| /// |
|
| Search : Pos Kemar News | Page 1 |
|
Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm Menurutnya, pihaknya dimaklumkan berhubung kehilangan kumpulan itu pada petang Ahad sebelum operasi pencarian dirancang untuk dimulakan pagi ini. Seramai lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama lima malim bomba telah digerakkan dari Jeti Trojan, Tasik Temengor menggunakan tiga bot menuju ke Pos Kemar, Gerik |
|
Rescue teams mobilised by land, water, air for six missing hikers - Sinardaily - 7/09 2:18 pm GERIK - Rescue teams are being mobilised by water, land and air in preparation for a search and rescue (SAR) operation for six individuals feared missing while hiking at Gunung Trans Gerah in Lojing, Kelantan.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said the department received information about the missing two mountain guides and four family members yesterday afternoon, prompting discussions with the JBPM headquarters operations division on the search plan.He said three boats from the Trojan Jetty in Gerik would transport eight members of the Special Tactical Operation and Rescue Team (Storm) and five fire and rescue mountain guides by water to Pos Kemar."A total of 12 Forestry Mountain Guides are also travelling from Sungai Siput in four-wheel-drive vehicles to Pos Kemar, with the journey expected to take about four hours."All teams will gather at Pos Kemar, which will serve as the Forward Control Post (PKH), he said when contacted today.Sayani said the JBPM air unit from the Northern Region JBPM Bertam Air Base was scheduled to depart Bertam at 2 pm today for an aerial survey, beginning at the last location where the six were seen on Sept 1 before proceeding towards Pos Kemar."The aerial survey is important to give us an initial overview of the search area, including identifying routes that can be used by the ground teams, he said.He said the JBPM canine unit (K9), which arrived this morning, was on standby but had yet to be deployed pending finalisation of the operation plan."A multi-agency coordination meeting is still being held at the Gerik District Police Headquarters (IPD) to determine the SAR plan and deployment on the ground, he said.The operation involves the Royal Malaysia Police (PDRM), Forestry Department, Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan), General Operations Force (PGA), JBPM and Forestry Mountain Guides.The six began their hike on Aug 29 and were due to emerge from the forest on Sept 3.A report was lodged by their family members yesterday after they failed to return as scheduled |
|
6 pendaki hilang termasuk kanak-kanak: Operasi pencarian tumpu laluan Perak, trek pendakian mencabar - Sinarharian - 7/09 2:04 pm GERIK Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) yang dilaporkan hilang kini ditumpukan di kawasan laluan sebelah Perak.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, operasi berkenaan dilancarkan susulan laporan polis dibuat ahli keluarga selepas mereka gagal menerima sebarang khabar berita daripada kumpulan terbabit sehingga 6 September lalu.Beliau yang juga Komander Operasi SAR tersebut memaklumkan pencarian dibuat dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan."Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta untuk menjejaki kumpulan terbabit di kawasan laluan sebelah Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Operasi ini melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak serta Malim Gunung Perhutanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Abdul Samad berkata, kumpulan pendaki itu terdiri daripada empat lelaki berusia antara 39 hingga 49 tahun dan dua kanak-kanak masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun.Katanya, mereka dilaporkan memulakan pendakian pada 29 Ogos dari kawasan Pos Dakoh, Gua Musang, Kelantan dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak pada 3 September lalu."Komunikasi terakhir kumpulan berkenaan dengan ahli keluarga adalah pada 1 September kira-kira jam 7.47 pagi dengan memaklumkan mereka berada dalam keadaan baik dan sedang bergerak menghala ke arah Perak."Bagaimanapun sehingga 6 September, ahli keluarga masih tidak menerima sebarang berita sebelum membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan kumpulan terbabit supaya segera menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha pencarian.Katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menjejaskan kelancaran operasi SAR.INFO Laluan Trans GBB yang merangkumi Gunung Gerah, Bilah dan Bieh di Banjaran Titiwangsa dianggap antara trek pendakian mencabar kerana melalui kawasan hutan tebal, hutan lumut serta laluan permatang yang curam.Ekspedisi itu merentasi sempadan Perak dan Kelantan dengan pendaki biasanya memulakan perjalanan sama ada melalui Pos Kemar, Perak atau Pos Dakoh, Kelantan.Melalui Pos Kemar, tempoh pendakian lazimnya mengambil masa antara empat hingga lima hari, manakala laluan dari Pos Dakoh pula sekitar tiga hingga empat hari dengan jarak trek kira-kira 44 kilometer.Trans GBB dikategorikan sebagai laluan pendakian bertaraf sangat sukar atau 'hardcore' dan tidak sesuai untuk pendaki baharu berikutan cabaran fizikal serta bentuk muka bumi yang mencabar.Pendaki juga berdepan perubahan ketinggian melebihi 2,600 meter dengan perjalanan antara lapan hingga 12 jam sehari melalui laluan turun naik yang curam.Selain itu, laluan tersebut bukan trek komersial dan jarang dilalui menyebabkan jejak pendakian tidak sentiasa jelas, sekali gus meningkatkan risiko tersesat atau laluan terhalang akibat pokok tumbang.Cabaran turut bermula sebelum memasuki hutan apabila pendaki perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk melalui jalan balak menuju ke pintu rimba.Sepanjang berada di kawasan hutan pula, pendaki berdepan ketiadaan liputan telefon, sekali gus menyukarkan komunikasi dengan pihak luar. |
|
'Keadaan kami baik' - Keluarga enam pendaki hilang terima mesej terakhir 1 September lalu - Sinarharian - 7/09 1:16 pm GUA MUSANG - "Keadaan kami baik dan cuaca sepanjang tiga hari ini tidak hujan."Itu mesej terakhir diterima ahli keluarga daripada enam individu termasuk sepasang suami isteri, dua anak mereka dan dua malim gunung sebelum komunikasi terputus ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini.Mesej berkenaan diterima pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu sebelum keenam-enam mereka gagal dihubungi sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingKeluarga dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Dua malim gunung yang turut bersama kumpulan berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, masing-masing berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, selepas mesej terakhir berkenaan diterima, ahli keluarga tidak lagi menerima sebarang komunikasi daripada kumpulan tersebut."Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu memulakan pendakian pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Katanya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung dari Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo berkata, pihaknya turut menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan pada Ahad bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak. |
|
Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui - Sinarharian - 7/09 12:39 am GUA MUSANG - Sepasang suami isteri dan dua anak termasuk dua malim gunung masih belum ditemui selepas terputus komunikasi ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini pada Isnin.Keluarga yang berasal dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, laporan telah dibuat ahli keluarga di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi pada Ahad selepas mereka gagal menghubungi keenam-enam mangsa.ARTIKEL BERKAITAN:Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ujar beliau, siasatan awal mendapati kumpulan itu mula mendaki pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Jelasnya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo memberitahu, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan semalam bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak. |
|
Enam individu hilang: Operasi SAR guna laluan darat, udara - Bomba - Sinarharian - 7/09 12:19 am IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans GBB digerakkan pada Isnin menggunakan laluan darat, air dan udara.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan enam individu itu pada petang Ahad sebelum keputusan dibuat untuk memulakan operasi pencarian pada pagi Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingMenurutnya, lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama lima malim bomba menggunakan tiga bot dari Jeti Trojan Tasik Temengor menuju ke Pos Kemar, Gerik."Pasukan bomba akan menggunakan laluan air dengan bot manakala 12 anggota MGP dari Sungai Siput bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda menuju ke Pos Kemar dan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam untuk tiba."Kedua-dua pasukan akan berkumpul di Pos Kemar sebelum gerak kerja pencarian dilaksanakan berdasarkan perancangan yang diputuskan bersama agensi terlibat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Sayani berkata, mesyuarat penyelarasan antara agensi masih berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi menentukan gerak kerja pasukan penyelamat dalam usaha mengesan keenam-enam individu berkenaan.Menurutnya, Pos Kawalan Hadapan (PKH) akan ditubuhkan di Pos Kemar, manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) atau Pos Kawalan Operasi (PKOP) dijangka ditempatkan di IPD Gerik atau Balai Bomba Gerik."Pasukan K9 (Unit Anjing Pengesan) JBPM juga sudah tiba pagi ini dan berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan |
|
Enam hilang ketika mendaki: 14 malim gunung terlibat operasi SAR - Sinarharian - 7/09 12:02 am IPOH Seramai 14 Malim Gunung Perhutanan (MGP) digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, di sini pada 29 Ogos lalu.Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Muzafar Mohamad berkata, kekuatan itu membabitkan MGP dari Perak dan Kelantan.Menurutnya, pasukan MGP terbabit digerakkan menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda (4X4) bagi menyertai operasi SAR berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Memang pagi ini (Isnin) kita sudah masuk dengan tiga buah 4X4 dengan kekuatan 14 MGP."Enam MGP adalah dari Perak, manakala lapan lagi dari Kelantan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Muzafar berkata, penglibatan MGP dari kedua-dua negeri itu penting berikutan laluan masuk dan keluar bagi operasi berkenaan melibatkan kawasan Kelantan dan Perak.Katanya, berdasarkan prasyarat ditetapkan, MGP dari negeri berkenaan perlu terlibat sekiranya laluan pendakian memasuki kawasan Kelantan sebelum keluar ke Perak."Memang MGP terlibat secara langsung dalam operasi kali ini. Buat masa ini belum ada perkembangan baharu berhubung penemuan enam individu terbabit."Setakat ini, pergerakan pasukan MGP adalah bagi membantu usaha pencarian dan mereka sudah masuk ke kawasan operasi," katanya.Semalam media melaporkan pasukan menyelamat sedang mengumpul maklumat lengkap berhubung kejadian berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.31 petang Ahad.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan.Ahli keluarga mangsa yang berada di Selangor memaklumkan kehilangan itu selepas empat individu terbabit gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan pada 3 September.Choon Foo berkata, hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus.Beliau berkata, kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak. |
|
Boy, nine, among six hikers feared missing on Gunung Trans Gerah - Sinardaily - 7/09 7:15 am GUA MUSANG - A nine-year-old boy and a 13-year-old girl, both from Selangor, are among six individuals feared missing after a trek across Mount Trans Gerah, having failed to emerge as scheduled at Pos Kemar, Perak on Sept 3.Gua Musang district police chief Supt Sik Choon Foo said the two children were hiking with their parents, both aged 39, and two mountain guides aged 49 and 44.He said the group entered the trail via Pos Dakoh, Lojing here on 29 Aug, using the services of two licensed mountain guides."We received a report from family members in Selangor on Saturday after the group failed to exit the trail as scheduled."Checks found that the last contact with the group was on Sept 1, when they reported being in a forested area in Perak and still continuing their journey, before they became uncontactable," he told Sinar Harian on Sunday.He said based on the planned route, the group was expected to exit via Pos Kemar, Perak, after a hike that typically takes four to five days.Police are now liaising with the Perak authorities to confirm the group's last known location, as they are believed to have crossed into Kelantan's border, he said."We are coordinating with the Perak authorities to organise search and rescue operations," he said.Sik said police have not ruled out the possibility that the group's mobile phones had run out of battery, which could explain why they could not be reached. |
|
Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakan - Sinarharian - 6/09 9:25 pm IPOH - Pasukan bomba sedang mengumpul maklumat lengkap berhubung kejadian enam individu dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lepas.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.31 petang Ahad."Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak sedang mengumpul maklumat lengkap berkaitan kejadian itu sebelum penyelarasan dibuat bersama agensi kerajaan lain bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu,Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan hari ini.Ahli keluarga mangsa yang berada di Selangor memaklumkan kehilangan itu selepas empat individu terbabitgagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkanpada 3 September.Sik berkata, hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus.Beliau berkata, kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak |
|
Terputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilang - Sinarharian - 6/09 8:51 pm GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Selangor antara enam individu yang dikhuatiri hilang ketika melakukan pendakian merentas Gunung Trans Gerah selepas gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar, Perak pada 3 September lalu.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kedua-duanya mendaki bersama ibu bapa mereka yang masing-masing berusia 39 tahun serta dua malim gunung berusia 49 dan 44 tahun.Menurut beliau, kumpulan tersebut memasuki laluan pendakian melalui Pos Dakoh, Lojing di sini pada 29 Ogos lalu menggunakan khidmat dua malim gunung berlesen."Kami menerima laporan daripada ahli keluarga di Selangor pada Sabtu selepas mereka gagal keluar dari laluan pendakian mengikut jadual."Hasil semakan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu adalah pada 1 September lalu apabila mereka memaklumkan berada di kawasan hutan Perak dan masih meneruskan perjalanan sebelum gagal dihubungi," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata, berdasarkan laluan yang dirancang, kumpulan itu dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak selepas pendakian yang lazimnya mengambil masa antara empat hingga lima hari.Menurutnya, polis kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Perak bagi mengesahkan lokasi terakhir kumpulan berkenaan memandangkan mereka dipercayai telah melepasi sempadan Kelantan."Kami sedang menyelaras dengan pihak berkuasa di Perak bagi mengatur gerakan operasi dan menyelamat," katanya.Choon Foo berkata, polis tidak menolak kemungkinan telefon bimbit yang dibawa kumpulan itu kehabisan bateri sehingga menyebabkan mereka gagal dihubungi. |
|
Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutan - Sinarharian - 6/09 6:54 pm KOTA BHARU - Enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung dikhuatiri hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang, 29 Ogos lepas.Ketua Polis Daerah Gua Musang, SuperintendenSik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan di Selangor hari ini selepas mereka gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkanpada 3 September.Beliau berkata, hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus."Pada masa ini kita sedang berurusan dengan pihak Perak untuk mendapatkan pengesahan kerana berdasarkan hubungan terakhir, mereka sudah berada di kawasan hutan Perak dan bukan lagi di kawasan Kelantan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Sik berkata, kumpulan berkenaan mempunyai permit memasuki kawasan hutan danmenggunakan khidmat dua malim gunung.Beliau berkata, kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak."Buat masa ini kita belum menjalankan operasi di sebelah Kelantan kerana semakan menunjukkan mereka telah melepasi sempadan negeri |
|
Empat beranak, 2 malim gagal dikhuatiri hilang di Gunung Trans Gerah - Kosmo - 6/09 5:16 pm Kumpulan berkenaan yang membabitkan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka serta dua malim gunung dilaporkan memulakan pendakian pada 29 Ogos lalu. Mereka dijangka keluar melalui Pos Kemar, .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |