| /// |
|
| Search : Imigresen News | Page 1 |
|
Lelaki tular miliki dua pasport sudah ditahan – JIM - Mygazette - 5/07 5:13 pm # Lelaki tular miliki dua pasport sudah ditahan - JIM KUALA LUMPUR - Lelaki warga Bangladesh yang didakwa memegang dua pasport yang didakwa Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dan pasport Bangladesh telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) |
|
Pempengaruh Tidak Setuju Agensi Kerajaan Guna Perkataan ‘Gratis’ Dalam Siaran Rasmi - Vocket - 5/07 11:53 am Tindakan Jabatan Imigresen Malaysia menggunakan perkataan gratis menggantikan perkataan percuma dalam siaran rasmi jabatan kerajaan itu membuatkan netizen berbeza pendapat tentangnya |
|
Lebih RM429 juta diperuntuk perkasa agensi penguatkuasaan di Johor - Saifuddin - Sinarharian - 4/07 10:42 am KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM429 juta untuk memperkukuh kebajikan anggota dan meningkatkan keupayaan operasi badan penguatkuasaan di Johor dari 2023 hingga tahun ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan itu melibatkan tiga agensi utama, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Penjara Malaysia.Beliau berkata, langkah menjaga kebajikan anggota bukan sekadar menyediakan kemudahan yang lebih baik, sebaliknya pelaburan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan amanah dengan lebih cekap, selamat dan berkesan demi menjamin keselamatan rakyat Johor."Apabila anggota penguat kuasa mempunyai tempat bertugas yang lebih kondusif, kuarters lebih selesa dan kemudahan operasi lebih moden, rakyat turut menikmati manfaatnya melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih baik serta persekitaran lebih aman dan sejahtera."KDN akan terus memastikan setiap peruntukan yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya agar kebajikan anggota sentiasa terpelihara, sekali gus memperkukuh keselamatan bangsa Johor dan kesejahteraan rakyat," katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.Saifuddin Nasution berkata, jumlah komitmen KDN itu merangkumi RM174.8 juta bagi projek yang telah siap dan sedang dalam pelaksanaan manakala RM255 juta lagi bagi projek dalam perancangan.Antara projek sedang dilaksanakan ialah perolehan tanah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengerang, pembelian premis dan kuarters JIM Johor Bahru serta naik taraf pelbagai kemudahan asas di Penjara Kluang.Bagi projek dalam perancangan, ia merangkumi pembinaan IPD Segamat berserta balai polis dan perumahan, penggabungan dewan penumpang bas di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) serta naik taraf bengkel dapur Penjara Kluang dan sistem bekalan air Penjara Simpang Renggam.Saifuddin Nasution berkata, pelaksanaan inisiatif itu sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI yang memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.Beliau berkata, perkara itu dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung peningkatan peruntukan pembangunan dan pengurusan kepada Johor yang mencecah kira-kira RM14.6 bilion berbanding RM10.2 bilion sebelum ini |
|
Kurangkan masa beri impak ekonomi segera - Sinarharian - 4/07 9:10 am SHAH ALAM Cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan sehingga 50 peratus masa menunggu di pintu sempadan Johor-Singapura berpotensi menjadi antara inisiatif yang mampu memberi impak ekonomi paling cepat kepada negeri itu sekiranya dapat dilaksanakan dengan berkesan.Pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti pekerja yang berulang-alik antara Johor dan Singapura setiap hari, malah turut mengurangkan kos logistik, mempercepatkan perdagangan rentas sempadan serta meningkatkan keyakinan pelabur.Menurutnya, dalam ekonomi moden, masa juga merupakan satu bentuk kos dan setiap jam yang dapat dijimatkan akan menyumbang kepada peningkatan kecekapan ekonomi secara keseluruhan."Ratusan ribu rakyat berulang-alik setiap hari antara Johor dan Singapura. Jika masa menunggu dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus, manfaat ekonominya amat besar."Antaranya produktiviti pekerja meningkat, kos logistik menurun, perdagangan rentas sempadan menjadi lebih cekap, pelabur lebih yakin, sektor pelancongan berkembang serta tekanan psikologi dan kos masa yang ditanggung rakyat dapat dikurangkan," katanya ketika mengulas manifesto PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Bagaimanapun, beliau berkata, sasaran itu memerlukan kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan Singapura termasuk penambahbaikan sistem imigresen, penggunaan teknologi digital dan penyelarasan operasi di pintu masuk kedua-dua negara.Mengulas keseluruhan manifesto tersebut, Barjoyai berkata, ia boleh disifatkan sebagai manifesto yang berorientasikan pertumbuhan ekonomi kerana cuba mengimbangi dua matlamat utama iaitu memperkukuhkan daya saing ekonomi Johor dan memastikan manfaat pertumbuhan itu turut dinikmati rakyat.Menurutnya, kejayaan manifesto itu bagaimanapun tidak bergantung kepada kekuatan slogan semata-mata, sebaliknya bergantung kepada keupayaan kerajaan menterjemahkan setiap janji kepada dasar yang boleh dilaksanakan serta disokong sumber kewangan yang mencukupi.Beliau turut menyifatkan aspirasi menjadikan Johor sebagai 'Shenzhen Asia Tenggara' sebagai satu matlamat yang menarik memandangkan negeri itu mempunyai beberapa kelebihan seperti kedudukannya yang bersebelahan Singapura, kewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa serta sektor elektronik, logistik, pusat data dan pembuatan yang semakin berkembang.Namun jelas beliau, kejayaan Shenzhen bukan berlaku dalam tempoh singkat kerana ia disokong pelaburan besar dalam infrastruktur, pembangunan modal insan, dasar mesra pelabur, penyelidikan, inovasi serta kerjasama erat antara universiti, industri dan kerajaan."Johor mempunyai asas yang baik, namun transformasi struktur ekonomi seperti ini memerlukan masa bertahun-tahun dan bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya dalam satu penggal pentadbiran," ujarnya.Dalam masa sama, beliau berpandangan usaha membina ekonomi Johor berasaskan kekuatan sendiri merupakan pendekatan yang positif memandangkan negeri itu tidak boleh terus bergantung kepada limpahan pertumbuhan ekonomi Singapura.Sebaliknya, beliau berkata, Johor perlu memperkukuhkan syarikat tempatan, memperluaskan ekonomi digital, membangunkan industri hiliran serta memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya mampu menjadi pembekal kepada syarikat multinasional.Barjoyai turut melihat penekanan manifesto terhadap kebajikan rakyat, pendidikan, perumahan dan pembangunan belia sebagai pelaburan terhadap modal insan yang mampu meningkatkan produktiviti serta pendapatan rakyat dalam jangka panjang.Mengulas matlamat menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi sendiri, beliau berkata, negeri itu mempunyai hampir semua prasyarat untuk muncul antara ekonomi paling berdaya saing di Malaysia, termasuk lokasi strategik, populasi yang besar, pelabuhan bertaraf dunia, lapangan terbang antarabangsa, jaringan lebuh raya dan JS-SEZ.Menurutnya, cabaran sebenar adalah meningkatkan nilai tambah ekonomi dengan menarik industri berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, teknologi hijau, bioteknologi, pusat data dan ekonomi digital."Secara keseluruhannya, manifesto ini mempunyai hala tuju ekonomi yang jelas |
|
Warga asing disenaraihitam cuba bolos sempadan Kelantan ditahan imigresen - Mygazette - 4/07 7:57 am # Warga asing disenaraihitam cuba bolos sempadan Kelantan ditahan imigresen KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggagalkan cubaan beberapa warga asing yang telah disenaraihitam daripada memasuki Malaysia melalui lorong tikus di sempadan Kelantan, semalam |
|
Transformasi Digital Imigresen: Aplikasi MyNIISe Berjaya Lancarkan Aliran Pergerakan Di Pintu Masuk Utama Negara - Lobakmerah - 3/07 7:52 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Lagi PATI cuba masuk Malaysia menerusi jalan tikus - Sinarharian - 3/07 6:57 pm PUTRAJAYA - Cubaan beberapa warga asing yang dipercayai disenaraihitam daripada memasuki Malaysia menggunakan laluan tidak diwartakan atau lorong tikus di sempadan Kelantan gagal apabila mereka diberkas dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Khamis.Operasi bermula kira-kira jam 5.10 pagi itu dijalankan di dua lokasi sekitar Kota Bharu oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bersama JIM Kelantan dengan kerjasama Unit Risik Marin, MO PPM W3 Pengkalan Kubor, Tumpat.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, pasukan operasi menyerbu lokasi pertama di sekitar terminal bas sebelum menahan lapan lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki serta seorang wanita warga Indonesia."Serbuan di lokasi kedua di kawasan perumahan pula membawa kepada penahanan seorang wanita warga Myanmar yang cuba melarikan diri."Kesemua individu yang ditahan berusia antara 22 hingga 55 tahun, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 13 orang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Zakaria berkata, pihaknya turut menyita empat pasport Bangladesh, empat pasport Indonesia serta sebuah kereta Proton Preve yang dipercayai digunakan bagi memudahkan pergerakan warga asing terbabit."Siasatan awal mendapati terdapat antara individu yang ditahan dipercayai telah disenaraihitam daripada memasuki Malaysia, namun bertindak menggunakan laluan tidak diwartakan bagi mengelakkan pemeriksaan imigresen," katanya.Katanya, kesemua warga asing itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut."JIM akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran dan mengekang kemasukan pendatang asing secara haram demi memastikan keselamatan, kedaulatan serta kesejahteraan negara terus terpelihara," katanya. |
|
Insiden bom Tak Bai: Thailand jamin keselamatan rakyat Malaysia - Sinarharian - 3/07 6:21 pm PASIR MAS - Pihak berkuasa Thailand memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia yang memasuki negara itu akan terus menjadi keutamaan susulan insiden letupan bom di Tak Bai, Narathiwat, yang mengakibatkan dua rakyat Malaysia cedera baru-baru ini.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, jaminan itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pusat Penyelarasan Negara-Negara Jiran (NCCC) Tentera Diraja Thailand, Jen Surathep Nukaeow.Beliau berkata, pihak berkuasa Thailand turut memaklumkan akan memberikan bantuan sewajarnya, termasuk pampasan kepada mangsa yang terlibat, selain memperketat kawalan keselamatan di kawasan sempadan bagi mengekang sebarang bentuk ancaman jenayah."Kerajaan Thailand menyatakan kebimbangan terhadap insiden itu dan memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Surathep di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang di sini hari ini.Ahmad Radzi berkata, dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama keselamatan di kawasan sempadan melalui mekanisme dua hala sedia ada, khususnya dalam membanteras jenayah rentas sempadan.Beliau berkata, penubuhan NCCC kira-kira setahun lepas membuka ruang kepada kerjasama yang lebih rapat antara agensi keselamatan kedua-dua negara."Perbincangan hari ini lebih tertumpu kepada bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara pihak keselamatan Thailand dan Malaysia, khususnya melibatkan PGA di kawasan sempadan Sungai Golok."Kita tidak memfokuskan kepada sesuatu isu atau insiden tertentu, sebaliknya memberi penekanan kepada usaha bersama bagi mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan senjata api serta aktiviti jenayah lain," katanya.Beliau berkata, sebarang perkara yang melibatkan dasar atau polisi akan terus dibincangkan menerusi platform kerjasama dua hala yang telah diwujudkan antara kedua-dua negara, manakala NCCC berperanan membantu mempercepatkan penyelarasan di peringkat operasi.Sementara itu, Surathep berkata, pihak berkuasa kedua-dua negara telah lama berkongsi matlamat dan dasar yang sama dalam memastikan kawasan sempadan kekal selamat."Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rakan sejawat di Malaysia |
|
Pasport Malaysia Antarabangsa Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dipohon – RM350 Untuk 10 Tahun - Amanz - 3/07 3:32 pm Lanjutan daripada pengenalan kemaskini kepada Pasport Malaysia Antarabangsa, kini Jabatan Imigresen Malaysia turut telah membuka permohonan untuk Pasport Malaysia Antarabangsa dengan tempoh sah laku 10 tahun |
|
Wanita guna MyKad orang lain antara 86 PATI ditahan di Klang - Mygazette - 3/07 3:22 pm JIM dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dijalankan hasil risikan dan aduan awam yang dikumpul selama dua minggu. Menurut kenyataan itu, pemeriksaan terhadap 50 premis perniagaan dan 327 individu membawa kepada penahanan 86 warga asing dari China, Kemboja, Filipina, Myanmar, Indonesia, India, Bangladesh dan Pakistan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 |
|
PATI bertempiaran lari nampak Imigresen - Sinarharian - 3/07 11:39 am KLANG - Cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) melepaskan diri selepas menyedari serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat beli-belah di Bandar Botanik, di sini pada Rabu hanya sia-sia apabila lokasi itu dikepung lebih awal.Op Mega itu digerakkan JIM dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).JIM dalam kenyataan berkata, operasi bermula jam 5 petang dilaksanakan hasil aduan awam dan risikan selama dua minggu.Menurutnya, sebanyak 50 premis perniagaan dan 327 individu telah diperiksa sebelum membawa kepada penahanan 86 warga asing dari China, Kemboja, Filipina, Myanmar, Indonesia, India, Bangladesh dan Pakistan."Ketika operasi dijalankan, beberapa warga asing cuba melarikan diri namun cubaan tersebut berjaya dipatahkan hasil koordinasi pasukan operasi dan penggunaan dron bagi memantau laluan keluar."Tangkapan ini disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya pada Jumaat.Tambahnya, dalam operasi yang sama, JPN menahan seorang wanita yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik individu lain untuk disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78).Katanya, selain itu, JIM turut mengeluarkan 11 Borang 29 (Saman) kepada warga Malaysia bagi membantu siasatan."Kesemua warga asing yang ditahan telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," ujarnya.Tegas JIM, pihaknya terus komited membanteras PATI serta membendung sebarang bentuk penyalahgunaan undang-undang imigresen."Tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana warga asing yang memasuki negara secara tidak sah, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan atau menyalahgunakan kemudahan pas."Pada masa yang sama, tindakan tegas turut akan diambil terhadap mana-mana majikan, pemilik premis atau individu yang menggaji, melindungi atau bersubahat dengan PATI," katanya. |
|
5,140 pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu dikeluarkan sejak Rabu - Sinarharian - 3/07 11:31 am PUTRAJAYA Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan 5,140 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu sejak Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, setakat ini permohonan PMA versi baharu di 14 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara masih terkawal."Setakat semalam (Khamis), sebanyak 5,140 pasport Malaysia versi baharu telah dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Zakaria berkata, pihaknya |
|
Sindiket pertaruhan Piala Dunia FIFA 2026 tumpas , 32 warga China dicekup - Mygazette - 2/07 4:06 pm "Kesemua suspek telah direman selama empat hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(e) Akta Pertaruhan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63," jelasnya |
|
Tiga warga asing diberkas, rokok seludup RM769,480 dirampas - Sinarharian - 2/07 2:39 pm JOHOR BAHRU Tiga warga asing ditahan manakala rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM769,480 dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Daya di sini pada Rabu.Operasi kira-kira jam 10 malam itu dijalankan menerusi Op Taring Alpha 1 oleh Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor.Komander WCB/PSK, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 26 dan 49 tahun serta seorang wanita warga Indonesia berusia 51 tahun."Pemeriksaan lanjut turut menemui 292,000 batang rokok dipercayai tidak bercukai pelbagai jenama di dalam rumah berkenaan serta sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang diletakkan di lokasi sama."Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM769,480 dengan nilai sebenar barangan dirampas sebanyak RM744,480," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Zaki berkata, kejayaan operasi itu telah menumpaskan satu rangkaian penyimpanan dan pengedaran rokok tidak bercukai yang dipercayai aktif beroperasi di sekitar Johor Bahru."Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan premis kediaman sebagai stor penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," katanya.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Kita sedang mengesan dalang utama yang dipercayai menjadi tulang belakang sindiket berkenaan yang masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan," katanya. |
|
Sarang judi bola dalam talian diserbu, 32 warga China diberkas - Sinarharian - 2/07 10:50 am KUALA LUMPUR Seramai 32 warga China diberkas selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mengendalikan sindiket pertaruhan bola sepak dalam talian menerusi serbuan Op Soga XI di sebuah unit kedai pejabat di Cheras di sini pada Rabu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 2.40 pagi itu berjaya menahan 29 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun."Sindiket terbabit dipercayai berperanan menguruskan akaun pelanggan, menyelia transaksi serta mempromosikan pertaruhan bola sepak secara dalam talian."Siasatan mendapati sindiket ini mengendalikan pertaruhan bola sepak menerusi satu laman sesawang dan menggunakan unit kedai pejabat berkenaan yang telah beroperasi sejak kira-kira tiga minggu lalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Fadil berkata, polis turut merampas 28 unit komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem internet serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan berkenaan."Kesemua suspek telah direman selama empat hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(e) Akta Pertaruhan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Dalam pada itu, Fadil berkata, Polis Kuala Lumpur akan terus mempergiatkan Op Soga XI sepanjang berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2026 dengan memberi fokus kepada ejen pertaruhan, penganjur serta individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. |
|
Jadual Fasa Pasport Baharu Dah Keluar, Semak Tarikh & Senarai Pejabat Terlibat - Siraplimau - 1/07 4:46 pm Bagi orang ramai yang bercadang membuat permohonan atau pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), anda disarankan untuk menyemak jadual fasa pasport baharu terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat imigresen |
|
Makin susah dipalsukan! Menteri KDN kongsi antara ciri keselamatan pasport baharu Malaysia - Mydateline - 1/07 2:45 pm Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan telah dilaksanakan di kaunter Jabatan Imigresen (JIM) seluruh negara bermula hari ini |
|
Imigresen FC Kini Rasmi Dikenali Sebagai Star City FC - Vocket - 1/07 2:42 pm Imigresen FC secara rasmi menjenamakan semula kelab itu kepada Star City FC (SCFC) sebagai identiti baharu bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia musim 2026/2027 |
|
Pasport Malaysia Baharu: Ikon Kupu-Kupu Rajah Brookes Birdwing Kini Gantikan Bunga Raya - Vocket - 1/07 11:46 am Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) secara rasminya telah memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Struktur Baharu yang tampil dengan nafas segar.. |
|
Ikon Kupu-Kupu Rajah Brookes Birdwing Kini Gantikan Bunga Raya - Hotfm - 1/07 11:46 am Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) secara rasminya telah memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) |
|
Dua rakyat Malaysia cedera di Narathiwat dibenar keluar hospital - Mygazette - 30/06 4:45 pm Kementerian Luar Negeri berkata, mereka dibantu dengan bantuan pihak berkuasa tempatan di Narathiwat dan diiringi oleh pihak berkuasa tempatan Thailand ke sempadan Sungai GolokRantau Panjang. Menurutnya, bagi memudahcara kepulangan mereka ke Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menyelaras dengan pihak berkuasa berkaitan di Rantau Panjang berhubung urusan pemeriksaan imigresen di sempadan Malaysia-Thailand |
|
Kerajaan bawa pulang dua mangsa letupan bom Narathiwat, terima rawatan lanjut di Kelantan - Sinarharian - 30/06 1:54 pm PUTRAJAYA Kerajaan membawa pulang dua rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden letupan peranti letupan buatan sendiri (IED) di Narathiwat, Thailand untuk menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Kelantan.Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan, kedua-dua mangsa dibenarkan keluar dari Hospital Naradhiwas Rajanagarindra selepas keadaan mereka stabil sebelum urusan kepulangan ke Malaysia diselaraskan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.Menurut kementerian, pihak konsulat turut menyelaras dengan agensi berkaitan di Rantau Panjang bagi melancarkan proses pemeriksaan imigresen di sempadan Malaysia-Thailand."Setelah proses pemeriksaan selesai, kedua-dua mangsa dibawa dengan ambulans ke sebuah hospital di Kelantan untuk menerima rawatan lanjut," menurut kenyataan itu pada Selasa.KLN berkata, kedua-dua mangsa diiringi pihak berkuasa tempatan Thailand dari Hospital Naradhiwas Rajanagarindra ke sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang bagi memastikan perjalanan pulang mereka berjalan lancar.Dalam pada itu, KLN merakamkan penghargaan kepada kerajaan Thailand dan pihak berkuasa tempatan di Narathiwat atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang terlibat.Menurut kenyataan itu, kementerian menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla akan terus memantau perkembangan kes berkenaan.Kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan ke wilayah selatan Thailand supaya sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.Pada Isnin, media melaporkan dua rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan bom ketika berada di pekan Tak Bai, Narathiwat.Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 11.41 pagi (waktu tempatan) memaksa laluan bermula dari Persimpangan Sapom hingga ke Kampung Saba Baharu, Daerah Tak Bai ditutup sepenuhnya bagi membolehkan Unit Pemusnah Bom (EOD) dan pasukan forensik menjalankan siasatan serta pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian. |
|
PM lancar Pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu - Sinarharian - 30/06 12:42 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasamelancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan.Pada majlis diadakan di Lobi Parlimen itu, Anwar turut menerima PMA daripada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban sebagai gimik pelancaran.Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri Perdana Menterim Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan,pengenalan PMA struktur baharu itu merupakan satu langkah transformasi penting dalam memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara, di samping memberikan lebih kemudahan dan nilai tambah kepada rakyat.Susulan pengenalan PMA, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mempunyai pilihan untuk memohon dokumen perjalanan baharu itu bermula 1 Julai ini dengan tempoh sah laku selama lima atau 10 tahun mengikut keperluan pemohon.Menurut KDN, pengenalan pasport 10 tahun itu dijangka mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, menjimatkan masa pengguna dan memudahkan urusan perjalanan dalam sertaluar negara."Kadar bayaran bagi PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun adalah sebanyak RM350 manakala untuk tempoh sah laku lima tahun kekal RM200 dan pengenalan tempoh sah laku 10 tahun memberi penjimatan sebanyak RM50 kepada pemohon," menurut kenyataan itu.KDN memaklumkanbagi memastikan peralihan operasi berjalan dengan lancar, pelaksanan PMA struktur baharu akan dilaksanakan secara berperingkat di 71 pejabat pasport seluruh negara mulai Julai ini.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak tergesa-gesa menukar pasport sedia ada sekiranya dokumen tersebut masih sah laku dan pasport sedia masih sah digunakan sehingga enam bulan sebelum tempoh tamat.Pada awal tahun ini, Saifuddin Nasution mengumumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu demi memperkasakan aspek keselamatan data negara.PMA berada di tangga ketiga pada 2025 sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia berdasarkan Ranking Pasport Index.- Bernama |
|
Lelaki Rohingya dicekup tanpa dokumen, dedah laluan seludup dari Myanmar - Sinarharian - 30/06 11:38 am KOTA BHARU - Seorang lelaki entnik Rohingya mendedahkan dia membayar kira-kira RM10,000 kepada ejen bagi membawanya ke Malaysia dan menaiki sebuah kapal laut selama sebulan dari Rathedaung, Rakhine, Myanmar menuju ke Thailand.Setibanya di Thailand (lokasi tidak diketahui), lelaki berkenaan berjalan kaki melalui kawasan hutan menuju ke selatan Thailand selama kira-kira tiga hari sebelum dibawa masuk ke negara ini melalui laluan Sungai Golok.Lelaki berusia 24 tahun itu bagaimanapun telah ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika sedang menunggu bas ke Permaisuri, Setiu, Terengganu untuk mencari pekerjaan di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada Isnin.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, lelaki warga Myanmar berketurunan Rohingya itu ditahan dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 7.50 malam.Menurut beliau, suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa anggota Risik dan Task Force Batalion 8 PGA."Hasil soal siasat awal, lelaki itu mengaku telah memasuki Malaysia secara haram pada tahun 2023 dan bekerja sebagai buruh binaan di sekitar Kota Bharu sejak tiga tahun lalu."Ketika ditahan, dia mengaku sedang menunggu bas untuk ke Permaisuri, Terengganu bagi mencari peluang pekerjaan yang baharu," katanya kepada pemberita pada Selasa.Ahmad Radzi memberitahu suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan risikan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi mengesan sindiket penyeludupan migran serta mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini. |
|
331 individu ditahan, RM2.62 juta wang taruhan Piala Dunia Fifa 2026 .. - Mygazette - 30/06 7:35 am Tambah Kumar, susulan itu tindakan menyekat laman web dan menurunkan kandungan berkaitan akan dilaksanakan dengan bantuan SKMM. "Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pertaruhan 1953 serta Akta Imigresen 1959/63, bergantung kepada kesalahan yang dilakukan |
|
465 tahanan imigresen mati sejak 2021 - FMT - 29/06 11:18 pm Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kematian tertinggi membabitkan warga Filipina, Indonesia dan Myanmar. |
|
465 tahanan imigresen mati sejak 2021 - Hotfm - 29/06 11:18 pm Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kematian tertinggi membabitkan warga Filipina, Indonesia dan Myanmar. |
|
Wanita India jadi dalang sindiket palsu dokumen, cap keselamatan ditahan - Mygazette - 29/06 4:28 pm # Wanita India jadi dalang sindiket palsu dokumen, cap keselamatan ditahan KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berjaya membongkarkan sindiket pemalsuan dokumen perjalanan dan cap keselamatan yang didalangi seorang wanita warga India dalam serbuan Operasi Serkap pada Sabtu lalu |
|
94 ciri keselamatan baharu! Ini yang buat pasport Malaysia lebih kukuh - Mydateline - 29/06 3:00 pm Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa dengan 94 ciri keselamatan baharu bagi memperkukuh perlindungan identiti pemegang pasport serta meningkatkan keselamatan dokumen perjalanan negara |
|
RM2.6 juta nilai pertaruhan Piala Dunia FIFA 2026 dirampas - Sinarharian - 29/06 1:07 pm KUALA LUMPUR Seramai 234 individu tempatan dan 97 warga asing diberkas selain RM2.62 juta nilai pertaruhan dirampas menerusi Op Soga XI yang dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras kegiatan pertaruhan haram sepanjang Piala Dunia FIFA 2026 ketika ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi yang bermula 11 Jun lalu hingga 19 Julai depan itu menyasarkan kegiatan pertaruhan sukan tanpa lesen serta perjudian dalam talian yang dijangka meningkat sepanjang kejohanan berkenaan.Menurutnya, sebanyak 293 serbuan telah dijalankan dengan 331 suspek ditahan membabitkan 312 lelaki dan 19 wanita yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian."Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 234 adalah warga tempatan manakala 97 lagi warga asing."Dalam operasi sama, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM145,005.09 serta merekodkan nilai pertaruhan sebanyak RM2,625,529.46," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.Beliau berkata, hasil pemantauan sepanjang operasi itu turut mengesan 185 laman sesawang termasuk laman web, platform, aplikasi dan media sosial yang digunakan bagi aktiviti pertaruhan bola sepak serta mempromosikan kegiatan perjudian.Katanya, tindakan menyekat laman web dan menurunkan kandungan berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)."Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Akta Pertaruhan 1953 serta Akta Imigresen 1959/63, bergantung kepada kesalahan yang dilakukan."Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," katanya.M Kumar berkata, PDRM akan terus mempergiat operasi dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan selain memperkukuhkan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan perjudian haram.Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras sindiket pertaruhan haram yang semakin aktif menggunakan platform digital. |
|
Cuba seludup masuk Malaysia, dua wanita PATI sembunyi dalam kereta ditahan - Sinarharian - 29/06 11:58 am PADANG BESAR Cubaan membawa masuk dua wanita warga asing secara tidak sah ke negara ini gagal apabila tindakan mencurigakan seorang pemandu wanita warga Thailand berjaya dikesan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada Ahad.Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perlis bertugas di Kaunter Pemeriksaan Kenderaan Keluar menjalankan pemeriksaan rutin sebelum mengesan gerak-geri mencurigakan pemandu terbabit yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis bernombor pendaftaran Thailand.Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan dua wanita tersebut yang dipercayai bersembunyi di bahagian tempat duduk belakang bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Perlis, Mohammad Asim Md Ali berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua wanita berkenaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.Menurutnya, susulan penemuan itu, seorang wanita warga Thailand yang merupakan pemandu kenderaan serta dua wanita iaitu seorang warga Myanmar dan seorang warga Vietnam ditahan untuk siasatan lanjut."Turut ditahan sebuah kenderaan Toyota Corolla Altis bernombor pendaftaran Thailand."Ketiga-tiganya berusia 27 hingga 60 tahun direman selama dua minggu untuk membantu siasatan mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63," katanya pada Isnin.Beliau berkata, kejayaan tersebut membuktikan tahap kecekapan dan kewaspadaan tinggi pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk negara dalam mengesan sebarang cubaan melanggar undang-undang imigresen.Menurutnya, tindakan pantas pegawai barisan hadapan berjaya menghalang cubaan kemasukan warga asing tanpa dokumen sah sekali gus memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara.Dalam perkembangan berkaitan, JIM Negeri Perlis turut menyertai Ops Bersepadu di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer 27, Padang Besar pada Jumaat lalu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa.Antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).Sepanjang operasi tersebut, seramai 146 individu terdiri daripada warganegara Malaysia, Thailand dan Singapura diperiksa dan tiada kesalahan imigresen dikesan.Pada masa sama, Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Perlis terus mempergiat operasi pemantauan, pengesanan, verifikasi dan perekodan kehadiran warga asing di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen. |
|
Wanita warga India disyaki dalang, sindiket palsu cap keselamatan tumpas - Sinarharian - 29/06 10:15 am KLANG - Sindiket pemalsuan cap keselamatan dan dokumen perjalanan tumpas selepas seorang wanita warga India disyaki dalang dicekup dalam serbuan pada Sabtu lalu.Timbalan Pengarah (Kawalan) Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, suspek wanita terbabit didapati merupakan pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang kepada seorang warga tempatan.Menurutnya, sindiket itu dipercayai telah menjalankan kegiatan tersebut selama kira-kira tiga tahun."Modus operandi sindiket ialah menyasarkan warga asing dari luar negara sebagai pelanggan."Pelanggan akan dibawa masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ditempatkan di sebuah rumah transit di Klang selama satu hingga dua minggu."Sepanjang tempoh tersebut, suspek menyediakan pelbagai dokumen palsu termasuk rekod perjalanan (travel history) bagi menggambarkan pelanggan mempunyai sejarah perjalanan yang kukuh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, selain itu, sindiket turut menghasilkan rekod pekerjaan palsu di Malaysia dengan menyediakan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang palsu.Katanya, dalam operasi Op Serkap ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor telah menahan seramai 12 warganegara asing, antaranya dari India, Bangladesh dan Sri Lanka."Kesemua tangkapan berusia 25 hingga 40 tahun telah ditempatkan di depot imigresen bagi tujuan siasatan lanjut," ujarnya.Tegasnya, JIM Selangor sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti rangkaian sindiket termasuk kemungkinan penglibatan individu lain di dalam dan luar negara."JIM memberi amaran tegas bahawa sebarang aktiviti pemalsuan dokumen, penyalahgunaan kemudahan imigresen serta cubaan mendapatkan visa menggunakan dokumen palsu merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang negara."Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan negara serta memelihara integriti sistem imigresen Malaysia," ujarnya. |
|
Tindakan tatatertib SPRM; Jangan hanya kongsi statistik, perincikan .. - Mygazette - 28/06 3:16 pm Statistik itu menunjukkan kes membabitkan SPRM pada 2021 adalah sebanyak 40, diikuti 68 kes (2022), 51 kes (2023) dan 67 kes (sehingga September 2024). Dalam tempoh sama, kes membabitkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula adalah 14,211; Jabatan Imigresen Malaysia (348) dan Jabatan Penjara Malaysia (312) |
|
Markas ajaran Syiah diserbu - Sinarharian - 27/06 3:40 pm PETALING JAYA Sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana di sini yang dipercayai menjadi markas dan mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah diserbu pada Khamis.Operasi bersepadu itu diketuai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, serbuan dijalankan pada jam 9.34 malam hasil maklumat awam yang diterima.Menurutnya, hasil tindakan mendapati seramai 226 individu berada di dalam premis tersebut, terdiri daripada 147 lelaki, 51 wanita dan 28 kanak-kanak."Mereka terdiri daripada warga Pakistan, India dan Bangladesh."Susulan pemeriksaan itu, MBSJ telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan di bawah Subseksyen 72(1)(a) dan (c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] berhubung beberapa ketidakpatuhan berkaitan pembinaan dan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, pemilik premis turut diberikan tempoh 14 hari untuk mematuhi kehendak notis yang dikeluarkan.Beliau berkata, tindakan itu merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, melibatkan siasatan di bawah Seksyen 12(c) berkaitan menghina pihak berkuasa agama, Seksyen 13 berkaitan penyebaran pendapat yang bertentangan dengan fatwa serta Seksyen 16 berkaitan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak susulan aduan yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah.Sehubungan itu, JAIS menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan ajaran Syiah supaya menyalurkannya kepada Hotline JAIS di talian 1800-88-2424 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil."JAIS turut menasihatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan ajaran Syiah," ujarnya. |
|
JIM Jalankan Serbuan, Tahan Doktor Palsu Warga Asing - Siakapkeli - 27/06 2:54 pm JIM Jalankan Serbuan, Tahan Doktor Palsu Warga Asing Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu Operasi Khas pada 25 Jun 2026 di sekitar Subang Bestari |
|
'Doktor' Pakistan di klinik swasta dicekup - Sinarharian - 27/06 1:59 pm SUBANG BESTARI Tindakan seorang lelaki warga Pakistan menggunakan kelayakan perubatan milik individu lain untuk menyamar sebagai doktor dan beroperasi di sebuah klinik swasta di sini terbongkar dalam serbuan pada Khamis.Serbuan kira-kira jam 11.50 pagi itu dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hasil risikan selama sebulan.Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan di klinik swasta berkenaan membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai menjalankan aktiviti sebagai doktor tidak bertauliah.Menurut kenyataan itu, semakan awal mendapati lelaki terbabit tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini."Pasukan operasi telah menyita peralatan perubatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan ini, antaranya cap nama suspek, cap nama klinik, tablet, buku rekod urus niaga, dokumen Perakuan Amalan Tahunan (APC) dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan premis klinik swasta itu sejak lapan bulan lalu untuk menjalankan aktiviti perubatan secara tidak sah."Klinik tersebut juga dipercayai dikendalikan oleh seorang warga asing yang tidak mempunyai kebenaran sah untuk bekerja dalam sektor perubatan di negara ini," menurut kenyataan itu pada Sabtu.Tambah kenyataan itu, suspek dipercayai diambil bekerja oleh individu berkenaan bagi menjalankan tugas sebagai doktor tidak bertauliah.Jelasnya, bagi mengaburi pihak berkuasa dan meyakinkan pesakit, klinik itu dipercayai menggunakan dokumen APC serta kelayakan perubatan milik individu lain."Hasil pemeriksaan lanjut mendapati klinik ini juga dipercayai mengeluarkan sijil cuti sakit tanpa melakukan pemeriksaan atau penilaian kesihatan terhadap pelanggan yang hadir serta mengenakan bayaran sebanyak RM20 bagi setiap pelanggan," ujarnya.Tambah kenyataan itu lagi, suspek ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Seorang wanita warga tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," ujarnya.Menurut kenyataan itu lagi, tangkapan ini merupakan kes keempat sejak tahun 2024 yang dikesan oleh JIM membabitkan warga asing yang dipercayai menyamar atau menjalankan aktiviti sebagai doktor tidak bertauliah."Jabatan akan meneruskan tindakan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara agar kestabilan dan kemakmuran negara sentiasa terpelihara," ujarnya. |
|
Reman gelandangan warga asing rosakkan kereta polis dilanjut 14 hari - Sinarharian - 27/06 12:11 am KUALA LUMPUR - Reman seorang gelandangan yang membaling bata hingga merosakkan kereta polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu di sini dilanjutkan pada Sabtu.Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, lelaki warga asing itu dilanjut reman 14 hari untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63."Hari ini (Sabtu) suspek dilanjutkan reman sehingga 10 Julai," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Dalam kejadian pada jam 11.57 malam, Rabu lalu, suspek merupakan gelandangan warga asing dan disyaki mengalami masalah kesihatan telah ditahan dengan bantuan orang awam di lokasi kejadian.Lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah membaling bata ke kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).Suspek kemudian telah direman tiga hari sehingga Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. |
|
Isu pelarian Rohingya: PM arah KDN teliti dapatan mesyuarat - Sinarharian - 26/06 4:02 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti beberapa dapatan daripada mesyuarat pelarasan antara pelbagai kementerian dan agensi berhubung isu pelarian Rohingya di dalam negara.Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil benar -benar mencapai maksud."Sekiranya ia berkaitan sama ada pendaftaran ataupun perkara-perkara berkaitan, maka perlu diselaraskan di antara pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan dari segi penguatkuasaan," katanya menerusi sidang akhbar mingguandi sini pada Jumaat.Menurutnya, siri perbincangan tersebut melibatkan beberapa agensi utama termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pejabat Menteri Besar Selangor serta Kementerian Luar Negeri.Beliau berkata, mesyuarat berkenaan merupakan kesinambungan kepada sesi terdahulu yang telah diadakan dalam tempoh beberapa minggu lalu bagi merangka hala tuju dasar berkaitan pengurusan isu berkenaan.Katanya, hasil perbincangan tersebut telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum Perdana Menteri mengarahkan KDN melakukan semakan lanjut terhadap dapatan yang dikemukakan.Fahmi turut menegaskan bahawa semua cadangan yang dibincangkan masih berada pada peringkat penelitian dan belum ada sebarang keputusan yang boleh diumumkan kepada umum ketika ini."Perkara ini masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan tertentu untuk diumumkan pada hari ini |
|
Sindiket seludup migran tumpas, tiga lelaki Indonesia disyaki jurupandu arah diberkas - Sinarharian - 26/06 2:35 pm SEPANG - Tiga lelaki Indonesia yang dipercayai berperanan sebagai jurupandu arah bagi kegiatan penyeludupan migran diberkas bersama 26 warga asing di persisiran pantai Sungai Manggis, Sungai Belangkan di sini baru-baru ini.Tangkapan menerusi Op Taring Nyah 1 dilaksanakan Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar kira-kira jam 6 pagi, Ahad lepas.Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Superintenden Shohaiami Ismail berkata, tangkapan migran terdiri daripada 18 lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki warga Indonesia, manakala seorang lagi ialah lelaki Bangladesh.Menurutnya, dipercayai kesemua mereka baru tiba di lokasi terbabit melalui jalan laut."Turut ditahan ialah tiga lelaki Indonesia disyaki ahli sindiket penyeludupan migran yang berperanan sebagai jurupandu arah sejak sebulan lalu bagi kemasukan migran secara tidak sah."Kesemua tangkapan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk siasatan lanjut di bawah Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, siasatan awal mendapati setiap migran dipercayai membayar kira-kira 5 juta Rupiah (RM1,125) kepada sindiket.Tambahnya, kejayaan ini merupakan satu usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.Jelasnya, kegiatan terbabit bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberi ancaman kepada keselamatan negara serta berpotensi meningkatkan risiko jenayah lain."Saya menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," ujarnya. |
|
Warga asing libas polis bantuan dengan parang ditahan Warga asing libas .. - Mygazette - 25/06 3:38 pm Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak agresif akibat pengaruhalkohol selain berlakuperselisihan faham dengan pihak pengurusan syarikat. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya danSeksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah |
|
Bayar RM350, guna MyKad orang lain taktik dapatkan kerja - Sinarharian - 25/06 10:59 am PELABUHAN KLANG - Bayaran sekitar RM350 untuk mendapatkan MyKad palsu selain menggunakan identiti individu lain bagi memperoleh pekerjaan antara taktik yang dibongkar menerusi Ops Kisar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah kilang memproses makanan segera di Pulau Indah di sini pada malam Rabu.Seorang wanita warga Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Yanti, 40, mendakwa, tidak mengetahui perbuatannya menggunakan kad pengenalan palsu merupakan satu kesalahan, sebaliknya dimaklumkan bahawa kaedah itu akan memudahkan urusannya sepanjang berada di negara ini."Saya tak tahu siapa yang buat kad pengenalan itu, saya cuma diberitahu kalau ada kad ini urusan saya lebih mudah."Saya ada pasport, tetapi telah tamat tempoh. Bila ada kad pengenalan ini saya rasa lebih selamat, saya kesal sebab tak tahu perbuatan ini satu kesalahan," katanya ketika ditemui di lokasi operasi.Dalam operasi sama, JPN turut membongkar taktik warga asing menggunakan identiti individu lain bagi mendapatkan pekerjaan.Difahamkan, mereka hanya perlu menunjukkan gambar MyKad yang telah diubah suai menerusi telefon bimbit sebelum didaftarkan sebagai pekerja tanpa semakan terhadap kad fizikal.Sinar Harian yang mengikuti operasi itu turut mendapati pelbagai alasan diberikan beberapa individu dipercayai warga asing yang dikesan menggunakan MyKad milik individu lain.Ada antara mereka mendakwa kad berkenaan dipinjam daripada saudara yang berada di negara ini.Sementara itu, Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, operasi dijalankan hasil risikan selama sebulan dengan penglibatan pegawai dan anggota JPN dari Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, selain disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Tenaga Kerja.Menurutnya, seramai 61 individu diperiksa, terdiri daripada 25 warga tempatan yang memiliki MyKad dan 36 individu ditahan kerana disyaki menggunakan MyKad palsu atau MyKad milik orang lain untuk bekerja."Daripada 36 tangkapan itu, 32 adalah wanita dan empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun yang merupakan warga Indonesia," katanya pada sidang akhbar di lokasi operasi.Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan beberapa modus operandi termasuk meminjam MyKad rakan tanpa sebarang bayaran, menggunakan MyKad milik individu lain dengan menukar gambar pemilik asal serta mendapatkan MyKad palsu yang dijual pada harga sekitar RM350 sekeping."Suspek dipercayai mengambil maklumat kad pengenalan, menukar gambar pemilik asal, kemudian menyimpan gambar kad itu dalam telefon sebelum menunjukkannya ketika proses pendaftaran pekerja."Kita juga mengesan penggunaan pasport yang telah tamat tempoh selain penyalahgunaan visa, yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang imigresen," katanya.Menurut beliau, terdapat juga kes individu menggunakan MyKad milik orang lain sepenuhnya, manakala sebahagian lagi hanya menukar gambar tetapi mengekalkan nama dan nombor kad pengenalan pemilik asal.Katanya, pegawai JPN akan merampas semua MyKad palsu yang ditemui bagi dijadikan bahan bukti untuk tujuan siasatan dan pendakwaan.Dalam pada itu, beliau mengingatkan majikan supaya tidak hanya bergantung kepada gambar dokumen yang dipaparkan melalui telefon bimbit ketika mengambil pekerja."Majikan perlu memastikan MyKad yang dikemukakan adalah kad fizikal dan benar-benar milik pemegangnya |
|
PATI cuba langgar pegawai Imigresen dengan MPV - Sinarharian - 24/06 8:53 pm SEREMBAN - Tindakan nekad seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba melanggar pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika serbuan di sebuah restoran di daerah ini pada malam Selasa tidak berhasil apabila berjaya dicekup.Ketika kejadian, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa JIM.Pengarah JIM Negeri Sembilan, Mohd Razip Yasin berkata, lelaki terbabit antara 31 PATI yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di 11 lokasi sekitar Tampin dan Seremban bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 9 malam pada Selasa."Semasa operasi dijalankan di sebuah restoran yang tular di media sosial, seorang warga asing telah bertindak cuba melarikan diri dengan bersikap agresif serta cuba melanggar pegawai penguatkuasa menggunakan sebuah kenderaan."Bagaimanapun, tindakan tersebut berjaya dipatahkan dan suspek berjaya ditahan oleh pasukan operasi,"katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, dalam cubaan melarikan diri, suspek turut mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelum berjaya diberkas.Ujarnya, hasil risikan juga mendapati suspek sentiasa berada di dalam kenderaan untuk mengelak dari ditahan pihak penguat kuasa."Operasi ini dilaksanakan berdasarkan aduan dan maklumat orang awam kepada JIM Negeri Sembilan serta risikan selama seminggu."Secara keseluruhan, seramai 84 warga asing diperiksa dan hasilnya seramai 31 PATI yang berumur antara 19 hingga 54 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,"katanya.Tambahnya, jumlah yang ditahan adalah 26 lelaki dan lima wanita membabitkan 15 lelaki warga Indonesia, seorang wanita Indonesia, dua lelaki warga Nepal, lima lelaki warga Vietnam, empat wanita warga Vietnam dan empat lelaki warga Bangladesh.Mohd Razip berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada pas dan dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar peruntukan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.Tegas beliau, pihaknya menyeru orang ramai agar tampil membuat laporan atau aduan bagi membantu usaha membanteras kebanjiran PATI di negara ini."Selain mengambil tindakan terhadap PATI, kami juga akan melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang didapati menggaji atau melindungi PATI, termasuk tindakan pendakwaan di mahkamah," katanya. |
|
4,008 Rohingya di Depot Tahanan Imigresen - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 24/06 5:17 pm KUALA LUMPUR - Seramai 4,008 pelarian Rohingya direkodkan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) seluruh Semenanjung Malaysia setakat ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data daripada program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bermula pada 1 Januari dengan pelaksanaan Fasa 1 turut merangkumi seorang masing-masing warga Sudan dan Syria."Keseluruhannya adalah seramai 4,010 orang, merangkumi 2,746 tahanan lelaki dewasa, 632 tahanan perempuan dewasa, 392 kanak-kanak lelaki dan 240 kanak-kanak perempuan."Tahanan dewasa akan dipindahkan secara berfasa ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS), Bidor, Perak yang mempunyai kapasiti operasi seramai 400 tahanan pada satu-satu masa bagi menjalani proses Penentuan Status Pelarian (PSP)," katanya.Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) yang disiarkan di laman web Parlimen.Saifuddin menjelaskan seramai 101 orang tahanan telah dipindahkan ke PPKPPS Bidor sehingga 31 Mei lalu."Daripada jumlah ini, seramai 78 individu diperakukan sebagai pelarian Program DPP."Proses pembebasan mereka akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen mengikut proses perundangan yang berkuat kuasa," katanya lagi.Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata, Fasa 2 pula membabitkan pendaftaran pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan individu yang mengaku sebagai pelarian di luar DTI.Katanya, fasa berkenaan dirancang bermula pada separuh kedua tahun ini."Proses akan dilaksanakan di pusat penentuan status pelarian yang akan diumumkan kelak."KDN menyasarkan proses pendaftaran ke atas golongan ini diselesaikan sepenuhnya pada 31 Disember 2029," katanya. |
|
1,156 individu ditahan terlibat judi haram di Kuala Lumpur - Sinarharian - 24/06 4:26 pm KUALA LUMPUR - Seramai 1,156 individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan pelbagai kegiatan perjudian haram menerusi 868 serbuan di sekitar ibu kota sejak 1 Januari hingga 23 Jun lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya turut merampas wang tunai keseluruhan berjumlah RM45,033 serta nilai pertaruhan mencecah RM96,878.58 dan HKK 32,799.75 (RM17327.23) dalam serbuan berkenaan."Operasi itu turut merangkumi 'Op Soga IV' yang dilancarkan khusus bagi membanteras aktiviti perjudian bola sepak sempena Piala Dunia FIFA 2026."Menerusi Op Soga IV sahaja, sebanyak 22 serbuan dilaksanakan dengan tangkapan seramai 24 orang serta rampasan wang tunai RM25,020, manakala nilai pertaruhan direkodkan sebanyak RM96,878.58 dan HKK 32,799.75," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.Fadil berkata, pihaknya turut menyita pelbagai peralatan elektronik termasuk dua unit komputer riba, sebuah monitor, 27 telefon bimbit, seunit iPad, dan 27 kad sim daripada sindiket pertaruhan bola sepak berkenaan.Sementara itu, Fadil berkata, tindakan terhadap perjudian dalam talian (online) mencatatkan statistik tertinggi dengan 322 serbuan dilakukan, sekali gus membawa kepada penahanan seramai 341 individu."Bagi kategori judi dalam talian ini, polis merampas wang tunai berjumlah RM1,015 bersama 336 unit telefon bimbit, 29 tablet, 10 modem, dan tiga unit router."Selain itu, bagi kegiatan judi nombor ekor haram, sebanyak 486 serbuan berjaya dilaksanakan yang mengakibatkan 487 individu ditahan bersama rampasan wang tunai RM4,886 serta 451 telefon bimbit dan 45 kertas pertaruhan,"katanya.Beliau berkata, operasi membanteras judi dalam bangunan pula menyaksikan 16 serbuan dijalankan dengan tangkapan seramai 146 orang serta rampasan pelbagai peralatan seperti daun terup, cip judi, batu mahjong, dan dadu."Bagi aktiviti judi luar bangunan, sebanyak satu serbuan dilakukan yang membawa kepada penahanan enam individu bersama wang tunai RM770."Selain itu, serbuan ke atas premis pusat panggilan (calling centre) yang disyaki menjalankan kegiatan haram mencatatkan 21 serbuan dengan penahanan 152 individu serta rampasan 58 komputer, 77 komputer riba, 218 telefon bimbit, dan pelbagai peralatan rangkaian,"katanya.Fadil berkata, kes disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang seperti Akta Pertaruhan 1953, Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Imigresen 1959."Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan demi membanteras jenayah dan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara."Orang awam dinasihatkan agar sentiasa menjauhi aktiviti perjudian serta berwaspada dengan taktik penipuan pusat panggilan, dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran,"katanya. |
|
Nak Renew Pasport? Imigresen Umum Penutupan Sementara 71 Kaunter Cawangan INI Mulai 26 Jun, Ramai Dijangka Terjejas - Siraplimau - 24/06 4:16 pm Beberapa cawangan kaunter perkhidmatan pasport akan ditutup sementara secara berperingkat dalam tempoh terdekat susulan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem oleh Jabatan Imigresen Malaysia |
|
Penuntut IPTS didakwa edar ganja lebih 14 kg di ICQS Bukit Kayu Hitam .. - Mygazette - 24/06 4:00 pm Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Ishvherr Singh, 25, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri. Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 14,630.76 gram di sekatan jalan raya Check Point (F), Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala laluan masuk ke Malaysia dari arah Thailand, pada 11.46 pagi 15 Jun lepas |
|
Minyak sawit dijual di pasaran gelap untuk pelincir tiruan terbongkar - Sinarharian - 24/06 9:11 am KLANG - Kegiatan menjual minyak sawit mentah di pasaran gelap untuk dijadikan bahan campuran minyak pelincir kenderaan tiruan serta digunakan dalam upacara keagamaan terbongkar menerusi serbuan sebuah premis di kawasan perindustrian Bandar Sultan Suleiman 2, Pelabuhan Klang pada Isnin.Serbuan kira-kira jam 1 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dengan kerjasama pegawai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Wilayah Tengah serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Klang Utara.Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Amanjit Singh berkata, serbuan tersebut membawa kepada penahanan dua lelaki berusia 48 dan 49 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah.Menurutnya, suspek pertama merupakan pemandu lori tangki warga tempatan manakala suspek kedua ialah warga Sri Lanka yang bekerja sebagai pembantu dalam proses pemindahan minyak sawit daripada lori tangki ke tong drum."Hasil pemeriksaan menemukan sebuah lori treler tangki bersaiz 40 kaki bersama cecair disyaki minyak sawit mentah berjumlah kira-kira 36,045 liter serta beberapa peralatan yang digunakan untuk aktiviti pemindahan minyak secara haram."Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM535,050," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati minyak sawit mentah berkenaan diperoleh daripada beberapa kilang pemprosesan kelapa sawit di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor sebelum dijual kepada pembeli di pasaran gelap."Pembeli terbabit terdiri daripada individu yang berbeza dan kebanyakannya beroperasi di sekitar Selangor."Minyak sawit mentah itu dipercayai dijual semula untuk dijadikan bahan campuran minyak pelincir kenderaan tiruan selain digunakan dalam upacara keagamaan tertentu," katanya.Amanjit berkata, suspek pertama dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu dan menerima gaji bulanan kira-kira RM3,000 sebagai pemandu lori."Suspek juga dipercayai memperoleh bayaran tambahan sebanyak RM35 bagi setiap 15 liter minyak sawit mentah yang berjaya dijual secara haram."Suspek kedua dipercayai telah bekerja di lokasi terbabit selama lapan bulan dengan menerima gaji bulanan RM1,700 sebagai pekerja yang mengendalikan proses pemindahan minyak daripada lori tangki ke tong drum," katanya.Beliau berkata, kedua-dua suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan MPOB Wilayah Tengah untuk tindakan lanjut.Katanya, kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan Akta Imigresen 1959/63.Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis berhubung sebarang aktiviti menyalahi undang-undang bagi membantu usaha penguatkuasaan dan pencegahan jenayah. |
|
JIM Tutup Sementara Kaunter Pasport Di 71 Cawangan Secara Berfasa Mulai 26 Jun - Siakapkeli - 24/06 12:27 am JIM Tutup Sementara Kaunter Pasport Di 71 Cawangan Secara Berfasa Mulai 26 Jun. PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menutup |
|
AKPS tak hakis kuasa Sabah, KDN sedia pinda akta jika perlu... - Mygazette - 23/06 5:35 pm Tiga jaminan utama diberikan iaitu AKPS tidak menghakis kuasa negeri, tidak melibatkan sumber manusia kerajaan negeri serta tidak mengambil hasil yang menjadi hak negeri di pintu masuk sempadan, katanya. Menurut Saifuddin, Sabah kini sedang mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan termasuk melibatkan beberapa pintu masuk kekal di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) |
|
42 pelayan, tukang masak restoran warga asing ditahan - Mygazette - 23/06 8:02 am # 42 pelayan, tukang masak restoran warga asing ditahan JOHOR BAHRU Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seramai 42 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen selepas melakukan serbuan di tiga buah restoran sekitar daerah ini pada Jumaat lalu |
|
Kahwin wanita tempatan untuk lesen perniagaan semakin membimbangkan di .. - Mygazette - 23/06 8:02 am Jelasnya, kes sedemikian dikesan berlaku di beberapa kawasan tumpuan peniaga terutama di Sungai Rasau dan Seksyen 15 Shah Alam. Bagaimanapun Suee Lim memberi jaminan kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan jabatan imigresen dan agensi yang berkaitan untuk membanteras isu tersebut |
|
PGA tumpaskan kegiatan penyeludupan migran, 10 individu ditahan di Tumpat - Mygazette - 23/06 8:02 am Siasatan awal mendapati kesemua warga asing terbabit dipercayai memasuki Malaysia untuk menjalankan kegiatan penipuan dalam talian, katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 |
|
Tekong darat warga Thailand positif dadah bawa sembilan PATI ditahan - Sinarharian - 22/06 6:28 pm TUMPAT - Tindakan seorang lelaki Thailand mengundurkan kereta bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan Pasukan Gerakan Am (PGA) gagal selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum dia ditahan bersama sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian.Lebih mencurigakan, pemeriksaan ke atas kumpulan itu menemukan 22 telefon bimbit dan sebuah komputer riba yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti scammer.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 6.30 pagi Isnin di Jalan Kampung Kubang Bemban, Pengkalan Kubor di sini menerusi Op Taring Wawasan.Menurut beliau, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 8 PGA yang menjalankan rondaan mengesan sebuah Honda Accord berwarna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan parit air kampung berkenaan."Sebaik menyedari kehadiran pasukan PGA, pemandu kenderaan itu bertindak mengundurkan kereta untuk melarikan diri sebelum terbabas ke dalam semak berhampiran."Suspek enggan keluar dan mengunci pintu dari dalam menyebabkan anggota terpaksa memecahkan cermin sebelah kanan kenderaan sebelum berlaku sedikit pergelutan ketika tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ujar beliau, pemandu berusia 25 tahun itu merupakan warga Thailand dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam kereta berkenaan menemukan tujuh lelaki serta dua wanita warga asing terdiri daripada warga China dan Myanmar."Hanya seorang daripada mereka mengemukakan pasport China namun tanpa cop kemasukan yang sah, manakala yang lain gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan."Mereka dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tidak sah," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal turut mendapati pemandu terbabit mengaku terlibat dalam kegiatan membawa migran sejak Januari lalu."Suspek mendakwa menerima upah RM150 bagi setiap migran yang dibawa dari kawasan Sungai Golok ke Stesen Bas Kota Bharu."Dia juga mengaku memperoleh kereta yang digunakan itu daripada seorang individu tidak dikenali di Kota Bharu pada harga RM9,000," katanya.Menurut beliau, pihaknya turut merampas sembilan telefon bimbit pelbagai model dan sebuah komputer riba daripada salah seorang warga asing yang ditahan."Jumlah telefon yang banyak serta peralatan elektronik dirampas menimbulkan syak bahawa kumpulan ini mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan dalam talian."Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat," katanya.Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya turut merampas sebuah Honda Accord, 22 telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah beg komputer riba, pasport China dan kad pengenalan Thailand dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM77,100. |
|
Sindiket bekal kad sim, telefon kepada scammer tumpas - Sinarharian - 22/06 5:19 pm IPOH - Polis Perak menumpaskan satu sindiket yang dipercayai membekalkan telefon bimbit dan kad sim kepada sindiket penipuan dalam talian menerusi serbuan di sebuah kondominium di Bandar Baru Medan Ipoh di sini pada 19 Jun lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak pada jam 1.20 tengah hari itu berjaya menahan tiga individu terdiri daripada seorang wanita tempatan dan dua warga China.Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 58 tahun dan dipercayai terlibat dalam aktiviti membekalkan peralatan komunikasi kepada sindiket penipuan atas talian."Hasil serbuan, polis merampas 1,335 keping kad sim pelbagai syarikat telekomunikasi, 554 kad berwarna putih mengandungi mikrocip, 409 unit telefon bimbit, tiga komputer riba, lima peranti sim box, dua unit CPU, dua set monitor, sebuah router dan sebuah kenderaan jenis Jeep."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM310,400," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.Mohd Alwi berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif sejak awal tahun ini dan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500 bagi setiap unit telefon bimbit bersama kad sim yang dibekalkan kepada sindiket penipuan.Menurutnya, wanita tempatan yang ditahan direman sehari bagi membantu siasatan manakala dua warga China direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120 (b) Kanun Keseksaan."Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, dikenakan sebatan dan denda," katanya.Mohd Alwi berkata, sindiket penipuan atas talian sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan rangkaian bagi mengaburi pihak berkuasa, namun polis akan terus mengambil tindakan proaktif bagi membanteras kegiatan tersebut.Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam membantu sindiket sama ada melalui penyewaan premis atau pembekalan peralatan komunikasi. |
|
Polis buru dua lelaki bantu siasatan kes bunuh - Sinarharian - 22/06 1:49 pm GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang sedang mengesan dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar bagi membantu siasatan berkaitan dua kes pembunuhan yang berlaku di negeri ini.Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang berkata, individu berkenaan ialah Hein Min Zaw, warga Myanmar yang memegang pasport bernombor MH120232 dan seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Ong Wei Hao, 42.Menurutnya, Hein Min Zaw dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan melibatkan seorang lelaki warga Myanmar yang ditemukan maut di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat pada 5 April lalu.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hein Min Zaw diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Muazzam Syaaban di talian 017-4825017," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Menurut kenyataan itu, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 53 tahun yang bekerja di sebuah kilang ditemukan terbaring di tepi jalan dengan kesan tikaman pada bahagian rusuk."Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang individu yang dimaklumkan oleh suspek sebelum laporan dibuat kira-kira jam 10.50 malam."Hasil siasatan dan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tikaman yang menembusi jantung," ujarnya.Sementara itu, JSJN Pulau Pinang berkata, polis turut mengesan Ong Wei Hao bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh pada 9 Oktober tahun lalu.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Hasryman di talian 011-63319773."Semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati tiada rekod pergerakan keluar negara melibatkan suspek selain identitinya juga tidak dikesan digunakan dalam sebarang urusan termasuk melalui sistem BUDI95."Dalam kes itu, mangsa yang dikenali sebagai Lee Boon Han, 31 ditemukan dengan kecederaan pada leher, kedua-dua tangan diikat serta kepala disarungkan plastik."Polis menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut pada jam 1.46 tengah hari sebelum siasatan di lokasi mengesahkan mangsa ditemui di dalam bagasi yang ditinggalkan di kawasan belakang flat berkenaan."Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat sesak nafas," ujarnya lagi. |
|
Agong perkenan 8 akta dilulus pada sidang Parlimen lepas - Speaker - Sinarharian - 22/06 10:48 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan lapan akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 pada 19 Januari hingga 3 Mac lepas.Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, sebelum sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan bermula pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Akta diperkenankan adalah Akta Perolehan Kerajaan 2025, Akta Imigresen (Pindaan) 2025, Akta Pasport (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-Undang (RUU) Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.Seri Paduka Baginda turut memperkenankan Akta Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura 2026, Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026, Akta Kualiti Alam Sekiling (Pindaan) 2026 dan Akta Perbekalan Tambahan (2025) 2026.Sementara itu, Johari dalam pemasyhurannya memaklumkan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 telah dipersetujui oleh Dewan Negara, namun dengan pindaan kepada Fasal 11.Sehubunganitu, Johari mahu pindaan tersebutterus dipertimbangkan Dewan Rakyat pada satu tarikhyang akan ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat."Saya telah menimbangkan pindaan itu di bawah Peraturan Mesyuarat 73 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan saya mendapati bahawa pindaan itu menepati tujuan dewan ini dan hanya melibatkan pindaan satu fasal sahaja."Oleh demikian, saya dengan ini memaklumkan kepada majlis (Dewan Rakyat) akan hal itu dan memohon majlis memerintahkan supaya pindaan itu terus dipertimbangkan oleh majlis pada satu hari yang ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat," katanya.Sementaraitu, Johari memaklumkanWaktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Selasa dan Khamis akan dijawab oleh menteri berkenaanmemandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Pre-Council Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu ini.Johari turut mengingatkan Ahli Dewan Rakyat supayamemaklumkan kepada beliau atau Setiausaha Dewan Rakyat sekiranya mereka tidak dapat hadir persidangan Parlimen atas faktor tertentu seperti urusan rasmi, isu kesihatan mahupun urusan peribadi."Hal ini bagi memastikan rakyat tidak menganggap Ahli-ahli Yang Berhormat ponteng semasa sidang Dewan Rakyat," katanya.Yang Dipertua Dewan Rakyat juga menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berikutan pemergian suaminya pada Khamis lepas, selainturut mendoakan kesejahteraanAhli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini |
|
39 ‘wanted person’ antara 349 individu ditahan dalam Op Cantas .. - Mygazette - 22/06 7:46 am Tambahnya, penahahan melibatkan 280 orang lelaki dan 69 wanita berumur lingkungan 20 hingga 83 tahun atas pelbagai kesalahan jenayah manakala 85 lagi terdiri daripada warga asing. Menurut beliau, siasatan dijalankan merangkumi pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63, Akta Peniaga Sekendhend 1946, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 |
|
Dera: Lima termasuk majikan, pembantu rumah didakwa esok - Mygazette - 22/06 7:46 am "Semua suspek warga tempatan dan warga asing akan dituduh di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok," jelasnya. Ab Rahaman berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 terhadap pihak majikan dan pembantu rumah dalam kes terbabit dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor selepas laporan dari pihak Jabatan Imigresen Malaysia diperlolehi.- MalaysiaGazette |
|
Op Cantas Bersepadu: 349 individu termasuk orang dikehendaki diberkas di Selangor - Sinarharian - 21/06 10:58 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan349 individu dalam 235serbuan dan pemeriksaan menerusiOp Cantas Bersepadu di premis perniagaan, kediaman sertatapak projek pembinaan di Selangor.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kesemua yang ditahan dalam operasi selama empat hari bermula Khamis lepas itu terdiri daripada280lelaki dan 69wanita berumurlingkungan 20 hingga 83 tahun, termasuk 85warga asing."Limadaripada yang ditahan berada dalam senaraiorang dikehendaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (lLangkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)manakala 34 lagi dikehendaki bagi kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, siasatan dijalankan terhadap 349 individu itumerangkumi pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63, Akta Peniaga Sekendhend 1946, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.Kumar berkata, operasi terbabit yang dilaksanakan dengankerjasama strategik JSJ, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman,Jabatan Imigresen Malaysia sertapihak berkuasa tempatan itumemfokuskan kepada tindakan mengesan dan menangkap individu disenaraikan sebagai orang dikehendaki.Beliau berkata, operasi turut menyasarkan usaha mengesan kumpulan jenayah terancang yang dikenal pasti termasuk melumpuhkan sumber kewangan melalui tindakan penguatkuasaanterhadap premis disyaki menjadi sumber pembiayaan kegiatan kumpulan.Kumarberkata, dalam operasi sama, duapusat hiburan yang diperiksa didapati telah beroperasi tanpa lesen hiburanmanakala 13premis perniagaan dipercayai menggajikan pekerja warga asing tanpa pas atau permit yang sah."Tindakan kompaun telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap pemilikperniagaan yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan lesen," katanya.Kejayaan operasi itu, katanya, membuktikan komitmen berterusan pihak polis dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah, khususnya melibatkan aktiviti jenayah terancang menerusi kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan.Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah bagi membantu memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasandemi kesejahteraan masyarakat |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |