///
See Also: Shutterstock

Search : Bersama News   Page 1    



Gerakan Reset mahu Johor tawar peluang kerja setanding Singapura - Mygazette - 6/07 3:01 pm

Mengulas lanjut, Mohd Omar berkata, Johor menjadi destinasi rakyat dari pelbagai negeri untuk mencari rezeki kerana kedudukannya yang berhampiran Singapura. Bagaimanapun, katanya, ramai pekerja terpaksa keluar seawal pagi dan pulang lewat malam setiap hari semata-mata untuk bekerja di negara jiran sekali gus mengurangkan masa bersama keluarga





Kesuma ambil alih pengurusan pekerja asing serta-merta - Mygazette - 6/07 3:01 pm

Tambah Ramanan, Kesuma mempunyai kawalan penuh terhadap terhadap sistem FWCMS termasuk kod sumber dan akses pentadbiran yang dipegang sepenuhnya oleh Ketua Setiausaha Kesuma. Tambahnya, Kesuma juga akan mengadakan pertemuan sesi libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan dalam masa terdekat, termasuk menguruskan segala aspek logistik berkaitan pengoperasian OSC





Janawibawa: Muhyiddin cadang lantik 54 syarikat secara rundingan terus - Mygazette - 6/07 3:01 pm

Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi





Pengundi muda 54 peratus di DUN Pasir Raja jadi penentu - Mygazette - 6/07 3:01 pm

Jangan biarkan orang lain menentukan masa depan kita. Ayuh kita bersama-sama mencipta perubahan dan membina DUN Pasir Raja yang lebih maju, progresif dan memberi harapan kepada semua, ujarnya





Adakah BN mahu lantik orang Pas jadi ADUN Lantikan? – Kartiyaini .. - Mygazette - 6/07 3:01 pm

Cara terbaik menamatkan persoalan ini ialah dengan memberikan penjelasan yang terus terang kepada rakyat, katanya. Sementara itu, dalam sidang akhbar bersama-sama tiga calon PH yang lain di Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum di sini hari ini, beliau berkata, jika PH mendapat mandat di negeri ini akan berusaha membentuk sebuah bandar raya yang membolehkan warga emas hidup dengan selesa, dihormati dan dijaga dengan baik





Buletin Isu Bumbung Panoramik Hantui Byd Ti7 Ev – Komponen Longgar, .. - Mekanika - 6/07 3:01 pm

Setakat ini, masalah itu tidak dilaporkan berlaku pada varian plug-in hybrid (PHEV), sekali gus menimbulkan kemungkinan ia hanya melibatkan kumpulan awal Ti7 EV yang baru dikeluarkan. BYD bersama pengedar di bawah sub-jenama Fang Cheng Bao (FCB) dilaporkan telah memberi maklum balas kepada lebih 99 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima, namun ramai pemilik masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian ditawarkan





Buletin Spesifikasi Lepas L6 Ev Didedahkan Di Thailand – Jana 218hp, .. - Mekanika - 6/07 3:01 pm

Turut disediakan ialah fungsi V2L dengan output maksimum 3.3kW bagi membolehkan bekalan kuasa disalurkan kepada peranti luaran. Antara kelengkapan yang ditawarkan termasuk lampu utama LED Dual Projector Lens, rim aloi 18 atau 19-inci, bumbung panoramik kaca, tempat duduk pemandu larasan elektrik 10 hala bersama fungsi memori, sokongan lumbar elektrik, sistem pengudaraan dan pemanas tempat duduk





Bukan Sekadar Teman Bermain, Haiwan Peliharaan Sebenarnya Boleh Bantu Emosi Anak Lebih Stabil - Siraplimau - 6/07 2:48 pm

Salah satu faktor persekitaran yang semakin mendapat perhatian ialah kehadiran haiwan peliharaan di rumah. Persoalannya, adakah kanak-kanak yang membesar bersama haiwan peliharaan lebih stabil dari segi emosi? Baca juga: Nampak Old School, Pakar Jelaskan Kenapa Baju […] The post Bukan Sekadar Teman Bermain, Haiwan Peliharaan Sebenarnya Boleh Bantu Emosi Anak Lebih Stabil first appeared on SirapLimau.com .





Tiga beranak geng awan cipta memori bertugas bersama - Kosmo - 6/07 2:27 pm

PETALING JAYA – Seorang pramugari mencuri perhatian ramai apabila berpeluang berkhidmat bersama bapa dan abangnya yang merupakan juruterbang dalam penerbangan yang sama





Berpolitik jangan sampai gugat kestabilan kerajaan Persekutuan - Tok Mat - Sinarharian - 6/07 2:17 pm

JOHOR BAHRU Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hassan mengingatkan semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya berkempen secara berhemah dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan Persekutuan.Beliau berkata, perbezaan pendapat dan kritikan dalam kempen pilihan raya adalah perkara biasa, namun ia perlu dibuat secara berfakta serta tidak melibatkan serangan bersifat peribadi.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluKatanya, semua pihak perlu menyedari bahawa kerajaan Persekutuan ketika ini masih ditadbir secara bersama oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, justeru kempen politik perlu mempunyai batas."Kecaman itu biasa dalam pilihan raya, gurau manja dan usik-mengusik itu biasa





“Banyak Dah Allah Bagi Jawapan” – Setahun Setengah Zizi Kirana Fikirkan Keputusan Untuk Cerai, Rasa Down Dan Kerap Menangis - Ohmedia - 6/07 2:14 pm

Zizi Kirana akui ambil masa setahun setengah sebelum bersetuju dengan penceraian bersama Yusuf Bahrin





Negara anggota setuju kekal misi UNIFIL, MALBATT terus bertugas hingga November - Menteri Luar - Sinarharian - 6/07 1:52 pm

JOHOR BAHRU Semua negara anggota yang menyertai misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di selatan Lubnan, bersetuju untuk mengekalkan penempatan pasukan masing-masing sehingga tamat mandat dijadualkan pada November ini.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, perkara itu telah dibincangkan di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan setakat ini tiada keputusan untuk menamatkan penugasan lebih awal.Katanya, sebarang keputusan berhubung kedudukan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 adalah tertakluk kepada pertimbangan Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebelum dibawa ke Jemaah Menteri."Isu MALBATT ini telah dibincangkan di peringkat PBB dan semua negara ahli nampaknya bersetuju untuk mengekalkan tentera mereka di situ sehingga tamat mandat yang berakhir pada November ini."Bagaimanapun, ia bergantung kepada Kementerian Pertahanan. Apa juga keputusan kementerian itu akan dibawa ke Kabinet dan sekiranya dipersetujui."Kementerian Luar akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas makan tengah hari bersama pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram di sini pada Isnin.Menurut Mohamad, keadaan semasa anggota MALBATT di selatan Lubnan masih terkawal kerana mereka tidak ditempatkan di barisan hadapan kawasan konflik.Sebaliknya, anggota Malaysia kini berada di kawasan belakang dan tidak lagi menjalankan rondaan demi mengutamakan aspek keselamatan, tambahnya."Nak dironda pun tak ada apa-apa nak dironda lagi kan? Kita sebagai tentera pengaman, tempat itu pun bukanlah tempat aman, sudah jadi medan perang kan? Jadi kita tak ada apa yang nak kita ronda."Jadi saya minta supaya anggota tentera kita, anggota MALBATT kita di Lebanon mengutamakan keselamatan dulu sehinggalah apa jua keputusan ataupun sehinggalah tamat mandat Bangsa-Bangsa Bersatu pada hujung tahun ini," katanya.Mengulas cadangan membawa pulang anggota MALBATT lebih awal, Mohamad menjelaskan tindakan itu tidak praktikal kerana akan melibatkan kos yang amat tinggi.Katanya, lebih wajar anggota terbabit kekal sehingga tamat mandat PBB sebelum proses pengunduran dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan UNIFIL."Kita tak boleh bawa keluar, kalau kita ambil tindakan sendiri untuk bawa anggota kita keluar, dia akan menelan belanja yang amat besar."Jadi kalau sampai habis mandat nanti, di bawah payung mandat PBB akan mengeluarkannya dan ke mana tempat mereka akan dikeluarkan, daripada situ nantilah tentera kita ataupun anggota kita akan balik ke Malaysia, Insya-ALLAH," katanya.





“Seminggu Kahwin Terus Kena…”- Ubai MZ Jawab Dakwaan Bercerai Dengan Shila Amzah - Beautifulnara - 6/07 1:49 pm

Pempengaruh dan usahawan, Ubai MZ mengimbau kembali detik paling sukar yang pernah dilaluinya apabila menjadi mangsa fitnah hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Shila Amzah





PRN Johor: Isu banjir, tambak sesak jadi misi bersama calon PH Greater JB - Sinarharian - 6/07 1:34 pm

JOHOR BAHRU Lima calon Pakatan Harapan (PH) di kawasan Greater Johor Bahru memilih untuk memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, termasuk masalah banjir dan kesesakan lalu lintas di pintu sempadan.Penyandang dan juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, antara isu yang menjadi fokus bersama lima calon terbabit ialah pengangkutan awam, pengurusan bencana, penjagaan kanak-kanak, kebajikan warga emas serta isu rentas sempadan Johor-Singapura."Kesemua isu itu akan diperjuangkan secara kolektif oleh calon-calon PH di kawasan Greater Johor Bahru sekiranya diberi mandat pada PRN kali ini."Bukan seorang calon hanya menjaga satu isu semata-mata





Pemain bola maut disambar petir - Sinarharian - 6/07 12:33 am

ALOR GAJAH Perlawanan persahabatan bola sepak bertukar tragedi apabila seorang pemain maut selepas dipercayai disambar petir di Padang Kompleks Rakan Muda Lendu di sini pada petang Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa, R Thanesh, 28, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.Selain mangsa, pengadil perlawanan dilaporkan cedera, manakala seorang lagi individu yang turut terlibat terselamat.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.50 malam selepas mangsa dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang menyertai perlawanan persahabatan antara Rembau Indian Veteran FC dan Tanjung Minyak FC yang bermula kira-kira jam 5.30 petang."Kira-kira 10 minit selepas sepak mula, hujan renyai-renyai sebelum kedengaran satu dentuman guruh. Rakan mangsa kemudian melihat si mati bersama dua individu lain rebah di atas padang," katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, pemeriksaan awal terhadap tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah, namun terdapat kesan terbakar pada jari kaki kiri hingga ke paras paha."Mangsa turut mengalami kesan melecur pada bahagian bawah perut sebelah kiri selain kesan kehitaman pada bahagian belakang badan hingga ke paras punggung serta pendarahan pada telinga kanan."Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian."Polis telah membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.





Bercelarunya Pas, nak Melayu bersatu tapi arah ahli pangkah MCA bukan calon Melayu PH - Harapandaily - 6/07 12:10 am

Oleh NORMAN RADZUAN Pas dan Bersatu bersama dalam Perikatan Nasional (PN) tetapi Pas suruh ahlinya pangkah MCA bukan Bersatu? Pas kata nak Melayu bersatu tapi Pas suruh pangkah Cina MCA bukan Melayu PH, Dr Maszlee Malik? Dalam masa sama, Pas suruh pangkah BN, tapi Pas juga bertanding 11 kerusi di DUN Johor





Former Yayasan Peneraju CEO Ibrahim Sani Joins Bersama Johor Campaign After Quitting Federal Post - Rakyatpost - 6/07 12:09 am

Ibrahim says he resigned as Yayasan Peneraju CEO after Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad left Parliament and took over Bersama, describing the move as the "vehicle" Malaysia needs.





“Dulu Orang Panggil Saya Bohsia, Sekarang Semua Panggil ASP…” – Salina Saibi - Beautifulnara - 6/07 11:36 am

Pelakon Salina Saibi mengakui watak ASP Salina yang dibawanya dalam drama bersiri Gerak Khas sudah begitu sinonim dengan dirinya sehingga orang ramai turut memanggilnya dengan gelaran tersebut di luar set penggambaran. Menurut Salina, 44, selepas lebih dua dekad bersama drama kepolisan itu, watak berkenaan bukan sahaja melekat dalam ingatan penonton, malah menjadi sebahagian daripada identitinya […] The post Dulu Orang Panggil Saya Bohsia, Sekarang Semua Panggil ASP Salina Saibi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Terduduk & Menangis Selepas Wisel Dibunyikan, Neymar Umum Persaraan Dari Skuad Brazil - Lobakmerah - 6/07 10:46 am

Tangisan bintang bola sepak dunia, Neymar Jr di atas padang sebaik sahaja wisel penamat ditiup mengesahkan berakhirnya satu era gemilang. Stadium MetLife yang pernah menjadi saksi permulaan langkah antarabangsanya 16 tahun lalu, kini secara rasminya menjadi saksi babak terakhirnya bersama skuad Seleo (Brazil)





Naratif enggan duduk semeja dengan DAP hanya untuk raih undi Melayu - Mat Sabu - Sinarharian - 6/07 10:43 am

PASIR GUDANG Kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang tidak mahu duduk semeja dengan DAP hanyalah naratif politik bagi meraih sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa hasrat itu tidak selari dengan realiti apabila UMNO masih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan campuran di beberapa negeri termasuk Pahang dan Perak.ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak nak duduk semeja dengan DAP, tapi Presiden anda duduk sebelah saya tiap-tiap minggu' - Anthony'Enggan duduk semeja dengan DAP itu kiasan' - Onn HafizBeliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, di Pahang DAP turut memainkan peranan menyokong Menteri Besar daripada UMNO, sekali gus membuktikan kerjasama itu bukan sesuatu yang luar biasa."Rakyat Johor dipermainkan. Kalau bersama DAP, saya (kata Onn Hafiz) tak jadi Menteri Besar pun tidak mengapa."Tetapi DAP baik di Pahang dan Menteri Besar Pahang daripada UMNO boleh jadi Menteri Besar kerana sokongan DAP," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Johor Ke Depan: Undi Harapan PRN Johor di pekarangan Pasaraya Jiason, Masai di sini pada Ahad.Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Naib Presiden Amanah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.Mohamad menjelaskan, jika DAP benar-benar tidak boleh bekerjasama, parti itu sudah tentu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di Pahang dan Perak."Jadi kamu dipermainkan oleh MB Johor





First Pride Jalin Kolaborasi Jenama Pertama Bersama Big Boss HSP - Siakapkeli - 6/07 10:38 am

First Pride Jalin Kolaborasi Jenama Pertama Bersama Big Boss HSPKevin dan geng kini melangkah lebih jauh! First Pride, jenama nuget ayam No





Matriks Tahun 4 jadi asas intervensi awal murid - Sinarharian - 6/07 10:27 am

PUTRAJAYA - Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober ini akan dilaksanakan berasaskan konsep pentaksiran untuk pembelajaran bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid, sekali gus membolehkan intervensi awal dan sokongan berfokus dilaksanakan dengan lebih berkesan.Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan (LP)Kementerian Pendidikan (KPM)Ab Aziz Mamat berkata, pendekatan itu membolehkan guru, pihak sekolah dan ibu bapa memperoleh maklumat yang diperlukan untuk mengenal pasti kelemahan murid serta memperkukuh proses pembelajaran masing-masing, sekali gus memastikan murid lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya."Apabila kita menilai seseorang murid pada Tahun 4, kita mempunyai ruang dan peluang untuk membantu mereka apabila melangkah ke Tahun 5 dan seterusnya Tahun 6."Data yang diperoleh menerusi Matriks Pembelajaran Tahun 4 itu boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian bagi membantu murid yang memerlukan sokongan pembelajaran."Ibu bapa juga dapat mengenal pasti ruang penambahbaikan atau bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada anak masing-masing sebelum mereka melangkah ke peringkatpendidikan menengah," katanya kepada Bernama.Beliau berkata, keputusan Matriks Pembelajaran Tahun 4 tidak akan digunakan untuk membandingkan pencapaian antara murid atau sekolah, sebaliknya berperanan sebagai instrumen diagnostik bagi membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid serta merancang tindakan susulan yang bersesuaian."Matlamat kita ialah keputusan Matriks Pembelajaran Tahun 4 sama sekali tidak akan digunakan untuk membandingkan pencapaian antara seseorang murid dengan murid lain atauantara sebuah sekolah dengan sekolah yang lain."Data yang diperoleh digunakan bagi tujuan intervensi sama ada pada peringkat murid mahupun sekolah, bukannya untuk membandingkan pencapaian antara sekolah A, sekolah B atau sekolah C kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," tegasnya.Beliau berkata, dapatan pentaksiran itu turut membantu KPM mengenal pasti jurang pembelajaran pada peringkat nasional serta menilai keberkesanan ekosistem pendidikan bagi merancang penambahbaikan dasar secara lebih strategik dan berasaskan bukti."Dapatan pentaksiran ini dapat membantu memperkukuh pemantauan mutu pendidikan, mengesan jurang pembelajaran pada peringkat awal, termasuk antara sekolah di bandar dengan luar bandar atau sesuatu lokaliti tertentu, selain memastikan setiap murid menerima sokongan pembelajaran yang bersesuaian mengikut keperluan dan potensi masing-masing."Ini bermakna sekiranya terdapat murid yang dikenal pasti memerlukan intervensi lebih menyeluruh, pihak sekolah bersama-sama guru bertanggungjawab memastikan kelemahan itu dapat diatasi sebelum mereka menamatkan persekolahan rendah dan melangkah ke Tingkatan 1," katanya.Dalam pada itu, Ab Aziz berkata, Matriks Pembelajaran Tahun 4 diperkenalkan selepas KPM mengambil kira pandangan serta kebimbangan pelbagai pihak, termasuk guru dan ibu bapa, mengenai keperluan mewujudkan mekanisme pentaksiran standard bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid.Beliau berkata, KPM turut mengambil maklum polemik yang timbul berhubung pencapaian murid apabila melangkah ke sekolah menengah, termasuk kecenderungan berlakunya sikap saling menyalahkan antara guru sekolah rendah dengan sekolah menengah."Kita mendengar pelbagai pandangan menerusi forum dan sesi libat urus yang bersesuaian





Zizi Kirana Tak Menyesal Kahwin Dengan Yusuf Bahrin – “Saya Ambil Masa Setahun Untuk..” - Beautifulnara - 6/07 10:25 am

Penyanyi Zizi Kirana mengakui tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya, pelakon Yusuf Bahrin, meskipun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian





Kes Jana Wibawa: Tengku Zafrul tampil sebagai saksi pendakwaan ke-11 - Sinarharian - 6/07 9:50 am

KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bagi memberi keterangan selaku saksi pendakwaan ke-11, kes Jana Wibawa melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kes berkenaan berkaitan empat pertuduhan salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta yang dihadapi Presiden Bersatu itu.Tengku Zafrul tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi bagi prosiding yang akan berlangsung di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan, pernyataan saksi Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu telah diserahkan kepada pembelaan pada 15 Jun lalu.Mengikut pertuduhan pindaan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM225.3 juta.Wang itu didakwa daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd bagi sekutu parti itu.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika ia dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta antaranya daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara Kuala Lumpur, di sini antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.Ketiga-tiga pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen ini membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.





Rakyat Malaysia ditahan di Macau ada rekod jenayah dadah - Sinarharian - 6/07 9:26 am

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Macau kerana disyaki menyeludup hampir 3 kilogram heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta bulan lepas, disahkan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah di negara ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima maklumat rasmi daripada polis Macau berhubung penahanan lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Sarawak itu, semalam."Semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah narkotik melibatkan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.Menurut Hussein, dadah berkenaan disorokkan di dalam tin sardin berlabel pes tuna yang dibungkus bersama biskut sebelum ditemukan dalam bagasi suspek sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau.Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang serta anggota sindiket lain di negara ini, di samping bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan dadah negara jiran susulan suspek dipercayai menggunakan laluan selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menyeludup dadah."Suspek bukan berlepas dari Malaysia tetapi dari negara jiran di utara dan dadah terbabit dipercayai diperoleh dari negara jiran," katanya.Menurut Hussein, kerjasama siasatan antara JSJN dan Polis Macau ketika ini tertumpu kepada pertukaran maklumat risikan serta usaha mengenal pasti dalang dan ahli sindiket lain yang terbabit.Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara supaya sentiasa mengambil berat terhadap bagasi dibawa serta mengetahui sepenuhnya kandungan bagasi atau bungkusan bagi mengelakkan dieksploitasi sebagai keldai dadah.Sebelum ini, Polis Kehakiman Macau memaklumkan seorang lelaki warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau pada 20 Jun selepas disyaki menyeludup 2.987 kilogram heroin bernilai kira-kira 4.18 juta pataca Macau (RM2.09 juta).Pihak berkuasa turut menemukan 49 kotak biskut tuna yang dibungkus rapi, dengan setiap kotak mengandungi dua paket biskut dan satu tin pes tuna, namun pemeriksaan mendapati beberapa tin itu diisi serbuk putih yang kemudian disahkan sebagai heroin.Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai direkrut sindiket pengedaran dadah di Malaysia dengan dijanjikan bayaran RM3,000 selepas tugasan selesai





Penyerang Australia kongsi detik temui hidayah - Sinarharian - 6/07 7:40 am

PENYERANG skuad kebangsaan Australia, Tete Yengi mengumumkan bahawa beliau telah memeluk Islam beberapa hari sebelum aksi penting negara itu dalam saingan Piala Dunia FIFA 2026 menentang Mesir di peringkat kalah mati.Pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya merupakan hasil perjalanan rohani yang panjang dan berkembang secara semula jadi, sebelum beliau akhirnya mengambil langkah besar dalam kehidupan peribadinya.Yengi berkongsi bahawa pengalaman paling bermakna berlaku berhubung mengenai kejadian yang membuatkan beliau jatuh hati dan hendak memeluk agama Islam adalah ketika beliau mengunjungi sebuah masjid di Adelaide, Australia.Dalam kunjungan itu pada hari Jumaat berkenaan, beliau bertemu dengan pendakwah terkenal antarabangsa, Mufti Ismail Menk, yang kemudian secara spontan bertanya sama ada beliau pernah melafazkan syahadah."Apabila saya bersalaman dengan Mufti Menk, beliau bertanya, Adakah kamu sudah mengucapkan syahadah?"Saya jawab, belum lagi.Beliau berkata, Kamu mahu lakukannya sekarang? Saya kata, Saya tidak boleh menolak. Jadi saya terus melafazkan syahadah di sana bersama beliau," katanya menerusi temu bual bersama Qalby Studios baru-baru ini.Dalam perkongsian yang sama, Yengi menggambarkan bahawa pengalaman memeluk Islam memberinya satu ketenangan dalaman kerana keputusan itu dibuat selepas proses pencarian yang panjang, bukan secara tergesa-gesa.Beliau menegaskan bahawa perjalanannya adalah hasil daripada kajian, pembacaan dan refleksi peribadi sebelum mencapai keyakinan untuk melafazkan syahadah.Dari Adelaide ke pentas duniaYengi dilahirkan pada tahun 2000 di Adelaide dalam keluarga berketurunan Sudan Selatan yang berhijrah ke Australia.Sejak usia muda, beliau menonjol sebagai bakat bola sepak berbakat sebelum menyertai akademi dan memulakan karier profesional di Eropah.Karier kelabnya menyaksikan beliau beraksi di England bersama Ipswich Town serta melalui tempoh pinjaman ke beberapa kelab termasuk Northampton Town, sebelum meneruskan perkembangan di pentas antarabangsa.Beliau turut mencatat perkembangan bersama skuad Socceroos, termasuk dipanggil menyertai pasukan utama Australia serta membuat penampilan di peringkat antarabangsa menjelang dan semasa saingan Piala Dunia 2026.Pencapaian antarabangsaDi peringkat antarabangsa, Yengi terus membina reputasi sebagai penyerang fizikal dan berpotensi tinggi.Beliau turut mencipta impak dalam beberapa perlawanan persahabatan serta kejohanan kompetitif, termasuk sumbangan minit permainan penting di Piala Dunia 2026 ketika menentang lawan peringkat kumpulan.Selain pengalaman di England, beliau turut dikaitkan dengan perkembangan karier di luar negara yang membantu membentuk ketahanan dan kematangan dalam permainan.Hidayah dan fokus masa depanSelepas mengumumkan pengislaman, Yengi terus memberi tumpuan kepada karier bola sepak profesionalnya bersama skuad kebangsaan Australia dan kelabnya.Perubahan spiritual itu disifatkan memberi ketenangan baharu dalam kehidupannya sebagai atlet, selain menjadikan beliau antara figura sukan yang mendapat perhatian global bukan sahaja kerana prestasi di padang, tetapi juga perjalanan hidupnya di luar padang.Daripada seorang pemain muda keturunan Sudan Selatan yang membesar di Australia kepada pemain antarabangsa di pentas Piala Dunia, perjalanan Tete Yengi kini melengkapkan satu lagi fasa penting dalam hidupnya apabila memilih Islam sebagai pegangan baharu.-Agensi





Harga durian jatuh, PM janji bawa isu pekebun ke China bulan depan - Harapandaily - 6/07 7:38 am

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berjanji membawa isu kejatuhan harga durian ke meja rundingan bersama rakan sejawatnya dari China Li Qiang bulan depan





Anwar cadang bangunkan tanah milik agensi kerajaan bina projek perumahan .. - Mygazette - 6/07 7:32 am

Sekurang-kurangnya untuk polis, tentera dan penjawat awam, katanya. Beliau berkata demikian ketika bewrucap pada Program Ramah Mesra bersama PMX di DUN Pemanis di Kampung Jawa





Puad sokong PH bukti pengkhianatan terhadap UMNO – Thanenthiran - Mygazette - 6/07 7:32 am

Menurut Thanenthiran, Puad sepatutnya bersabar selepas anaknya tidak dipilih kerana masih mempunyai masa depan yang panjang dalam arena politik. Tindakan menyokong calon parti lawan selepas sekian lama bersama UMNO bukan sahaja mengecewakan ahli parti, malah boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap integriti seseorang pemimpin, katanya





Naratif tak mahu duduk semeja dengan DAP dimainkan untuk dapat undi Melayu .. - Mygazette - 6/07 7:32 am

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, naratif itu dimainkan sedangkan UMNO boleh bekerjasama dengan DAP dalam satu kerajaan seperti di Pahang dan Perak yang merupakan kerajaan campuran. Rakyat Johor dipermainkan, kalau bersama DAP, saya (kata Onn Hafiz) tak jadi Menteri Besar pun takpe (selepas PRN Johor)





PH diheret masuk PRN Johor untuk bebaskan Najib – Anwar - Mygazette - 6/07 7:32 am

Untuk apa? Sekarang kita dah tahu, sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu, kemudian tentunya nak bebaskan Datuk Seri Najib. Saya, bersama rakan-rakan Pakatan Harapan, diheret terpaksa masuk pilihan raya, katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di Serom, di sini malam ini





Motosikal Yamaha Bangunkan Skuter Hibrid – Enjin Satu Silinder, Dua .. - Mekanika - 6/07 7:32 am

Paten terbaru kini mendedahkan trenkuasa yang diguna pakai dan bagaimana unit hibrid itu boleh diterapkan pada skuter konvensional. Untuk rekod, Proto PHEV menggunakan enjin CP3 dan dipadankan bersama sisten plug-in hybrid sementara Proto HEV pula lebih unik, menggabungkan enjin satu silinder dengan dua motor elektrik dan gear CVT





Neymar menangis teresak-esak selepas Brazil tersingkir - Sinarharian - 6/07 7:15 am

NEYMAR tidak mampu menahan sebak apabila rebah menangis di atas padang di Stadium New York New Jersey selepas Brazil tersingkir daripada Piala Dunia 2026 di tangan Norway pada aksi pusingan 16.Penyerang berusia 34 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika kedudukan masih 0-0, dalam perlawanan yang akhirnya menyaksikan Brazil tewas 2-1.Neymar sebelum ini berdepan keraguan untuk disenaraikan akibat kecederaan betis pada Mei lalu, namun tetap dipilih oleh jurulatih Carlo Ancelotti, walaupun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama sepanjang kejohanan.Selepas masuk pada minit ke-67, Brazil terlebih dahulu dihukum dua jaringan Erling Haaland pada minit ke-79 dan ke-90 untuk Norway berada selesa di depan.Neymar kemudian merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan, namun jaringan itu hadir terlalu lewat untuk mengubah keputusan perlawanan.Selepas wisel penamat, Neymar kelihatan menangis di atas padang dengan aksi itu berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia.Jaringan tersebut merupakan gol ke-80 Neymar bersama Brazil, sekali gus memintas rekod legenda Pele yang mencatat 77 gol antarabangsa.Bagaimanapun, berbeza dengan Pele yang pernah menjulang tiga gelaran Piala Dunia, Neymar masih belum pernah meraih kejuaraan itu, dengan pencapaian terbaik Brazil dalam era beliau hanya setakat suku akhir dan separuh akhir.Kekalahan itu juga menyaksikan Brazil gagal melepasi pusingan 16 buat kali pertama sejak 1990, sekali gus menamatkan kempen yang mengecewakan buat gergasi Amerika Selatan itu.Jika Neymar masih kekal bersama skuad kebangsaan hingga edisi akan datang, bintang itu akan berusia 38 tahun ketika Piala Dunia seterusnya berlangsung.



Tukar Parti Bukan Tukar Agama: Apabila Wadah Berubah, Perjuangan Diteruskan - Wrlr - 6/07 7:07 am

Dalam konteks itu, saya melihat perkembangan mutakhir membabitkan Dato' Puad Zarkashi menarik untuk diperhatikan. Kemunculan beliau di pentas bersama YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi menyokong agenda pembangunan Johor telah mencetuskan pelbagai tafsiran dalam kalangan pemerhati politik





Harga durian jatuh: PM akan runding dengan China, luaskan pasaran - Sinarharian - 5/07 11:08 pm

TANGKAK - Nasib pekebun durian yang berdepan kejatuhan harga susulan musim raja buah itu yang berlaku hampir serentak di Semenanjung mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berjanji membawa isu itu ke meja rundingan bersama rakan sejawatnya dari China Li Qiang bulan depan.Beliau berkata, usaha itu bertujuan mencari jalan memperluas akses pasaran durian Malaysia ke China, sekali gus membantu meningkatkan permintaan dan menstabilkan harga yang ketika ini menjejaskan pendapatan pekebun."Baik, saya janji satu perkara..





Penggerak Happy Bank, Ainie tidak kekok santuni masyarakat DUN Simpang Jeram - Sinarharian - 5/07 10:43 pm

MUAR - Jiwa dibina di jalanan dan lapangan komuniti sebagai penggerak tegar Badan Bukan Kerajaan (NGO) Happy Bank, tidak menyukarkan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nurainie Haziqah Shafii, 36 menyantuni masyarakat dikawasan itu.Penyandang jawatan Setiausaha Agung MUDA ini juga tidak kekok untuk memperjuangkan nasib rakyat, berikutan mempunyai profesion sebagai peguam bela dan peguam cara.Katanya fokus advokasi undang-undangnya amat konsisten dalam mempertahankan hak wanita dan kanak-kanak, mangsa keganasan rumah tangga, keselamatan sosial, serta isu kewarganegaraan dan komuniti tanpa negara."Melalui Happy Bank, saya bertahun-tahun turun ke rumah transit dan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menguruskan bank makanan, pendidikan percuma untuk anak-anak B40, serta bantuan kecemasan."Gabungan latar belakang undang-undang, pengalaman pengurusan dasar (sebagai bekas Ahli Majlis Petaling Jaya) dan aktivis lapangan Happy Bank inilah yang membentuk prinsip saya hari ini."Saya melangkah daripada seorang ahli strategi di belakang tabir, untuk berdiri sendiri sebagai calon yang membawa imej seorang pejuang yang berani," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinMenggariskan lima tekad dalam manifesto untuk Simpang jeram, wanita mesra disapa Ainie berkata ia sebuah pelan praktikal berteraskan keperluan tempatan, dirangka terus daripada sesi libat urus bersama penduduk sepanjang kempen.Katanya tekad pertama ialah pemerkasaan wanita dan anak muda, termasuk menubuhkan Kelab Usahawan Wanita untuk rangkaian dan kelas perniagaan praktikal bulanan serta menyokong khidmat jagaan anak yang selamat dan mampu milik."Bagi anak muda, saya akan membina jaringan 100 usahawan belia untuk mempamerkan bakat tempatan dan menghubungkan mereka dengan peluang baharu, serta mewujudkan rangkaian bagi menghubungkan semula anak jati Simpang Jeram di perantauan untuk bimbingan kerjaya.ARTIKEL BERKAITAN: PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu"Bagi tekad kedua membabitkan infrastruktur dan ketahanan iklim proaktif khidmat sokongan banjir





Onn Hafiz tak hadir tapi dialog tetap diteruskan - FMT - 5/07 8:45 pm

Penganjur memaklumkan panel lain sedang dipelawa menyertai sesi dialog bersama calon Pakatan Harapan Maszlee Malik.





Onn Hafiz tak hadir tapi dialog tetap diteruskan - Hotfm - 5/07 8:45 pm

Penganjur memaklumkan panel lain sedang dipelawa menyertai sesi dialog bersama calon Pakatan Harapan Maszlee Malik.





Kerajaan teruskan agenda rumah mampu milik penjawat awam - Anwar - Sinarharian - 5/07 8:34 pm

SEGAMAT - Kerajaan Persekutuan kekal komited memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa dipelihara, melalui agenda penyediaan rumah mampu milik bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berkenaan.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah proaktif itu juga, bertujuan mengimbangi peningkatan harga hartanah semasa, selain memastikan setiap individu yang berkhidmat untuk negara mempunyai akses kepada kediaman sendiri.Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan bercadang mengoptimumkan penggunaan tanah milik agensi kerajaan yang terbiar atau tidak digunakan untuk dibangunkan sebagai projek perumahan mampu milik."Tanah Kastam, tanah Imigresen, tanah sekolah kalau lebih, kita buat rumah yang kos murah, sekurang-kurangnya untuk penjawat awam," kata beliau ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama PMX di Kg Jawa di sini hari ini.Turut hadir Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR Datuk Seri Amirudin Shari, Timbalan Menteri Perpaduan Negara R





'Ini kali gelombang Cina berpihak kepada BN' - Zahid - Sinarharian - 5/07 8:33 pm

TANGKAK Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa sokongan pengundi Cina terhadap gabungan itu menunjukkan peningkatan ketara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, sekali gus memberi keyakinan bahawa calon MCA dan MIC berpeluang mencipta kemenangan.Beliau berkata, dapatan itu berdasarkan kajian yang dilakukan BN mengikut sambutan pengundi di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan saluran."Kami telah membuat kajian mengikut sambutan pengundi-pengundi di PDM dan di saluran."Kami amat sukacita kerana gelombang sokongan daripada pengundi-pengundi Cina kepada calon-calon BN itu bertambah."Kita memang meletakkan calon-calon underdog di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina, namun mereka melihat wakil rakyat terdahulu tidak memperlihatkan prestasi yang baik berbanding harapan yang diletakkan kepada mereka."Jadi mereka memberitahu saya, inilah masanya kepercayaan diberikan kepada calon-calon bukan UMNO iaitu calon MCA dan MIC untuk turut diberi peluang di 19 kawasan yang telah dikenal pasti," katanya ditemui pada program ramah mesra bersama pengundi Cina di sebuah medan selera di sini pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluAhmad Zahid berkata, BN mempertaruhkan 37 calon UMNO, 15 calon MCA dan empat calon MIC pada PRN Johor kali ini."Terdapat 19 calon bukan Melayu yang kita ketengahkan dan ia memberikan optik yang sangat baik kepada pengundi-pengundi Cina terhadap BN."Saya harap momentum sokongan ini berkekalan sehingga hari pengundian pada 11 Julai nanti," katanya.





Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar, mak cik Anipah menangis impian tercapai - Mypress - 5/07 8:29 pm

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama





Salleh gesa rakyat Sabah di Johor sokong BN - FMT - 5/07 8:06 pm

Veteran Umno Sabah menggalakkan rakyat Sabah di Johor supaya terus menyokong dasar yang menggalakkan kestabilan, pembangunan dan kemakmuran bersama.





Harap sokongan Pas diterjemahkan dalam peti undi 11 Julai ini - Ahmad Zahid - Sinarharian - 5/07 8:00 pm

TANGKAK - Barisan Nasional (BN) menghargai pendirian Pas yang mengarahkan ahlinya mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap sokongan itu benar-benar diterjemahkan menerusi undi pada hari pengundian nanti.Menurutnya, sokongan yang diberikan itu tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang terjalin antara UMNO dan Pas."Itu merupakan sokongan daripada kepimpinan Pas. Kita menghargai sokongan tersebut dan tidak merasakan bahawa ia akan mempengaruhi kerjasama yang telah atau bakal dijalinkan oleh UMNO, khususnya dengan Pas."Kita menghormati pendirian mereka dan berharap sokongan itu benar-benar diterjemahkan menerusi kertas undi yang akan dibuka pada 11 Julai nanti," katanya pada program ramah mesra bersama pengundi Cina di sebuah medan selera di sini pada Ahad.Program itu diadakan bagi memberi sokongan kepada calon MCA-BN DUN Tangkak, Datuk Haw Chin Teck dan turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.Pada Sabtu, media melaporkan Pas mengesahkan arahan kepada ahli dan penyokongnya supaya mengundi calon BN pada PRN Johor, termasuk calon bukan Melayu daripada MCA dan MIC yang bertanding di kerusi yang tidak ditandingi PN.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak memenangi kerusi berkenaan sehingga membuka laluan kepada DAP menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Johor.Menurut beliau, arahan itu merupakan pendirian rasmi parti bagi menghadapi pertandingan di kerusi yang tidak ditandingi PN, selain bertujuan mengelakkan perpecahan undi yang boleh memberi kelebihan kepada PH.





Maszlee setuju, Onn Hafiz tak dapat hadir, Dialog PRN Johor tetap diteruskan - Sinarharian - 5/07 7:03 pm

SHAH ALAM - Dialog PRN Johor anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro AWANI dan Sinar Harian akan diteruskan seperti dijadualkan pada Selasa ini meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan tidak dapat menghadiri program berkenaan kerana mempunyai komitmen yang telah ditetapkan lebih awal.Pihak penganjur memaklumkan mereka menghormati keputusan Onn Hafiz, namun berpendapat dialog tersebut wajar diteruskan bagi menyediakan platform kepada rakyat mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor."RTM, AWANI dan Sinar Harian menghormati keputusan Onn Hafiz yang tidak dapat memenuhi jemputan kerana mempunyai komitmen yang telah dijadualkan lebih awal."Bagaimanapun, Dialog PRN Johor akan diteruskan seperti yang dirancang."Kami juga sedang berusaha menjemput panel lain yang bersesuaian bagi memastikan objektif program ini untuk menyuburkan budaya demokrasi dan wacana yang matang terus dapat dilaksanakan," katanya.Terdahulu, pasukan Onn Hafiz memaklumkan Menteri Besar Johor itu tidak dapat menghadiri dialog tersebut."Terima kasih atas jemputan, walau bagaimanapun Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak dapat menyertainya kerana perlu menghadiri program lain yang telah dijadualkan lebih awal.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'"RTM, AWANI dan Sinar Harian mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjemput calon-calon bertanding di Puteri Wangsa supaya sesi dialog lebih fokus untuk pengundi di kerusi berkenaan," kata salah seorang pegawai Onn Hafiz kepada penganjur.Sebelum itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mengesahkan penyertaannya dalam sesi dialog berkenaan.Menerusi jawapan kepada surat jemputan yang dihantar penganjur, beliau bersetuju untuk menjadi tetamu pada sesi dialog itu."Dengan rendah hati saya menerima undangan tersebut dan menantikan peluang untuk menyertai dialog tersebut," katanya menjawab kepada surat jemputan penganjur.ARTIKEL BERKAITAN: PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluSebelum ini, RTM, Astro AWANI dan Sinar Harian mengemukakan jemputan rasmi kepada Onn Hafiz dan Maszlee bagi menyertai Dialog PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 7 Julai, dari jam 9 malam hingga 10 malam di RTM Johor, Johor Bahru.Menurut surat jemputan itu, dialog selama sejam berkenaan bertujuan memberikan ruang yang adil dan seimbang kepada kedua-dua tokoh untuk berkongsi visi, dasar, keutamaan serta penyelesaian terhadap isu-isu yang menjadi perhatian rakyat Johor.Penganjur turut menjelaskan bahawa sesi itu bukan bertujuan mewujudkan konfrontasi politik, sebaliknya mengangkat budaya wacana yang berfakta, berhemah dan berorientasikan penyelesaian, sekali gus membantu rakyat membuat penilaian yang lebih bermaklumat menjelang hari pengundian.





[VIDEO] ‘Cuci baju sekali dengan pakej cuci memori’ - Kosmo - 5/07 6:58 pm

PETALING JAYA – Tindakan cuai seorang pelanggan dipercayai tertinggal sebuah iPad bersama pakaian di dalam mesin basuh di sebuah dobi mengundang perhatian ramai di media sosial





Lelaki tular miliki dua pasport sudah ditahan – JIM - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Penahanannya dibuat selepas tular hantaran yang mendakwa dia memiliki dua passport hingga mencetuskan pelbagai reaksi serta gesaan orang ramai supaya siasatan segera dijalankan. Susulan itu, JIM Negeri Pahang bersama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan individu berkenaan dan menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut





Lelaki keluar cari ketam nipah ditemukan lemas - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Sementara itu, abang ipar mangsa Mohd Hafis A Talib, 47, berkata, Mohd Afiq yang tinggal di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, Kuala Nerus, datang ke rumahnya di Kampung Tebing Tembah pada tiga minggu lepas bersama-sama ibunya





Program Pembaharuan Teksi Madani bantu pemandu teksi miliki kenderaan .. - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, industri teksi telah lama menjadi sebahagian penting daripada sistem pengangkutan awam negara meskipun pilihan mobiliti kini semakin berkembang. Menurut beliau, program yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Jumaat lalu membuka peluang kepada pemandu teksi mendapatkan kenderaan nasional keluaran Proton dengan sokongan DRB-HICOM serta institusi kewangan





Tengku Zafrul beri keterangan bicara kes Muhyiddin esok - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi





Rafizi persoal hak milik PPR Kempas Permai tertangguh hampir 20 tahun - Mygazette - 5/07 5:13 pm

# Rafizi persoal hak milik PPR Kempas Permai tertangguh hampir 20 tahun JOHOR BAHRU Kerajaan Negeri Johor perlu memberi penjelasan mengenai kelewatan proses pemberian hak milik kepada penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai hampir dua dekad lalu. Pemimpin Parti Bersama Malaysia (PBM), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, tujuan asal pembinaan PPR adalah menyediakan kediaman tetap kepada golongan berpendapatan rendah dan bukannya menjadikan mereka penyewa sepanjang hayat





“Orang kata Anwar banyak juga tak betul, saya setuju, kita baiki... - Mygazette - 5/07 5:13 pm

"Tapi saya nak bagitau, saya tak kasi you curi, (sama ada) you menteri, you ada kuasa kita tendang you keluar (jika bersalah)," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program 'Yok Sarap!' bersama calon Pakatan Harapan (PH)Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar di sebuah kedai kopi di Medan, Pekan Senggarang, di sini, pagi tadi





Rumah rakyat di Johor mahal, kerajaan negeri gagal sedia rumah mampu milik - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Ini kerja negeri, negeri tak buat jadi saya mesti campur minta kerajaan negeri sama (sealiran) PH supaya kita boleh bangunkan rumah rakyat," katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada program 'Yok Sarap!' bersama calon PH di sebuah kedai kopi di Medan, Pekan Senggarang, di sini, pagi tadi





60 ahli Bersatu Senggarang Timur keluar parti masuk PKR - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Saya pilih kerajaan yang memerintah negara kita dan itu adalah pendirian saya, katanya. Beliau yang mengetuai ahli-ahli berkenaan ditemui selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar pada program Ramah Mesra Bersama Anak Muda di Senggarang





PM pesan kerja keras, datang bukan untuk bermusuh - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Itu yang saya faham apa yang dimaksudkan dengan kerja sungguh-sungguh," katanya. Beliau berkata demikan ketika ditemui dalam program Anwar bersarapan bersama-sama penduduk dan jentera PH di Warung Pak Din, Kampung Sahri, Simpang Renggam di sini hari ini





Usahawan Bumiputera perlu bangkit dengan nilai akhlak, moral – PM - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Pada masa sama, kata beliau, kerajaan juga tidak bercadang menubuhkan agensi Bumiputera baharu sebaliknya mahu mengoptimumkan peranan agensi sedia ada. Ia agar setiap institusi memikul tanggungjawab bersama menjayakan agenda pembangunan Bumiputera sebagai sebahagian daripada agenda nasional





Pengundi Cina dingin dengan PRN Johor? - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Di setiap ceruk Johor ketika ini, sama ada di kawasan bandar mahupun di kampung-kampung, bahan kempen sama poster, banting, papan tanda atau risalah calon-calon bertanding boleh dilihat di mana-mana. Meskipun bahan kempen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) lebih mendominasi, namun parti-parti lain seperti Perikatan Nasional (PN); Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) juga tidak kalah dalam persaingan di kerusi-kerusi yang ditandingi mereka





Puad dulu Menteri Hal Ehwal Rafizi di UMNO, kini berpindah portfolio ke .. - Mygazette - 5/07 5:13 pm

# Puad dulu Menteri Hal Ehwal Rafizi di UMNO, kini berpindah portfolio ke PKR - Rafizi JOHOR BAHRU - Pemimpin Parti Bersama Malaysia (PBM), Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Datuk Dr





BN sasar kemenangan calon MIC pertama di DUN Perling – Zahid - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Kalau masyarakat India memberikan sokongan padu, beliau akan menjadi ADUN keturunan India pertama bagi DUN Perling. Kita mahu cipta sejarah, katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat India di Perling Mall malam tadi





Sambutan masyarakat India, isyarat positif kepada BN – Azeez - Mygazette - 5/07 5:13 pm

# Sambutan masyarakat India, isyarat positif kepada BN - Azeez KUALA LUMPUR** -** Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yakin masyarakat India kini bersedia memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini. Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan luar biasa masyarakat India pada satu program bersama BN apabila orang ramai mula memenuhi lokasi seawal jam 6 petang





Jumlah pelajar antarabangsa di IPT hanya 12.6 peratus sahaja – KPT - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Sementara itu, bagi program pascasiswazah, pelajar tempatan berjumlah 75,929 orang (66.26 peratus) dan pelajar antarabangsa 38,672 orang (33.74 peratus). "Data ini dengan jelas menunjukkan majoriti pelajar antarabangsa berada di peringkat pascasiswazah, bukannya bersaing mendapatkan tempat bersama lepasan SPM, STPM, matrikulasi atau diploma yang memohon ke program prasiswazah," katanya dalam kenyataan hari ini





Saya bukan datang Johor nak gaduh-gaduh, cakap cermat sikit – Anwar - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Kita Geng Madani Anak Muda Bukit Batu di Jalan Tropika di sini hari ini. Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir beramah mesra bersama anak muda pada Program GENk Madani di Taman Tropika, Kulai





Anwar perlu buktikan mandat rakyat melalui peti undi - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Syaril berkata, kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri terbentuk hasil sokongan majoriti Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dan bukannya melalui kemenangan mutlak gabungan yang dipimpinnya. Beliau berkata, pada PRU15, Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen, manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi sebelum kedua-duanya bergabung bersama parti lain untuk membentuk kerajaan Persekutuan





Zahid sangkal BN khianati mandat rakyat, kerajaan Johor wujud sebelum .. - Mygazette - 5/07 5:13 pm

Kita tidak mengkhianati sesiapa. Kerajaan Negeri Johor merupakan kerajaan BN yang ditubuhkan sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat India di Perling Mall malam tadi





Rakyat perlu bangkit tentang pemimpin guna naratif Melayu untuk .. - Mygazette - 5/07 5:13 pm

"Jika dilihat secara dekat kepada pemimpin masa lalu dan sekarang, semuanya hanyalah permainan prinsip dan nilai. Semakin lantang mereka melaungkan tentang ketuanan Melayu, semakin kaya-raya jadinya mereka," katanyaketika berucap pada Majlis Hi-Tea Pemimpin Kristian Johor bersama Perdana Menteri di bandar raya ini, hari ini





Warga Bangladesh miliki pasport Malaysia ditahan - Utusan - 5/07 4:32 pm

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai memiliki pasport Malaysia yang disyaki bukan miliknya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat menerusi operasi khas hasil risikan media sosial atau Open Source Intelligence (OSINT) berkaitan penularan gambar seorang individu memegang pasport Bangladesh bersama pasport Malaysia





Jangan ulang episod lama angkat pemimpin terpalit rasuah, salah guna kuasa – PM Anwar - Mydateline - 5/07 4:15 pm

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajah di Johor hari ini menerusi program Ramah Mesra Bersama PMX di Pekan Senggarang, Batu ..




Reformasi     >>



Ahli Pas dikerah undi MCA, MIC: Murahnya agama demi .. - Harapandaily
Pendirian Pas yang mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon bukan Melayu dari MCA dan MIC pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengundang sindiran tajam daripada pemerhati politik, Fathi Aris Omar. Arahan itu dibuat sebagai sebahagian strategi Pas untuk menghalang Pakatan Harapan (PH), ..
Kroni     >>



Sasar 80 kerusi Parlimen sebelum kemuka calon PM - Harakahdaily
GOMBAK: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen berada dalam genggaman parti itu sebelum boleh mengemukakan calon Perdana Menteri daripada parti berkenaan. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan, ketetapan itu dibuat oleh PAS ..
Tabloid     >>



Cristiano Ronaldo Harap Lawan Sepanyol Bukan Aksi .. - Vocket
Cristiano Ronaldo berharap bahawa aksi menentang Sepanyol pada pusingan 16 Piala Dunia 2026 awal pagi esok bukanlah pengakhiran perjalanan beliau dalam kancah berprestij ini Bertemu... The post Cristiano Ronaldo Harap Lawan Sepanyol Bukan Aksi Terakhirnya Di Piala Dunia appeared first on VOCKET .
Tech     >>



There’s one group of Android users .. - Androidauthority
LineageOS has some good news for users fearing Android's new sideloading rules.
World     >>



Huge crowds expected at Iran late leader's funeral .. - Cgtn
Massive crowds are expected on Monday for the funeral procession of late Iranian supreme leader Ali Khamenei in Tehran.
Motor Trend     >>



Buletin Hari Acer 2026 Di Mid Valley Tawar Hadiah, .. - Mekanika
# HARI ACER 2026 DI MID VALLEY TAWAR HADIAH, DISKAUN DAN PELBAGAI AKTIVITI INTERAKTIF! **Acer Malaysia menyambut ulang tahun ke-10 Hari Acer menerusi penganjuran pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup, teknologi dan kekeluargaan sepanjang bulan ini.** Bertemakan #ShiftTheGame, sambutan Hari ..