batu Gadung, pada Ahad lalu akhirnya ditemukan mayatnya dalam keadaan terapung di perairan Bira-Biraan dekat sini.Mayat Mohammad Iqram Jumaat, 23, ditemukan pada jam 2.45 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) iaitu kira-kira empat kilometer dari lokasi bot dilaporkan karam.Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk berkata, operasi SAR itu telah memasuki hari ketiga bagi mencari seorang lagi mangsa."Operasi bermula jam 8.30 pagi dengan pembahagian kepada tiga sektor dan pencarian dijalankan di kawasan kiri dan kanan pesisir laut secara berjalan kaki bagi sektor satu dan dua."Bagi sektor tiga, oerasi dijalankan di kawasan laut menggunakan bot dan pada jam 2.45 petang, pasukan tersebut berjaya menemui mangsa terapung di perairan Bira-Biraan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Susulan penemuan itu, beliau berkata, pasukannya bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak membawa mangsa tersebut ke pos kawalan."Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Kota Belud untuk tindakan selanjutnya."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.15 petang," katanya.Sebelum itu, Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan sebuah bot yang dinaiki lapan individu untuk memancing telah karam dan menyebabkan seorang remaja maut manakala seorang lagi hilang.





Dua lori disyaki seleweng diesel ditahan dalam Ops Tiris 4.0 di Shah Alam - Harapandaily - 21/04 7:00 pm

FOTO BERITA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya menggagalkan kegiatan urus niaga mencurigakan melibatkan bahan api diesel bersubsidi selepas menahan dua buah lori dalam satu operasi bersepadu awal pagi semalam





4,708 hilang kerja awal April dipantau rapi kerajaan, kata menteri - FMT - 21/04 6:49 pm

Menteri Ekonomi Akmal Nasir berkata suku kedua 2026 akan menjadi tempoh penting untuk menilai sama ada tekanan kos dihadapi syarikat mula diterjemahkan kepada langkah pengurangan operasi.





Sindiket dadah guna 'money changer' terbongkar, 19 individu diberkas - Sinarharian - 21/04 5:40 pm

KUALA LUMPUR Taktik sindiket pengedaran dadah yang menjadikan perniagaan penukaran wang (money changer) sebagai medium pengubahan wang haram terbongkar selepas 19 individu ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang pada 16 April lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita termasuk dua warga China, berusia antara 24 hingga 48 tahun."Operasi bermula dengan serbuan di sebuah apartmen di Taman Wahyu sebelum membawa kepada penahanan dua individu serta rampasan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang."Antara dadah yang dirampas ialah pil ekstasi seberat 0.89 kilogram (kg), ketamin (0.69 kg), Erimin 5 (0.46 kg) dan serbuk MDMA seberat 6.5 kg," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.Hussein berkata, hasil maklumat dan risikan lanjut membawa kepada beberapa siri serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Kepong yang turut menahan baki suspek serta merampas dadah."Dalam serbuan di sebuah apartmen di Kepong, kita turut menemui 31 kg ketamin dan 3.8 kg Erimin 5 yang dipercayai disimpan sebagai stok untuk pasaran tempatan," katanya.Tambah beliau, siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak awal tahun ini dengan menjadikan unit apartmen sebagai lokasi memproses dan menyimpan dadah sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang."Kita percaya salah seorang suspek merupakan dalang utama, manakala suspek lain bertindak sebagai pembantu serta berperanan sebagai penjaga stor dan runner," jelasnya.Dalam operasi sama, Hussein berkata, polis turut merampas wang tunai pelbagai mata wang berjumlah kira-kira RM4.9 juta yang dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah."Secara keseluruhan, jumlah rampasan dadah dianggarkan bernilai RM3.1 juta melibatkan 31.8 kg ketamin, 4.2 kg Erimin 5, 0.89 kg pil ekstasi dan 6.5 kg MDMA, selain beberapa kenderaan yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan mencecah RM14.15 juta."Dadah yang dirampas ini dianggarkan mampu menjejaskan kira-kira 151,000 pengguna," katanya.Beliau berkata, ujian saringan awal mendapati tiga suspek positif dadah, manakala lima lagi mempunyai rekod jenayah lampau."Empat suspek direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 April, tujuh lagi dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, manakala lapan individu dibebaskan dengan jaminan polis."Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





Op Vape 1.0 bongkar penjualan furanyl fentanyl di premis vape - Sinarharian - 21/04 5:33 pm

KUALA LUMPUR Operasi besar-besaran Op Vape 1.0 di seluruh negara membongkar kewujudan dadah sintetik berbahaya jenis furanyl fentanyl yang disyaki mula menembusi pasaran tempatan melalui kedai vape.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 1,670 premis diperiksa dalam operasi pada 13 hingga 17 April lalu."Daripada jumlah itu, sebanyak 728 daripadanya didapati melanggar pelbagai peraturan, manakala 20 individu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah undang-undang berkaitan dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.Hussein berkata, dalam operasi itu, polis turut merampas 8,091 peranti vape, 5,257 katrij serta 19.67 kilogram (kg) dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM4.6 juta."Antara rampasan utama ialah cecair disyaki furanyl fentanyl seberat 18.55 kg, selain cecair THC, serbuk MDMA dan air ketum," katanya.Beliau berkata, operasi itu melibatkan 1,177 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 2,011 pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan."Operasi ini dilaksanakan serentak di seluruh negara dengan fokus kepada pemeriksaan premis vape serta pengesanan individu yang terlibat dalam pengedaran bahan terlarang," katanya.Menurut beliau, kesemua bahan itu berupaya membahayakan kira-kira 48,050 individu.*Kita mengesan kewujudan bahan disyaki furanyl fentanyl yang sudah berada di pasaran tempatan, dipercayai diedarkan melalui premis vape tertentu."Hasil rampasan dibuat di sebuah premis menjual vape, namun siasatan masih dijalankan sama ada bahan ini dijual secara terbuka atau hanya kepada pelanggan tertentu," katanya.Beliau berkata, siasatan awal mendapati bahan tersebut dipercayai dibawa masuk dari luar negara, berkemungkinan dari rantau Asia Tenggara, dan bukan dihasilkan dalam negara."Setakat ini, kita percaya penjualan dilakukan secara terpilih kepada pelanggan tetap dan bukan secara terbuka





Lelaki samun kedai serbaneka ditahan kurang 24 jam - Sinarharian - 21/04 5:33 pm

ISKANDAR PUTERI Seorang lelaki tempatan yang merompak sebuah kedai serbaneka di kawasan Gelang Patah di sini dengan mengacu sebilah pisau terhadap seorang juruwang berjaya diberkas dalam tempoh kurang 24 jam.Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi pada Ahad, mangsa yang sedang bertugas di kaunter juruwang berdepan detik cemas apabila didatangi lelaki terbabit yang bertindak mengacukan senjata sebelum mengarahkan wang tunai diserahkan.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.45 pagi hari sama sebelum operasi segera digerakkan bagi mengesan suspek."Hasil risikan dan maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 24 tahun dalam operasi yang dijalankan antara jam 4 petang hingga 11.50 malam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut beliau, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing awal turut didapati negatif dadah."Polis turut merampas sebuah motosikal, sebilah pisau, sarung muka, sarung tangan serta pakaian dipercayai digunakan semasa kejadian."Dalam kejadian itu, suspek dipercayai melarikan wang tunai berjumlah RM96 sahaja."Suspek kini direman tujuh hari sehingga 27 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana merompak bersenjata," ujarnya.





JKDM Pahang gagalkan penyeludupan e-waste bernilai RM3.09 juta - Sinarharian - 21/04 4:22 pm

BENTONG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) membabitkan lima kontena bernilai kira-kira RM3.09 juta dalam satu operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada 2 April lepas.Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, rampasan itu hasil kerjasama beberapa agensi lain iaitu Jabatan Alam Sekitar Selangor, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Pelabuhan Klang serta SIRIM Malaysia."Hasil serbuan di CP-HOLD Yard North Port, Pelabuhan Klang mendapati lima kontena bersaiz 40 kaki mengandungi e-waste seberat 88,392.12 kilogram (kg) dengan tiga kontena diimport dari Amerika Syarikat manakala masing-masing satu dari Panama dan Sepanyol," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.Mohd Asri berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan taktik pengikraran tidak benar dengan mengisytiharkan barangan elektronik itu sebagai Copper Concentrate dan Acrylonitrile-Butadiene-Styrene (ABS) Plastic bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.Beliau berkata, e-waste berkenaan dipercayai dibawa masuk ke negara ini kerana Malaysia mempunyai kilang yang boleh mengitar semula bahan buangan itu bagi mendapatkan logam berharga seperti emas, tembaga dan aluminium.Mohd Asri berkata, tiada tangkapan dibuat dalam operasi itu dan pihaknya masih menyiasat syarikat yang terlibat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967





Tular Video Kepala Kena P*jak, Polis Sahkan Penunggang Motor Menunggang Secara Bahaya & Positif Dadah - Lobakmerah - 21/04 3:26 pm

Tular satu video memaparkan anggota polis didakwa berkelakuan kasar terhadap seorang penunggang motosikal dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen. Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan bahawa kejadian itu ada kaitan dengan operasi ronda cegah jenayah





Op Lens: 28 tindakan sita, 23 kompaun, empat notis terhadap ulat... - Mygazette - 21/04 3:23 pm

"DBKL mengeluarkan sejumlah empat notis kompaun terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran serta membuat tiga sitaan keatas pelbagai peralatan termasuk telefon bimbit," katanya menerusi kenyataan. Operasi yang dijalankan pada Ahad lalu menumpukan kawasan tumpuan sekitar Pintasan Saloma dan persiaran KLCC dilaksana dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)





Teknologi baharu ubah landskap peperangan, ASEAN perlu bertindak ??? Khaled - Mygazette - 21/04 3:23 pm

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam dunia yang semakin kompleks dan berkembang pantas, keselamatan kolektif bergantung kepada keupayaan negara untuk memahami, menyesuaikan diri dan bertindak secara bersama. Menurutnya, pelbagai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), sistem autonomi, teknologi kuantum dan angkasa, sistem hipersonik, bioteknologi, bahan termaju serta komunikasi generasi baharu dijangka memberi impak besar terhadap operasi ketenteraan masa hadapan





Dua ???mat rempit??? ditahan dalam Op Motosikal di Ampang - Mygazette - 21/04 3:23 pm

# Dua mat rempit ditahan dalam Op Motosikal di Ampang KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menahan dua penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Motosikal (OSJ) di sekitar sebuah sekolah menengah di Ampang semalam. Operasi yang dijalankan pada 20 April lalu dibuat susulan aduan awam berhubung kegiatan penunggang motosikal yang melakukan aksi berisiko di kawasan berkenaan





Wanita ditahan bersama lima laras senjata api di Kuala Krai - Mygazette - 21/04 3:23 pm

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan itu dijalankan pada 6.45 petang tadi menerusi Ops Bersepadu Khazanah melibatkan Batalion 8 PGA bersama Jabatan Perhutanan serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kelantan. Beliau berkata operasi berkenaan dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar yang dilindungi





Peruntukan tambahan RM5 bilion, BNM akan perinci dalam masa terdekat .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm

Pada masa sama, pertimbangan secara interim diberikan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan semula barangan buatan Malaysia yang tidak dapat melengkapkan proses eksport susulan gangguan konflik sehingga 31 Disember depan. Kementerian Kewangan berkata, langkah berkenaan diputuskan hasil libat urus antara Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan dengan PMKS semalam dan minggu lalu bagi mendapatkan gambaran langsung cabaran di lapangan dalam usaha membantu perniagaan yang terkesan dari segi kos operasi dan rantaian bekalan





Insiden lelaki dikasari polis: Tak boleh semberono ambil tindakan – .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm

Jelasnya, suspek cuba ditahan telah bertindak melawan dengan menendang motosikal milik anggota sebelum melarikan diri dengan menunggang secara berbahaya, termasuk melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Saifuddin juga berkata, sebarang tindakan penguatkuasaan oleh pegawai dan anggota polis tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugasan penguatkuasaan





Dua lori ditahan berhenti dalam gelap, rupanya seleweng diesel - Sinarharian - 21/04 2:02 pm

SHAH ALAM - Dua lori mencurigakan yang berhenti di Taman Perindustrian Shah Alam di sini rupa-rupanya terlibat dalam kegiatan penyelewengan diesel sebelum ditahan pada Isnin.Kegiatan itu ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dengan kerjasama strategik Pasukan Gerakan Am (PGA).Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd Hanizam Kechek berkata, operasi kira-kira jam 1 pagi itu mendapati dua lori terbabit membawa tangki IBC berkapasiti 1,000 liter.Menurutnya, terdapat lapan tangki IBC yang ditemui berisi disyaki bahan api jenis diesel dengan anggaran jumlah keseluruhan 2,300 liter."Dua lelaki tempatan dipercayai pemandu lori ditahan untuk diambil rakaman percakapan di bawah bidang kuasa Akta Kawalan Bekalan 1961."Hasil pemeriksaan, dua lelaki tersebut didapati tidak mempunyai dokumen sah memiliki dan membawa barang kawalan berjadual jenis bahan api diesel," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan mencecah RM60,000.Tambahnya, maklumat awal mendapati aktiviti ini dipercayai melibatkan transaksi diesel mencurigakan dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.Jelas beliau lagi, KPDN Selangor konsisten mempergiat pemantauan serta penguatkuasaan dengan kerjasama merentasi badan penguat kuasa dan agensi kerajaan berkaitan dalam memastikan pelaksanaan Op Tiris 4.0 dilaksanakan secara teratur dan berkesan."Keperluan kerjasama strategik dan bersepadu ini adalah untuk memastikan aktiviti melibatkan bahan api bersubsidi dilaksanakan secara telus dan teratur serta sampai kepada golongan sasar, sekali gus menggagalkan cubaan penyelewengan atau manipulasi subsidi negara," ujarnya.





Karnival kerjaya premium PERKESO tawar 10,000 peluang kerja, tangani ketidaktentuan global - Sinarharian - 21/04 1:31 pm

Bhd., KLCC Property Holdings Berhad, SD Guthrie Berhad, KPJ Healthcare Berhad, Boustead Properties Berhad, Alam Flora Sdn. Bhd, Edaran Otomobil Nasional Berhad dan DRB-HICOM Berhad.Penyertaan juga akan melibatkan lima bank utama negara iaitu Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam Malaysia Berhad.Tambah Ramanan, data PERKESO menunjukkan sektor paling terkesan ketika ini ialah pengangkutan dan logistik yang sebahagian besarnya disebabkan pengecilan tenaga kerja dan pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS)."Jika dilihat keadaan sekarang, konflik Asia Barat memberi kesan kepada rantaian bekalan terutama diesel yang secara tidak langsung meningkatkan kos operasi industri."Saya khuatir dalam usaha mengurangkan kos, majikan tamatkan perkhidmatan pekerja pula





“Kami maafkan” – Diherdik Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan, Anggota Bomba Tak Kecil Hati Dilabel Tak Berguna - Lobakmerah - 21/04 1:21 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan menerima herdikan dan kata-kata kesat orang awam ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, awal pagi Ahad





Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen - Mypress - 21/04 1:18 pm

SIBU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, hari ini. Pusat Gerakan Operasi,…





Polis pijak kepala suspek: Jangan hukum berdasarkan video pendek, kata Saifuddin - Sinarharian - 21/04 1:14 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan atau menghukum mana-mana pihak hanya berdasarkan rakaman video pendek berhubung insiden tular membabitkan dakwaan seorang anggota polis memijak kepala suspek di Kulim, Kedah.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakaman yang tersebar di media sosial hanya memaparkan detik singkat tanpa menggambarkan keseluruhan situasi ketika kejadian berlaku."Yang kita tengok itu tempohnya sangat singkat, namun sebelum itu bagaimana? Sebelum itu, adakah subjek yang ditahan bertindak agresif? Adakah dia menggerakkan motosikal melawan arus? Adakah berlaku insiden dia melanggar kenderaan polis?"Saya bagi beberapa tip, beberapa hint," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial memaparkan kejadian membabitkan anggota polis dan seorang suspek.Dalam rakaman itu, seorang suspek dilihat ditarik daripada motosikal sehingga terjatuh sebelum kepalanya dipijak oleh anggota berkenaan.Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan pihaknya telah mengarahkan Ketua Polis Kedah menyegerakan siasatan bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam insiden berkenaan.Menurutnya, sebarang tindakan lanjut termasuk kemungkinan merujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) hanya akan diputuskan selepas siasatan lengkap dijalankan."Kalau pada akhir siasatan itu menunjukkan ada keperluan untuk menggerakkan JIPS bagi menilai sama ada terdapat pelanggaran SOP atau tidak, saya perlu meneliti semua aspek





PM umum tambahan bantuan RM5 bilion untuk PMKS - Sinarharian - 21/04 12:47 am

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan khas berjumlah RM5 bilion di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan mengharungi tekanan kos susulan krisis tenaga global.Beliau berkata, kemudahan itu melengkapi tambahan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diumumkan semalam khusus untuk menyokong PMKS terjejas."Saya telah minta BNM untuk segera tingkatkan kemudahan ini supaya daripada RM5 bilion yang diberikan khas ditambah dengan kemudahan yang diberikan BNM (sendiri)."Secara terperincinya Gabenor BNM akan umumkan dalam beberapa hari lagi mengenai (tambahan) RM5 bilion ini untuk membantu memacu pertumbuhan (negara) dan menjadi pemangkin syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan," katanya pada sidang akhbar sempena Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di Sasana Kijang, BNM di sini pada Selasa.Pada Isnin, Anwar dilapor mengumumkan peruntukan jaminan pembiayaan sebanyak RM5 bilion bagi membantu PMKS yang terkesan akibat tekanan kos susulan krisis tenaga global.Anwar berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi SJPP sebagai usaha segera memastikan kelangsungan operasi perniagaan kerana tekanan global yang semakin meruncing menuntut tindakan pantas kerajaan bagi mengurangkan beban ditanggung pemain industri.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan tersebut akan membabitkan syarikat-syarikat yang lebih kecil untuk memastikan tiada pihak yang tercicir."Kerajaan mahu memastikan kelompok seperti pekebun kecil, nelayan dan penjaja kecil termasuk pengusaha warung serta restoran turut mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan."Kita mahu usahawan-usahawan di peringkat rendahdan syarikat-syarikat kecil yang melibatkan ramai rakyat itu tidak rasa terpinggir serta terabai."Saya mahu supaya kemudahan yang diumumkan ini menetapkan supaya kelompok paling kecil ini juga mendapat manfaat," tambahnya.Dalam perkembangan sama, Anwar memberitahu, beberapa perkara termasuk SJPP yang memerlukan perhatian kerajaan akan dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri."Saya sendiri akan bawa ke Jemaah Menteri supaya proses dipercepatkan, kelulusan itu tidak terlalu mengambil masa dan tidak terlalu birokratik kerana dalam keadaan menghadapi isu dan krisis sekarang ini, kecekapan dan kepantasan (dalam) membuat keputusan itu sangat mendesak," ujarnya.





Anggota polis dalam video tular disiasat - Sinarharian - 21/04 12:33 am

KULIM - Polis mengarahkan anggota yang terlibat dalam rakaman video tular memaparkan kejadian seorang lelaki ditarik daripada motosikal sebelum ditangkap, di Jalan Tunku Putra, di sini, disiasat.Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, siasatan akan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika tangkapan dibuat."Kita arahkan JIPS untuk siasat dan kaji dari segi pematuhan SOP tangkapan."Anggota itu juga ditukarkan ke bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan oleh pihak JIPS," katanya.Menurutnya, dalam perkembangan sama, reman ke atas suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian itu dibenarkan selama tiga hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.Sebelum ini, media melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas cuba melarikan diri ketika anggota menjalankan rondaan cegah jenayah pada pagi Isnin.Terdahulu, suspek didakwa bertindak menendang motosikal anggota sebelum melarikan diri dengan menunggang secara berbahaya dan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek menemukan dua bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi air ketum, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.Tular di media sosial, satu video berdurasi 29 saat itu menunjukkan, seorang lelaki ditarik dari motosikal sehingga terjatuh sebelum kepalanya dipijak anggota polis.Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





“Kami Kejar Kapal Isr*el Dua Jam, Kibar Bendera Palestin Tanda Protes” – Tuan ZRA Kongsi Perkembangan Terkini Pelayaran GSF 2.0 - Beautifulnara - 21/04 12:29 am

Menerusi perkongsian sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA), tindakan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai pergerakan kapal tersebut. Advertisement View this post on Instagram Menurutnya, operasi […] The post Kami Kejar Kapal Isr*el Dua Jam, Kibar Bendera Palestin Tanda Protes Tuan ZRA Kongsi Perkembangan Terkini Pelayaran GSF 2.0 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Disambar buaya: SAR hari ketiga, Nur Aisyah belum ditemui - Bomba - Sinarharian - 21/04 12:13 am

LAHAD DATU - Identiti kanak-kanak yang dilaporkan disambar buaya di tepi pantai Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana di sini pada Ahad lalu telah dikenal pasti.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa dikenali sebagai Nur Aisyah Talip, berusia lima tahun.Menurutnya, operasi hari ketiga bermula seawal jam 9 pagi melibatkan tujuh anggota bersama agensi lain."Seterusnya, operasi SAR dijalankan menggunakan bot bomba dengan menyusuri pesisir laut dalam radius 10 kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya bersama agensi penyelamat."Setakat ini, belum ada sebarang petunjuk mengenai mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kanak-kanak itu hilang selepas disambar buaya ketika mandi di pantai tersebut.Dalam kejadian itu, penduduk memaklumkan bahawa mangsa dilihat sudah berada di dalam mulut haiwan tersebut.





TH anjur bacaan Yasin mohon kelancaran operasi haji - Sinarharian - 21/04 11:02 am

MADINAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Surau Hotel Zaha Taiba sebagai usaha memohon keberkatan, kelancaran serta kejayaan operasi haji musim 1447H/2026M.Majlis berkenaan dihadiri lebih 40 petugas haji TH yang kini berada di Madinah bagi melaksanakan persiapan awal menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia.Program dimulakan dengan solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Pengurus Bimbingan dan Ziarah Madinah, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zahir Husin.Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun turut menyampaikan amanat ringkas kepada para petugas sebagai pembakar semangat dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang musim haji kali ini.Beliau berkata, seluruh petugas perlu melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan, disiplin dan komitmen tinggi demi memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara."Setiap tugasan yang digalas merupakan tanggungjawab besar dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan urusan jemaah berjalan lancar sepanjang berada di Tanah Suci," katanya.Majlis turut diisi dengan tazkirah rohani yang disampaikan oleh Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS), Al-Fadhil Ustaz Saiful Nizam.Penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen TH bukan sahaja dalam aspek pengurusan operasi, malah turut menitikberatkan pengisian rohani dalam kalangan petugas bagi menghadapi musim haji tahun ini.





Tular Video Anggota Bomba Diherdik, Dihina Ketika Padam Kebakaran Di Kampung Bahagia – “Tak Guna, Pergi Balik” - Beautifulnara - 21/04 10:01 am

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan berdepan cemuhan dan kata-kata kesat ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, awal pagi Ahad





Dron JBPM curi tumpuan di DSA 2026, bantu operasi SAR lebih pantas - Sinarharian - 21/04 9:00 am

KUALA LUMPUR - Dron Matrice 210 RTK dan Matrice 600 yang digunakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam tugas mencari dan menyelamat (SAR) menjadi tumpuan pengunjung dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di sini.DSA dan NATSEC Asia 2026 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula Isnin hingga Khamis.Ketua Unit Latihan Bahagian Udara JBPM, Muhammad Fadzli Abu Bakar berkata, Bahagian Udara ditubuhkan pada tahun 1998 dengan aset awal diterima melibatkan dua unit helikopter dari Rusia.Menurutnya, hari ini empat model helikopter JBPM dipamerkan bersama dua unit dron."Bahagian Udara JBPM bukan sahaja menggunakan aset helikopter, tetapi juga dron bagi membantu jabatan melaksanakan operasi."Operasi SAR yang menggunakan helikopter antaranya membawa pesakit dari lokasi bencana seperti banjir besar dan melibatkan mangsa terperangkap selain menghantar bekalan makanan."Bagi aset dron Matrice 210 RTK, ia mempunyai heat sensor dan digunakan bagi mencari mangsa hilang serta pernah digunakan dalam SAR mangsa jambatan runtuh di ibu negara beberapa tahun lalu."Dron ini berjaya menemui satu mangsa yang tersepit dan telah meninggal dunia di bahagian atas," katanya ketika ditemui Sinar Harian di reruai JBPM di sini.Bagi Matrice 600 pula, ia bersaiz lebih besar dengan kelebihan kotak kecil di bahagian bawah yang membolehkan muatan seberat kira-kira enam kilogram dengan jarak penerbangan sejauh empat kilometer serta dilengkapi kamera.Katanya, kotak itu akan memuatkan barangan bantuan awal kepada mangsa terperangkap."Contohnya, mangsa banjir, apabila dron terbang dan mengesan mangsa, kotak pada dron akan membawa bekalan bantuan awal termasuk sumber makanan seperti air dan roti selain radio bagi komunikasi dengan pasukan penyelamat sementara menunggu bot tiba," katanya."Antara operasi besar yang dilaksanakan dron ini ialah tragedi banjir besar di Sri Muda, Shah Alam pada tahun 2021," ujarnya.Jelasnya, dron ini memudahkan pencarian mangsa selain menjimatkan bahan api pesawat.





Feri Langkawi dicatu tiga trip sehari, kos diesel jadi punca utama - Careta - 21/04 7:42 am

Menurut Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Lt Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, kenaikan harga diesel industri yang mendadak memberi tekanan besar kepada operasi sehingga memaksa pengurangan perjalanan dilakukan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang





Lima kenderaan mewah RM2.2 juta disita LKM tamat tempoh, tiada insurans - Careta - 21/04 7:42 am

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop, berkata operasi dijalankan tiga hari bermula 14 April lalu bertujuan mengesan pemilik kenderaan mewah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya





MOT arah tambah baik kelemahan sistem bagasi KLIA - Careta - 21/04 7:42 am

Menurut kementerian itu, kejadian tersebut menyebabkan penurunan voltan sekali gus menjejaskan operasi di KLIA, khususnya sistem pengendalian bagasi atau Baggage Handling System (BHS)





10 Ahli Parlimen bantah pelaksanaan sistem TURAP oleh Bestinet - Mygazette - 21/04 7:34 am

# 10 Ahli Parlimen bantah pelaksanaan sistem TURAP oleh Bestinet KUALA LUMPUR - Sembilan Ahli Parlimen membantah cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk melaksanakan satu sistem baharu bagi pengambilan pekerja asing yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd bernama _The Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP)._ Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan; Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim; Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan Subramaniam dan yang terkini Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Bakar menyatakan pendirian mereka menerusi satu kenyataan bersama hari ini. Menurut kenyataan tersebut, tiada keperluan untuk memperkenalkan satu sistem baharu memandangkan kerajaan boleh menggunakan NIISe yang dilaporkan menelan belanja lebih RM1 bilion dan dijangka beroperasi dalam 2028





Hujan lebat berterusan di Selangor, pokok tumbang dan empat kereta rosak - Mygazette - 21/04 7:34 am

# Hujan lebat berterusan di Selangor, pokok tumbang dan empat kereta rosak KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan mengakibatkan empat buah kenderaan rosak dan sebatang pokok tumbang menghalang laluan, di Jalan Prima Selayang 7, berhampiran Apartment Sri Selayang hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.18 petang





6 ditahan korek pasir laut secara tak sah, rampasan lebih RM10 juta - Mygazette - 21/04 7:34 am

Susulan itu, katanya, tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada UPNP untuk tindakan lanjut, manakala sampel pasir turut diambil bagi dihantar ke Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). "Operasi antara PGA dan agensi penguatkuasaan negeri akan diteruskan dalam usaha memelihara khazanah alam serta membanteras kegiatan menyalahi undang-undang," katanya





Buletin Jpj Saman Kenderaan Singapura Rm2.19 Juta, Tak Guna Vep Read More .. - Mekanika - 21/04 7:34 am

# JPJ SAMAN KENDERAAN SINGAPURA RM2.19 JUTA, TAK GUNA VEP **Sebanyak 5,984 saman bernilai RM2.19 juta dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap kenderaan asing khususnya Singapura menerusi operasi Penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura sejak 1 Julai 2025 sehingga Khamis lalu.** Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sebanyak 82,987 kenderaan Singapura diperiksa dalam tempoh itu di luar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) serta Taman Daya, di sini





Sapura tampil teknologi AI pelengkap pertahanan siber - Utusan - 21/04 7:25 am

KUALA LUMPUR: Kumpulan Sapura (Sapura) menampilkan teknologi baharu termasuk yang dilengkapi kecerdasan buatan (AI) dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026. Ketua Pegawai Eksekutif Sapura, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata, Velum Labs mempersempahkan program terbaharu iaitu V-Attack dengan suntikan nilai integrasi AI berdaulat dalam operasi siber aktif secara pertahanan siber





Gempa bumi lemah landa Ranau, tiada gegaran dirasai - Bomba - Sinarharian - 21/04 7:22 am

RANAU - Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Kundasang pada jam 3.02 pagi Selasa.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak lapan kilometer (km) barat laut dari daerah ini.Menurut kenyataan itu, gempa yang berlaku pada kedalaman 10 km itu berkemungkinan menyebabkan gegaran turut dirasai di sekitar kawasan berkenaan.Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pemantauan telah dibuat di sekitar kawasan daerah berkenaan."Pada jam 6.35 pagi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau telah menjalankan rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan pekan Ranau, melibatkan premis kedai, bangunan kerajaan dan kawasan tumpuan."Hasil makluman daripada orang awam serta pemerhatian penjaga bangunan mendapati tiada kerosakan struktur dilaporkan setakat ini, keadaan adalah terkawal dan selamat serta tiada laporan kecederaan atau insiden susulan."Selain itu, tiada sebarang gegaran dirasai semasa kejadian," katanya.Bagaimanapun, JBPM Sabah akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan gempa susulan."Pasukan kita akan memberikan respons segera sekiranya terdapat laporan baharu."Orang awam juga diminta kekal tenang dan berwaspada, elakkan memasuki bangunan jika terdapat keraguan terhadap struktur





Wanita ditahan bersama 5 senjata api di Kuala Krai - FMT - 21/04 7:15 am

Komander Briged Tenggara PGA Ahmad Radzi Hussain berkata operasi dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar dilindungi.





Wanita ditahan bersama 5 senjata api di Kuala Krai - Hotfm - 21/04 7:15 am

Komander Briged Tenggara PGA Ahmad Radzi Hussain berkata operasi dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar dilindungi.





Maritim Malaysia teroka senjata moden, perkukuh operasi di perairan - Sinarharian - 20/04 10:01 pm

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memfokuskan penerokaan pemodenan persenjataan bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan di perairan negara.Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, keperluan itu bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keutamaan bagi memastikan kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap optimum.Menurutnya, persekitaran operasi kini jauh lebih mencabar dengan ancaman rentas sempadan yang semakin kompleks."Maritim Malaysia perlu bergerak seiring perkembangan teknologi bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan lebih berkesan dan selamat," katanya.Beliau berkata demikian selepas hadir mewakili Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah pada Majlis Perasmian Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di ibu negara pada Isnin.Saiful Lizan berkata, kehadiran Maritim Malaysia dalam DSA dan NATSEC Asia 2026 bukan sekadar penyertaan program, sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengenal pasti sistem persenjataan moden yang bersesuaian dengan keperluan operasi di zon maritim negara.Katanya, dalam landskap semasa, keperluan Maritim Malaysia bukan sekadar meningkatkan keupayaan aset seperti kapal dan pesawat, tetapi turut memerlukan sokongan persenjataan dan teknologi yang relevan.Sehubungan itu, Maritim Malaysia kini meneliti penggunaan senjata 'non-lethal weapon' termasuk 'electric gun' sebagai sebahagian daripada pendekatan penguatkuasaan lebih fleksibel dan terkawal."Pendekatan penggunaan senjata berkenaan selaras dengan amalan penguatkuasaan di peringkat antarabangsa," katanya.Dalam masa sama, beliau memaklumkan Maritim Malaysia turut menilai keperluan penggunaan senjata operasi (duty sidearm) bertaraf antarabangsa, khususnya bagi situasi berisiko tinggi seperti pemeriksaan vesel nelayan asing atau aktiviti jenayah rentas sempadan.Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terjamin ketika berdepan situasi tidak menentu di laut."Fokus pemodenan Maritim Malaysia tidak terhad kepada penambahan aset semata-mata, sebaliknya melibatkan integrasi menyeluruh merangkumi persenjataan, sistem pemantauan serta elemen risikan."Semua inisiatif yang dirangka turut mengambil kira aspek pematuhan undang-undang, keberkesanan operasi serta keselamatan anggota sebagai keutamaan utama agensi," ujarnya.





320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0 - Mypress - 20/04 8:57 pm

KOTA KINABALU – Sebanyak 320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di seluruh negara sepanjang tempoh operasi bermula 16 Mac hingga 19 April 2026





Lelaki nyaris maut, Hilux dihempap pokok tumbang - Sinarharian - 20/04 7:42 pm

SELAYANG Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Selayang-Kepong menghala ke arah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini pada Isnin.Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu sebuah Toyota Hilux berdepan detik cemas apabila sebatang pokok tiba-tiba tumbang lalu menghempap kenderaan dipandunya.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.10 petang.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi kejadian."Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.45 petang dan komander operasi mengesahkan terdapat sebatang pokok tumbang yang menghempap sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux."Terdapat seorang mangsa dalam kenderaan berkenaan, bagaimanapun mangsa didapati berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kejadian itu tidak melibatkan sebarang struktur bangunan dan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang sedang dijalankan oleh anggota bomba di lokasi.Tambahnya, operasi melibatkan sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS)."Pasukan bomba bertindak memotong serta mengalihkan pokok yang tumbang bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan," ujarnya.





Pokok tumbang: Empat kenderaan rosak, dua laluan terhalang - Sinarharian - 20/04 7:00 pm

GOMBAK Empat kenderaan rosak manakala dua laluan utama terhalang dalam dua kejadian pokok tumbang yang berlaku dalam tempoh kurang sejam di sekitar Selayang di sini pada Isnin.Dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.18 petang, sebatang pokok dilaporkan tumbang di Jalan Prima Selayang 7 berhampiran Apartment Sri Selayang sehingga menghalang laluan utama.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.Menurutnya, jentera pertama tiba kira-kira tujuh minit kemudian dengan kekuatan enam anggota bagi menjalankan operasi pembersihan."Komander operasi melaporkan, terdapat sebatang pokok tumbang yang menghalang jalan dan dahan pokok berkenaan turut mengenai empat buah kenderaan.'Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa atau kerosakan terhadap struktur bangunan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, operasi di lokasi berkenaan berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.43 petang sebelum ditamatkan dua minit kemudian.Sementara itu, dalam kejadian kedua kira-kira jam 5.20 petang, satu lagi insiden pokok tumbang dilaporkan berlaku di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Height, Selayang.Ahmad Mukhlis berkata, pasukan dari BBP Selayang yang bertindak melalui respons pantas PBS bergegas ke lokasi sejauh lapan kilometer."Seramai dua anggota bersama sebuah kenderaan utiliti digerakkan ke lokasi dan mendapati terdapat pokok tumbang menghalang laluan."Kerja-kerja pembersihan berjaya dilakukan dengan segera dan operasi ditamatkan pada jam 5.45 petang," katanya.Beliau berkata, kedua-dua kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.





Krisis tenaga global: KDN catat RM11.05 juta nilai rampasan bagi tempoh 12-16 April - Sinarharian - 20/04 6:25 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara bersepadu dalam menangani impak krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada rantaian bekalan dan keselamatan ekonomi negara dengan mencatatRM11.05 juta jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi tempoh 12 hingga 16 April.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi berkenaan turut membawa kejayaan penahanan 40 individu, melibatkan 18 kes diesel dengan nilai rampasan RM10.41 juta, sembilan kes petrol (RM413,209.40) serta lima kes gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak (RM153,628)."Selain itu, tindakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut merampas aset logistik termasuk 30 tong gas, bot kargo dan enjin sangkut di perairan Tawau, Sabah," katanya menerusi catatan di Facebookpada Isnin bagi berkongsi Laporan Status Keselamatan dan Penguatkuasaan KDN: Impak Krisis Asia Barat, bertarikh 16 April.Menyifatkan pendekatan itu sebagai bukti komitmen KDN, beliau berkata, langkah tersebutdilaksanakan dalam memastikan ketirisan sumber tenaga dibendung secara menyeluruh melalui kerjasama strategik antara agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia."Tiada kompromi terhadap ketirisan dan penyeludupan





Skandal cinta pejabat kantoi dalam bilik - Sinarharian - 20/04 4:57 pm

JOHOR BAHRU Seorang lelaki berstatus suami orang bersama ibu tunggal ditahan oleh penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat di sebuah pangsapuri di Johor Bahru dalam satu operasi baru-baru ini.Serbuan kira-kira jam 3 pagi itu dilakukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas menerima maklumat awam serta hasil risikan yang dijalankan beberapa hari sebelum tindakan diambil di lokasi berkenaan.Menurut kenyataan, sebaik tiba di lokasi, pemeriksaan dilakukan selepas pintu rumah dibuka oleh seorang remaja lelaki yang berada di kediaman tersebut."Pihak penguat kuasa memperkenalkan diri dan meminta kerjasama penghuni sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan di dalam rumah berkenaan," menurut kenyataan itu.Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dewasa berada di dalam bilik bersama seorang wanita tanpa hubungan mahram atau suami isteri.Kedua-duanya kemudiannya diminta memberi penjelasan berhubung kehadiran mereka di rumah tersebut."Lelaki dan wanita berkenaan didapati berada berdua-duaan dalam bilik dalam keadaan yang menimbulkan syak dan siasatan awal mendapati mereka bukan pasangan suami isteri," jelas kenyataan berkenaan.Difahamkan, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an, telah berkahwin dan mempunyai anak, manakala wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal serta dipercayai rakan di tempat kerja yang sama."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat," tambah kenyataan itu lagi.





Krisis tenaga global: Jaminan pembiayaan RM5 bilion bantu PMKS - PM - Sinarharian - 20/04 4:36 pm

PUTRAJAYA Kerajaan mengumumkan peruntukan jaminan pembiayaan sebanyak RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan akibat tekanan kos susulan krisis tenaga global.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sebagai usaha segera memastikan kelangsungan operasi perniagaan.Menurutnya, tekanan global yang semakin meruncing menuntut tindakan pantas kerajaan bagi mengurangkan beban ditanggung pemain industri."Dalam keadaan tekanan global yang kian meruncing, Kerajaan Madani tidak berlengah, sebaliknya setiap tindakan segera digerakkan berpandu maklum balas secara terus daripada pemain industri."Bagi memastikan setiap langkah yang diambil benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Isnin.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, jaminan pembiayaan di bawah SJPP itu ditambah baik, khusus bagi sektor terjejas termasuk pembinaan, pelancongan, pertanian dan agri-makanan, logistik serta pengangkutan.Katanya, liputan jaminan pembiayaan ditingkatkan sehingga 80 peratus berbanding 70 peratus sebelum ini, selain tempoh jaminan dilanjutkan sehingga 10 tahun berbanding tujuh tahun.Dalam masa sama, beliau berkata, SJPP akan bekerjasama dengan institusi perbankan bagi memudah cara penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman, termasuk bantuan bayaran balik secara bersasar.Setakat ini, lebih 50,000 PMKS telah menerima manfaat melalui jaminan pembiayaan melebihi RM50 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2025.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut mengumumkan kelonggaran pelaksanaan e-invois bagi meringankan beban pematuhan dalam kalangan PMKS.Anwar berkata, tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan diberikan bagi pelaksanaan e-Invois Fasa 4 sehingga 31 Disember 2027 untuk perniagaan dengan jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta."Dalam tempoh ini, perniagaan dibenarkan mengeluarkan e-invois secara disatukan dan tanpa dikenakan penalti," katanya.Selain itu, kerajaan juga mempertimbangkan pengecualian duti import dan cukai jualan secara interim ke atas pengimportan semula barangan buatan Malaysia yang tidak dapat melengkapkan proses eksport akibat gangguan konflik.Langkah tersebut, jelas beliau, berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2026 bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan.Mengulas situasi semasa, Anwar berkata, konflik di Asia Barat memberi kesan meluas kepada ekonomi global termasuk gangguan bekalan tenaga, peningkatan kos logistik dan insurans serta tekanan berterusan terhadap harga input.Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif bagi memastikan ekosistem perniagaan kekal berdaya tahan."Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan institusi kewangan, pemain industri dan para usahawan agar setiap langkah yang diambil benar-benar membantu mengekalkan operasi perniagaan serta melindungi pekerjaan rakyat."Ini bukan situasi sementara, kita perlu bersedia untuk perubahan yang berperingkat dan berpanjangan," katanya.Tambah beliau, langkah tersebut selari dengan kerangka Ekonomi Madani yang memberi penekanan kepada bantuan bersasar dan pengukuhan daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.





Harga bekalan makanan kekal stabil - FAMA - Sinarharian - 20/04 4:29 pm

KUALA LUMPUR - Harga bekalan makanan dankeperluan hasil pertanian negara kekal stabil meskipun berlaku kenaikan harga diesel ketika ini, kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),Abdul Rashid Bahri.Beliau berkata, situasi semasa menunjukkan tiada gangguan ketara terhadap rantaian bekalan makanansusulan langkah kerajaan menyalurkan subsidi diesel kepada petani dan pengedar yang mencukupi untuk menampung kos operasi."Sebenarnya dalam tempoh sekarang kenaikan diesel tidak memberi kesan yang ketara, harga masih stabil dan bekalan juga mencukupi," katanya pada program Jualan Agro Madani (JAM) Edisi Johor di pekarangan Ibu Pejabat FAMA di sini pada Isnin.Beliau berkata, FAMA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sentiasa memantau kestabilan bekalan dan harga barangan."Sehingga minggu lepas, bekalan makanan masih stabil dan tidak menunjukkan kesan ketara




Reformasi     >>



PM santuni mangsa kebakaran dahsyat di Sandakan hari .. - Harapandaily
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah bagi menyantuni mangsa yang terjejas akibat tragedi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan hari ini. Perdana Menteri dijangka memulakan tinjauan di lokasi bencana di Masjid Kampung Bahagia pada 4.20 petang. Beliau kemudian ..
Kroni     >>



Perang AS-Iran meletus semula? - Utusan
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersiap sedia untuk kembali berperang selepas tempoh gencatan senjata tamat, dengan ketidakpastian menyelubungi rundingan yang dijangka disambung semula di Pakistan minggu ini. Rumah Putih berkata, Naib Presiden, JD Vance bersedia untuk kembali ke Islamabad yang sedang ..
Tabloid     >>



'Ayat sentuh jiwa bawa ke penghijrahan' - Hmetro
Pembabitan Isyariana sebagai Qistina dalam filem Felai FX: Apa Mau Takut sedikit-sebanyak menjadi titik tolak perubahan kepadanya untuk berhijrah ke arah kebaikan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Oppo announces the Find X9 Ultra with a 50MP 10x .. - Engadget
Elbowing for attention alongside Vivo and Xiaomi, Oppo has finally launched its long-teased ultra version of its flagship smartphone. The Find X9 Ultra is another camera-first smartphone from Oppo, with an even more impressive spec sheet and a new array of accessories. Were not even halfway ..
World     >>



Trump extends Iran ceasefire with fate of Pakistan .. - Middleeasteye
Trump extends Iran ceasefire with fate of Pakistan talks left uncertain Submitted by Sean Mathews on Tue, 04/21/2026 - 21:59 US president boasts about Iranian blockade despite maritime intelligence reports saying dozens of vessels have evaded US warships US President Donald Trump arrives to the ..
Motor Trend     >>



Chery Malaysia & Touch n Go Jalin Kerjasama Strategik, .. - Careta
Melalui kolaborasi ini, tag RFID berjenama akan ditawarkan sebagai sebahagian pakej pembelian bagi model terpilih Chery, Omoda Jaecoo dan iCAUR yang dijual di seluruh negara. Pendekatan ini membolehkan pemilik kenderaan terus menggunakan kemudahan tol tanpa perlu pemasangan berasingan selepas