///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Batu Putih News   Page 1    





Vesel nelayan tempatan ditahan langgar syarat lesen, undang-undang .. - Mygazette - 30/05 7:55 am

# Vesel nelayan tempatan ditahan langgar syarat lesen, undang-undang imigresen PELABUHAN KLANG Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan dipercayai melakukan pelbagai pelanggaran undang-undang perikanan dan imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Selangor, petang Rabu lalu





Ground inscription proves missing hiker reached Gunung Batu Putih summit - Sinardaily - 29/05 10:11 pm

IPOH - An inscription left on the ground has become proof that missing female hiker Jaslinda Saludin, 49, had reached the summit of Gunung Batu Putih near Tapah.A member of the Perak Forestry Mountain Guide (MGP) team, who wished to be known only as Hafiz, said he discovered the inscription when he arrived at the summit while serving as the rear guard, or "sweeper", for the Trans Spencer Chapman hiking expedition."Yes, she (Jaslinda) reached the summit, but she did not leave any hint as to where she went or which trail she took





Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih - Sinarharian - 29/05 9:58 pm

IPOH - Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih dekat Tapah, di sini.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, beliau yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu, menyedari kewujudan nota di atas tanah berkenaan ketika tiba di puncak gunung."Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint dia ke mana, ke track mana





Mayat pengendali jetski ditemui 100 meter dari lokasi hilang - Sinarharian - 29/05 9:52 pm

LANGKAWI - Mayat pengendali jetski yang dikatakan terjatuh pada Khamis ditemui maut kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mayat Arash Nashran Abdul Maser, 23, dijumpai orang awam yang menaiki jetski di lokasi terbabit."Mayat telah dijumpai pada 29 Mei 2026 jam kira-kira 6 petang di tempat lebih kurang 100 meter dari kawasan hilang oleh orang awam yang menaiki jetski," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pengesahan kematian disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 7 petang Jumaat.Sebelum ini, beliau berkata, polis menerima laporan pada jam 9.17 malam Khamis berhubung kehilangan mangsa membolehkan SAR dilaksanakan."Operasi SAR disambung semula pada Jumaat jam 8 pagi dengan pembahagian tiga sektor kawasan pencarian berkeluasan 2.54 batu nautika persegi."Jumlah aset yang terlibat hari ini adalah empat aset laut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.





Tok Batin akan bantu operasi cari Jaslinda - Sinarharian - 29/05 7:27 pm

TAPAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk Tok Batin Orang Asli untuk tampil membantu memperkukuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49.Beliau berkata, penglibatan komuniti Orang Asli dilihat mampu memberi kelebihan dalam usaha mengesan mangsa memandangkan kepakaran mereka yang arif dengan selok-belok kawasan hutan."Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan, di mana semua pihak terlibat termasuk polis, bomba dan agensi berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik."Difahamkan Tok Batin Orang Asli juga akan turut campur tangan selepas ini bagi membantu usaha pencarian," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Jumaat.Menurut Saarani, operasi SAR yang kini memasuki tempoh hampir seminggu itu akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat."Kita tidak akan berputus asa dalam operasi ini





Three men acquitted of Balai Ringin murder charge - BorneoPost - 29/05 6:06 pm

KUCHING (May 29): Three men were discharged and acquitted by the High Court here of the murder of a 47-year-old man in Kampung Batu Kudi, Balai Ringin, Serian, in May 2022





Selangor kekal catat kes pendaki sesat tertinggi - Sinarharian - 29/05 5:39 pm

PUTRAJAYA Selangor terus mencatatkan jumlah kes pendaki sesat tertinggi di negara ini apabila kebanyakan insiden melibatkan kawasan pendakian dan rekreasi popular di sekitar Lembah Klang.Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, trend itu dapat dilihat berdasarkan statistik lima bulan pertama tahun ini serta rekod keseluruhan tahun lalu.Menurutnya, sebanyak 52 kes melibatkan 114 mangsa direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 40 kes dengan 88 mangsa dalam tempoh sama tahun lalu."Peningkatan sebanyak 12 kes ini bersamaan hampir 30 peratus, manakala jumlah mangsa turut meningkat seramai 26 orang berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan kebanyakan kejadian berlaku di kawasan pendakian dan rekreasi tumpuan pengunjung sekitar Lembah Klang.Antara lokasi yang kerap terlibat insiden pendaki hilang arah ialah Air Terjun Kanching di Rawang, Bukit Wawasan di Puchong, Bukit Broga di Semenyih, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Apek di Hulu Langat serta beberapa kawasan rekreasi di Kota Damansara.ARTIKEL BERKAITAN SAR JASLINDA: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, Kuala Lumpur turut mencatatkan jumlah kejadian yang tinggi melibatkan kawasan rekreasi seperti Bukit Kiara, Bukit Gasing dan Bukit Sungai Besi.Pulau Pinang juga tidak terkecuali apabila lokasi seperti Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Bukit Jambul, Batu Ferringhi, Balik Pulau dan Teluk Bahang terus mencatatkan kes pendaki sesat setiap tahun."Sepanjang tahun lalu, sebanyak 88 kes membabitkan 193 mangsa direkodkan di seluruh negara, dengan Selangor menjadi negeri paling banyak memerlukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kes pendaki sesat."Malah, lokasi seperti Bukit Wawasan di Puchong direkodkan berulang kali dalam statistik operasi sehingga menjadi antara kawasan paling kerap terlibat dengan insiden kehilangan arah," katanya.Mengulas perkembangan tahun ini, beliau berkata antara kes terbesar direkodkan ialah melibatkan 10 individu yang dilaporkan sesat di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.Katanya, satu lagi kejadian besar membabitkan tujuh mangsa hilang arah di kawasan Kem Kasut Gunung Yong Belar, Gua Musang, Kelantan pada Februari lalu.Beliau berkata, berdasarkan trend semasa, jumlah kes pendaki sesat tahun ini berpotensi melepasi angka keseluruhan tahun lalu sekiranya peningkatan berterusan sehingga hujung tahun.Jelasnya, peningkatan itu dipercayai berkait rapat dengan minat masyarakat terhadap aktiviti pendakian dan rekreasi luar yang semakin popular, khususnya di kawasan bukit dan hutan berhampiran bandar."Aktiviti hiking dan riadah lasak kini menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat."Keadaan ini menyebabkan semakin ramai individu termasuk pendaki baharu mencuba aktiviti pendakian dan penerokaan hutan sebagai riadah," katanya.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan sebelum menyertai aktiviti pendakian.Katanya, persediaan fizikal, pengetahuan asas serta penggunaan khidmat malim gunung berpengalaman amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Persediaan rapi dari segi kecergasan dan ilmu asas sangat penting kerana kita tidak mengetahui cabaran sebenar di lapangan."Khidmat malim gunung berpengalaman juga wajar digunakan kerana mereka mampu membuat keputusan lebih tepat sekiranya berlaku situasi kecemasan," ujarnya.





Tekong, tiga kru warga Myanmar ditahan, bot berada di luar perairan dibenarkan - Sinarharian - 29/05 5:11 pm

PELABUHAN KLANG Seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas bot dinaiki mereka dikesan berada di luar kawasan perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran pada Rabu.Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin di kedudukan 15.3 batu nautika barat daya Pulau Tengah.Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan seorang tekong bersama tiga kru warga Myanmar berusia antara 25 hingga 46 tahun."Hasil semakan mendapati tekong dan seorang kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, manakala dua lagi kru gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri."Kesemua mereka juga tidak mengemukakan permit atau surat kebenaran bekerja di atas bot berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, hasil perkongsian maklumat daripada Sistem Pemantauan Vesel (VMS) Jabatan Perikanan Malaysia mendapati bot itu turut berada di luar kawasan perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.Katanya, kesemua kru bersama bot dan hasil tangkapan ikan dianggarkan seberat 500 kilogram kemudiannya diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Pulau Indah untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen, termasuk menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta berada di luar kawasan perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran."Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 selepas dua kru didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.Menurutnya, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang aktiviti menyalahi undang-undang."Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan syarat lesen."Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan khususnya di perairan Selangor bagi membanteras aktiviti perikanan haram," katanya.Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 bagi tindakan segera.





Warning of thunderstorms, heavy rain in several states until 7pm tonight - Sinardaily - 29/05 4:46 pm

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in seven states until 7pm tonight.MetMalaysia in a statement announced that the states involved are Kedah (Sik and Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang and Pasir Puteh) and Terengganu (Besut and Setiu).Similar conditions are also expected to hit Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol and Tampin) and Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing and Kota Tinggi).In Sarawak, the bad weather affects areas in Sibu, Mukah (Matu, Dalat and Mukah), Kapit (Song and Kapit), Bintulu (Tatau) and Miri (Subis, Beluru, Miri and Marudi).Meanwhile, in Sabah, the areas involved are the interior (Tambunan), West Coast, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran and Sandakan) and Kudat (Kota Marudu)





MetMalaysia: Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri - Sinarharian - 29/05 4:44 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 7 malam ini.Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Sik dan Baling), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), serta Terengganu (Besut dan Setiu).Keadaan sama turut dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan kawasan di Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)





Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm

# Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan pengalaman - Malim Gunung TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas





PM Anwar Santuni Jemaah Ketika Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saidina... - Mygazette - 29/05 3:57 pm

# PM Anwar Santuni Jemaah Ketika Tunai Solat Jumaat Di Masjid Saidina Hamzah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah yang hadir selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda.





PM kutuk kezaliman zionis, seru dunia Islam perkukuh perpaduan pertahan .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm

# PM kutuk kezaliman zionis, seru dunia Islam perkukuh perpaduan pertahan Palestin KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan mendalam terhadap penderitaan yang terus menimpa umat Islam khususnya di Gaza, selatan Lubnan dan beberapa wilayah lain akibat serangan berterusan rejim zionis Israel





Missing hiker: Drone used to assist SAR team - Sinardaily - 29/05 3:45 pm

IPOH - A drone was deployed today to assist in the search and rescue (SAR) operations for Jaslinda Saludin, who has been missing since May 23 while hiking at Gunung Batu Putih, near Tapah.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarodzi Nor Ahmad said a drone operator had been sent with the rescue team to the SAR operations area today."The drone operator has been sent to carry out surveillance and search operations in areas involving slopes, cliffs and other areas that are difficult for rescue teams to access," he said in a statement today.He said a total of 16 rescue personnel have been deployed through an AgustaWestland AW139 aircraft to the SAR location today, while 19 rescue personnel from JBPM, Civil Defence Force (PGA) and Forestry Mountain Guides (MGP) who had entered the area on May 27 were brought out.In addition, he said the SAR today involved PGA and MGP teams entering by land through Pos Musoh towards Sungai Air Busok, involving 18 personnel.Sabarodzi said the SAR team had to navigate narrow and winding routes throughout the search operation.Yesterday, Perak JBPM director Sayani Saidon said the SAR operation would focus on the Sungai Ayer Busok trail area, which is believed to have been the route taken by the victim to obtain a water source.Earlier, the 49-year-old Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported to have continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24





"Saya dilambung dua kali' - Mangsa tandukan kerbau - Sinarharian - 29/05 3:31 pm

JOHOR BAHRU - "Saya cuba melarikan diri dengan melompat melepasi tali tetapi terjatuh sebelum ditanduk dan dilambung sebanyak dua kali," kata Shaifirol Shahlan, 45, yang patah tiga tulang rusuk ditanduk kerbau di pusat sembelihan di Batu 19 Kampung Sungai Tiram di sini pada Rabu lepas.Shaifirol yang hadir ke pusat itu hanya ingin menyaksikan proses ibadah korban tidak menyangka insiden pertama kali menimpanya itu turut tular di media sosial."Ketika kejadian mencemaskan itu, saya berada di sebelah pusat sembelihan dan melihat kerbau berkenaan bertindak agresif semasa ditarik ke pusat sembelihan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Batu 20, Kampung Sungai Tiram di sini hari ini.Mandor di sebuah ladang di Felda Ulu Tebrau itu dibawa oleh penduduk ke Hospital Sultan Ismail sejurus kejadian dan dimasukkan ke wad sekitar 10 malam untuk mendapatkan rawatan."Selepas ditanduk saya rasa senak di bahagian perut dan lama-kelamaan sukar untuk bernafas, tetapi sampai sahaja di hospital rasa lega sedikit selepas diberikan bantuan pernafasan," katanya.Shaifirol berkata kejadian itu juga menyebabkan dia mengalami luka di bahagian perut akibat tandukan serta kecederaan pada tangan disebabkan geseran tali.ARTIKEL BERKAITANKerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang patah tulang rusuk kiriApabila haiwan korban bertindak luar jangkaBapa kepada tiga anak itu telah dibenarkan pulang pada 10 malam tadi dan diberikan cuti selama dua minggu."Sekarang saya boleh berjalan perlahan dan kena duduk di kerusi yang tinggi, tidur pun tidak boleh baring seperti biasa," katanya sambil mengakui tidak trauma dengan kejadian itu dan akan terus menyertai mana-mana proses ibadah korban pada masa akan datang.Pada masa sama, Shaifirol menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan sekeliling kerana kejadian seumpama itu yang melibatkan haiwan boleh berlaku di luar jangkaan.Terdahulu, video berdurasi 40 saat yang memaparkan mangsa ditanduk kerbau tular di media sosial





Pengendali jet ski hilang baru timang cahaya mata, isteri masih dalam pantang - Sinarharian - 29/05 3:28 pm

LANGKAWI - Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mengendalikan jet ski di perairan Pulau Tepor di sini petang Khamis dikatakan belum sempat menatap wajah bayinya yang baru lahir.Seorang pekerja aktiviti sukan air yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 43, berkata, dia mengenali mangsa, Arash Nashran Abdul Maser, 23, memandangkan kaunter aktiviti sukan airnya beroperasi tidak jauh dari tempat mangsa bekerja."Saya dimaklumkan rakan-rakan yang mengusahakan aktiviti sukan air mengenai Arash baru sahaja mendapat seorang bayi dan belum sempat melihat anak dan isterinya yang masih dalam pantang di Raub, Pahang"Ketika kejadian, Arash dipercayai baru selesai menarik bot UFO dan sedang dalam perjalanan untuk kembali ke pantai sebelum dipukul ombak dan hilang," katanya.Menurutnya, ketika kejadian, pengunjung yang menggunakan khidmat Arash sudah berada di pantai dan sedang menunggu mangsa mengendalikan jet ski tersebut.Katanya, komuniti sukan air di sekitar pantai hanya menyedari sebuah jet ski bergerak sendiri kira-kira jam 6.30 petang sebelum usaha pencarian dimulakan bagi mencari mangsa.Faizal berkata, secara lazimnya, jet ski mempunyai kunci yang diikat pada jaket keselamatan dan akan tercabut serta terhenti operasi sekiranya pemandu terjatuh daripada kenderaan itu.Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis melalui Maritime Rescue Sub Centre Langkawi melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat sejak Khamis.Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada jam 8.20 malam.Beliau berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 0.2 batu nautika di timur laut Pulau Tepor.





Maut putus lengan: Dua pasangan pengantin batal hasrat bersanding - Sinarharian - 29/05 3:13 pm

PASIR MAS Hasrat dua pasangan pengantin untuk bersanding pada Aidiladha bertukar duka apabila anak saudara mereka maut dalam kemalangan ngeri dengan lengan terputus di Jalan Lubok GongJeram Perdah di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Luqman Zurul Azli, 19, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta Honda Jazz.Lebih menyayat hati, kejadian berlaku ketika keluarga sedang membuat persiapan majlis perkahwinan bapa ibu saudara mangsa yang sepatutnya diraikan pada Jumaat.Ibu mangsa, Liza Ariffin, 44, berkata, pada hari kejadian keluarga mereka bersiap untuk majlis akad nikah bapa saudara mangsa, Muhammad Farisyam Iskandar Ariffin, 24, bersama pasangannya.Katanya, pada Jumaat pula berlangsung akad nikah ibu saudara mangsa, Anis Nurul Natasya Ariffin, 23, selain kenduri kedua-dua pasangan turut diadakan serentak."Pelamin putih sudah siap dipasang empat hari lalu





Dron bantu SAR Jaslinda, pasukan digerak ke cerun sukar - Sinarharian - 29/05 2:32 pm

TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, diperkukuh dengan penggunaan dron bagi memperluas liputan pencarian di kawasan cerun dan lokasi sukar diakses.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penggunaan dron itu membantu pemantauan kawasan yang tidak dapat dimasuki pasukan darat."Pengendali dron telah digerakkan ke lokasi bersama pasukan penyelamat bagi memperluas skop pencarian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, setakat jam 1 petang, seramai 12 anggota penyelamat telah digerakkan ke lokasi operasi di Kem Sukaneka menggunakan pesawat AW139.Menurutnya, pesawat sama turut digunakan untuk membawa keluar 19 anggota penyelamat termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Malim Gunung Perhutanan yang telah berada di kawasan itu sejak 27 Mei lalu."Selain itu, empat lagi anggota turut dihantar menjadikan keseluruhan 16 anggota digerakkan menggunakan pesawat," katanya.Sabarodzi berkata, operasi turut melibatkan pasukan darat seramai 18 anggota melalui laluan Pos Musuh menuju ke Sungai Ayer Busok."Pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team 1 membabitkan lima anggota PGA dan empat Malim Gunung Perhutanan (MGP), manakala Team 2 terdiri daripada empat PGA dan lima MGP."Kesemua mereka mula memasuki kawasan pencarian sekitar jam 9.35 pagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuPada Khamis, operasi SAR dilaporkan kini tertumpu di kawasan sungai berhampiran Sungai Ayer Busok, selepas mangsa dipercayai cuba mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada dalam hutan dengan bekalan terhad.Terdahulu, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan operasi diperluas ke kawasan sungai berkenaan berdasarkan kemungkinan pergerakan terakhir mangsa.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos GedungGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan pendakian.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





'Ayah tidak berganjak, bimbang kehilangan ibu' - Anak Jaslinda - Sinarharian - 29/05 2:30 pm

TAPAH - Suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memilih untuk terus berada di pusat kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama kehilangan isterinya, 23 Mei lalu.Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, bapanya, Haszman Othman, 61, enggan meninggalkan kawasan tersebut selagi mangsa belum ditemukan.Beliau yang merupakan anak tiri Jaslinda berkata, ahli keluarga turut bergilir-gilir datang ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini bagi memberi sokongan moral kepada Haszman serta anak-anak Jaslinda.ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Memang dari hari pertama lagi ayah dan adik ada di sini





'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan - Sinarharian - 29/05 2:08 pm

TAPAH Walaupun sudah hampir seminggu pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, keluarganya masih menaruh harapan tinggi bahawa mangsa mampu bertahan sehingga ditemukan.Anak tirinya, Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perwatakan Jaslinda yang disifatkan sebagai seorang wanita lasak, berani dan mempunyai semangat yang kuat."Saya kenal ibu sebagai seorang yang kuat





Ombak tinggi, ribut petir sukarkan operasi kesan lelaki hilang semasa baiki jet ski - Sinarharian - 29/05 1:35 pm

LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi sedang melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) mengesan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ketika cuba membaiki jet ski di perairan Pulau Tepor di sini petang semalam.Pengarah Maritim Kedah Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, MRSC Langkawi menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada jam 8.20 malam, Khamis berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.12 malam di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika Timur Laut Pulau Tepor."Sejurus menerima maklumat, aset Maritim Malaysia iaitu PETIR 81 diatur gerak ke lokasi kejadian pada jam 8.55 malam bagi melaksanakan pencarian awal."Usaha pencarian turut dibantu beberapa kru jetski yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan di kawasan pesisir pantai," katanya.Menurutnya, Op Carilamat diaktifkan secara rasmi pada jam 8.30 malam dan diteruskan pagi Jumaat bermula 8 pagi dengan pembahagian tiga sektor pencarian melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 2.54 batu nautika persegi."Bagi menyelaras operasi secara lebih berkesan, sebuah Pusat Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di kawasan Pantai Tengah berhampiran Hidden Langkawi."Operasi hari ini melibatkan tiga aset laut pelbagai agensi iaitu Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia, Bot Kevlar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Bot RIB APM," katanya.Beliau berkata, operasi pencarian berdepan cabaran susulan keadaan cuaca kurang baik di kawasan operasi dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam, ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter serta kejadian ribut petir di beberapa lokasi sekitar radius pencarian.Berdasarkan maklumat saksi, mangsa dilaporkan hilang dari pandangan ketika cuba menyelamatkan jet ski yang dipercayai hanyut.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi di laut, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu.Sebarang kecemasan atau insiden di laut hendaklah segera dilaporkan menerusi talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Malaysia berhampiran bagi memastikan tindakan bantuan dapat disalurkan segera.





136 displaced after fire destroys longhouse in Bekenu - BorneoPost - 29/05 12:03 am

MIRI (May 29): An early morning fire displaced 136 residents from 21 families after destroying a longhouse in Kampung Labau Bekenu here on Friday





Chronology of Jaslinda's disappearance - Sinardaily - 29/05 11:26 am

A female hiker, Jaslinda Saludin, 49, remains missing after she is believed to have strayed from the original trail while climbing Gunung Batu Putih in Perak.The disappearance occurred during the Trans Spencer Chapman expedition, a mountainous jungle route that passes through Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih and is expected to exit via Kuala Woh.Standing at approximately 2,132 metres, Gunung Batu Putih is not a casual hiking route but a challenging trail that requires stamina, experience and strict group discipline.Below is the chronology of Jaslinda's disappearance:May 23, 2026 (Saturday)Jaslinda, 49, joined the Trans Spencer Chapman hiking expedition together with 13 other participants and two mountain guides.The expedition began at 2am via the Pos GedungMount Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh route.May 24, 2026 (Sunday)One of the hikers, Mohd Hanafi Neikmad, 41, experienced health complications, including shortness of breath and vomiting blood and stopped at Batu Kor Camp together with a mountain guide.Jaslinda initially stopped as well but was believed to have continued the ascent alone towards the summit of Gunung Batu Putih.She was last seen at about 7.30am by a mountain guide before being reported missing.May 25, 2026 (Monday)A Search and Rescue (SAR) operation was officially launched by the Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) together with other agencies.The JBPM's elite Special Tactical Operation And Rescue Team (STORM) rescue team was deployed by helicopter to the summit of Mount Batu Putih to begin search efforts from higher ground.May 26, 2026 (Tuesday)SAR operations focused on the area between Sukaneka Camp and Gunung Rayu after investigators suspected the victim had strayed from the original hiking route.Communication capabilities and search equipment were enhanced with the assistance of SAPURA, which manages the Government Integrated Radio Network (GIRN).May 27, 2026 (Wednesday)New clues were discovered, including a water bottle and supplement packets believed to belong to Jaslinda along the trail leading towards Gunung Rayu.The discovery strengthened the possibility that she had deviated from the original route.May 28, 2026 (Thursday)The SAR operation entered its fourth day, involving dozens of personnel from various agencies, including JBPM, Royal Malaysia Police (PDRM), the General Operations Force (PGA) and the Forestry Department.Rescue teams camped overnight at the mountain summit to intensify search efforts.Police said statements had been recorded from several individuals, including the victims husband and mountain guides to assist investigations.May 29, 2026 (Friday)SAR efforts shifted focus to the Sungai Ayer Busok area based on the possibility that the victim may have descended in search of water to survive.Rescue teams continued searching for new clues in the hope of locating her safely.Latest Status (as of 8.30 am)The victim has not yet been found.SAR operations are ongoing, with additional personnel deployed and search efforts concentrated along river routes.





Bukan sekadar lontar batu, tetapi melontar nafsu dan ego - Sinarharian - 29/05 10:46 am

MAKKAH Ibadah melontar jamrah sering dilihat sekadar rutin fizikal dalam rangkaian ibadah haji





TNB perkasa impian miliki rumah, bantu golongan memerlukan miliki kediaman lebih selesa - Sinarharian - 29/05 10:00 am

KUALA LUMPUR - Syarikat utiliti elektrik terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan komitmennya memperkasa kesejahteraan rakyat melalui Better Brighter Home @ Projek Baiti Jannati dan Program Mesra Rakyat dengan kerjasama strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Melalui inisiatif itu, seramai 20 penerima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima bantuan pemilikan atau baik pulih rumah di mana 15 daripadanya, golongan golongan asnaf fakir dan miskin menikmati manfaat Projek Baiti Jannati (PBJ) manakala lima lagi iaitu komuniti bukan Islam yang memperoleh Program Mesra Rakyat (PMR).Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid berkata, kediaman selesa bukan sekadar struktur fizikal, tetapi juga asas kepada kesejahteraan sesebuah keluarga yang mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan."Kediaman yang selamat dan selesa adalah teras kepada kestabilan sesebuah keluarga."Kesannya melangkaui aspek fizikal kerana ia menyumbang kepada kesejahteraan emosi, keyakinan diri serta memberi asas yang kukuh terhadap pendidikan anak-anak dan mobiliti sosial keluarga."Justeru, inisiatif sebegini memperlihatkan bagaimana TNB, DBKL, MAIWP serta agensi kerajaan lain berganding bahu dalam satu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat





Kronologi kehilangan Jaslinda - Sinarharian - 29/05 9:06 am

SEORANG pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan masih belum ditemui selepas dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika menuruni Gunung Batu Putih, Perak.Kehilangan ini berlaku dalam ekspedisi Trans Spencer Chapman, laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.Gunung Batu Putih berketinggian kira-kira 2,132 meter, menjadikan laluan ini bukan laluan santai biasa, tetapi trek mencabar yang memerlukan stamina, pengalaman dan disiplin kumpulan yang tinggi.Ikuti kronologi Kehilangan Pendaki Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih 23 Mei 2026 (Sabtu) Jaslinda Saludin, 49, menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung





Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara paling mencabar, mampu kelirukan pendaki - Sinarharian - 29/05 8:19 am

TAPAH Rentasan pendakian di Gunung Batu Putih dikategorikan sebagai antara laluan paling mencabar berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, laluan tersebut terletak dalam Hutan Simpan Kekal yang mampu mengelirukan pendaki, termasuk mereka yang berpengalaman."Laluan ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak lain."Selain jarak perjalanan yang jauh, faktor ketinggian, suhu serta angin di kawasan banjaran turut menjadi cabaran utama kepada pendaki," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau bersama lebih 30 malim gunung dari seluruh negara menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Muzafar yang berpengalaman sebagai malim gunung sejak 1995 berkata, suhu di kawasan berkenaan boleh mencecah antara enam hingga tujuh darjah Celsius, terutama pada waktu malam atau ketika hujan."Ketika bergerak, pendaki masih boleh mengekalkan suhu badan, namun apabila berhenti dalam keadaan basah dan berangin, suhu badan boleh turun dengan cepat dan membahayakan," jelasnya.Menurut Muzafar, cabaran lain ketika ini ialah lokasi pencarian yang berada pada ketinggian kira-kira 2,000 meter serta ketiadaan liputan komunikasi."Keadaan ini menyukarkan penyampaian maklumat serta koordinasi antara pasukan di lapangan dan pusat kawalan, sekali gus memberi cabaran kepada taktikal pencarian," katanya.Beliau yang pernah mendaki Gunung Batu Putih lebih 10 kali tidak menolak kemungkinan Jaslinda tersilap memilih laluan ketika cuba turun selepas menyedari dirinya ketinggalan daripada kumpulan."Berdasarkan kronologi, mangsa dipercayai cuba mengejar kumpulan dan mengambil laluan yang hampir menyerupai laluan sebenar."Namun, kemungkinan dia hanya menyedari kesilapan itu pada hari berikutnya sebelum cuba mencari jalan keluar," katanya.Menurutnya, meskipun situasi itu mencabar, peluang untuk wanita tersebut bertahan masih ada berdasarkan pengalaman kes terdahulu melibatkan mangsa hilang di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa yang tersasar laluan mampu bertahan lebih lama walaupun dengan bekalan terhad dan ada antara mereka ditemui dalam tempoh dua hingga tiga hari."Kecuali satu kes pada tahun 1995, seorang pendaki dari Singapura tidak berjaya ditemui selepas tersesat di laluan gunung ini," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pendakian secara bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Tambahnya, dalam aktiviti rekreasi seperti ini, peserta bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar dan rakan pendakian adalah individu paling hampir untuk membantu jika berlaku kecemasan."Pastikan sentiasa berteman supaya ada yang boleh membantu dan menyampaikan maklumat kepada pihak luar sekiranya berlaku sesuatu," katanya.





Khabar Angin Najib Dibebaskan? Saya Tak Dapat Berita, PKR Tak Boleh... - Mygazette - 29/05 7:45 am

# Khabar Angin Najib Dibebaskan? Saya Tak Dapat Berita, PKR Tak Boleh Pertikai Keputusan Agong -Gulam Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar berkata, beliau tidak mendapat maklumat mengenai pengampunan diraja dan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana itu bergantung kepada keputusan Yang Dipertuan Agong





Lebih Banyak Parti, Lebih Bagus Untuk UMNO – Gulam Musfazffar - Mygazette - 29/05 7:45 am

# Lebih Banyak Parti, Lebih Bagus Untuk UMNO - Gulam Musfazffar Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar berkata, dengan adanya penubuhan parti politik yang baharu, maka UMNO mendapat lebih banyak peluang untuk menjadi parti gabungan.





UMNO Bahagian Batu agih lebih 600 pek daging korban - Mygazette - 29/05 7:45 am

# UMNO Bahagian Batu agih lebih 600 pek daging korban KUALA LUMPUR UMNO Bahagian Batu mengagihkan lebih 600 pek daging kepada penduduk sekitar Parlimen Batu sempena program ibadah korban sempena Aidiladha, tahun ini





Tengku Zafrul kini ???Blue-Eyed Boy PMX???, semakin menonjol dalam PKR .. - Mygazette - 29/05 7:45 am

# Tengku Zafrul kini Blue-Eyed Boy PMX, semakin menonjol dalam PKR - Gulam KUALA LUMPUR - Kedudukan bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam landskap politik PKR dilihat semakin kukuh berbanding Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar





Lebih 72 jam hilang, keadaan Jaslinda masuki fasa kritikal - JBPM - Sinarharian - 29/05 7:10 am

TAPAH - Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lepas, dijangka memasuki fasa kritikal ketika ini selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pada ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat termasuk menambah keanggotaan dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSehubungan dengan itu, SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air."Kita boleh katakan pada ketika ini adalah tempoh kritikal namun dengan pengalaman yang ada pada mangsa, dia akan terus bertahan sementara SAR dijalankan."Kita percaya dia akan cuba mencari sumber atau punca air untuk terus bertahan, dan berkemungkinan besar bergerak ke Sungai Ayer Busok iaitu lokasi berdekatan dengan Gunung Batu Putih," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh, di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSayani berkata, sebanyak 36 anggota pasukan digerakkan oleh JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kem Sukaneka dan Gunung Rayu hari ini, yang turut dibantu Pasukan Gerak Am, Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP).Beliau berkata, bomba telah membuka satu winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi telah diusahakan bagi memudahkan tindakan lanjut sekiranya pergerakan menggunakan pesawat udara diperlukan.Menurut beliau, ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar dan masuk pasukan penyelamat kerana winching point sedia ada iaitu di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi pencarian.Sayani turut berkata, keadaan muka bumi yang curam dan berbukit di lokasi berkenaan menjadi cabaran utama pasukan penyelamat selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi)





PKR kini cedera dan parah, sedih ahli keluar sertai Bersama - Hassan Karim - Sinarharian - 28/05 9:01 pm

JOHOR BAHRU - Gelombang ahli dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) disifatkan sebagai situasi membimbangkan yang boleh menjejaskan kekuatan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengakui sedih dan pilu melihat keadaan parti yang dirasakan sedang dilanda badai besar ketika ini.Veteran PKR itu berkata, suasana yang berlaku ketika ini mengingatkannya kepada episod Langkah Sheraton apabila beberapa ahli Parlimen PKR meninggalkan parti bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu."Hari ini hari raya kedua Aidiladha





Man gored to death by buffalo during qurban ritual in Ulu Tiram - Sinardaily - 28/05 8:46 pm

JOHOR BAHRU - A local man died after being gored by a buffalo while assisting in a qurban (sacrificial) ritual at Kampung Tenang, Ulu Tiram, here yesterday.Seri Alam district police chief ACP Mohd Sohaimi Ishak said the incident occurred at about 10am and the 45-year-old victim, who sustained injuries, was rushed to Sultanah Aminah Hospital for treatment."However, at about 11 pm on the same day, the victim was pronounced dead at the hospital, he said in a statement today.He said post-mortem findings revealed that the cause of death was due to vascular injuries to the victims left leg and the case was classified as sudden death.Meanwhile in a separate incident, a 45-year-old local man suffered a fractured left rib after a buffalo suddenly turned aggressive and gored him in an incident at Batu 19, Kampung Sungai Tiram, here yesterday.The incident, which also went viral on social media, occurred at about 2 pm and the victim is receiving treatment at Sultan Ismail Hospital.Mohd Sohaimi said Johor State Veterinary Department had been informed of both incidents for further action.At the same time, he advised the public not to speculate or spread unverified information regarding the cases





Deputy Premier steps in to assist families affected by Batu Kawa fire - BorneoPost - 28/05 7:30 pm

KUCHING (May 28): Deputy Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian stepped in to assist families affected by a fire on May 25 that damaged four houses at RPR Batu Kawa, bringing much-needed relief to victims as they begin to recover from the incident





Search for missing hiker at Gunung Batu Putih enters critical phase - FMT - 28/05 6:43 pm

Rescuers have expanded the search radius to areas where Jaslinda Saludin, a seasoned hiker, may have gone to find water.





Missing Gunung Batu Putih hiker may be searching for water after 72 hours, says Perak Bomba chief - Malaymail - 28/05 6:32 pm

TAPAH, May 28 The condition of female hiker, Jaslinda Saludin, 49, who went missing while climbing Gunung Batu P...





Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang patah tulang rusuk kiri - Sinarharian - 28/05 6:11 pm

JOHOR BAHRU Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dipercayai ditanduk kerbau dalam dua kejadian berasingan ketika ibadah korban di kawasan Ulu Tiram, pada hari pertama Aidiladha.Ketua Polis Daerah Seri Alam Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 10 pagi di Kampung Tenang, Ulu Tiram melibatkan lelaki tempatan berusia 45 tahun.Menurutnya, mangsa dipercayai ditanduk seekor kerbau untuk ibadah korban sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan."Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam ketika menerima rawatan di hospital."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan saluran darah (vaskular) kaki kiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, satu lagi kejadian turut berlaku kira-kira jam 2 petang di Batu 19, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram melibatkan lelaki tempatan berusia 45 tahun.Katanya, mangsa mengalami patah tulang rusuk kiri selepas seekor kerbau yang digunakan untuk ibadah korban tiba-tiba bertindak liar dan menanduknya."Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru dan setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut," katanya.Menurut beliau, pihak polis turut mengesan satu hantaran tular di Facebook berkaitan kejadian seorang lelaki ditanduk kerbau ketika ibadah korban di Ulu Tiram.Tambahnya, kedua-dua kejadian telah dimaklumkan kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor untuk tindakan lanjut."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes ini," katanya.





Jurujual mengaku tak bersalah salah 35 pertuduhan curi 1.4 kg emas - Mygazette - 28/05 6:07 pm

# Jurujual mengaku tak bersalah salah 35 pertuduhan curi 1.4 kg emas BATU PAHAT - Seorang jurujual emas sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Majestrit di sini hari ini atas pertuduhan mencuri anggaran 1.4 kilogram (kg) emas bermula Mei tahun lalu hingga bulan ini





Hassan akui PKR kini ???cedera dan parah???, sedih lihat ahli keluar .. - Mygazette - 28/05 6:07 pm

# Hassan akui PKR kini cedera dan parah, sedih lihat ahli keluar sertai Bersama KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim edih dan pilu melihat keadaan PKR yang menurutnya sedang dilanda badai besar susulan gelombang ahli dan pemimpin keluar parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama)





Search intensified for missing hiker on Gunung Batu Putih as operation enters critical phase - Sinardaily - 28/05 5:55 pm

TAPAH - The condition of female hiker, Jaslinda Saludin, 49, who went missing while climbing Gunung Batu Putih here on May 23, has entered the critical phase after being lost for over 72 hours.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said that in the face of this, the search and rescue operation has been intensified, with more personnel deployed and the search area expanded to areas where the victim may look for food and water.The search will now focus on the area along Sungai Ayer Busok, where the victim may have gone to find water."We can say that this is a critical period, but given the victim's experience, she should be able to survive while the SAR operation is ongoing."With her experience, we believe she will attempt to find a water source to sustain herself, and is highly likely to head towards Sungai Ayer Busok, which is close to Gunung Batu Putih," she told a press conference after visiting the incident command post at Pos Kuala Poh here today.Sayani said 36 personnel from JBPM and the Royal Malaysia Police (PDRM) were deployed today to the Kem Sukaneka and Gunung Rayu areas, assisted by the General Operations Force (GOF), the Forestry Department, and Forestry Mountain Guides (MGP).She said the department has also cleared a winching point area about 100 square feet at Kem Salai Matahari to allow for quick evacuation or logistics if a helicopter is needed.She said this is to make it easier for the rescue team to move, as the current winching points at Bukit Batu Putih and Bukit Berapit 2 are too far from the primary search area.Sayani said the steep, mountainous terrain poses a challenge for the rescue team, with travel to some search locations taking 7 to 8 hours.Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2 am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides, via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24





Lebih 72 jam hilang, harapan pasukan SAR di laluan sungai - Sinarharian - 28/05 5:29 pm

TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini tertumpu ke kawasan sungai dengan mangsa dipercayai berusaha mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada di dalam hutan dengan bekalan terhad.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, petunjuk terbaharu menunjukkan mangsa berkemungkinan bergerak ke kawasan tersebut iaitu di Sungai Ayer Busok bagi mendapatkan bekalan air."Selepas tempoh 72 jam, kita menjangkakan keadaan mangsa semakin lemah kerana kekurangan makanan, air serta perlindungan yang mencukupi."Jadi berdasarkan pengalaman dan keadaan muka bumi, terdapat kemungkinan mangsa memilih untuk turun ke kawasan sungai bagi mendapatkan sumber air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Kita dimaklumkan, mangsa hanya membawa sedikit bekalan makanan seperti kurma dan dua botol air





Pendaki wanita hilang: Suami Jaslinda, malim gunung beri maklumat bantu siasatan polis - Sinarharian - 28/05 4:17 pm

TAPAH - Polis telah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, bagi membantu siasatan.Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata, setakat ini seramai enam malim gunung yang terlibat dalam ekspedisi dan operasi pencarian tersebut telah dipanggil bagi dirakam keterangan.Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menemukan mangsa terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil."Setakat ini, laporan polis telah dibuat dan kita telah memanggil beberapa individu termasuk suami mangsa untuk mendapatkan maklumat."Kita tidak mahu campur aduk perkara lain buat masa ini, sebaliknya fokus utama adalah untuk mengesan mangsa terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.Beliau berkata, keadaan keluarga mangsa kini berada dalam tekanan dan semua pihak diharap memberi ruang kepada mereka sepanjang operasi dijalankan.ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanDalam pada itu, Mohd Fadzil memaklumkan, seramai 92 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta malim gunung.Katanya, selain udara, fokus operasi digerakkan melalui laluan darat iaitu dari Pos Musuh dan Pos Kuala Woh melibatkan pasukan kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat anggota termasuk malim gunung yang mahir dengan keadaan muka bumi di kawasan berkenaan."Kita mengharapkan perkembangan positif dalam tempoh satu hingga dua hari ini hasil kerjasama semua agensi terlibat untuk menemukan mangsa dalam keadaan selamat," katanya.Terdahulu media melaporkan, suami mangsa, Haszman Othman, 61, meluahkan rasa terkilan dan mempersoalkan bagaimana isterinya boleh ditinggalkan bersama seorang sahaja malim dan seorang lagi pendaki yang sakit di atas gunung berkenaan.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





Enam suspek kes tetak disambung reman - Sinarharian - 28/05 12:47 am

KULAI Enam lelaki warga tempatan disambung reman selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes seorang lelaki berusia 22 tahun yang maut dipercayai ditetak di Pekan Nanas, Pontian, pada minggu lalu.Perintah sambung reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret R





Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat - Sinarharian - 28/05 11:15 am

TAPAH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu telah bermalam di puncak gunung bagi mempergiat usaha pencarian di kawasan sukar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 36 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi yang kini tertumpu di sekitar Gunung Batu Putih, Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.Menurutnya, kesemua pasukan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta Malim Gunung Perhutanan berada di kawasan puncak itu sejak Rabu bagi memudahkan operasi diteruskan tanpa gangguan."Bagi pasukan JBPM, satu tindakan membuka winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 100 kaki persegi telah diusahakan."Langkah ini diambil bagi memudahkan pergerakan keluar masuk pasukan penyelamat sekiranya bantuan pesawat udara diperlukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pembukaan laluan tersebut juga penting memandangkan winching point sedia ada di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memerlukan masa perjalanan yang jauh untuk sampai ke lokasi pencarian semasa.Pada Rabu, operasi SAR menerima petunjuk baharu apabila sebotol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik mangsa ditemui di laluan menuju ke Gunung Rayu.Penemuan itu menguatkan kemungkinan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian.Terdahulu, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





Day four of search for missing Gunung Batu Putih hiker continues as rescuers remain overnight on mountain - Malaymail - 28/05 9:00 am

IPOH, May 28 The third day of the search and rescue (SAR) operation for a female hiker who went missing after cl...





Siasat telus insiden kematian tahanan jika wujud unsur jenayah – .. - Mygazette - 27/05 10:24 am

# Siasat telus insiden kematian tahanan jika wujud unsur jenayah - Prabakaran KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menggesa siasatan telus dan tindakan undang-undang diambil sekiranya wujud unsur jenayah dalam insiden kematian tahanan, Gan Chin Eng di Penjara Taiping pada Januari tahun lalu





Tragedi hilang kaki ajar bekas ASP erti ???pengorbanan??? sebenar - Mygazette - 27/05 10:24 am

# Tragedi hilang kaki ajar bekas ASP erti pengorbanan sebenar TASEK GELUGOR - Di sebalik sambutan Aidiladha yang sinonim dengan erti pengorbanan, bekas pegawai Cawangan Khas Pulau Pinang, Asisten Superitenden (ASP) Abd Samad Kasan menganggap kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan ngeri tahun lalu sebagai ujian hidup yang mengajarnya untuk terus kuat melangkah





Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda - Sinarharian - 26/05 10:20 pm

BIDOR - Penemuan botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini menjadi petunjuk terbaharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin, 49.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Yusri Mohd Yusoff @ Hashim berkata, penemuan barangan itu menunjukkan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian dan bergerak ke arah Gunung Rayu.ARTIKEL BERKAITAN:Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiOps Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh daripada pasukan penyelamat bersama-sama dengan seorang malim, kami mendapati mangsa telah tersasar daripada laluan yang sepatutnya dituruni berdasarkan penemuan kesan-kesan ini."Kami jumpa botol air mangsa, suplemen, bekas suplemen, jejak tapak kaki dan bekas bungkusan gula-gula yang dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu





Pengorbanan prasyarat utama depani cabaran, bina masa depan - PM - Sinarharian - 26/05 8:48 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam agar menghayati nilai pengorbanan dan pesanan kesederhanaan dalam mendepani pelbagai cabaran demi membina masa depan negara yang lebih baik.Beliau berkata, kebesaran dan kemuliaan Aidiladha yang berlandaskan teladan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, memperlihatkan bahawa setiap ikhtiar dalam mendepani cabaran memerlukan pengorbanan sebagai prasyarat utama."Pengorbanan yang kita lakukan hari ini punya harganya yang tersendiri dalam pelbagai perkara sama ada dalam hal ehwal pengurusan dan pengemudian ekonomi negara, bidang keilmuan dan lapangan keagamaan punya penekanan dan manifestasi masa hadapan."Lantaran itu, berkorban dalam menongkah ujian hari ini demi masa hadapan yang lebih baik ternyata menjadi rahsia Tuhan yang terdalam, demi masa depan keluarga, negara dan malah, kehidupan selepas kematian juga," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena dengan sambutan Aidiladha.Anwar berkata, tanpa pengorbanan terhadap perkara yang menjadi kemahuan manusia iaitu harta, keluarga dan kedudukan, kehidupan akan menjadi tidak bermakna serta gersang daripada nilai."Oleh dengan itu, nilai keikhlasan dan ketakwaan seseorang dapat diukur, yakni semakin berharga sesuatu yang ia korbankan, maka semakin besar pula ketakwaan dan natijahnya," kata beliau.Mengenai ibadah Haji, Perdana Menteri berkata, rukun Islam kelima itu mempunyai maqasid kerohanian tersendiri yang bertujuan mendidik jiwa manusia agar lebih zuhud dan sederhana.Beliau berkata, pemakaian ihram yang serba putih dan sederhana mendidik umat Islam mengenai nilai kebersihan, kemurnian dan kesederhanaan, manakala wuquf di Arafah pula membugar rasa insaf serta tawaduk tanpa mengira darjat dan kedudukan."Inilah tonggak kekuatan Haji yang tidak tertandingkan, terpancar menerusi garapan yang mendalam, penghayatan dan hidupnya amalan kita," kata Anwar.Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam agar menghayati pesanan kesederhanaan yang dizahirkan dalam ibadah Haji, agar sentiasa tawaduk dan tidak terpukau dengan gemerlapan tarikan kemewahan dunia yang sementara."Jangan kita terpesong dari tujuan dan landasan kita





Missing hiker: Water bottle and supplement packaging new clues in Gunung Batu Putih SAR - Sinardaily - 26/05 7:52 pm

BIDOR - The discovery of a water bottle and a supplement package, believed to belong to a missing female hiker on Gunung Batu Putih here, has become the latest clues in the search and rescue (SAR) operation for the victim, Jaslinda Saludin, 49.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) deputy director Yusri Mohd Yusoff @ Hashim said the discovery of the items indicated that the victim had deviated from the original hiking route and moved towards Gunung Rayu."Based on the information we obtained from eight-member rescue team, along with a guide we communicated with, it is said that the victim deviated from the intended path based on the discovery of these items."We found the victim's water bottle, supplements, supplement containers, footprints, and sweet wrappers believed to belong to the victim on the path leading to Gunung Rayu, and we believe the victim continued to move based on those traces," he said.He said this when met at a press conference at the Front Control Post at the 3rd Battalion Camp of the General Operations Force (GOF) in Bidor here today.Yusri said that his team also believes the victim did not go off track (mountain trail) due to the physical condition of the woman, who was reported to be experiencing pain in her leg."We hope she doesn't go off track, and from our investigation, there is no other route she can go off track





Arafah #QuranHour 2026 garis lima resolusi bentuk jiwa hamba, kukuh perjuangan iman - Sinarharian - 26/05 7:06 pm

SHAH ALAM - Lima resolusi utama digariskan menerusi Arafah #QuranHour 2026 sebagai panduan membentuk jiwa hamba, memperkukuh perjuangan iman dan melahirkan umat Islam yang membawa rahmat kepada masyarakat.Pentadabbur merangkap Ketua Pegawai Kandungan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, resolusi berkenaan dirumuskan menerusi tadabbur Surah Al-Muzzammil dan Surah Al-Hajj yang menekankan penghambaan diri kepada ALLAH SWT.Menurut beliau, resolusi pertama ialah membina jiwa hamba yang bergantung penuh kepada ALLAH SWT menerusi amalan rukuk dan sujud."ALLAH SWT mengingatkan pada ayat 77, makin kita ini rukuk dan makin kita bersujud, maka ia menyebabkan kita makin lagi merendah diri dalam pelbagai cabaran kehidupan yang melanda."Kita jangan sampai terlupa bahawa cara untuk kita memohon pertolongan Allah pada segenap cabaran hidup ini adalah dengan adanya rukuk dan sujud," katanya ketika program Arafah #QuranHour 2026 disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian pada Selasa.Program berkenaan turut menampilkan Dr Mohd Shafiq Sahimi dan sebagai pentadabbur, manakala Ustaz Tirmizi Ali bertindak sebagai qari dan Riswandi Razak selaku pembaca ikrar.Arafah #QuranHour 2026 mengangkat tema The Chosen One sebagai seruan untuk melahirkan insan pilihan ALLAH SWT yang bukan sekadar beriman, tetapi bersedia memikul amanah membina ummah dengan panduan al-Quran.Beliau berkata, resolusi kedua pula menekankan untuk melahirkan hamba The Chosen One yang mempunyai daya tahan kuat dalam menghadapi ujian."ALLAH SWT memilih kita dan ALLAH pilih itu bukan untuk kita goyang kaki, tetapi ALLAH pilih kita untuk bertugas, untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini dalam menghadapi pelbagai ujian," ujarnya lagi.Dalam pada itu, Fazrul menambah, resolusi ketiga memberi penekanan kepada usaha menghidupkan nilai takwa dalam setiap ibadah dan tindakan.Menurutnya, hati perlu dibersihkan daripada perkara yang menjauhkan manusia daripada menghargai kebesaran ALLAH SWT."Bagi para hujaj ketika berada di Arafah, ketika berada di Mina, ketika berada di Muzdalifah, jangan terlupa dalam penat mengutip kerikil batu di Muzdalifah dan melontar di jamrah itu."Ingat bahawa ada nilai takwa, hati ini perlu dibersihkan daripada semua perkara yang menyebabkan kita jauh daripada menghargai ni'mal maula wa ni'man nasir," kongsinya.Beliau memberitahu, resolusi keempat pula ialah meneruskan momentum ibadah dan perjuangan iman sehingga akhir kehidupan.Katanya, umat Islam perlu terus merasai kemanisan apabila ALLAH SWT menjadi pelindung manusia dalam setiap cabaran hidup."Kemanisan itu ingin kita bawa terus menerus dalam hidup dan ia bukan sekadar para hujaj





Pemandu jengkaut parah dihempap runtuhan kuari - Mygazette - 26/05 4:50 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang semalam




Reformasi     >>



Lembah Pantai road repair just 'quick fix', MP's .. - Mkini
Road works have been criticised as slipshod and of low quality.
Kroni     >>



Aidiladha: Penduduk lega hujan pulihkan air telaga tiub - Utusan
RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Tok Deh Barat di sini, mampu menarik nafas lega apabila masalah air telaga tiub kering akibat kemarau sejak tiga bulan lalu pulih selepas hujan kembali membasahi negeri ini, sejak dua minggu lalu. Situasi itu sekali gus melegakan penduduk yang sebelum ini ..
Tabloid     >>



Selesa makan nasi kandar setiap kali hamil - Hmetro
Pelakon berpengalaman, Nad Zainal memaklumkan dia kini berehat seketika dari bidang lakonan kerana menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata keempat yang juga anak kedua bersama suami, pelakon Ungku Ismail Aziz, 40. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Save up to $1,300 on every 14-inch MacBook Pro M5 Pro .. - Appleinsider
Steeper discounts have resulted in the lowest prices ever on numerous M5 Pro and M5 Max 14-inch MacBook Pro configurations, with every model on sale. Save up to $1,300 on M5 Pro and M5 Max MacBook Pro laptops - Image credit: Apple Whether you're looking for the standard M5 Pro 14-inch MacBook ..
World     >>



Trump DOJ 'lawfare' fund temporarily blocked by judge .. - Cnbc
The DOJ has faced strong criticism for the creation of a $1.8 Anti-Weaponization Fund which could compensate allies of President Donald Trump.
Motor Trend     >>



Ferrari Pertahan Luce EV, Dakwa Tempahan Awal Sudah .. - Careta
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna berkata sambutan terhadap Luce sebenarnya jauh lebih positif daripada yang digambarkan di media sosial, malah syarikat itu sudah menerima pembayaran awal daripada pelanggan yang mahu menempah model berkenaan. Benedetto Vigna Menurut beliau,