///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Dipergiatpasukan Sar News   Page 1    



'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung - Sinarharian - 30/05 2:30 pm

TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak, Muzafar Mohamad berkata operasi SAR turut berdepan cabaran lain termasuk keadaan muka bumi serta capaian komunikasi sekitar kawasan kejadian, sekali gus menyulitkan usaha pencarian pasukan penyelamat."Selain keadaan sejuk yang berangin di kawasan banjaran tinggi, kesukaran komunikasi antara pasukan di lapangan dengan pusat kawalan operasi turut menjadi cabaran utama kerana memberi kesan terhadap koordinasi taktikal pencarian di kawasan pergunungan itu."Lokasi di sini turut dikategorikan sebagai laluan sukar yang memerlukan pendaki mengerah kudrat, termasuk memanjat bagi melepasi halangan tertentu. Pendek kata, ia memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi untuk mengharungi keseluruhan pendakian," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh di sini, pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN :Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMuzafar, 50, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendakian percaya kehilangan Jaslinda berpunca daripada tersilap memilih laluan ketika menuruni gunung berkenaan, berdasarkan penilaian awal dilakukan pasukan penyelamat di lapangan.Beliau berkata disebabkan kondisi fizikal semakin lemah mengakibatkan mangsa mungkin tidak dapat berfikir dengan lebih baik, sekali gus memilih laluan salah yang seakan-akan sama dengan laluan asal menuju ke kaki gunung.Menurut Muzafar, operasi SAR di gunung kelapan tertinggi di Malaysia itu juga antara paling lama pernah disertainya sepanjang bergelar malim gunung."Operasi pencarian lazimnya dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga hari sahaja, bergantung kepada keadaan lokasi serta maklumat awal yang diperoleh di lapangan," katanya.Ditanya kemungkinan Jaslinda masih mampu bertahan, beliau berkata aspek tersebut tidak boleh ditolak memandangkan kemampuan seseorang pendaki untuk terus hidup bergantung dari sudut mental dan fizikal masing-masing."Pengalaman operasi sebelum ini menunjukkan ada mangsa masih mampu bertahan dalam tempoh tertentu walaupun berada dalam keadaan mencabar, namun ia sangat bergantung kepada faktor semasa di lokasi kejadian," katanya.Muzafar turut menasihati orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pendakian supaya tidak bergerak secara solo dan sentiasa memastikan pendakian dilakukan berkumpulan bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi).- Bernama





Kehilangan Jaslinda: Lapan anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Sinarharian - 30/05 12:02 am

CYBERJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak sejak 23 Mei lepas.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, operasi itu masih diteruskan dengan penglibatan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai agensi di lokasi kejadian.Beliau berkata, lapan lagi anggota dihantar ke puncak gunung pagi tadi bagi membolehkan proses penggiliran pasukan penyelamat dilaksanakan."Kita masih meneruskan operasi sejak 24 Mei lepas. Hari ini kita hantar lagi lapan anggota ke puncak bagi membolehkan penggiliran dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Program Qurban Kasih JBPM 2026, di sini hari ini.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuNor Hisham berkata, berdasarkan pengalaman operasi terdahulu dan keadaan persekitaran gunung yang berbeza berbanding kawasan laut, pihaknya ketika ini tidak bercadang menghentikan operasi pencarian."Berdasarkan pengalaman kita dan keadaan persekitaran yang berbeza, gunung tidak sama seperti laut





Kehilangan Jaslinda: Pasukan penyelamat guna kamera pengawasan kesan mangsa - Sinarharian - 30/05 11:32 am

IPOH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan rakaman kamera pengawasan bagi membantu menjejaki pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua anggota Team Pelindung daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama pasukan penyelamat ditugaskan mendapatkan cip kamera pengawasan yang dipasang di sekitar laluan pencarian.Menurutnya, langkah itu diambil bagi meneliti rakaman yang mungkin dapat membantu mengesan pergerakan mangsa di kawasan berkenaan."Seramai 16 anggota tambahan dihantar ke lokasi pencarian pada pagi ini menggunakan pesawat AW139 bagi memperkukuh operasi SAR."Pasukan Team Pelindung Perhilitan bersama anggota penyelamat akan pergi mengambil cip kamera pengawasan di sekitar lokasi laluan bagi memantau sekiranya mangsa dapat dikesan melalui rakaman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pasukan tambahan itu terdiri daripada enam anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), dua anggota Team Pelindung Perhilitan, lima anggota Jabatan Perhutanan dan tiga Malim Gunung Perhutanan (MGP).Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Puncak Gunung Batu Putih dan lokasi titik winching baharu di Kem Kantoi.Sabarodzi berkata, pasukan sedia ada yang berada di lokasi pencarian sejak semalam melibatkan 34 anggota.Katanya, ketika ini jumlah keseluruhan anggota penyelamat yang berada di lokasi pencarian setakat pagi Sabtu seramai 50 orang.Operasi SAR diteruskan dengan memberi tumpuan kepada beberapa lokasi strategik termasuk laluan pendakian dan kawasan yang dikenal pasti berpotensi dilalui mangsa.Jaslinda sebelum ini dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua malim gunung yang bermula pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum berhenti daripada kumpulan pendakian tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu





Prinsip STOP, kekal di satu lokasi sekiranya tersesat di hutan - Sinarharian - 30/05 8:15 am

SHAH ALAM Ilmu ikhtiar hidup dan pengurusan emosi menjadi antara elemen paling penting dalam membantu seseorang pendaki terus bertahan sekiranya tersesat di hutan.Malim gunung, Halfian Abd Rahim berkata, pendaki berpengalaman kebiasaannya akan mengaplikasikan prinsip STOP iaitu Berhenti (Sit), Berfikir (Think), Perhati (Observe) dan Rancang (Plan) bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan panik ketika berdepan situasi kecemasan.Menurutnya, antara tindakan utama yang perlu dilakukan ialah mencari atau membina perlindungan sementara selain mencari kawasan lebih selamat termasuk gua bagi mengelak hipotermia, hujan dan angin."Mereka juga akan cuba mengekalkan suhu badan dengan menukar pakaian basah, memakai pakaian tambahan dan menggunakan selimut kecemasan aluminium atau Mylar."Jika bersama pendaki lain, mereka turut boleh berkongsi haba badan bagi mengelakkan hipotermia," katanya kepada Sinar Harian.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurut Halfian, pendaki yang tersesat lazimnya akan mencari sumber air bersih seperti sungai dan mata air, selain mengumpul air hujan atau embun menggunakan khemah dan plastik.Katanya, ilmu mengenal pasti tumbuhan tertentu seperti rotan dan periuk kera juga boleh membantu mendapatkan sumber air dalam situasi kecemasan."Mereka juga akan mengurangkan pergerakan tidak perlu bagi menjimatkan tenaga selain mencatu makanan dan minuman supaya bekalan dapat bertahan lebih lama," ujarnya.Dalam pada itu, Halfian berkata, penggunaan wisel, unggun api, lampu suluh dan suar turut menjadi antara kaedah penting sebagai isyarat kecemasan kepada pasukan SAR."Sekiranya keadaan mengizinkan, mereka akan cuba melakukan navigasi asas menggunakan peta dan kompas atau kekal di lokasi selamat seperti denai utama sementara menunggu bantuan SAR."Selain kemahiran fizikal, pengurusan emosi dan terapi hutan juga penting kerana panik boleh menyebabkan seseorang membuat keputusan yang salah ketika berada dalam situasi cemas," katanya.Sementara itu, pendaki berpengalaman, Suhaila Sulaiman, 44, berkata, tindakan paling selamat bagi seseorang ketika tersesat di hutan ialah kekal berada di lokasi terakhir dalam tempoh 24 jam.Menurutnya, langkah itu penting terutama jika pendaki berada di kawasan hutan tebal dan tidak biasa dengan laluan pendakian."Kalau saya sendiri akan pilih untuk kekal di satu tempat kerana apabila terus berjalan dalam keadaan panik atau keliru, risiko tersasar lebih jauh sangat tinggi."Biasanya pasukan pendaki lain atau penyelamat akan kembali menelusuri laluan asal untuk mengesan pendaki hilang," katanya.Suhaila berkata, setiap pendaki juga disarankan membawa kelengkapan asas kecemasan walaupun mendaki di trek popular atau laluan dianggap mudah."Jangan terlalu yakin bergerak walaupun sudah berpengalaman kerana keadaan dalam hutan boleh berubah dan pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku," ujarnya.





Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih - Sinarharian - 29/05 9:58 pm

Dia cuma maklum dia kata dia dah sampai puncak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Hafiz menjelaskan bahawa tulisan tertera "HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI" itu ditinggalkan mangsa berikutan telefon bimbit milik Jaslinda telah kehabisan bateri sejak pada peringkat awal pendakian lagi."Kemungkinan dia (Jaslinda) sampai (puncak Gunung Batu Putih) 10 pagi (pada 24 Mei lepas), saya sampai kira-kira 10.45 pagi, saya sedar benda itu (ukiran tulisan tersebut) sekitar 11 pagi. Jadi, dia nak maklumkan dia dah sampai puncak itu kepada saya," katanya.Hafiz berkata, dia kemudian mengambil gambar tersebut dengan telefon bimbitnya.ARTIKEL BERKAITAN : 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuTerdahulu, pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang atau dron digunakan hari ini, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda yang hilang selepas mendaki Gunung Batu Putih, sejak 23 Mei.Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon memaklumkan SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi)





Tok Batin akan bantu operasi cari Jaslinda - Sinarharian - 29/05 7:27 pm

TAPAH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk Tok Batin Orang Asli untuk tampil membantu memperkukuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49.Beliau berkata, penglibatan komuniti Orang Asli dilihat mampu memberi kelebihan dalam usaha mengesan mangsa memandangkan kepakaran mereka yang arif dengan selok-belok kawasan hutan."Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan, di mana semua pihak terlibat termasuk polis, bomba dan agensi berkaitan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik."Difahamkan Tok Batin Orang Asli juga akan turut campur tangan selepas ini bagi membantu usaha pencarian," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Jumaat.Menurut Saarani, operasi SAR yang kini memasuki tempoh hampir seminggu itu akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat."Kita tidak akan berputus asa dalam operasi ini. Sekiranya masih belum berhasil, keputusan seterusnya akan dibuat sebagaimana yang pernah dilakukan dalam kes orang hilang di Gopeng sebelum ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau menjelaskan, aktiviti pendakian yang disertai mangsa di kawasan Hutan Simpan Kekal itu didapati telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Katanya, selain memperoleh kebenaran bertulis, ekspedisi yang disertai mangsa bersama 13 individu lain melalui laluan Pos GedungGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh itu diketuai oleh malim gunung berpengalaman."Mangsa juga bukan kali pertama memasuki kawasan tersebut, malah ini kali kedua dan mereka merancang untuk datang lagi pada masa hadapan."Sama-samalah kita memohon kepada ALLAH agar mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya.Saarani turut memaklumkan bahawa keluarga mangsa berada dalam keadaan tabah dan reda menerima apa jua kemungkinan.Katanya, Pejabat Daerah turut menyediakan bantuan keperluan asas kepada keluarga mangsa termasuk makanan serta kemudahan penginapan sepanjang berada di pusat kawalan operasi."Mereka memilih untuk berada di surau ini berbanding menginap di inap desa yang disediakan kerana mahu berada lebih dekat dengan pusat operasi."Saya menasihatkan mereka supaya tidak putus berdoa kerana usaha pencarian telah dilakukan secara menyeluruh dan kita berharap dengan izin ALLAH segala halangan akan terbuka," katanya.





Selangor kekal catat kes pendaki sesat tertinggi - Sinarharian - 29/05 5:39 pm

PUTRAJAYA Selangor terus mencatatkan jumlah kes pendaki sesat tertinggi di negara ini apabila kebanyakan insiden melibatkan kawasan pendakian dan rekreasi popular di sekitar Lembah Klang.Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, trend itu dapat dilihat berdasarkan statistik lima bulan pertama tahun ini serta rekod keseluruhan tahun lalu.Menurutnya, sebanyak 52 kes melibatkan 114 mangsa direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 40 kes dengan 88 mangsa dalam tempoh sama tahun lalu."Peningkatan sebanyak 12 kes ini bersamaan hampir 30 peratus, manakala jumlah mangsa turut meningkat seramai 26 orang berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan kebanyakan kejadian berlaku di kawasan pendakian dan rekreasi tumpuan pengunjung sekitar Lembah Klang.Antara lokasi yang kerap terlibat insiden pendaki hilang arah ialah Air Terjun Kanching di Rawang, Bukit Wawasan di Puchong, Bukit Broga di Semenyih, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Apek di Hulu Langat serta beberapa kawasan rekreasi di Kota Damansara.ARTIKEL BERKAITAN SAR JASLINDA: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, Kuala Lumpur turut mencatatkan jumlah kejadian yang tinggi melibatkan kawasan rekreasi seperti Bukit Kiara, Bukit Gasing dan Bukit Sungai Besi.Pulau Pinang juga tidak terkecuali apabila lokasi seperti Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Bukit Jambul, Batu Ferringhi, Balik Pulau dan Teluk Bahang terus mencatatkan kes pendaki sesat setiap tahun."Sepanjang tahun lalu, sebanyak 88 kes membabitkan 193 mangsa direkodkan di seluruh negara, dengan Selangor menjadi negeri paling banyak memerlukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi kes pendaki sesat."Malah, lokasi seperti Bukit Wawasan di Puchong direkodkan berulang kali dalam statistik operasi sehingga menjadi antara kawasan paling kerap terlibat dengan insiden kehilangan arah," katanya.Mengulas perkembangan tahun ini, beliau berkata antara kes terbesar direkodkan ialah melibatkan 10 individu yang dilaporkan sesat di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu.Katanya, satu lagi kejadian besar membabitkan tujuh mangsa hilang arah di kawasan Kem Kasut Gunung Yong Belar, Gua Musang, Kelantan pada Februari lalu.Beliau berkata, berdasarkan trend semasa, jumlah kes pendaki sesat tahun ini berpotensi melepasi angka keseluruhan tahun lalu sekiranya peningkatan berterusan sehingga hujung tahun.Jelasnya, peningkatan itu dipercayai berkait rapat dengan minat masyarakat terhadap aktiviti pendakian dan rekreasi luar yang semakin popular, khususnya di kawasan bukit dan hutan berhampiran bandar."Aktiviti hiking dan riadah lasak kini menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat."Keadaan ini menyebabkan semakin ramai individu termasuk pendaki baharu mencuba aktiviti pendakian dan penerokaan hutan sebagai riadah," katanya.Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan sebelum menyertai aktiviti pendakian.Katanya, persediaan fizikal, pengetahuan asas serta penggunaan khidmat malim gunung berpengalaman amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Persediaan rapi dari segi kecergasan dan ilmu asas sangat penting kerana kita tidak mengetahui cabaran sebenar di lapangan."Khidmat malim gunung berpengalaman juga wajar digunakan kerana mereka mampu membuat keputusan lebih tepat sekiranya berlaku situasi kecemasan," ujarnya.





Dron bantu SAR Jaslinda, pasukan digerak ke cerun sukar - Sinarharian - 29/05 2:32 pm

TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, diperkukuh dengan penggunaan dron bagi memperluas liputan pencarian di kawasan cerun dan lokasi sukar diakses.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penggunaan dron itu membantu pemantauan kawasan yang tidak dapat dimasuki pasukan darat."Pengendali dron telah digerakkan ke lokasi bersama pasukan penyelamat bagi memperluas skop pencarian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, setakat jam 1 petang, seramai 12 anggota penyelamat telah digerakkan ke lokasi operasi di Kem Sukaneka menggunakan pesawat AW139.Menurutnya, pesawat sama turut digunakan untuk membawa keluar 19 anggota penyelamat termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Malim Gunung Perhutanan yang telah berada di kawasan itu sejak 27 Mei lalu."Selain itu, empat lagi anggota turut dihantar menjadikan keseluruhan 16 anggota digerakkan menggunakan pesawat," katanya.Sabarodzi berkata, operasi turut melibatkan pasukan darat seramai 18 anggota melalui laluan Pos Musuh menuju ke Sungai Ayer Busok."Pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team 1 membabitkan lima anggota PGA dan empat Malim Gunung Perhutanan (MGP), manakala Team 2 terdiri daripada empat PGA dan lima MGP."Kesemua mereka mula memasuki kawasan pencarian sekitar jam 9.35 pagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuPada Khamis, operasi SAR dilaporkan kini tertumpu di kawasan sungai berhampiran Sungai Ayer Busok, selepas mangsa dipercayai cuba mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada dalam hutan dengan bekalan terhad.Terdahulu, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan operasi diperluas ke kawasan sungai berkenaan berdasarkan kemungkinan pergerakan terakhir mangsa.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos GedungGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan pendakian.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





'Ayah tidak berganjak, bimbang kehilangan ibu' - Anak Jaslinda - Sinarharian - 29/05 2:30 pm

TAPAH - Suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memilih untuk terus berada di pusat kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama kehilangan isterinya, 23 Mei lalu.Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, bapanya, Haszman Othman, 61, enggan meninggalkan kawasan tersebut selagi mangsa belum ditemukan.Beliau yang merupakan anak tiri Jaslinda berkata, ahli keluarga turut bergilir-gilir datang ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini bagi memberi sokongan moral kepada Haszman serta anak-anak Jaslinda.ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Memang dari hari pertama lagi ayah dan adik ada di sini





'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan - Sinarharian - 29/05 2:08 pm

TAPAH Walaupun sudah hampir seminggu pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, keluarganya masih menaruh harapan tinggi bahawa mangsa mampu bertahan sehingga ditemukan.Anak tirinya, Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perwatakan Jaslinda yang disifatkan sebagai seorang wanita lasak, berani dan mempunyai semangat yang kuat."Saya kenal ibu sebagai seorang yang kuat. Saya percaya dia boleh bertahan sehingga ditemui," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, harapan keluarga semakin meningkat selepas beberapa petunjuk baharu berjaya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan operasi."Bila dengar ada jejak ditemui, harapan itu makin kuat," katanya.Dalam pada itu, Ashikin berkata, bapanya, Haszman Othman, 61, masih setia berada di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II, Woh sejak hari pertama kehilangan mangsa pada 23 Mei lalu.Katanya, bapanya enggan meninggalkan lokasi operasi selagi isterinya belum ditemukan."Memang dari hari pertama lagi ayah dan adik ada di sini





Kronologi kehilangan Jaslinda - Sinarharian - 29/05 9:06 am

25 Mei 2026 (Isnin) Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara rasmi digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama agensi lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu Pasukan khas STORM diturunkan menggunakan helikopter ke puncak Gunung Batu Putih bagi memulakan pencarian dari kawasan tinggi





Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara paling mencabar, mampu kelirukan pendaki - Sinarharian - 29/05 8:19 am

TAPAH Rentasan pendakian di Gunung Batu Putih dikategorikan sebagai antara laluan paling mencabar berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, laluan tersebut terletak dalam Hutan Simpan Kekal yang mampu mengelirukan pendaki, termasuk mereka yang berpengalaman."Laluan ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak lain."Selain jarak perjalanan yang jauh, faktor ketinggian, suhu serta angin di kawasan banjaran turut menjadi cabaran utama kepada pendaki," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau bersama lebih 30 malim gunung dari seluruh negara menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Muzafar yang berpengalaman sebagai malim gunung sejak 1995 berkata, suhu di kawasan berkenaan boleh mencecah antara enam hingga tujuh darjah Celsius, terutama pada waktu malam atau ketika hujan."Ketika bergerak, pendaki masih boleh mengekalkan suhu badan, namun apabila berhenti dalam keadaan basah dan berangin, suhu badan boleh turun dengan cepat dan membahayakan," jelasnya.Menurut Muzafar, cabaran lain ketika ini ialah lokasi pencarian yang berada pada ketinggian kira-kira 2,000 meter serta ketiadaan liputan komunikasi."Keadaan ini menyukarkan penyampaian maklumat serta koordinasi antara pasukan di lapangan dan pusat kawalan, sekali gus memberi cabaran kepada taktikal pencarian," katanya.Beliau yang pernah mendaki Gunung Batu Putih lebih 10 kali tidak menolak kemungkinan Jaslinda tersilap memilih laluan ketika cuba turun selepas menyedari dirinya ketinggalan daripada kumpulan."Berdasarkan kronologi, mangsa dipercayai cuba mengejar kumpulan dan mengambil laluan yang hampir menyerupai laluan sebenar."Namun, kemungkinan dia hanya menyedari kesilapan itu pada hari berikutnya sebelum cuba mencari jalan keluar," katanya.Menurutnya, meskipun situasi itu mencabar, peluang untuk wanita tersebut bertahan masih ada berdasarkan pengalaman kes terdahulu melibatkan mangsa hilang di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa yang tersasar laluan mampu bertahan lebih lama walaupun dengan bekalan terhad dan ada antara mereka ditemui dalam tempoh dua hingga tiga hari."Kecuali satu kes pada tahun 1995, seorang pendaki dari Singapura tidak berjaya ditemui selepas tersesat di laluan gunung ini," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pendakian secara bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Tambahnya, dalam aktiviti rekreasi seperti ini, peserta bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar dan rakan pendakian adalah individu paling hampir untuk membantu jika berlaku kecemasan."Pastikan sentiasa berteman supaya ada yang boleh membantu dan menyampaikan maklumat kepada pihak luar sekiranya berlaku sesuatu," katanya.





Lebih 72 jam hilang, keadaan Jaslinda masuki fasa kritikal - JBPM - Sinarharian - 29/05 7:10 am

TAPAH - Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lepas, dijangka memasuki fasa kritikal ketika ini selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pada ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat termasuk menambah keanggotaan dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSehubungan dengan itu, SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air."Kita boleh katakan pada ketika ini adalah tempoh kritikal namun dengan pengalaman yang ada pada mangsa, dia akan terus bertahan sementara SAR dijalankan."Kita percaya dia akan cuba mencari sumber atau punca air untuk terus bertahan, dan berkemungkinan besar bergerak ke Sungai Ayer Busok iaitu lokasi berdekatan dengan Gunung Batu Putih," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh, di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSayani berkata, sebanyak 36 anggota pasukan digerakkan oleh JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kem Sukaneka dan Gunung Rayu hari ini, yang turut dibantu Pasukan Gerak Am, Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP).Beliau berkata, bomba telah membuka satu winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi telah diusahakan bagi memudahkan tindakan lanjut sekiranya pergerakan menggunakan pesawat udara diperlukan.Menurut beliau, ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar dan masuk pasukan penyelamat kerana winching point sedia ada iaitu di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi pencarian.Sayani turut berkata, keadaan muka bumi yang curam dan berbukit di lokasi berkenaan menjadi cabaran utama pasukan penyelamat selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi)





Lebih 72 jam hilang, harapan pasukan SAR di laluan sungai - Sinarharian - 28/05 5:29 pm

TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini tertumpu ke kawasan sungai dengan mangsa dipercayai berusaha mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada di dalam hutan dengan bekalan terhad.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, petunjuk terbaharu menunjukkan mangsa berkemungkinan bergerak ke kawasan tersebut iaitu di Sungai Ayer Busok bagi mendapatkan bekalan air."Selepas tempoh 72 jam, kita menjangkakan keadaan mangsa semakin lemah kerana kekurangan makanan, air serta perlindungan yang mencukupi."Jadi berdasarkan pengalaman dan keadaan muka bumi, terdapat kemungkinan mangsa memilih untuk turun ke kawasan sungai bagi mendapatkan sumber air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Kita dimaklumkan, mangsa hanya membawa sedikit bekalan makanan seperti kurma dan dua botol air





Pendaki wanita hilang: Suami Jaslinda, malim gunung beri maklumat bantu siasatan polis - Sinarharian - 28/05 4:17 pm

TAPAH - Polis telah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, bagi membantu siasatan.Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata, setakat ini seramai enam malim gunung yang terlibat dalam ekspedisi dan operasi pencarian tersebut telah dipanggil bagi dirakam keterangan.Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menemukan mangsa terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil."Setakat ini, laporan polis telah dibuat dan kita telah memanggil beberapa individu termasuk suami mangsa untuk mendapatkan maklumat."Kita tidak mahu campur aduk perkara lain buat masa ini, sebaliknya fokus utama adalah untuk mengesan mangsa terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.Beliau berkata, keadaan keluarga mangsa kini berada dalam tekanan dan semua pihak diharap memberi ruang kepada mereka sepanjang operasi dijalankan.ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanDalam pada itu, Mohd Fadzil memaklumkan, seramai 92 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta malim gunung.Katanya, selain udara, fokus operasi digerakkan melalui laluan darat iaitu dari Pos Musuh dan Pos Kuala Woh melibatkan pasukan kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat anggota termasuk malim gunung yang mahir dengan keadaan muka bumi di kawasan berkenaan."Kita mengharapkan perkembangan positif dalam tempoh satu hingga dua hari ini hasil kerjasama semua agensi terlibat untuk menemukan mangsa dalam keadaan selamat," katanya.Terdahulu media melaporkan, suami mangsa, Haszman Othman, 61, meluahkan rasa terkilan dan mempersoalkan bagaimana isterinya boleh ditinggalkan bersama seorang sahaja malim dan seorang lagi pendaki yang sakit di atas gunung berkenaan.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.




Reformasi     >>



Amanah Selangor ancam saman Ronnie Liu - Mkini
Selepas Ronnie Liu menuduh pengerusi Amanah negeri itu yang menjadi punca cadangan menamatkan penternakan babi tempatan.
Kroni     >>



Aidiladha: Penduduk lega hujan pulihkan air telaga tiub - Utusan
RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Tok Deh Barat di sini, mampu menarik nafas lega apabila masalah air telaga tiub kering akibat kemarau sejak tiga bulan lalu pulih selepas hujan kembali membasahi negeri ini, sejak dua minggu lalu. Situasi itu sekali gus melegakan penduduk yang sebelum ini ..
Tabloid     >>



Warga Indonesia Puji Pengurusan Ibadah Korban Di .. - Siakapkeli
"Hal Yang Tak Ditemukan Di Indonesia..." Lelaki Indonesia Puji Ibadah Korban Di Malaysia Sebab Ini Hari Raya Aidiladha merupakan antara perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia
Tech     >>



Save up to $1,300 on every 14-inch MacBook Pro M5 Pro .. - Appleinsider
Steeper discounts have resulted in the lowest prices ever on numerous M5 Pro and M5 Max 14-inch MacBook Pro configurations, with every model on sale. Save up to $1,300 on M5 Pro and M5 Max MacBook Pro laptops - Image credit: Apple Whether you're looking for the standard M5 Pro 14-inch MacBook ..
World     >>



Trump DOJ 'lawfare' fund temporarily blocked by judge .. - Cnbc
The DOJ has faced strong criticism for the creation of a $1.8 Anti-Weaponization Fund which could compensate allies of President Donald Trump.
Motor Trend     >>



MBS26 Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 Rasmi Di Malaysia .. - Careta
Pengenalan ZX-10R baharu ini merupakan sebahagian daripada strategi MODENAS dan Kawasaki Malaysia untuk memperluaskan penawaran motosikal berprestasi tinggi bagi memenuhi keperluan penunggang moden yang semakin mahukan gabungan teknologi perlumbaan dan kebolehgunaan harian. Secara visual,