///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Quranhour News   Page 1    



CEO WUIF insan teladan yang mencintai ALLAH, Rasulullah - Nouman Ali Khan - Sinarharian - 11/10 6:48 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kecintaan mendalam kepada ALLAH SWT, al-Quran dan Rasulullah SAW menjadi antara sifat istimewa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff yang meninggal dunia pada Ahad.Pengasas Institut Bayyinah dari Amerika Syarikat (AS), Nouman Ali Khan menerusi hantaran di Facebook mengenang Allahyarham sebagai insan istimewa yang menzahirkan kecintaan itu menerusi kebaikan dan keikhlasan sepanjang kehidupannya.Katanya, sifat sabar, pemurah, prihatin, rendah hati dan dedikasi yang dimiliki Allahyarham menjadikannya insan yang begitu berharga kepada mereka yang mengenalinya."Dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan insan yang benar-benar menzahirkan kecintaan kepada ALLAH, kitab-Nya dan rasul-Nya. Kak Marhaini ialah salah seorang insan istimewa yang begitu berharga ini."Kebaikan yang dilakukannya dan keikhlasannya dalam menyebarkan kebaikan dapat dirasai tanpa perlu beliau mengucapkan sepatah kata pun."Sepanjang mengenalinya, saya hanya melihat kesabaran, kebaikan hati, kemurahan hati, keprihatinan, keikhlasan, kerendahan hati dan dedikasi yang begitu indah dalam dirinya," katanya.Terdahulu, Marhaini, 56, dilapor meninggal dunia pada jam 8.44 pagi akibat komplikasi jantung dan kegagalan organ dalaman.Anak Allahyarham, Sarah Ambok memaklumkan, ibunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam selepas mendapat rawatan sejak Khamis.Allahyarham memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.Beliau antara individu yang giat memperjuangkan usaha membudayakan interaksi dengan al-Quran menerusi kempen World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan pelbagai inisiatif berkaitan.Nouman yang banyak bekerjasama dengan Marhaini dalam gerakan kempen #QuranHour turut mengenang cara Allahyarham menangani perbezaan pendapat dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan empati sehingga mampu menyentuh hati orang lain.Walaupun berbeza pendapat, katanya, Allahyarham sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan pandangannya."Saya akan sentiasa menghargai segala kebaikan yang telah dicurahkannya kepada saya selama ini





Pemergian 'orang kuat' WUIF amat dirasai - Sinarharian - 11/10 4:38 pm

PETALING JAYA - Pemergian 'orang kuat' di sebalik gerakan #QuranHour, Marhaini Yusoff ke negeri abadi disifatkan sebagai kehilangan yang amat besar terhadap perjuangan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengQurankan bangsa dan mengIkhlaskan ummah.Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan arwah sebagai susuk tubuh yang gigih, rajin dan kaya dengan idea untuk membawa gerakan siri kempen #QuranHour serta RumahNgaji dikenali di seluruh negara.Menurut beliau, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF itu bahkan tidak pernah menyerah dalam memperjuangkan landasan agama Islam sehingga detik-detik terakhir kepulangannya."Arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, sepatutnya beliau ke Kelantan pada Jumaat lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Kelantan dan Wanita #QuranHour semalam (Sabtu)."Jadi, beliau tidak dapat hadir tetapi arwah masih berkomunikasi dengan saya tentang gerakan ini."Programnya, alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar cuma itulah air tangan terakhir beliau," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai di sini pada Ahad.Hussamuddin berpandangan, perjuangan #QuranHour tetap perlu diteruskan dalam usaha menyuntik semangat masyarakat untuk baca, faham dan amal kitab suci al-Quran."Allahyarham Marhaini saya kira masanya tamat (perkhidmatan)





Pemergian Marhaini Yusoff diiringi keluarga, warga kerja Karangkraf - Sinarharian - 11/10 2:03 pm

PETALING JAYA - Urusan pemandian, kafan dan solat jenazah Allahyarham Marhaini Yusof disempurnakan di Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, di sini.Jenazah dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara di selepas Solat Zohor.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang juga merupakan antara penggerak kempen #QuranHour disahkan meninggal dunia pada jam 8.44 pagi, Ahad di Hospital UiTM Sungai Buloh.Menurut laporan perubatan, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kegagalan organ dalaman.





Marhaini Yusof, driving force behind #QuranHour, dies - Sinardaily - 11/10 11:09 am

SHAH ALAM Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) chief executive officer Marhaini Yusof has died on Sunday.Karangkraf senior special duties manager Hashim Anang said she died at Universiti Teknologi Mara (UiTM) Al-Sultan Abdullah Hospital in Puncak Alam.He said her body would be taken to Masjid Al-Mukhtadin in Damansara Damai, Petaling Jaya for the ritual bathing, shrouding and funeral prayers.Marhaini played a key role in driving the #QuranHour campaign in Malaysia and abroad.She was among those who actively championed efforts to cultivate a culture of engagement with the Quran through World #QuranHour, Malaysia #QuranHour and other related initiatives.Under the movement, the public is encouraged to set aside time to read, understand and practise the teachings of the Quran in their daily lives.





CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof meninggal dunia - Sinarharian - 11/10 10:11 am

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusof dilapor meninggal dunia pada jam 8.44 pagi, Ahad.Anak Allahyarham, Sarah Ambok memaklumkan, ibunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam selepas mendapat rawatan sejak Khamis."Allahyarham mengadu sakit dada pada Isnin, namun hanya ke hospital pada Khamis. Doktor sahkan ibu kena serangan jantung."Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara dan semua urusan mandi, kafan dan solat jenazah dilakukan di Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, Petaling Jaya ," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Allahyarham Marhaini, 56, memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.Beliau antara individu yang giat memperjuangkan usaha membudayakan interaksi dengan al-Quran menerusi kempen World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan pelbagai inisiatif berkaitan.Di bawah gerakan berkenaan, masyarakat digalakkan meluangkan masa untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.





Felda Women #QuranHour 2026 empowers women with Quranic guidance - Sinardaily - 2/10 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Felda and Waqaf Felda, in collaboration with the Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), organised the Felda Women #QuranHour 2026 programme to strengthen women's mental, emotional and spiritual resilience through Quranic guidance.Waqaf Felda Endowment Development Division manager, Muhamad Aliff Md Yusoff, stated that the programme content was based on two main chapters, namely Surah al-Muzzammil and Surah al-Nisa'.According to him, the theme "Resilient Felda Women: Guidance from Surah al-Muzzammil and Surah al-Nisa'" carries the message that a woman's true strength is not measured by the comforts she possesses, but rather through her ability to rise and hold fast to divine revelation despite facing various trials."We can witness the steadfastness of the women in Gaza who continue to educate the Quranic generation, preserve the family institution, and maintain hope despite facing numerous shortages




Reformasi     >>



Safe vs bold reforms: Economists size up Putrajaya's .. - Mkini
Analyst says partys shadow budget advocates more fundamental reforms.
Kroni     >>



Aaron-Roy King juara Terbuka Arctic - Utusan
PETALING JAYA: Beregu pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King menjulang gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, hari ini. Aaron-Roy King menewaskan pasangan ke-60 dunia, Lai Po You-Tsai Fu Cheng dari Taiwan 21-19, 21-19 dalam masa 41 minit pada perlawanan akhir di Vantaan ..
Tabloid     >>



Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 .. - Kosmo
PETALING JAYA Hantaran berbentuk simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM100,000 disifatkan sebagai antara hadiah perkahwinan paling bijak kerana mampu memberikan manfaat kewangan jangka panjang kepada pasangan. Perkara itu dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) menerusi ..
Tech     >>



Claude sent phony tip about an unsolved murder to .. - Mashable
Anthropic's Claude sent a fake tip to the Philadelphia Police Department about an unsolved homicide.