| /// |
|
| Search : Wan Ahmad Fayhsal News | Page 1 |
|
Wan Ahmad Fayhsal beri bayangan Hamzah bakal presiden parti baharu - Sinarharian - 31/05 4:42 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberi bayangan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bakal menjadi presiden parti baharu.Menerusi kenyataan panjang yang dimuat naik di Facebook, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa sokongan yang diberikan kepada Hamzah bukan satu kesilapan, malah dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman serta penelitian yang mendalam terhadap perjalanan parti."Saya 100 peratus yakin berdasarkan ilmu, pengetahuan langsung dan siasatan rapi saya sendiri bahawa menyokong, mendokong dan mempertahankan Datuk Seri DS Hamzah adalah tindakan yang tepat."Insya-ALLAH tidak lama lagi beliau selaku presiden parti baharu kami," katanya.Beliau turut menolak dakwaan bahawa Hamzah merupakan pemimpin yang lemah serta hanya berjaya menduduki jawatan Timbalan Presiden kerana diberi laluan oleh kepimpinan parti.Sebaliknya, Wan Ahmad Fayhsal berkata, Hamzah mendapat sokongan akar umbi dan dihormati oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN) termasuk dalam kalangan pemimpin Pas."Sumbangan Hamzah dari segi masa, tenaga dan kewangan dalam menguruskan parti khususnya selepas akaun parti dibekukan adalah jauh lebih besar."Bukan Bersatu sahaja, perjalanan dan pengurusan PN secara keseluruhannya pun Hamzah yang tampil membantu tanpa gagal," katanya.Beliau turut mendakwa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Hamzah merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan pengurusan Bersatu sejak beberapa tahun lalu."Kami yang 19 Ahli Parlimen dan 20 ADUN menyokong Datuk Seri Hamzah adalah bekas pemain utama Bersatu."Kami yang hadir mesyuarat, merangka strategi, membentuk dasar dan menguruskan parti hampir lima tahun lamanya," katanya.Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal turut mengkritik Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu kini tergelincir dari landasan moral dan prinsip yang selama ini beliau perjuangkan. |
|
'Kenyataan Wan Saiful, Wan Ahmad Fayhsal sahkan wujud gerakan jatuhkan Muhyiddin' - Marzuki - Sinarharian - 31/05 2:54 pm SHAH ALAM - Kenyataan dua bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal didakwa mengesahkan kewujudan gerakan menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, gerakan itu didakwa dibuat secara secara tidak berperlembagaan dengan naratif tertentu."Saudara Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fahysal menjawab tulisan saya dengan panjang lebar |
|
Muhyiddin anggap Hamzah ancaman untuk jadi PM – Wan Ahmad Fayhsal - Mygazette - 31/05 8:01 am # Muhyiddin anggap Hamzah ancaman untuk jadi PM - Wan Ahmad Fayhsal KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Berrsatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa melihat Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ancaman kepada cita-citanya untuk kembali menjadi Perdana Menteri menerusi Perikatan Nasional (PN) |
|
Hamzah boleh tewaskan Peja, Azmin dengan mudah, Wan Fayhsal jawab Marzuki - FMT - 30/05 9:29 pm Bekas pemimpin Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menjelaskan pemilihan Bersatu 2024 susulan dakwaan Hamzah Zainudin diberi laluan untuk menang timbalan presiden. |
|
Hamzah has 'moved on' from Bersatu - Wan Saiful - Sinardaily - 29/05 3:47 pm SHAH ALAM - Former Bersatu Information Chief Datuk Wan Saiful Wan Jan has denied allegations that Datuk Seri Hamzah Zainudin is using Pas and Umno as tools to divide Bersatu.Wan Saiful said the accusations made by former senior private secretary to Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, were baseless and described them as a desperate attempt to cover up personal shortcomings.I will answer this directly and based on facts. Marzuki accused Hamzah of name-dropping the Pas president and linked a meeting involving Tan Sri Abdul Hadi Awang and Pas leaders at the White House (Hamzahs office in Bukit Tunku, Kuala Lumpur).I was present at that meeting on Feb 18, 2025, together with Hamzah, Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Saifuddin Abdullah and Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.If Radzi has any dignity, he should be able to confirm what was discussed at the meeting instead of allowing Marzuki to speak out of ignorance, he said in a Facebook post on Friday.Wan Saiful stressed that Pas is not a party that can be easily influenced by any individual, given its extensive experience governing at both the state and federal levels.To accuse Hamzah or anyone else of manipulating Pas is proof that they are suffering from a serious state of denial.If Pas wants to reassess its relationship with Bersatu, the reason is none other than the poor advice being given to Muhyiddin by those around him, he said.According to Wan Saiful, Hamzah joined Bersatu at the invitation of Tun Dr Mahathir Mohamad during the partys formation.He added that the former Bersatu deputy president also played a major role in securing support from Pas and Umno Members of Parliament, which ultimately enabled Muhyiddin to be appointed Malaysias eighth prime minister on March 1, 2020.The narrative portrayed by Marzuki that Hamzah is ungrateful to Muhyiddin is nonsense because he has been one of the people who contributed the most to Muhyiddin and the party.It was Hamzah who persuaded Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and coordinated with Pas to ensure Muhyiddin obtained a parliamentary majority |
|
Hamzah dah 'move on' daripada Bersatu - Wan Saiful - Sinarharian - 29/05 3:20 pm SHAH ALAM - Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyangkal dakwaan kononnya Datuk Seri Hamzah Zainudin menggunakan Pas dan UMNO sebagai modal untuk memecah-belahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Wan Saiful berkata, tuduhan yang dilemparkan bekas setiausaha sulit kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad itu tidak berasas dan menyifatkan ia sebagai usaha terdesak untuk menutup kelemahan sendiri."Saya jawab terus terang bersama berfakta, Marzuki tuduh Hamzah 'jaja' nama Presiden Pas dan mengaitkan pertemuan Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pemimpin Pas di White House (pejabat Hamzah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur)."Saya ada dalam pertemuan 18 Februari 2025 itu bersama Hamzah, Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad."Kalau Radzi Jidin ada maruah, dia sepatutnya boleh sahkan kandungan pertemuan itu, jangan biarkan Marzuki bercakap dalam kejahilan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Beliau menegaskan Pas bukanlah parti yang mudah dipengaruhi mana-mana individu kerana mempunyai pengalaman luas mentadbir kerajaan negeri dan Persekutuan."Menuduh Hamzah atau sesiapa saja mempergunakan Pas adalah bukti mereka menghidap sindrom penafian yang serius."Kalau Pas mahu menilai semula hubungannya dengan Bersatu, puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan nasihat-nasihat salah yang diberikan oleh orang sekeliling Muhyiddin," katanya lagi.Menurut Wan Saiful, Hamzah menyertai Bersatu atas pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika penubuhan parti.Malah tambahnya, bekas Timbalan Presiden Bersatu itu turut memainkan peranan besar dalam usaha mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Pas serta UMNO hingga Muhyiddin berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020."Jadi naratif yang digambarkan Marzuki kononnya Hamzah tak kenang budi Muhyiddin adalah karut kerana selama ini beliaulah yang paling banyak membantu Muhyiddin dan parti."Hamzahlah yang memujuk Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan susun dengan Pas demi memastikan Muhyiddin mendapat majoriti, Azmin hanya membawa 11 Ahli Parlimen PKR dan selebihnya, kerja politik besar itu digalas Hamzah," katanya.Selain itu, beliau mendakwa Hamzah banyak membantu dari sudut kewangan parti ketika menjadi Setiausaha Agung Bersatu (SUA)."Hamzah keluarkan duit poket sendiri selama berbulan-bulan untuk bantu operasi parti dan Perikatan Nasional berjalan."Gerak kerja parti hidup kerana pengorbanan beliau, ini berbeza apabila Azmin jadi SUA, pejabat Perikatan Nasional pun tak dioperasi dan ditutup," ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau mendakwa Ahli Parlimen Larut itu tidak lagi memberi tumpuan kepada Bersatu selepas pemecatannya, sebaliknya kini fokus kepada agenda RESET."Kami bersama Hamzah kerana percaya kepada kepimpinan dan hala tuju beliau dan Hamzah dah 'move on' daripada Bersatu, beliau langsung tidak bercakap tentang Bersatu."Sepatutnya Marzuki nasihat Muhyiddin supaya jaga Bersatu elok-elok, jangan sampai Pakatan Harapan (PH) tak terima kemasukan bila sampai masanya nanti," katanya. |
|
Hamzah umum parti politik baharu beliau bulan depan? - Mygazette - 27/05 5:41 pm Hamzah yang juga bekas Ketua Pembangkang dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu sebelum melancarkan gerakan `Reset keesokannya. Turut dipecat ialah tiga Ahli Parlimen lain iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Azahari Hasan (Padang Rengas) |
|
Tak perlu kalut isu parti Hamzah sertai PN, kata Wan Fayhsal - FMT - 19/05 5:40 pm Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kata masih terlalu awal untuk PN tutup pintu kepada parti baharu yang dikaitkan dengan Hamzah Zainudin. |
|
'UMNO boleh ambil bekas pemimpin, ahli Bersatu bermasalah demi kebaikan bersama' - Tun Faisal - Sinarharian - 10/05 5:54 pm SHAH ALAM - UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplin untuk menyertai parti berkenaan.Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan itu demi kebaikan bersama."Asyraf Wajdi (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) dan UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli yang bermasalah ini demi kebaikan bersama."Insya-ALLAH Bersatu akan terus membuka ruang dan menjadi inklusif kepada lebih ramai lagi di luar sana yang lebih berintegriti dan setia."Selain memahami prinsip demokratik dalam berorganisasi, mematuhi perlembagaan serta disiplin parti," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.Pada Sabtu, Dr Asyraf Wajdi memaklumkan UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat menyertai parti itu termasuk pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dipecat atau digantung tanpa syarat selain menyifatkan mereka itu berasal dari rahim UMNO juga umpamanya sirih pulang ke gagang.Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, manakala enam lagi wakil rakyat digantung keahlian selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.Mereka yang dipecat ialah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis, kedua-duanya ADUN di Kedah.Enam wakil rakyat Bersatu yang digantung keahlian melibatkan lima Ahli Parlimen dan seorang ADUN iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.Turut dikenakan tindakan sama ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail dan ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, tindakan parti itu menjatuhkan hukuman berkenaan adalah langkah tepat untuk memastikan parti dianggotai dan dibarisi pemimpin serta ahli yang setia, berintegriti, faham perlembagaan dan maksud demokratik dalam berorganisasi.Dalam pada itu beliau berkata, kenyataan bekas Ketua Armada Bersatu merangkap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang mendakwa parti itu sudah tidak ada nilai kepada akar umbi, langsung tidak menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam Bersatu hari ini."Di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak bulan Ramadan yang lalu disusuli bulan Syawal, program-program Bersatu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menakjubkan."Kehadiran lebih 3,000 orang ahli dan penyokong Bersatu semasa Majlis Berbuka Puasa di Lumut berbanding hanya 300 orang di Majlis Berbuka Puasa anjuran Geng SD pada malam yang sama menjelaskan realiti ini."Begitu juga kehadiran, minat dan semangat lebih 1,400 orang ahli Bersatu Selangor yang ditunjukkan dalam Konvensyen Bersatu Selangor baru-baru ini membuktikan Bersatu terus kukuh, harmoni dan teratur selepas ketiadaan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Geng SD," katanya. |
|
Bersatu terus bergolak, 4 ahli Parlimen digantung dua penggal - Mygazette - 9/05 7:31 am Sekurang-kurangnya lima ahli Parlimen parti itu dipecat manakala seorang lagi pernah digantung susulan tindakan disiplin yang diambil kepimpinan parti sejak tahun lalu. Antara Ahli Parlimen yang dipecat ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang); Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor); Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik) |
|
Rosol, Khlir antara Ahli Parlimen Bersatu terbaharu digantung dua penggal, Faiz Rahmad dipecat - Sinarharian - 8/05 9:21 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor menjadi antara pemimpin terbaharu dikenakan tindakan disiplin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti.Menerusi notis ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, kedua-dua pemimpin terbabit didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.Menurut notis berkenaan, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta dan secara langsung melucutkan semua jawatan yang dipegang mereka dalam parti selain tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama Bersatu sepanjang tempoh hukuman.Bagaimanapun, mereka diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti.Turut dikenakan tindakan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Ahmad Man.Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Ketua Bahagian Hulu Langat dilaporkan dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua ADUN iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dipecat, manakala empat lagi pemimpin dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu.Antara digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti termasuklah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah dan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail.Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemimpin Bersatu dikenakan tindakan displin setakat jam 9 malam mencecah 10 orang.Pada Februari lalu, selepas Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat dari Bersatu, 11 lagi pemimpin parti lagi turut menerima nasib sama setelah didapati melanggar Perlembagaan Bersatu.Mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Tujuh lagi melibatkan Ketua Bahagian Bersatu iaitu Mohd Hassundi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin yang juga Setiausaha Bersatu Sabah (Libaran), Datuk Abdul Aziz Ismail, Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng), Kamaruddin Majid (Telok Intan) dan Mohd Yunus Mohd Yusof (Tapah). |
|
Selepas ???Reset???, Hamzah bawa naratif ???Konsensus Nasional Baharu??? - Mygazette - 8/05 7:47 am RESET adalah tanggungjawab kita bersama, katanya. Pada Februari lalu, seramai 17 pemimpin Bersatu dipecat keahlian mereka oleh Lembaga Disiplin parti itu termasuk Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, selain Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Kapten Azahari Hasan dan Fathul Huzir Ayob |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |