| /// |
|
| Search : Yew Zhung News | Page 1 |
|
Inkues Zara Qairina: Tidak wujud VVIP, VIP ada hubungan keluarga dengan .. - Mygazette - 15/10 7:29 am # Inkues Zara Qairina: Tidak wujud VVIP, VIP ada hubungan keluarga dengan lima remaja dikaitkan kes buli - Saksi KOTA KINABALU - Tidak wujud golongan yang amat berpengaruh (VVIP, orang kenamaan (VIP) atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lima remaja perempuan dikaitkan dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini. Pegawai Penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung, ketika disoal peguam Ahmad Fikry Jaafar Abdullah yang mewakili empat remaja dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, berkata perkara itu adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihaknya |
|
Tiada bukti Zara Qairina ditolak atau dibunuh - Pegawai penyiasat - Sinarharian - 14/10 5:15 pm KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Tiada sebarang bukti yang menunjukkan kematian Zara Qairina Mahathir berpunca daripada perbuatan jenayah oleh mana-mana individu, selain kemungkinan remaja berusia 13 tahun itu menamatkan riwayatnya sendiri, Mahkamah Koroner diberitahu pada Rabu.Pegawai penyiasat kes, Inspektor Wong Yew Zhung berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keseluruhan siasatan yang dijalankan terhadap kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Yew Zhung yang merupakan saksi ke-83 dalam inkues kematian Zara Qairina berkata demikian ketika menjawab soalan peguam, Abdul Fikry Jaafar Abdullah di Mahkamah Koroner di sini.Yew Zhung juga mengesahkan bahawa pihaknya telah merakam percakapan 200 saksi yang terdiri daripada pelajar, guru, warden, pegawai keselamatan dan pegawai perubatan.Menurutnya, tiada seorang pun saksi menyatakan mereka melihat Zara ditolak dari tingkat tiga bangunan asrama atau dipukul sebelum terjatuh.Beliau turut memaklumkan siasatan tidak menemukan sebarang bukti bahawa remaja itu pernah didera atau dicederakan, termasuk menerusi analisis telefon bimbit yang dirampas sepanjang siasatan."Tiada," jawabnya ketika ditanya sama ada siasatan menemukan bukti Zara dipukul, didera atau menjadi mangsa perbuatan jenayah.Yew Zhung berkata, hasil siasatan juga tidak menemukan bukti wujud perancangan untuk membunuh Zara atau sebarang kecederaan yang berpunca daripada perbuatan pihak lain.Beliau turut mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada pegawai perubatan serta laporan bedah siasat oleh pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, menunjukkan kecederaan dialami Zara konsisten dengan kejadian jatuh dari tempat tinggi.Menurutnya, beliau bersetuju dengan dapatan pakar bahawa kaki Zara menerima impak pertama ketika jatuh sebelum kecederaan lain berlaku pada bahagian badan dan kepala akibat impak susulan.Dalam prosiding sama, Yew Zhung turut menafikan dakwaan bahawa terdapat individu berstatus VIP, VVIP atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lima remaja yang dikaitkan dalam kes berkenaan.Beliau juga menegaskan siasatan tidak menemukan sebarang bukti bahawa mana-mana VIP, VVIP atau ahli politik memberikan perlindungan atau menggunakan pengaruh bagi membantu remaja terbabit mengelak tindakan undang-undang.Menjawab pertanyaan Koroner Amir Shah Amir Hassan, Yew Zhung berkata, beliau tidak menerima sebarang tekanan daripada mana-mana pihak sepanjang siasatan dijalankan, selain tekanan biasa dalam mengendalikan kes berprofil tinggi tersebut."Saya hanya mengalami tekanan ketika mengendalikan kes ini dan cuba sedaya upaya untuk kekal profesional," katanya. |
|
Nothing suspicious about Zaras death, IO tells inquest - FMT - 14/10 4:22 pm Investigating officer Wong Yew Zhung cites investigations at the scene, and doctors finding no injuries on the student other than those caused by a fall from a height. |
|
(INKUES) Tiada Bukti Zara Qairina Ditolak Atau Dibunuh – Inspektor Wong - Beautifulnara - 14/10 4:20 pm Pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa tiada individu yang menolak atau membunuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Inspektor Wong Yew Zhung yang memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, tiada sebarang unsur mencurigakan ditemui berhubung kematian Zara |
|
Tiada keadaan mencurigakan dalam kematian Zara Qairina Pegawai penyiasat - Sinarharian - 14/10 1:20 pm KOTA KINABALU - Pegawai penyiasat kes kematian Zara Qairina Mahathir berpendapat tiada keadaan mencurigakan dalam kematian remaja itu berdasarkan hasil akhir siasatan yang dijalankannya.Inspektor Wong Yew Zhung, 32, yang juga saksi ke-83 dalam inkues Zara Qairinaberkata demikian ketika disoal peguam, Shahlan Jufri pada prosiding di Mahkamah Koroner di sini, Rabu.Shahlan sebelum itu membangkitkan beberapa keadaan sebelum kejadian, termasuk keterangan seorang pelajar yang mendakwa Zara Qairina menangis selepas bertemu pelajar Tingkatan Empat di sebuah dorm asrama.Peguam itu turut mempersoalkan keadaan apabila tiada pelajar atau saksi melihat bagaimana remaja berkenaan terjatuh sebelum ditemukan di aras bawah bangunan asrama, sekali gus menimbulkan unsur mencurigakan dalam kematiannya.Bagaimanapun, Yew Zhung ketika menjawab perkara itu merujuk kepada keterangan pelajar A yang didakwanya pernah menyatakan bahawa Zara Qairina beberapa kali bercakap mengenai keinginan untuk terjun dari bangunan."Seingat saya, pelajar A menyatakan Zara beberapa kali cakap nak terjun bangunan dan dia tidak suka kehidupan dia sendiri sebab ada masalah sekolah dan keluarga," katanya.Shahlan kemudian meminta pegawai penyiasat itu menjelaskan pendapatnya mengenai kemungkinan wujud unsur mencurigakan berdasarkan keadaan sebelum kejadian, ketika mangsa ditemukan di aras bawah asrama sehingga kematiannya."Pada pendapat saya, dalam akhir siasatan saya pun tiada keadaan mencurigakan," jawabYew Zhung.Dalam keterangannya berhubung keperluan bedah siasat, Yew Zhung mengesahkan beliau mendapatkan arahan daripada pegawai atasannya bagi mengenal pasti punca kematian Zara Qairina.Sebelum itu, Shahlan turut mempersoalkan sama ada penemuan seorang pelajar di bawah bangunan asrama sepatutnya dianggap sebagai insiden mencurigakan yang memerlukan bedah siasat.Menjawab perkara itu, Yew Zhung menjelaskan bahawa penilaiannya dibuat berdasarkan hasil siasatan di tempat kejadian serta pemeriksaan doktor yang tidak menemukan kecederaan lain selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi."Pada peringkat awal, selepas lawatan siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan doktor, tiada kecederaan lain ditemukan selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi."Bagaimanapun, disebabkan keengganan menjalankan bedah siasat, borang tidak dikeluarkan |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu enggan bedah siasat, polis tidak mahu susahkan ahli keluarga - Pegawai penyiasat - Sinarharian - 13/10 6:13 pm KOTA KINABALU - Pegawai penyiasat kes kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa borang POL 61 bagi permohonan menjalankan bedah siasat tidak dikeluarkan kerana terdapatnya punca kematian remaja tersebut.Inspektor Wong Yew Zhung yang merupakan saksi ke-83 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata, keputusan itu juga dibuat kerana tidak mahu menyusahkan keluarga Allahyarham selepas ibu Zara Qairina menolak untuk proses bedah siasat anaknya."Ya betul, sebab masa itu kami pun tidak mahu menyusahkan ahli keluarga Zara dan oleh itu, tiada paksaan untuk menjalankan bedah siasat," katanya ketika menjawab soalan peguam Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.Sebelum itu, Nurul Rafeeqa bertanya kepada saksi, bahawa beliau boleh mengeluarkan borang POL 61 tanpa kebenaran ibu remaja itu, Noraidah Lamat, walaupun wanita berkenaan enggan membenarkan bedah siasat dijalankan.Bagaimanapun, ketika diminta menjelaskan sama ada keputusan tidak mengeluarkan borang berkenaan dibuat kerana tidak mahu menyusahkan keluarga, Yew Zhung berkata, terdapat beberapa faktor lain yang turut diambil kira termasuk punca kematian yang sudah diketahui."Kalau lagi spesifik, ia disebabkan ada punca kematian, keengganan bedah siasat dan tiada kecederaan lain selain kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi."Oleh itu, pada masa berkenaan saya tidak mengeluarkan borang POL 61," katanya.Ketika ditanya mengenai punca kematian yang dikenal pasti pada ketika itu, Yew Zhung memaklumkan Zara Qairina mengalami kecederaan otak traumatik yang teruk berserta hypoxic-ischemic encephalopathy.Sementara itu, menjelaskan asas beliau mengklasifikasikan kematian remaja berusia 13 tahun itu sebagai laporan kematian mengejut (SDR), Yew Zhung berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hasil siasatan awal termasuk pemeriksaan lokasi kejadian, penemuan diari, keterangan rakan mangsa serta diagnosis doktor."Sebagai pegawai penyiasat, saya menjalankan siasatan awal seperti melawat tempat kejadian, kemudian berdasarkan ketinggian tembok, hasil penemuan diari, hasil temu bual dengan rakan yang turut menceritakan bahawa Zara pernah menyebut mahu terjun serta diagnosis doktor."Selepas itu, saya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai laporan kematian mengejut," katanya.Menurut Yew Zhung, klasifikasi SDR itu dibuat pada 17 Julai 2025, kira-kira jam 6 petang, selepas beliau menjalankan siasatan awal berhubung kejadian berkenaan.Ketika disoal mengenai tindakan siasatan yang sudah dilakukan sebelum klasifikasi itu dibuat,Yew Zhung menjelaskan bahawa beliau telah mengetahui kewujudan diari, mengambil keterangan rakan mangsa serta memeriksa lokasi kejadian khususnya kawasan tembok yang berkaitan."Pada masa itu, saya sudah mengetahui kewujudan diari, kemudian saya sudah menemu bual rakan dan mengambil keterangan mereka, selain menjalankan siasatan dengan melawat tempat kejadian yang berkaitan dengan tembok."Oleh itu, saya mengklasifikasikan kes sebagai laporan kematian mengejut untuk menentukan cara kematiannya," katanya.Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai cara kematian Zara Qairina, Yew Zhung menjelaskan bahawa siasatan diteruskan selepas laporan SDR dibuka termasuk dengan mengambil keterangan lanjut daripada pelajar yang tinggal bersama Allahyarham serta guru di sekolah berkenaan."Selepas saya membuka laporan kematian mengejut, saya meneruskan siasatan kes dengan mengambil lebih banyak keterangan daripada pelajar yang tinggal bersama Zara dan juga guru bagi tujuan laporan kematian mengejut," katanya. |
|
No witnesses saw Zara Qairina incident, no CCTV at hostel, inquest told - Sinardaily - 13/10 3:41 pm KOTA KINABALU - Investigating officer Inspector Wong Yew Zhung told the Coroner's Court here today that 200 witness statements were recorded throughout the investigation to complete the sudden death report in Zara Qairina Mahathirs case.Wong said the witnesses included Zara Qairina's family members, neighbours, primary and secondary school friends, teachers, medical officers, police officers and students of the Rabiatul Adawiyah block girls' hostel at Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.The 83rd witness in the inquest proceedings into Zara Qairina's death said he had recorded all the statements with the assistance of police officers from the Papar District Police Headquarters (IPD), the Sabah Contingent Police Headquarters (IPK) and the Sipitang IPD."My investigation found that no witness personally saw the incident that led to Zara Qairina being found unconscious near the drain of the Rabiatul Adawiyah block hostel at SMKA TDM."Nobody, including security guards or hostel wardens, carried out patrols on Level 3 of the Rabiatul Adawiyah block on the night of the incident |
|
Ibu Zara enggan bedah siasat walau diberi penjelasan, kata pegawai penyiasat - FMT - 13/10 2:31 pm Wong Yew Zhung berkata Noraidah Lamat turut tandatangan beberapa dokumen sebelum jenazah Zara Qairina Mahathir diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian. |
|
Zara Qairina's mother refused post-mortem despite being briefed, inquest told - Sinardaily - 13/10 2:16 pm KOTA KINABALU - The mother of Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, did not want a post-mortem conducted on her daughter and refused to allow it, despite being briefed on the matter, the Coroner's Court was told today.Investigating officer Insp Wong Yew Zhung said he had informed and explained to Noraidah, 46, at the Queen Elizabeth Hospital that a post-mortem would be conducted to assist investigations into Zara Qairina's death.The 83rd witness in the inquest proceedings into the teenager's death explained the post-mortem process to Noraidah once again, but she remained adamant, replying: "I don't want it |
|
Zaras mum refused autopsy even after explanation, says police officer - FMT - 13/10 1:12 pm Investigating officer Wong Yew Zhung says Noraidah Lamat insisted on burying her daughter immediately after confirmation of the teenagers death. |
|
Inkues Zara: Tiada saksi, CCTV di asrama, kata pegawai penyiasat - FMT - 13/10 12:17 am Pegawai penyiasat Wong Yew Zhung berkata tiada CCTV dipasang di kawasan asrama yang boleh membekalkan rakaman berhubung kejadian itu. |
|
Inkues Zara Qairina: Polis rakam percakapan 200 individu - Sinarharian - 13/10 11:29 am KOTA KINABALU - Pegawai polis yang menyiasat kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa seramai 200 individu telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan laporan mati mengejut melibatkan remaja itu.Inspektor Wong Yew Zhung, saksi ke-83 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina berkata, rakaman percakapan tersebut dilakukan dengan bantuan pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Papar, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan IPD Sipitang.Menurutnya, saksi yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga Zara, jiran-jiran, rakan-rakan sekolah rendah dan menengah, guru-guru, pegawai perubatan, pegawai polis serta pelajar-pelajar asrama blok Rabiatul Adawiyah.Beliau berkata, berdasarkan keterangan mereka yang mengenali Zara, remaja itu digambarkan sebagai seorang yang ceria, aktif, peramah, banyak bercakap serta mudah berkawan, selain mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli Badar.Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tiada saksi yang melihat sendiri kejadian yang menyebabkan Zara ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolah berkenaan."Tidak ada pihak termasuk pengawal keselamatan atau warden asrama yang membuat rondaan di aras tiga blok Rabiatul Adawiyah pada malam kejadian."Hasil pemeriksaan saya turut mendapati tiada kamera litar tertutup dipasang di kawasan asrama yang dapat memberikan rakaman berhubung kejadian tersebut," katanya ketika membacakan keterangan bertulis pada Selasa.Dalam keterangannya, Yew Zhung turut memaklumkan bahawa beliau telah menjelaskan kepada ibu Zara, Noraidah Lamat, bahawa bedah siasat perlu dijalankan bagi membantu siasatan kematian anaknya selepas remaja itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada jam 1.07 tengah hari, 17 Julai 2025.Beliau berkata, pada jam 1.35 tengah hari hari yang sama, beliau menerima panggilan daripada doktor HQE yang memaklumkan kematian Zara, dengan sebab kematian dinyatakan sebagai severe traumatic brain injury with hypoxic ischemic encephalopathy.Menurutnya, sebaik tiba di wad bersama jurugambar polis, beliau berjumpa doktor berkenaan dan Noraidah sebelum memaklumkan mengenai keperluan bedah siasat."Semasa berada di wad tersebut, saya telah memaklumkan dan menjelaskan kepada ibu Zara bahawa bedah siasat akan dijalankan ke atas Zara untuk membantu siasatan kematian Zara."Bagaimanapun, ibu Zara menjawab 'tidak mahu' dan enggan untuk bedah siasat dijalankan ke atas Zara |
|
Zara Qairina's mother testifies as 82nd witness at inquest - Sinardaily - 7/10 11:34 am KOTA KINABALU - The mother of the late Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 46, appeared as the 82nd witness today in the inquest into her daughters death at the Coroners Court here.Noraidah arrived at the court at about 9am to testify before Coroner Amir Shah Amir Hassan.She is one of the final two witnesses called to testify in the inquest, ahead of investigating officer Inspector Wong Yew Zhung.Yesterday, Zara Qairinas half-sister, Malianah Mahathir, 25, appeared as the 81st witness and testified about her relationship with the deceased and the family.Zara Qairina died at Queen Elizabeth Hospital on July 17, 2025, a day after the Form One student was found unconscious near a drain at her school hostel at 4am |
|
Kakak tiri Zara Qairina beri keterangan dalam inkues - Sinarharian - 6/10 10:01 am KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada Selasa, dengan mendengar keterangan kakak tiri Allahyarham.Malianah Mahathir, 25, yang merupakan saksi ke-81, memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini.Untuk rekod, prosiding inkues yang dijadualkan bersambung sehingga 23 Oktober ini diperuntukkan bagi meneruskan dan menyelesaikan keterangan saksi-saksi terakhir, termasuk ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung.Jadual berkenaan turut membolehkan mahkamah dan pihak-pihak menyelesaikan sebarang keterangan tambahan atau pemanggilan semula mana-mana saksi, sekiranya perlu, sebelum prosiding inkues bergerak ke peringkat seterusnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |