///
See Also: Shutterstock

Search : Kpdn News   Page 1    



Tiga pemilik syarikat pemborong didakwa gagal selenggara buku stok minyak .. - Mgazette - 7/01 4:09 pm

Oleh itu, ketiga-tiga mereka didakwa telah melanggar Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksen 22 (1) Akta sama. Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Nor Amri Mohamad Nawi manakala ketiga-tiga OKS diwakili Peguam, Muthu Kumar Suya Kumanan





Program Sentuhan Sihat UiTM tingkat kesedaran kesihatan komuniti Felda - Sinarharian - 7/01 10:29 am

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui mahasiswa Sarjana Muda Kejururawatan (Separuh Masa), Kumpulan NHSN8B, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Selangor dengan kerjasama Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) telah menganjurkan Program Sentuhan Sihat UiTM Bersama Komuniti Felda Palong 12 dan 13 di Palong, pada Ahad.Program yang bertemakan Komuniti Sihat, Desa Sejahtera telah disertai seramai 400 penduduk melibatkan pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, golongan dewasa serta warga emas, selari dengan keperluan kesihatan komuniti desa yang menyeluruh dan berterusan.Program berimpak tinggi itu bertujuan meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan serta amalan kesihatan dalam kalangan komuniti setempat melalui pendekatan pendidikan kesihatan yang inklusif, praktikal dan mudah difahami.Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk senamrobik Fit and Fresh, pameran serta pendidikan kesihatan, Safe Touch Activity untuk kanak-kanak, pendidikan dan saringan dementia warga emas, pemeriksaan kendiri payudara, Testis Self Examination, pendidikan penjagaan kaki diabetes, serta demonstrasi teknik Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) dan bantuan tercekik.Program itu turut mendapat sokongan pelbagai agensi seperti Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Parlimen Jempol, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pasukan bomba, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol dan komuniti Felda.Ketua Pusat Pengajian iCEPS UiTM, Dr Saiful Adli Bukry berkata, pembelajaran berasaskan komuniti seperti itu membuktikan pendidikan tinggi mampu memberi impak langsung kepada masyarakat."Inisiatif berkenaan selaras dengan tanggungjawab sosial universiti serta diharapkan menjadi model kolaborasi berterusan antara universiti, agensi dan komuniti demi kesejahteraan rakyat masa hadapan





Kenderaan asing mirip nombor plat tempatan dikesan cuba isi RON95 - Sinarharian - 6/01 2:10 pm

CHANGLUN - Sebuah kenderaan asing dikesan menggunakan taktik memasang nombor pendaftaran mirip kereta tempatan sebagai cubaan mengisi minyak subsidi RON 95 di sebuah stesen minyak di sini pada Sabtu.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pemeriksaan dan siasatan lanjut dijalankan ke atas sebuah stesen minyak susulan penularan kes berkenaan di media sosial pada Isnin."Kita telah menjalankan siasatan berkaitan dakwaan berlaku pengisian minyak RON95 oleh kenderaan bernombor pendaftaran asing dengan taktik menggantikan nombor plat seakan-akan plat kenderaan pendaftaran Malaysia bagi mengelak dikesan."Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut mendapati kenderaan tersebut tidak membuat pengisian minyak petrol RON95 tetapi telah mengisi minyak petrol RON97 sebanyak 25.02 liter bersamaan RM79.06 serta pembayaran dengan menggunakan kad visa," katanya.Sebelum itu, tular di media sosial tindakan seorang lelaki menggunakan kenderaan asing yang berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak subsidi RON 95.Berdasarkan laporan yang tular di media sosial, kakitangan stesen minyak didakwa cuba membuat semakan lanjut status warganegara lelaki terbabit sehingga menyebabkannya terpaksa menukar pengisian kepada petrol RON 97.Menurut Muhammad Nizam, KPDN telah mengeluarkan arahan larangan dan kawalan penjualan minyak petrol RON95 kepada kenderaan asing pada 29 April 2025 kepada pengusaha stesen minyak seluruh negeri Kedah.Menurut beliau, jika didapati bersalah atas Pelanggaran Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu larangan penjualan minyak Petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing, pengusaha stesen minyak, boleh dilenakan denda."Denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan, bagi kesalahan kedua dan berikutnya."Denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan jika sabit kesalahan," jelasnya.





KPDN Sarawak issues four notices over school essentials prices - BorneoPost - 6/01 1:02 pm

MIRI (Jan 6): The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) Sarawak has issued four notices to several business premises across the state as of Jan 5, in conjunction with the Jualan Rahmah Madani programme and Ops Kesan 5.0 Back to School





Ikhtiar KPDN 2025 perkasa pasaran domestik dan kesejahteraan pengguna - Sinarharian - 6/01 8:57 am

Tahun 2025 adalah tahun yang agak mencabar bagi pengguna dan peniaga. Tekanan inflasi global, gangguan rantaian bekalan akibat perubahan cuaca serta lonjakan permintaan bermusim menjadikan isu harga dan kos sara hidup sentiasa berada di barisan hadapan perbualan rakyat.Dalam landskap yang mencabar inilah ikhtiar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memainkan peranan penting sebagai pengimbang antara kepentingan pengguna, kelangsungan perniagaan dan kestabilan ekonomi domestik.Dari kaca mata editor, kekuatan utama KPDN sepanjang 2025 terletak pada keupayaannya menyelaras pelbagai ikhtiar melalui pendekatan daripada penguatkuasaan tegas, pemerkasaan ekonomi tempatan, advokasi pengguna hingga pengurusan kos sara hidup, dalam satu hala tuju yang jelas dan bersifat menyeluruh.Aspek penguatkuasaan kekal sebagai tulang belakang kepada usaha memastikan pasaran berfungsi secara adil dan beretika





Pemilik kenderaan asing tutup nombor pendaftaran isi RON95 sudah hadir ke IPD Kulai - Sinarharian - 5/01 9:01 pm

KULAI - Pemilik kenderaan asing yang tular mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di sini telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, individu berkenaan merupakan pasangan suami isteri masing-masing berusia 63 dan 67 tahun.Jelas beliau, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Pemilik telah IPD Kulai untuk membantu siasatan. Kertas siasatan masih dalam tindakan polis."Apabila lengkap kelak kita akan rujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Pada Ahad, Seng Lee mengesahkan individu terbabit memegang status Penduduk Tetap (PR) republik itu.Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial yang memaparkan seorang individu mengesan perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi petrol RON95.Pemilik video mendakwa, kemungkinan ia adalah taktik baharu warga Singapura untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran kenderaan mereka supaya kelihatan seperti kenderaan tempatan.Susulan kes berkenaan, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo turut memaklumkan satu tindakan kes telah diambil terhadap pengusaha stesen minyak berkenaan atas pelanggaran Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.Beliau berkata, tindakan tersebut diambil selepas siasatan mendapati pengusaha stesen minyak disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan berkaitan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.





Food festivals: High operating costs drive higher prices, say organisers and traders - Sinardaily - 5/01 11:54 am

That does not yet include costs for public address systems, workers and artist fees, which can reach almost RM20,000.Because of that, organisers cannot set prices too low. We also take into account other costs such as the event location and weather conditions.As for traders, they have to bear transportation, labour, accommodation and raw material costs, she told Sinar.Sazaliana said the casual-themed festival serves as a platform for small entrepreneurs to expand their brands and increase sales by showcasing their products.Through this festival, business opportunities are created, while also providing job opportunities for young people who rely on this industry for their livelihood.The reality is that many traders do not have permanent places to operate and this is where they earn a living, she said.As such, she said visitors should not place the blame entirely on organisers and if food prices are perceived as expensive, the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) can carry out monitoring.Sazaliana also expressed concern that if negative narratives continue to circulate, they could hinder the organisation of such festivals, affecting the income sources of organisers, traders and workers.Meanwhile, food trader Abdul Hadi Abdullah, 30, acknowledged that high stall rental and operating costs are among the main constraints faced by traders, forcing them to set higher prices at food festivals compared to regular markets.He said operating costs increase, especially when trading outside ones residential area, as it involves additional expenses such as transportation, accommodation and logistics.Stall rental is among the highest costs that need to be borne, with rates reaching up to RM3,500 depending on the duration and type of event.For example, travel and transportation costs from Klang to Tanjung Karang alone can reach around RM1,200, while accommodation and labour costs are about RM1,500.Because of these constraints, we have to raise selling prices by an estimated five per cent to cover the expenses incurred, he said.For grilled lamb trader Mohd Shahrizal Mohd Dahan, 37, weather factors such as heavy rain and sharp increases in raw material prices also affect traders operating costs.For example, the price of lamb, which was previously around RM17 per kilogram, has increased to RM29 per kilogram starting in 2025, a rise of more than 40 per cent.That does not yet include stall rental and other operating costs





50 siri PJRM Kembali Ke Sekolah ringankan beban ibu bapa di Pahang - Harapandaily - 5/01 1:08 am

4hb Januari 2026 Ahad. (Gambar: UKK KPDN) Perkara itu ditegaskan oleh YB Senator Dr





Pemilik kereta isi petrol RON95 berstatus PR di Singapura, polis panggil bantu siasatan - Sinarharian - 4/01 6:51 pm

KULAI Pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dikesan menutup sebahagian nombor pendaftaran kenderaan itu bagi mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di sini telah berjaya dikesan polis.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, individu berkenaan memegang status Penduduk Tetap (PR) republik itu.Jelas beliau, individu berkenaan yang kini berada di Singapura telah dihubungi dan diarahkan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan."Pemilik telah berjaya dikesan dan kini berada di Singapura. Dia telah dihubungi untuk hadir segera bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Sementara itu, Seng Lee menasihatkan orang awam supaya tidak mengubah atau menyembunyikan nombor pendaftaran kenderaan masing-masing kerana perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial yang memaparkan seorang individu mengesan perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi petrol RON95.Pemilik video mendakwa, kemungkinan ia adalah taktik baharu warga Singapura untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran kenderaan asing tersebut supaya kelihatan seperti kenderaan tempatan.Apabila didekati dan disoal, individu berkenaan mendakwa mereka bukan warga Singapura, sebaliknya rakyat tempatan, sebelum dilihat cuba meninggalkan lokasi dengan segera.Semalam, Seng Lee dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik kenderaan jika didapati nombor pendaftaran kenderaan itu menyalahi peraturan yang ditetapkan.Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo turut memaklumkan bahawa satu tindakan kes telah diambil terhadap pengusaha stesen minyak berkenaan atas pelanggaran Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.Beliau berkata, tindakan tersebut diambil selepas siasatan mendapati pengusaha stesen minyak disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan berkaitan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.





Polis berjaya kesan pemilik kenderaan asing tutup nombor pedaftaran isi RON95 - Sinarharian - 4/01 6:25 pm

JOHOR BAHRU - Polis berjaya mengesan pemilik kenderaan asing yang didakwa mengisi minyak RON95 dengan taktik menutup nombor pendaftaran.Ketua Polis Daerah Kulai Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, individu berstatus penduduk tetap (PR) itu kini berada di Singapura dan telah dihubungi untuk hadir segera ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan.Kes disiasat di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Kita ingin menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengubah atau cuba menyembunyikan nombor pendaftaran kenderaan kerana menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial memaparkan tindakan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi RON95, yang berjaya dirakam seorang individu.Semalam, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas sebuah stesen minyak, susulan aduan dan maklumat yang tular.Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo dilaporkan berkata, tindakan diambil di bawah Pelanggaran Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu larangan penjualan minyak Petrol RON 95 kepada kenderaan pendaftaran asing





Jangan mencatut kelengkapan sekolah, KPDN beri amaran - FMT - 4/01 5:33 pm

Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkata tindakan akan dikenakan kepada peniaga yang naik harga barang persekolahan secara tidak munasabah.





Harga gula lebih rendah hanya menerusi Program Jualan Rahmah Madani - Mgazette - 4/01 4:29 pm

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh berkata, polisi itu tidak berubah dan kekal dilaksanakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan gula pada harga lebih rendah. Setakat ini, itu adalah modus operandi penjualan Gula Rahmah yang dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetapi ia mungkin berubah dengan terserah kepada polisi baharu KPDN pada masa hadapan, katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jualan Rahmah MADANI: Kembali ke Sekolah (PJRM KKS) di sini hari ini





Gula Rahmah hanya dijual menerusi Program Jualan Rahmah Madani - Fuziah - Sinarharian - 4/01 3:50 pm

KUANTAN - Penjualan Gula Rahmah yang tidak menerima sebarang insentif kerajaan setakat ini hanya dibenarkan melalui Program Jualan Rahmah Madani yang dilaksanakan secara bergerak dan di luar premis.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, polisi itu tidak berubah dan kekal dilaksanakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan gula pada harga lebih rendah."Setakat ini, itu adalah modus operandi penjualan Gula Rahmah yang dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetapi ia mungkin berubah dengan terserah kepada polisi baharu KPDN pada masa hadapan,"katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jualan Rahmah Madani: Kembali ke Sekolah (PJRM KKS) di sini pada Ahad.Gula Rahmah yang ditawarkan pada harga RM2.70 sekilogram adalah inisiatif HMBE Legacy Sdn Bhd dengan kerjasama KPDN.Fuziah ketika menyentuh mengenai program tersebut berkata, sebanyak 50 siri PJRM KKS dilaksanakan di seluruh Pahang bermula 18 Disember hingga 11 Januari sebagai langkah bersasar kerajaan menangani kos sara hidup menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu.Di Pahang, program itu memfokuskan kepada keperluan sebenar persekolahan melalui penglibatan pembekal utama alat tulis sebagai rakan strategik dengan barangan seperti pensel warna dan kalkulator ditawarkan pada harga lebih rendah, selari dengan keperluan semasa ibu bapa serta pelajar."Tiada kawalan harga bagi barang persekolahan dan ia berada di pasaran terbuka agar berlaku persaingan sihat





KPDN ambil tindakan tegas jika peniaga naik harga alatan sekolah - Thempress - 4/01 3:14 pm

KUANTAN – Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang didapati menaikkan harga kelengkapan persekolahan secara tidak munasabah. Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr…





Polis kesan pemilik kenderaan Singapura tutup sebahagian plat, isi RON95 - Sinarharian - 4/01 2:38 pm

KULAI Polis masih mengesan individu atau pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dikesan menutup huruf pertama dan nombor terakhir pada plat pendaftaran kenderaan ketika mengisi petrol bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu atau pemilik kenderaan asing berkenaan supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.Menurutnya, semakan mendapati Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan pemilik kenderaan itu memandangkan ia menggunakan nombor pendaftaran Singapura."Buat masa ini, polis masih menjalankan usaha mengesan pemilik kenderaan terbabit."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pihak polis dengan segera bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi satu minit 30 saat yang memaparkan seorang individu merakam perbuatan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dipercayai cuba mengisi petrol RON95.Pemilik video berkenaan mendakwa perbuatan menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran tersebut dipercayai merupakan taktik baharu bagi mengaburi pihak berkuasa agar kenderaan asing terbabit kelihatan seperti kenderaan tempatan.Rakaman itu turut memaparkan individu terbabit menafikan mereka warga Singapura, sebaliknya mendakwa sebagai rakyat tempatan, sebelum dilihat tergesa-gesa meninggalkan lokasi selepas ditegur.Pada Sabtu, Seng Lee dilaporkan berkata, polis akan mengeluarkan saman sekiranya didapati nombor pendaftaran kenderaan tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan.Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo dilaporkan berkata, tindakan kes telah diambil terhadap pengusaha stesen minyak terbabit kerana disyaki melanggar Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengusaha stesen minyak itu disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan berhubung larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berdaftar asing.





Tindakan tegas jika peniaga naik harga kelengkapan sekolah secara tidak munasabah - Sinarharian - 4/01 2:23 pm

KUANTAN - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang didapati menaikkan harga kelengkapan persekolahan secara tidak munasabah.Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, ini bagi memastikan pengguna khususnya ibubapa yang membuat persiapan persekolahan tidak terbeban."Kita tidak mengawal harga barang sebab kita dalam pasaran ekonomi terbuka, tapi dalam masa yang sama kita juga tengok supaya tidak berlaku pencatutan."Kalau (ada) harga tidak wajar dan berlaku pencatutan, maka kita ambil tindakanlah," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program serahan baucar kembali ke sekolah 2026 di sini pada Ahad.Baucar tajaan kelengkapan sekolah berjumlah RM10,000 hasil kerjasama strategik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Pahang.Sumbangan ini disalurkan dalam bentuk baucar bernilai RM100 setiap satu kepada pelajar terpilih bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga, khususnya mereka yang terkesan.Menjawab mengenai bekalan kelengkapan persekolahan, Fuziah memaklumkan, setakat ini bekalan mencukupi dan pihak KPDN bekerjasama dengan pelbagai pasar raya serta pengedar tempatan bagi memastikan stok sentiasa tersedia.Menyentuh mengenai Jualan Rahmah Kembali ke sekolah, Fuziah memberitahu, program ini menawarkan diskaun sehingga 30 peratus dan membantu ibu bapa mendapatkan barangan sekolah anak-anak dengan harga berpatutan."Pelaksanaan program ini bermula pada 18 Disember lalu hingga 11 Januari ini sebagai langkah menangani kos sara hidup menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu," katanya.





KPDN ambil tindakan stesen minyak biarkan kenderaan Singapura isi RON95 - Wrlr - 4/01 2:00 pm

Pemilik kenderaan didakwa menutup dua huruf pada nombor plat menggunakan pita pelekat berwarna hitam untuk mengelakkan diri tertangkap. Susulan isu ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap stesen minyak berkenaan atas kesalahan dibawah Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961





KPDN ambil tindakan stesen minyak biarkan kenderaan Singapura isi RON95 - Harapandaily - 4/01 10:34 am

Pemilik kenderaan didakwa menutup dua huruf pada nombor plat menggunakan pita pelekat berwarna hitam untuk mengelakkan diri tertangkap. Susulan isu ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap..





KPDN Johor Siasat Kes ‘Sellotape’ Nombor Plat Kereta Singapura Untuk Isi Minyak RON95 - Lobakmerah - 4/01 10:18 am

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dipercayai mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Johor





Pengusaha stesen minyak jual RON95 kepada kereta Singapura dikenakan .. - Mgazette - 4/01 8:41 am

# Pengusaha stesen minyak jual RON95 kepada kereta Singapura dikenakan tindakan JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan terhadap sebuah stesen minyak di Kulai yang membenarkan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura mengisi RON95 di situ





KPDN Johor siasat kenderaan asing tutup nombor pendaftaran isi RON95 - Mkini - 3/01 9:15 pm

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 10.36 malam, semalam.





Kenderaan asing tutup nombor plat isi RON95: Pengusaha stesen minyak disiasat - Sinarharian - 3/01 8:44 pm

JOHOR BAHRU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor membuka satu kertas siasatan terhadap pengusaha stesen minyak selepas disyaki menjual petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing dari negara jiran.Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan diambil susulan satu video tular memaparkan kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi RON95 dengan taktik menutup nombor pendaftaran kenderaan bagi mengelak dikesan.Jelas beliau, siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku pada kira-kira jam 10.36 malam, Jumaat."Pembelian petrol RON95 tersebut dilakukan menggunakan kaedah tanpa tunai di salah satu pam stesen minyak berkenaan tanpa melibatkan pengesahan identiti di kaunter."Semakan transaksi mendapati hanya sebahagian daripada jumlah pembelian berjaya diisi sebelum pengisian dihentikan sepenuhnya."Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak juga telah diperoleh dan sedang disemak bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Lilis Saslinda memberitahu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing.Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.Sebelum itu, tular sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura menutup sebahagian plat bertujuan mengaburi tindakannya mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah Kulai.Video berdurasi satu minit 30 saat itu tular memaparkan seorang individu mengesan dan menegur perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang sedang mengisi petrol RON95.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya akan mengambil tindakan saman ke atas pemilik kenderaan jika mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu menyalahi peraturan yang ditetapkan.





KPDN Johor Siasat Dakwaan Curi RON95, Nombor Plat Singapura Ditutup Guna Selotape - Beautifulnara - 3/01 6:50 pm

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor mengesahkan pihaknya sedang menyiasat satu insiden membabitkan individu yang didakwa mengubah nombor pendaftaran kenderaan Singapura bagi mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak di negeri ini





Taktik baharu warga Singapura tutup sebahagian plat kereta isi RON95 - Mgazette - 3/01 4:49 pm

Apabila didekati dan disoal pemilik video, individu berkenaan mendakwa mereka bukan warga Singapura sebaliknya rakyat tempatan, sebelum dilihat cuba meninggalkan lokasi dengan segera. Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo ketika dihubungi berkata, siasatan akan dilakukan terhadap kes itu





Johor KPDN probes alleged tactic of Malaysians pumping RON95 into Singapore vehicles - Malaymail - 3/01 3:55 pm

JOHOR BAHRU, Jan 3 The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) is investigating allegations that Malay...





KPDN siasat kes lelaki Singapura isi RON95 guna kereta tutup nombor plat - Kosmo - 3/01 3:41 pm

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor telah menyiasat insiden individu mengubah nombor pendaftaran kenderaan Singapura untuk ‘mencuri’ RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini





Kantoi Isi RON95! Kes Kereta Singapura Ubah Nombor Plat Disiasat Pihak Berkuasa - Ohmedia - 3/01 3:30 pm

KPDN Johor kini sedang menyiasat dakwaan RON95 bersubsidi disalahguna warga Singapura





Kereta asing tutup nombor plat isi RON95 disiasat KPDN - Sinarharian - 3/01 3:13 pm

KULAI - Pemandu kereta dengan nombor pendaftaran Singapura tular kerana didakwa mengisi petrol subsidi RON95 dengan menyembunyikan sebahagian huruf di plat nombor supaya kelihatan seperti kenderaan tempatan.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu dan penguat kuasasudah dihantar ke stesen minyak berkenaan di Kulaiuntuk tindakan lanjut."Pengadu sudah membuat aduan dalam sistem dan pasukan sudah pun digerakkan bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan."Sekarang ini kita masih menunggu laporan dan hasil siasatan





Sindiket diesel Sarawak: SPRM buka fail siasatan tatakelola - Sinarharian - 31/12 9:31 am

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) telah membuka fail penyiasatan tatakelola bagi mengenal pasti aspek kelemahan serta ketidakpatuhan melibatkan kegiatan penyeludupan diesel di Sarawak.Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM, Datuk Mohd Zaki Hassan berkata, bagi kes melibatkan kegiatan penyeludupan diesel di Sarawak yang digempur oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM pada September lalu, satu pasukan penyiasatan oleh BPT SPRM telah dibentuk bagi menjalankan penyiasatan tatakelola ke atas sebuah syarikat.Menurutnya, pasukan penyiasatan dari BPT SPRM ini telah menyertai operasi berkenaan pada Oktober bagi menganalisis dokumen-dokumen yang diperoleh melibatkan aspek tatacara mencukupi di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009."Susulan siasatan itu juga, BPT SPRM telah merakam percakapan empat individu berjawatan pengurus syarikat dan telah mengesyorkan tiga penambahbaikan aspek tatakelola kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, syor penambahbaikan berkenaan ialah mewajibkan stesen minyak di Sabah dan Sarawak menggunakan Sistem Automatic Tank Gauge (ATG) yang dapat membantu KPDN mengesan penyelewengan subsidi diesel.Tambahnya, syor penambahbaikan kedua ialah supaya KPDN mengeluarkan arahan kepada semua syarikat minyak agar menetapkan spesifikasi lori minyak yang komprehensif kepada semua retailer stesen minyak yang menggunakan pengangkutan sendiri bagi tujuan pemantauan pengedaran."Antara spesifikasi wajib yang perlu ditekankan ialah pemasangan sekurang-kurangnya empat kamera di lori dan juga pemasangan GPS bagi memudahkan pemantauan serta memastikan minyak yang dibeli di hantar ke lokasi yang sepatutnya."Selain itu, KPDN juga disyorkan mewujudkan garis panduan yang khusus berhubung penguatkuasaan dan pengauditan berkaitan kawalan ke atas barang kawalan petroleum subsidi diesel dan subsidi petrol bagi membanteras ketirisan hasil kerajaan."Contoh garis panduan yang boleh dirujuk ialah Garis Panduan Khusus Kaedah Pengauditan Gas petroleum Cecair (LPG)," ujarnya.Laporan eksklusif Sinar Harian pada 9 September lalu melaporkan kegiatan sebuah syarikat menjadi kartel dalam perniagaan pembekalan bahan api tersebut ke seluruh negeri Sarawak dipercayai telah menyebabkan kerugian puluhan jutaan ringgit kepada negara.Rangkaian sindiket dipercayai membayar wang rasuah kepada 'orang dalam' sebagai balasan untuk memperoleh kontrak atau tender pembekalan minyak diesel di sekitar negeri terbabit.Berikutan itu, SPRM menerusi Op Karen di Sarawak telah menahan lima individu membabitkan tiga pengarah syarikat, seorang pengurus syarikat dan seorang pengurus wilayah.Sitaan membabitkan lima unit kereta (RM1.7 juta), 24 bidang tanah (RM3 juta), lima kapal (RM52 juta), minyak diesel (RM9.7 juta), wang kripto RM564,673 serta wang tunai RM28,000.





Produk bahan api fosil mesra alam? NGO seret dua kementerian ke mahkamah - Mkini - 30/12 11:09 am

Mana satu? RimbaWatch berkata KPDN minta rujuk aduan produk 'neutral karbon' mengelirukan itu kepada NRES manakala NRES pula minta rujuk KPDN.





KPDN Pahang serbu kedai jual durian didakwa tak pamer harga - Mgazette - 29/12 2:28 pm

# KPDN Pahang serbu kedai jual durian didakwa tak pamer harga KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang cawangan Kuantan mengesahkan telah memeriksa premis menjual durian di Batu 3 di sini yang didakwa melanggar undang-undang ketika menjalankan perniagaan





Kes Petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan - Careta - 27/12 8:08 am

"Pada 24 Disember lalu kira-kira jam 2.30 petang, sepasukan empat pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak menjalankan pemeriksaan ke atas stesen minyak terbabit, susulan aduan yang diterima daripada laman FacebookSarawak Roads Update





KPDN siasat kes RON95 tercemar di Kota Samarahan - Mgazette - 27/12 8:03 am

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, susulan kes tular melibatkan minyak petrol RON95 disyaki bercampur diesel atau air di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, baru-baru ini





Rekod 1.6 juta pengguna, eCOSS terus diguna hingga ada sistem lebih mudah - Fuziah - Sinarharian - 26/12 9:00 am

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus mengguna pakai aplikasi Sistem Skim Penstabilan Minyak Masak (eCOSS) dalam jual beli minyak masak peket bersubsidi di pasaran sehingga pihaknya berjaya mengenal pasti sistem baharu yang lebih memudahkan pengguna.Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, sejumlah 1,658,480 pengguna telah mendaftar di aplikasi Ecoss sehingga jam 2.04 petang pada Khamis sejak sistem itu diperkenalkan pada 1 April lalu."Oleh kerana eCOSS berfungsi untuk mengekang warga asing daripada memperoleh akses atau membeli minyak masak peket, maka sistem ini akan diteruskan setakat ini."Namun KPDN sedang mencari alternatif yang lebih mudah buat pengguna di masa hadapan, tetapi cara yang lain itu mungkin ada cabaran yang lain pula





KDN tutup awal permohonan kuota pekerja asing sektor khidmat seliaan KPDN - FMT - 24/12 7:22 pm

Kuota ditetapkan bagi 2025 hampir capai had maksimum 30,000, menurut kementerian.





Kuota penggajian pekerja asing sektor perkhidmatan bawah KPDN hampir penuh - Mgazette - 24/12 5:18 pm

# Kuota penggajian pekerja asing sektor perkhidmatan bawah KPDN hampir penuh KUALA LUMPUR - Kuota sebanyak 30,000 bagi pengurusan permohonan penggajian tenaga kerja asing bagi sektor perkhidmatan bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah menghampiri had yang ditetapkan





Permohonan pekerja asing bawah perkhidmatan KPDN hampiri had kuota 30,000 - Utusan - 24/12 4:51 pm

PUTRAJAYA, Pengurusan permohonan penggajian tenaga kerja asing bagi sektor perkhidmatan bawahseliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini menghampiri had kuota ditetapkan kerajaan bagi tahun ini iaitu sebanyak 30,000 kuota





Johor rekod 354 kes langgar SHMMP - Mgazette - 24/12 7:48 am

JOHOR BAHRU - Johor merekodkan 354 kes atas pelbagai kesalahan bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) libatkan tiga perayaan setakat ini. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, dapatan itu direkodkan hasil pemeriksaan berterusan di 1,233 premis





197 pegawai, anggota KPDN P.Pinang pantau harga sempena Krismas - Thempress - 23/12 10:31 pm

SEBERANG PERAI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang menempatkan seramai 137 pegawai penguat kuasa dan 60 pegawai pemantau di lokasi strategik seluruh negeri bagi memantau pelaksanaan Skim Harga…





KPDN sets max prices for 14 essential items under Christmas 2025 SHMMP - BorneoPost - 23/12 8:25 pm

KUCHING (Dec 23): Ahead of upcoming Christmas celebration, the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) has reaffirmed its commitment to safeguarding consumer welfare by gazetting maximum prices for 14 selected essential items under the Christmas 2025 Festive Season Maximum Price Scheme (SHMMP)





KPDN Selangor ambil tindakan tegas terhadap ketidakpatuhan Skim Harga Maksimum Krismas 2025 - Harapandaily - 23/12 6:12 pm

FOTO BERITA: Walkabout, Pemeriksaan dan Tinjauan Penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 bersama Tuan Mohd Zuhairi Mat Radey Pengarah KPDN Selangor di Jaya Grocer ROCER, Nu Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, SS 16, Subang Jaya Selangor





Kerajaan tidak kawal selia tambang e-hailing - APAD - Sinarharian - 23/12 3:22 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pada masa ini kerajaan tidak mengawal selia dasar tambang bagi perkhidmatan e-hailing dan penetapan kadar tambang ditentukan oleh konsep permintaan dan penawaran, jelas Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).APAD menerusi kenyataan pada Selasa berkata, perkhidmatan e-hailing adalah satu perkhidmatan gig ekonomi di mana ia bersifat pasaran terbuka dan operasi syarikat adalah berbeza-beza."Namun begitu, menurut peraturan APAD iaitu syarat-syarat lesen yang perlu dipatuhi semua pemegang lesen perniagaan telah menetapkan bahawa pemegang lesen hendaklah memastikan pemandu tidak tawar-menawar selepas berjaya mendapat tempahan, sebaliknya memberikan perkhidmatan berdasarkan tempahan yang diterima," menurut kenyataan itu.APAD turut menjelaskan bahawa semua pemandu mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak tempahan.Penjelasan APAD itu berhubung empat perkara yang dibangkitkan semasa sesi libat urus bersama Persatuan Penghantar pada 17 November lalu.Tambah APAD, Kementerian Pengangkutan kini sedang menjalankan Kajian Pelan Strategik Pengangkutan Awam (PSPA) yang antara lain mengkaji kewajaran mengawal selia tambang e-hailing."Hasil kajian tambang lantai e-hailing itu akan dibentangkan kepada menteri untuk pertimbangan lanjut. Namun, pada masa ini kerajaan tidak mengawal kadar tambang e-hailing," menurut kenyataan itu lagi.APAD turut memaklumkan, kenderaan persendirian yang menjalankan perkhidmatan komersial (e-hailing) perlu mendapatkan insurans tambahan daripada syarikat insurans masing-masing yang akan menetapkan kadar tambahan tersebut.APAD berkata, insurans tambahan e-hailing ini akan memberikan perlindungan bukan sahaja kepada pemandu, kenderaan dan pihak ketiga, malah juga kepada penumpang yang tidak terlindung di bawah skim insurans kenderaan persendirian."Kementerian Pengangkutan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) telah menubuhkan satu pasukan Taskforce untuk mengkaji dan menyelaras skim insurans e-hailing yang mampu milik."Pada masa ini, pasukan Taskforce sedang mengumpul dan menganalisis data pelaksanaan skim insurans semasa untuk menilai faktor risiko berdasarkan kadar kemalangan dan tuntutan insurans yang melibatkan kenderaan-kenderaan e-hailing," jelas APAD.Mengulas mengenai subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada pemandu e-hailing, APAD memaklumkan, ketetapan dasar itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)."Peranan APAD adalah terhad kepada penyelarasan data perjalanan pemandu e-hailing yang diterima untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi tindakan lanjut," menurut APAD.





KPDN ingatkan pasar raya jangan halang kaedah manual eCOSS - Mgazette - 23/12 3:02 pm

# KPDN ingatkan pasar raya jangan halang kaedah manual eCOSS MELAKA Pengurusan pasar raya di negeri ini diingatkan tidak terlalu rigid dalam pelaksanaan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS), sehingga menghalang rakyat daripada menggunakan kaedah pendaftaran manual untuk pembelian minyak masak bersubsidi





‘Van pisang’ KPDN buka 24 jam terima aduan pengguna di Melaka - Mgazette - 23/12 3:02 pm

# 'Van pisang' KPDN buka 24 jam terima aduan pengguna di Melaka MELAKA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkenalkan sebuah van aduan bergerak yang beroperasi 24 jam sehari bermula Januari tahun depan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026)





KPDN Melaka lancar van pisang, selesai aduan kurang 24jam - Kosmo - 23/12 2:28 pm

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka melancarkan van aduan bergerak dikenali sebagai Van Star atau lebih popular dengan gelaran van pisang bagi mempercepatkan tindakan terhadap aduan pengguna di negeri ini





KPDN lists 14 items under Christmas price control scheme in Sarawak - BorneoPost - 23/12 1:33 pm

KUCHING (Dec 23): The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) has listed 14 items under the Christmas 2025 Festive Season Price Control Scheme (SHMMP) for Sarawak





Selangor records over 200 cases of non-compliance under festive price control scheme - Star - 23/12 12:56 am

SUBANG JAYA: More than 200 cases of non-compliance under the Festive Season Maximum Price Scheme (SHMMP) have been recorded in Selangor over the past two years, says the Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN)





KPDN Sarawak perketat kawalan harga sempena Krismas - Thempress - 23/12 12:46 am

KUCHING Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak mempergiat pemantauan pematuhan harga barangan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 di seluruh negeri.…





Hampir setengah juta barangan subsidi Malaysia diselamatkan dari diseleweng ke Thailand - Sinarharian - 23/12 12:20 am

KOTA BHARU - Cubaan licik sindiket penyeludupan untuk melarikan barangan bersubsidi ke Thailand dipatahkan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyelamatkan pelbagai barangan kawalan melebihi RM429,000 sepanjang tempoh Januari hingga Isnin.Kejayaan itu hasil operasi bersepadu yang membawa kepada 220 tangkapan, membabitkan pelbagai modus operandi termasuk penggunaan stor haram, kenderaan diubah suai dan laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, petrol dan diesel kekal sebagai sasaran utama sindiket kerana perbezaan harga ketara, selain minyak masak, gula, tepung gandum serta Gas Petroleum Cecair (LPG) yang sepatutnya dinikmati rakyat tempatan."Barangan kawalan ini cuba diseludup secara sistematik untuk keuntungan mudah



KPDN Kelantan sita 8 tan minyak masak subsidi - Mgazette - 22/12 3:39 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeleweng lapan tan minyak masak paket bersubsidi dengan bernilai RM65,825 menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di Kampung Bunohan, Tumpatsemalam



KPDN rampas 8.3 tan peket minyak subsidi di Tumpat - FMT - 22/12 1:27 pm

Namun dua kelindan lolos ketika serbuan bersama Polis Marin di Kampung Bunohan.



SHMMP Krismas 23-27 Dis, pengguna nikmati harga berpatutan tanpa bebankan .. - Mgazette - 20/12 4:03 pm

# SHMMP Krismas 23-27 Dis, pengguna nikmati harga berpatutan tanpa bebankan peniaga KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas bermula 23 hingga 27 Disember ini, bersempena sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember depan



KPDN to enforce Christmas 2025 Price Control Scheme from Dec 23 to 27 - BorneoPost - 20/12 3:30 pm

PAPAR (Dec 20): The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) will implement the Christmas 2025 Festive Season Maximum Price Scheme (SHMMP) from Dec 23 to Dec 27 to curb price hikes and ease the cost burden on consumers ahead of the festive season, said its minister Datuk Armizan Mohd Ali



Kenyataan Sanusi iktiraf sumbangan UMNO tubuh UUM Mahdzir - Sinarharian - 20/12 2:50 pm

Jadi apabila Sanusi kata begitu, maknanya beliau sendiri mengiktiraf bahawa UUM ditubuhkan oleh UMNO. Itu sahaja, betul lah beliau katakan," katanya pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mini Karnival Muhibbah Kepenggunaan Peringkat Negeri Kedah di sini.Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Mohamad Nizam Jamaluddin.Jelas Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah, kenyataan Sanusi itu walaupun bersifat sindiran, tetap membawa maksud pengiktirafan terhadap sumbangan UMNO dalam pembangunan pendidikan tinggi negara.Dalam pada itu, beliau turut mengulas isu kontroversi berkaitan Majlis Graduasi Persijilan Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang didakwa dibatalkan oleh pihak pengurusan UUM pada saat akhir.Menurutnya, isu tersebut tidak wajar dipanjangkan kerana majlis konvokesyen itu telah pun berlangsung dengan lancar."Konvokesyen dah selesai, jubah dah diberi, semuanya berjalan



PJRM Kembali Ke Sekolah, tawarkan penjimatan - Sinarharian - 20/12 11:18 am

Hujung tahun sememangnya waktu yang mencabar buat kebanyakan ibu bapa dalam merancang kelengkapan persekolahan anak-anak, terutamanya apabila sesi persekolahan tahun 2026 dijadualkan bermula lebih awal pada pertengahan Januari.Pakaian seragam, kasut, beg sekolah dan alat tulis, semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit, khususnya bagi ibu bapa daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Di sinilah Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) membuktikan peranannya sebagai antara inisiatif kerajaan yang paling dekat di hati rakyat.Sejak diperkenalkan, PJRM telah membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan harian seperti ayam, telur, minyak masak serta barangan basah dan kering pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.Melangkah setapak ke hadapan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan segmen khas PJRM Kembali Ke Sekolah, khusus untuk membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan sesi 2026.Langkah awal ini nyata tepat pada masanya, lebih-lebih lagi ketika ramai keluarga sedang merancang perbelanjaan hujung tahun.Tiada had pembelianMenariknya, tiada had pembelian dikenakan sepanjang penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah, sekali gus memberi ruang kepada ibu bapa membeli kelengkapan sekolah secara menyeluruh dalam satu kunjungan.Konsep ini menjadikan PJRM bukan sekadar jualan murah, malah berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) yang melengkapkan segala keperluan persekolahan anak-anak.Program ini dilaksanakan secara meluas di seluruh negara bermula 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026, selari dengan tempoh cuti sekolah dan fasa persiapan sesi persekolahan baharu.Dalam masa yang sama, jualan RAHMAH khas sempena musim perayaan iaitu PJRM Krismas turut giat dianjurkan sepanjang bulan Disember bagi memastikan keperluan rakyat untuk musim perayaan dan persekolahan dapat dipenuhi secara seimbang.269 siri PJRM Kembali Ke SekolahSepanjang tempoh penganjuran, sebanyak 269 siri PJRM Kembali Ke Sekolah disasarkan untuk dilaksanakan di seluruh negara dengan penglibatan pemain industri.Antaranya termasuk Canggih, Mydin, Pasaraya Lotuss Malaysia, Pustaka Rakyat, Pasaraya Sakan serta beberapa gedung serbaneka terpilih di pelbagai negeri.Kerjasama strategik ini membolehkan pelbagai jenis barangan ditawarkan pada harga berpatutan dengan kualiti yang terjamin.Antara barangan yang terlibat merangkumi pakaian seragam sekolah seperti baju, seluar, songkok, stokin, tudung, skirt, baju kurung, pakaian dalam dan singlet.Turut ditawarkan ialah pakaian seragam kokurikulum termasuk t-shirt sukan, seluar trek serta aksesori badan beruniform.Selain itu, kelengkapan penting seperti beg sekolah, alat tulis, buku, folder, bekas makanan dan botol minuman turut disediakan, sekali gus menjadikan persiapan anak-anak lebih menyeluruh.Bagi memudahkan perancangan orang ramai, takwim dan lokasi PJRM sempena Krismas dan Kembali Ke Sekolah boleh diakses melalui portal rasmi KPDN serta saluran media sosial KPDN dan KPDN Negeri.Jadual ini sentiasa dikemaskini mengikut negeri bagi membantu pengguna merancang kunjungan ke lokasi terdekat.Orang ramai juga digalakkan mengikuti platform media sosial KPDN dan KPDN Negeri untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kepenggunaan serta slot PJRM yang akan datang.Ringankan kos perbelanjaan keluargaLebih daripada sekadar inisiatif jualan, PJRM mencerminkan komitmen kerajaan dalam mendepani isu kos sara hidup melalui pendekatan whole of nation.Melalui PJRM Krismas, penganut agama Kristian dapat membuat persiapan perayaan dengan keterjaminan bekalan barangan keperluan pada harga yang berpatutan.Manakala PJRM Kembali Ke Sekolah pula menjadi bukti sokongan berterusan kerajaan terhadap pendidikan dan kesejahteraan generasi muda.Akhirnya, peluang ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa dan penjaga.Dengan perancangan yang bijak serta kehadiran ke PJRM Kembali Ke Sekolah, persiapan anak-anak bukan sahaja menjadi lebih menjimatkan, malah memberi keyakinan kepada pelajar untuk memulakan tahun persekolahan baharu dengan lengkap, selesa dan bermotivasi tinggi.Tambah baik kaedah pelaksanaan Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga berpatutan."Melalui peruntukan Payung RAHMAH, KPDN akan terus memperkasa pelaksanaan PJRM dengan menambah baik kaedah pelaksanaan serta memperluas golongan sasar, khususnya ketika rakyat membuat persiapan penting seperti kemasukan anak-anak ke sekolah," katanya.Beliau menegaskan bahawa program ini bukan sekadar jualan murah, sebaliknya satu usaha berterusan dalam menangani tekanan kos sara hidup.Peluang inilah yang wajar dimanfaatkan oleh orang ramai sebaik mungkin demi persiapan anak-anak yang lebih teratur dan menjimatkan.Maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi penganjuran PJRM Kembali Ke Sekolah boleh didapati dengan melayari laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah



Kartel seludup barangan kawalan dalam radar KPDN KL - Utusan - 16/12 2:21 pm

KUALA LUMPUR: Pembanterasan sindiket dan kartel berskala besar menjadi sasaran utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam usaha meningkatkan penguatkuasaan pada tahun hadapan



KPDN KL lupus barang kes bernilai RM4.5 juta - Sinarharian - 16/12 1:08 pm

KUALA LUMPUR - Lebih 1 juta pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori, komponen elektronik dan produk kesihatan tiruan bernilai RM 4.5 juta dilupuskan dalam tempoh dua tahun.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, pelupusan berkenaan melibatkan barangan kes yang dirampas di bawah beberapa peruntukan undang-undang."Pelupusan barang kes melibatkan Akta Cap Dagangan 2019, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya dalam sidang akhbar di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN Kuala Lumpur di sini pada Selasa.Mohd Sabri berkata, sebanyak 309 kes membabitkan pelbagai barangan berjaya dilupuskan dengan nilai keseluruhan RM4.5 juta dalam tempoh dua tahun."Pelupusan hari ini pula dikategorikan sebagai Pelupusan Mega KPDN Kuala Lumpur susulan nilai pelupusan tertinggi dalam tempoh dua tahun, melibatkan 54 kes dengan nilai mencecah RM1 juta," katanya.Menurutnya, antara barangan yang terlibat dalam pelupusan itu ialah pakaian dan aksesori fesyen seperti baju, seluar, kasut, beg dan jam tangan."Selain itu, komponen elektronik termasuk pengecas dan bateri, aksesori telefon, produk kesihatan dan kecantikan, barangan pembersihan rumah, alat ganti dan penyelenggaraan kenderaan turut dilupuskan," katanya.Beliau berkata, kuantiti tertinggi barangan dilupuskan melibatkan pakaian dan aksesori fesyen di bawah tindakan Akta Cap Dagangan dengan jumlah melebihi 24,800 unit."Kesemua barangan yang dilupuskan telah selesai melalui prosiding mahkamah dan mendapat kebenaran pelupusan selaras peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."Proses pelupusan dilaksanakan secara sistematik dan terancang mengikut Prosedur Operasi Pengurusan Eksibit, dengan pematuhan aspek keselamatan bagi memastikan kerja-kerja pelupusan berjalan dalam keadaan terkawal dan selamat," katanya.Mohd Sabri berkata, tindakan pelupusan berkenaan bertujuan menghalang barangan tidak patuh undang-undang daripada kembali ke pasaran."Di samping meningkatkan kesedaran serta pendidikan kepenggunaan agar orang ramai lebih peka terhadap hak dan keselamatan mereka," katanya.Dalam perkembangan berasingan, Mohd Sabri berkata, sebanyak 584 kes telah dihasilkan pada tahun membabitkan jumlah keseluruhan nilai rampasan telah mencecah RM4,660,328.06."Angka ini adalah terbesar dalam jumlah nilai tindakan, ia menggariskan impak ketara operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti haram dan tidak beretika dalam pasaran."Manakala jumlah keseluruhan nilai kompaun yang dihasilkan bagi tempoh ini adalah RM825,500 dan nilai denda pula RM255,658," katanya.



Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dibentang tahun depan - Anwar - Sinarharian - 16/12 11:18 am

Ini dua perkara yang mesti dibezakan dengan jelas," katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara pagi ini.Perdana Menteri menjawab pertanyaan Senator Amir Md Ghazali mengenai langkah kerajaan dalam memperkukuh integriti dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).Anwar berkata, prinsip 'tiada siapa kebal di sisi undang-undang' akan terus diterapkan tanpa kompromi, termasuk terhadap individu berpengaruh atau berkedudukan tinggi, sambil mengakui wujud budaya dalam kalangan sesetengah pihak cenderung membela individu yang mengaku terlibat dalam rasuah atas alasan kononnya memberi pendedahan.Selain itu, beliau berkata perlindungan terhadap pemberi maklumat kekal terjamin termasuk aspek keselamatan diri serta keluarga mereka, selaras dengan prinsip menggalakkan budaya berani melapor dalam kalangan warga penguatkuasaan dan masyarakat."Melindungi pemberi maklumat ini bukan sahaja bermakna mereka tidak diambil tindakan, tetapi juga keselamatan mereka dan keluarga mereka dikawal supaya tidak dizalimi oleh penjenayah," kata beliau.Menurut Anwar, menteri yang dipertanggungjawabkan sedang meneliti perkara berkenaan dan kerajaan bersedia membentangkan pindaan akta itu pada awal tahun depan bagi menetapkan definisi, kaedah dan mekanisme lebih jelas supaya perlindungan pemberi maklumat tidak terus disalahgunakan dan kekal berfungsi sebagai instrumen penting memperkukuh integriti negara.Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, integriti merupakan asas utama keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan tanpa prinsip itu, kejayaan kerajaan mencapai nilai rampasan, lucut hak serta kutipan penalti berjumlah RM15.5 bilion tidak mungkin dapat direalisasikan."Ini kali pertama dalam sejarah negara dan memberi gambaran bahawa sebelum ini nampak ada kelonggaran, ada kelompongan. Mana mungkin dalam satu negara kita mampu mengutip RM15.5 bilion daripada ketirisan, rasuah, penyeludupan dan lain-lain," kata beliau.Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan nilai lucut hak melebihi RM8 bilion, PDRM hampir RM4 bilion, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) lebih RM2.5 bilion, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mencatat rampasan dan kutipan penalti berjumlah RM1 bilion.Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan oleh agensi berkaitan, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meskipun kerajaan mengakui masih terdapat kelemahan perlu diperbaiki.Mengulas persepsi negatif terhadap agensi penguatkuasaan khususnya PDRM, Anwar berkata adalah tidak adil untuk menilai secara menyeluruh sedangkan pasukan itu telah menunjukkan keupayaan melalui tindakan berasaskan integriti dalam memerangi jenayah dan penyeludupan



PJRM Kembali ke Sekolah tawar diskaun hingga 30 peratus - Mgazette - 14/12 8:16 am

# PJRM Kembali ke Sekolah tawar diskaun hingga 30 peratus KUALA LUMPUR - Sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibatProgram Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Kembali Ke Sekolah 2026 bermula 20 Disember 2025 hingga 1 Januari 2026. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata,pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa



KPDN Anjurkan PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 Sempena Musim Cuti Persekolahan - Siakapkeli - 13/12 6:19 pm

KPDN Anjurkan PJRM Kembali Ke Sekolah 2026 Sempena Musim Cuti Persekolahan Tawau, Sabah (13 Disember 2025) — Sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaan insiatif Payung RAHMAH di bawah kefungsian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)




Reformasi     >>



Pemecatan dibuat tanpa proses adil, Saifuddin buat .. - Harapandaily
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mendakwa bahawa beliau tidak melalui proses yang adil susulan dakwaan pelanggaran disiplin parti yang menyebabkannya dipecat daripada Bersatu semalam. Saifuddin yang juga mantan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah membuat tiga tuntutan ..
Kroni     >>



Penangkapan Maduro jadi pertaruhan kaki judi raih RM2 .. - Utusan
NEW YORK: Seorang penjudi dipercayai meraih keuntungan hampir AS$500,000 (RM2 juta) selepas membuat pertaruhan mengenai penangkapan Presiden Venezuela, Nicols Maduro, sebelum pengumuman rasmi dibuat, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan penggunaan maklumat dalaman operasi ..
Tabloid     >>



Ramai Tak Sangka Berpatutan, Ini Senarai Harga Makanan .. - Thevocket
Selesai hari pertama restoran Rembayung menerima kunjungan pelanggan. Rata-rata pelanggan awal memberikan komen positif mengenai restoran tersebut. Semasa pengumuman mengenai Rembayung pada akhir tahun lalu,... The post Ramai Tak Sangka Berpatutan, Ini Senarai Harga Makanan Di Rembayung ..
Tech     >>



CES 2026: Motorola unveils the book-style Razr Fold .. - Technave
As you would expect, CES 2026 has plenty of new reveals for tech fans to see. Most of them are improvements to current tech or new ones, but there are also full products that will launch in the coming months. One of them is Motorola's book-style foldable smartphone, the Motorola Razr Fold .
World     >>



Trump says Venezuela to turn over 30 to 50 million .. - Star
Jan 6 (Reuters) - Venezuela will be "turning over" 30 to 50 million barrels of sanctioned oil to the United States, President Donald Trump said on Tuesday in the aftermath of the toppling of Nicolas Maduro who was seized from his country by U.S. forces over the weekend. Read full story
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan 10 Mpv Paling Best 2026. Rm 20k Je, .. - Mekanika
# 10 MPV PALING BEST 2026. RM 20K JE, BOLEH BELI TUNAI. Apabila menyebut MPV, ramai terus terbayangkan MPV mewah besar gajah seperti Alphard, Estima, Odyssey, Carnival atau Starex. Masalahnya satu saja iaitu harga pembelian dan kos penjagaan. Tapi realitinya, bukan semua orang perlukan MPV ..