| /// |
|
| Search : Mahkamah Majistret News | Page 1 |
|
Sebatan berperlembagaan, Mahkamah Persekutuan putus majoriti 2-1 - Mygazette - 23/04 7:34 am # Sebatan berperlembagaan, Mahkamah Persekutuan putus majoriti 2-1 PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman jenayah adalah berperlembagaan dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan |
|
Polis kesan remaja perempuan hilang sejak bulan lalu - Mygazette - 23/04 7:34 am # Polis kesan remaja perempuan hilang sejak bulan lalu ISKANDAR PUTERI - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan ahli keluarganya hilang sejak 30 Mac lalu |
|
Harga minyak, isu Selat Hormuz kandungan paling tinggi berita palsu - Mygazette - 23/04 7:34 am # Harga minyak, isu Selat Hormuz kandungan paling tinggi berita palsu KUALA LUMPUR - Isu membabitkan harga bahan api dan dakwaan pengenaan tol di Selat Hormuz dikesan menjadi kandungan berita palsu paling tinggi direkodkan dalam tempoh krisis bekalan global ketika ini |
|
Kebakaran di Sandakan: Penggantian dokumen pengenalan diri percuma kepada .. - Mygazette - 23/04 7:34 am # Kebakaran di Sandakan: Penggantian dokumen pengenalan diri percuma kepada mangsa KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada warganegara Malaysia yang terjejas akibat kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah |
|
Seleweng RM230 juta: SPRM sahkan dana sumbangan awam, bukan zakat - Mygazette - 23/04 7:34 am Terdahulu, dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an termasuk seorang timbalan pengerusisebuah NGO direman empat hari hingga 25 April ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. Perintah reman terhadap kedua-dua individu tersebut dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi |
|
SPRM reman pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO kira-kira RM12.3 juta - Mygazette - 23/04 7:34 am # SPRM reman pendakwah bebas disyaki seleweng dana NGO kira-kira RM12.3 juta KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman seorang pendakwah bebas kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi. Perintah reman selama lima hari sehingga 26 April ini terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi |
|
Dua peguam kemuka butiran palsu RM8 juta ditahan SPRM - Mygazette - 23/04 7:34 am # Dua peguam kemuka butiran palsu RM8 juta ditahan SPRM KUALA LUMPUR - Dua peguam daripada sebuah syarikat guaman ditahan reman kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk pengeluaran dana pemegang amanah bagi satu projek pembangunan hartanah di ibu negara berjumlah kira-kira RM8 juta untuk kepentingan peribadi dan pelaburan. Perintah reman selama empat hari sehingga 25 April 2026 terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi |
|
Harga diesel di Semenanjung turun 85 sen seliter - Mygazette - 23/04 7:34 am KUALA LUMPUR -Selaras dengan formula _Automatic Pricing Mechanism _(APM) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 85 sen seliter kepada RM5.12 bagi tempoh 23 April hingga 29 April 2026 susulan penurunan harga pasaran antarabangsa |
|
Hentikan kitaran mohon maaf selepas fitnah - Kamil Munim - Sinarharian - 22/04 7:17 pm SHAH ALAM - Kitaran memohon maaf selepas memfitnah yang kerap dilakukan pemimpin politik perlu dihentikan dengan tindakan tegas bagi memberi pengajaran supaya perbuatan sama tidak berulang.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan tegas itu penting bagi memastikan ia tidak menjadi lesen atau pas percuma untuk terus memfitnah."Fitnah dalam politik ni ibarat racun |
|
SPRM, PERKESO bekerjasama tangani penipuan dana - Sinarharian - 22/04 6:33 pm KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bekerjasama dalam mempertingkatkan langkah pencegahan bagi mengekang pemalsuan tuntutan melibatkan dana pertubuhan terbabit.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, bahawa pertemuan dan perbincangan ini penting bagi mengenal pasti punca-punca kelemahan yang wujud sehingga membuka ruang dan peluang kepada individu atau syarikat untuk memanipulasinya."Tiba masanya kita mencari jalan penyelesaian bagi menambah baik undang-undang, peraturan dan sistem yang dilaksanakan oleh PERKESO bagi mengekang ketirisan dana," katanya.Beliau berkata demikian selepas pertemuan antara SPRM dan PERKESO di Ibu Pejabat PERKESO di sini pada Rabu.Ahmad Khusairi berkata, berdasarkan rekod tahun 2021, SPRM dengan kerjasama PERKESO membuka sebanyak 182 kertas siasatan melibatkan tangkapan seramai 302 individu."Tahun 2022 dan 2023 menerusi Ops Hire 1 dan Hire 2, sejumlah 120 kertas siasatan telah dibuka di seluruh negara melibatkan tangkapan seramai 155 individu."Sejumlah 255 individu telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," ujarnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammad berkata, pihaknya melihat keseriusan isu pemalsuan ini dan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk membanterasnya.Jelasnya, PERKESO amat menghargai kerjasama SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas syarikat, ejen dan individu yang mengemukakan tuntutan palsu."Pelbagai langkah penambahbaikan telah dilaksanakan oleh PERKESO termasuk mewujudkan Unit Khas Penyiasatan Fraud bagi mengesan pemalsuan ini," ujarnya.Mohammed Azman berkata, pihaknya turut akan mencadangkan satu sistem bersepadu bagi mengintegrasikan data dengan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai elemen semak dan imbang bagi setiap permohonan dana. |
|
Pendakwah bebas pula disyaki seleweng dana NGO RM12.3 juta - Sinarharian - 22/04 5:15 pm SEREMBAN - Seorang pendakwah bebas direman lima hari kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.Perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu.Reman terhadap suspek bermula pada 22 April sehingga 26 April ini.Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 8 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan."Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pengerusi NGO tersebut disyaki melakukan perbuatan tersebut pada September 2022 hingga kini."Suspek dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat bersama dua ahli jawatankuasa yang lain dengan memindahkan wang berjumlah kira-kira RM12.3 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lapan lagi syarikat yang juga miliknya," katanya.Tambahnya, susulan siasatan tersebut, SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun terdiri daripada tiga akaun bank persendirian selain tiga akaun bank NGO dan sembilan akaun bank syarikat dengan nilai berjumlah kira-kira RM16.5 juta.Selain itu, turut disita ialah wang tunai termasuk mata wang asing serta tiga unit jam tangan bernilai kira-kira RM5,000, tiga unit beg tangan berjumlah kira-kira RM3,000 serta lima unit gelang tangan berjumlah kira-kira RM26,000."Turut disita ialah sebentuk cincin berjumlah kira-kira RM2,000, satu unit rantai berjumlah kira-kira RM7,000 dan 51 keping emas seberat 1 gram berjumlah kira-kira RM31,000," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. |
|
Bekas jurugambar bebas tuduhan buat hantaran jelik terhadap polis - FMT - 22/04 5:13 pm Mahkamah Rayuan berkata kenyataan Shahril Abdul Rani hanyalah kritikan terhadap pihak berkuasa dan tak langgar kebebasan bersuara. |
|
RoS perlu teliti laporan tahunan, kewangan NGO lebih mendalam - Sinarharian - 22/04 5:04 pm Apabila kejadian seperti ini berlaku, saya harap pihak berkuasa dapat lakukan siasatan mendalam dan ambil tindakan tegas."Isu wang zakat sangat sensitif sangat kerana ini duit umat Islam yang bayar zakat. Justeru, kita perlu beri ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk buat siasatan dan kalau ada bukti kukuh, dakwa di mahkamah," ujarnya lagi.Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan pada Selasa lalu kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan antara jam 3 dan 5 petang dalam operasi yang dijalankan SPRM Selangor di Lembah Klang.Sementara seorang lagi berusia lingkungan 50-an ditahan jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.Siasatan mendapat perbuatan tersebut berlaku antara 2018 hingga 2024 dan timbalan pengerusi NGO itu telah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan serta peribadi.Terbaharu, ketiga-tiga mereka ditahan reman selama empat hari bermula Rabu hingga 25 April bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.Perintah reman terhadap dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam.Tidak lama kemudian, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) tampil mengeluarkan kenyataan dan merehatkan serta-merta ahlinya yang terlibat dalam siasatan berkaitan pengurusan dana zakat selepas ditahan SPRM.Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata, pihaknya mengambil maklum laporan berhubung penahanan tiga individu di Hulu Selangor susulan kes berkenaan.Menurut beliau, IKRAM memandang serius perkara itu sambil menegaskan bahawa integriti serta amanah sentiasa menjadi keutamaan dalam seluruh gerak kerja organisasi. |
|
SPRM reman pengurus jualan kes tuntutan bekal peralatan pembedahan - Mygazette - 22/04 4:11 pm # SPRM reman pengurus jualan kes tuntutan bekal peralatan pembedahan KUANTAN - Seorang pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan direman selama tiga hari kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu melibatkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan berjumlah kira-kira RM54,000. Menurut sumber, perintah reman selama tiga hari sehingga 23 April terhadap suspek dikeluarkan oleh Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Raub pagi semalam |
|
Pengurus, pengasas taska didakwa kes cuai jaga kanak-kanak - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Pengurus, pengasas taska didakwa kes cuai jaga kanak-kanak SHAH ALAM - Seorang pengurus sebuah taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan cuai sehingga membahayakan nyawa seorang kanak-kanak yang terkurung di sebuah bilik pada Oktober tahun lalu |
|
Zakat Selangor tiada kaitan kes seleweng dana zakat RM230 juta - Mygazette - 22/04 4:11 pm Sehubungan itu, Zakat Selangor mengekalkan pendirian tegas terhadap sebarang bentuk salah guna dana zakat serta memastikan pengurusan dana zakat dilaksanakan mengikut rangka kerja tadbir urus yang ditetapkan, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman empat hari di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta |
|
Padah buat hantaran jelik, warga emas dipenjara 4 bulan - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Padah buat hantaran jelik, warga emas dipenjara 4 bulan SEPANG - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat jelik terhadap institusi diraja menerusi akaun Facebook miliknya, Ogos tahun lepas |
|
KP Jupem didakwa guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM136,115 - Mygazette - 22/04 4:11 pm # KP Jupem didakwa guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM136,115 KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Datuk Hazri Hassan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM136,115 |
|
Isytihar palsu barang import: SPRM reman pemilik syarikat, beku akaun .. - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Isytihar palsu barang import: SPRM reman pemilik syarikat, beku akaun kira-kira RM160j KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pemilik syarikat kerana disyaki terlibat dalam sindiket isytihar palsu barang import kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Klang. Perintah reman selama lima hari sehingga 26 April ini terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi |
|
Kes seleweng dana zakat: Timbalan Pengerusi NGO antara 2 individu direman .. - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Kes seleweng dana zakat: Timbalan Pengerusi NGO antara 2 individu direman 4 hari SHAH ALAM - Dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta |
|
Semakan Isa Samad ketepi sabitan dan hukuman penjara, denda 13 Mei - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Semakan Isa Samad ketepi sabitan dan hukuman penjara, denda 13 Mei PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Mei ini bagi mendengar permohonan semakan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd |
|
Pemilik syarikat disyaki ahli sindiket penyeludupan ditahan, akaun RM160 juta dibeku - Sinarharian - 22/04 4:11 pm PUTRAJAYA - Seorang pemilik syarikat disyaki terlibat dalam sindiket isytihar palsu barang import kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Klang ditahan pada Selasa.Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5 petang dalam satu operasi yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lembah Klang.Operasi bersepadu Op Celio itu melibatkan Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) yang terdiri daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), JKDM dan Bank Negara Malaysia (BNM).Suspek kini direman lima hari sehingga 26 April selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2020 dengan menjadi runner bagi individu, syarikat dan juga ejen penghantaran yang menguruskan kemasukan barang-barang import di Pelabuhan Klang."Suspek yang juga dipercayai salah seorang ahli sindiket terlibat dalam aktiviti penyeludupan barangan kontraban daripada pelbagai negara pengeksport dengan menggunakan modus operandi Trade Based Money Laundering," katanya.Tambah sumber, penggeledahan telah dijalankan di 14 lokasi melibatkan premis syarikat dan kediaman suspek sekitar Lembah Klang.Bagaimanapun, operasi tersebut menyasarkan 28 entiti yang terdiri daripada syarikat dan individu melibatkan pengimport, ejen penghantaran dan orang tengah yang disyaki membuat pengisytiharan butiran palsu berkaitan kuantiti dan jenis barangan import yang dibawa masuk ke Malaysia kepada pihak Kastam untuk mengelak dan pengurangan duti import."Siasatan yang dilakukan BOK ini turut mempercayai sindiket itu memberi rasuah kepada penguat kuasa bagi melindungi aktiviti haram tersebut selain terlibat dalam pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit selain menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil duti kastam mencecah kira-kira RM1.5 bilion dalam tempoh lima tahun," katanya.Melalui operasi itu juga, SPRM turut membekukan 133 akaun bank persendirian serta syarikat yang berjumlah kira-kira RM160 juta.Sementara itu, Pengarah Kanan BOK SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan operasi tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).Tambah beliau, Op Celio akan diteruskan dengan menyasarkan lagi 14 premis melibatkan kediaman serta syarikat dan juga ejen penghantaran sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan. |
|
RM230 juta diseleweng bukan dari zakat tapi sumbangan pelbagai pihak kepada NGO - SPRM - Sinarharian - 22/04 3:26 pm SHAH ALAM -Penyelewengan berjumlah kira RM230 juta membabitkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak membabitkan sumber dana daripada badan zakat, sebaliknya diseleweng daripada sumbangan yang diberikan pelbagai pihak dan sumber kepada pertubuhan berkenaan.Sebahagian sumbangan yang diseleweng itu juga dipercayai termasuklah kutipan yang seharusnya disalurkan kepada badan zakat sebuah negeri.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, isu penyelewengan terbaharu membabitkan sebuah NGO berkenaan setakat ini tidak membabitkan mana-mana institusi zakat di negara ini."Dalam siasatan terkini SPRM, NGO ini menerima dana sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumber termasuklah komisen yang diperolehi daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan."Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambah beliau, siasatan masih berjalan dan pihaknya sedang memperluas skop siasatan.Jelasnya, SPRM komited untuk terus memastikan ketelusan dan kebertanggungnjawaban dalam setiap proses semakan serta siasatan yang dijalankan selaras dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.Sebelum itu, dua termasuk seorang timbalan pengerusi NGO direman untuk siasatan kes terbabit.Perintah reman selama empat hari sehingga 25 April terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu.Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an itu telah ditahan berasingan antara jam 3 dan 5 petang Selasa dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Selangor sekitar Lembah Klang.Media sebelum itu melaporkan penahanan tiga individu termasuk timbalan pengerusi NGO terbabitSiasatan awal mendapati kesemua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.Siasatan turut mendapati timbalan NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta tersebut ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan.Dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita 18 unit kenderaan mewah antaranya Porsche dan Mercedes; rumah juga hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama.Selain itu, SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. |
