///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Madinah News   Page 1    



Operasi TH di Madinah lancar, sedia sambut 31,600 jemaah Malaysia - Mgazette - 19/04 4:30 pm

# Operasi TH di Madinah lancar, sedia sambut 31,600 jemaah Malaysia KUALA LUMPUR Persiapan Operasi Haji Madinah bagi musim 1447 Hijrah kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi menerima seramai 31,600 jemaah haji Malaysia





Petugas Haji Di Madinah Siap Sedia Terima Jemaah Haji Malaysia - Siakapkeli - 19/04 2:48 pm

Operasi Haji Madinah musim 1447H kini pada tahap kesiapsiagaan penuh selepas 75 petugas tiba lebih awal, libat tiga zon penginapan dan pusat pentadbiran baharu bagi jemaah haji Malaysia.





75 petugas TH sedia sambut 31,600 jemaah di Madinah - Sinarharian - 19/04 2:30 pm

MADINAH Seramai 75 petugas Lembaga Tabung Haji (TH) bersiap siaga bagi menyambut ketibaan 31,600 jemaah haji Malaysia sempena Operasi Haji Madinah musim 1447H yang kini berjalan lancar.Kesemua petugas berkenaan tiba lebih awal di bumi Madinah pada 12 April lalu bagi memulakan gerak kerja operasi, sekali gus memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum sebelum ketibaan jemaah.Operasi tersebut diketuai Naib Konsul Haji merangkap Pengarah Operasi Madinah, Affandi Abdullah yang bertanggungjawab menyelaras keseluruhan pengurusan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci."Kesemua petugas telah bersedia sepenuhnya dan komited untuk memastikan setiap jemaah haji Malaysia menerima perkhidmatan terbaik serta dapat menunaikan ibadah dalam keadaan selesa dan teratur," kata TH menerusi satu kenyataan.Daripada jumlah keseluruhan, seramai 40 petugas ditempatkan dalam sektor kebajikan, manakala 35 lagi terdiri daripada petugas perubatan bagi memastikan aspek kesihatan dan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara.Bagi musim haji kali ini, TH menetapkan tiga zon penginapan utama di sekitar Masjid Nabawi bagi melancarkan pengurusan logistik.Zon berkenaan melibatkan Hotel Emaar Royal (Zon 1), Hotel Anwar Al Madinah Movenpick (Zon 2) dan Hotel Emaar Elite (Zon 3).Hotel Emaar Elite yang merupakan bangunan baharu menjadi antara tumpuan apabila terletak kira-kira 150 meter dari Masjid Nabawi, sekali gus memudahkan jemaah untuk beribadah.Dalam pada itu, Pusat Pentadbiran Operasi Madinah turut dipindahkan ke lokasi baharu di Hotel Zaha Taiba yang lebih strategik dan berhampiran Masjid Nabawi."Pemilihan lokasi baharu ini diyakini dapat meningkatkan kecekapan operasi serta memudahkan penyelarasan antara unit terlibat sepanjang musim haji berlangsung," katanya.Kemudahan moden termasuk ruang dapur dan restoran yang lebih selesa di pusat pentadbiran baharu itu dijangka mampu meningkatkan kecekapan pengurusan operasi.Bangunan tersebut menempatkan pelbagai unit penting antaranya Pejabat Pengarah Operasi, Operasi Perubatan, Unit Pentadbiran, Bilik Maklumat Operasi, Unit Alokasi, Unit Pengendalian, Unit Kewangan serta Unit Pengelola Jemaah Haji.Langkah proaktif TH itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara, sekali gus membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dalam suasana kondusif.





284 jemaah haji selamat tiba di Madinah - Mgazette - 19/04 8:03 am

KUALA LUMPUR - Seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat menjejakkan kaki di bumi Madinah sebagai kumpulan pertama (KT01) bagi musim haji 1447H/2026M





Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah - Sinarharian - 18/04 9:16 pm

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia musim 1447H/2026 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada 8.21 pagi waktu tempatan hari ini.Kesemua 284 jemaah itu menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.09 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Hotel Emaar Royal, Madinah pada 9.45 pagi (waktu tempatan).Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketibaan rombongan disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Ridzuan Wahi, Konsul Haji Malaysia di Jeddah Radin Adi Hilmi, barisan pengurusan kanan dan petugas TH.Syed Mohamad Bakri dalam kenyataan itu berkata, segala persiapan telah dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci."Mewakili Kerajaan Malaysia dan TH, saya ingin merakamkan rasa syukur atas ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Madinah





Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Madinah - Siakapkeli - 18/04 8:54 pm

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia, KT01, yang terdiri daripada 284 jemaah telah selamat menjejakkan kaki di bumi Madinah.





284 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah - Kosmo - 18/04 8:06 pm

MADINAH Seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah hari ini sebagai kumpulan pertama (KT01) bagi musim haji 1447H/2026M





Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci - Sinarharian - 18/04 7:53 am

SEPANG - Sebanyak 284 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci awal pagi ini, menandakan bermulanya musim haji bagi 1447H/2026M.Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.05 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan (Arab Saudi), hari yang sama.Mereka terdiri daripada 141 jemaah yang berlepas dari stesen Alor Setar di Kedah dan 143 jemaah dari stesen Sepang.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata beliau amat bersyukur dapat meluangkan masa menyantuni dhuyufurrahman (tetamu ALLAH) yang merupakan kumpulan pertama berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu."Setelah kita merancang dan mengadakan pelbagai inisiatif serta program untuk mempersiapkan jemaah haji kita, Alhamdulillah tahun ini perjalanannya sangat baik





Kumpulan pertama jemaah haji berlepas ke Tanah Suci - FMT - 18/04 7:53 am

Seramai 284 jemaah itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan hari yang sama.





MGB raih kontrak kedua di Arab Saudi - Sinarharian - 15/04 5:50 pm

SHAH ALAM MGB Berhad (MGB) meraih satu lagi kontrak utama di Arab Saudi apabila anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, MGB International For Industry (MGBI), menerima surat anugerah daripada Kumpulan Syarikat ROSHN bagi projek Marafy Al Arous di Jeddah.MGB dalam satu kenyataan memaklumkan, kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan bernilai kira-kira SAR32.98 juta (RM34.76 juta).Menurut kenyataan itu, skop kerja merangkumi penyiapan struktur atas bagi 75 unit vila termasuk kerja penyediaan tapak, kerja sementara, substruktur dan superstruktur."Projek ini dijangka bermula pada April 2026 dan siap dalam tempoh lapan bulan,"katanya.Tambah kenyataan itu, penganugerahan berkenaan mencerminkan hubungan yang semakin kukuh antara MGB dan Kumpulan Syarikat ROSHN, pemaju hartanah nasional Arab Saudi serta penyumbang utama kepada Visi 2030 negara itu.Kumpulan Syarikat ROSHN merupakan entiti milik penuh Dana Pelaburan Awam (PIF), salah satu dana kekayaan berdaulat terbesar dunia dengan aset melebihi AS$700 bilion.Penganugerahan ini menandakan projek kedua MGB di Arab Saudi sebagai kontraktor utama, sekali gus mengukuhkan lagi kehadiran kumpulan dalam sektor pembinaan di negara tersebut.Sebelum ini, MGB memperoleh kontrak utama pertamanya di Arab Saudi pada November 2025 daripada Beetah Real Estate Company bagi kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) di Al Madinah Al Munawwarah, Madinah, bernilai kira-kira SAR400 juta (RM444 juta).Jumlah keseluruhan nilai kontrak yang diperoleh MGB di Arab Saudi setakat ini adalah sebanyak SAR613.3 juta.Sementara itu, kehadiran MGB di Arab Saudi adalah berasaskan strategi jangka panjang selaras dengan perkembangan sektor pembinaan dan perumahan negara tersebut di bawah Visi 2030.Pada 2023, MGB menyertai usaha sama bagi mengendalikan kilang pembuatan konkrit pratuang IBS di Jeddah sebelum memperkukuh kehadiran sebagai subkontraktor bagi kerja pemasangan konkrit pratuang IBS bagi pembangunan kediaman antara 2024 hingga 2025.Pendekatan itu membolehkan MGB beralih kepada peranan sebagai kontraktor utama di samping membina kerjasama tempatan serta membangunkan bakat serantau.Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Ir





Kutipan bantu bawa pulang Halimah cecah RM111,000 - Utusan - 8/04 8:08 am

KANGAR: Dalam tempoh dua hari, jumlah kutipan bagi membantu menampung kos membawa pulang seorang warga emas, Halimah Ismail, 64, yang diserang strok semasa dalam perjalanan mengerjakan umrah di Madinah Februari lalu sudah mencecah RM111,000 iaitu melebihi separuh daripada jumlah diperlukan





Ardell Aryana Kembali ‘Berjuang’…Tinggalkan Anak-Anak Demi Misi Gaza, Ramai Tersentuh Tengok Air Mata Berjujuran - Siraplimau - 6/04 11:53 am

Pelakon dan aktivis kemanusiaan ITU nekad menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Baca juga: Sebak! Ibu Diserang Strok Di Madinah Ketika Umrah, Anak Rayu Bantuan RM200,000 Untuk Bawa Pulang SUAMI ARDELL […] The post Ardell Aryana Kembali BerjuangTinggalkan Anak-Anak Demi Misi Gaza, Ramai Tersentuh Tengok Air Mata Berjujuran first appeared on SirapLimau.com .





“Kos rawatan cecah RM200,000” – Ibu Diserang Strok Di Madinah, Anak Rayu Bantuan Rakyat Malaysia - Lobakmerah - 5/04 12:15 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seorang wanita warga emas kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok ketika berada di Madinah, Arab Saudi sejak pertengahan Februari lalu





Kuota Haji Malaysia 1447H penuh 100 peratus – Zulkifli - Mgazette - 5/04 8:02 am

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad serta Pengarah Haji TH, Hishan Harun. Untuk rekod, Kad Nusuk yang berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri jemaah haji diperkenalkan tiga tahun lepas membantu memudahkan jemaah haji dari seluruh dunia untuk memasuki Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah serta tempat-tempat ibadah haji lain ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu





Ibu diserang strok di Madinah, anak mohon bantuan rakyat Malaysia - Sinarharian - 5/04 7:30 am

SHAH ALAM Seorang warga emas kini bertarung nyawa selepas diserang strok ketika berada di Madinah, Arab Saudi sejak pertengahan Februari lalu.Halimah Ismail, 64, dimasukkan ke Hospital Al Salam pada 14 Februari lalu selepas mengalami masalah kesihatan serius ketika dalam perjalanan mengerjakan umrah.Anaknya, Muhammad Al Imran Abd Sanief, 25, berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibunya dijangkiti beberapa virus termasuk influenza, Covid-19 dan rhinovirus sebelum keadaannya semakin lemah sehingga terpaksa ditidurkan."Selepas mak sedar, dia tidak boleh bergerak langsung kecuali kepala





Persiapan haji 2026 berjalan lancar, ikut perancangan - Menteri Agama - Sinarharian - 4/04 3:33 pm

KUALA LUMPUR - Persiapan rapi bagi jemaah Malaysia ke Tanah Suci untuk musim Haji 2026, dengan penerbangan pertama pada 18 April ini akan diteruskan mengikut perancangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Zulkifli berkata, lawatan beliau ke Makkah dan Madinah baru-baru ini mendapati Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan yang lebih baik berbanding sebelum ini."Saya baru pulang daripada lawatan rasmi ke Madinah dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang dihadiri oleh ramai menteri agama serta menteri haji dari seluruh dunia."Operasi haji akan berjalan seperti yang dirancang



Zulkifli Hasan engages Malaysian students in Madinah dialogue - SUN - 2/04 8:22 am

Minister Zulkifli Hasan held a dialogue with Malaysian students in Saudi Arabia, discussing religious matters and haj preparations during his official visit



Hiba rakan jemaah umrah meninggal dunia dalam penerbangan - Hmetro - 26/03 3:09 pm

Kuala Lumpur: Perjalanan pulang seorang pengulas sukan tanah air dari Madinah ke Kuala Lumpur, semalam, selepas menunaikan umrah dilalui penuh hiba apabila seorang rakan jemaah meninggal dunia ketika dalam penerbangan



Syawal dua benua: Aroma rendang ubat kerinduan kampung halaman di Nigeria - Mgazette - 24/03 3:25 pm

Bagi peniaga sulaman dan jahitan ini, setiap detik sebagai mualaf adalah madrasah yang mendidik jiwa. Antara memori yang paling sukar dipadamkan adalah tradisi iftar 'Ala Madinah' di pejabat isterinya sekitar tahun 2022 hingga 2025



Kayuhan solo temukan jodoh, hasrat tunai umrah bersama suami tercapai - Sinarharian - 22/03 9:15 am

SHAH ALAM Hasrat seorang wanita untuk menunaikan umrah bersama suami yang pernah dipendam ketika mengembara secara solo akhirnya menjadi kenyataan selepas bertemu jodoh ketika dalam perjalanan kayuhan basikal merentas beberapa negara.Pengembara basikal dari Malaysia, Maslinda Supandi, 39, berkata, dia mula berbasikal secara solo pada tahun 2016 dengan memulakan pengembaraan selama tiga bulan di New Zealand.Menurutnya, selepas pulang ke Malaysia, dia merancang perjalanan lebih jauh dengan mengayuh basikal dari China menuju ke Turkiye yang mengambil masa kira-kira setahun setengah."Sepanjang kayuhan solo itu, setiap kali orang bertanya sama ada saya mengembara seorang diri, saya akan kata bersama suami."Saya beritahu suami berada di hadapan kerana tidak mahu orang tahu saya berkayuh seorang diri di kawasan luar bandar," katanya menerusi perkongsian di Instagram.Berkongsi lebih lanjut kepada Sinar Harian, anak kelahiran Klang, Selangor itu berkata, ketika berada di Iran, dia pernah terfikir untuk ke Arab Saudi bagi menunaikan umrah, namun ketika itu kemasukan wanita ke negara tersebut memerlukan mahram."Jadi saya hanya berdoa dalam hati, insya-ALLAH kalau ada rezeki suatu hari nanti saya akan sampai juga ke Makkah untuk buat umrah bersama suami walaupun ketika itu jodoh pun belum nampak bayang," katanya yang menyambut Hari Raya Aidilfitri ini di Arab Saudi.Perjalanan kayuhan tersebut akhirnya membawa Maslinda ke Turkiye sebelum beliau bertemu semula dengan seorang kenalan, Giacomo Venturell, 39, yang ketika itu sedang mengembara secara berjalan kaki di Greece.Menurutnya, mereka sebenarnya pernah bertemu sebelum itu di Kuala Lumpur, namun sekadar sebagai kawan sebelum merancang untuk berjumpa di Kas, Turkiye dan dari situ bermulalah kisah mereka."Kami berkahwin pada tahun 2019 sebelum menghabiskan bulan madu dengan mengayuh basikal bersama dari Ushuaia, Argentina sehingga ke Mexico. Selepas berehat selama dua tahun untuk bekerja dan mengumpul wang, kami menyambung semula pengembaraan dengan mengayuh basikal merentasi benua Afrika."Kami berkayuh dari Maghribi ke Ivory Coast sebelum meneruskan perjalanan dari Namibia hingga ke Kenya selama kira-kira setahun dua bulan."Selepas tamat pengembaraan di Afrika, kami terbang ke Riyadh sebelum meneruskan perjalanan ke Al Ula dan berkayuh ke Madinah



Makkah dan Madinah juga dalam keadaan bahaya - Harakahdaily - 21/03 10:39 am

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa Makkah, Madinah kini turut berada dalam keadaan yang bahaya.Tuan Guru berkata demikian susulan tindakan orang-orang Yahudi Zionis yang ingin mendirikan negara besar Yahudi, iaitu Israel Agung.Sedarkah kamu semua bahawa tanah suci Palestin dan al-Masjid al-Aqsa sudah ditakluki oleh orang-orang Yahudi Zionis.(Mereka) yang berjuang […] The post Makkah dan Madinah juga dalam keadaan bahaya appeared first on Harakahdaily .




Reformasi     >>



Iran: Selat Hormuz akan ditutup sampai AS tamatkan .. - Mkini
Tentera laut Iran berkata kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai selat itu tidak mempunyai kredibiliti.
Kroni     >>



Perancis, Britain ketuai pasukan pertahanan di Selat .. - Utusan
PARIS: Perancis dan Britain mengumumkan akan mengetuai satu misi pelbagai negara bagi memastikan kebebasan pelayaran di Selat Hormuz, sambil menegaskan pasukan itu bersifat defensif sepenuhnya dan hanya akan dikerahkan selepas keamanan berkekalan di rantau itu dipersetujui. Perdana Menteri ..
Tabloid     >>



Bot Bersenjata Iran Didakwa Lepaskan Tembakan Ke Arah .. - Siakapkeli
Bot bersenjata milik Iran didakwa telah melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal tangki di Selat Hormuz pada Sabtu, lapor AFP.Pusat Operasi Perdagangan Maritim...
Tech     >>



Motorola will allow even more users to try out the new .. - Gsmarena
With Google releasing the first Android 17 beta version in February, it's now smartphone manufacturers' turn to kickstart their beta programs. Motorola was one of the first to jump on the bandwagon and is doing so with a longer list of devices compared to last year. In addition to the ..
World     >>



Iran war live: Tehran says no date set for US talks, .. - Aljazeera
IRGC says the Strait of Hormuz will remain closed until the US stops blockading Iranian ports.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Aramco Bangunkan Enjin Hybrid Baru .. - Mekanika
# ARAMCO BANGUNKAN ENJIN HYBRID BARU DENGAN BANTUAN HORSE Walaupun EV sering digambarkan sebagai masa depan yang tidak boleh dielakkan, realitinya jauh lebih kompleks. Infrastruktur pengecasan masih tidak menyeluruh, kos bateri masih tinggi, dan di banyak negara membangun, grid elektrik sendiri ..