///

Search : Presiden Brazil News   Page 1    



18/11 10:11 am
Kerjasama dalam sektor semikonduktor dengan Brazil jadikan Malaysia pintu gerbang perindustrian serantau - Tengku Zafrul - SUN

RIO DE JANEIRO : Malaysia bakal menjadi pintu gerbang industri serantau berikutan kerjasamanya dengan Brazil dalam sektor semikonduktor, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Malaysia-Brazil di sini hari ini. Dalam ucapannya, beliau berkata mesyuarat itu bukan sahaja platform untuk mempamerkan kekuatan Malaysia tetapi juga peluang untuk menjalin perkongsian bermakna. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIMOS Bhd, Dr Saat Shukri Embong; Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, Datuk Seri Wong Siew Hai; Presiden Persatuan Industri Elektrik dan Elektronik Brazil, Dr Humberto Barbato dan Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Brazil, Rogrio Nunes. Tengku Zafrul berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik RM500 bilion dalam pelaburan menjelang 2030 dan mewujudkan 10 juara industri semikonduktor tempatan dengan pendapatan melebihi RM1 bilion setiap satu. Sasaran itu termasuk latihan dan peningkatan kemahiran 60,000 jurutera adalah sebahagian daripada Strategi Semikonduktor Kebangsaan. Semasa mesyuarat itu, Tengku Zafrul turut menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan industri semikonduktor Malaysia dan Brazil. MoU pertama ditandatangani oleh Saat dan CEO Institut Eldorado, Roberto Soboll manakala MoU kedua ditandatangani oleh Wong dan Barbato. Malaysia mempunyai ekosistem semikonduktor yang komprehensif merangkumi aktiviti bahagian front-end dan back-end. Malaysia ketika ini merupakan pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia dengan eksport semikonduktor bernilai lebih US$85 bilion. Ekosistem semikonduktor Malaysia termasuk syarikat terkemuka global seperti Intel, Infineon, Micron, dan Texas Instruments serta syarikat tempatan seperti Carsem dan Inari. Penggiat industri berkenaan telah menjadikan Malaysia sebagai hab dipercayai untuk pelbagai industri daripada automotif kepada peranti perubatan.



18/11 9:55 am
Malaysia, Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza - SUN

RIO DE JANEIRO : Malaysia dan Brazil menekankan keperluan mendesak untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan berkekalan terhadap konflik yang sedang berlaku di Gaza serta menuntut Israel agar memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Wilayah Palestin yang diduduki dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan. Kedua-dua pemimpin juga sekali lagi menegaskan sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, berdasarkan sempadan sebelum 1967, serta keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan dua hala antara Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Sidang Kemuncak G20

negara, berdasarkan sempadan sebelum 1967, serta keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan dua hala antara Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Sidang Kemuncak G20. Anwar dan Lula turut menegaskan komitmen masing-masing untuk memerangi ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, industri halal, keterjaminan makanan dan pertanian, sains, teknologi dan inovasi, semikonduktor serta alam sekitar dan perubahan iklim. Mereka turut mengalu-alukan pelancaran Global Alliance against Hunger and Poverty. Presiden Lula menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Malaysia untuk menyertai pakatan itu sebagai anggota pengasas. Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mereka terhadap usaha bersama-sama dalam membasmi kelaparan di seluruh dunia menjelang akhir dekad ini, selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.



18/11 9:17 am
Brazil joins Malaysia in calling for immediate ceasefire in Gaza, formation of Palestine state as UN full member - Malaymail

RIO DE JANEIRO (Brazil), Nov 18 Malaysia and Brazil stressed the urgent need for an immediate and permanent ceasefire...



18/11 8:43 am
Anwar urges deeper Malaysia-Brazil partnership in E&E, semiconductor sectors to bolster Global South cooperation - Malaymail

RIO DE JANEIRO (Brazil), Nov 18 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has urged the electrical and electronics (E&E)...





Presiden Brazil terima undangan hadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2025 - PM - Sinarharian - 18/11 8:16 am

RIO DE JANEIRO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Brazil Luiz In??cio Lula da Silva telah menerima undangan beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai Tetamu Pengerusi

kasih kepada President Lula kerana mengundang beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di sini. Anwar tiba di Lima pada Sabtu lepas untuk mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Peru, negara terbesar di Amerika Selatan. Malaysia, bersama-sama 16 lagi negara termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam, turut menjadi negara tetamu pada Sidang Kemuncak G20. G20 terdiri daripada 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika. Anwar diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Putrajaya dan Bras??lia, meraikan hubungan dua hala yang kukuh berdasarkan nilai-nilai serta matlamat bersama seperti keamanan, kerjasama dan pembangunan mampan. Pada 2023, Brazil adalah rakan perdagangan ke-20 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-29 terbesar dan sumber import terbesar ke-17 negara. Antara negara-negara di Amerika Latin dan Caribbean, Brazil adalah rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import terbesar negara. - Bernama





Malaysia, Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza - FMT - 18/11 7:00 am

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Brazil Luiz In??cio Lula da Silva turut menuntut Israel memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa sekatan kepada rakyat Palestin.





PM komited bantu urusan halal komuniti Islam Brazil - FMT - 17/11 11:13 pm

Anwar Ibrahim berdiskusi bersama komuniti Islam dalam lawatan rasminya ke Brazil.



PM Anwar bertemu presiden Brazil, pemimpin industri - SUN - 17/11 10:07 pm

RIO DE JANEIRO : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva di sini, Ahad

pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia, Maria Quitria yang berjaya memperoleh pengeluaran minyak pertamanya pada 15 Okt, 2024. Kejayaan itu menandakan permulaan kontrak tetap projek dengan kadar sewa harian yang ditetapkan dibayar kepada Yinson Production selama 22.5 tahun, sehingga 2047. FPSO Maria Quitria merupakan aset kedua Yinson Production yang telah dihantar untuk pelanggannya Petrobras, menyusuli kejayaan penghantaran FPSO Anna Nery pada Mei 2023. FPSO Maria Quitria mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 tong minyak sehari (bpd) dan kapasiti penyimpanan sebanyak satu juta tong. Selepas daripada majlis berkenaan, Perdana Menteri menghadiri makan malam bersama diaspora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia. Anwar tiba di bandar tepian pantai yang meriah dengan aktiviti pada Sabtu selepas menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di Lima, Peru untuk lawatan rasmi pertamanya ke Brazil dan sebagai negara tetamu untuk G20. Malaysia bersama 16 negara lain, termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam adalah negara tetamu untuk Sidang Kemuncak G20. Lawatan Anwar itu atas jemputan Presiden Brazil Lula da Silva. Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. Delegasi Malaysia juga disertai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Seri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia yang lain. Pada 2023, Brazil merupakan rakan dagangan ke-20 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-29 terbesar dan sumber import ke-17 terbesar. Dalam kalangan negara Amerika Latin dan Caribbean, Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import terbesar.



PM Anwar arrives in Brazil for official visit, set to strengthen ties and boost trade at G20 summit - Malaymail - 17/11 11:08 am

RIO DE JANEIRO, Nov 17 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived in Brazil, South Americas largest country, fro...



Anwar in Brazil: Visit to strengthen 65 years of diplomatic ties and unlock new trade opportunities - Malaymail - 17/11 10:12 am

LIMA, Nov 17 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims maiden official visit to Brazil from November 16 to 19 will fur...





Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun - FMT - 16/11 11:36 pm

Lawatan itu terdiri dua komponen iaitu pertemuan dengan presiden Brazil dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20.



Pelantikan sebagai penasihat tak jatuhkan maruah Presiden - Mgazette - 27/10 2:07 pm

Namun, selepas pelantikan itu diumumkan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA minggu lepas, ia menimbulkan reaksi tidak senang dalam kalangan mereka di mana jawatan itu dikatakan tidak sepadan dengan taraf Ka Siong sebagai Presiden Parti




Reformasi     >>



Penilaian pertengahan penggal: Anwar, k???jaan Madani .. - Mkini
Malah Bersih turut meletakkan Anwar di belakang Ismail Sabri Yaakob dan Dr Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji-janji reformasi.
Kroni     >>



General : Two Years Leading MADANI Govt, PM Anwar .. - Bernama
PUTRAJAYA, Nov 20 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who will mark two years of leading the MADANI Government on Nov 24, will continuethe country's agenda with a working visit to South Korea, said Communications Minister Fahmi Fadzil.
Tabloid     >>



'Saya faham keluarga mahu bersihkan nama Tun Daim, .. - Hmetro
Kuala Lumpur: Saya faham keluarga mahu membersihkan nama Tun Daim, tetapi inilah dinamakan takdir. Demikian kata Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin selepas pendakwaan tidak lagi mahu meneruskan prosiding terhadap Allahyarham Tun Daim Zainuddin. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Sony In Talks To Acquire Japanese Media Giant Kadokawa - Lowyat
If you watch anime with any regularity, you’ll probably have seen the name Kadokawa show up in the opening credits. Probably less known is that the Japanese media giant also owns a small number of game publishers, including Spike Chunsoft, and most notably, FromSoftware. Despite its size ..