| /// |
|
| Search : Presiden Pas News | Page 1 |
|
Mujahid tegur Hadi, jangan jadikan al-Quran alat politik - Mygazette - 23/10 8:06 am Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan al-Quran sebagai alat politik bagi meraih sokongan atau menyerang lawan politik. Menurut Mujahid, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa "Kitab Allah bersendikan Perdana Menteri, PM bersendikan PH dan PH bersendikan DAP" bukan hujah Perlembagaan sebaliknya berbentuk sindiran politik yang mempermainkan ungkapan luhur berkaitan adat dan agama |
|
Hadi tuduh PH bersendikan DAP, Pas pula bersendikan fitnah ??? Faiz... - Mygazette - 23/10 8:06 am # Hadi tuduh PH bersendikan DAP, Pas pula bersendikan fitnah Faiz Fadzil KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil menyifatkan perbahasan Belanjawan 2027 oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat semalam, sebagai tidak bertamadun |
|
Kerjasama politik, pembahagian kerusi perlukan tolak ansur – Mohd .. - Mygazette - 23/10 8:06 am # Kerjasama politik, pembahagian kerusi perlukan tolak ansur - Mohd Amar KUALA LUMPUR - Keputusan mengenai pembahagian kerusi dan kerjasama antara parti memerlukan kesediaan untuk bertolak ansur. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullahberkata, dalam keadaan tertentu, sesuatu pihak perlu memberikan laluan kepada pihak lain walaupun mempunyai kekuatan dan sejarah perjuangan di kawasan berkenaan |
|
'Tak puas hati, mohon buat semakan kehakiman'- Anthony - Sinarharian - 22/10 1:33 pm SEREMBAN - Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pendirian undang-undang berhubung sesuatu isu boleh membawa perkara itu ke mahkamah bagi mendapatkan semakan kehakiman.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kerajaan melaksanakan sesuatu keputusan berdasarkan nasihat atau pandangan Peguam Negara, khususnya berkaitan aspek perundangan."Sudah tentu kerajaan mendengar pandangan daripada Peguam Negara dari segi perundangan."Kalau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa-apa pendirian undang-undang itu, boleh pergi ke mahkamah untuk mendapatkan semakan kehakiman," katanya ditemui pemberita selepas Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan Kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Negeri Sembilan pada Khamis.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa berlaku pencabulan terhadap P erlembagaan, sambil menjadikan contoh krisis adat dan diraja yang berlaku di Negeri Sembilan dan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).Mengulas lanjut, Menteri Pengangkutan itu mengambil contoh tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan membatalkan pelantikan mereka pada bulan lalu.Tegas beliau, penentuan sama ada sesuatu keputusan bercanggah dengan Perlembagaan atau tidak bukan terletak pada pemimpin politik, sebaliknya menjadi bidang kuasa mahkamah untuk memutuskannya."Kita mengamalkan kedaulatan undang-undang dan ini prinsip perundangan negara."Jadi semua isu bukan main cakap, bukan Presiden Pas yang boleh menentukan sama ada sesuatu itu mengikut Perlembagaan atau tidak |
|
Kerajaan diingat jangan dikelilingi dengan pengampu ??? Hadi Awang - Mygazette - 21/10 3:56 pm # Kerajaan diingat jangan dikelilingi dengan pengampu Hadi Awang KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan kerajaan supaya tidak bergantung kepada penasihat yang hanya mengampu pemimpin, sebaliknya perlu mendapatkan pandangan jujur yang berani menegur kesilapan dalam pentadbiran negara |
|
Hadi persoal Belanjawan 2027, hutang meningkat, hutang makin tinggi - Mygazette - 21/10 3:56 pm # Hadi persoal Belanjawan 2027, hutang meningkat, hutang makin tinggi KUALA LUMPUR - Peningkatan hutang negara, defisit yang semakin besar dan kenaikan cukai menjadi antara perkara yang dibangkitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika mengkritik pendekatan pengurusan kewangan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 |
|
Hadi persoal sistem pendidikan, kaitkan masalah buli dengan kelemahan .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm # Hadi persoal sistem pendidikan, kaitkan masalah buli dengan kelemahan pembentukan akhlak KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan keberkesanan sistem pendidikan negara yang terlalu menekankan pencapaian akademik sehingga aspek pembentukan akhlak, kerohanian dan nilai kemanusiaan tidak diberikan perhatian mencukupi |
|
Hadi pesan Anwar jauhi penasihat pengampu - FMT - 21/10 1:47 pm Presiden PAS berkata penasihat perlu berani menegur kesilapan pemimpin bukan sekadar menjaga kepentingan sendiri. |
|
Hadi pertahan pengurusan PN, sindir satu pihak berpaling arah - FMT - 21/10 12:41 am Presiden PAS berkata pentadbiran PN dibuat mengikut perlembagaan dan hubungan parti anggotanya kekal utuh. |
|
Ahmad Zahid batal sertai Munajat Penyatuan Ummah anjuran Pas - Sinarharian - 20/10 11:26 pm KOTA BHARU Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang awalnya dijadual menyertai program Munajat dan Penyatuan Ummah anjuran Pas pada Jumaat ini, dimaklumkan tidak dapat hadir kerana mempunyai program UMNO di Melaka pada tarikh sama.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh ketika pertemuan dengan beliau bagi membincangkan penyertaan kedua-dua parti dalam program berkenaan.Menurutnya, Ahmad Zahid sebelum ini dirancang menyampaikan ceramah bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada himpunan yang dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 di Stadium Sultan Muhammad IV."Beliau sampaikan salam Presiden mereka dan minta maaf kerana UMNO ada satu program besar di Melaka pada 23 hari bulan ini |
|
'Fahami perlembagaan sendiri sebelum salahkan kerajaan' - AMK - Sinarharian - 20/10 9:00 pm SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar supaya memahami dan mematuhi perlembagaan gabungan itu sebelum menyalahkan kerajaan berhubung pembatalan pendaftarannya.Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya menjelaskan isu pematuhan perlembagaan PN susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukan menyifatkannya sebagai luar tabii serta mendakwa kerajaan ketakutan."Yang luar tabii ialah apabila pengerusi gabungan begitu lantang menuding jari, tetapi seolah-olah tidak memahami perlembagaan gabungannya sendiri."Notis RoS bertarikh 22 September 2026 telah dijawab PN dan menurut RoS, penjelasan itu gagal menyangkal asas pembatalan |
|
PN batal: Memang luar biasa, yang boleh jadi luar tabii – Samsuri PN .. - Mygazette - 20/10 3:53 pm # PN batal: Memang luar biasa, yang boleh jadi luar tabii - Samsuri KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan keputusan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai satu tindakan luar biasa. Apatah lagi kata beliau yang juga Naib Presiden Pas, ia berlaku sehari sebelum kes berkaitannya dibawa ke mahkamah |
|
'Gunalah lambang apa pun asalkan bukan PH, Bersatu' - Idris Ahmad - Sinarharian - 20/10 3:49 pm SHAH ALAM - Pas bersedia menggunakan apa sahaja lambang parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, asalkan bukan Pakatan Harapan (PH) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dengan nada bersahaja berkata, perkara itu tidak menjadi isu utama bagi parti."Lambang apa Perikatan Nasional (PN) hendak guna di PRN Melaka?"Gunalah lambang apa pun, asalkan bukan lambang PH dan Bersatu sahaja," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Beliau berkata demikian mengulas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.RoS memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.Terdahulu, notis yang dikeluarkan pada 22 September itu memberi peluang kepada PN untuk mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara yang dinyatakan dalam notis berkenaan.RoS menegaskan, setiap pertubuhan berdaftar bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan pertubuhan masing-masing.PN ditubuhkan pada Februari 2020 susulan pergolakan politik negara yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH selepas Langkah Sheraton.Gabungan itu didaftarkan secara rasmi pada 7 Ogos 2020 dengan Bersatu, Pas dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebagai parti pengasas.Kedudukan PN diuji selepas Bersatu membuat aduan bertulis kepada RoS pada 11 Ogos lalu berhubung dakwaan tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN 16 Julai berkaitan pembahagian kerusi PRN Negeri Sembilan.Bersatu mendakwa tindakan mengecualikan parti itu telah melanggar Fasal 7.1 Perlembagaan PN serta mempertikai kewujudan 'kuasa veto' yang mempengaruhi keputusan Majlis Tertinggi.Berikutan aduan tersebut, RoS menggantung sementara gabungan itu selepas notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dikeluarkan.RoS memberikan tempoh yang munasabah kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.Sementara itu dalam respons berasingan, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary mendakwa RoS terburu-buru dalam membuatkan keputusan itu.Sedangkan menurut beliau, mahkmah telah menetapkan 22 Oktober ini sebagai tarikh pendengaran permohonan PN menangguhkan tindakan RoS."Tapi hari ini (20 Oktober), RoS terus batalkan pendaftaran PN."Tinggal dua hari saja lagi, tak boleh tunggu dulu ke? Apa yang kalut sangat ini?" ujar beliau. |
|
'Gunalah lambang apa pun asalkan bukan PH, Bersatu' - Idris Ahmad - Sinarharian - 20/10 3:49 pm SHAH ALAM - Pas bersedia menggunakan apa sahaja lambang parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, asalkan bukan Pakatan Harapan (PH) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dengan nada bersahaja berkata, perkara itu tidak menjadi isu utama bagi parti."Lambang apa Perikatan Nasional (PN) hendak guna di PRN Melaka?"Gunalah lambang apa pun, asalkan bukan lambang PH dan Bersatu sahaja," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Beliau berkata demikian mengulas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.RoS memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.Terdahulu, notis yang dikeluarkan pada 22 September itu memberi peluang kepada PN untuk mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara yang dinyatakan dalam notis berkenaan.RoS menegaskan, setiap pertubuhan berdaftar bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan pertubuhan masing-masing.PN ditubuhkan pada Februari 2020 susulan pergolakan politik negara yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH selepas Langkah Sheraton.Gabungan itu didaftarkan secara rasmi pada 7 Ogos 2020 dengan Bersatu, Pas dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebagai parti pengasas.Kedudukan PN diuji selepas Bersatu membuat aduan bertulis kepada RoS pada 11 Ogos lalu berhubung dakwaan tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN 16 Julai berkaitan pembahagian kerusi PRN Negeri Sembilan.Bersatu mendakwa tindakan mengecualikan parti itu telah melanggar Fasal 7.1 Perlembagaan PN serta mempertikai kewujudan 'kuasa veto' yang mempengaruhi keputusan Majlis Tertinggi.Berikutan aduan tersebut, RoS menggantung sementara gabungan itu selepas notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dikeluarkan.RoS memberikan tempoh yang munasabah kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.Sementara itu dalam respons berasingan, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary mendakwa RoS terburu-buru dalam membuatkan keputusan itu.Sedangkan menurut beliau, mahkmah telah menetapkan 22 Oktober ini sebagai tarikh pendengaran permohonan PN menangguhkan tindakan RoS."Tapi hari ini (20 Oktober), RoS terus batalkan pendaftaran PN."Tinggal dua hari saja lagi, tak boleh tunggu dulu ke? Apa yang kalut sangat ini?" ujar beliau. |
|
Batal pendaftaran PN didakwa gambarkan ketakutan Kerajaan Madani - Sinarharian - 20/10 1:34 pm SHAH ALAM - Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) didakwa menggambarkan ketakutan Kerajaan Madani terhadap Perikatan Nasional (PN).Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang."Pas melahirkan dukacita di atas tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)."Ini kerana hanya berbaki dua hari sahaja lagi mahkamah akan membicarakan semakan kehakiman terhadap larangan RoS yang akan didengari pada 22 Oktober 2026," ujarnya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, RoS membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.Menerusi kenyataan, RoS memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.Menurut jabatan itu, pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu sebelum mendapati alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan.Tambah Tuan Ibrahim, Pas dan rakan komponan akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara ini dalam masa terdekat."PN mempunyai beberapa buah kerajaan yang terdiri dari komponan parti berkenaan di negeri-negeri."Dalam masa sama, isu ini perlu dilihat secara menyeluruh kerana kesan yang besar kepada mana-mana gabungan politik pada masa hadapan," ujarnya.Sementara itu, bekas Majlis Tertinggi (MT) PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara peribadi berpandangan, kemelut itu berlaku selepas PN berada dibawah kepimpinan Pas.Beliau memberitahu, sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN dan memberi peluang kepada kepimpinan Pas untuk ambil alih namun dalam tempoh singkat PN sudah berdepan kemelut.Jelasnya, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baharu sahaja menjadi pengerusi, begitu juga dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilantik Setiausaha Agung PN, namun selepas lapan bulan timbul masalah sehingga kedudukan PN menjadi tidak menentu"Saya bercakap sebagai bekas MT PN |
|
Belum tiba masanya namakan calon PM daripada Pas – Syahir - Mygazette - 17/10 7:55 am # Belum tiba masanya namakan calon PM daripada Pas - Syahir KUALA LUMPUR Belum tiba masanya untuk Pas menamakan calon Perdana Menteri, kata Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Syahir Sulaiman |
|
Belum tiba masanya Pas umum calon PM- Syahir Sulaiman - Sinarharian - 16/10 7:24 pm SHAH ALAM- Ketiadaan pengumuman calon Perdana Menteri dari Pas tidak bermaksud parti itu tidak mempunyai calon untuk diketengahkan bagi jawatan berkenaan.Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, belum tiba masanya lagi untuk Pas berbuat demikian."Insya-ALLAH apabila tiba masa dan ketentuan-Nya, Perdana Menteri yang lebih baik untuk Malaysia akan terzahir jua."Persoalan yang wajar ditanya, siapa calon PM (Perdana Menteri) daripada Pakatan Harapan (PH) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)?" katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.Ahli Parlimen Bachok itu mendakwa, ramai pemimpin pelapis dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meninggalkan parti, DAP pula berdepan krisis keyakinan pengundi manakala Parti Amanah Negara (Amanah) tidak cukup syarat sejak awal lagi.Menurutnya, jelas PH telah ketandusan pemimpin, tiada pengganti selepas Anwar yang bakal mencecah usia 80 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16)."Situasi ini tidak berlaku dalam Pas, ramai pemimpin Pas di peringkat Parlimen dan negeri berumur 60an, 50an dan 40an."Malah jika ditanya ahli Pas, tentu ada tokoh yang mereka lihat sesuai untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia."Dalam kalangan ahli jawatankuasa Pas Pusat pasti ada individu yang dinilai mempunyai wibawa (integriti dan kompetensi) untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Menteri-Menteri," katanya.Ujarnya, jika ditanya Presiden Pas mungkin sudah ada nama calon Perdana Menteri Malaysia yang dipertimbangkan, namun keyakinan dalam parti perlu diterjemahkan kepada keyakinan rakyat.Beliau berkata, paling penting Pas perlu menyusun strategi bagi meyakinkan seluruh rakyat Melayu dan bukan Melayu, tua dan muda, bandar dan desa; melalui rekod kerja, dasar dan kewibawaan kepimpinannya."Pas/PN (Perikatan Nasional) perlu memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya, memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen dan seterusnya mendapat perkenan Baginda Tuanku yang bijaksana," katanya. |
|
PRN Melaka: Rundingan sudah fasa akhir, JPP siap siaga ??? Annuar Musa PRN .. - Mygazette - 13/10 3:17 pm Bagaimanapun, Annuar tidak memperincikan pihak yang terbabit dalam rundingan itu atau butiran lanjut mengenai misi parti berkenaan. Ahad lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebahagian besar rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sudah mencapai persetujuan asas, namun jumlah kerusi yang akan ditandingi serta pemilihan calon masih dalam perbincangan |
|
PRN Melaka: Annuar Musa beri bayangan rundingan politik hampir selesai - Sinarharian - 13/10 10:36 am PUTRAJAYA Rundingan kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka didakwa memasuki fasa akhir, susulan perkembangan positif perbincangan antara Pas dan BN.Menerusi hantaran di Facebook, Tan Sri Annuar Musa menyatakan rundingan berkenaan sudah berada di fasa akhir, manakala Jawatankuasa Pas Pusat (JPP) bersedia menjayakan misi parti."Difahamkan rundingan sudah di fasa akhir. JPP akur dan siap siaga jayakan misi parti," kata ahli JPP itu pada Selasa.Walaupun Annuar tidak memperincikan rundingan yang dimaksudkan, perkembangan itu hadir ketika perbincangan kerjasama Pas-BN bagi menghadapi PRN Melaka menunjukkan kemajuan.Pada 10 Oktober lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebahagian besar rundingan kerjasama dengan BN sudah mencapai persetujuan asas, namun jumlah kerusi yang akan ditandingi serta pemilihan calon masih dalam perbincangan.Sebelum itu, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan gabungan berkenaan dijangka bertanding lebih empat kerusi pada PRN Melaka dan jumlah sebenar akan dimuktamadkan selepas rundingan dengan UMNO.PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.Dengan hari mengundi berbaki kira-kira sebulan, sebarang perkembangan rundingan politik berpotensi memberi petunjuk mengenai strategi parti menjelang pilihan raya berkenaan. |
|
DAP ketandusan idea, isu ketua Kampung Baru Cina jadi modal politik ??? .. - Mygazette - 13/10 7:53 am Menurutnya, DAP sebelum ini pernah mempertahankan pendirian Pas ketika kedua-dua parti berada dalam gabungan politik yang sama. Beliau turut membangkitkan kenyataan Lim Kit Siang yang dilaporkan pernah menyentuh penerimaan masyarakat Cina terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak |
|
Belanjawan 2027: Kelantan masih tunggu jawapan tentang LPT3 ??? Tuan .. - Mygazette - 10/10 8:11 am # Belanjawan 2027: Kelantan masih tunggu jawapan tentang LPT3 Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meneliti pembentangan Belanjawan 2027 dengan harapan rakyat Kelantan akhirnya mendapat kepastian tentang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3). Namun, kata Timbalan Presiden Pas berkenaan, tiada keputusan pelaksanaan atau jadual pembinaan yang jelas diumumkan bagi jajaran sepanjang 122 kilometer dari Kampung Gemuroh, Terengganu ke Tunjong, Kota Bharu |
|
PRN Melaka: PN dapat lebih 4 kerusi DUN, tunggu keputusan mahkamah isu .. - Mygazette - 10/10 8:11 am # PRN Melaka: PN dapat lebih 4 kerusi DUN, tunggu keputusan mahkamah isu logo KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) diberikan lebih empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ia berdasarkan kepada rundingan bersama Barisan Nasional (BN) yang dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat |
|
PRN Melaka: PN tanding lebih empat kerusi - Sinarharian - 9/10 8:33 pm KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan bertanding lebih empat kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat kerjasama dengan Barisan Nasional (BN)."(PRN) Melaka, kita sudah ada perbincangan peringkat awal, peringkat draf pertama."Tetapi saya jangka dalam masa terdekat ini akan dimuktamadkan menerusi perbincangan dengan UMNO dan BN," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2027 di pekarangan lobi Parlimen, pada Jumaat.Sebelum ini beliau yang juga Timbalan Presiden Pas dilapor memaklumkan, PN dan Pas dijangka bertanding antara tujuh hingga 10 kerusi pada pilihan raya berkenaan.Selain itu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut memaklumkan, gabungan tersebut dan UMNO sudah mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi serta merangka asas kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka.Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini turut dilapor berkata, parti itu bersedia membuka ruang rundingan bagi pertukaran kerusi dengan rakan sefahaman politik pada pilihan raya yang dijadualkan pada 14 November depan, namun jumlah 21 kerusi yang dimenangi pada 2021 itu tetap perlu dipertahankan. |
|
Abdul Hadi ziarah pusara Tun Dr Hasmah - Astroawani - 6/10 4:00 pm Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, di ibu negara pada Selasa. |
|
Abdul Hadi ziarah pusara Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 6/10 3:20 pm PUTRAJAYA - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Selasa.Kunjungan itu dikongsikan Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini dengan menitipkan doa buat Allahyarham yang meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.Dalam hantaran itu, Abdul Hadi mendoakan agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa serta menerima segala amal kebajikannya."Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya."Al-Fatihah," katanya.Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman.Abdul Hadi turut disantuni anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika berada di kawasan pusara berkenaan.Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu sebelum selamat disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. |
|
PRN Melaka: BN yakin Pas lebih selesa guna logo sendiri - Ahmad Zahid - Sinarharian - 4/10 6:52 pm SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) yakin Pas lebih selesa menggunakan logo parti itu sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti, sebagaimana yang digunakan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan logo BN masih belum dibincangkan secara rasmi antara kedua-dua parti."Penggunaan logo itu belum diperbincangkan secara rasmi tetapi saya yakin jika Pas bertanding, mereka lebih selesa menggunakan logo mereka sendiri sebagaimana yang digunakan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan."Kami tidak ada masalah kalau mereka mahu menggunakan logo yang mereka akan kemukakan kerana itu adalah soal parti mereka. Tetapi tentunya BN dan rakan-rakan gabungan dalam parti BN akan tetap menggunakan logo kami," katanya.Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bersedia menggunakan lambang BN pada PRN Melaka, namun rundingan termasuk berkaitan penggunaan lambang dan kerjasama dengan BN masih diteruskan.Beliau berkata, Pas juga sedia mempertimbangkan sama ada menggunakan lambang sendiri atau BN, bergantung kepada hasil rundingan.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, tahap perbincangan BN dengan pihak yang berpotensi bekerjasama pada PRN Melaka kini berada pada 9.5 daripada 10.Beliau berkata, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan dan BN masih menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 7 Oktober nanti sebelum menentukan gabungan yang akan bekerjasama pada PRN Melaka."Selepas itu akan ada pengumuman untuk memuktamadkan dengan gabungan mana yang harus kita bekerjasama atau mengadakan jalinan kesefahaman untuk kita bergerak dalam PRN nanti."Kita masih terbuka dengan perbincangan, kami sangat terbuka," katanya.Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, BN dan rakan-rakan dalam gabungan itu akan kekal menggunakan logo BN pada PRN Melaka.Katanya, di peringkat akar umbi dan jentera, khususnya di pusat daerah mengundi, BN akan bergerak bersama walaupun pihak yang akan bekerjasama masih belum diputuskan."Tetapi kita telah merancang untuk menggerakkan jentera ini agar gelombang biru di Negeri Melaka ini benar-benar dapat diterjemahkan untuk menjadi satu gelombang yang akhirnya akan mara ke seluruh negara apabila tiba waktunya," katanya. |
|
Logo BN untuk parti ???yang disukai??? sahaja ??? Khaled - Mygazette - 4/10 7:40 am Rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu untuk PRN Melaka juga sudah mencapai 90 peratus. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, rundingan berkenaan akan dibawa kepada kepemimpinan parti masing-masing untuk pengesahan akhir sebelum dimuktamadkan |
|
Tuan Ibrahim perjelas ketidakhadiran pimpinan Pas semasa pengebumian Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 3/10 6:51 pm GOMBAK - Sebahagian besar pimpinan Pas tidak dapat menghadiri pengebumian Tun Dr Hasmah Mohd Ali pada 28 September lalu atas alasan mempunyai program tertentu di dalam dan luar negara, jelas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang itu bagaimanapun berkata, pihaknya secara langsung merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga.Menurut beliau, ia bukan bermakna Pas sengaja tidak hadir ke upacara pengebumian di Pusara Negara Presint 20, Putrajaya."Kebetulan pada hari beliau meninggal dunia, memang kita akui bahawa sebahagian besar pimpinan Pas mempunyai program tertentu."Contohnya, saya sendiri terlibat dalam program di Kelantan begitu juga Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah."Oleh itu, ketidakhadirannya memang disebabkan ada program yang tak boleh dielakkan |
|
'Siasat sekali dalang sebar video, bukan Ketua Pengarah AKPS sahaja' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 3/10 6:15 pm GOMBAK - Ketegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain wajar diberikan pujian, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata, pihaknya secara peribadi menyokong tindakan Mohd Shuhaily dalam menjalankan operasi di pintu masuk udara negara.ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Insiden video tular: Ketua Pengarah AKPS tahan ulat warga asing depan mata'Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang' - Mohd ShuhailyKatanya, ketegasan yang dipamerkannya memang memberi kesan kepada keselamatan negara secara langsung.Justeru, menurutnya, kerajaan perlu melakukan siasatan menyeluruh terhadap individu yang merakam kejadian tersebut dan bukan Mohd Shuhaily sahaja."Bila beliau (Mohd Shuhaily) mendapat maklumat dan membuat pemantauan, pada saya ada pihak luar yang tak ada kena-mengena buat rakaman, ia tak sepatutnya berlaku seolah-olah tiba-tiba ditularkan kejadian tersebut."Jadi, kita perlu menghormati pandangan dan ketegasan Mohd Shuhaily |
|
'Tak perlu jadi tok guru ajaran sesat baru letak jawatan' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 3/10 5:39 pm GOMBAK - Sebarang bentuk sokongan, penglibatan mahupun pandangan positif terhadap ajaran New Age Movement (NAM) wajar dipersoalkan, lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh individu yang memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerana fahaman tersebut jelas dengan bercanggah ajaran Islam.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seseorang itu juga tidak perlu menjadi pengikut atau tokoh ajaran sesat sekalipun untuk dianggap mempunyai kaitan dengan fahaman yang telah difatwakan haram."Tak perlu kita jadi tok guru ajaran sesat barulah (kena) letak jawatan |
|
'Datang rumah kita mestilah orang yang kita suka' - Khaled Nordin - Sinarharian - 3/10 4:02 pm KOTA TINGGI - "Siapa nak datang rumah kita, mestilah orang yang kita suka. Bukan semua orang."Demikian respons ringkas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditanya sekiranya ada pihak lain seperti Parti Wawasan Negara (Wawasan) mahu menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.Beliau berkata, tidak semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan logo BN sekiranya bersetuju membentuk kerjasama politik dalam PRN Melaka."Sebenarnya kita mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menggunakan logo BN tetapi bersandarkan kepada keputusan asas," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pihaknya bersedia menggunakan logo BN sekiranya lambang Perikatan Nasional (PN) tidak digunakan pada PRN Melaka.Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, kerjasama Pas dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir direalisasikan apabila rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu mencapai 90 peratus.Menurut beliau, Pas juga bersedia menggunakan logo BN dalam PRN tersebut jika langkah berkenaan membawa kepada kerjasama kedua-dua pihak.Mohamed Khaled memberitahu, BN terbuka mengadakan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak yang berhasrat menggunakan logo parti itu pada PRN Melaka nanti."Kalau itu sesuatu yang mereka berkehendakkan, kita bersedia untuk berbincang," ujarnya.Ditanya mengenai jumlah 21 kerusi yang sebelum ini dikaitkan dengan BN, Mohamed Khaled menjelaskan, beliau tidak terlibat secara langsung dalam rundingan berkenaan. |
|
PRN Melaka: Asyraf Wajdi sahkan rundingan UMNO-Pas berjalan positif - Sinarharian - 2/10 6:09 pm SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan rundingan dan perbincangan dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedang berjalan.Menurut beliau, proses rundingan termasuk penggunaan logo juga berlangsung positif antara kedua-dua belah pihak."Ya, perundingan dan perbincangan dengan Pas sudah dan sedang berjalan. Amat positif, Alhamdulillah," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Menerusi hantaran itu, Asyraf Wajdi turut berkongsi pautan berita Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sedia mempertimbangkan penggunaan logo Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka.Ahli Parlimen Marang yang ditemui selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, Terengganu pada Jumaat itu turut menegaskan, rundingan termasuk penggunaan lambang dan kerjasama dengan BN masih diteruskan, manakala partinya sedia menimbangkan sama ada menggunakan lambang sendiri atau BN, bergantung kepada hasil rundingan.Ia susulan ada 23 September lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) diterajui Pas digantung mengikut Subseksyen 13 (2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berkuat kuasa serta-merta susulan notis dikeluarkan pada 22 September lalu.Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut memberi respons positif terhadap kenyataan terbaharu Abdul Hadi.Menurutnya, perkembangan itu diyakini mampu memperkukuhkan lagi usaha perpaduan ummah."Alhamdulilah..Kami menyambut baik dengan cadangan dan usaha ini |
|
PRN Melaka: Rundingan UMNO-Pas amat positif ??? Asyraf Wajdi PRN Melaka: .. - Mygazette - 2/10 3:06 pm Lebih menarik, hantaran itu turut disertai dengan tanda pagar #PerpaduanUmmah. Asyraf Wajdi merujuk kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini yang mendakwa, rundingan termasuk penggunaan lambang dan kerjasama dengan BN masih diteruskan menjelang PRN Melaka |
|
Hadi, Muhyiddin kenang jasa Tun Dr Hasmah, titip doa buat keluarga - Sinarharian - 28/09 4:04 pm SHAH ALAM Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga susulan pemergian isteri beliau, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali pada Isnin.Abdul Hadi berkata, pemergian Allahyarham pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga, masyarakat dan negara.Menurut beliau, Allahyarham merupakan tokoh perubatan dan kesihatan yang telah banyak menabur bakti kepada rakyat serta negara sepanjang hayatnya."Allahyarham merupakan seorang tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara," katanya dalam satu kenyataan.Abdul Hadi berkata, Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai doktor dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat.Menurutnya, sumbangan Allahyarham juga merangkumi usaha meningkatkan kesedaran serta penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak.Beliau berkata, sepanjang kehidupannya, Allahyarham turut aktif dalam pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan selain menjadi pendamping setia kepada Tun Dr Mahathir sepanjang perjalanan karier politik dan pentadbirannya.Abdul Hadi turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir, seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham serta mendoakan mereka diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian tersebut.Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau dan keluarga berasa amat dukacita menerima berita pemergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai tokoh wanita terbilang dan ikon negara.Menurutnya, Tun Dr Hasmah dikenali sebagai seorang wanita yang penuh kelembutan, kasih sayang, kebijaksanaan dan sentiasa merendah diri."Bagi saya, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang disegani rakyat Malaysia, malah seorang insan yang sentiasa menunjukkan sifat keibuan, kemuliaan budi dan keprihatinan kepada semua yang mengenalinya," katanya menerusi hantaran di media sosial.Muhyiddin berkata, sepanjang mengenali Tun Dr Mahathir dan keluarganya, Allahyarham sentiasa menjadi sumber kekuatan, pendamping yang setia dan insan yang membawa ketenangan kepada orang di sekelilingnya."Jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau kepada negara akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya.Beliau turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.Muhyiddin juga memohon agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.Pemergian Tun Dr Hasmah pada usia 100 tahun disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Isnin. |
|
Penggantungan PN tidak jejas rundingan dengan BN - Takiyuddin - Sinarharian - 26/09 12:01 am KOTA BHARU - Penggantungan semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak menjejaskan rundingan kerjasama gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rundingan dengan BN masih diteruskan dan perkembangan berkaitan RoS tidak mengubah pendirian PN terhadap agenda kerjasama politik berkenaan."Saya mengesahkan tidak jejaskan rundingan kerjasama seperti kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menekankan penyatuan ummah."Penyatuan Ummah ataupun penyatuan orang Melayu-Islam ini sudah diterima oleh semua majoriti rakyat Malaysia, termasuk kalangan bukan Melayu."Sebab penyatuan, perpaduan ini mewujudkan kestabilan |
|
RoS: Kenapa gantung semua kegiatan sebelum sempat PN beri penjelasan? .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm # RoS: Kenapa gantung semua kegiatan sebelum sempat PN beri penjelasan? Tuan Ibrahim KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa kelmarin |
|
PRN Melaka: Sampai bila Pas mahu beri laluan kepada ???abang long???... - Mygazette - 24/09 4:07 pm Jadi persoalannya, sampai bila Pas mahu terus memberikan laluan kepada UMNO dalam rundingan kerusi? Di Johor, Pas sendiri mengakui bahawa mereka memberi laluan kepada UMNO dan komponen BN di kerusi yang tidak ditandingi Pas. Presiden Pas sendiri pernah menggambarkan keadaan itu seperti Pas menjadi penjaga gol yang membantu UMNO menjaringkan gol, katanya dalam satu kenyataan, hari ini |
|
PRN Melaka: AMK yakin Pas akan terus dibuli UMNO - Sinarharian - 24/09 1:00 am KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) yakin Pas akan terus dibuli oleh UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang seperti mana yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, beliau melihat apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan sepatutnya menjadi pengajaran besar kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN).Tegasnya, UMNO masih berlagak seperti 'abang long, seolah-olah mereka masih mempunyai kekuatan politik seperti dahulu, sedangkan realitinya, jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi Pas pada PRU15 adalah lebih besar berbanding UMNO."Jadi persoalannya, sampai bila Pas mahu terus memberikan laluan kepada UMNO dalam rundingan kerusi?"Di Johor, Pas sendiri mengakui bahawa mereka memberi laluan kepada UMNO dan komponen BN di kerusi yang tidak ditandingi Pas. Presiden Pas sendiri pernah menggambarkan keadaan itu seperti Pas menjadi 'penjaga gol' yang membantu UMNO menjaringkan gol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pernah menggesa Pas mengadakan PRN di negeri yang ditadbirnya untuk membuktikan keikhlasan parti itu.Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Pahang, kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan sebelum ini turut berkata, lagak 'abang long atau 'warlord adalah imej yang sudah sinonim dengan UMNO.Tegasnya, dalam politik, peluang menjadi dominan sering kali menjadi matlamat utama setiap parti politik yang merasakan mereka masih relevan sebagai aktor yang mampu menawan sebahagian besar kehendak majoriti.Menurut Dzul Hilmi, situasi itu akan dilihat pula di Melaka, dengan persoalan adakah formula yang sama akan berulang di mana Pas dan PN memberikan ruang yang besar kepada UMNO, sedangkan Pas sendiri mempunyai kekuatan tersendiri.Malah, ujarnya, Pas sudah menyatakan mereka mempunyai beberapa kerusi yang menjadi sasaran."Jadi saya fikir rakyat berhak melihat sama ada rundingan ini benar-benar berdasarkan peluang kemenangan ataupun sekadar memberikan kelebihan kepada UMNO."Selepas Melaka, saya tidak sabar untuk melihat bagaimana pula rundingan berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |