///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Suruhanjaya Pas News   Page 1    





Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Aziz dilantik .. - Mygazette - 14/09 3:18 pm

KUALA LUMPUR Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 September 2026. Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis, selaras Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan





Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu - Sinarharian - 14/09 1:00 pm

PUTRAJAYA - Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa 9 September.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Abdul Aziz seperti termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, Abdul Aziz dilahirkan pada 19 Februari 1967 di Penaga, Pulau Pinang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)."Beliau mula dilantik dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1995."Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditempatkan di pelbagai jabatan dalam PDRM





Timbalan KPN bakal diumum dalam masa terdekat - Saifuddin - Sinarharian - 13/09 5:23 pm

KULIM - Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) baharu bagi menggantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Menteri Dalam Negeri itu berkata, proses pelantikan sudah disempurnakan menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), termasuk mendapatkan pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan."Kita akan umumkan dalam masa terdekat



Mahkamah putuskan pemecatan koperal polis tidak patuh prosedur tatatertib - Sinarharian - 19/08 1:09 pm

PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan pemecatan seorang anggota polis berpangkat koperal pada tiga tahun lalu, dilakukan tanpa mematuhi prosedur tatatertib.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dan Mahkamah Rayuan di sini.Mahkamah menolak rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dengan kos RM50,000 pada 6 Ogos lalu.Beliau yang bersidang bersama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Collin Lawrence Sequerah turut memutuskan pangkat dan jawatan Mohd Sahamuddin Mohd Sapari, 36,selaku pemohon, dikembalikan.Ketika dihubungi, peguam, EN Amnach yang mewakili pemohon berkata, mahkamah mendapati prosiding tatatertib oleh pihak polis terhadap anak guamnya sebagai tidak sah.Katanya, ia berhubung ketidakpatuhan terhadap Peraturan 29(1) yang menyatakan 'hendaklah dengan segera' namun pihak polis mengambil masa selama lebih dua tahun untuk tindakan susulan, sebagai satu kelewatan yang tidak munasabah.Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, pada 4 Mac 2021, pemohon telah dituduh di Mahkamah Majistret Langkawi kerana disyaki mengambil dadah di Balai Polis Air Hangat, daerah sama, mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan, anggota polis berpangkat koperal tersebut didenda sebanyak RM1,500 pada hari sama pendakwaan dibuat.Pada 15 April 2021 pemohon dikenakan perintah gantung kerja oleh Ketua Polis Kedah seterusnya menyebabkan beliau tidak berhak menerima sebarang emolumen di sepanjang tempoh tahan kerja.Pada 18 September 2023, pemohon mendakwa telah dibuang kerja oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib Kontinjen Kedah, Asisten Komisioner (ACP) Zaimy Mohamad Nawi kerana telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman berhubung kes dadah tersebut.Pemohon yang bertugas di Balai Polis Lapangan Terbang, Langkawi telah berkhidmat dengan PDRM selama 12 tahun, ditahan kerja selama dua tahun dan lima bulan.Susulan itu, pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.Beliau menamakan empat pihak iaitu Zaimy, Ketua Polis Kedah, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat, pada 11 Januari 2024.Beliau membuat permohonan berkenaan kerana tidak berpuas hati selepas digantung kerja terlalu lama dan tidak munasabah sebelum tindakan tatatertib buang kerja diambil.Tindakan itu katanya, merupakan satu penyalahgunaan proses prosiding tatatertib kerana pemohon tidak menerima sebarang emolumen, tiada pendapatan kerana tidak boleh bekerja dengan gaji tetap.Hakim, Mahazan Mat Taib kemudiannya membenarkan semakan kehakiman pemohon dengan menyatakan, keputusan buang kerja oleh responden pertama setelah digantung kerja selama dua tahun lima bulan sebagai satu penyalahgunaan proses prosiding tatatertib.Katanya, ia termasuk keputusan buang kerja tersebut tidak mematuhi Peraturan 29 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.Tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan, responden membuat rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 24 Oktober tahun sama.Bagaimanapun panel hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan yang membawa kepada rayuan terakhir mereka di Mahkamah Persekutuan.




Reformasi     >>



Kalau nak keluar, keluarlah bermaruah – Mahfuz .. - Harapandaily
Umno tidak seharusnya bercakap tentang kesetiaan kepada Kerajaan Perpaduan sambil mengambil langkah politik yang boleh menggugat kerajaan dibina bersama, kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar. Sebaliknya, beliau mengingatkan Umno supaya memilih pendirian yang jelas jika mahu kekal ..
Kroni     >>



Anwar arrives in Maldives for two-day official visit - NST
MAL (Maldives): Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived in the Maldives tonight to begin a two-day official visit aimed at further strengthening Malaysia-Maldives bilateral ties, which dates back to 1968.