///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Rosmaini News   Page 1    



KEMASKINI: Rosmaini dipenjara maksimum 14 tahun, kena bayar pampasan .. - Mygazette - 4/05 10:16 pm

# KEMASKINI: Rosmaini dipenjara maksimum 14 tahun, kena bayar pampasan RM25,000 kepada bekas isteri PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara maksimum 14 tahun ke atas peniaga, Rosmaini Abdul Raof kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma, empat tahun lalu





Kehidupan musnah, Jahidah ibarat `mayat hidup’ – Hakim - Mygazette - 4/05 10:16 pm

# Kehidupan musnah, Jahidah ibarat `mayat hidup' - Hakim PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengibaratkan Jahidah Nordin yang dicederakan bekas suami, Rosmaini Abdul Raof sebagai mangsa keganasan rumah tangga yang hidup hanya pada nama tanpa keupayaan untuk berfungsi sebagai manusia biasa





'I'm no longer his lawyer': Kamal Hisham drops wife-beater Rosmaini's case - Sinardaily - 4/05 9:13 pm

PUTRAJAYA - Businessman Rosmaini Abdul Raof, who was recently ordered to serve 14 years in prison for assaulting his ex-wife into a coma, is expected to face similar charges involving his third wife at the Sungai Petani Court in Kedah this Thursday.The new charges reportedly involve an incident where his third wife suffered a miscarriage.However, lawyer Kamal Hisham Jaafar announced that his firm will no longer represent the 43-year-old in future proceedings."Previously, out of professionalism, I agreed to defend Rosmaini until the final stage at the Court of Appeal





'Saya bukan lagi peguam Rosmaini, dia akan didakwa Khamis ini' - Kamal Hisham - Sinarharian - 4/05 8:52 pm

PUTRAJAYA Peniaga, Rosmaini Abdul Raof yang diperintah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun kerana mencederakan bekas isteri hingga koma, dijangka berdepan pertuduhan hampir sama membabitkan insiden yang menimpa isteri ketiga, yang mengalami keguguran, di Mahkamah Sungai Petani, Kedah, Khamis ini.Bagaimanapun, peguam, Kamal Hisham Jaafar berkata, pihaknya tidak lagi akan mewakili lelaki berusia 43 tahun tersebut dalam prosiding akan datang."Sebelum ini, atas dasar profesionalisme selaku seorang peguam, saya akur untuk membela Rosmaini sehingga ke peringkat terakhir di Mahkamah Rayuan namun perkara itu disalahtafsir oleh masyarakat sehingga sanggup memburukkan barisan peguam."Sedangkan, saya mewakili Rosmaini secara percuma iaitu 'pro bono', selepas isteri pertama dan anak-anaknya merayu meminta pertolongan."Jadi, selesainya rayuan ini, saya tidak mewakili Rosmaini lagi, termasuk kes-kes lain pada masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, Rosmaini kini ditahan di Penjara Kajang dan akan dibawa ke Kedah dalam masa terdekat bagi menghadapi pertuduhan tersebut.Buat masa ini katanya, anak guam kekal ditahan sekurang-kurangnya sehingga Rabu sebelum dibawa ke Utara tanah air.Ditanya mengenai penerimaan hukuman Mahkamah Rayuan, Kamal Hisham berkata, Rosmaini menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, namun masih menafikan kes yang menimpa bekas isterinya itu.Menurutnya, lelaki itu juga tidak akan memfailkan semakan ke Mahkamah Persekutuan di sini.Pada Isnin, Mahkamah Rayuan di sini, menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun terhadap Rosmaini.Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.Lelaki itu selaku perayu juga, dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada Jahidah, 48, melalui wakil keluarga yang menjaganya.Jika perayu gagal membayar pampasan berkenaan, dia akan dipenjara selama enam bulan.Mahkamah kemudian menolak rayuan akhirnya, (rayuan silang) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman, sekali gus menyebabkan dia diperintah ke Penjara Kajang serta-merta.Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas satu pertuduhan, sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki di belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor.Wanita itu dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail (kini berusia empat tahun lima bulan) secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU)





Pukul isteri jadi mayat hidup – Hakim kata pelaku langsung tiada penyesalan - Harapandaily - 4/05 5:15 pm

Mahkamah Rayuan menggambarkan seorang wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sebagai hidup hanya pada nama, selepas mengalami kecederaan otak kekal akibat dipukul suaminya ketika hamil. Panel tiga hakim yang diketuai Azman Abdullah memutuskan hukuman penjara maksimum 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan





“Air matanya menitik” – Adik Kongsi Jahidah Nampak Lega Selepas Diberitahu Rosmaini Dijatuhkan Hukuman - Lobakmerah - 4/05 5:07 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Penantian selama lima tahun seorang wanita yang cedera parah sehingga koma akibat dipukul, Jahidah Nordin akhirnya mendapat pembelaan apabila mahkamah menolak rayuan bekas suaminya, Rosmaini Abdul Raof serta menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun





Man Who Left Pregnant Ex-Wife in Coma Gets 14 Years Jail, Appeal Dismissed - Rakyatpost - 4/05 5:07 pm

A man who assaulted his then-pregnant wife, Jahidah Nordin, leaving her in a coma five years ago, has been sentenced to 14 years imprisonment effective today, reported Berita Harian. Rosmaini Abdul Raof, 43, had his appeal against both conviction and sentence dismissed unanimously by a three-member panel of the Court of Appeal Malaysia, chaired by…





“Kakak Nampak Lega, Air Mata Menitik Selepas Tahu Rosmaini Dijatuhkan Hukuman” – Adik Jahidah - Beautifulnara - 4/05 4:14 pm

Jahidah Nordin, 48, dilaporkan menitiskan air mata selepas dimaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap bekas suaminya, Rosmaini Abdul Raof





Belasah bekas isteri: Rosmaini dihukum penjara maksimum 14 tahun - Mkini - 4/05 3:44 pm

Mahkamah mendapati hukuman sebelum ini tidak mencukupi terhadap peniaga itu yang menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin.





Bekas suami sebabkan Jahidah umpama mayat hidup - Hakim - Sinarharian - 4/05 2:23 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin memberitahu, seorang peniaga yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin sehingga koma, disifatkan sebagai kejam kerana menyebabkan mangsa menjadi mayat hidup sejak lima tahun lalu.Ketika membaca keputusan sebulat suara, Hakim, Datuk Noorin Badaruddin berkata, perbuatan Rosmaini Abd Raof, 43, sebagai suami amat zalim kerana serangan dibuat secara berterusan terhadap isterinya yang ketika itu sedang mengandung.Beliau yang bersidang bersama Hakim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja menyebabkan mangsa berada dalam keadaan koma, malah memberi kesan kepada anak dalam kandungan.Noorin berkata, berdasarkan keterangan, Rosmaini selaku perayu telah menghilangkan diri serta mengelak daripada berada di hospital yang menempatkan Jahidah, 48, ketika menerima rawatan selepas dicederakan.Katanya, ini menunjukkan perayu sedar terhadap kesalahan yang dilakukan dan bukannya perlakuan individu tidak bersalah dalam situasi kecemasan."Mangsa menjadi mayat hidup malah anak yang dilahirkan pula mengalami kecacatan serta kelewatan perkembangan."Mahkamah mendapati tahap keganasan yang dilakukan amat serius dan berada pada tahap paling kritikal."Keterangan perubatan juga menunjukkan mangsa mengalami kecederaan yang serius iaitu pendarahan otak, patah di pelbagai tulang, kerosakan neurologi yang teruk dan trauma teruk yang konsisten dengan serangan yang berkali-kali," katanya.Beliau berkata, keadaan mangsa tidak boleh dipulihkan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain bagi mendapatkan keperluan asas kehidupan.Katanya, keterangan impak mangsa juga amat menyayat hati apabila mangsa memerlukan penjagaan sepenuh masa selama bertahun-tahun tanpa sebarang harapan untuk pulih.Bukan itu sahaja beliau berkata, ketika kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius.Katanya, keadaan mangsa semakin merosot kepada keadaan vegetatif kekal malah kecederaan sedemikian tidak mungkin dilakukan sendiri oleh mangsa."Kami mendapati bahawa faktor-faktor pemberat yang amat ketara tidak diberikan pertimbangan yang sewajarnya





Mangsa digambarkan sebagai mayat hidup, kes wajar dikenakan hukuman .. - Hmetro - 4/05 1:42 pm

Putrajaya: "Kes ini membabitkan kemusnahan dua kehidupan," kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Noorin Badaruddin sebelum menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof, atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Jahidah Nordin@Sylvester, lima tahun lalu





14 years jail for man whose assault left pregnant wife in coma - FMT - 4/05 1:37 pm

Court of Appeal increases Rosmaini Abd Raofs jail term from 10 to 14 years and orders him to pay RM25,000 in compensation to the victims family.





Rayuan Ditolak, Bekas Suami Jahidah Jalani Hukuman Penjara 14 Tahun - Lobakmerah - 4/05 1:09 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Hukuman penjara terhadap bekas suami Jahidah Nordin, Rosmaini Abdul Raof dinaikkan dari 10 tahun ke 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, pada 5 tahun lalu





Ex-husband of woman left comatose after abuse gets maximum 14-year jail sentence - Malaymail - 4/05 12:43 am

KUALA LUMPUR, May 4 The Court of Appeal in Putrajaya has imposed a maximum 14-year jail sentence on Rosmaini Abd...





Court increases Rosmainis jail term to 14 years for assaulting ex-wife - Sinardaily - 4/05 12:40 am

PUTRAJAYA - The Court of Appeal has increased the jail term of businessman Rosmaini Abd Raof, 43, from 10 to 14 years for causing severe injuries to his third ex-wife, Jahidah Nordin, 47, leaving her in a coma five years ago.A three-judge panel, chaired by Datuk Azman Abdullah and comprising Datuk Noorin Badaruddin and Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, allowed the prosecutions appeal and imposed the maximum sentence.In delivering the unanimous decision, Noorin said that in addition to the prison term starting today, the appellant, Rosmaini, must pay RM25,000 in compensation to Jahidah through her family members who are caring for her.Failure to pay the compensation will result in an additional six months imprisonment.She said the case warranted the maximum sentence under the law as it reflects the seriousness of the offence, serves justice and sends a strong message to society.A 10-year prison sentence is clearly insufficient.This is not a typical case of causing grievous injury; rather, the facts show a cruel and prolonged assault by a husband against his pregnant wife, she said.On June 17, 2021, Rosmaini was charged at the Johor Bahru Sessions Court and pleaded not guilty to intentionally causing injury to Jahidah by striking her head, face and hands and stomping on her back, resulting in severe injuries.Jahidah, a former government employee, was treated at Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) in Seremban after receiving initial treatment in the Intensive Care Unit at Hospital Sultanah Aminah (HSA).She later safely delivered a baby boy, Eshan Nufail, via surgery on November 30, 2021





Pukul bekas isteri: Hukuman penjara 10 tahun Rosmaini dinaikkan kepada 14 tahun - Sinarharian - 4/05 12:25 am

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun terhadap seorang peniaga yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin sehingga koma, lima tahun lalu.Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.Noorin berkata, Rosmaini Abd Raof, 43, selaku perayu, dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada Jahidah, 48, melalui wakil keluarga yang menjaganya.Jika perayu gagal membayar pampasan berkenaan, dia akan dipenjara selama enam bulan.Mahkamah kemudian menolak rayuan akhir lelaki berkenaan, (rayuan silang) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman, sekali gus menyebabkan dia diperintah ke Penjara Kajang serta-merta.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Noorin berkata, kes ini wajar dikenakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan undang-undang kerana ia dapat mencerminkan keseriusan kes selain memenuhi keadilan dan memberi mesej tegas kepada masyarakat."Hukuman penjara 10 tahun ternyata tidak memadai atau terdapat kesilapan prinsip, atau kegagalan mengambil kira keseluruhan fakta kes."Ini bukan kes menyebabkan kecederaan parah yang biasa, sebaliknya fakta kes menunjukkan suatu serangan yang kejam dan berterusan oleh seorang suami terhadap isteri yang mengandung," katanya.Selain itu beliau berkata, mahkamah menentukan hukuman dengan mengambil kira tahap keganasan yang melampau, kesan kekal kecederaan yang dialami mangsa, setara dengan kemusnahan kehidupan secara keseluruhan.Katanya, ia termasuk keadaan bekas isteri yang hamil, impak terhadap anak dalam kandungan dan kepentingan awam dalam membanteras keganasan rumah tangga."Hukuman penjara 10 tahun hanya 71 peratus daripada peruntukan maksimum dalam seksyen tersebut."Walaupun ia mungkin memadai dalam kes biasa, namun ia tidak mencukupi dalam kes ini."Mangsa hidup hanya pada nama, tanpa keupayaan untuk berfungsi sebagai seorang manusia secara bermakna," katanya.Selain itu beliau berkata, perayu tidak menunjukkan sebarang penyesalan dan memilih untuk melalui perbicaraan penuh.Bukan itu sahaja katanya, lelaki berkenaan gagal untuk memberikan bantuan atau sokongan kepada mangsa selepas kejadian.Jelas beliau, kesalahan itu turut melibatkan pelanggaran kepercayaan yang besar dalam institusi perkahwinan apabila seorang suami bertindak ganas terhadap isteri sendiri.Katanya, hukuman yang tidak setimpal dalam kes seperti ini akan menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan dan gagal mencerminkan kecaman mahkamah terhadap perbuatan kejam sedemikian.Beliau berkata, dua mahkamah bawahan telah terkhilaf apabila gagal memberikan penekanan sewajarnya terhadap tahap kecederaan yang luar biasa serta faktor-faktor pemberat yang jelas wujud."Justeru, hukuman yang dijatuhkan nyata tidak setimpal dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan."Rayuan pihak pendakwa terhadap hukuman, dibenarkan iaitu penjara 10 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi sama, diketepikan," katanya.Beliau berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman tertinggi di bawah Seksyen 325 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.Katanya, mahkamah menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen 426 (1A) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dibaca bersama seksyen 432 CPC yang memerintahkan perayu membayar ganti rugi berkenaan.Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas satu pertuduhan, sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki di belakang badan isterinya sehingga menyebabkan kecederaan parah.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.Jahidah dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU).





(TERKINI) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Dipenjara 14 Tahun - Beautifulnara - 4/05 12:22 am

Bekas suami Jahidah Nordin @ Sylvester, Rosmaini Abdul Raof dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima tahun lalu





Bekas suami Jahidah dihukum penjara 14 tahun - Hmetro - 4/05 12:09 am

Putrajaya: Bekas suami Jahidah Nordin@Sylvester, Rosmaini Abdul Raof dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima tahun lalu





Rayuan akhir Rosmaini ketepi sabitan dan hukuman cederakan bekas isteri .. - Mygazette - 4/05 7:47 am

# Rayuan akhir Rosmaini ketepi sabitan dan hukuman cederakan bekas isteri esok PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan esok bagi mendengar rayuan akhir peniaga, Rosmaini Abdul Raof terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma, empat tahun lalu





Adik Jahidah baru tonton Fail Mahkamah, dakwa kenyataan Rosmaini tak benar - Mydateline - 30/04 4:00 pm

Adik kepada mangsa keganasan rumah tangga yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin iaitu Fazariah Nordin baru sempat menonton program Fail Mahkamah berkaitan kes kakaknya





Malaysian man who was married 9 times faces wife assault case again - Scmp - 30/04 2:43 pm

Malaysias system for tracking repeat domestic abusers is under scrutiny after police said a man accused of assaulting his pregnant wife until she miscarried had been married nine times and was free on bail while appealing a 10-year jail sentence for attacking another spouse who was previously expecting. The 43-year-old suspect, named in local media as Rosmaini Abd Raof, was remanded for seven days in Kedah on Wednesday after police arrested him at a homestay in Alor Setar, the northern states...





Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi - Murai - 27/04 1:00 pm

Kes melibatkan seorang lelaki dikenali sebagai Rosmaini kembali mengundang perhatian ramai, dan kali ini, reaksi warga net di media sosial jelas menggambarkan rasa geram, takut dan juga bimbang yang semakin memuncak





“Dia Ni Tak ‘Kosong’, Memang Ada Pemakai” – Adik Ipar Rosmaini Bersuara Susulan Penahanan Kes Puk*l Isteri - Beautifulnara - 27/04 12:10 am

Nama seorang lelaki dikenali sebagai Rosmaini sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul dakwaan baharu yang mengaitkannya dengan satu lagi kes keganasan rumah tangga





“Dia Dianiaya Penghuni-Penghuni Neraka” – Hantaran Peguam Bela Lelaki Puk*l Bini Sehingga Cedera Parah Undang Kritikan Ramai - Beautifulnara - 27/04 10:24 am

Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan, peguam berkenaan mendakwa dia membela individu tersebut tanpa sebarang bayaran kerana percaya anak guamnya dianiaya dan difitnah. Advertisement Saya bela Rosmaini secara PERCUMA kerana saya percaya […] The post Dia Dianiaya Penghuni-Penghuni Neraka Hantaran Peguam Bela Lelaki Puk*l Bini Sehingga Cedera Parah Undang Kritikan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .




Reformasi     >>



YOURSAY Cost of living: PM, there's much you can do, .. - Mkini
'Do not ask the people for a blank cheque, then say the account is empty.'
Kroni     >>



UAE dakwa Iran serang kemudahan minyak, kapal tangki - Utusan
DUBAI: Kementerian Pertahanan UAE dan agensi berita negara itu pada Isnin berkata bahawa satu lagi siri serangan peluru berpandu Iran telah menyasarkan negara tersebut susulan beberapa amaran daripada pihak berkuasa yang meminta orang ramai berlindung. Empat peluru berpandu yang dilancarkan dari ..
Tabloid     >>



Pesawat MH8110 Mendarat Di Muscat Susulan Isu .. - Siakapkeli
Pesawat MH8110 Mendarat Di Muscat Susulan Isu Teknikal, Semua Jemaah Selamat - TH MAKKAH, 4 Mei (Bernama) -- Pesawat MH8110 yang membawa 278 jemaah haji KT051
Tech     >>



Survey suggests the Pixel battery mess is making a lot .. - Androidauthority
Pixel battery woes may be catching up with Google, as many of you say youve switched or plan to leave in our latest poll.
World     >>



Hormuz tensions push ceasefire to the brink as Trump .. - Aljazeera
US military says it is encouraging ships to pass through Hormuz Strait, but Iran says it is in full control of waterway.
Motor Trend     >>



Volvo Anjur Selamat Driving Experience, Ajak Rakyat .. - Careta
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan pada awal tahun ini, dengan matlamat menjadikan keselamatan sebagai satu budaya bersama, bukan sekadar ciri tambahan dalam sesebuah kenderaan. Keselamatan Bukan Lagi Pilihan Kedua Menurut Volvo Car Malaysia, ramai