|
Kes rasuah RM3 juta: Permohonan semakan Isa Samad 13 Mei - Sinarharian - 22/04 3:10 pm PUTRAJAYA Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan atas sembilan kes rasuah lebih RM3 juta bakal melalui satu lagi detik penentuan apabila permohonan semakannya akan didengar Mahkamah Persekutuan di sini pada 13 Mei depan.Kes berkenaan berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz dan peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi media pada Rabu.Bekas pemimpin UMNO itu memfailkan notis usul pada 4 Mac lalu di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.Mohd Isa ketika ini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah berkenaan.Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, membenarkan rayuan pihak pendakwaan, sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2024 yang membebaskan Mohd Isa terhadap sembilan pertuduhan rasuah.Panel hakim itu mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 yang menjatuhkan hukuman enam tahun penjara, serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara terhadap Mohd Isa sekiranya gagal membayar denda.Bekas ahli politik itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.Bayaran itu didakwa sebagai dorongan bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.Pada 4 Mac lalu, Mohd Isa memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengembalikan sabitan dan hukuman terhadapnya. |
|
Penyelia kilang mengaku tidak bersalah rasuah anggota polis - Sinarharian - 22/04 1:48 pm JOHOR BAHRU Seorang penyelia kilang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan memberi rasuah RM18,500 kepada seorang anggota polis pada Januari tahun lalu.Tertuduh, M Dhivan, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak berusia lima dan dua tahun itu secara rasuah memberi suatu suapan, iaitu wang tunai RM18,500 kepada anggota polis yang bertugas di Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.Perbuatan tersebut dilakukan sebagai dorongan untuk anggota polis berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh dan rakan-rakannya yang memiliki rekod lampau jenayah serta kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan oleh tertuduh di Kilometer 1.89 Jalan Buloh Kasap-Segamat, Segamat.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Fazal Lisam Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam K Nahtan.Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah supaya menetapkan jaminan pada kadar maksimum sebagai pengajaran kepada masyarakat umum.Nahtan dalam rayuannya memaklumkan bahawa anak guamnya bekerja sebagai penyelia kilang dengan pendapatan RM2,000 sebulan, isterinya tidak bekerja dan mempunyai tanggungan dua anak yang masih kecil.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM6,000 selain perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Ipoh setiap bulan.Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 5 Jun depan |
|
Mahkamah Persekutuan putus hukuman sebat pesalah berperlembagaan - FMT - 22/04 1:03 pm Ketua Hakim NegaraWan Ahmad Farid Wan Salleh berkata Parlimen yang akhirnya tentukan keberkesanan moral atau kesesuaian sosial sesuatu hukuman. |
|
Warga tempatan, etnik Rohingya didakwa seludup 12 PATI - Sinarharian - 22/04 12:47 am PASIR MAS - Seorang lelaki warga tempatan dan etnik Rohingya yang bertindak sebagai tekong darat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan menyeludup seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar serta Bangladesh bulan lalu.Tertuduh Mohd Rozi Isa, 48, dan Solim Sultan Amin, 31, yang memiliki kad pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR) mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.Bagimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes melibatkan penyeludupan migran.Hal ini kerana ia bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Mohd Rozi dan Solim menyeludup warga Myamar dan Bangladesh dengan menggunakan kenderaan Perodua Bezza di kawasan semak di Kampung Telaga Bata Chabang Empat, Tumpat pada 25 Mac lalu.Kesalahan itu dilakukan pada jam 11 malam.Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin kerana jaminan bagi kes tersebut perlu dimohon di Mahkamah Tinggi.Mahkamah turut menetapkan 21 Mei depan untuk sebutan semula kes. |
|
Inspektor polis didakwa terima suapan RM11,500 untuk 'tutup' kes - Sinarharian - 22/04 12:32 am BUTTERWORTH - Seorang pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM11,500.Inspektor Mohd Firdaus Kamal, 39, didakwa memperoleh suapan RM5,000 dan RM6,500 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953.Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD SPU, pada 5.30 petang 21 Ogos 2024 dan di hadapan bekas Pejabat Kuarantin Tumbuhan, Jalan Bagan Luar Butterworth, di sini pada 3.45 petang sehari selepas itu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noor Azura Zulkiflee menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.Bagaimanapun, peguam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq yang mewakili tertuduh memohon jaminan minima dengan alasan anak guamnya menanggung isteri yang merupakan suri rumah, dua anak berusia 12 dan lapan tahun serta ibu bapa dengan gaji pokok RM3,400 sebulan selain tidak mempunyai pasport.Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan itu berserta semua syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes.Semalam, SPRM Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada dikenakan tindakan undang-undang |
|
Pas gesa kerajaan perjelas pendirian reformasi akta hasutan - Sinarharian - 22/04 12:26 am SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Kerajaan digesa menjelaskan pendirian semasa berhubung reformasi Akta Hasutan 1948 bagi memastikan keyakinan awam terhadap institusi negara kekal terpelihara.Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas, Wan Rohimi Wan Daud berkata, perkara itu penting kerana Akta Hasutan 1948 telah lama menjadi subjek perbahasan dasar, termasuk komitmen terdahulu oleh pimpinan Pakatan Harapan untuk menilai semula kedudukan akta tersebut dalam kerangka reformasi undang-undang."Penekanan berterusan terhadap penggunaan Akta Hasutan dalam konteks perbincangan awam wajar disertai dengan penjelasan dasar yang lebih konsisten."Hal ini dilakukan agar tidak menimbulkan persepsi bahawa terdapat percanggahan antara komitmen reformasi dan pendekatan semasa," katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan trend perdebatan di media sosial untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta provokatif mengenai dasar kerajaan dan isu semasa.Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang, khususnya di bawah Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang melarang sebarang perbuatan, ucapan atau penerbitan yang cenderung menghasut atau menimbulkan kebencian terhadap institusi diraja dan kerajaan.Dalam pada itu, Wan Rohimi berkata, Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bercakap dan bersuara, tertakluk kepada sekatan yang dibenarkan oleh Parlimen di bawah Perkara 10(2)."Mahkamah Persekutuan dalam kes Sivarasa Rasiah lwn Badan Peguam Malaysia dan seorang lagi [2010] 3 CLJ 507 memperakui bahawa hak-hak di bawah Perkara 10 adalah tertakluk kepada sekatan undang-undang."Namun, mahkamah juga menegaskan bahawa sebarang sekatan tersebut hendaklah mempunyai asas rasional dan tidak bersifat sewenang-wenangnya, selaras dengan kerangka perlembagaan," jelasnya.Tambahnya, dalam kes Pendakwa Raya lwn Azmi Sharom [2015] 6 MLJ 751, Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesahihan Akta Hasutan 1948 sebagai undang-undang yang sah di sisi Perlembagaan."Walau bagaimanapun, penghakiman tersebut tidak harus ditafsirkan sebagai memberi ruang tanpa had kepada peluasan makna kecenderungan menghasut, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks fakta kes dan peruntukan statut yang spesifik."Pada tahun 2015, Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan 1948 berkenaan kecenderungan menghasut telah dipinda dengan memotong perkataan terhadap kerajaan melalui Akta A1485," katanya.Justeru, beliau berharap pihak berkuasa tidak melabel perbincangan dasar kerajaan sebagai provokatif kerana istilah tersebut tiada definisi undang-undang yang jelas.Ujarnya, setiap tindakan penguatkuasaan mestilah berlandaskan lunas undang-undang yang jelas dan tafsiran mahkamah sedia ada bagi menjamin keseimbangan antara ketenteraman awam dan kebebasan bersuara. |
|
Seleweng dana zakat RM230 juta: Dua termasuk Timbalan Pengerusi NGO direman - Sinarharian - 22/04 11:48 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 25 April bagi membantu siasatan berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki yang masing-masing berumur 57 dan 61 tahun itu dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.Kes berkenaan disiasat mengikut Akta SPRM 2009.Terdahulu kedua-dua individu itu tiba di pekarangan Mahkamah Shah Alam pada 9.07 pagi dengan menaiki van SPRM.Semalam, SPRM Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.Menurut sumber, dua lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan petang semalam dalam operasi di sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan pada 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor |
|
Mahkamah dapati dana diberi kepada adik bukan pinjaman - FMT - 22/04 10:00 am Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa wang diberikan oleh dua individu kepada adik mereka adalah suatu bentuk 'sokongan'. |
|
Ketua Pengarah Jupem didakwa guna kedudukan untuk rasuah lebih RM130,000 - Sinarharian - 22/04 9:32 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM136,115.16 pada 2024.Datuk Hazri Hassan, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Suzana Hussin."Faham, tidak mengaku bersalah," katanya yang memakai kemeja putih dan berkot kelabu.Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa sebagai Ketua Pengarah jabatan itu dan Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan sebanyak RM30,201.16 dan RM105,914 bagi diri sendiri.Perbuatan itu dilakukan dengan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Lembaga LJT yang membincangkan penyertaan tertuduh dalam Sesi ke-14 Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pengurusan Maklumat Geospatial Global (UN-GGIM) di New York, Amerika Syarikat pada 4 hingga 9 Ogos 2024.Satu lagi pertuduhan melibatkan Mesyuarat LJT dan Jupem yang membincangkan penyertaan tertuduh dalam mesyuarat bersama Profesor Dr Shaikh Mohamed Zaffar Sadiq Mohamed Ghouse, yang merupakan Naib Presiden serta Pengarah Penasihat dan Inovasi Woolpert, serta Mesyuarat Pleno ke-5 Kumpulan Peringkat Tinggi Rangka Kerja Maklumat Geospatial Bersepadu dan Mesyuarat Biro serta Biro Perluasan Jawatankuasa Pakar di Madinah dan Jeddah, Arab Saudi pada 29 Januari hingga 4 Februari 2025.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Wisma LJT, Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati dan sebuah hotel terkemuka di sini, masing-masing pada 3 Ogos dan 31 Disember 2024.Dua pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, berkata bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju sekiranya ikat jamin ditetapkan sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin."Termasuk syarat tambahan, menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah," katanya.Sementara itu, peguam Muhammad Amin Othman yang mewakili Hazri mengesahkan persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak.Bagaimanapun, beliau memohon kepada mahkamah supaya membenarkan anak guamnya membuat dua kali bayaran ikat jamin."RM50,000 dibayar hari ini dan selebihnya pada Jumaat, saya bergantung pada budi bicara mahkamah," katanya yang tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Suzana membenarkan semua permohonan tersebut termasuk pembayaran ikat jamin berkenaan.Beliau menetapkan sebutan kes untuk serahan dokumen pada 4 Jun depan |
|
Suami isteri direman 7 hari bantu siasatan kes dera kanak-kanak Suami .. - Mygazette - 22/04 7:49 am # Suami isteri direman 7 hari bantu siasatan kes dera kanak-kanak KUALA KRAI -Pasangansuami isteri direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki melakukan penderaan terhadap anak saudaralelaki berusia 10 tahundi Kampung Sungai Mas, Machang. Ketua Polis Daerah MachangSupt Azuhar Md Nor berkata pasangan ituditahan semalam dan mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk proses reman yang dibenarkan hingga 27 April ini |
|
Malaysia perlu bangunkan sistem pertahanan berasaskan AI sendiri ??? Nik .. - Mygazette - 22/04 7:49 am # Malaysia perlu bangunkan sistem pertahanan berasaskan AI sendiri Nik Iruwan KUALA LUMPUR Sudah tiba masanya Malaysia membangunkan sistem pertahanan yang dipacukan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI) sendiri sebagai persediaan awal dalam mendepani konflik moden pada masa akan datang |
|
Gnanaraja nafi guna nama Najib, Rosmah pelawa orang ramai melabur - Mygazette - 22/04 7:49 am # Gnanaraja nafi guna nama Najib, Rosmah pelawa orang ramai melabur KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan menafikan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau menggunakan nama Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk meyakinkan sekumpulan individu supaya melabur dalam sebuah yayasan miliknya |
|
Sembilan lelaki Indonesia ditahan terlibat penyeludupan migran - Mygazette - 22/04 7:49 am # Sembilan lelaki Indonesia ditahan terlibat penyeludupan migran ISKANDAR PUTERI - Polis melumpuhkan sindiket penyeludupan migran selepas menahan sembilan lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan dalam dua serbuan di kawasan Tanjung Kupang, dekat sini, Sabtu lalu |
|
Akar desak rombak pasukan krisis MTEN - Mygazette - 22/04 7:49 am KUALA LUMPUR - Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar) menggesa kerajaan menilai semula struktur Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) |
|
Lelaki ditahan acu pisau di leher juruwang samun kedai serbaneka - Mygazette - 22/04 7:49 am # Lelaki ditahan acu pisau di leher juruwang samun kedai serbaneka JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki selepas mengacukan pisau terhadap seorang pekerja wanita di kedai serbaneka di Gelang Patah dekat sini semalam dan melarikan wang tunai RM96 |
|
Pejalan kaki maut digilis lori - Mygazette - 22/04 7:49 am KUALA LUMPUR Seorang pejalan kaki warga asing berusia lingkungan 60-an maut selepas dilanggar dan tersepit di bawah sebuah motolori dalam kemalangan di Jalan Baru, Dengkil, dekat Sepang semalam |
|
Mahkamah Tinggi ketepi denda, 33 lelaki kes rusuhan Cheras dipenjara 10... - Mygazette - 22/04 7:49 am # Mahkamah Tinggi ketepi denda, 33 lelaki kes rusuhan Cheras dipenjara 10 bulan KUALA LUMPUR - Seramai 33 lelaki yang sebelum ini hanya didenda atas kesalahan merusuh di sebuah pusat hiburan di Cheras, kini diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini campur tangan menyemak keputusan itu. Hakim Datuk Aslam Zainuddin menggunakan kuasa semakan untuk mengetepikan hukuman denda yang diputuskan Mahkamah Majistret selepas mendapati hukuman tersebut tidak memadai berdasarkan fakta kes |
|
Saya tiada motif jahat kenakan Guan Eng – Gnanaraja - Mygazette - 22/04 7:49 am # Saya tiada motif jahat kenakan Guan Eng - Gnanaraja KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan menegaskan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini yang beliau tidak mempunyai motif jahat untuk mengenakan Lim Guan Eng sehingga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa atas pertuduhan rasuah |
|
Disyaki seleweng dana zakat RM230 juta, tiga individu ditahan Disyaki .. - Mygazette - 22/04 7:49 am Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. Tambah beliau, kesemua suspek dijangka di bawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok untuk permohonan reman |
|
Op Empis: Polis rampas dadah RM3.1 juta, Rolls-Royce dan Porsche - Mygazette - 22/04 7:49 am # Op Empis: Polis rampas dadah RM3.1 juta, Rolls-Royce dan Porsche KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah menerusi Op Empis dengan penahanan 19 individu termasuk 12 lelaki tempatan, lima wanita tempatan dan dua wanita warga China berusia antara 24 hingga 48 tahun di sekitar Lembah Klang |
|
Curi sardin dan tepung, pemandu e-hailing dipenjara sebulan - Mygazette - 22/04 7:49 am # Curi sardin dan tepung, pemandu e-hailing dipenjara sebulan KUALA LUMPUR - Tindakan mencuri sardin dan pelbagai barangan keperluan harian membawa padah apabila seorang pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini |
|
AG tak terikat 1 peruntukan dalam kes nahas maut di Klang, kata peguam - FMT - 22/04 7:30 am Kitson Foong berkata isunya bukan sama ada pertuduhan lain lebih sesuai, tetapi sama ada pertuduhan itu boleh dibuktikan di mahkamah. |
|
Suami isteri direman 7 hari bantu siasatan kes dera kanak-kanak - Sinarharian - 21/04 11:53 pm KUALA KRAI - Pasangan suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki melakukan penderaan terhadap anak saudara lelaki berusia 10 tahun di Kampung Sungai Mas, Machang.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, pasangan itu ditahan semalam dan mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk proses reman yang dibenarkan hingga 27 April ini.Beliau berkata, penahanan suami isteri berusia 29 dan 31 tahun itu susulan laporan polis yang dibuat oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Bakar, Machang.Difahamkan kanak-kanak tersebut tinggal bersama pasangan itu dan mangsa telah dibawa ke klinik berkenaan bagi menjalani pemeriksaan.Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Che Samsuzuki Che Noh berkata, kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini.Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 19(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."JKM juga merancang untuk menempatkannya di rumah perlindungan yang selamat di Terengganu serta sedang berusaha mengesan waris terdekat," katanya kepada pemberita pada Selasa.Katanya, JKM telah mengadakan perbincangan dengan pihak hospital mengenai tindakan susulan dan kaunselor JKM akan membantu mengatasi trauma yang dialami kanak-kanak itu |
|
Dokumen nahas MH17 kekal rahsia kerajaan Belanda, kata mahkamah hak asasi Eropah - FMT - 21/04 10:51 pm Organisasi media Belanda iaitu NOS, RTL Nieuws, dan Volkskrant memohon akses kepada nota mesyuarat peringkat menteri serta laporan dalaman kerajaan. |
|
KP JUPEM akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Sinarharian - 21/04 8:58 pm KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berkaitan kes penyelewengan dana.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.Pada 17 April lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketua pengarah dan seorang pegawai kanan JUPEM yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah pada Rabu atau Khamis ini.Pada 11 Februari, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaanuntuk kepentingan peribadi |
|
Tiga termasuk timbalan pengerusi NGO ditahan kes seleweng dana zakat RM230 juta - Sinarharian - 21/04 7:26 pm SHAH ALAM - Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan pada Selasa kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an telah ditahan antara jam 3 dan 5 petang dalam operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Lembah Klang.Sementara seorang lagi berusia lingkungan 50-an ditahan jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor."Siasatan awal mendapati, kesemua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024."Siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta tersebut ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi," katanya.Kata sumber, siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan.Tambah sumber, dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita 18 unit kenderaan mewah antaranya Porsche dan Mercedes.Selain itu, hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama turut disita."Selain itu, SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta," ujarnya.Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009."Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok (Rabu) untuk permohonan reman," ujarnya. |
|
Pemandu rempuh motosikal dalam insiden tular didapati mabuk - Sinarharian - 21/04 5:08 pm KUALA LUMPUR - Wanita yang merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Genting Klang berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju di sini, semalam didapati berada di bawah pengaruh alkohol.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, wanita yang memandu BMW itu gagal berhenti ketika lampu isyarat merah lalu merempuh sebuah motosikal Yamaha yang bergerak lurus dari arah lampu isyarat hijau."Ujian alkohol ke atas wanita tempatan berusia 42 tahun itu mendapati bacaan sebanyak 183mg/100ml," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.Mohd Zamzuri berkata, kemalangan menyebabkan penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 25 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pembonceng, remaja perempuan 15 tahun tidak cedera.Beliau berkata, wanita itu mengaku bersalah di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu dalam keadaan mabuk.Bagaimanapun, Mohd Zamzuri berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 42(1) akta sama kerana memandu secara berbahaya.Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S |
|
Tiada motif kenakan Lim Guan Eng dalam kes rasuah projek terowong - Ahli Perniagaan - Sinarharian - 21/04 4:45 pm KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen pada Selasa bahawa tiada sebarang motif untuk beliau mengenakan Lim Guan Eng sehingga dipertuduhkan dalam kes rasuah berkaitan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.Datuk Seri G Gnanaraja, 44, berkata, tidak munasabah untuk beliau berbuat demikian kerana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan musuhnya dan tidak pernah berbuat jahat dengan beliau."Jika benar saya mempunyai kecenderungan untuk menipu seperti yang didakwa peguam, saya akan menyatakan keempat-empat beg diserahkan kepada Lim Guan Eng, tetapi saya tiada niat untuk kenakan beliau (Lim) dengan motif penipuan."Dari awal saya telah mengaku mengambil RM19 juta daripada Datuk Zarul (Zarul Ahmad Mohd Zulkifli) |
|
LGE bukan musuh saya, ahli perniagaan beritahu mahkamah - FMT - 21/04 4:21 pm G Gnanaraja menegaskan beliau tidak mempunyai motif untuk memerangkap Lim Guan Eng. |
|
Curi sardin, tepung, 18 barang lain: Bapa dua anak dipenjara sebulan, denda RM300 - Sinarharian - 21/04 4:11 pm KUALA LUMPUR - Bapa dua anak dihukum penjara selama sebulan dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, kerana mencuri pelbagai barangan keperluan harian termasuk dua tin sardin dantepung serbaguna di sebuah pasar raya, minggu lalu.Pemandu e-hailing, Mohd Rashid Mohd Noh, 44, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Faezahnoor Hassan.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 18 April lalu, dan akan dipenjara tujuh hari lagi sekiranya gagal membayar denda dikenakan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu mencuri 20 barangan antaranya sardin, tepung serbaguna, pencuci pinggan mangkuk, sabun mandian, penyegar udara dan pencuci muka berjumlah RM404.22 di sebuah pasar raya di Taman Maluri, jam 8.10 malam pada 18 April lalu.Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Mohd Poad mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran.Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Soosai Raj merayu anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang singkat."Dia tidak mampu untuk membayar denda dan menanggung dua anak yang masih bersekolah," katanya. |
|
Mahkamah tambah hukuman penjara pemandu e-panggilan pandu lawan arus - FMT - 21/04 3:40 pm Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tambah hukuman penjara tiga hari dikenakan ke atas Wong Kok Kong kepada tiga bulan. |
|
Teknologi baharu ubah landskap peperangan, ASEAN perlu bertindak ??? Khaled - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Teknologi baharu ubah landskap peperangan, ASEAN perlu bertindak Khaled KUALA LUMPUR Kemajuan pesat dalam sains dan teknologi kini mengubah secara asas landskap keselamatan global sekali gus mentakrif semula sifat peperangan dan kuasa ketenteraan, kata Menteri Pertahanan |
|
MCMC siasat individu muat naik kandungan palsu libatkan SPRM - Mygazette - 21/04 3:23 pm # MCMC siasat individu muat naik kandungan palsu libatkan SPRM KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang disyaki memuat naik kandungan palsu di platform TikTok berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta ketua pesuruhjayanya |
|
Banjir berulang di Selangor tak boleh dianggap masalah bermusim – .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Banjir berulang di Selangor tak boleh dianggap masalah bermusim - Sukri KUALA LUMPUR Isu banjir berulang di Selangor tidak lagi boleh dianggap masalah bermusim sebaliknya memerlukan anjakan dasar serta kecekapan pentadbiran yang lebih serius |
|
ASEAN perlu bangunkan AI prososial, telus dan bertanggungjawab ??? Sultan .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm # ASEAN perlu bangunkan AI prososial, telus dan bertanggungjawab Sultan Nazrin KUALA LUMPUR - Blok ASEAN perlu memberi penekanan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang bersifat prososial sejak peringkat reka bentuk dengan memastikan sistem dibina berasaskan prinsip keadilan, keterangkuman, ketelusan serta bertanggungjawab kepada komuniti |
|
Pesara rugi RM108,000 selepas ‘gelap mata’ keuntungan 80 .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Pesara rugi RM108,000 selepas 'gelap mata' keuntungan 80 peratus PONTIAN - Seorang pesara berputih mata selepas kerugian RM108,000 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud |
|
Dua ???mat rempit??? ditahan dalam Op Motosikal di Ampang - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Dua mat rempit ditahan dalam Op Motosikal di Ampang KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menahan dua penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Motosikal (OSJ) di sekitar sebuah sekolah menengah di Ampang semalam |
|
Wanita ditahan bersama lima laras senjata api di Kuala Krai - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Wanita ditahan bersama lima laras senjata api di Kuala Krai KOTA BHARU - Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata api pelbagai jenis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak, Kuala Krai semalam |
|
Op Lens: 28 tindakan sita, 23 kompaun, empat notis terhadap ulat... - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Op Lens: 28 tindakan sita, 23 kompaun, empat notis terhadap ulat foto KUALA LUMPUR - Sehingga Ahad lalu, sebanyak 23 notis kompaun dikeluarkan kepada 'ulat foto' selain 28 sitaan peralatan dalam Op Lens |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |