| /// |
|
| Search : Pertubuhan News | Page 1 |
|
RoS perlu jelas asas notis kepada PN – peguam - Harakahdaily - 25/09 5:39 pm SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu menjelaskan asas perundangan yang digunakan untuk mengeluarkan notis cadangan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), sedangkan aduan berkaitan kuorum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU masih belum diputuskan.Pengamal undang-undang, Dr Yusfarizal Yussoff berkata, notis di bawah Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] yang dikeluarkan pada 22 September 2026 […] The post RoS perlu jelas asas notis kepada PN – peguam appeared first on Harakahdaily . |
|
Azmin dedah punca Bersatu buat aduan terhadap PN kepada RoS - Sinarharian - 25/09 4:58 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Penafian hak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menghadiri, menyuarakan pendapat dan mengundi dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada 16 Julai lalu menjadi aduan parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), sebelum penggantungan semua kegiatan gabungan berkuat kuasa 23 September lalu.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu telah mengemukakan aduan bertulis kepada RoS pada 11 Ogos lalu berhubung tindakan kepimpinan baharu gabungan itu yang didakwa melanggar Perlembagaan PN."Bersatu juga telah mengemukakan aduan kepada RoS mengenai kewujudan 'kuasa veto' yang mempengaruhi keputusan dibuat Majlis Tertinggi PN."Individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi PN sering mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai satu ancaman dan tekanan untuk melucutkan dan/atau menggugurkan Bersatu sebagai parti anggota yang sah dalam PN."Amalan ini bercanggah dengan kuasa yang diberikan kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional di bawah Fasal 7A.1(c) Perlembagaan PN," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu beliau memaklumkan, RoS telah mengesahkan terima aduan Bersatu dan penelitian sedang dijalankan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 serta peraturan berkaitan dan Perlembagaan PN.Malah menurutnya, beliau sendiri telah hadir mewakili parti untuk memberi keterangan pada 18 Ogos di Ibu Pejabat RoS, Putrajaya berhubung aduan yang dibuat oleh Bersatu."Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat RoS dan menerangkan asas aduan yang dibuat pada 11 Ogos 2026."Saya menggesa kepimpinan tertinggi dan pihak pengurusan PN idak meremehkan peranan RoS dengan melemparkan tohmahan jahat yang tidak berasas untuk meraih simpati politik dan menutup kegagalan kepimpinan sedia ada."RoS telah berulang kali memberi peringatan secara bertulis kepada PN supaya pertubuhan ini hendaklah menjalankan segala aktiviti pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) dan Perlembagaan PN," tegasnya. |
|
Wawasan dakwa tindakan RoS terhadap PN bermotifkan politik Wawasan dakwa .. - Mygazette - 25/09 8:00 am Katanya, Wawasan turut dimaklumkan bahawa PN telah menerima dua notis daripada RoS. Notis pertama (bertarikh 22 September 2026) ialah Notis Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 |
|
Notis RoS sama tarikh pembubaran DUN Melaka – Pas - Mygazette - 24/09 4:07 pm Jelas parti itu, atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti, mereka akan bersama-sama parti komponen dalam PN yang bertanggungjawab bagi meneliti dan mengambil segala langkah yang wajar. "Ia mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan terutamanya Akta Pertubuhan 1966 bagi memenuhi matlamat dan objektif penubuhan dan perjuangan PN," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini |
|
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya – Ahmad Zahid - Mygazette - 24/09 4:07 pm # Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya - Ahmad Zahid TANJONG MALIM - Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan aduan yang diterima. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab RoS menjaga kepentingan anggota mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut di bawah Akta Pertubuhan 1966 |
|
Wawasan dakwa wujud ???tangan ghaib??? di sebalik penggantungan PN - Mygazette - 24/09 4:07 pm Parti pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin itu berkata, PN menerima dua notis daripada RoS masing-masing bertarikh 22 dan 23 September lalu. Notis pertama (bertarikh 22 September 2026) ialah Notis Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 |
|
Notis ROS bukan batal PN, tapi kegiatan parti kini digantung - Harapandaily - 24/09 9:45 am Perikatan Nasional (PN) berdepan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) selepas semua kegiatan gabungan itu digantung berkuat kuasa semalam, namun status pendaftarannya belum dibatalkan. JPPM dalam kenyataan hari ini berkata notis di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] telah dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu |
|
PAS yakin PN urus isu notis batal, gantung sebaiknya - Harakahdaily - 24/09 8:41 am KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat maklum berhubung suatu notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap Perikatan Nasional (PN). Notis bertarikh 22 September 2026 itu dikeluarkan menurut subseksyen 13 (2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], berikutan aduan daripada salah satu rakan komponen PN iaitu BERSATU |
|
Notis RoS: Pas, komponen PN teliti langkah wajar - Sinarharian - 24/09 8:39 am PUTRAJAYA Pas akan bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang bertanggungjawab untuk meneliti dan mengambil segala langkah yang wajar susulan notis tunjuk sebab dan perintah penggantungan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap gabungan itu.Menerusi kenyataan, Pas memaklumkan, langkah berkenaan akan dibuat berdasarkan prinsip musyawarah dan akauntabiliti serta mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan."Pas juga akan bersama-sama parti komponen dalam PN yang bertanggungjawab bagi meneliti dan mengambil segala langkah yang wajar mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan terutamanya Akta Pertubuhan 1966 bagi memenuhi matlamat dan objektif penubuhan dan perjuangan PN," katanya pada Khamis.Menurut Pas, pihaknya mendapat maklum mengenai notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 September 2026 yang dikeluarkan ROS terhadap PN di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].Notis berkenaan dikeluarkan susulan aduan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)."Pas yakin notis dan perintah yang dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan pengumuman dan pembubaran DUN Melaka itu akan diuruskan mengikut peruntukan undang-undang dan proses perundangan sewajarnya oleh PN," jelasnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |