| /// |
|
| Search : Cuaca News | Page 1 |
|
Cuaca panas: Umat Islam diseru laksana solat sunat Istisqa’ - Mgazette - 25/03 8:03 am # Cuaca panas: Umat Islam diseru laksana solat sunat Istisqa' PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini |
|
Cuaca panas: Umat Islam diseru laksana solat sunat istisqa - Sinarharian - 24/03 5:06 pm PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.Beliau berkata, usaha berkenaan wajar dilaksanakan secara berterusan sebagai tanda keinsafan dan kebergantungan kepada ALLAH SWT."Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta dimakbulkan oleh ALLAH SWT serta dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini tahun ini termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.Beliau berkata, dalam cuaca panas melampau ketika ini, orang ramai perlu lebih peka termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat |
|
150 hektar hutan berhampiran lebuh raya di Punggai terbakar - Mgazette - 24/03 3:25 pm Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I Alvinni Jackson berkata, kebakaran ini melibatkan 63 hektar daripada keseluruhan 150 hektar kawasan yang terbakar. Jelas beliau, keadaan berisiko bertambah buruk berikutan cuaca panas, kering dan angin bertiup kencang |
|
Hati-hati di musim panas dan kering ketika ini – Sultan Pahang - Mgazette - 24/03 3:25 pm # Hati-hati di musim panas dan kering ketika ini - Sultan Pahang KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dan prihatin terhadap rakyat berkenaan cuaca panas dan kering yang melanda negeri ketika ini |
|
32,810 kes kebakaran hutan, ladang dan belukar sejak 2024 - JBPM - Sinarharian - 24/03 12:53 am SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan 32,810 kes kebakaran hutan, ladang dan belukar sejak tahun 2024.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, jumlah itu direkodkan setakat Februari tahun ini.Menurutnya, daripada jumlah itu, tahun 2024 merekodkan jumlah paling tinggi iaitu 16,294 kes, tahun 2025 dengan 9,941 kes manakala dua bulan tahun ini dengan jumlah 6,575 kes."Mengikut pecahan keseluruhan kategori jenis kebakaran pula, kebun dan ladang mencatatkan 2,150 kes, hutan (3,860 kes) serta belukar dan lalang (26,800 kes)."JBPM menegaskan supaya orang ramai menghentikan serta-merta sebarang aktiviti pembakaran terbuka," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, berdasarkan trend semasa, hampir 40 hingga 60 peratus panggilan kecemasan semasa musim panas melibatkan kebakaran terbuka seperti kebun dan ladang, hutan serta belukar lalang.Jelasnya, pekebun dinasihatkan untuk tidak membakar sisa pertanian atau jerami dalam kuantiti besar selain masyarakat disaran elak membakar sampah di belakang rumah atau di kawasan lapang.Tambahnya, JBPM juga mengenal pasti kawasan berisiko tinggi (hotspot) seperti tanah gambut dan hutan simpan contohnya di Selangor, Perak dan Johor sebagai langkah kesiapsiagaan.Kata Nor Hisham, pihak bomba memberi amaran bahawa api di bawah tanah gambut sukar dikesan dan boleh marak selama berminggu-minggu jika tidak dikawal awal."JBPM kini menggunakan dron secara meluas untuk pemantauan udara bagi mengesan titik panas sebelum api merebak luas," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan selain kebakaran hutan, cuaca panas juga meningkatkan risiko kebakaran struktur kediaman dan premis."Pastikan pendawaian tidak dibebankan (overload) serta elakkan penggunaan soket yang berlebihan kerana suhu tinggi boleh menyebabkan litar pintas."Jangan tinggalkan masakan di atas dapur tanpa pengawasan, terutamanya ketika cuaca kering yang memudahkan api marak," ujarnya.Katanya lagi, pemilik premis perniagaan dan bangunan tinggi diingatkan untuk memastikan sistem kebombaan diselenggara dengan baik.Kata beliau, JBPM memohon kerjasama masyarakat untuk menjadi 'mata dan telinga' dengan melaporkan awal di talian kecemasan 999 jika ternampak kepulan asap atau punca api kecil di kawasan hutan atau belukar."Jika anda ternampak individu melakukan pembakaran terbuka yang mencurigakan, laporkannya kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian 1-800-88-2727."Pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," ujarnya. |
|
Kebakaran hutan masuk hari ke-4, cuaca panas tambah risiko - FMT - 24/03 12:49 am Kebakaran di Pengerang libat kawasan seluas 150 hektar persegi, dengan hanya 42% berjaya dipadamkan setakat ini, menurut bomba. |
|
150 hektar hutan terbakar, operasi pemadaman api masuk hari ke-4 - Sinarharian - 24/03 11:50 am PENGERANG - Kebakaran hutan dan belukar di sepanjang Lebuhraya Bypass Punggai ke Sebana Cove di sini kini memasuki hari keempat dengan asap tebal masih menyelubungi kawasan berkenaan.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Alvinni Jackson berkata, kebakaran yang bermula pada Sabtu itu melibatkan kawasan seluas 150 hektar persegi, dengan 63 hektar atau 42 peratus berjaya dipadamkan setakat ini.Jelas beliau, keadaan berisiko bertambah buruk berikutan cuaca panas, kering dan angin bertiup kencang."Operasi pemadaman dijalankan oleh pasukan bomba dari BBP Punggai bersama PDRM dan Yayasan Perladangan Johor, dibahagikan kepada dua divisyen."Division A bertugas di sebelah kiri highway menggunakan aliran hos 800 kaki dan pam Godiva GP10/10 dengan sumber air dari takungan berhampiran."Division B pula di sebelah kanan Lebuhraya menggunakan hos 1,200 kaki dan pam Godiva serta Tohatsu, turut mendapatkan bekalan air dari takungan berhampiran," katanya dalam kenyataan.Menurut beliau, polis dari Balai Polis Bayu Damai turut membantu menutup jalan bagi menghalang kenderaan memasuki kawasan kebakaran dan memastikan keselamatan orang ramai."Usaha pemadaman akan diteruskan sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya dan mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada melalui kawasan berisiko," ujarnya lagi. |
|
15 heat-related cases this year, including one child death - Dzulkefly - Sinardaily - 24/03 11:00 am PUTRAJAYA - A total of 15 heat-related cases have been reported so far this year, including three cases of heatstroke and one death involving a child left in a vehicle, said Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.In a post on his official Facebook page today, he said the current extreme heat requires everyone to be more vigilant, including monitoring early signs of heatstroke such as prolonged dizziness, unusual thirst and a rising body temperature."If these signs appear, take immediate preventive measures by seeking shade, drinking plenty of plain water, and cooling the body promptly, he said.He also urged the public not to leave children or anyone else unattended in vehicles, even for a minute.According to him, infants and children, the elderly, chronic patients and individuals active in hot weather are among the groups at higher risk of heatstroke.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has reported that hot weather conditions in Padang Terap, Kedah, have reached Level Two (heatwave), with daily maximum temperatures ranging between 37 and 40 degrees Celsius.In a statement today, MetMalaysia said 14 areas in Peninsular Malaysia are at Level One (alert), including the whole of Perlis as well as Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda and Bandar Baharu in Kedah.The same warning has also been issued for the Northeast District in Penang, Hulu Perak and Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) and Rembau (Negeri Sembilan).According to the statement, a heatwave level refers to daily maximum temperatures between 37 and 40 degrees Celsius for at least three consecutive days, while the alert level refers to daily maximum temperatures between 35 and 37 degrees Celsius for at least three consecutive days.For the latest daily hot weather status, the public can refer to https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ |
|
Tiga kawasan di Malaysia catat tahap dua gelombang haba - MetMalaysia - Sinarharian - 23/03 5:44 pm SHAH ALAM - Tiga kawasan di Semenanjung Malaysia dikesan berada pada tahap dua gelombang haba iaitu Pendang, Padang Terap dan Baling di Kedah setakat kemas kini jam 4 petang pada Isnin.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, sebanyak 15 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu Perlis; Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.Selain itu, menurutnya, Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang); Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar (Perak) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga antaranya yang terkesan berada pada tahap satu."Tahap gelombang haba terjadi apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut."Bagi Tahap Berjaga-Jaga pula apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut," katanya menerusi hantaran di Facebook.MetMalaysia memaklumkan, maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh dirujuk di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ atau ikuti perkembangan di media sosial rasmi jabatan. |
|
Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas .. - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas di Kedah ALOR SETAR - Orang ramai terutamanya di Kedah dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti luar rumah dan mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari terik berikutan fenomena cuaca panas yang melanda sebahagian besar negara ketika ini |
|
Cuaca panas berpanjangan berisiko jejas keseimbangan ekosistem – .. - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Cuaca panas berpanjangan berisiko jejas keseimbangan ekosistem - Pakar KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas berpanjangan bukan sahajamemberi kesan dariaspek kesihatan malah mempengaruhikeseimbangan ekosistem, meningkatkan risiko kemarau dan kebakaran hutanserta menjejaskan sumber air permukaan seperti sungai dan empangan |
|
Cuaca panas: 15 kes direkod, satu kematian babit kanak-kanak – Dr .. - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Cuaca panas: 15 kes direkod, satu kematian babit kanak-kanak - Dr Dzulkefly KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap cuaca panas melampau susulan peningkatan kes berkaitan strok haba di negara ini |
|
Cuaca panas: Tiga kes strok haba, seorang budak maut tertinggal dalam kereta - Sinarharian - 23/03 3:23 pm PUTRAJAYA - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, dalam cuaca panas melampau ketika ini orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat."Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera," katanya.Dzulkefly turut menggesa orang ramai agar jangan meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit."Bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas merupakan antara golongan berisiko terdedah dengan strok haba," katanya.Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ |
|
NRES perkukuh keupayaan ramalan cuaca, integrasi teknologi AI - Sinarharian - 23/03 1:45 pm SHAH ALAM - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) terus komited untuk memastikan negara sentiasa bersiaga dengan memperkukuh keupayaan pemantauan dan ramalan cuaca yang lebih jitu.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, sejajar dengan cabaran iklim pada tahun 2026, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan analitik data raya ke dalam Sistem Amaran Awal Multi-Bahaya (MHEWS).Menurutnya, inisiatif ini membolehkan penyampaian maklumat amaran awal seperti banjir kilat, ribut tropika dan fenomena cuaca ekstrem dilakukan dengan lebih pantas kepada agensi pengurusan bencana serta masyarakat setempat."Selain itu, pemerkasaan Pusat Kecemerlangan Iklim Negara kini menjadi teras kepada penyelidikan impak perubahan iklim bagi menyokong penggubalan dasar adaptasi nasional yang lebih mampan dan berdaya tahan."Pihak Kementerian juga memberikan penekanan serius terhadap aspek literasi cuaca di peringkat akar umbi melalui program 'Meteorologi Untuk Rakyat'."Usaha ini bertujuan untuk membudayakan sikap kesiapsiagaan dalam kalangan komuniti agar setiap amaran yang dikeluarkan dapat diterjemahkan kepada tindakan pencegahan yang efektif," katanya dalam kenyataan pada Isninsempena Hari Meteorologi Sedunia 2026.Tambah Arthur, pemerkasaan aset teknikal dan pembangunan kepakaran modal insan dalam bidang meteorologi adalah pelaburan keselamatan jangka panjang yang penting bagi menjamin kelangsungan sosioekonomi negara.Jelasnya, di peringkat antarabangsa, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) khususnya bagi menyokong inisiatif Early Warnings for All."Komitmen ini membuktikan dedikasi NRES dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada menerima perlindungan keselamatan iklim yang sewajarnya, selaras dengan matlamat pembangunan lestari negara."Malaysia hari ini menyertai komuniti global bagi menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2026 yang mengangkat tema 'Pemantauan Hari Ini Perlindungan Hari Esok'."Sambutan tahun ini merupakan satu peringatan penting mengenai peranan strategik sains meteorologi dalam melindungi nyawa serta harta benda rakyat daripada ancaman cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim global," ulasnya.Arthur turut menggesa rakyat Malaysia bersama-sama memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam dan sentiasa peka terhadap maklumat cuaca rasmi"Setiap langkah persediaan yang kita ambil hari ini adalah pelindung bagi masa depan generasi akan datang."Data meteorologi yang kita hasilkan bukan sekadar angka, tetapi merupakan panduan keselamatan yang menentukan kesejahteraan rakyat kita," ulasnya. |
|
15 kes berkait cuaca panas dilapor, 1 kematian babit kanak-kanak - FMT - 23/03 10:43 am Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mengingatkan orang ramai lebih berwaspada dan mengawasi tanda awal strok haba. |
|
Cuaca panas maksimum cecah 40 darjah Celsius 3 hari berturut-turut - MetMalaysia - Sinarharian - 23/03 10:34 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk .. |
|
Cuaca panas: 15 kes direkod, satu kematian babitkan kanak-kanak - Sinarharian - 23/03 10:18 am SHAH ALAM Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada berikutan cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga tahun 2026, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan, termasuk satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak."Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat."Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah pencegahan dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong dan sejukkan badan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit."Rujuk infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan sebagai panduan langkah pencegahan."Pencegahan awal adalah kunci |
|
Status cuaca panas 15 kawasan di Semenanjung pada tahap 1, 2 - FMT - 23/03 10:00 am Selain Padang Terap, 14 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga), termasuk seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah. |
|
El Nino berintensiti kuat diramal landa dunia termasuk Malaysia - Pakar - Sinarharian - 23/03 8:00 am SHAH ALAM Fenomena El Nino berintensiti kuat dijangka kembali melanda dunia termasuk Malaysia, sekitar pertengahan tahun ini dengan kebarangkalian melebihi 70 peratus dan meningkat sehingga 80 hingga 90 peratus menjelang penghujung 2026.Felo Akademi Sains Malaysia, Profesor Dr Fredolin Tajudin Tangang berkata, berdasarkan ramalan Pusat Ramalan Iklim di Amerika Syarikat, fenomena itu dijangka bermula sekitar Julai hingga Ogos.Menurutnya, ia berkembang sehingga penghujung tahun dan awal 2027 sebelum beransur lemah pada Mac hingga April dan berakhir sekitar Mei tahun depan.Fredolin berkata, ketika ini Malaysia berada di penghujung musim Monsun Timur Laut yang lazimnya berakhir pada hujung Mac sebelum memasuki fasa peralihan monsun pada April dan Mei."Fasa peralihan monsun ini biasanya membawa keadaan cuaca yang didominasi sistem perolakan tempatan yang menyebabkan ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh singkat serta berpotensi mencetuskan banjir kilat, khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia."Dalam tempoh ini juga, keadaan cuaca negara dipengaruhi oleh fenomena Ayunan Madden-Julian (MJO) yang boleh menyebabkan cuaca panas apabila perolakan terhalang, sekali gus mengurangkan pembentukan awan dan hujan," katanya kepada Sinar Harian.Menurut Fredolin, keadaan panas yang berlaku ketika ini terutama di utara Semenanjung Malaysia adalah disebabkan dominasi tekanan atmosfera tinggi susulan fasa perolakan terhalang MJO di rantau Asia Tenggara."Situasi ini meningkatkan pancaran matahari ke permukaan bumi dan mengurangkan proses penyejukan melalui penyejatan, sekali gus berpotensi mencetuskan gelombang haba."Namun keadaan ini biasanya bersifat sementara dan berubah dalam tempoh satu hingga dua minggu," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata dunia kini berada di fasa terakhir fenomena La Nina yang bermula sejak pertengahan 2025 sebelum beralih kepada keadaan neutral dalam sistem ayunan El NinoSouthern Oscillation (ENSO).Jelasnya, ENSO merupakan ayunan semula jadi hasil interaksi atmosfera dan lautan di Lautan Pasifik yang berlaku secara kitaran antara El Nino, La Nina dan neutral setiap dua hingga lima tahun."Fenomena El Nino berupaya meningkatkan suhu global seperti yang berlaku pada 2024 apabila suhu dunia mencecah 1.55 darjah Celsius berbanding paras pra-perindustrian, sekali gus menjadikannya tahun terpanas."Walaupun suhu global menurun sedikit pada 2025 akibat pengaruh La Nia, ia masih merupakan tahun ketiga paling panas berikutan kesan pemanasan global yang berterusan," ujarnya.Sehubungan itu, beliau berpandangan kebarangkalian 2026 menjadi tahun terpanas baharu adalah tinggi sekiranya El Nino kembali dengan intensiti kuat. |
|
Dua pantai Kelantan dikenal pasti 'hotspot' kes lemas - Sinarharian - 22/03 4:18 pm BACHOK Pantai Kemayang dan Pantai Irama dikenal pasti sebagai titik panas (hotspot) kes lemas apabila merekodkan antara jumlah tragedi tertinggi di daerah ini bagi tempoh lima tahun sejak 2021.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, sempena cuti musim perayaan ini, orang ramai yang merancang untuk berkelah atau bermandi-manda diharap lebih berhati-hati."Kedua-dua lokasi itu dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berdasarkan statistik kejadian yang direkodkan sepanjang tempoh berkenaan."Pantai Kemayang mencatatkan sekurang-kurangnya lima kes melibatkan lima mangsa, manakala Pantai Irama turut merekodkan beberapa kejadian termasuk kes terbaharu pada tahun ini."Berdasarkan rekod, kebanyakan mangsa adalah lelaki dan ditemui sama ada di lokasi kejadian atau hanyut ke kawasan berhampiran dalam tempoh tertentu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Beliau memberitahu, bagi tahun 2025 sahaja, lima kes direkodkan membabitkan enam mangsa dengan dua daripadanya berlaku di Pantai Irama dan Pantai Kemayang.Ujarnya, selain itu kes lemas turut dilaporkan di kawasan tali air dan sungai termasuk di Kampung Budi, Kubang Telaga dan Sungai Mujur, Jelawat.Mengulas lanjut, Mohamad Ismail memberitahu, statistik tahun 2023 menunjukkan peningkatan ketara apabila lapan kes direkodkan di beberapa pantai utama termasuk Pantai Kemayang selain Pantai Melawi, Pantai Damai, Pantai Sri Nipah dan Pantai Telong.Sementara itu beliau berkata, enam kes direkodkan pada tahun 2024 melibatkan lokasi seperti Pantai DAur, Pantai Kemayang dan beberapa kawasan tali air di sekitar daerah ini.Sehubungan itu ujarnya, polis mempergiatkan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian berulang terutama di dua lokasi berkenaan yang dikenal pasti sebagai titik panas kes lemas."Rondaan berkala oleh Unit MPV dilakukan empat kali sehari manakala Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dua kali sehari di kawasan tumpuan."Pemantauan turut dilaksanakan oleh pasukan ronda cegah jenayah melibatkan empat balai di bawah pentadbiran IPD Bachok," katanya.Tambah beliau, hebahan keselamatan melalui pembesar suara juga dilakukan secara berterusan bagi memberi peringatan kepada pengunjung."Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mengambil risiko ketika beriadah di pantai ketika keadaan ombak kuat atau cuaca tidak menentu terutama pada musim perayaan ini," katanya. |
|
Padang Terap catat gelombang haba, 10 kawasan lain pada tahap berjaga-jaga - Mgazette - 22/03 8:12 am # Padang Terap catat gelombang haba, 10 kawasan lain pada tahap berjaga-jaga KUALA LUMPUR Keadaan cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan apabila satu kawasan direkodkan berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) manakala 10 kawasan lain berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) |
|
Umat Islam sambut 1 Syawal dengan solat Aidilfitri - FMT - 21/03 12:04 am Cuaca baik dimanfaatkan umat Islam dengan memenuhi masjid dan surau seawal 7 pagi untuk bertakbir, sebelum menunaikan solat sunat serta dengar khutbah raya. |
|
Aliran trafik ke Pantai Timur sesak teruk, Utara dan Selatan mula padat - Sinarharian - 19/03 10:02 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara mengalami kesesakan luar biasa malam ini berikutan pertambahan drastik kenderaan yang ingin mengambil peluang terakhir menikmati diskaun tol 50 peratus.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan paling teruk dikesan ke arah Pantai Timur melibatkan laluan dari Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi."Kesesakan di kawasan tersebut dikesan bermula sebelum susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) lagi dan aliran trafik meningkat secara ketara selepas waktu berbuka puasa tadi," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.Beliau berkata, bagi arah Utara, trafik dilaporkan bergerak perlahan, namun terkawal di laluan Sungai Buloh ke Rawang, Slim River ke Sungkai serta Bukit Tagar menuju ke Lembah Beringin.Trend kesesakan di Utara juga masih dipengaruhi sisa kesan kemalangan maut yang berlaku petang tadi di laluan Tapah ke Gopeng, selain pertambahan kenderaan di Permatang Pauh menuju ke Sungai Dua.Bagi laluan ke arah Selatan, LLM melaporkan trafik mula perlahan di beberapa titik panas antaranya Bandar Baru Nilai ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Bandar Ainsdale ke Senawang serta Pedas Linggi ke Simpang Ampat.Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus memuncak sehingga tengah malam ini memandangkan orang ramai mengejar tempoh tawaran diskaun tol yang bakal berakhir pada 11.59 malam.Selain faktor diskaun, ramai pengguna dilaporkan baru memulakan perjalanan malam ini memandangkan sebahagian besar sektor pekerjaan mula bercuti secara rasmi esok.Sehubungan dengan itu, LLM menasihati pengguna supaya memastikan baki kad Touch 'n Go serta tangki bahan api kenderaan mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika terperangkap dalam kesesakan."Pengguna juga diingatkan supaya sentiasa menjaga jarak selamat antara kenderaan dan berwaspada dengan sebarang halangan di hadapan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," kata jurucakap itu.Setakat ini, keadaan cuaca di sepanjang lebuh raya utama dilaporkan baik, kecuali hujan lebat yang berlaku di beberapa lokasi seperti Gombak, Tapah dan Nilai pada sebelah petang tadi.Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau menerusi aplikasi navigasi bagi membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih efektif |
|
Aliran trafik ke utara sesak, kemalangan maut di Tapah burukkan keadaan - Sinarharian - 19/03 6:08 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara keluar dari Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan petang ini berikutan pertambahan mendadak jumlah kenderaan susulan cuti Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan adalah di laluan Tapah menuju ke Gopeng susulan berlaku satu insiden kemalangan maut di kilometer (KM) 296.7."Walaupun urusan pembersihan di lokasi kemalangan telah selesai, faktor cuaca hujan di kawasan berkenaan menyumbang kepada kelembapan pergerakan kenderaan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.Selain itu, trafik dilaporkan bergerak perlahan di laluan Bukit Lanjan ke Rawang, Taiping ke Bukit Merah, Jawi ke Bandar Cassia serta Juru menuju ke Bertam.Bagi laluan ke arah selatan, pergerakan kenderaan perlahan bermula dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kajang serta Bandar Sri Putra ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.Aliran trafik yang tinggi turut menyebabkan kesesakan di laluan Port Dickson ke Senawang, Pedas Linggi ke Simpang Ampat serta di kawasan Kulai menuju ke Sedenak.Sementara itu, di pantai timur, kesesakan berlaku di Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi, manakala di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula, trafik dilaporkan perlahan di laluan Cheneh menuju ke Chukai serta di sekitar Plaza Tol Kuala Terengganu.Pihak LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga tengah malam ini memandangkan hari ini ialah hari terakhir tawaran diskaun tol 50 peratus.Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun tol bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini yang berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam semalam (18 Mac) dan tawaran diskaun akan berakhir pada jam 11:59 malam ini.Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang |
|
Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini - Mgazette - 19/03 2:55 pm Beliau berkata bagi laluan ke selatan pula, kesesakan berlaku dari Port Dickson ke Senawang, dan Pasir Gudang ke Setia Tropika. "Cuaca pagi ini baik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan," katanya |
|
Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak pagi ini - Sinarharian - 19/03 9:39 am KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak."Bagi laluan ke utara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Bandar Baharu ke Jawi, Bukit Tambun ke Bukit Minyak dan Juru ke Perai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.Beliau berkata bagi laluan ke selatan pula, kesesakan berlaku dari Port Dickson ke Senawang, dan Pasir Gudang ke Setia Tropika."Cuaca pagi ini baik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan," katanya.Pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan |
|
Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang - Mgazette - 19/03 7:44 am Beliau berkata bagi arah ke selatan, kesesakan berlaku di lebuh raya PLUS bermula dariPlaza Tol Sungai Besi ke Universiti Putra Malaysia, Nilai ke Bandar Ainsdale, Sedenak ke Kulai dan Setia Tropika ke Pasir Gudang. Selain itu, beliau berkata keadaan cuaca di kebanyakan kawasan pada petang ini dilaporkan dalam keadaan baik, hanya hujandi sekitar Lembah Klang |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL, Putrajaya hingga 7 malam - Sinarharian - 18/03 5:44 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.MetMalaysia memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan MuallimDi Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak amaran berkenaan meliputi kawasan Sri Aman, Sarikei (Sarikei), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan) |
|
Polis Pulau Pinang fokus lokasi blackspot sepanjang Op Selamat 26 - Sinarharian - 18/03 12:22 am GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang memberi tumpuan kepada kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas (blackspot dan hotspot) sepanjang pelaksanaan Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 yang bermula 19 hingga 24 Mac ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, operasi selama enam hari itu dilaksanakan dengan konsep pre-emptive services and total enforcement yang menekankan tindakan awal serta langkah pencegahan proaktif bagi menangani kesesakan dan kemalangan jalan raya.Menurutnya, selaras dengan tema Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan dan Keselamatan Diutamakan, objektif utama operasi adalah memastikan keselamatan pengguna jalan raya selain mengurangkan kadar kemalangan serta kesesakan melalui tindakan penyuraian trafik di laluan utama di negeri ini."Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberi tumpuan kepada kawasan yang kerap berlaku kemalangan serta lokasi sering mengalami kesesakan termasuk di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)."Selain itu, fokus turut diberikan kepada daerah yang menyumbang jumlah kemalangan maut tertinggi serta kawasan dikenal pasti sebagai lokasi kesesakan," katanya ketika ditemui pada program Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru di sini pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 1.5 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang dalam tempoh enam hari sempena musim perayaan tahun ini.Menurutnya, angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya apabila sebanyak 1.35 juta kenderaan direkodkan pada tahun lalu manakala pada tahun 2024 pula mencatatkan 1.2 juta kenderaan."Unjuran berkenaan dibuat berdasarkan trend peningkatan pergerakan trafik setiap tahun khususnya menjelang musim perayaan."Untuk tahun ini, kita menjangkakan kira-kira 1.5 juta kenderaan akan masuk dan melalui Pulau Pinang melibatkan tempoh enam hari bermula 19 hingga 24 April," ujarnya lagi.Mengulas lanjut, antara laluan dikenal pasti sebagai kawasan berkepadatan tinggi dan blackspot kemalangan ialah Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar, Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim, Jalan Besar Simpang Empat (KM12KM32), Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu/Jalan Ayer Itam, Jalan Ayer Itam Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr Awang serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.Dalam pada itu, Azizee menambah, seramai 330 pegawai dan anggota JSPT Kontinjen Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam operasi tersebut.Katanya, JSPT turut bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta agensi lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)."Sepanjang operasi ini, tindakan penguatkuasaan serta-merta akan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN 166/59 terhadap enam kesalahan utama."Ia melibatkan memandu melebihi had laju, menggunakan alat komunikasi semasa memandu, memandu di lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mematuhi peraturan lalu lintas, memandu secara berhemah serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah."Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan selain merancang perjalanan lebih awal dan peka terhadap keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran trafik," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau menambah, orang ramai yang meninggalkan kediaman semasa pulang berhari raya diingatkan supaya memastikan rumah dikunci dengan sempurna serta memasang lampu atau sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan jenayah."Mereka juga digalakkan memaklumkan kepada balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membolehkan rondaan dan pemantauan dijalankan secara berkala," katanya |
|
Dua pekerja maut, seorang cedera terjatuh skylift - Mgazette - 17/03 3:33 pm Beliau berkata, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan, manakala seorang lagi mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan selepas mengalami kecederaan di kepala dan dada. Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga mangsa yang berumur antara 38 hingga 46 tahun itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di tingkat lima menggunakan jentera skylift dalam keadaan cuaca hujan lebat |
|
Dua maut, seorang cedera jatuh skylift ketika kerja penyelenggaraan - Sinarharian - 17/03 1:30 pm SUBANG JAYA Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh daripada jentera skylift ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah rumah pangsa di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Polis Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian melalui panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira jam 3.50 petang.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis USJ 8, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kemudian bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat."Hasil pemeriksaan awal mendapati tiga lelaki dalam keadaan terbaring di bahagian pintu masuk apartmen tersebut."Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta anggota badan."Kesemua mangsa berumur antara 38 hingga 46 tahun," katanya.Wan Azlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di tingkat lima menggunakan jentera skylift."Ketika kejadian, keadaan cuaca dilaporkan hujan lebat," katanya.Tambah beliau, setakat ini pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (Sudden Death Report SDR)," ujarnya.Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi tujuan bedah siasat.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100, atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Kebanyakan negeri diramal alami cuaca cerah semasa Aidilfitri - MetMalaysia - Sinarharian - 16/03 6:47 pm KUALA LUMPUR - Kebanyakan negeri diramal mengalami cuaca cerah sepanjang tempoh Aidifiltri bermula 20 hingga 22 Mac ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pada pagi 20 Mac, hampir semua negeri mengalami cuaca cerah kecuali Perak dan Tawau, Sabah, manakala sebelah petang dan malam hujan atau ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan antaranya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Keadaan sama juga diramal berlaku di Pantai Barat, Pedalaman dan Tawau, Sabah serta Bahagian Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.Pada keesokan harinya iaitu 21 Mac, hujan dijangka melanda Perak pada sebelah pagi manakala ribut petir dan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bahagian Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman), Kuala Lumpur dan Putrajaya pada waktu petang.Keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam dengan Johor dan Tawau, Sabah turut terlibat.Sementara itu, pada 22 Mac, ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada waktu petang di Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman).MetMalaysia menyeru orang ramai supaya merancang perjalanan ketika musim perayaan Aidilfitri supaya perjalanan mereka lebih baik dan selamat.Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan cuaca panas dan kurang hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara dan kawasan pedalaman hingga akhir Mac ini.Bagaimanapun, berdasarkan analisis model ramalan cuaca, ribut petir untuk tempoh singkat masih berpotensi berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.MetMalaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk laman web rasmi jabatan itu di www.met.gov.my serta mengikuti media sosial rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini dan tepat.Orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca yang pantas dan sahih |
|
Dua penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Redang - Sinarharian - 14/03 10:08 pm KUALA NERUS - Kegembiraan sekumpulan penyelam bertukar detik cemas apabila dua daripada mereka dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di Pasir Akar Marine Park, Pulau Redang, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa terlibat merupakan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun berasal dari Kajang, Selangor dan seorang warga China berusia 42 tahun.Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 12.45 tengah hari."Susulan laporan itu, sebuah bot daripada Jabatan Perikanan Terengganu bersama tujuh anggota penyelamat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak Taman Laut digerakkan bagi memulakan operasi pencarian pada jam 2 petang."Operasi turut mendapat bantuan tujuh sukarelawan daripada sebuah resort yang menggunakan dua buah bot milik mereka."Difahamkan, salah seorang mangsa merupakan Dive Master manakala seorang lagi ialah Student Diver," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Azli berkata, radius operasi pencarian meliputi kawasan sekitar Pulau Bidong, Pulau Geluk, Pulau Tengkorak serta Pulau Pinang di Pulau Redang.Bagaimanapun, katanya, operasi tersebut terpaksa ditangguhkan pada jam 6 petang tadi atas faktor keselamatan dan keadaan cuaca yang tidak menentu."Operasi pencarian terpaksa dihentikan sementara dan akan disambung semula pagi esok susulan keadaan ombak serta gelombang yang agak besar di lokasi kejadian."Sehingga kini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya. |
|
'Luluh hati, beg baju diasudah kemas...' - Anak mangsa tanah runtuh - Sinarharian - 12/03 11:33 pm Saya berterima kasih kepada agensi kerajaan terlibat dalam membantu mengeluarkan bapa daripada runtuhan tanah. Mereka lakukan dengan cepat," katanya.Sementara itu, Walter berkata,MPS meletakkan satu notis penutupan sementara di Bangunan Blok 10, Lebuh 4 di sini bagi menunggu hasil penyiasatan keselamatan struktur lereng bukit kawasan terjejas."Saya jangka siasatan itu akan mengambil masa beberapa hari, termasuk melihat kepada keadaan cuaca tidak menentu ketika ini |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 11 negeri - Sinarharian - 12/03 5:17 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.Dalam kenyataan pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Muallim.Di Pahang pulakawasan terjejas ialah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya."Selain itu, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama," menurutkenyataan itu.Di Johor, kawasan terlibat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Bagi Sarawak, amaran melibatkan Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Miri (Telang Usan).Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau termasuk Tawau, Kunak dan Lahad Datu.MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan merujuk laman sesawang rasmi jabatan itu untuk maklumat cuaca terkini |
|
Teknologi ANPR diperluas mulai Ogos - Sinarharian - 12/03 3:44 pm PETALING JAYA - Sistem pembayaran tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) dijangka diperluaskan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Ogos ini.Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, setakat ini lebih 200,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi baharu JustGO Malaysia untuk sistem pembayaran tol terbuka tersebut."Melalui sistem tersebut, pengguna lebuh raya boleh menggunakan mana-mana lorong di plaza tol sekiranya kenderaan mereka telah didaftarkan dengan aplikasi tersebut," katanya.Nik Airina berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat mengenai persiapan PLUS menghadapi peningkatan trafik sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS di sini pada Khamis.Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir Nadzrol Fadzilah Ahmad dan Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Norazlan Ibrahim.Nik Airina berkata, pengguna yang tidak mendaftar dengan sistem berkenaan masih perlu menggunakan lorong yang dikhaskan mengikut kaedah pembayaran masing-masing sama ada Touch n Go atau SmartTAG."Projek rintis ANPR kini dilaksanakan PLUS di kawasan utara membabitkan sembilan tol jajaran Hutan Kampung ke Sungai Dua pada Januari lalu."Nombor plat kenderaan akan dikesan secara automatik apabila melalui lorong tol dan caj diproses serta dipautkan terus kepada kaedah pembayaran pengguna melalui aplikasi mudah alih berkenaan," katanya.Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian setakat ini, sistem tersebut dilihat membantu mempercepatkan pergerakan kenderaan di sembilan plaza tol di sepanjang laluan berkenaan."Pengguna juga tidak perlu berhenti kerana sistem berkenaan akan mengesan kenderaan yang telah didaftarkan sekali gus membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih lancar," ujarnya.Terdahulu media melaporkan, pengguna boleh menikmati pengalaman pemanduan yang lebih lancar apabila PLUS memperkenalkan projek rintis Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan ANPR.Sistem berkenaan disokong oleh kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan termasuk cuaca, kelajuan serta sudut pandangan yang berbeza.Bagi menggunakan kemudahan itu, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi JustGO Malaysia dan menghubungkan kaedah pembayaran pilihan seperti kad debit atau kredit tanpa sebarang kos pendahuluan kepada pengguna.Pembayaran secara e-dompet akan diperluaskan secara berperingkat.Aplikasi mudah alih itu dibangunkan sebagai platform pembayaran digital terbuka yang dirancang untuk dimiliki bersama industri lebuh raya selaras aspirasi kerajaan menyediakan kaedah lebih fleksibel.Kaunter pengaktifan JustGO disediakan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kedah termasuk kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun serta Hentian Sebelah Juru bagi membantu pengguna mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut. |
|
Kebakaran di Puncak Jalil terkawal, bukan dalam Hutan Simpan Kekal ??? .. - Mgazette - 12/03 3:29 pm Komitmen dan dedikasi anggota di lapangan amat dihargai, ujarnya. Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika cuaca panas dan kering yang boleh menyebabkan api merebak dengan pantas |
|
Warga emas tertimbus ketika hidupkan jana kuasa hotel - Mgazette - 11/03 2:57 pm Mangsa yang dikenali sebagai Agustine Frederick J Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tertimbus separuh badan oleh runtuhan tanah. Difahamkan, insiden berlaku ketika cuaca hujan lebat daerah Sandakan sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di hotel berkenaan |
|
Pekerja hotel maut tertimbus tanah runtuh - Sinarharian - 11/03 11:21 am SANDAKAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di belakang sebuah bangunan hotel di pusat bandar di sini, pada pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Agustine Frederick J Lingam, 76, yang juga kakitangan hotel tersebut ditemukan pada kedalaman kira-kira separuh daripada badannya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 pagi.Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Sandakan."Komander Operasi melapor kejadian berlaku semasa cuaca dalam keadaan hujan lebat yang menyebabkan bekalan elektrik di hotel terputus."Kakitangan hotel kemudiannya cuba menghidupkan genset yang terletak di bahagian belakang bangunan hotel dan menurut saksi di lokasi, mangsa telah tertimbus tanah runtuh semasa cuba menghidupkan genset tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya lagi, Ketua Operasi membuat 'size-up' dan mendapati terdapat seorang mangsa tertimbus separuh badan oleh runtuhan tanah."Pasukan bomba seterusnya bertindak mengeluarkan mangsa dengan melakukan cari dan menggali menggunakan peralatan penyodok."Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 7.14 pagi, sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk pemeriksaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Tambah beliau lagi, pemasangan sawar-sawar turut dilakukan di lokasi telah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud."operasi ditamatkan pada jam 8.19 pagi setelah memastikan keadaan selamat," katanya. |
|
Pencarian terbaharu MH370 masih tiada petunjuk - Mgazette - 8/03 4:13 pm Ocean Infinity juga memaklumkan aktiviti tinjauan tambahan turut dijalankan dalam kawasan pencarian yang lebih luas sebelum perjanjian rasmi ditandatangani pada Mac 2025, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong operasi pencarian. Operasi turut mengalami gangguan secara berkala akibat keadaan cuaca dan laut |
|
Voice370 seru kerajaan teruskan pencarian, buka peluang kepada syarikat .. - Mgazette - 8/03 4:13 pm Ocean Infinity juga memaklumkan aktiviti tinjauan tambahan turut dijalankan dalam kawasan pencarian yang lebih luas sebelum perjanjian rasmi ditandatangani pada Mac 2025, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong operasi pencarian. Operasi turut mengalami gangguan secara berkala akibat keadaan cuaca dan laut |
|
Pencarian MH370 di kawasan baharu masih belum berhasil - Sinarharian - 8/03 10:45 am SHAH ALAM - Operasi pencarian Malaysia Airlines MH370 di kawasan baharu dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, masih belum menemukan sebarang bukti yang dapat mengesahkan lokasi serpihan pesawat itu.Demikian kenyataan terbaharu daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) setakat tarikh kemas kini pada Ahad.MOT berkata, kerajaan kekal komited untuk memastikan keluarga mangsa terus dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu dan akan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa."Pada 25 Mac 2025, Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity untuk menjalankan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat MH370 di kawasan baharu dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi."Ini berdasarkan prinsip 'tiada penemuan, tiada bayaran'. Operasi pencarian di bawah perjanjian ini dijalankan dalam dua fasa iaitu 25 hingga 28 Mac 2025 (Fasa Satu) dan 31 Disember 2025 hingga 23 Januari 2026 (Fasa Dua)."Secara keseluruhan, 28 hari operasi pencarian dijalankan bagi kedua-dua fasa selepas perjanjian ditandatangani, dengan kira-kira 7,571 kilometer persegi dasar laut berjaya disiasat dalam kawasan pencarian ditetapkan," katanya.MOT menambah, Ocean Infinity turut memaklumkan bahawa aktiviti tinjauan tambahan telah dijalankan dalam kawasan pencarian yang lebih luas sebelum perjanjian rasmi ditandatangani pada Mac tahun lalu, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong operasi tersebut.Kata kementerian itu lagi, operasi pencarian beberapa kali terganggu akibat faktor cuaca dan keadaan laut."Jadi, fasa kedua operasi berakhir pada 23 Januari lepas," ujar MOT.Sebelum ini, media melaporkan, pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing hilang daripada radar komersial kurang dari satu jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Radar tentera kemudiannya mendedahkan bahawa pesawat itu membuat putaran 180 darjah menyeberangi Semenanjung Malaysia ke Selat Melaka, berpusing ke utara dan terakhir dikesan di suatu tempat di utara Sumatera.Analisis seterusnya menggunakan teknologi satelit menunjukkan bahawa pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, akhirnya berakhir di selatan Lautan Hindi.Meskipun pencarian yang luas dijalankan, tiada penemuan serpihan atau bangkai pesawat direkodkan setakat ini. |
|
Siri kedua Riuh Bazar Sinar Harian Bersama Redoxon gamat! - Sinarharian - 8/03 10:00 am Saya harapinisiatif sebegini dapat diteruskan lagi tahun depan." - Guru agama, Shahida Abdul Razak."Idea membeli makanan daripada penjaja sekitar sini dan agihkan kepada pengunjung sangat baik, secara tidak langsung merancakkan lagi ekonomi penjaja bazar diKota Damansara ini, terima kasih Sinar Harian dan Redoxon." - ADUN Kota Damansara, Muhammad Izuan Kasim."Terima kasih atas pemberian pek makanan berbuka puasa dan diberi juga sampel vitamin Redoxon kepada kami. Bolehlah kami minum ketika sahur nanti supaya kekal bertenagasepanjang puasa." - Pekerja swasta, Wan Mohd Aiman Wan Zamzani."Alhamdulillah kami dapat berkongsi rezeki di bulan yang mulia ini, sedikit-sebanyak mampu merancakkan lagi ekonomi penjaja bazar menerusi inisiatif sebegini." - Peniaga nasi ayam,Mohd Zakwan Sharif."Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat walaupun diadakan dalam cuaca yang tidak menentu seperti hari ini hujan lebat |
|
Paras air empangan MADA merosot 40 peratus - Sinarharian - 8/03 9:27 am JERLUN Paras takungan air di empangan bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kini menurun kepada kira-kira 40 peratus berikutan kemarau yang melanda sejak hujung tahun lalu.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keadaan cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu kebelakangan ini turut memberi kesan kepada pengeluaran padi bagi musim penanaman semasa.Bagaimanapun katanya, situasi tersebut masih lagi berada dalam keadaan terkawal."Pada tahun ini kita berdepan kemarau yang menjejaskan pengeluaran padi |
|
Peranan BERNAS tidak disedari rakyat - Sinarharian - 7/03 8:50 am Import berfungsi sebagai penampan sistem, satu langkah pelengkap memastikan bekalan kekal mencukupi ketika berlakunya gangguan luar jangka seperti sekatan, bencana alam atau ketidaktentuan geopolitik.Pendekatan ini berakar daripada pengalaman krisis makanan global menunjukkan kebergantungan sepenuhnya kepada pasaran terbuka boleh mendedahkan negara kepada risiko bekalan dan lonjakan harga mendadak.Tahun kebelakangan ini menyaksikan pelbagai cabaran serentak termasuk sekatan eksport beras oleh negara pengeluar utama, fenomena El Nino, gangguan rantaian bekalan serta tekanan kadar pertukaran mata wang.Dalam situasi sebegini, kestabilan pasaran domestik bergantung kepada keupayaan sistem menyerap kejutan luar.Pengeluaran tempatan kekal teras utamaKeterjaminan makanan jangka panjang tidak boleh bergantung kepada import semata-mata. Justeru, pengukuhan sektor padi tempatan dan kebajikan pesawah kekal menjadi keutamaan.Sebagai sebahagian obligasi sosialnya, BERNAS berperanan sebagai pembeli padi terakhir termasuk padi rosak pada Harga Minimum Terjamin (GMP) tertakluk kepada pemutuan sebenar.Mekanisme ini memastikan hasil tuaian pesawah tidak terdedah sepenuhnya kepada turun naik pasaran.Sektor padi negara berdepan cabaran struktur, termasuk faktor usia pesawah dan produktiviti.Justeru, usaha memodenkan pengeluaran melalui mekanisasi dan teknologi menjadi penting.Pelaksanaan program sawah berskala besar, penggunaan jentera moden dan integrasi teknologi digital bertujuan meningkatkan hasil, mengurangkan kos serta menjadikannya lebih berdaya saing dan menarik kepada generasi baharu.Teknologi dan ketahanan masa depanPenggunaan teknologi pertanian pintar melalui integrasi mekanisasi ladang, kecerdasan buatan dan analitik data masa nyata dalam pengurusan sawah memberi ruang kepada keputusan lebih tepat dan cekap.Inisiatif seperti ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti, malah membantu pesawah mengurangkan pembaziran, mengurus risiko cuaca dan persekitaran dengan lebih baik.Dalam jangka panjang, pendekatan berasaskan teknologi adalah sebahagian strategi membina sistem pengeluaran makanan lebih tahan lasak.Bencana alam dan ketidaktentuan cuaca memberi kesan langsung kepada kelangsungan hidup pesawah.Di sinilah peranan sokongan institusi menjadi penting, bukan sekadar dari sudut pasaran, tetapi sebagai jaringan keselamatan ketika krisis melanda.Ekosistem yang saling melengkapiDalam keseluruhan ekosistem beras, import, tempatan dan sokongan institusi bukanlah elemen bersaing, sebaliknya saling melengkapi.Keseimbangan inilah yang memastikan beras kekal berada di pasaran, harga tidak melonjak mendadak dan pesawah terus mampu bertahan.Dalam konteks ini, peranan BERNAS wajar dilihat sebagai sebahagian arkitek keterjaminan makanan negara iaitu satu fungsi yang mungkin kurang disedari ketika keadaan stabil, tetapi menjadi amat kritikal apabila sistem berdepan tekanan.*Junhairi Alyasa ialah Pengarang Berita Sinar Harian |
|
Maritim selamatkan 3 remaja hanyut tengah laut - Sinarharian - 5/03 5:22 pm LUMUT Tiga remaja berusia 16 tahun yang hanyut ketika menaiki sampan di perairan Pasir Panjang, Manjung berjaya diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak petang Rabu.Pengarah Maritim Negeri Perak, Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak menerima maklumat kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.57 petang.Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, operasi Carilamat segera diaktifkan dengan Bot Perkasa 1223 digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 3.2 batu nautika tenggara Pulau Katak."Ketika operasi dijalankan, keadaan cuaca dilaporkan kurang baik dengan angin barat laut berkelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam."Ketinggian ombak pula mencecah antara 1.5 hingga 2.5 meter selain berlaku ribut petir di beberapa kawasan yang meningkatkan risiko keselamatan di laut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Shukri berkata, Bot Perkasa 1223 tiba di lokasi kejadian pada jam 8.25 malam sebelum menemui ketiga-tiga mangsa bersama bot sampan mereka dalam keadaan selamat.Menurutnya, kesemua mangsa kemudian dibawa ke Jeti Marina Island sebelum diserahkan kepada waris masing-masing pada jam 10.10 malam."Operasi Carilamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 malam selepas semua aset kembali ke pangkalan," katanya.Mohamad Shukri berkata, tindakan pantas pengaktifan operasi serta respons segera aset di lapangan memastikan ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan komuniti maritim supaya sentiasa memantau keadaan cuaca sebelum turun ke laut, selain memakai jaket keselamatan serta membawa alat komunikasi yang berfungsi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Beliau turut mengingatkan ibu bapa dan keluarga yang tinggal berhampiran kawasan perairan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak, khususnya golongan remaja, agar tidak keluar ke laut tanpa pengawasan dan langkah keselamatan sewajarnya. |
|
ACLE:Sanfrecce Hiroshima masih berpeluang ke suku akhir - Mgazette - 5/03 3:21 pm Apa-apa pun, saya berpuas hati dengan aksi diperagakan pemain. "Pemain berdepan dengan pelbagai isu sebelum perlawanan seperti masa penerbangan yang panjang, cuaca panas dan kering serta tidak mendapat tidur yang berkualiti apabila dikejutkan dengan dentuman bunga api di luar hotel |
|
Lelaki maut motosikal bertembung pacuan empat roda - Sinarharian - 5/03 2:38 pm SANDAKAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Leila di sini pada tengah malam Khamis.Dalam kejadian jam 12.10 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kemalangan melibatkan motosikal dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton."Ketika kejadian, motosikal tersebut telah bertembung dengan pacuan empat roda yang sedang membuat pusingan U di lampu isyarat Jalan Leila."Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk dibedah siasat."Sementara itu, pemandu bersama dua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Bagaimanapun, George berkata, pemandu pacuan empat roda yang berusia 31 tahun ditahan itu telah ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut."Kedua-dua kenderaan juga ditahan untuk pemeriksaan lanjut termasuk ujian Puspakom dan kimia."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.George dalam pada itu turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan patuhi had laju, papan tanda, lampu isyarat serta menjaga jarak selamat sepanjang pemanduan."Pengguna jalan raya juga harus memberi perhatian lebih ketika melalui persimpangan, lokasi pusingan U dan bulatan atau ketika cuaca buruk bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya. |
|
Konflik Asia Barat: 1,000 warga F1 ubah perjalanan, mungkin terlepas aksi pembukaan - Sinarharian - 4/03 8:36 am KIRA-KIRA 1,000 anggota Formula Satu (F1) terpaksa membuat perubahan perjalanan pada saat akhir susulan krisis yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang pusingan pembukaan musim di Melbourne minggu ini.Sebahagian daripada mereka dijangka tidak sempat tiba untuk permulaan musim berikutan gangguan penerbangan yang meluas.Bagaimanapun, masalah logistik yang lebih besar berjaya dielakkan apabila kereta perlumbaan dan peralatan sokongan telah dihantar lebih awal dari sesi ujian pramusim di Bahrain bulan lalu sebelum gangguan ruang udara berlaku.Memetik laporan Channel Nine, Ketua Pegawai Eksekutif Australian Grand Prix Corporation, Travis Auld, berkata semua kenderaan perlumbaan kini berada di Albert Park dalam kontena dan sedia untuk dipindahkan ke garaj menjelang hujung minggu perlumbaan yang bermula dengan sesi latihan pada Jumaat.Menurutnya, ramai kakitangan termasuk pasukan, pemandu dan pegawai F1 terpaksa menukar penerbangan bagi mengelakkan hab lapangan terbang antarabangsa di Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang terjejas akibat serangan peluru berpandu."Dianggarkan hampir 1,000 individu telah menempah penerbangan dan dijadual tiba antara Isnin hingga Rabu, namun semuanya perlu diubah."Dalam masa yang sama, ramai penumpang lain di seluruh dunia turut membuat perubahan sehingga menyebabkan permintaan penerbangan meningkat. Bagaimanapun, mereka berjaya menguruskannya," katanya.Sebagai sukan bertaraf global, pusingan keempat di Bahrain dan pusingan kelima di Arab Saudi yang dijadual berlangsung pada April ini masih kekal dalam kalendar, namun pihak penganjur memaklumkan situasi sedang dipantau dari masa ke masa.Sementara itu, pengeluar tayar, Pirelli, membatalkan ujian cuaca basah di Bahrain susulan konflik berkenaan, dengan beberapa kakitangan dilaporkan masih terkandas di Manama.Beberapa anggota pasukan turut dilaporkan masih berada di Bahrain termasuk pemandu simpanan baharu Mercedes, Frederik Vesti.Presiden badan induk F1 turut menegaskan aspek keselamatan dan kesejahteraan akan menjadi keutamaan dalam menentukan penganjuran perlumbaan akan datang.Beliau menyatakan pihaknya sedang berhubung rapat dengan penganjur dan pasukan bagi memantau perkembangan semasa sebelum membuat sebarang keputusan lanjut. |
|
Lewat siap Lebuhraya Pan Borneo Sabah, 2 kontraktor dipenalti RM31.8 juta - FMT - 3/03 12:53 am Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata faktor utama kelewatan itu termasuk cuaca tak tentu, cabaran ambil balik tanah, isu alih utiliti dan prestasi kontraktor di tapak. |
|
Enam kawasan catat cuaca panas cecah 37 selsius - Mgazette - 2/03 7:57 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di enam kawasan di Semenanjung Malaysia |
|
Imam muda Malaysia pimpin saf minoriti Jepun - Sinarharian - 1/03 8:20 am Program itu kohort ketiga penghantaran penuntut USIM ke luar negara selepas Jepun dan New Zealand pada tahun-tahun sebelumnya.Muhammad Hanif ditugaskan menjadi imam tarawih di Masjid Osaka Islamic Centre bersama Muhammad Fawzan Mohammad Najib. Menurutnya, cabaran utama bukan sahaja perbezaan budaya tetapi juga cuaca yang amat sejuk."Dalam suhu sekitar 5 hingga 10 darjah Celcius, nak bangun pagi dan berjalan ke masjid memang mencabar |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |