| /// |
|
| Search : Tdm News | Page 1 |
|
Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/06 2:34 pm KLUANG Jenazah Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Isnin, selamat dikebumikan dengan istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak pada jam 1.15 tengah hari Rabu.Ibu Allahyarhamah, Zaliha Said, 56, dilihat beberapa kali hampir rebah sebaik tiba di kawasan perkuburan sebelum ditenangkan ahli keluarga untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak bongsunya itu.Anak sulung keluarga, Siti Zaiha Sungip, 39, berulang kali memujuk ibunya untuk terus kuat dalam suasana hiba.Sebelum itu, van membawa jenazah yang bertolak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada jam 3 pagi singgah di rumah ibu bapanya sebagai persinggahan terakhir sebelum dibawa Masjid Nurul Iman di sini untuk solat jenazah.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianSolat jenazah diimamkan Mejar Mohd Azlan Shah Abdul Razak, Institut Kejuruteraan Medan (IKM) Tentera Darat (TDM).Kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, jiran dan anggota tentera memenuhi rumah keluarga mangsa sekitar jam 12.10 tengah hari.Dalam kejadian jam 10.57 pagi, Selasa Allahyarham Prebet Siti Khadijah dan Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Sungai Petani.Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah. |
|
Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm KLUANG - Perbualan mengenai latihan membaling grenad yang dikongsi Prebet Siti Khadijah Sungip menerusi aplikasi WhatsApp sehari sebelum kejadian kini menjadi kenangan terakhir yang sukar dilupakan keluarganya.Kakak Allahyarham, Siti Zaiha, 39, berkata adiknya sempat berkongsi sekeping gambar ketika menjalani latihan menembak pada tengah malam 15 Jun dan memaklumkan bahawa latihan membaling grenad akan diteruskan keesokan harinya."Dalam perbualan itu dia beritahu esoknya masih ada latihan dan latihan membaling grenad akan bermula sekitar pukul 8 pagi.Menurut Siti Zaiha, adiknya sebelum itu memaklumkan bahawa dia sedang mengikuti latihan selama lapan hari yang melibatkan pelbagai modul termasuk latihan menembak dan membaling bom tangan."Seperti biasa, arwah aktif berhubung dengan kami dalam kumpulan keluarga. Dia ada berkongsi gambar ketika menjalani latihan malam sebelum kejadian," katanya sambil menahan sebak.Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.Pada pagi hari kejadian, arwah masih sempat menghantar pesanan kepada keluarga dan memaklumkan bahawa dia berada dalam kumpulan terakhir yang dijadualkan menjalani latihan membaling bom tangan."Dia beritahu lokasi latihan dan kami hanya mampu berpesan supaya berhati-hati.Dengar arahan jurulatih dengan teliti dan sentiasa fokus."Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa itu akan menjadi perbualan terakhir kami dengannya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera"Namun kira-kira pukul 1 tengah hari saya menerima panggilan memaklumkan adik saya terlibat dalam kemalangan |
|
'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 1:56 pm KLUANG - Hasrat seorang pesara tentera untuk melihat anak bongsunya meneruskan legasi keluarga dalam angkatan tentera berakhir dengan tragedi, apabila Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, terkorban dalam latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah semalam.Bapanya Sungip Jais, 65, berkata, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada tujuh adik-beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM), kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ketenteraan selain mahu meneruskan legasi keluarganya."Dia memang minat tentera sejak kecil |
|
'Saya rasa sayang sangat tengok dia' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 10:28 am Hari Raya Aidilfiri dan Aidiladha pun tidak balik kerana bertugas."Hari itu saya rasa nak tengok dia dan rasa sayang. Saya tengok dia nampak lain, nampak segak," katanya dalam nada sebak.Fatimah berkata, dia hanya mengetahui mengenai tragedi yang meragut nyawa anaknya itu selepas menerima panggilan daripada menantunya kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa.Menurutnya, Allahyarham sememangnya meminati bidang ketenteraan sejak muda dan pernah menolak peluang pekerjaan lain demi mengejar cita-cita tersebut."Dulu selepas dapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dia dapat kerja di hospital tetapi dia lebih minat tentera," katanya lagi.Allahyarham Koperal Norazmi merupakan antara dua anggota yang terkorban dalam insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi Selasa.Seorang lagi mangsa yang maut ialah Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.Jenazah Allahyarham Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di Merbok kira-kira jam 5.25 pagi Rabu, manakala jenazah Siti Khadijah dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera |
|
'Arwah selalu makan sikit tapi kali terakhir jumpa saya, dia makan banyak dan sangat berselera' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 9:42 am ALOR SETAR - Koperal Norazmi Abu Bakar, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, semalam disifatkan sebagai seorang yang tegas, namun sangat menghormati dan sayang kepada ibu bapa dan keluarganya.Ibu Allahyarham Fatimah Ismail, 78, berkata, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu tidak pernah melawan atau membalas kata-kata apabila ditegur, sebaliknya hanya mendengar dan berdiam diri."Kalau mak cik tegur atau marah, dia senyap sahajatidak menjawab atau membalas semula. Arwah seorang anak yang baik dan dia juga sayang pada adik-beradik yang lain, terutamanya adik bongsunya Norazrul Fitri, 32," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraMengimbau pertemuan terakhir dengan anaknya itu, Fatimah berkata, sehari sebelum insiden itu, Allahyarham pulang ke rumahnya di Merbok, Sungai Petani kira-kira pukul 11.30 malam dan sempat menjamah nasi dan lauk gulai ikan yang dimasaknya dengan penuh berselera."Saya baru hendak tidur masa dia sampai di rumah dan bila tanya kenapa balik, dia kata baru selesai kerja di Gurun dan balik untuk jenguk saya, bapa dan adiknyadia baru pulang tengok kami tiga hari lepas dan memang tidak nampak sebarang perubahan atau tanda-tanda pelik pada dia."Bila saya tanya sama ada sudah makan atau belum, dia kata sudah tetapi lepas itu dia pergi ke dapur untuk makanselalunya kalau pulang ke rumah dia akan makan sikit sahaja tetapi kali ini dia makan banyak dan selesai makan dia keluar sekejap untuk ke kedai," katanya.Fatimah berkata, semasa dia bangun untuk menunaikan solat Subuh, dia bertanya kepada Allahyarham sama ada akan pergi bekerja atau tidak dan arwah ada memintanya untuk mengejutkannya."Masa saya kejut, saya pegang badan dia dan masa itu badannya sangat sejuk |
|
Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra - Sinarharian - 17/06 8:01 am MERBOK -Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, apabila jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di sini, yang selesai sekitar jam 5.25 pagiRabu.Upacara pengebumian dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghormatan terakhir terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai dan anggota tentera hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Jenazah anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja itu dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebaik sahaja selesai proses bedah siasat kira-kira jam 2.30 pagi.Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarga di Kampung Tupah Lama sekitar jam 3.35 pagi dan tiba di Masjid Al-Busyra kira-kirajam 4.20 pagi.Solat jenazah diimamkan Pegawai Staf Agama Briged Keenam Infantri Malaysia, Mejar Mohd Sobri Che Hassan.Simbolik Penyerahan Bendera diserahkan Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Wazir Syafiq Nodin kepada Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman sebelum ia diserahkan kepada isteri Allahyarham, Siti Fairus Mohamad Yussof, 38.Allahyarham Norazmi meninggalkan duaanak, Nurliana Danishah, 14, dan Muhammad Rizhan Darwish, 8.Sementara itu, seorang lagi mangsa terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Kedua-dua mangsa maut akibat insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera |
|
Kerajaan, MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM - Sinarharian - 16/06 11:39 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan."Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden berkenaan."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," katanya menerusi hantaran di media sosial malam ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraTerdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan |
|
Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera - Sinarharian - 16/06 10:17 pm ALOR SETAR Polis telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart di Gurun yang mengorbankan dua anggota tentera pada Selasa.Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, siasatan masih diteruskan dan pihaknya akan merakam keterangan beberapa individu lain yang berkaitan dengan kejadian tersebut pada Rabu."Setakat ini kita telah merakam percakapan tujuh individu dan siasatan akan diteruskan. Keterangan individu lain yang berkaitan akan disambung esok."Mereka yang dipanggil memberi keterangan termasuk jurulatih, rakan selatihan dan individu yang berada di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Selasa malam.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorJelas beliau, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).Menurutnya, kerjasama antara polis dan pihak tentera dalam mengendalikan siasatan berhubung tragedi berkenaan berjalan dengan baik."Siasatan diteruskan mengikut prosedur, malah saya percaya pihak tentera juga akan menjalankan siasatan dalaman mereka."Keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan urusan bedah siasat kedua-dua mangsa yang sedang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," ujarnya.Baderulhisham berkata, perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah urusan melibatkan kedua-dua jenazah dan pihaknya berharap proses bedah siasat dapat diselesaikan pada malam Selasa.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar atau rakaman berkaitan kejadian di media sosial bagi menghormati perasaan keluarga mangsa dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan."Kita perlu menghormati keluarga mangsa dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan."Sekiranya gambar atau maklumat berkaitan kejadian ditularkan, ia mungkin sedikit sebanyak boleh mengganggu siasatan |
|
Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor - Sinarharian - 16/06 9:32 pm ALOR SETAR Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun dijangka dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam.Menurutnya, beliau dimaklumkan proses berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan pengecaman jenazah oleh ahli keluarga selesai."Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan bermula sebaik proses pengecaman dibuat oleh ahli keluarga arwah," katanya ketika di Jabatan Forensik HSB di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDia berkata, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah anggota daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu akan dibawa ke Masjid Al Busyra Merbok di Sungai Petani untuk urusan pengebumian.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa yang terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.Dalam kejadian itu, Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HSB untuk menjalani proses bedah siasat. |
|
Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci - Mygazette - 16/06 5:46 pm # Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini |
|
Dua Anggota Tentera Maut Ketika Latihan Membaling Bom Tangan - Ohmedia - 16/06 5:34 pm Dua anggota TDM dilaporkan maut ketika latihan membaling grenad di Kem Hobart, Kedah pada Selasa |
|
TDM Sahkan 2 Anggota Tentera M*ut Terkena B*m Tangan Ketika Latihan Di Kem Hobart - Lobakmerah - 16/06 5:00 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya terkorban akibat terkena bom tangan ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi |
|
Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad - Sinarharian - 16/06 4:30 pm GURUN - Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart di sini pada Selasa.Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.57 pagi itu melibatkan Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja serta Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian"Kedua-dua anggota mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan."Dua mangsa terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," menurut kenyataan itu pada Selasa.Menurut kenyataan sama, jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani bedah siasat.Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita atas pemergian kedua-dua anggota berkenaan serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianBeliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.Dalam pada itu, Azhan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."TDM memberi jaminan bahawa aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Tentera Darat Malaysia," katanya. |
|
Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban - Sinarharian - 16/06 4:29 pm KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan identiti dua anggotanya yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah pagi tadi.TDM dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).Menurut kenyataan itu kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi tersebut, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani."Insiden berlaku semasa mangsa sedang menjalani Latihan Peningkatan Tempur RAJD Divisyen Kedua Infantri Malaysia |
|
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan - Sinarharian - 16/06 2:37 pm GURUN - [DIKEMAS KINI] Dua anggota tentera maut dipercayai terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun dalam kejadian pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, polis menerima maklumat awal berhubung kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari.Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipetik Bernama, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianMangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.Berdasarkan rekod, terdapat dua tragedi bom meletup semasa anggota tentera menjalani latihan di lokasi sama sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDalam kejadian pertama pada 9 Julai 1987, seramai sembilan anggota tentera dariBatalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Setelah disiasat dan diselidiki, kemalangan berpunca dari kelalaian dan kecuaian seorang anggota tentera kerana tidak mematuhi peraturan tertentu semasa mengendalikan bom yang tidak meletup.Manakala kejadian kedua pada 13 Julai 1988 melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Kemalangan tersebut bukanlah disebabkan kecuaian ataupun kelalaian anggota tentera, tetapi berpunca daripada bom lama yang tertanam dan telah meletup semasa anggota sedang menunggu giliran untuk latihan menembak lorong hutan. |
|
Teguran kepada MB Terengganu, jangan pilih-pilih fakta untuk tutup .. - Wrlr - 24/05 4:25 pm Harapandaily May 24, 2026 Prestasi kewangan TDM Berhad kembali menjadi perhatian apabila sebuah akaun Facebook yang banyak membongkar realiti ekonomi di Terengganu, mempertikaikan naratif yang cuba menyedapkan keadaan sebenar syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu itu |
|
Teguran kepada MB Terengganu, jangan pilih-pilih fakta untuk tutup kelemahan - Harapandaily - 24/05 12:10 am Prestasi kewangan TDM Berhad kembali menjadi perhatian apabila sebuah akaun Facebook yang banyak membongkar realiti ekonomi di Terengganu, mempertikaikan naratif yang cuba menyedapkan keadaan sebenar syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu itu |
|
Sapok Biki naik pangkat Leftenan Kolonel TDM - Hotfm - 21/05 7:26 pm Kuala Lumpur: Legenda tinju negara, Sapok Biki menerima kenaikan pangkat daripada Mejar kepada Leftenan Kolonel dalam Tentera Darat Malaysia (TDM). |
|
‘Bossku Masih Berbisa! Najib Razak Dominasi Platform Media Sosial, Syed Saddiq Pula Jadi Idola Gen Z - Siraplimau - 20/05 11:44 am Satu analisis terbaharu yang memperlihatkan pengaruh digital 21 tokoh politik Malaysia mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih mendominasi media sosial negara dengan jumlah keseluruhan sekitar 9.35 juta pengikut enam platform utama iaitu Facebook, YouTube, X, Instagram, TikTok dan Threads. Baca juga: Kini Boleh Pakai Cermin Mata & Umur Hingga 30 Tahun, TDM […] The post Bossku Masih Berbisa! Najib Razak Dominasi Platform Media Sosial, Syed Saddiq Pula Jadi Idola Gen Z first appeared on SirapLimau.com . |
|
Kini Boleh Pakai Cermin Mata & Umur Hingga 30 Tahun, TDM Longgarkan Syarat Pengambilan Perajurit Muda - Siraplimau - 20/05 7:13 am Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap syarat pengambilan perajurit muda TDM bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat Malaysia menyertai perkhidmatan ketenteraan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |