///
See Also: Shutterstock

Search : Hakim News   Page 1    



Lelaki 73 tahun didakwa amang seksual murid 8, 10 tahun dalam... - Mygazette - 30/06 4:45 pm

# Lelaki 73 tahun didakwa amang seksual murid 8, 10 tahun dalam stor masjid MELAKA - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan berusia lapan dan 10 tahun di sebuah stor masjid di Semabok di sini minggu lalu. Tertuduh, Aziz Mohammad @ Teh Eng Guan, 73, membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin





“Saya hormati keputusan mahkamah,” kata Syed Saddiq - Mygazette - 30/06 4:45 pm

# "Saya hormati keputusan mahkamah," kata Syed Saddiq PUTRAJAYA - Syed Saddiq Abdul Rahman menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan susulan penangguhan keputusan rayuan pendakwaan terhadapnya pada 13 Julai depan. Ahli Parlimen Muar itu berkata, isu berkaitan kesihatan melibatkan salah seorang panel hakim adalah di luar jangka





Keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai, hakim bercuti sakit - Mygazette - 30/06 4:45 pm

# Keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai, hakim bercuti sakit PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menangguhkan sehingga 13 Julai ini keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan salah seorang hakim yang menganggotai panel itu, bercuti sakit hari ini dan esok





Bebas atau penjara, nasib politik Syed Saddiq ditentukan mahkamah - Mygazette - 30/06 4:45 pm

# Bebas atau penjara, nasib politik Syed Saddiq ditentukan mahkamah PUTRAJAYA - Selepas menunggu hampir lima tahun, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengetahui hari ini sama ada beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Muar apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan pendakwaaan terhadap pembebasannya. Sama ada keputusan sebulat suara atau majoriti 2-1, penghakiman mahkamah tertinggi negara akan menentukan hala tuju karier politik Ahli Parlimen Muar itu





Suri rumah dipenjara 17 tahun, sebabkan kematian anak angkat 7 bulan - Sinarharian - 30/06 4:09 pm

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kematian anak angkat perempuannya dengan mencubit, menampar dan menggigit mangsa sehingga lebam pada muka dan keseluruhan badannya, tahun lepas.Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Subrina Imran, 39, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 31 Julai 2025.Wanita terbabit didakwa menyebabkan kematian bayi perempuan berusia tujuh bulan itu di sebuah unit kondominium di Jalan Sri Permaisuri, Cheras, di sini pada 10 malam, 29 Julai 2025 sehingga 7 pagi, 30 Julai 2025.Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan suami kepada tertuduh bahawa anak angkatnya tidak sedarkan diri





Penjawat awam tak mengaku amang seksual fizikal dua anak perempuan - Sinarharian - 30/06 2:24 pm

MELAKA Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 10 dan 12 tahun antara Februari hingga April lalu.Tertuduh berusia 39 tahun membuat pengakuan itu terhadap tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Melaka Tengah, kira-kira jam 8 pagi pada pertengahan Februari lalu.Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi anak perempuannya yang berusia 12 tahun di lokasi sama, kira-kira jam 8 pagi pada 29 April lalu.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif memohon mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.Bagaimanapun, peguam bela, Quek Kia Ping memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan sekitar RM2,000 ke RM3,000 sebulan.Menurutnya, abang tertuduh yang menjadi penjamin hanya bekerja sebagai juruteknik berpendapatan sekitar RM3,000 serta mempunyai tanggungan keluarga, selain wang jaminan yang akan digunakan adalah hasil pinjaman daripada ahli keluarga.Beliau turut memaklumkan tertuduh kini tidak lagi tinggal bersama mangsa, sebaliknya menetap bersama bapanya.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM24,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan.Mahkamah menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.





'Saya akan sentiasa berada di belakangnya' - Bella harap Syed Saddiq tabah - Sinarharian - 30/06 1:18 pm

PUTRAJAYA Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menzahirkan sokongan berterusan terhadap tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan penangguhan keputusan rayuan pendakwaan di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, beliau akan sentiasa berada di belakang Syed Saddiq dan berharap beliau kekal tabah menghadapi ujian yang dilalui ketika ini."Semoga dia tabah, insya-ALLAH, saya akan sentiasa berada di belakangnya," katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah di sini pada Selasa.Mengulas penangguhan keputusan itu, Bella berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat mahkamah meskipun tidak menjangkakan perkembangan berkenaan."Kita menghormati keputusan mahkamah, ada perkara yang kita tidak boleh jangkakan, apa pun kita doa yang terbaik," katanya.Terdahulu, keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq yang dijadualkan diputuskan pada Selasa ditangguhkan ke 13 Julai.Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais memaklumkan keputusan itu tidak dapat disampaikan selepas seorang lagi anggota panel, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.Sebelum ini, mahkamah menetapkan 30 Jun untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).Keputusan tersebut akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan itu kekal bebas atau kembali berdepan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.





Warga emas tak mengaku amang seksual fizikal dua kanak-kanak dalam stor masjid - Sinarharian - 30/06 12:59 am

MELAKA - Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Selasa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan lapan tahun, bulan ini.Tertuduh, Aziz Mohammad @ Teh Eng Guan,73, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut terhadap mangsa berusia 10 tahun di dalam bilik stor sebuah masjid di Semabok, sekitar jam 1.05 tengah hari pada 15 Jun lalu.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di lokasi sama, sekitar jam 1.05 tengah hari pada 22 Jun lalu.Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif mencadangkan jaminan RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Bagaimanapun, peguam bela, Amritpal Singh, memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih menanggung seorang anak perempuan autisme selain tertuduh turut menghidap penyakit kencing manis kronik yang memerlukan rawatan berterusan.Menurutnya, tertuduh tiada pendapatan tetap hanya tinggal dan membantu menguruskan masjid berkenaan, manakala keluarganya hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.





Berita Palsu: Peniaga Durian Didakwa Kongsi Hantaran Tak Benar Bekalan .. - Wrlr - 30/06 12:43 am

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan. Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM7,000 dan 5 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen





“Saya boleh tunggu lagi” – Keputusan Rayuan Pembebasan Ditangguh, Ini Respon Syed Saddiq - Lobakmerah - 30/06 12:17 am

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menangguhkan keputusan akhir rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya pada 13 Julai depan. Syed Saddiq berkata, walaupun mengharapkan kesnya yang berlarutan sejak enam tahun lalu berakhir hari ini, beliau menghormati keputusan mahkamah susulan salah seorang panel hakim mengambil cuti sakit





Muat naik hantaran palsu, peniaga durian berdepan denda RM500,000 - Sinarharian - 30/06 12:05 am

SEPANG - Seorang peniaga durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyendi sinihari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran palsu berkaitan dakwaan penjualan 52 juta liter bahan api ke Filipina menerusi akaun Facebook miliknya, April lepas.Nurhafizul Badrul Hisham, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwamembuat dan memulakan hantaran komunikasi dengan niat menyakiti hati orang lain di Facebook menerusi akaun "Nurhafizul Badrul Hisham" pada 12 April.Hantaran itu kemudian dilihat di Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya pada 6.48 pagi13 April.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) aktasamayang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjaradua tahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa MCMC, Mohd Farhan Kamarudin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada bapa dua anak itu.Peguam Muhammad Nazrul Hakim Md Nazirmemohon jaminan rendah iaitu RM5,000 kerana anak guamnya berniaga durian dengan pendapatan tidak tetap selain menanggung isteri yang tidak bekerja."OKS mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga dan lima tahun serta menjaga ayah berusia 96 tahun yang menghidap strok dan ibu berumur 65 tahun,"katanya.Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Ogos untuk sebutan semula kes.Nurhafizul membayar jaminan itu.- Bernama





“Keputusan Dah Ada Tapi Belum Sedia Diumumkan” – Peguam YB Syed Saddiq - Beautifulnara - 30/06 12:02 am

Keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sepatutnya diumumkan di Mahkamah Persekutuan hari ini ditangguhkan ke 13 Julai depan. Peguam yang mewakili Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa panel hakim sebenarnya sudah mencapai keputusan, namun ia tidak dapat diumumkan susulan ketidakhadiran […] The post Keputusan Dah Ada Tapi Belum Sedia Diumumkan Peguam YB Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Pendakwaan rayu semua bersabar, doakan kesihatan hakim - Sinarharian - 30/06 11:48 am

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan kes rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan danaAngkatan Bersatu Anak Muda (Armada) memohon semua pihak bersabar dan mendoakan kesihatan Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, situasi sedemikian bukan sesuatu yang lazim berlaku dalam prosiding mahkamah, namun ia boleh berlaku dalam keadaan tertentu."Semoga Datuk Che Mohd Ruzima segera sembuh





“Isu Kesihatan Kadangkala Di Luar Kawalan” – Syed Saddiq Akur Tunggu Dua Minggu Lagi - Ohmedia - 30/06 11:31 am

Syed Saddiq akur keputusan rayuan ditangguh ke 13 Julai susulan isu kesihatan panel hakim





Reaksi Syed Saddiq Selepas Keputusan Kes Rayuan Ditangguhkan – “Sukar Untuk Saya Komen, Sudah 6 Tahun Saya Berjuang” - Beautifulnara - 30/06 10:21 am

Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditangguhkan kepada 13 Julai ini. Perkara itu dimaklumkan oleh hakim, Datuk Seri Abu Bakar Jais susulan seorang panel hakim, Datuk […] The post Reaksi Syed Saddiq Selepas Keputusan Kes Rayuan Ditangguhkan Sukar Untuk Saya Komen, Sudah 6 Tahun Saya Berjuang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan kes Syed Saddiq - Mkini - 30/06 9:54 am

Salah seorang hakim yang mempengerusikan kes tidak dapat hadir kerana tidak sihat.





(TERKINI) Keputusan Rayuan Kes Penyelewengan Dana ARMADA Syed Saddiq - Beautifulnara - 30/06 9:52 am

Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmanditangguhkan kepada 13 Julai ini. Perkara itu dimaklumkan hakim, Datuk Seri Abu Bakar Jais susulan seorang panel hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Razali sedang cuti sakit pada hari ini dan esok





Keputusan Rayuan Akhir Syed Saddiq Ditangguh, Salah Seorang Panel Hakim Tidak Sihat - Ohmedia - 30/06 9:52 am

Keputusan rayuan akhir Syed Saddiq ditangguh ke 13 Julai. The post Keputusan Rayuan Akhir Syed Saddiq Ditangguh, Salah Seorang Panel Hakim Tidak Sihat appeared first on Oh! Media .





Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan pembebasan Syed Saddiq ke 13 Julai - FMT - 30/06 9:49 am

Hakim Abu Bakar Jais berkata tidak wajar keputusan disampaikan hari ini tanpa kehadiran penuh panel hakim yang mendengar rayuan tersebut.





Hakim cuti sakit, keputusan rayuan akhir kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai - Hmetro - 30/06 9:48 am

Putrajaya: Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditangguh pada 13 Julai nanti





Hakim sakit, keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq tangguh 13 Julai - Sinarharian - 30/06 9:45 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Penantian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengetahui nasibnya di Mahkamah Persekutuan di sini tidak kesampaian apabila keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya yang dijadual pada Selasa terpaksa ditangguhkan ke 13 Julai depan.Penangguhan itu berlaku selepas seorang daripada panel tiga hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali tidak dapat menghadiri prosiding kerana tidak sihat dan diberi sijil cuti sakit selama dua hari.ARTIKEL BERKAITAN: Doakan Syed Saddiq - BellaSyed Saddiq tiba di mahkamah dengan senyuman untuk keputusan rayuan akhir'Saya tak pernah minta jalan pintas' - Syed Saddiq pertahankan nama, prinsip dan maruahPresiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mengetuai panel berkata, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah hadir di mahkamah, namun Che Mohd Ruzima tidak bersama mereka."Kami dimaklumkan beliau tidak sihat dan bercuti rehat untuk hari ini dan esok, maka dalam keadaan ini kami tidak dapat memberikan keputusan kerana merasakan ia tidak wajar untuk disampaikan tanpa kehadiran seorang lagi ahli panel."Kami sebenarnya telah bersedia dengan keputusan, malangnya keadaan berkenaan berlaku hari ini (Selasa), susulan itu panel menetapkan keputusan disampaikan pada 13 Julai," katanya ketika prosiding pada Selasa.Abu Bakar berkata, panel hakim telah memuktamadkan keputusan rayuan berkenaan dan bersedia untuk membacakannya, namun pengumuman itu terpaksa ditangguhkan susulan keadaan yang tidak dapat dielakkan.Hakim Abu Bakar berkata, mahkamah telah dimaklumkan mengenai keadaan Che Ruzima, pada lewat petang Isnin





Syed Saddiq tiba di mahkamah dengan senyuman untuk keputusan rayuan akhir - Sinarharian - 30/06 9:04 am

PUTRAJAYA Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa dengan disambut ahli keluarga serta beberapa pimpinan parti politik.Beliau yang memakai sut berwarna hitam tiba kira-kira jam 8.50 pagi dalam keadaan tenang dan kelihatan tersenyum sebelum memasuki kawasan mahkamah.Syed Saddiq sempat bersalaman dengan ibu bapanya serta beberapa individu yang hadir, selain melambai ke arah pengamal media yang menunggu sejak awal pagi.Turut kelihatan hadir ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir; bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan beberapa individu lain.Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.





Syed Saddiq arrives at Palace of Justice for final decision in Armada funds case - Sinardaily - 30/06 9:01 am

PUTRAJAYA - Muar Member of Parliament (MP) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman arrived at the Palace of Justice today to hear the Federal Courts decision on whether he will remain acquitted or face the reinstatement of his conviction and sentence over four charges involving alleged misuse of Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) funds.Syed Saddiq, 33, arrived at 8.50am, accompanied by his mother, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz and fiance, actress Bella Astillah.A three-judge Federal Court panel comprising Court of Appeal President Datuk Seri Abu Bakar Jais and judges Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali and Datuk Collin Lawrence Sequerah is scheduled to deliver the prosecutions final appeal decision at 9am.On June 25, 2025, the Court of Appeal acquitted and discharged Syed Saddiq after allowing his appeal to overturn the High Courts earlier decision, which had sentenced him to seven years imprisonment, two strokes of the cane and a RM10 million fine.The Attorney Generals Chambers subsequently filed an appeal to the Federal Court.Syed Saddiq was charged with abetting Rafiq Hakim Razali, who was then Armadas assistant treasurer, to commit criminal breach of trust involving RM1 million from Armada funds at CIMB Bank Berhad, KL Sentral, on March 6, 2020.The charge was framed under Section 406 of the Penal Code, which provides for a prison sentence of up to 10 years, whipping and a fine upon conviction.He was also charged with misappropriating RM120,000 allegedly belonging to Armada Bumi Bersatu Enterprise under Section 403 of the Penal Code, which carries a jail term of between six months and five years, whipping, and a fine.In addition, Syed Saddiq was charged with two counts of money laundering involving transfers of RM50,000 each into his Amanah Saham Bumiputera account.The charges were brought under Section 4(1)(b) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, which provides for imprisonment of up to 15 years and a fine of up to five times the value of the amount involved upon conviction





Syed Saddiq kekal Ahli Parlimen atau ke penjara? - Sinarharian - 30/06 8:25 am

PUTRAJAYA Penantian hampir lima tahun akan berakhir kurang beberapa jam sahaja lagi, apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengetahui sama ada kekal sebagai wakil rakyat atau berdepan hukuman penjara susulan keputusan rayuan akhir pendakwaan di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.Penghakiman mahkamah tertinggi negara itu bukan sahaja menentukan nasib rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya atas empat pertuduhan yang dihadapinya, malah boleh menjadi titik perubahan paling besar dalam karier politik bekas Ketua Armada Bersatu berkenaan.Menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang tidak layak menjadi calon pilihan raya sekiranya dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya





Doakan Syed Saddiq - Bella - Sinarharian - 30/06 8:11 am

PUTRAJAYA - Tunang Ahli Parlimen Muar, Bella Astillah tiba di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa bagi mengikutikeputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).Pelakon dan penyanyi yang memakai baju kurung berwarna kuning, tiba jam 7.55 pagi sambil tersenyum manis dengan ditemani ahli keluarganya."Doakan," kata pelakon berusia 33 tahun itu ketika ditanya media mengenai harapan berhubung keputusan kes berkenaan.Beliau kemudiannya menuju kamar mahkamah untuk bertemu dengan ibu bapa Syed Saddiq, yang terlebih dahulu tibajam 7 pagi.Nasib Syed Saddiq bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) bakal ditentukan pagi ini.Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.





“Dulu Dia Tak Mampu, Sekarang Dah Jutawan” – Abby Abadi Jelaskan Sebab Baru Tuntut Nafkah Anak Daripada Norman Hakim - Vocket - 30/06 5:16 am

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, menjelaskan bahawa dia tidak pernah menuntut nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim, ketika anak-anak mereka masih kecil kerana memahami keadaan..





Saya Tak Pernah Minta Nafkah Masa Anak-Anak Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu - Rotikaya - 30/06 4:15 am

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkata mendakwa dia tidak pernah menuntut nafkah ketika anak-anaknya masih kecil kerana memahami bekas suaminya, Norman Hakim ketika itu tidak berkemampuan





'Saya tak pernah minta jalan pintas' - Syed Saddiq pertahankan nama, prinsip dan maruah - Sinarharian - 29/06 11:09 pm

I dared to fight because my conscience is clear, saya tahu kebenaran mesti dipertahankan walaupun jalannya panjang, pedih dan kadang-kadang sunyi," katanya pada Isnin.Beliau berkata, apa yang dihadapinya bukan sekadar mengenai dirinya semata-mata, sebaliknya membabitkan soal keadilan dan masa depan negara.Menurutnya, Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang memberi ruang kepada golongan muda bersuara tanpa rasa takut ditekan, selain memastikan keadilan tidak memilih pangkat, parti atau kuasa."Saya mohon satu perkara kepada rakyat Malaysia, jangan putus asa dengan negara ini, terus bersuara, terus melawan kebatilan dan terus mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa berdiri seorang diri."Saya sudah berjuang sehabis baik. Saya sudah mempertahankan kebenaran dengan segala kudrat."Kini saya serahkan seluruhnya kepada ALLAH SWT kerana selepas manusia berusaha, ALLAH ialah sebaik-baik penentu," katanya.Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.Jika panel hakim membenarkan rayuan pendakwaan, bekas Ketua Armada Bersatu itu akan disabitkan semula atas empat kes terbabit dan dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023 lalu.Sekiranya panel mengambil langkah berbeza dengan menolak rayuan itu, Syed Saddiq bakal menikmati pembebasan yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada tahun lalu.Sepanjang prosiding rayuan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.Sementara Syed Saddiq diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.





Final appeal: Defence confident Syed Saddiq will remain acquitted - Sinardaily - 29/06 5:18 pm

PUTRAJAYA - As the country awaits a ruling that will determine the political future of Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, the prosecution says it has fulfilled its responsibilities to the best of its ability.Deputy public prosecutor Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin said the prosecution had carried out its duties with the utmost commitment in the interest of justice."We have done our best. Whether we win, lose, or whatever the outcome may be, we leave it to the court," he said when asked about the prosecution's final appeal against the acquittal of the 34-year-old politician.Wan Shaharuddin led the prosecution team alongside deputy public prosecutors Datuk Ahmad Akram Gharib and Farah Ezlin Yusop Khan.Meanwhile, Syed Saddiq's counsel Datuk Hisyam Teh Poh Teik expressed confidence that the Federal Court would rule in favour of his client.He said his optimism was based on the facts of the case and the clear provisions of the law."It is also my view that the prosecution's appeal lacks merit and should therefore be dismissed."Furthermore, the Court of Appeal has already delivered a very strong judgment," he said.The fate of the former youth and sports minister who faces four charges involving criminal breach of trust (CBT), misappropriation of property and money laundering under the Anti-Money Laundering Act (AMLA), will be decided by the Federal Court, tomorrow.The closely watched decision will determine whether Syed Saddiq remains acquitted or whether his conviction and sentence of seven years' imprisonment, two strokes of the cane and a RM10 million fine will be reinstated.A three-member Federal Court bench, chaired by Court of Appeal president Datuk Seri Abu Bakar Jais and comprising Federal Court judges Datuk Che Mohd Ruzima Razali and Datuk Collin Lawrence Sequerah, is scheduled to deliver its verdict after hearing submissions from both parties.The proceedings mark the prosecution's final avenue of appeal, with Syed Saddiq appearing as the respondent.Syed Saddiq was charged with conspiring with Rafiq Hakim Razali, who was then Armada's assistant treasurer, to commit CBT involving RM1 million of Armada's funds at CIMB Bank Berhad, KL Sentral, on March 6, 2020.The charge was brought under Section 406 of the Penal Code, which carries a maximum penalty of ten years' imprisonment, caning and a fine.He also faced a charge of misappropriating RM120,000 belonging to Armada Bumi Bersatu Enterprise under Section 403 of the Penal Code, which provides for imprisonment of between six months and five years, caning and a fine.Syed Saddiq was accused of committing two money laundering transactions by transferring RM50,000 into his Amanah Saham Bumiputera account.These charges were brought under Section 4(1)(b) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, which carries a maximum penalty of fifteen years' imprisonment and a fine of up to five times the value of the proceeds involved.





Saman 1MDB terhadap Rosmah belum ke perbicaraan, mahkamah tunggu hakim baharu - FMT - 29/06 5:15 pm

Pengurusan kes ditetapkan minggu depan, dengan mahkamah dijangka memberi perkembangan dan arahan lanjut berhubung hala tuju saman itu.





Penangguhan ditolak, Fathul Bari dan dua yang lain kena bayar RM492,480 - Mygazette - 29/06 4:28 pm

Mereka telah memfailkan rayuan akhir ke Mahkamah Rayuan pada 8 Januari lalu. Hakim Leong Wai Hong berpuas hati, ketiga-tiganya selaku defendan gagal membuktikan wujudnya keadaan khas untuk mengggantung pelaksanaan penghakiman berbentuk wang





“Saya Tak Pernah Tuntut Nafkah Waktu Anak-Anak Kecil Sebab Tahu Norman Tak Mampu” – Abby Abadi - Beautifulnara - 29/06 4:15 pm

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendakwa dia tidak pernah menuntut nafkah ketika anak-anaknya masih kecil kerana memahami keadaan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ketika itu belum berkemampuan





Calon MUDA DUN Maharani janji hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq - Sinarharian - 29/06 3:47 pm

MUAR Kesibukan berkempen tidak menghalang calon MUDA Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Muhammad Amir Fikri Mustapha untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Beliau yang lebih dikenali sebagai Amir Jack berkata, 30 Jun merupakan hari yang amat penting buat Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Rayuan akhir pendakwaan: Peguam yakin Syed Saddiq bebas"Walaupun sekarang musim pilihan raya dan saya sibuk berkempen sebab menjadi calon, saya ambil keputusan untuk hadir sebagai tanda sokongan."Jadi kepada Syed Saddiq, sahabat baik saya, walaupun anda menghadapi kes ini agak panjang sejak 2020, tetapi percayalah bahawa sokongan dan doa daripada rakyat Malaysia akan sentiasa mengiringi."Untuk Syed Saddiq, walaupun nama anda SS, tetapi percayalah anda tidak 'sorang-sorang' dalam perjuangan ini."Saya akan pastikan bahawa esok saya akan hadir dan pemimpin MUDA yang lain juga akan hadir bersama rakyat Malaysia. Jumpa di Mahkamah Persekutuan pada jam 8.30 pagi esok," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Pada Selasa, Syed Saddiq akan mengetahui nasibnya sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada jam 9 pagi.





Cucu cederakan nenek diarah jalani pemeriksaan mental - Sinarharian - 29/06 3:14 pm

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh mencederakan neneknya menggunakan tukul besi hingga parah pada 19 Jun menjalani pemeriksaan mental.Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli mengeluarkan perintah itu terhadap Muhammad Nor Iman Abdullah, 25, selepas pihak pendakwaan memohon lelaki itu menjalani pemeriksaan mental sebelum sebarang pengakuan direkodkan.Pada prosiding itu, Muhammad Nor Iman memberitahu dia tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.ARTIKEL BERKAITAN:Berang dilarang keluar rumah, cucu pukul kepala nenek guna tukul besiLelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Gayah Omar, 79, dengan menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun pada 6.30 petang 19 Jun.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Mahkamah memerintahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani penilaian untuk menentukan tahap kesihatan mentalnya dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula bagi status laporan tersebut.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohammad manakala Muhammad Nor Iman diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Abdul Hayyi Salim





Rayuan akhir pendakwaan: Peguam yakin Syed Saddiq bebas - Sinarharian - 29/06 2:00 pm

PUTRAJAYA Menjelang keputusan yang bakal menentukan nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pasukan pendakwaan menegaskan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, usaha berkenaan dilakukan sebaik mungkin demi menegakkan keadilan."Kami sudah buat kerja terbaik. Menang, kalah atau apa juga keputusan, saya serahkan kepada mahkamah," katanya ketika diminta mengulas rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan ahli politik berusia 34 tahun itu.Selain Wan Shaharuddin, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq optimis keputusan rayuan akhir berkenaan akan memihak kepada anak guamnya.Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan fakta kes serta peruntukan undang-undang yang jelas."Saya juga berpandangan bahawa rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwaan tidak mempunyai asas untuk diterima, maka permohonan itu sepatutnya ditolak."Tambahan pula, Mahkamah Rayuan sudah memberikan penghakiman yang sangat kukuh," katanya.Nasib bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) bakal ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada ahli politik berkenaan kekal bebas atau kembali berdepan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Datuk Che Mohd Ruzima Razali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pihak pendakwaan selaku pemohon, manakala Syed Saddiq ialah responden.Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana tersebut.Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, Kuala Lumpur, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk dirinya sendiri iaitu wang berjumlah RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut.Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun, sebatan dan denda.Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing berjumlah RM50,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya yang didakwa merupakan hasil daripada aktiviti haram.Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.





Bekas OCPD Temerloh diperintah bela diri atas 46 tuduhan rasuah - Mkini - 29/06 1:31 pm

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Azhar Mohd Yusoff.





Syarikat perhotelan, pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan lebih RM153,000 - Sinarharian - 29/06 1:31 pm

ALOR SETAR - Sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan perhotelan dan pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan gagal membayar cukai pendapatan lebih RM153,000, dua tahun lepas.Syarikat Royale Signature International Sdn Bhd dan pengarahnya Tang Wooi Chon, 70, yang masing-masing menghadapi dua pertuduhan, membuat pengakuan tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hermamalini.Mengikut pertuduhan, syarikat itu yang diwakili eksekutif kanan kewangan sebagai Orang Kena Saman (OKS), gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM77,242.20 dan RM75,765.79 dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kompleks Kastam Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini pada 1 Mac dan 1 Mei 2024.Bagi kesalahan itu, syarikat tersebut didakwa di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, pengarah syarikat yang menghadapi dua pertuduhan sama, turut didakwa di bawah Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).Pegawai Pendakwa JKDM Muhamad Syafiq Haslan yang mengendalikan kes itu memohon mahkamah mengenakan jaminan RM25,000 terhadap pengarah syarikat, manakala Tang yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan rendah atas alasan dia sentiasa hadir ke mahkamah bagi menghadapi kesnya sebelum ini.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes





Bekas ketua polis Temerloh diarah bela diri 46 tuduhan rasuah - FMT - 29/06 12:41 am

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Azhar Yusoff di akhir kes pendakwaan.





Tiga bekas pengarah gagal tangguh bayaran hampir setengah juta tiket umrah - Sinarharian - 29/06 12:31 am

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya bersama dua bekas pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat pelancongan membayar hampir RM500,000 berhubung kes saman sivil bayaran balik umrah, enam tahun lalu.Hakim, Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas menolak permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan bayaran sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Selain Fathul Bari, dua lagi bekas pengarah dan pemegang saham Rehla Travel Services Sdn Bhd ketika itu ialah Sekh Mohd Fazzli Sekh Mohd Ruzi dan Wan Azizul Wan Yusoff."Kes ini sangat jelas bahawa bagi penghakiman berbentuk wang, hakikat terdapat rayuan bukanlah suatu keadaan khas yang mewajarkan penangguhan pelaksanaan."Oleh itu, permohonan ditolak dengan kos RM5,000," kata hakim itu pada prosiding yang dihadiri peguam, Mohd Shahril Madisa yang mewakili ketiga-tiga individu berkenaan manakala peguam, Teoh Bi Shan mewakili KRS Travel Sdn Bhd.KRS Travel adalah sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan umrah dan haji untuk jemaah Malaysia ke tanah suci Makkah.Pada 9 Disember 2025, hakim sama turut menolak rayuan Fathul Bari bersama dua bekas pengarah dan pemegang saham syarikat itu untuk mengetepikan keputusan itu.Keputusan itu dibuat susulan kegagalan mereka memulangkan bayaran kepada jemaah umrah selepas perjalanan ke tanah suci dibatalkan akibat pandemik Covid-19.Berdasarkan fakta kes, pada Februari 2020, KRS Travel selaku plaintif telah membayar RM492,480 kepada Rehla Travel untuk mendapatkan tiket penerbangan bagi jemaah ke Madinah dan Jeddah.Rehla Travel selaku ejen tiket berlesen untuk Malaysia Airlines Berhad (MAB) sejak 2019, membuat bayaran untuk mendapatkan tiket perjalanan berkenaan.Malangnya, Covid-19 menyebabkan penerbangan itu dibatalkan namun MAB membuat bayaran balik secara penuh kepada Rehla Travel.Bagaimanapun, tiga pengarah syarikat itu enggan memulangkan wang jemaah haji kepada KRS Travel.Keterangan yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan bahawa bayaran balik berjumlah RM1.33 juta dan RM492,480 itu telah diterima oleh Rehla Travel.Susulan itu, plaintif berpendirian bahawa, wang RM492,480 berkenaan perlu dipulangkan semula kepada pelanggannya.Bagaimanapun, defendan enggan berbuat demikian dengan menyatakan mereka hanya bertindak sebagai ejen tiket bagi MAB, selain bayaran itu telah dibuat kepada MAB.Dalam keterangan, defendan menegaskan, plaintif sepatutnya mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan semula wang terhadap MAB dan bukannya terhadap Rehla Travel.Fathul Bari dan dua lagi pengarah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 8 Januari lalu.Sebelum ini, Mahkamah Sesyen mendapati, penipuan telah dilakukan oleh defendan atas alasan wang jemaah yang dibayar oleh plaintif kepada Rehla Travel, yang kemudiannya disalurkan kepada MAB, sebenarnya telah dipulangkan oleh MAB.





Fathul Bari antara tiga bekas pengarah gagal tangguh bayar hampir RM500,000 tiket jemaah umrah - Sinarharian - 29/06 12:31 am

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya bersama dua bekas pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat pelancongan membayar hampir RM500,000 berhubung kes saman sivil bayaran balik umrah, enam tahun lalu.Hakim, Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas menolak permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan bayaran sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Selain Fathul Bari, dua lagi bekas pengarah dan pemegang saham Rehla Travel Services Sdn Bhd ketika itu ialah Sekh Mohd Fazzli Sekh Mohd Ruzi dan Wan Azizul Wan Yusoff."Kes ini sangat jelas bahawa bagi penghakiman berbentuk wang, hakikat terdapat rayuan bukanlah suatu keadaan khas yang mewajarkan penangguhan pelaksanaan."Oleh itu, permohonan ditolak dengan kos RM5,000," kata hakim itu pada prosiding yang dihadiri peguam, Mohd Shahril Madisa yang mewakili ketiga-tiga individu berkenaan manakala peguam, Teoh Bi Shan mewakili KRS Travel Sdn Bhd.KRS Travel adalah sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan umrah dan haji untuk jemaah Malaysia ke tanah suci Makkah.Pada 9 Disember 2025, hakim sama turut menolak rayuan Fathul Bari bersama dua bekas pengarah dan pemegang saham syarikat itu untuk mengetepikan keputusan itu.Keputusan itu dibuat susulan kegagalan mereka memulangkan bayaran kepada jemaah umrah selepas perjalanan ke tanah suci dibatalkan akibat pandemik Covid-19.Berdasarkan fakta kes, pada Februari 2020, KRS Travel selaku plaintif telah membayar RM492,480 kepada Rehla Travel untuk mendapatkan tiket penerbangan bagi jemaah ke Madinah dan Jeddah.Rehla Travel selaku ejen tiket berlesen untuk Malaysia Airlines Berhad (MAB) sejak 2019, membuat bayaran untuk mendapatkan tiket perjalanan berkenaan.Malangnya, Covid-19 menyebabkan penerbangan itu dibatalkan namun MAB membuat bayaran balik secara penuh kepada Rehla Travel.Bagaimanapun, tiga pengarah syarikat itu enggan memulangkan wang jemaah haji kepada KRS Travel.Keterangan yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan bahawa bayaran balik berjumlah RM1.33 juta dan RM492,480 itu telah diterima oleh Rehla Travel.Susulan itu, plaintif berpendirian bahawa, wang RM492,480 berkenaan perlu dipulangkan semula kepada pelanggannya.Bagaimanapun, defendan enggan berbuat demikian dengan menyatakan mereka hanya bertindak sebagai ejen tiket bagi MAB, selain bayaran itu telah dibuat kepada MAB.Dalam keterangan, defendan menegaskan, plaintif sepatutnya mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan semula wang terhadap MAB dan bukannya terhadap Rehla Travel.Fathul Bari dan dua lagi pengarah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 8 Januari lalu.Sebelum ini, Mahkamah Sesyen mendapati, penipuan telah dilakukan oleh defendan atas alasan wang jemaah yang dibayar oleh plaintif kepada Rehla Travel, yang kemudiannya disalurkan kepada MAB, sebenarnya telah dipulangkan oleh MAB.





Bekas OCPD Temerloh diarah bela diri 46 pertuduhan rasuah - Sinarharian - 29/06 11:53 am

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin memerintahkan bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff membela diri atas 46 pertuduhan menerima rasuah bernilai keseluruhan RM69,600 tanpa balasan, antara Mac 2019 hingga Januari 2023.Hakim Sazlina Safie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Azhar, 56, di akhir kes pendakwaan.Sazlina dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati kesemua 46 pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah teratur dan sah serta tidak melanggar Seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie selepas membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan kes pendakwaan termasuk keterangan 20 saksi pendakwaan."Mahkamah juga memutuskan bahawa anggapan di bawah Seksyen 53 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah terpakai terhadap tertuduh."Sehubungan itu, tertuduh diperintahkan membela diri bagi kesemua 46 pertuduhan utama untuk menyangkal anggapan terhadap pertuduhan yang dikenakan," katanya dalam prosiding tersebut pada Isnin.Mahkamah kemudian menetapkan prosiding pembelaan pada 19 Ogos depan dan Mohd Azhar memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.Pada 7 September 2023, Mohd Azhar mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan menerima rasuah tanpa balasan itu yang didakwa diterima melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.Kesalahan itu didakwa dilakukan membabitkan penerimaan wang antara RM100 hingga RM5,600 daripada empat individu sebagai dorongan untuk melindungi mereka daripada dikenakan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Ifa Sirrhu Samsudin, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Bob S Arumugam dan M Athimulan.





Dituduh Dengki Dengan Marissa Dania, Ini Respons Abby Abadi - Murai - 29/06 11:30 am

Selepas ‘dihentam’ tanpa henti di media sosial, pelakon Abby Abadi tidak mendiamkan diri dan tampil menafikan tuduhan bahawa dirinya iri hati terhadap anak perempuannya, iaitu Marissa Dania Hakim





All eyes on Federal Court tomorrow as Syed Saddiq awaits his fate - Sinardaily - 29/06 11:25 am

SHAH ALAM After five years of courtroom battles, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman will know his fate tomorrow as the Federal Court delivers its verdict that will determine whether he remains a free man or have his conviction and sentence reinstated.A three-man bench led by Court of Appeal president Datuk Seri Abu Bakar Jais is scheduled to deliver the decision at 9am on the prosecution's appeal against the Court of Appeal's ruling acquitting and discharging the Muar MP of four counts of criminal breach of trust (CBT), misappropriation of property and money laundering linked to funds belonging to Bersatu's youth wing, Armada.The bench also comprised Federal Court judges Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali and Datuk Collin Lawrence Sequerah.On Dec 12, last year, during the hearing of the prosecution's final appeal, the Federal Court in an unprecedented move gave the prosecution one week to review its appeal after all parties had concluded their submissions.The apex court directed the prosecution to deliberate and confirm whether it intended to proceed with the appeal.A few days later, the Attorney General's Chambers (AGC) instructed the prosecution to proceed with the appeal.On Nov 9, 2023, the Kuala Lumpur High Court convicted the former youth and sports minister on all four charges. He was sentenced to seven years' imprisonment, two strokes of the cane and a RM10 million fine.However, on June 25, last year, the Court of Appeal discharged and acquitted him after allowing his appeal to overturn the High Court's decision.The AGC then filed an appeal to the Federal Court, the next day.Tomorrow, if the Federal Court dismisses the prosecution's appeal, Syed Saddiq will remain acquitted, but if the court allows the prosecution's appeal, his conviction and sentence could be reinstated.During the proceedings, deputy public prosecutors Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib and Farah Ezlin Yusop Khan handled the prosecution while Syed Saddiq was represented by lawyer Datuk Hisyam Teh Poh Teik.In 2021, Syed Saddiq was charged with conspiring with Rafiq Hakim Razali, who was then Armada's assistant treasurer, to commit CBT involving RM1 million of Armada's funds at CIMB Bank Berhad, KL Sentral, on March 6, 2020.The charge was brought under Section 406 of the Penal Code, which carries a maximum penalty of ten years' imprisonment, caning and a fine.He also faced a charge of misappropriating RM120,000 belonging to Armada Bumi Bersatu Enterprise under Section 403 of the Penal Code, which provides for imprisonment of between six months and five years, caning and a fine.Syed Saddiq was accused of committing two money laundering transactions by transferring RM50,000 into his Amanah Saham Bumiputera account.These charges were brought under Section 4(1)(b) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, which carries a maximum penalty of fifteen years' imprisonment and a fine of up to five times the value of the proceeds involved.





Hakim Danish tetap jadi ancaman di Moto3 - Sinarharian - 29/06 10:42 am

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli layak dianggap antara pencabar berbahaya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 meskipun terlepas podium pada Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen, semalam.Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu sekali lagi membuktikan kemampuannya bersaing dalam kelompok hadapan apabila bangkit daripada petak ke-16 sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pelumba yang perlu diberi perhatian musim ini.Aksi bertenaga Hakim Danish sepanjang 25 pusingan turut mencuri perhatian apabila namanya kerap disebut pengulas rasmi perlumbaan ketika bersaing sengit dalam kelompok pendahulu, sekali gus menggambarkan keupayaannya mencabar barisan pelumba terbaik Moto3.Bagaimanapun, pelumba berusia 18 tahun itu terlepas peluang menaiki podium kedua berturut-turut selepas GP Republik Czech apabila berdepan masalah cengkaman tayar belakang pada lima pusingan terakhir ketika sedang bersaing dalam kelompok tiga terbaik."Syukur Alhamdulillah, saya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh





Rayuan Rosmah dalam kes projek solar bermula Rabu - Sinarharian - 29/06 9:10 am

PUTRAJAYA - Selepas rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan dana Armada, satu lagi kes berprofil tinggi akan berlangsung di Mahkamah Rayuan di sini Rabu ini.Kes berkenaan membabitkan rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta selepas didapati bersalah dalam kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak. Pendengaran rayuan itu dijadualkan berlangsung selama tiga hari.Panel tiga hakim dijangka mendengar rayuan isteri bekas Perdana Menteri berusia 75 tahun itu bermula 1 hingga 3 Julai.Sebelum ini, peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, selain rayuan terhadap sabitan dan hukuman, anak guamnya turut memfailkan permohonan semakan semula.Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini menolak permohonannya untuk menggugurkan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan mengendalikan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 3 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Rosmah untuk menggugurkan Mohamed Zaini, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, selepas memutuskan tiada kekhilafan yang mewajarkan campur tangan mahkamah.Pada 1 September 2022, Mohamed Zaini mensabitkan Rosmah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta.Mahkamah turut memerintahkan Rosmah menjalani hukuman penjara tambahan 10 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan diputuskan.Rosmah didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor, sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh projek terbabit.Beliau turut disabitkan menerima rasuah RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016 serta RM1.5 juta di kediamannya di Jalan Langgak Duta pada 7 September 2017.





Mahasiswa perlu main peranan didik pengundi muda tidak termakan politik cemuh - Harapandaily - 29/06 8:24 am

Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Haifizudin berpendapat sudah tiba masanya mahasiswa memainkan peranan penting dalam mencorak dan mempengaruhi gaya politik baharu di Johor





Peletakan jawatan Iqbal sebagai Presiden MCA tanpa tekanan - Mygazette - 29/06 8:13 am

Untuk rekod, beberapa pemimpin MCA telah memfailkan saman terhadap Mohammed Iqbal dan beberapa bekas ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) berhubung pertikaian berkaitan jawatan dalam badan induk berkenaan. Prosiding kes yang dikendalikan Hakim, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan dijangka diputuskan Isnin ini





Moto3: Hakim Danish tamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dalam GP Belanda - Sinarharian - 28/06 6:56 pm

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli atau Hakim Danish menamatkan saingan di tempat ketujuh saingan Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen pada Ahad.Pelumba pasukanAEON Credit-MT Helmets-MSi yang bermula dari petak ke-16, mempamerkan tunggangan luar biasa untuk berada dalam kelompok pendahulu dan berada di kedudukan tiga terbaik sepanjang 25 pusingan.Bagaimanapun, berbaki lima pusingan Hakim Danish seakan bergelut dengan jenteranya hingga kehilangan momentum, sekali gus menyebabkanbeliau dipintas beberapa pelumba sebelum menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan 33 minit 51.276 saat (s).PelumbaCFMOTO Gaviota Aspar Team Maximo Quiles mengungguli pusingan ke-10 dengan33:51.801s diikuti David Almansa dari Liqui Moly Dynavolt Intact GP di tempat kedua (+0.513s) dan Marco Morelli juga dari CFMOTO Gaviota Aspar Team ketiga (+2.433s).Keputusan pada Ahad membolehkan pelumba berusia 18 tahun negara itu menambah sembilan mata untuk menghuni tanggakeenam kedudukan Moto3 dengan keseluruhan 82 mata





Moto3: Bermula P16, Hakim Danish Bangkit Raih Top 7 Di GP Belanda - Siakapkeli - 28/06 6:47 pm

Moto3: Bermula P16, Hakim Danish Bangkit Raih Top 7 Di GP Belanda





Moto3: Hakim Danish Raih Tempat Ke-7 Di GP Belanda - Vocket - 28/06 6:28 pm

Pelumba negara, Hakim Danish Ramli menambah sembilan mata lagi dalam saingan Moto3 selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix Belanda di kedudukan ketujuh sebentar tadi





Bebas atau dipenjara, nasib Syed Saddiq ditentukan Selasa ini - Mygazette - 28/06 3:16 pm

# Bebas atau dipenjara, nasib Syed Saddiq ditentukan Selasa ini KUALA LUMPUR Keputusan sama ada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal bebas atau dipenjara dan denda bagi empat kesalahan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA), akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, Selasa ini. Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais akan memutuskan rayuan pendakwa raya yang mahukan pembebasannya diketepikan yang mana apa sahaja keputusan yang dicapai, bakal menentukan nasib Ahli Parlimen Muar itu dalam karier politiknya





Selepas empat tahun, rayuan kes solar Rosmah didengar Rabu ini - Mygazette - 28/06 3:16 pm

# Selepas empat tahun, rayuan kes solar Rosmah didengar Rabu ini KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan menetapkan Rabu ini bagi mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak. Menurut semakan laman web kehakiman, rayuan tersebut akan didengar di Putrajaya selama tiga hari sehingga Jumaat (3 Julai)





Nasib Syed Saddiq kekal bebas atau ke tirai besi diketahui Selasa - Sinarharian - 28/06 12:27 am

PUTRAJAYA Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) bakal ditentukan Mahkamah Persekutuan di sini Selasa depan.Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.Jika panel hakim membenarkan rayuan pendakwaan, bekas Ketua Armada Bersatu itu akan disabitkan semula atas empat kes terbabit dan dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023 lalu.Sekiranya panel mengambil langkah berbeza dengan menolak rayuan itu, Syed Saddiq bakal menikmati pembebasan yang diputuskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.Sepanjang prosiding rayuan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.Sementara Syed Saddiq diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.Perbuatan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 Kuala Lumpur, pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, ahli politik berkenaan didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.Menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq sambil menyifatkan keterangannya `tidak masuk akal.Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.Bagaimanapun, pada 25 Jun 2025, anak jati Johor Bahru itu bernasib baik apabila Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman itu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara menyatakan tindakan mengarahkan seseorang untuk mengeluarkan wang, tidak boleh dikatakan melupuskan dana.Di rayuan terakhir pada 12 Disember 2025, dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, panel hakim Mahkamah Persekutuan membuat kejutan apabila memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuannya berhubung keputusan yang membebaskan Syed Saddiq.Abu Bakar memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk meneliti semula rayuan dan berharap pendakwaan berbincang serta meneruskan rayuan jika masih mampu membuktikan kes.Pendakwaan juga perlu memaklumkan kepada mahkamah sekiranya merasakan ia tidak begitu kukuh selepas membuat penelitian.Bagaimanapun, pendakwaan mengambil pendirian meneruskan rayuan terbabit yang dinyatakan melalui surat enam hari selepas itu.Surat itu menyatakan, selepas pendakwaan mendapatkan pandangan dan arahan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengarahkan rayuan diteruskan dan sebarang keputusan mahkamah akan diterima.





Entah kenapa setiap kali terbaca berita rundingan sulit PAS-Umno di Johor, .. - Wrlr - 28/06 11:48 am

Namun, apa kata YB Kepala Batas di mahkamah? Dalam perjuangan Islam, kita disuruh mengenali musuh kita. Apa yang diperkatakan itu dimaksudkan untuk audiens tertutup, bagi membangkitkan semangat sayap wanita muda PAS, katanya di depan hakim





PM umum peruntukan RM1.5 juta perluas akses bantuan guaman syarie - Sinarharian - 27/06 2:10 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengumumkan peruntukan RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bagi memperluas akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan melalui Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS).Beliau berkata, akses kepada keadilan perlu diberi perhatian kerana masih ramai, khususnya golongan miskin dan ibu tunggal yang berdepan kesukaran mendapatkan representasi guaman di Mahkamah Syariah."Kita ada perundangan yang baik, mahkamah yang baik, peguam yang baik dan hakim yang baik, tetapi masalah akses itu belum tentu."Selalunya dalam sistem perundangan, orang yang berkemampuan mendapat peguam terbaik, tetapi orang yang paling miskin kadang-kadang tidak ada akses," kata beliau ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026, di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai evolusi institusi kehakiman syariah di negara ini, Perdana Menteri berkata, sebarang usaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah termasuk cadangan penambahbaikan terhadap Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tidak pernah bertujuan menjejaskan hak penganut agama lain.Beliau berkata, matlamat utama pindaan itu sejak diperkenalkan pada akhir 1980-an adalah untuk mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam hal ehwal berkaitan umat Islam, tanpa mengganggu urusan agama bukan Islam."Kita tidak sama sekali mahu melanggar hak bukan Islam





Mahkamah Tinggi tolak permohonan Bloomberg Malaysia batal saman fitnah Bestinet - Sinarharian - 26/06 11:17 pm

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi pada Jumaat menolak permohonan Bloomberg (Malaysia) Sdn Bhd untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) dan pengasasnya, Datuk Seri Aminul Islam Abdul Nor, berhubung laporan yang mengaitkan syarikat itu dengan dakwaan eksploitasi pekerja asing.Hakim Roslan Mat Nor memutuskan bahawa terdapat beberapa isu penting dalam pliding yang dikemukakan Bloomberg (Malaysia) berkaitan artikel bertajuk 'Everyone Gets A Cut, And Migrant Workers Pay The Price' yang perlu ditentukan melalui perbicaraan penuh.Memetik laporan The Edge Malaysia, beliau berkata, isu berkenaan tidak boleh diputuskan secara ringkas berdasarkan afidavit semata-mata kerana melibatkan pertikaian fakta yang memerlukan pembuktian di mahkamah.Menurutnya, antara persoalan yang perlu diperhalusi ialah sama ada Bloomberg (Malaysia) benar-benar terlibat dalam penerbitan artikel berkenaan atau mempunyai kawalan serta peranan terhadap operasi laman web utama Bloomberg.Mahkamah turut memerintahkan Bloomberg (Malaysia) membayar kos sebanyak RM5,000 kepada pihak plaintif.Pada April lalu, Bloomberg (Malaysia) memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah yang dikemukakan Bestinet dan Aminul Islam berhubung artikel yang mengaitkan mereka dengan sindiket pengambilan pekerja asing.Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan peguam Amer Hamzah Arshad, Bloomberg (Malaysia) berhujah bahawa syarikat itu bukan penerbit artikel berkenaan dan tidak menyebabkan penerbitannya pada Januari lalu.Bagaimanapun, peguam yang mewakili Bestinet dan Aminul Islam, Ravi Nekoo daripada firma guaman Lui & Bhullar berhujah bahawa Bloomberg (Malaysia) bukan entiti yang benar-benar berasingan daripada syarikat induknya serta mempunyai tanggungjawab tertentu terhadap penerbitan artikel berkenaan.Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan Bloomberg (Malaysia) hanya menyediakan perkhidmatan sokongan tempatan tanpa mempunyai kawalan terhadap penerbitan artikel perlu dibuktikan melalui proses perbicaraan.Selain Bloomberg LP dan Bloomberg (Malaysia), Bestinet serta Aminul Islam turut memfailkan saman terhadap lapan defendan lain.Saman itu berpunca daripada laporan Bloomberg yang diterbitkan pada Januari lalu berhubung operasi Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS) oleh Bestinet, iaitu sistem yang digunakan bagi memproses kemasukan pekerja asing ke Malaysia.Bestinet dan Aminul Islam mendakwa kenyataan yang diterbitkan dalam laporan tersebut berunsur fitnah, tidak benar serta telah menjejaskan reputasi dan nama baik mereka.Keputusan Mahkamah Tinggi itu membolehkan saman fitnah berkenaan diteruskan ke peringkat perbicaraan penuh bagi membolehkan semua pihak mengemukakan bukti dan keterangan berhubung isu yang dipertikaikan.





Inkues Zara Qairina ditangguhkan, bersambung bulan depan - Sinarharian - 26/06 6:01 pm

KOTA KINABALU - Inkues kematian Zara Qairina Mahathir ditangguhkan pada Jumaat dan akan disambung semula bulan hadapan dengan mendengar keterangan saksi seterusnya.Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan sebelum ini menetapkan prosiding inkues akan bersambung pada 13 hingga 17 Julai.Sebelum prosiding ditangguhkan, peguam Shahlan Jufri memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli, untuk memberikan keterangan pada sesi berkenaan."Saya ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa bagi prosiding bulan hadapan, pihak kami akan memanggil Dr Noor Aishah terlebih dahulu dan bukannya Dr Wong Haw Huo kerana beliau tidak dapat hadir pada sesi tersebut."Dr Haw Huo akan dipanggil pada bulan Ogos," katanya.Shahlan berkata, pihaknya menjangkakan keterangan Dr Noor Aishah akan mengambil masa memandangkan laporan yang disediakan beliau melebihi 400 muka surat.Sehubungan itu, katanya, prosiding sepanjang minggu berkenaan dijangka dikhaskan bagi mendengar keterangan Dr Noor Aishah.Shahlan bersama rakan sepasukannya, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James hadir sebagai pihak berkepentingan yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.Inkues itu kini memasuki hari ke-78 prosiding dan setakat ini telah mendengar keterangan daripada 75 saksi, termasuk kanak-kanak.





Semakan ditolak, Mohd Isa kekal dipenjara enam tahun - Sinarharian - 26/06 3:42 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadap bekas Pengerusi Felda, Datuk Seri Mohd Isa Abdul Samad berhubung sembilan kes rasuah berjumlah RM3.09 juta bagi pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat.Suasana pilu kemudiannya menyelubungi mahkamah apabila Mohd Isa, isterinya Datin Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid, ahli keluarga dan penyokong kelihatan sugul sejurus mendengar keputusan tersebut.Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi memutuskan demikian selepas menolak permohonan bekas ahli politik berusia 77 tahun itu untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang mengembalikan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Ketika prosiding, Azizah yang bersidang bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk P





23 jam tangan mewah, 15 barang kemas adik ipar bekas PTD diisytihar harta kerajaan - Sinarharian - 26/06 3:25 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada adik ipar bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin, hari ini secara rasmi menjadi harta kerajaan.Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat berkata, ia susulan selepas Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad memerintahkan supaya harta itu dilucut hak kepada kerajaan."Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta itu, namun tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta tersebut," katanya selepas prosiding sebutan kes hari ini yang ditetapkan bagi kehadiran pihak ketiga.Sementara itu, peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi yang mewakili Nor Shahira Atirah mengesahkan perkara itu.Dalam prosiding sebelum ini, pihak SPRM memohon perintah daripada mahkamah untuk menyiarkan warta bagi memanggil mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu untuk hadir ke mahkamah, mengikut Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009.Pada 4 Mei lepas, pendakwa raya selaku pemohon memfailkan notis berkenaan terhadap Nor Shahira Atirah, memohon supaya 23 utas jam tangan mewah itu dan 15 barang kemas yang disita daripada responden dilucutkan hak kepada kerajaan.Permohonan itu dibuat atas alasan pendakwa raya di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 41(1) Akta SPRM dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah berpuas hati bahawa harta alih yang disita oleh SPRM dilucutkan hak, iaitu tiada pendakwaan jenayah atas suatu kesalahan di bawah akta itu.Dakwa pemohon, harta itu diperoleh hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.- Bernama





PSPN 2026-2030: Perkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara - Sinarharian - 26/06 9:45 am

KUALA LUMPUR - Pertahanan negara bukan lagi tanggungjawab eksklusif Kementerian Pertahanan (MINDEF), sebaliknya menjadi agenda nasional yang memerlukan penglibatan seluruh kerajaan dan masyarakat dalam menghadapi landskap keselamatan yang semakin mencabar.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perubahan pendekatan itu diterjemahkan menerusi Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 yang dilancarkan bersama Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030."Buat pertama kalinya, Pelan Strategik MINDEF dijenamakan semula sebagai Pelan Strategik Pertahanan Negara."Ancaman keselamatan kini datang dalam pelbagai bentuk dan sesiapa sahaja boleh menjadi sasarannya."Maka, kita memerlukan postur pertahanan yang lebih komprehensif untuk membina negara yang berdaya tahan tinggi," katanya selepas melancarkan PSPN 2026-2030 dan RTKP 2026-2030 di sini pada Khamis.Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.Mohamed Khaled berkata, kedua-dua dokumen strategik itu dirangka susulan perubahan landskap keselamatan global yang semakin kompleks termasuk kemajuan teknologi disruptif serta ancaman bukan bersenjata.Menurut beliau, PSPN 2026-2030 menterjemahkan aspirasi Kertas Putih Pertahanan (KPP), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Dasar Keselamatan Negara dan agenda Malaysia Madani kepada pelaksanaan yang lebih berfokus, responsif dan berimpak tinggi melalui tujuh teras strategik."Teras tersebut ialah memperkasakan keupayaan dan mencapai kesiagaan ATM dalam melindungi kepentingan negara, pengukuhan kapasiti pertahanan yang kompeten, pelestarian kesejahteraan warga kerja pertahanan dan pemerkasaan kerjasama awam-tentera (CIMIC) bagi menyokong Konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH)."Seterusnya, pembangunan sains, teknologi, inovasi dan industri pertahanan; pengukuhan hubungan pertahanan antarabangsa dalam menjamin kedaulatan negara serta pemerkasaan kesejahteraan veteran ATM," katanya lagi.Sebagai pelengkap kepada PSPN, Mohamed Khaled berkata, RTKP 2026 2030 bertindak sebagai dokumen sokongan kepada KPP yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan modal insan pertahanan melalui pendekatan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) serta Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (Whole-of-Government and Whole-of Society, WOGOS).Jelas beliau, tumpuan diberikan kepada pembangunan modal insan pertahanan merangkumi anggota Angkatan Tentera Malaysia, angkatan sukarela, veteran, warga awam pertahanan dan rakyat."Pelaksanaan RTKP digerakkan melalui tiga teras utama, iaitu meningkatkan keberkesanan tenaga kerja pertahanan, menyemai semangat patriotisme, serta memupuk bakat dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan."Teras ini disokong oleh tujuh strategi dan 18 inisiatif bagi melahirkan warga kerja pertahanan yang profesional, kompeten, kemahiran tinggi dan berdaya rahan dalam mendepani dinamika keselamatan semasa," ujarnya lagi.Dalam pada itu, beliau mengakui episod pembatalan lesen eksport peluru berpandu anti kapal (NSM) oleh Norway sudah cukup menjadi pengajaran."Situasi kompleks itu tidak dapat diduga, jadi kita tidak boleh terus berdiam diri dalam keadaan tidak menentu seperti ini."Kita akan perkukuhkan saluran diplomasi pertahanan yang mana Malaysia berpegang teguh kepada prinsip berkecuali selain keamanan perlu dibina dan dipelihara melalui kerjasama serantau," katanya.Tegas Mohamed Khaled, Malaysia memainkan peranan aktif dalam platform antarabangsa seperti ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM), ADMM-Plus dan Five Power Defence Arrangements (FPDA).Tumpuan kepada pembangunan keupayaan pertahananMohamed Khaled menegaskan pemodenan ATM akan terus dilaksanakan mengikut jadual sepanjang tempoh lima tahun itu antaranya penerimaan tiga unit Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) ANKA MALE Fasa 1 pada Mac lalu yang kini beroperasi di Pangkalan Udara Labuan.Katanya, ATM juga dijangka menerima aset strategik baharu termasuk Fighter Lead In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA), Maritime Patrol Aircraft (MPA) dan Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 dalam tempoh berkenaan."Kementerian akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan pertahanan masa depan antaranya melalui penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengukuhan keupayaan pertahanan siber secara bersepadu dan pembangunan keupayaan peperangan elektronik."Penguasaan spektrum elektromagnetik serta keupayaan satelit pertahanan negara dalam operasi ketenteraan yang diterajui Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (PSEP) turut diberi tumpuan," jelas beliau.Menerusi PSPN, Mohamed Khaled berkata, kerajaan merancang membina enam projek baharu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan menyelenggara kira-kira 20,000 unit RKAT sedia ada."Dalam aspek kesihatan, kita akan membina dua poliklinik ATM baharu serta menaiktaraf hospital-hospital angkatan tentera," katanya.Bagi veteran ATM pula, beliau berkata, kementerian akan memperluaskan peluang kerjaya kedua melalui program latihan semula dan peningkatan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat perkhidmatan."Antaranya melalui pelaksanaan program Work-Based Learning (WBL), pengukuhan peranan Perbasanan Hal Ehwal Bekas ATM (Perhebat), Program Reskilling dan Upskilling serta PROWIRA Ready To Work Veteran.Tambah Mohamed Khaled, pelancaran PSPN 2026-2030 dan RTKP 2026-2030 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan Malaysia memiliki angkatan pertahanan yang moden, responsif dan berdaya tahan dalam menghadapi sebarang cabaran keselamatan pada masa hadapan.Pada majlis itu, sesi wacana strategik yang menghimpunkan ahli panel daripada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi-agensi berkaitan bagi memperincikan pelan pelaksanaan PSPN dan RTKP, khususnya dalam memacu inovasi dan memperluas pendekatan HANRUH.





PRN Johor: Pas pertaruh dua calon wanita, tanding 11 kerusi - Sinarharian - 25/06 11:27 pm

MUAR - Pas mempertaruhkan dua calon wanita daripada keseluruhan 11 calon yang diumumkan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Dua calon wanita tersebut ialah Normala Sudirman yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan Yuhanita Yunan di DUN Pasir Raja.Sembilan lagi calon lelaki yang diumumkan ialah Saifullah Abdul Wahab (Jementah), Arshed Yahya @ Awang (Simpang Jeram), Mohamad Anuar Hayan (Maharani), Muhammad Amin Sailan (Sungai Balang), Halim Kepol (Semerah), Ahmad Rosdi Baharu (Seri Medan), Hasnol Hakim Hussein (Endau), Khirul Mutanazar Ismail (Tiram) dan Mazlan Bujang (Kahang).Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengumuman Calon Pas-PN bagi PRN Johor yang berlangsung di Muar pada Khamis.Sementara itu, penyandang kerusi DUN Bukit Pasir, Abdullah Husin tidak mempertahankan kerusi yang disandangnya.Majlis berkenaan turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Mahfodz Mohamed dan Ketua Penerangan PN, Annuar Musa.Pengumuman calon Pas itu diadakan serentak dengan pengumuman calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Taman Pagoh Jaya yang meletakkan 16 calon.Setakat ini, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing telah mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.Sementara itu, Parti Bersama mengesahkan akan bertanding di 15 kerusi, manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan meletakkan calon di empat kerusi





Datu Anif-Nuraqilah hanya perlu 15 minit di Kuantan - Sinarharian - 25/06 9:40 pm

BEKAS ketua bersama skuad remaja negara, Datu Anif Isaac Datu Asrah dan Nuraqilah Maisarah Ramdan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mara ke pusingan kedua acara beregu campuran Pusingan Kedua Kejohanan Badminton Kebangsaan Bawah 21 Tahun (B-21) BAM 2026, selepas aksi cemerlang di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang, di Kuantan di sini.Pasangan berusia 19 tahun itu, yang mengetuai skuad negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Indonesia tahun lalu, hanya mengambil masa 15 minit untuk menewaskan Heng Zi Hin dari Negeri Sembilan dan Christine Lam Mei He dari Pulau Pinang.Pilihan bersama kelima/kelapan itu mencatat kemenangan 15-9, 15-9 sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan kedua, di mana mereka akan berdepan Daniel Tan Ying Enn dari Johor dan Vashnika Gopinath dari Putrajaya esok.Daniel dan Vashnika mara tanpa perlu beraksi selepas menerima kemenangan percuma (walkover) daripada pasangan Terengganu, Doni Muhammad Razin Aqeef dan Siti Nuraminah Abdullah.Sementara itu, pilihan utama, Wee Yee Tern dan Tan Zhing Hui dari BAM, menerima bye pada hari pertama kejohanan.Pasangan pilihan kedua, Goh Shu Xuan dari Negeri Sembilan dan Lee Jia Qi dari Selangor pula terpaksa bekerja lebih keras untuk melangkah ke pusingan seterusnya.Berdepan pasangan Pulau Pinang, Muhamad Adam Haris Muhamad Safarol dan Giovanna Koay Yi Shyuan, mereka dipaksa beraksi hingga ke set penentuan sebelum mencatat kemenangan 12-15, 15-13, 15-4.Shu Xuan dan Jia Qi akan bertemu pasangan Kedah, Kieshen Sai Rao Nyanaprakash Rao dan Lau Xin En pada pusingan kedua.Pasangan dari Kedah itu mara selepas menewaskan wakil BAM, Saufi Muhammad Fakhrul Hakim dan Auni Fatihin Azuan, 15-12, 15-12.





Keluarga Altantuya tuntut siasatan afidavit Azilah, pendengaran 6 Oktober .. - Wrlr - 25/06 6:53 pm

Sinar Harian 23/06/2026 15:20 MYT Pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu ditetapkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Oktober depan




Reformasi     >>



Can Syed Saddiq factor bag Muda a state seat in Muar? - Mkini
JOHOR POLLS The MP's popularity may not necessarily translate into support for his party.
Kroni     >>



Orang Asli Kampung Simoi Baru jual durian RM1 .. - Utusan
LIPIS: Kami akan terus menjual durian kampung ini walaupun pada harga paling rendah kerana perlukan wang untuk belanja keperluan dapur. Demikian kata Norfini Ajik, penduduk Orang Asli Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini yang menjual durian pada harga RM1 sekilogram berikutan lambakan raja buah itu ..
Tabloid     >>



“Kubur Tutup Pukul 6, Tak Boleh Tanam” .. - Beautifulnara
Ketika isu kelewatan pengebumian jenazah sedang hangat diperkatakan, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilaluinya sendiri. Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu mendakwa pernah berdepan situasi hampir sama ketika menguruskan pengebumian arwah anak sulungnya yang ..
Tech     >>



This leak might have confirmed the Samsung Galaxy Z .. - Technave
According to 9to5Google , Samsung will introduce a new naming scheme, splitting its flagship foldable into a standard Galaxy Z Fold 8 and a premium Galaxy Z Fold 8 Ultra . Both will debut at Galaxy Unpacked in London on 22 July 2026, with the Ultra rumoured to start at USD 1,999 (~RM8,850). ..
World     >>



Morning update - Middleeasteye
Morning update Good morning Middle East Eye readers, Conflicting messages emerged over the future of US-Iran diplomacy after President Donald Trump suggested an important meeting could take place in Doha, while Tehran denied any planned negotiations. Iran says conditions for a final agreement have not yet been met and insists ..
Motor Trend     >>



Motosikal Zhang Xue Bakal Turun Malaysia Rasmikan .. - Mekanika
# ZHANG XUE BAKAL TURUN MALAYSIA RASMIKAN ZXMOTO SEPTEMBER INI **Umum sedia maklum bahawa MForce Bike Holdings telah pun diumumkan sebagai pengedar rasmi bagi jenama ZXMoto di Malaysia.** MForce turut menyediakan ruang pameran khas ZXMoto ketika di Malaysia Bike Show 2026 bulan lalu dan ..