///
See Also: Shutterstock

Search : Rxz News   Page 1    



Nahas konvoi RXZ: Pemandu kereta mangsa rempuhan kongsi kronologi kejadian, elak tanggapan salah - Careta - 12/07 7:22 pm

Katanya, dia perlu mengeluarkan kenyataan dan menceritakan situasi itu untuk menolak tanggapan serta berita palsu yang dilontarkan kepada keluarganya susulan kemalangan berkenaan





Pemandu Vios dakwa motosikal RXZ ditunggang laju, rempuh dari belakang sebelum kemalangan berantai - Sinarharian - 12/07 3:52 pm

KUANTAN Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RXZ di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan awal pagi Sabtu tampil menjelaskan detik sebenar kejadian bagi memperbetulkan pelbagai dakwaan yang tular di media sosial.Menerusi hantaran di Threads, Muhammad Irfan Aziz, 25, mendakwa dia menyedari sebuah motosikal bergerak laju dari arah belakang sebelum beberapa motosikal lain tiba dengan kelajuan tinggi sehingga menyebabkan pandangannya silau akibat cahaya lampu.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewatSuasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ'Mereka suka kumpul dana bantu orang susah' - Rakan mangsa nahas ngeri RXZ Nahas konvoi RXZ: Mangsa sempat diajar mengucap dua kalimah syahadahMenurutnya, beberapa saat kemudian bahagian belakang keretanya dirempuh, memaksanya mengawal kenderaan sebelum mengalihkannya ke lorong kecemasan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk."Selang beberapa saat, belakang kereta dirempuh hingga saya terpaksa mengawal kenderaan dan mengalihkannya ke lorong kecemasan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk."Selepas itu berlaku kemalangan berantai antara motosikal yang berlanggar sesama sendiri," katanya.Muhammad Irfan berkata, sebaik memberhentikan kereta, dia sempat merakam situasi di lokasi kejadian menggunakan telefon bimbit, manakala adiknya meraung kesakitan akibat kecederaan yang dialami.Dalam hantaran sama, beliau turut menjelaskan bahawa dia merupakan pemandu Toyota Vios terbabit, bukannya kakaknya seperti yang didakwa sesetengah pengguna media sosial.Menurutnya, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas menziarahi ibu saudara yang sedang menerima rawatan kanser tahap empat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.Beliau berkata, ketika melalui Plaza Tol Kuantan, dia melihat sekumpulan penunggang motosikal berhimpun berhampiran plaza tol berkenaan."Saya memandu di lorong kanan dengan kelajuan sekitar 110 hingga 120 kilometer sejam, manakala kereta berada dalam keadaan baik, bukan rosak seperti yang didakwa sesetengah pihak," katanya.Muhammad Irfan turut menjelaskan video tular yang memaparkan kakaknya mengeluarkan kata-kata beremosi dirakam ketika mereka masih belum mengetahui terdapat mangsa yang maut dalam kejadian itu.Katanya, mereka memahami perasaan kehilangan kerana ibu meninggal dunia pada November tahun lalu, manakala bapa pula meninggal dunia tujuh tahun lalu, namun ketika itu emosi mereka terganggu selepas melihat adiknya mengalami kecederaan.Beliau turut mendakwa adiknya yang cedera menahan kesakitan hampir dua jam bagi memberi laluan kepada pasukan perubatan menyelamatkan mangsa lain terlebih dahulu.Menurutnya, mereka juga memberikan kerjasama dengan mengalihkan kereta bagi memudahkan ambulans memasuki lokasi kejadian dan tidak pernah mendesak supaya adiknya menerima rawatan terlebih dahulu.Tambahnya, laporan polis telah dibuat susulan penyebaran pelbagai maklumat palsu berkaitan insiden berkenaan di media sosial.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pemandu terbabit.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewatSuasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ'Mereka suka kumpul dana bantu orang susah' - Rakan mangsa nahas ngeri RXZ Nahas konvoi RXZ: Mangsa sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah





Nahas konvoi RXZ: Pemandu Toyota Vios tampil beri penjelasan - Sinarharian - 11/07 10:51 pm

KUANTAN - Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan awal pagi Sabtu tampil menjelaskan bagi memperbetulkan pelbagai dakwaan dan maklumat yang menurutnya tidak tepat.Menerusi hantaran di Threads, Muhammad Irfan Aziz, 25, mengakui dia yang memandu kereta itu ketika kejadian bukan kakaknya seperti yang tular di media sosial.Menurutnya, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas melawat ibu saudara yang sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini."Ketika melintasi Plaza Tol Kuantan saya nampak sekumpulan penunggang motosikal berkumpul berhampiran plaza tol berkenaan."Saya memandu di lorong kanan dengan kelajuan sekitar 110 hingga 120 kilometer sejam manakala kereta berada dalam keadaan baik, bukan rosak seperti yang didakwa sesetengah pihak," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospitalNahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajarJelas Muhammad Irfan, dia menyedari sebuah motosikal bergerak laju dari belakang sebelum yang lain tiba dengan kelajuan tinggi sehingga menyebabkan pandangannya silau akibat cahaya lampu."Selang beberapa saat, belakang kereta dirempuh hingga saya terpaksa mengawal kenderaan dan mengalihkannya ke lorong kecemasan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk."Selepas itu berlaku kemalangan berantai antara motosikal yang berlanggar sesama sendiri," katanya.Katanya, selepas memberhentikan kereta, dia sempat merakam situasi di lokasi kejadian menggunakan telefon bimbit, manakala adiknya ketika itu sedang meraung kesakitan akibat kecederaan yang dialami.Muhammad Irfan menjelaskan, video yang tular memaparkan kakaknya mengeluarkan kata-kata beremosi dirakam ketika mereka masih belum mengetahui ada mangsa yang meninggal dunia."Kami memahami perasaan kehilangan kerana ibu meninggal dunia pada November tahun lalu manakala bapa pula telah meninggal dunia tujuh tahun lalu namun ketika itu emosi kami terganggu kerana melihat adik kesakitan," katanya.Dakwanya lagi, adiknya yang cedera terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam sementara memberi laluan kepada pasukan perubatan menyelamatkan mangsa lain terlebih dahulu.Menurutnya, mereka juga memberikan kerjasama mengalihkan kereta bagi memudahkan ambulans memasuki lokasi kejadian dan tidak mendesak supaya adiknya diberikan rawatan terlebih dahulu.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewatSuasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ'Mereka suka kumpul dana bantu orang susah' - Rakan mangsa nahas ngeri RXZ Nahas konvoi RXZ: Mangsa sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah"Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat berikutan pelbagai maklumat palsu mengenai insiden tersebut tersebar di media sosial," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan dibuat pemandu tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Polis Kuantan memandang serius kejadian itu dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.





Nahas konvoi RXZ: 'Semua mangsa terbaring, saya sempat ajar mereka mengucap' - Sinarharian - 11/07 10:18 pm

DUNGUN - "Saya sempat ajar mereka mengucap sebelum hembus nafas terakhir."Demikian detik pilu dikongsi seorang pengguna jalan raya yang hanya ingin dikenali sebagai Apiz, ketika menceritakan pengalaman berdepan nahas ngeri membabitkan sekumpulan penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ di Kilometer (KM) 246.4 Lebuhraya Pantai Timur fasa 1 (LPT1) menghala ke Kemaman, pada Sabtu.Menurutnya, tragedi kira-kira jam 12.42 tengah malam itu mengorbankan empat nyawa penunggang motosikal berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta.ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospitalNahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajarNahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewatSuasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ'Mereka suka kumpul dana bantu orang susah' - Rakan mangsa nahas ngeri RXZ Mengimbau kembali detik itu, Apiz berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Paka."Masa itu saya baru selesai mengisi minyak dan meneruskan perjalanan pulang





'Mereka suka kumpul dana bantu orang susah' - Rakan mangsa nahas ngeri RXZ - Sinarharian - 11/07 7:04 pm

DUNGUN Di sebalik minat mendalam terhadap dunia permotoran, Allahyarham Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, seorang yang pemurah dan gemar melakukan kerja kebajikan.Sifat mulia salah seorang mangsa nahas ngeri RXZ di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada awal pagi Sabtu itu dikongsi sendiri oleh rakan dan ahli keluarganya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, di sini.Rakan arwah, Zakaria Sulong, 37, mendedahkan bahawa aktiviti 'ride' atau berkonvoi yang disertai kumpulan mereka bukan sekadar hobi kosong, sebaliknya sering dijadikan platform untuk mengumpul dana dan menyampaikan sumbangan infak."Kumpulan kami yang disertai sekitar 100 buah motosikal berkumpul di Restoran Jaman Tory untuk urusan infak





Suasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ - Sinarharian - 11/07 5:44 pm

DUNGUN - Jenazah dua daripada empat mangsa yang terkorban dalam nahas ngeri membabitkan kumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) selamat dikebumikan pada petang Sabtu.Jenazah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, dan Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, di sini sekitar jam 4.45 petang.Sebelum itu, jenazah berkenaan disolatkan di Masjid Hadhari, Kampung Cacar Baru, di sini.Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah kedua-dua mangsa tiba pada jam 4 petang untuk urusan pengebumian.Kira-kira 300 orang hadir termasuk ahli keluarga, saudara-mara, serta kenalan rapat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-dua Allahyarham.ARTIKEL BERKAITAN:Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospitalNahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajarNahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewatTragedi berdarah awal pagi Sabtu itu mengorbankan empat nyawa penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan berantai membabitkan 12 buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 LPT menghala ke Kemaman.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tiga daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Dua lagi mangsa yang terkorban dikenali sebagai Mohd Aizat Husni, 33 manakala Muhammad Safawi Md Noh, 24, disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian membabitkan kemalangan itu masih dijalankan.





Nahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewat - Sinarharian - 11/07 5:10 pm

KUANTAN - Cuaca hujan selain ada motosikal mengalami masalah dan perlu dibaiki menyebabkan kumpulan bermotosikal dari Terengganu terpaksa bertolak pulang agak lewat selepas selesai makan malam di sebuah restoran terkenal di Indera Mahkota di sini pada awal pagi Sabtu.Pengurus Operasi Jaman Tory, Rizuan Abdullah berkata, lebih 100 penunggang motosikal termasuk dari Terengganu berkumpul untuk makan malam selepas membuat tempahan seminggu lalu.Menurutnya, kumpulan terbabit terdiri kira-kira 50 motosikal tiba restoran berkenaan kira-kira pukul 9 malam untuk menikmati makan malam."Sebelum itu sudah ada rakan mereka dipercayai yang berdekatan sampai awal."Malam semalam lebih 100 motosikal berkumpul di restoran kami dan rata-ratanya Yamaha RX-Z," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.ARTIKEL BERKAITAN:Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospitalNahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajarRizuan berkata, kumpulan itu sering singgah makan di restorannya sebelum ini sama ada secara beramai-ramai atau kumpulan kecil."Kami terkejut bila mendapat berita tentang kemalangan itu tidak lama selepas beredar





Nahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajar - Sinarharian - 11/07 4:08 pm

DUNGUN - Salah seorang penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Kuantan hari ini sempat berpesan kepada anaknya supaya rajin belajar ketika menghantarnya ke asrama sekolah pada minggu lepas.Muhammad Aqiff Amsyar Che Mohd Sufian, 13, yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Kuala Terengganu berkata bapanya, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, turut berpesan agar dia tekun menjalani latihan hoki demi merealisasikan cita-citanya menjadi pemain hoki yang berjaya pada masa depan."Ayah bersungguh-sungguh mengingatkan saya tentang perkara itu sepanjang perjalanan menghantar saya ke asrama SMK Padang Midin."Saya tidak menyangka kata-kata ayah saya itu menjadi pesanan terakhir sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di LPT malam tadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Merah Paka, di sini, hari ini.ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospitalBeliau berkata, pesanan terakhir bapanya itu akan sentiasa dikenang dan dijadikan pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh serta mencapai cita-citanya pada masa hadapan.Dalam pada itu, anak sulung daripada empat beradik itu berkata bapanya membeli motosikal Yamaha RXZ terpakai tersebut pada 2024 sebelum membaik pulihnya secara berperingkat sehingga berada dalam keadaan baik untuk digunakan."Sebelum ini ayah juga beberapa kali membawa saya menyertai konvoi motosikal RXZ bersama rakan-rakannya ke beberapa lokasi, sekali gus menjadikan kenangan itu antara saat paling bermakna yang akan saya kenang sepanjang hayat," katanya.Bernama hari ini melaporkan empat penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di KM 246.4 LPT berhampiran Kuantan awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan dan Mohd Aizat Husni masing-masing berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ meninggal dunia di tempat kejadian.Beliau berkata, seorang lagi mangsa Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan 12 motosikal itu





LPT crash: 20 injured receiving treatment in Kuantan - Sinardaily - 11/07 3:10 pm

KUANTAN - A total of 20 people injured in an accident at Km246.4 of the East Coast Expressway (LPT) early today received treatment at two hospitals here.District police chief ACP Ashari Abu Samah said 18 victims were treated at Tengku Ampuan Afzan Hospital (HTAA), while two others received treatment at Sultan Ahmad Shah Medical Centre here."Further investigations revealed that more than 30 motorcycles, believed to have been racing, were involved in the accident that claimed four lives," he said when contacted.Earlier, Ashari said the crash, which occurred at about 1 am, claimed the lives of Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, and Mohd Aizat Husni, 33, who were all riding Yamaha RXZ motorcycles





'Jam 1 pagi terima panggilan suami meninggal dunia' - Hafiz 'pergi' tinggalkan isteri, anak usia tiga bulan - Sinarharian - 11/07 2:35 pm

KUANTAN Pesanan Whatsapp dari suami berkongsi gambar nasi goreng yang dipesan menjadi komunikasi terakhir mereka sebelum mendapat khabar suaminya itu meninggal dunia dalam nahas libatkan lebih 30 motosikal dan sebuah kereta di di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.Farah Aqilah Mohamad Nazri, 30 berkata, selepas berkongsi gambar itu, suaminya, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33 tidak lagi menghubunginya."Kira-kira jam 1 pagi saya dapat 'call'. Ingatkan dari suami."Rupanya panggilan dari isteri kawan suami, beritahu arwah terlibat kemalangan di LPT1," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisFarah Aqilah berkata, berita itu amat mengejutkan selepas mendapat tahu suaminya antara empat yang terkorban dalam nahas awal pagi itu."Kami last bertemu sebelum dia keluar rumah pada petang Jumaat."Arwah hanya memaklumkan dia nak keluar ke Kuantan berjalan-jalan bersama rakan-rakan





Mangsa kemalangan RXZ sempat hantar gambar nasi goreng kepada isteri - Hmetro - 11/07 2:23 pm

Kuantan: Hantar gambar nasi goreng





Nahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospital - Sinarharian - 11/07 1:09 pm

KUANTAN - Sebanyak 20 mangsa yang cedera akibat kemalangan di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur awal pagi inimenerima rawatan di dua hospital di sini.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata,18 mangsa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manakala dua lagi dirawat di pusat perubatan Sultan Ahmad Shah di sini."Siasatan lanjut polis mendapati lebih 30 motosikal yang dipercayai berlumba terlibat dalam kemalangan mengakibatkan empat maut itu," katanya ketika dihubungi.Terdahulu, Ashari dilaporkan berkata, kemalangan kira-kira 1 pagi itu mengakibatkan Che Mohd Sufian Che Ghani, 40,Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan danMohd Aizat Husni masing-masing berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis YamahaRXZ meninggal dunia di tempat kejadian.Katanya, seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HTAA.Kemalangan itu dipercayai berlaku apabilasebuah motosikaltelah terlanggar bahagian belakang sebuah kereta dan terjatuh di lorong kanan menyebabkan beberapalagi penunggang motosikaltidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan.Sementara itu, isteri Che Mohd Sufian, Faridah Mat Asri,39, berkata, dia mendapat maklumat mengenai kejadian menimpa suaminya daripada kenalan mereka kira-kira 1.30 pagi.Ibu kepada empat orang anak itu berkata, suaminya bersama beberapa rakan ke Kuantan, antaranya untuk menikmati hidangan di sebuah restoran makanan tradisi Pahang yang terkenal di bandar ini."Saya sempat jumpa arwah petang semalam sebelum bawa anak-anak main pantai dan kali terakhir suami mesej dalam 12 tengah malam selepas itu tiada lagi," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HTAA di sini





Empat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - Polis - Sinarharian - 11/07 11:22 am

KUANTAN - Lebih 30 motosikal dipercayai berkonvoi terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RXZ dan mencederakan 20 yang lain di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, nahas tersebut turut melibatkan sebuah kereta.Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, beralamat dari Bachok, Kelantan, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dari Paka,Terengganu dan Mohd Aizat Husni, 33, dari Jerteh,Terengganu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Menurutnya, seorang lagi penunggang, Muhammad Safawi Md Noh, 24, dari Felda Neram 2, Kemaman meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini."Penumpang belakang kereta jenis Toyota Vios, Nur Irish Adelia Aziz, 13, dilaporkan cedera di bahagian tengkuk dan dihantar menerima rawatan di hospital sama manakala pemandu, Muhammad Irfan Aziz, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan."Butiran mangsa lain masih belum diperoleh," katanya.Ashari berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kereta dipandu Muhammad Irfan dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke arah Kemaman.Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, semasa bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba motosikal ditunggang salah seorang mangsa, Che Mohd Sufian dipercayai terlanggar bahagian belakang kereta berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN:Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospital"Penunggang motosikal dipercayai terjatuh di lorong kanan menyebabkan penunggang lain gagal mengelak lalu terlanggar sesama sendiri."Akibat kemalangan tersebut, tiga penunggang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA."18 mangsa cedera di rawat di HTAA manakala dua lagi di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini," katanya."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.





Four motorcyclists killed, several injured in 13-vehicle crash on LPT - Sinardaily - 11/07 9:46 am

KUANTAN - Four motorcyclists were killed and several others injured in a 13-vehicle crash at KM246.4 of the East Coast Expressway (LPT) near here early today.Kuantan police chief ACP Ashari Abu Samah said the crash, which occurred at about 1am, claimed the lives of Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, and Mohd Aizat Husni, 33, who were all riding Yamaha RXZ motorcycles





Empat maut konvoi RXZ rempuh kereta - Hmetro - 11/07 8:54 am

Kuantan: Empat terbunuh dan beberapa penunggang cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu, berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor, di sini, hari ini





Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPT - Sinarharian - 11/07 8:27 am

KUANTAN Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam nahas kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan Mohd Aizat Husni, 33 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Menurutnya, seorang lagi penunggang, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini."Penumpang belakang kereta jenis Toyota Vios, Nur Irish Adelia Aziz, 13, dilaporkan cedera di bahagian tengkuk dan dihantar menerima rawatan di hospital sama manakala pemandu, Muhammad Irfan Aziz, 25 tidak mengalami sebarang kecederaan."Butiran penunggang lapan lagi penunggang masih belum diperolehi," katanya.Ashari berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kereta terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke arah Kemaman.ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospitalKatanya, ketika tiba di tempat kejadian, semasa bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba sebuah motosikal terlanggar bahagian belakang kereta tersebut."Penunggang motosikal dipercayai terjatuh di lorong kanan menyebabkan penunggang tiga lagi motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri."Akibat kemalangan tersebut, tiga penunggang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.





Lelaki maut, motosikal tidak sempat elak lembu - Sinarharian - 27/06 11:16 am

KUALA KRAI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 81 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Peria di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 11.22 malam itu, mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC secara bersendirian dari arah Kampung Lepan Jenut menuju ke Kuala Krai.Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor lembu dipercayai tiba-tiba melintas dari bahu kiri jalan ke tengah jalan menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan."Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Ujar beliau, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kehadiran lembu yang melintas secara tiba-tiba sehingga menyebabkan motosikal mangsa gagal mengelak.Dalam kejadian berasingan Mazlan memberitahu, kira-kira sejam sebelumnya, seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lagi motosikal di Jalan Batu Balai-Mengkebang dekat Kampung Batu Balai di sini.Ujar beliau, kemalangan kira-kira jam 10.04 malam itu melibatkan motosikal jenis Yamaha RXZ dan Honda Dash yang datang dari arah sama iaitu dari Kampung Mengkebang menuju ke Batu Balai.Tambahnya, siasatan awal mendapati penunggang Honda Dash berusia 45 tahun yang berada di hadapan dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan penunggang Yamaha RXZ di belakang gagal mengelak lalu merempuh motosikal berkenaan."Penunggang Yamaha RXZ mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Manakala penunggang Honda Dash turut cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai," katanya.Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada tindakan penunggang Honda Dash yang mengubah haluan secara tiba-tiba ke sebelah kanan.Katanya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.



Lelaki tular berhujan sampai dipujuk abang bomba munculkan diri di sosial media - Mydateline - 22/06 10:00 am

Tular di media sosial mengenai situasi seorang penunggang RXZ yang dikatakan berhujan dan duduk di tepi lebuh raya hampir sembilan jam tanpa berbuat apa-apa



Tarikh RXZ Members 8.0 kekal, bertembung hari mengundi PRN Negeri Sembilan - Careta - 20/06 7:58 am

Penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, pihaknya sedar ramai dalam kalangan peminat dan peserta kecewa dengan pertindihan tarikh itu, selain mengakui keputusan mengekalkan tarikh asal dibuat dengan hati yang berat



Tarikh RXZ Members 8.0 kekal, bertembung hari mengundi PRN Negeri Sembilan - Sinarharian - 19/06 9:46 pm

KUALA TERENGGANU Penganjur perhimpunan motosikal terbesar, RXZ Members 8.0, mengesahkan tarikh acara tahunan tersebut kekal pada 31 Julai dan 1 Ogos 2026 meskipun bertembung dengan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Keputusan itu sekali gus menyaksikan kemuncak program berkenaan pada hari Sabtu, 1 Ogos, jatuh pada hari yang sama dengan hari pengundian bagi PRN tersebut.Penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, pihaknya sedar ramai dalam kalangan peminat dan peserta kecewa dengan pertindihan tarikh itu, selain mengakui keputusan mengekalkan tarikh asal dibuat dengan hati yang berat."Kami mendengar setiap pandangan yang diberikan dan benar-benar memahami perasaan tersebut




Reformasi     >>



Anwar tidak merajuk bertanya ‘apa lagi Bangsa .. - Harapandaily
Sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi dengan terbuka membuktikan kematangan politik apabila beliau tidak menyalahkan pengundi atau mengugut untuk menyekat pembangunan negeri berkenaan. Aktivis politik, Jason Yew berkata, ..
Kroni     >>



Hukum zikir Allah Allah - Harakahdaily
Soalan: Adakah harus kita berzikir sebut Allah sahaja kerana ada orang yang mengatakan tidak harus kerana sebut Allah sahaja tidak ada makna katanya dan tidak ada faedah? Jawapan: Hendaklah diketahui erti zikir pada masalah ini ialah sebut maka orang yang berzikir akan Allah ertinya orang yang menyebut akan Allah. Dalil ..
Tabloid     >>



Selang 2 Hari Tun Mahathir Berusia 101 Tahun, Hari Ini .. - Vocket
Hari ini, seluruh negara meraikan detik bersejarah apabila mantan Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100.... The post Selang 2 Hari Tun Mahathir Berusia 101 Tahun, Hari Ini Tun Siti Hasmah Sambut Ulang Tahun ke-100 ..
Tech     >>



Samsung just gave Google and the AI gang the perfect .. - Techradar
Samsung, Google, and partners create TP4193, moving SSD virtualization into hardware while increasing AI data center efficiency and hardware demands.
World     >>



Iran closes Strait of Hormuz, US launches third round .. - Cgtn
Tensions flared sharply over the weekend after Iran announced a temporary closure of the Strait of Hormuz and the United States confirmed the launch of a third wave of military strikes against Iranian targets.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan China Bina Loji Solar, Tapi Guna Garam .. - Mekanika
China sekali lagi mencuri perhatian dunia menerusi pembangunan sebuah projek tenaga boleh diperbaharui berskala gergasi di Hami, Xinjiang yang menggabungkan loji tenaga solar dengan teknologi penyimpanan haba menggunakan garam cair (molten salt thermal storage). Teknologi ini membolehkan ..