![]() |
/// |
|
Search : Asb News | Page 1 |
Pemegang unit puas hati - Sinarharian - 25/12 9:10 am SHAH ALAM - Pengumuman kenaikan agihan pendapatan 5.75 sen seunit oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada Selasa disambut baik dalam kalangan pelabur dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) kami. Semoga usaha seperti ini sentiasa diteruskan supaya pelabur akan dapat lebih banyak manfaat daripadanya. ???Dengan kadar kenaikan dividen ini saya tidak takut menyimpan dalam ASB. Ini semua untuk kegunaan masa hadapan saya,??? katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Dalam pada itu, pembantu akauntan, Nur Alyaa Maryam Mohd Rustam, 23, berkata, pelaburan ASB dimilikinya mendatangkan hasil terutama dalam keadaan harga barang keperluan sekarang yang semakin meningkat. ???Pelaburan ASB ni memberi manfaat besar kepada saya yang berumur 20-an untuk meningkatkan kestabilan kewangan. Dengan pelaburan bijak juga saya dapat memperoleh pendapatan pasif dan berpotensi mendapat pulangan lebih tinggi,??? ujarnya. Menurutnya, kenaikan tersebut bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelabur dari segi kewangan tetapi juga meningkatkan keyakinan terhadap pengurusan dan prestasi pelaburan. Sementara itu, pekerja swasta, Dhia Iwana Zulkafli, 26, berkata, pengumuman pemberian dividen tersebut menjadikan usahanya menyimpan di ASB dari kecil tidak sia-sia. ???Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat, jadi sebagai penyimpan rasa dihargai dan tidak sia-sia memilih ASB sebagai salah satu aset simpanan untuk masa hadapan. ???Saya juga bercadang untuk melanjutkan pengajian nanti, jadi kenaikan ini sangat membantu dan menguntungkan serta dapat merancang dengan lebih teliti perancangan kewangan saya,??? katanya. |
PNB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit, bayar agihan pendapatan berjumlah RM10.1 bilion - SUN - 24/12 3:51 pm KUALA LUMPUR : Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 dividen ASB sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada tahun 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion. ASB terus memberikan pulangan yang mampan, mengatasi pulangan pasaran serta penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank, bilangan akaun ASB meningkat 2.4 peratus kepada 11.1 juta akaun, kata PNB. Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata berkata pengagihan 5.75 sen seunit adalah pembayaran tertinggi sejak 2020. ???Tahun lepas, kita bayar sebanyak RM9.3 bilion. Secara kumulatif, ASB telah mengagihkan RM196.5 bilion sejak penubuhannya,??? katanya pada taklimat bersama pengarang media di Merdeka 118 pada Isnin. Abdul Rahman menyifatkan pembayaran lebih tinggi itu disebabkan prestasi lebih kukuh dalam pasaran ekuiti Malaysia, membolehkan ASNB memberikan pulangan yang lebih baik. ???Sejak lima tahun lepas, pemberian dividen adalah mencabar kecuali tahun ini kerana ia mencerminkan prestasi pasaran saham Malaysia. Jika pasaran terus menunjukkan prestasi yang baik, kami berharap dapat mengekalkan pengagihan dividen seperti ini,??? katanya. Beliau berkata PNB menyasarkan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi, menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah pengurusan (AUM) daripada RM347 bilion pada 2024 kepada RM400 bilion menjelang 2027. Tahun ini, PNB mencatatkan peningkatan 3.2 peratus dalam jumlah akaun kepada 16.2 juta dengan ASNB menambah lebih 400,000 pemegang unit baharu. Bagi memacu pelaburan berulang, Abdul Rahman berkata PNB merancang untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan tabiat menabung yang lebih kukuh. ???Sebagai contoh, kami akan mempromosikan idea bahawa jika anda simpan RM150 sebulan dan biarkan ia berkembang selama 10 tahun dengan pengkompaunan pada simulasi lima peratus konservatif, lebih rendah daripada 5.5 atau 5.75 peratus yang ditawarkan oleh ASB...anda boleh mengumpul hampir RM23,000,??? katanya. Bagaimanapun, beliau menekankan mengenai statistik, sebanyak 51 peratus rakyat Malaysia masih belum mula melabur manakala 40 peratus orang dewasa belum memulakan perancangan kewangan untuk persaraan. ???Ini adalah cabaran kritikal yang perlu kita tangani. Mereka yang menabung pun...simpanan tidak mencukupi,??? katanya. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkata selama lebih 45 tahun, PNB telah diamanahkan untuk menjaga wang simpanan rakyat. ???Kami menyedari cabaran yang lebih luas mengenai wang simpanan yang tidak mencukupi dan keperluan untuk memupuk tabiat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia,??? katanya. Beliau berkata PNB akan terus mempertingkatkan usaha celik kewangannya untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia merentas generasi. |
PAS ni... agama penting ker .. atau politik lebih penting? - Wrlr - 24/12 1:31 pm Hukumnya harus... atas asbab bantu 'kawan2' katanya.. PAS ada? Nak harapkan MP Mastura untuk bayar RM 800 ribu lebih... sudah pastilah dia tak mampu... Nak harapkan Abah Cow Midin utk bantu... akaun ratus2 juta dia pun, banyak yang dah kena beku. Nak bantu menantu dia sendiri pun dia tak mampu... lari smpai tak balik2... So pilihan yang ada pada PAS... hanya gerakkan Tin Milo... Balik kdpada walaun dan walauntit. Kena pakat2 bantu sorang sikit... Now... masalahnya sekarang, walaun dan walauntit pun sudah mula tanya... dapat pahala ker, kalau bagi duit bantu tukang fitnah?...Tak berdosa ker? Maka... berbondong2 lah para ostad2 dan lebai2 tiga suku PAS mengeluarkan fatwa... Hukumnya harus... atas asbab bantu 'kawan2' katanya... Sekarang... walaun dan walauntit tengah musykil... PAS ni nak ikut hukum agama ker, nak ikut hukum politik?.. . |
PNB declares RM10.1b payout for ASB, highest since 2020 - Mkini - 24/12 1:30 pm This is due to stronger performance in the Malaysian equity market. |
Dividen ASB 5.75 sen seunit - FMT - 24/12 12:23 am Pengagihan itu merangkumi pendapatan 5.50 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit. |
PNB umum dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam 5 tahun - Mkini - 24/12 11:50 am Jumlah agihan adalah sebanyak RM10.1 bilion melibatkan 11.1 juta pemegang unit ASB, menurut PNB. |
Dividen ASB tertinggi dalam 5 tahun - Hmetro - 24/12 11:46 am Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui syarikat pengurusan unit amanahnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 |
ASB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit, terkukuh dalam tempoh 5 tahun - Sinarharian - 24/12 11:29 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 RM10.1 bilion tersebut memanfaatkan 11.1 juta pemegang unitnya. Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, agihan pendapatan itu kekal kompetitif dan mengatasi penanda arasnya, kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank pada kadar 2.64 seunit. "Kami berbesar hati kerana ASB mampu memberikan agihan dividennya yang paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun. "Ini meneruskan rekod prestasi kukuh Dana Harga Tetap ASNB berbanding portfolio rujukan mereka, sejajar dengan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, pembayaran dividen sebanyak 5.75 sen seunit adalah ketara lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada tahun 2023, dan menjadikan jumlah dividen yang diagihkan kepada pemegang unit ASB sejak penubuhannya kepada RM196.5 bilion. Ujarnya, prestasi ASB yang lebih baik ini adalah didorong oleh impak positif daripada strategi kepelbagaian aset PNB serta faktor pasaran ekuiti awam Malaysia yang kukuh, yang mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang teguh dan pengukuhan ringgit. "Walaupun di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan perdagangan global yang berterusan, persekitaran makroekonomi Malaysia kekal positif, disokong oleh permintaan domestik yang teguh, kadar faedah yang stabil dan peningkatan pelaburan asing. "Ia disebabkan tindak balas kukuh pelabur terhadap inisiatif Madani kerajaan, termasuk pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP)," katanya. Menurut Raja Arshad, berdasarkan jumlah pulangan satu tahun pada hujung November lalu menyaksikan semua Dana Harga Berubah ASNB mengatasi penanda aras masing-masing dan diletakkan dalam dua kuartil teratas dalam kalangan dana setara mereka dalam segmen masing-masing Sebagai contoh katanya, enam dana ASNB Equity telah mencatatkan jumlah pulangan satu tahun antara 15 peratus dan 33 peratus sehingga 30 November tahun ini dengan dana terawalnya, Amanah Saham Nasional (ASN) dan ASN Equity Malaysia merekodkan pulangan satu tahun masing-masing sebanyak 23.4 peratus dan 33.2 peratus. "Tahun 2024 juga menyaksikan aset di bawah pengurusan (AUM) PNB meningkat semula kepada RM347 bilion daripada RM337 bilion yang direkodkan pada tahun 2023, dengan bilangan akaun meningkat 3.2 peratuskepada 16.2 juta dengan ASNB menambah lebih 400,000 pemegang unik baharu dan kini menjadi pelaburan pilihan lebih 13 juta rakyat Malaysia," katanya. Bagaimanapun beliau menjelaskan, usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk menabung kekal sebagai cabaran kritikal mengambil kira hasil penyelidikan kajian Soal Selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2024. Ujarnya, hasil penyelidikan itu menunjukkan lebih daripada 40 peratus orang dewasa di Malaysia belum memulakan perancangan kewangan untuk persaraan dan data Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan pertumbuhan simpanan sukarela iaitu tidak tidak termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah kurang daripada lima peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu. "Bagi menangani cabaran ini, PNB telah menjadikan peningkatan simpanan pelanggannya sebagai tumpuannya di bawah Pelan Strategik baharunya, LEAP 6. "Pelan Strategik itu menggariskan sasaran tinggi untuk meningkatkan AUM PNB kepada RM400 bilion menjelang 2027 melalui pelaksanaan transformasi merentas enam teras utama yang meliputi Jualan & Pengedaran, Pelaburan, Transformasi PNB Co, Pengetahuan, Inovasi dan Kemampanan," katanya. Dalam pada itu, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata, pihaknya komited untuk mengembangkan simpanan rakyat Malaysia dengan menggalakkan mereka menyimpan lebih banyak dan menambah simpanan tersebut melalui pemberian pulangan yang mampan serta menerajui pasaran. Menurutnya, dalam konteks ini, PNB akan meningkatkan usaha celik kewangan dengan menyediakan program dan sumber pendidikan bagi memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan untuk membuat keputusan kewangan termaklum. "Kami juga akan mempergiatkan inisiatif pemasaran kami untuk menekankan kepentingan memupuk tabiat menyimpan yang konsisten bagi jaminan kewangan jangka panjang. "Antaranya, tahun ini menyaksikan komitmen berterusan PNB untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan karnival celik kewangan utamanya, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), yang mencatatkan lebih 100,000 pengunjung tahun ini," katanya. Abdul Rahman menjelaskan, logo baharu ASNB turut diperkenalkan, bertujuan untuk menarik minat generasi muda. ???Melangkah ke hadapan, kami akan meningkatkan usaha ini melalui transformasi model jualan dan pengedaran kami dan secara agresif menggalakkan simpanan kepada semua rakyat Malaysia," katanya. Beliau menambah, tindakan segera itu antara lain termasuk pengaktifan beberapa kempen untuk menggalakkan simpanan berulang, bagi menggalakkan pelaburan berulang oleh rakyat Malaysia melalui ciri Auto Laburnya, yang membolehkan pelabur melabur secara tetap dan automatik dengan serendah RM10 sebulan. |
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen - Astroawani - 24/12 11:25 am PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. |
Kenderaan rakan YB Helmy dicuri depan rumah - Sinarharian - 16/12 11:48 am "Sahabat ini selalu membantu masyarakat saya di Duyong. Semoga kebaikan selama ini menjadi asbab segalanya dipermudahkan mengambil masa empat minit untuk menghidupkan enjin sebelum melarikan kenderaan itu. "Kebiasaannya saya parkir kereta dalam pagar, namun pada hari kejadian ada kenderaan tetamu yang datang ke rumah dan parkir di situ. "Kebetulan saya tidur di ruang tamu sekitar jam 5.09 pagi dan bapa terdengar enjin kereta dihidupkan lalu bertanya sama ada ada memberi pinjam sesiapa, namun saya keluar rumah dan mendapati kereta Toyota Fortuner tiada," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin. Tambahnya, dia terus bergegas menaiki kereta lain dan cuba mengejar namun gagal mengesan SUV itu sehingga ke Plaza Tol Ayer Keroh. Menurutnya, pencuri itu datang dengan sebuah kereta lain berwarna biru gelap jam 5.06 pagi dan terus parkir di tepi kenderaan yang dilarikan. "Dalam tempoh empat minit pencuri itu berjaya membuka pintu dan menghidupkan enjin sebelum beredar mengekori kereta berwarna biru gelap "Sehingga kini, saya dapati GPS (sistem pengesanan global) dipadamkan dan kedudukan kereta statik di hadapan rumah," katanya lagi. Tegasnya, SUV berharga RM240,000 yang baru dibelinya itu tiada masalah dari segi pembiayaan dan sepanjang menetap di taman perumahan berkenaan belum mendengar kes kecurian kereta berlaku. "Sehingga kini saya difahamkan pihak polis masih mengesan kereta saya. Mana-mana rakan atau orang yang ada maklumat, mohon menghubungi balai polis berdekatan," katanya yang membuat laporan kejadian di Balai Polis Bukit Baru. Muhammad Fakhrulhasan berkata, di dalam SUV itu terdapat beg galas mengandungi dokumen peribadi termasuk kad pengenalan, kad bank, wang tunai RM200 dan jongkong emas (gold bar) dianggar bernilai RM6,500. Insiden kehilangan kenderaan itu turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Noor Helmy Abdul Halem di akaun Facebooknya dengan memaklumkan pengadu adalah rakannya. Noor Hemly mendoakan semoga ada rezeki rakannya itu untuk mendapatkan semula SUV tersebut dan mereka yang ternampak di jalan raya atau di mana-mana, diminta hubungi 0199967863. "Sahabat ini selalu membantu masyarakat saya di Duyong. Semoga kebaikan selama ini menjadi asbab segalanya dipermudahkan. Minta dipanjang-panjangkan makluman ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. |
Makan malam amal TMESA catat kutipan lebih RM500,000 - Sinarharian - 15/12 6:52 am ???Sehubungan itu, saya juga ingin menzahirkan rasa bangga dengan perkara kita berjaya capai khususnya hal yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) TMESA,??? ujarnya. Sementara itu, Muhammad Nasir turut berkongsi bahawa kedaifan yang membelenggu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud menjadi asbab program amal jariah sedemikian diteruskan membuktikan bahawa sambutan orang ramai terhadap majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu amat memberangsangkan. "Petang tadi (Sabtu) pun ada orang yang mahu tempah meja untuk melihat persembahan majlis tersebut. "Kita kata tidak boleh (kerana sudah penuh) tetapi kalau mahu, boleh ambil ruangan galeri di atas pentas. Akhirnya mereka setuju untuk beli tempat di galeri itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Makan Malam Amal TMESA ???Night of Love and Compassion??? di WTCKL pada Sabtu. Mengulas mengenai makan amal berkenaan, Muhammad Nasir memberitahu, program tersebut dijadikan sebagai platform untuk ahli dan orang ramai menderma demi menjaga kebajikan pelajar yang memerlukan. ???Bukan itu sahaja, makan malam ini juga bertujuan untuk menyebarkan kasih sayang ini kepada mereka (pelajar) yang memerlukan bantuan terutamanya anak yatim dan orang miskin. ???Sehubungan itu, saya juga ingin menzahirkan rasa bangga dengan perkara kita berjaya capai khususnya hal yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) TMESA,??? ujarnya. Sementara itu, Muhammad Nasir turut berkongsi bahawa kedaifan yang membelenggu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud menjadi asbab program amal jariah sedemikian diteruskan. Tambahnya, bantuan berkenaan diberikan menerusi Program Penajaan Seorang Pelajar (SAS). ???Program ini kita jalankan dengan memberi tajaan kepada pelajar Tingkatan Dua hingga Lima yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ???Setiap tahun, kami (TMESA) taja pelajar-pelajar ini dengan belanja sekitar RM1,500 dan wang ini diberi untuk mereka (pelajar) gunakan untuk perbelanjaan sekolah, beli baju sekolah dan kelengkapan lain. ???Kita pergi ke sekolah untuk buat penilaian pelajar yang layak untuk terima bantuan. Dapat dilihat, keadaan mereka sangat daif, ada yang makan tiga kali seminggu sahaja,??? katanya. |
Kalau ikut logik golongan terpaling berwaspada ni... - Wrlr - 10/12 4:57 am Doakan pertempuran di persempadanan Syria melawan kerakusan rejim Z. Moga menjadi asbab tentera Z makin barai dan rapuh Toghiyatul 'Asr. Toghut terbesar zaman ini. Demi Allah, saya tidak tahu ada sesiapa pun yang dikatakan mengaku Muslim yang hidup di zaman kita, yang lebih jahat dan buruk daripada Basyar Assad. Segala yang layak diucapkan kepada Netany@hu layak diucap pada keluarga Assad, bahkan mungkin lebih. Biarlah diorang. Nabi kata, jih@d akan berterusan dalam umat ini hingga hari kiamat. Pilihan kita untuk jiwa kita bersama penerus sunnah ini dalam kalangan umat, mendoakan mereka dan umat Islam supaya dilindungi Allah daripada malapetaka, tipu daya musuh, dan pengkhianatan perjuangan... Atau kita memilih untuk menuduh macam-macam yang sebenarnya tak mengubah situasi dan tak menambah pahala pun. Saya sendiri mengira ia termasuk dalam sangkaan yang menambah dosa, seperti disebut Surah al-Hujurat (ayat 12). Mereka yang berjih@d, jika mereka ikhlas dan bertakwa, adalah kesayangan Allah SWT. Mencalarkan maruah mereka dan menuduh mereka bukan-bukan pasti lebih besar dosanya berbanding jika dilakukan kepada orang lain. Golongan ini juga yang melabel Arab Spring Syria sebagai gagal dahulu, dan kenaikan Presiden Mursi sebagai kegagalan yang sia-sia. Hari ini Arab Spring Syria sudah berbuah. 7 Oktober dan kelemahan serta keruntuhan beransur-ansur rejim Z hari ini juga juzuk besarnya adalah hasil bantuan Presiden Mursi pada wilayah G/Asqalan sewaktu beliau Presiden Mesir. Falasi otak yang cuba dicampakkan golongan ini adalah, siapa yang menyokong jih@d, dia tidak berwaspada. Sama macam falasi yang disebut golongan yang iman dan akalnya lemah dari zaman Nabi sampai sekarang, "Kalaulah mereka tidak berjih@d, pasti mereka masih hidup." Allah tempelak: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): "Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh". (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan." (Surah Ali-Imran: 156) Islam mengajar kita yang jih@d itu tidak bercanggah pun dengan kewaspadaan, asalkan benar cara dan matlamatnya. Bahkan orang yang mengelak-elak dari jih@d nyawa dan harta jika sudah tiba waktu kewajipannya, orang itulah yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah: 194-195). Sokonglah, doakanlah, bertawakallah, dan berwaspadalah! Jika tidak pasti, diam, dan berdoalah bersama kami supaya kebenaran dizahirkan dan dibantu Allah SWT. Kalau kamu baru tersentak nak tahu isu pasal negeri Syam setahun dua ini... Kami dah soroti dari sebelum Arab Spring lagi, dari sumber-sumber pelbagai dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab, dan tentang faksi yang pelbagai. Kalau kamu cuma dengar-dengar berita dari media dan internet yang ada kecenderungan kuasa besar Rusia, Iran, ataupun blok Barat... kami juga dengar apa yang kamu dengar, dan bahkan kami dengar dari orang negeri Syam sendiri, sama ada ahli wilayah Baitul Maqdis, wilayah Asqalan, wilayah Balqa', ataupun wilayah Dimasyq yang bermacam-macam kecenderungan, dan para ulama umat yang juga macam-macam kecenderungan, lalu kami cantumkan gambar itu. We are not the same. Dan apa jua kelebihan itu semuanya milik Allah. Doakan pertempuran di persempadanan Syria melawan kerakusan rejim Z. Moga menjadi asbab tentera Z makin barai dan rapuh. Wallahua'lam. - Irfan Bahrin |
Tidak munasabah Syed Saddiq tidak tahu wang RM1 juta keluar daripada akaun Armada - Hakim - SUN - 29/11 10:16 pm Beliau juga berkata mahkamah mendapati tiada satu pun keterangan Syed Saddiq menunjukkan wang kutipan majlis makan malam adalah untuk menggantikan perbelanjaan yang dibuat oleh tertuduh sebaliknya ia bagi menampung kempen pilihan rayanya. Kronologi dan tarikh-tarikh yang berkaitan menunjukkan bahawa pemindahan wang daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun peribadi Maybank tertuduh berlaku sebelum pilihan raya manakala pemindahan wang ke akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) tertuduh pula berlaku sebulan selepas pilihan raya, katanya tertuduh selaku Ketua Armada dan juga seorang pemegang amanah untuk akaun Armada dalam mengarahkan pengeluaran wang tunai sebanyak RM1 juta daripada akaun Armada tanpa kelulusan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merupakan kesalahan pecah amanah, katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 28 Nov yang diperoleh media hari ini. Beliau juga berkata mahkamah mendapati tiada satu pun keterangan Syed Saddiq menunjukkan wang kutipan majlis makan malam adalah untuk menggantikan perbelanjaan yang dibuat oleh tertuduh sebaliknya ia bagi menampung kempen pilihan rayanya. Kronologi dan tarikh-tarikh yang berkaitan menunjukkan bahawa pemindahan wang daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun peribadi Maybank tertuduh berlaku sebelum pilihan raya manakala pemindahan wang ke akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) tertuduh pula berlaku sebulan selepas pilihan raya, katanya. Hakim itu berkata penyata bank yang dikemukakan tidak menunjukkan sebarang pengeluaran yang boleh dikatakan sebagai perbelanjaan bagi kempen pilihan raya. Justeru itu, dakwaan bahawa tertuduh telah membelanjakan wang beliau sendiri juga tidak disokong oleh mana-mana keterangan. Tanpa sebarang bukti untuk menyokong fakta ini, dakwaan bahawa wang terlibat adalah untuk menggantikan wang tertuduh sendiri juga adalah tidak berasas, katanya. Mengenai hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta yang dikenakan ke atas Syed Saddiq, 31, beliau berkata ia adalah munasabah dan berpatutan mengambil kira ini adalah kesalahan pertama tertuduh. Sebagai seorang Ahli Parlimen dan idola anak muda, sewajarnya tertuduh is held to a higher standard dan menunjukkan satu contoh yang baik untuk terus menjadi ikutan anak-anak muda selain melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai orang yang telah dipilih oleh rakyat Muar dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Selain itu, usia tertuduh yang masih muda menjadi pertimbangan mahkamah kerana beliau masih mempunyai banyak masa lagi untuk menyedari dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan serta mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku, katanya. Pada 9 Nov 2023, Azhar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Armada. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan yang ditetapkan untuk sebutan pada 16 Jan depan. Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali (ketika itu) yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020. Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan RM120,000 untuk diri sendiri daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ABBE dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018. Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun ASB miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. |
Unreasonable for Syed Saddiq to claim ignorance over withdrawal of RM1m from Armada account - Judge - SUN - 29/11 6:23 pm Furthermore, the judge said there was no evidence presented by the accused to show that funds raised during a dinner event were meant to reimburse his expenditures, instead of being used to fund his election campaign. The chronology and relevant dates indicate that the transfer of funds from the Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) account to the accuseds personal Maybank account occurred before the election, while the transfer to his Amanah Saham Bumiputera (ASB) account happened a month after the election, the judge added RM1 million without the approval of Bersatus Supreme Council as a breach of trust, he stated in a written judgment dated Nov 28, obtained by the media today. Furthermore, the judge said there was no evidence presented by the accused to show that funds raised during a dinner event were meant to reimburse his expenditures, instead of being used to fund his election campaign. The chronology and relevant dates indicate that the transfer of funds from the Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) account to the accuseds personal Maybank account occurred before the election, while the transfer to his Amanah Saham Bumiputera (ASB) account happened a month after the election, the judge added. ALSO READ: Chronology of Syed Saddiqs CBT, money laundering, misappropriation of Armada fund Azhar said bank statements submitted did not show any withdrawals that could be considered election campaign expenses. Thus, the claim that the accused spent his own money is unsupported by evidence. Without any proof, the assertion that the funds were meant to reimburse his expenditure is baseless, the judge said. Regarding the sentence of seven years in prison, two strokes of the cane, and a RM10 million fine imposed on Syed Saddiq, 31, Judge Azhar opined that the punishment was fair and proportionate, considering this was his first offence. As a Member of Parliament and a youth icon, the accused should be held to a higher standard and set a positive example for the younger generation while fulfilling his responsibilities as the elected representative for Muar in championing their rights. Additionally, the court considered his young age, which leaves ample time for him to recognise and rectify his mistakes, and to learn from this experience, he said. ALSO READ: Syed Saddiq resigns as MUDA president after his conviction On Nov 9, 2023, Judge Azhar sentenced Syed Saddiq to seven years in prison, two strokes of the cane, and a RM10 million fine after finding him guilty of four charges related to Armada funds at the end of the defence case. The court allowed Syed Saddiqs application to stay all sentences pending his appeal, which is scheduled for mention in the Court of Appeal on Jan 16. Syed Saddiq was charged with abetting the then Armada assistant treasurer Rafiq Hakim Razali in criminal breach of trust involving RM1 million of Armada funds at CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 here, on March 6, 2020. For the second charge, he was accused of misusing RM120,000 from ABBEs Maybank Islamic Berhad account by instructing Rafiq Hakim to dispose of the funds at Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya here, between April 8 and 21, 2018. Syed Saddiq also faced two money laundering charges for transferring RM50,000 each from his Maybank Islamic Berhad account to his ASB account, funds believed to be proceeds of illegal activities, at a bank in Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, on June 16 and 19, 2018. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |