///
See Also: Shutterstock

Search : Sri Lamag News   Page 1    





BN holds Kinabatangan as Naim Moktar wins big in by-election - Sinardaily - 25/01 6:15 am

KINABATANGAN - Barisan Nasional (BN) retained the Kinabatangan parliamentary seat in the by-election there today after its candidate Mohd Kurniawan Naim Moktar secured a convincing victory with a large majority of 14,214 votes in a three-cornered contest.The result was announced by Returning Officer Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah at the official vote tallying centre at Dewan Sri Lamag here last night.Mohd Kurniawan Naim, better known as Naim Moktar, garnered 19,852 votes to defeat his two challengers - Datuk Saddi Abdul Rahman of Parti Warisan, who obtained 5,638 votes, and Independent candidate Goldam Hamid, who received 946 votes.The Kinabatangan parliamentary by-election was held following the death of the incumbent, the late Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, who was also Mohd Kurniawan Naims father, on Dec 5 last year.In the 15th General Election (GE15), Bung Moktar retained the Kinabatangan parliamentary seat with a majority of 4,330 votes after defeating Warisan candidate Mazliwati Abdul Malek.Eddy Syaizul Rizam said a total of 369 ballot papers were rejected in the by-election.He also expressed appreciation to all parties involved in the by-election and said the democratic process proceeded smoothly without any disruption





BN retains Lamag seat, Ismail wins with majority of 5,681 - Sinardaily - 25/01 6:04 am

KINABATANGAN - Barisan Nasional (BN) retained the Lamag state seat after its candidate obtained a majority of 5,681 votes to beat Mazliwati Abdul Malek of Warisan.The by-election results were announced by returning officer Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah at the official vote counting centre at Dewan Sri Lamag here last night.Ismail, who is better known as Miha, garnered 7,269 votes against Mazliwatis 1,588 votes.The by-election was called following the death of its incumbent Datuk Seri Bung Moktar Radin on Dec 5 last year





Miha nyanyi lagu kempen ucap terima kasih - Sinarharian - 25/01 12:11 am

KINABATANGAN Sempat menyanyikan lagu yang menjadi identitinya sepanjang kempen, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha menzahirkan rasa syukur dan terima kasih sebaik diisytiharkan sebagai wakil rakyat bagi kerusi tersebut.Dalam suasana penuh emosi, Miha menghiburkan penyokongnya yang berada di luar pekarangan Dewan Sri Lamag dengan lirik lagu sering dibawanya sepanjang kempen yang mencerminkan perjalanan serta cabaran yang ditempuh sebelum meraih kepercayaan rakyat."Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih, sudah tentu kepada ibu dan juga keluarga, serta kepada pucuk pimpinan Presiden UMNO dan seluruh barisan kepimpinan UMNO."Terima kasih juga kepada Datuk Jafry Ariffin dan barisan kepimpinan UMNO negeri Sabah yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat yang sebelum ini saya laksanakan melalui badan bukan kerajaan (NGO)."Hari ini, khidmat itu diteruskan dengan amanah dan tanggungjawab yang besar untuk memikul tugasan membawa suara rakyat Lamag ke Dewan Undangan Negeri





Sifatkan kemenangan tanggungjawab besar, Naim Moktar janji bekerja untuk masyarakat - Sinarharian - 24/01 11:52 pm

KINABATANGAN - Calon Barisan Nasional (BN),Mohd Naim Kurniawan Moktar yang berjaya memperoleh mandat daripada rakyat Kinabatangan menyifatkan kemenangannya itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk digalas.Anak kedua Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin itu menegaskan komitmennya untuk bekerja bersama masyarakat yang telah memilihnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut."Sudah semestinya mandat ini datang dengan tanggungjawab yang besar dan insya-ALLAH janji saya kepada semua adalah bekerja untuk masyarakat yang telah memilih saya hari ini."Saya dipilih atas pelbagai dasar dan Alhamdulillah walaupun tugas ini tidak kekal, namun amanah yang diberikan adalah besar untuk dilaksanakan."Insya-ALLAH khidmat bakti saya akan terus menjadi Yang Berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat dunia," katanya ketika menyampaikan ucapan selepas keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Sri Lamag di sini pada Sabtu.Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; serta seluruh jentera Barisan Nasional (BN), rakan parti gabungan Kerajaan Perpaduan Sabah selain rakan dan ahli keluarga di Kinabatangan yang bersama-sama meraikan proses demokrasi tersebut.Mohd Naim Kurniawan memperoleh sebanyak 19,852 undi dengan majoriti 14,214 undi.





BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang majoriti besar - Sinarharian - 24/01 11:20 pm

KINABATANGAN - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas calonnya, Mohd Naim Kurniawan Moktar menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru.Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag di sini malam ini.Mohd Naim Kurniawan atau lebih dikenali sebagai Naim Moktar, meraih 19,852 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, yang juga bapa kepada Mohd Naim Kurniawan pada 5 Disember tahun lepas.Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas meraih majoriti 4,330 undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.Eddy Syaizul Rizam berkata, sebanyak 369 kertas undi yang ditolak pada PRK itu.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat pada PRK berkenaan dan berkata perjalanan proses demokasi berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.Terdahulu, Mohd Naim Kurniawan, yang memakai baju kemeja T hitam hadir ke dewan itu pada 9.05 malam dengan diiringi Timbalan Pengerusi BN Datuk Jafry Ariffin





DUN Lamag kekal milik BN, Mohd Ismail menang dengan majoriti 5,681 undi - Sinarharian - 24/01 10:44 pm

KINABATANGAN - [KEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas calonnya, Mohd Ismail Ayob memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag di sini malam ini.Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Miha, mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati 1,588 undi.PRK DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember lepas.Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada November lepas, Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag untuk penggal kedua selepas memenangi saingan lima penjuru dengan majoriti 153 undi.Eddy Syaizul Rizam juga berkata, sebanyak 160 kertas undi ditolak pada PRK itu.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berkata perjalanan proses demokasi itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.Terdahulu, Mohd Ismail yang memakai baju kemeja T hitam hadir ke dewan itu pada 9.55 malam.Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Datuk Jafry Ariffin





[TIDAK RASMI] BN dahului majoriti di Kinabatangan, Lamag - Sinarharian - 24/01 7:05 pm

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mendahului di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, setakat 6.30 petang Sabtu.Berdasarkan keputusan tidak rasmi dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook, BN di Parlimen Kinabatangan mendahului dengan majoriti 4,777 undi.Menurut beliau, DUN Lamag pula memperoleh majoriti 538 undi setakat ini.Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).DUN Lamag pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).Penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 10 malam ini.PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.





PRK Kinabatangan, Lamag: Peti undi terakhir guna helikopter tiba di pusat penjumlahan undi - Sinarharian - 24/01 5:45 pm

KINABATANGAN - Tiga peti undi terakhir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangantiba di pusat penjumlahan undi Dewan Sri Lamagdengan menggunakan helikopter pada jam 5.20 petang, Sabtu.Difahamkan, tiga peti undi itu adalah dari kawasan DUN Kuamut melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak, Tongodyang ditutup pusat pengundiannya pada jam 2 petang.Dengan ketibaan tiga peti undi tersebut, kesemua lapan peti undi yang dibawa keluar dari pusat undi menggunakan helikopter telahpun selesai.Secara keseluruhan, peti undi yang dibawa keluar menggunakan helikopter adalah dari SK Inarad, SK Ladang Tomanggang, SK Sri Ganda, SK Tundun Bohangin, SK Kuamut, SK Litang dan SK Abai.Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun sebelum itu dalam sidang akhbarnya memaklumkan, sebanyak lapan peti undi akan dibawa keluar mengunakan helikopter manakala selebihnya yang berada di kawasan pedalaman di bawa menggunakan bot.Keputusan untuk PRKParlimen Kinabatangan dan DUNLamag paling awal akan umumkan sekitar jam 10 malam ini.





Helicopter delivers first Kinabatangan ballot boxes as count begins at Dewan Sri Lamag - Malaymail - 24/01 5:21 pm

KINABATANGAN, Jan 24 The first two ballot boxes for the Kinabatangan parliamentary by-election arrived at the Of...





PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi - Sinarharian - 24/01 10:03 am

KINABATANGAN - Dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing, setakat 9 pagi ini.Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bilit pada jam 8.51 pagi dan selesai mengundi pada 8.58 pagi.Sementara itu, calon Bebas Goldam Hamid pula melaksanakan tanggungjawab mengundi di SK Minusoh pada jam 8.54 pagi.Pusat pengundian bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dibuka serentak pada 7.30 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang ini dengan sebahagian daripadanya ditutup secara berperingkat.Proses pengundian pada pagi ini berlangsung dalam keadaan cuaca baik.Penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 10 malam.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam, manakala bagi DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas





PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman - Sinarharian - 23/01 6:27 pm

KINABATANGAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menggunakan helikopter untuk menghantar peti undi ke tiga pusat pengundian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuamut, SK Inarad dan SK Abai, sebagai persiapan akhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata, penggunaan helikopter itu dibuat mengambil kira faktor geografi Parlimen Kinabatangan yang luas selain lokasi pusat pengundian terletak jauh di pedalaman."Hari ini, pergerakan awal menggunakan helikopter telah dilaksanakan ke tiga pusat mengundibermula seawal 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi. Logistik penghantaran peti undi dibahagikan kepada dua fasa iaitu pergerakan awal hari ini dan baki penghantaran pada hari mengundi esok."Bagi pusat mengundi di kawasan pesisiran pantai di DUN Sukau, penghantaran peti undi dilakukan menggunakan perkhidmatan bot hari ini," katanya ketika meninjau persiapan akhir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamagdi sini pada Jumaat.Beliau berkata, proses penghantaran peti undi bagi fasa kedua esok dijadualbermula seawal 3 pagi bagi memastikan kesemua 36 pusat mengundi biasa yang melibatkan 117 tempat mengundi atau saluran dapat beroperasi tepat pada 7.30pagi.Katanya, persiapan untuk hari pengundian setakat iniberjalan lancar dan pusat penjumlahan rasmi undi akan beroperasi pada 5 petang esok hingga selesai, dengan keputusan penuh dijangka dapat diumumkan seawal 10 malam.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.Sebanyak 48,526 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK Parlimen Kinabatangan dan daripada jumlah itu, 13,703 pengundi akan mengundi bagi DUN Lamag





Kinabatangan, Lamag by-elections: 48,526 voters set to cast ballots tomorrow - Sinardaily - 23/01 9:42 am

These include SK Buang Sayang, SK Bukit Garam, SMK Bukit Garam, SMK Bukit Garam II, SK Bukit Garam II, SK Kota Kinabatangan, SK Rancangan Suan Lamba, Kampung Gomantong Jaya multipurpose hall, SK Paris, SMK Paris, and SK Sukau.The Kinabatangan parliamentary constituency comprises three state seats: Sukau, Lamag, and Kuamut. Vote counting will take place at the official tallying centre in Dewan Sri Lamag.Last Tuesday, the Election Commission (EC) reported that 93per cent, or 176 police personnel, had cast their early votes for both by-elections.The campaigns for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections entered their final day today and will end at 11.59pm.The Kinabatangan parliamentary by-election features a three-way contest between Mohd Kurniawan Naim Moktar representing Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan), and independent candidate Goldam Hamid





Keputusan PRK Kinabatangan, Lamag Sabtu ini dijangka awal - SPR - Sinarharian - 20/01 10:15 am

KINABATANGAN - [KEMAS KINI] Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dijangka diketahui seawal 10 malam pada Sabtu ini.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jangkaan masa itumengambil kira faktor geografi serta kedudukan pusat-pusat pengundian yang terletak agak jauh, khususnya di kawasan pedalaman."SPR memberi jaminan semua peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag mengikut masa yang ditetapkan





Saddi mahu ubah status Kinabatangan daripada daerah termiskin - Sinarharian - 10/01 1:02 pm

Kita mahu angkat darjatnya."Kita tidak mahu dalam tempoh dua tahun akan datang ini, Sukau dan Kinabatangan terus dilabel sebagai daerah termiskin. Apabila kita mengangkat darjat itu, kita mahu jalan raya yang bagus, bekalan air yang baik dan elektrik yang tidak putus-putus," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.Beliau menegaskan bahawa penyelesaian masalah infrastruktur asas atau tiga serangkai merupakan langkah awal sebelum pembangunan lain dapat dilaksanakan secara menyeluruh."Itulah misi kita





PRK Kinabatangan medan uji tolak amalan politik wang - Goldam - Sinarharian - 10/01 12:37 am

Sebab itu saya menyeru calon-calon lain dan rakyat Kuamut, khususnya pengundi di Kuamut, supaya kita menguji kali ini tanpa politik wang."Kita uji kekuatan sebenar, uji populariti sebenar tanpa politik wang. Politik wang ini sangat berbahaya kepada negeri dan negara, seperti yang disebutkan dalam hantaran media sosial tersebut," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai fokus utama kempen beliau, Goldam yang juga seorang peguam berkata, beliau akan menekankan kesedaran rakyat terhadap hak-hak Sabah yang termaktub dalam pembentukan Malaysia."Fokus utama saya adalah membawa kesedaran kepada seluruh rakyat Kinabatangan mengenai hak Sabah, termasuk hak 40 peratus dan hak-hak lain yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," ujarnya.Tambahnya, isu tersebut perlu diberi keutamaan kerana ia berkait rapat dengan keupayaan Sabah untuk dibangunkan secara menyeluruh."Rakyat Kuamut khususnya perlu sedar bahawa isu ini sangat penting





PRK Lamag: 'Satu lawan satu', Miha tidak pandang remeh - Sinarharian - 10/01 12:17 am

Yang ada hanya menang dan kalah. Sudah pasti, saya cukup yakin dan percaya bahawa dengan sokongan rakyat Lamag dan Kinabatangan, kerusi ini mampu dikekalkan sebagai milik BN," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.Mengulas mengenai pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek, yang juga bekas rakan seperjuangan ketika bersama Warisan sebelum ini, beliau menyifatkan perkara itu sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dilalui dalam pilihan raya."Bagi saya ini adalah satu proses demokrasi dan bukan perkara luar biasa





PRK Kinabatangan 3 penjuru, Lamag 2 penjuru persaingan sengit calon bertanding - Sinarharian - 10/01 11:46 am

KINABATANGAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag bakal menyaksikan pertandingan sengit apabila Parlimen Kinabatangan menyaksikan persaingan tiga penjuru, manakala DUN Lamag hanya membabitkan pertandingan satu lawan satu.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah mengumumkan bahawa kesemua lima kertas pencalonan calon yang bertanding diterima tanpa sebarang penolakan."Bagi Parlimen Kinabatangan, calon Barisan Nasional (BN) ialah Mohd Naim Kurniawan Moktar, Goldam Hamid sebagai calon Bebas dan Datuk Saddi Abdul Rahman mewakili Parti Warisan."Bagi DUN Lamag pula, calon BN ialah Miha (Mohd Ismail Ayob) dan Mazliwati Abdul Malek dari Parti Warisan," katanya di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, pada Sabtu.Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa proses penamaan calon berlangsung dengan lancar."Proses bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 10 pagi





Sabah by-elections: Three-cornered contest in Kinabatangan, straight fight in Lamag – EC - BorneoPost - 10/01 11:39 am

KINABATANGAN (Jan 10):The by-election for the Kinabatangan parliamentary seat saw a three-cornered contest between Barisan Nasional (BN), Warisan and an Independent candidate, while it is a one-on-one fight between BN and Warisan candidates in the Lamag state seat. This was announced by Returning Officer Eddy Syaizul Rizam Abdullahat Sri Lamag Hall, here today





PRK Kinabatangan, Lamag: Lima calon selesai serah borang - Sinarharian - 10/01 10:06 am

KINABATANGAN Kesemua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag telah selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Calon terakhir yang menyerahkan borang pencalonan ialah calon Bebas, Goldam Hamid yang selesai berbuat demikian pada jam 9.52 pagi.Setakat ini, dua calon dari Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing sekitar jam 9.05 pagi, iaitu Mohd Naim Kurniawan Moktar bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob atau Miha bagi kerusi DUN Lamag.Sementara itu, Parti Warisan turut menampilkan dua calon, iaitu Datuk Saddi Abd Rahman bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Mazliwati Abd Malek bagi DUN Lamag.Proses penyerahan borang pencalonan ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi, sekiranya tiada calon lain hadir untuk menyertai PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan





Nominations open for Kinabatangan and Lamag by-elections - BorneoPost - 10/01 9:33 am

KINABATANGAN (Jan 10): The nomination centre for the Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections at Dewan Sri Lamag opened at 9 am today





PRK Kinabatangan, Lamag: Penyokong parti akan berarak iring calon - Sinarharian - 10/01 8:25 am

KINABATANGAN Penyokong calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya dibenarkan berada pada jarak lebih 100 meter dari pekarangan Dewan Sri Lamag.Tinjauan mendapati penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (Warisan) mula berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan sebarang pertembungan atau provokasi antara penyokong.Setakat ini, difahamkan calon serta penyokong BN akan berarak dari Perpustakaan Kinabatangan sebelum memasuki kawasan pusat penamaan calon.Sementara itu, penyokong Warisan pula dijangka berarak dari Pekan Kinabatangan menuju ke pusat penamaan calon.Sehingga jam 8.30 pagi, keadaan di sekitar Dewan Sri Lamag masih terkawal dan belum dibanjiri penyokong mana-mana parti yang bertanding.





PRK Kinabatangan, Lamag: Kawalan ketat iringi proses penamaan calon - Sinarharian - 10/01 7:23 am

KINABATANGAN - Kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula dilaksanakan termasuk penutupan beberapa jalan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Dewan Sri Lamag, di sini pada Sabtu.Tinjauan Sinar Harian seawal jam 7 pagi mendapati anggota keselamatan sudah ditempatkan di lokasi dengan laluan dari Jalan Dato Pengiran Galpam bermula di hadapan Mahkamah Syariah sehingga Simpang Tiga menuju Jalan Dato Malek Chua ditutup kepada pengguna jalan raya.Petugas media turut mula berkumpul di kawasan pusat penamaan calon bagi membuat liputan proses penamaan calon untuk kedua-dua PRK berkenaan.Selain itu, persiapan lain termasuk rondaan jentera pasukan bomba serta jentera sokongan bekalan elektrik turut berada di lokasi sebagai langkah kesiapsiagaan.Proses penamaan calon dijadualkan bermula jam 9 pagi bagi memberi peluang kepada calon yang berminat untuk bertanding dalam PRK tersebut.Setakat ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.Bagi kerusi DUN Lamag pula, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha, untuk mewakili parti itu.Sementara itu, Parti Warisan (Warisan) menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Kinabatangan, manakala Ahli Majlis Tertinggi parti, Mazliwati Abdul Malek, dicalonkan bagi kerusi DUN Lamag.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar, 66, pada 5 Disember lalu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding hari ini sehingga jam 11.59 malam, 23 Januari.Kedua-dua PRK tersebut melibatkan seramai 48,722 pemilih berdaftar, terdiri daripada 48,526 pengundi biasa serta 196 pengundi awal membabitkan anggota polis dan pasangan.Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran serta satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ditetapkan pada 24 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.



Nomination day for Kinabatangan, Lamag by-elections tomorrow - BorneoPost - 9/01 1:22 pm

KINABATANGAN (Jan 9): The Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections will open tomorrow with the nomination process at Sri Lamag Hall, here



Curtain opens for Kinabatangan, Lamag by-elections tomorrow - Sinardaily - 9/01 11:52 am

KINABATANGAN - The Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections will open tomorrow with the nomination process at Sri Lamag Hall, here.All prospective candidates who are contesting can submit their respective nomination forms at the Candidate Nomination Centre (PPC) starting at 9am.The process for submitting nomination papers will close an hour later.Once the nomination process is complete, the returning officer will declare the candidates eligible to contest for both by-elections.So far, the son of the late Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan, who is also the Kinabatangan Umno Youth chief, has been named as the Barisan Nasional (BN) candidate for the Kinabatangan parliamentary seat.For the Lamag state seat, BN has named former Independent candidate in the 17th Sabah state election, Mohd Ismail Ayob or known as Miha, as the candidate who will represent the party in the by-election.Parti Warisan has named former Sukau assemblyman Datuk Saddi Abdul Rahman as its candidate for the Kinabatangan parliamentary seat, while party Supreme Council member Mazliwati Abdul Malek has been named as the candidate for the Lamag state seat.The Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections are being held following the death of the incumbent, Bung Moktar, 66, on Dec 5.The Election Commission (EC) has set a 14-day campaign period starting after the declaration of candidates contesting tomorrow until 11.59 pm, Jan 23.The Kinabatangan parliamentary and Lamag state by-elections have 48,722 registered voters, comprising 48,526 regular voters and 196 police and their spouses as early voters.A total of 36 regular polling centres with 117 channels and one early polling centre with one channel will be used.The EC has set the polling day for both by-elections as Jan 24 while the early voting is on Jan 20.Meanwhile, the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has predicted rainy weather in several places in Kinabatangan tomorrow morning.Yesterday, Sabah Police Commissioner Datuk Jauteh Dikun said a total of 926 officers and police personnel in the state have been assigned to ensure the smooth conduct of both by-elections.In addition, several roads will be temporarily closed during nomination day and polling day for the by-election involving Jalan Dato Pengiran Galpam from the Syariah Court until Simpang 3 towards Jalan Dato Malek Chua, here.The road will be closed starting at 7am on nomination day, while on polling day, the closure will start at 5 pm until the vote counting process is completed and the winning candidate is announced



PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok - Sinarharian - 9/01 10:48 am

KINABATANGAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan membuka tirai esok, dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag di sini.Semua bakal calon yang bertanding boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC) bermula 9 pagi.Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon yang layak bertanding bagi kedua-dua PRK berkenaan.Setakat ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan telah dinamakan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.Bagi kerusi DUN Lamag, BN menamakan bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang lepas, Mohd Ismail Ayob atau dikenali Miha sebagai calon yang akan mewakili parti itu pada PRK berkenaan.Parti Warisan pula menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan manakala Ahli Majlis Tertinggi parti Mazliwati Abdul Malek dinamakan sebagai calon bagi DUN Lamag.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Disember lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding esok hingga 11.59 malam pada 23 Jan.PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mempunyai 48,722 pemilih berdaftar merangkumi 48,526 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal.Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran dan satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan.SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan adalah pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan.Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca hujan di beberapa tempat di Kinabatangan pada sebelah pagi esok.Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, sebanyak 926 pegawai dan anggota polis di negeri itu ditugaskan bagi memastikan kelancaran kedua-dua PRK berkenaan.Selain itu, beberapa jalan akan ditutup sementara semasa hari penamaan calon dan hari pengundian PRK melibatkan Jalan Dato Pengiran Galpam bermula di hadapan Mahkamah Syariah sehingga Simpang 3 menuju Jalan Dato Malek Chua di sini.Jalan berkenaan akan ditutup bermula 7 pagi pada hari penamaan calon manakala pada hari pengundian, penutupan bermula 5 petang sehingga selesai proses pengiraan undi dan pengumuman calon yang menang




Reformasi     >>



Kemenangan BN cerminan keyakinan rakyat - Harapandaily
Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mencerminkan keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan ditunjukkan di peringkat akar umbi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kemenangan ini wajar ditanggapi dengan sikap tanggungjawab sebagai ..
Kroni     >>



Pearly-Thinaah juara Indonesia Masters - Utusan
PETALING JAYA: Beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah tidak perlu memerah keringat untuk dinobatkan sebagai juara pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, hari ini. Gandingan No. 1 negara itu yang menjadi pilihan menjuarai kejohanan berstatus Super 500 ..
Tabloid     >>



Okay Mandul Isu Dengan Puteri Balqis, Individu .. - Ohmedia
Individu dikecam selepas tinggalkan komen hina soal zuriat Janna Nick dalam isu bersama Puteri Balqis. The post Okay Mandul Isu Dengan Puteri Balqis, Individu Dikecam Gara-Gara Serang Soal Zuriat Janna Nick appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Apple Akan Papar Lebih Iklan Melalui App Store Mulai .. - Amanz
Apple sebelum ini sedia mengumumkan akan menambah lebih banyak paparan dan pilihan iklan melalui kedai aplikasi mereka, Apple App Store. Kini, Apple mengemaskini mengatakan integrasi iklan ini akan mula berkuat-kuasa Mac 2026 ini. Apple sedia menekankan yang mana ramai menemui aplikasi baharu ..
World     >>



Trump says UK soldiers in Afghanistan 'among greatest .. - BBC
The US president's praise follows his claim that allied forces avoided the front lines during the Afghanistan conflict.
Motor Trend     >>



ZEEKR 7X Off-Road Weekend: Pandu Uji ZEEKR 7X Di Sepang - Careta
ZEEKR Malaysia turut berkongsi prestasi jualan tahun lalu, memaklumkan bahawa jumlah jualan keseluruhan ZEEKR di Malaysia pada tahun 2025 melebihi 2,500 unit, dengan sekitar 70% daripada angka tersebut disumbangkan oleh model ZEEKR 7X. Selain itu, ZEEKR Malaysia memaklumkan varian ZEEKR 7X