| /// |
|
| Search : Pemuda Pas News | Page 1 |
|
Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan - Mygazette - 24/09 4:07 pm KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pemangku baharu berikutan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun daripada jawatan Ketua Pemuda |
|
'Peletakan jawatan urusan peribadi, tiada kaitan isu parti' - Pemangku Ketua Pemuda Pas Terengganu - Sinarharian - 24/09 10:44 am KUALA TERENGGANU - Peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai Ketua Pemuda Pas Terengganu lebih kepada urusan peribadi dan tidak melibatkan sebarang isu parti.Pemangku Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini sudah memadai untuk menjelaskan situasi berkenaan."Peletakan jawatan beliau lebih kepada urusan peribadi.. |
|
Ketua Pemuda PAS Terengganu letak jawatan - FMT - 24/09 8:46 am Perletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun diterima sebulat suara mesyuarat khas Dewan Pemuda PAS Terengganu semalam. |
|
Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan - Sinarharian - 24/09 7:39 am KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) melalui satu mesyuarat khas mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pemangku baharu berikutan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun daripada jawatan Ketua Pemuda.Setiausaha DPPNT, Mohd Riduan Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT diadakan pada Rabu sebulat suara menerima peletakan jawatan tersebut."Susulan kekosongan itu, mesyuarat bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 20262027."Barisan kepimpinan utama turut diisi oleh Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin sebagai pemangku Timbalan Ketua dan Abdul Manaff Ghani sebagai pemangku Naib Ketua," katanya menerusi surat rasmi bertarikh 23 September dikeluarkan di laman sosial Pemuda Pas Terengganu pada Khamis.Dalam kenyataan sama, kenyataan tersebut menyatakan DPPNT menzahirkan penghargaan serta berharap kepimpinan baharu mendapat pertolongan ALLAH SWT dalam meneruskan agenda tarbiah dan dakwah pemuda. |
|
Pemuda Pas gesa KPM jelas rasional mansuh syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera - Sinarharian - 23/09 8:45 pm SHAH ALAM Pemuda Pas menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan rasional sebenar serta membentangkan pelan alternatif susulan pemansuhan syarat pegangan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) di bawah kementerian itu.Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda Pas, Mohammad Kamal Mohamed berkata, kenyataan KPM bahawa keputusan tersebut dipersetujui selepas perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut menimbulkan persoalan.Menurut beliau, percanggahan kenyataan antara kedua-dua kementerian itu memberikan gambaran bahawa keputusan berkenaan dibuat tanpa penelitian menyeluruh."Pemuda Pas ingin menegaskan bahawa sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan Bumiputera perlu diuruskan melalui proses libat urus yang menyeluruh."Ia tidak boleh dilaksanakan tanpa proses yang betul hanya dengan mengambil kira pandangan beberapa pihak semata-mata."Apatah lagi apabila wujud percanggahan kenyataan antara kementerian yang memberikan gambaran negatif terhadap proses membuat keputusan dan penyelarasan dasar di bawah Kerajaan Madani," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, KPM memaklumkan bahawa syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi diwajibkan bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan IPS di bawah kementerian tersebut.Menurut kenyataan KPM pada Isnin, keputusan berkenaan dicapai selepas sesi perbincangan dengan MITI.Bagaimanapun, MITI kemudiannya menjelaskan bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam perbincangan mengenai pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera tersebut.MITI turut memaklumkan bahawa dasar pemilikan ekuiti Bumiputera bukan berada di bawah bidang kuasanya, sebaliknya terletak di bawah tanggungjawab Menteri Ekonomi.Mengulas lanjut, Mohammad Kamal berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan yang lebih menyeluruh berhubung rasional pemansuhan syarat pegangan ekuiti tersebut.Menurutnya, KPM juga perlu tampil dengan pelan tindakan alternatif bagi memperkukuh kepentingan Bumiputera selepas dasar itu dimansuhkan."Malah, KPM wajar bertanggungjawab mengemukakan langkah-langkah yang akan diambil untuk terus memperkasakan kepentingan Bumiputera susulan pemansuhan syarat ekuiti tersebut."KPM tidak seharusnya memandang ringan perkara ini atau bersikap acuh tak acuh terhadap implikasi dasar yang dibuat," katanya. |
|
Isu pemansuhan syarat 30 peratus ekuiti bagi IPS: Pemuda Pas Selangor dakwa kerajaan gagal lindungi Bumiputera - Sinarharian - 22/09 5:19 pm SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memansuhkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan Institusi Pendidikan Swasta (IPS).Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Ustaz Dr Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, keputusan tersebut merupakan satu lagi bukti nyata yang akan terus direkodkan dalam sejarah pentadbiran kerajaan hari ini, di mana mereka secara berterusan cuba menggugat, menghakis, dan membelakangkan keistimewaan serta kedudukan ekonomi Bumiputera di negara ini."Kerajaan seolah-olah buta sejarah dan lupa akan faktor utama mengapa syarat ini diwujudkan pada tahun 2006 |
|
Pemuda Pas desak MCMC siasat operasi AI memanipulasi isu 3R, pilihan... - Mygazette - 13/09 7:02 am # Pemuda Pas desak MCMC siasat operasi AI memanipulasi isu 3R, pilihan raya KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malaysia mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat siasatan menyeluruh serta mengemukakan laporan rasmi kepada umum berhubung pendedahan syarikat penyelidikan kecerdasan buatan (AI), Anthropic |
|
PAU 2026: 'Paling penting tanda persahabatan, hubungan kita sama-sama jaga' - Ketua Pemuda Pas - Sinarharian - 10/09 10:08 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menerima cenderahati daripada Pemuda UMNO ketika hadir pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.Afnan Hamimi berkata, beliau hadir ke perhimpunan itu sebagai memenuhi jemputan."Balik sekali dengan buah tangan |
|
UMNO bukan cari pasangan politik, mahu titik temu demi bangsa ???... - Mygazette - 10/09 4:41 pm Hadir menyaksikan ucapan dasar itu adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmed Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Datuk Mohd Hasnol Ayub dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Turut kelihatan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah dan setiausahanya, Mohd Hafiz Ariffin, Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon; Ketua Pemuda Arvind Krishnan dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden |
|
PRN Melaka: Perbincangan kerjasama antara Pas-UMNO lebih positif - Afnan Hamimi - Sinarharian - 10/09 4:37 pm KUALA LUMPUR - Perbincangan kerjasama antara Pas dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diyakini lebih baik daripada Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, keyakinan itu bersandarkan perbincangan positif yang berlangsung antara kedua-dua pihak."Perbincangan (kerjasama PRN Melaka) masih berlangsung dan saya rasa ia akan lebih positif daripada di Negeri Sembilan dan juga di Johor."Insya-ALLAH semua itu adalah kejayaan-kejayaan yang akan membuahkan hasil dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Pemuda UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi menghadapi PRN di negeri berkenaan.Sementara itu, ditanya mengenai ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyentuh mengenai penyatuan, Afnan Hamimi mengakui beliau senang hati dengan kenyataan tersebut.Menurutnya, Pas juga bersedia menyahut rancangan Muhammad Akmal bagi mengadakan perhimpunan pelbagai aktiviti melibatkan sayap pemuda kedua-dua parti berkenaan.Jelasnya, beliau akan berbincang dengan lebih teliti bersama ketua sayap pemuda UMNO itu bagi menjayakan agenda tersebut."Salam yang dihulur sama-sama kita sahut untuk membina penyatuan dan saya rasa senang hati dalam ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO telah menyebut dan menyahut seruan ke arah penyatuan dan sama-sama akan menggerakkan satu himpuan gerakan ummah."Insya-ALLAH kami akan duduk bersama bincang lebih teliti bagaimana kita hendak gerakkan aktiviti-aktiviti ke arah menjayakan penyatuan ummah," katanya. |
|
Pengampunan Najib: Pemuda UMNO selar sikap hipokrit PH - Sinarharian - 10/09 3:31 pm Kita tidak menyerang titah Baginda."Kita menerimanya kerana kuasa pengampunan raja adalah kuasa mutlak yang termaktub dalam Perlembagaan, dan itu yang kita junjung tinggi!"Apabila pengampunan memihak kepada mereka, namanya keadilan. Apabila melibatkan pemimpin kita, kuasa raja pula mahu dipersoalkan! Ini bukan prinsip, ini hipokrit," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.Turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat pada Jumaat.Beliau yang mengesahkan menjadi antara individu dipanggil untuk menghadiri mesyuarat terbabit bagaimanapun enggan memperincikan maklumat lanjut berhubung agenda disenaraikan termasuk permohonan Najib.Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, prinsip UMNO jelas, keputusan mahkamah dihormati dan kuasa raja dijunjung.Semalam (Rabu) Setiausaha Agung UMNO, (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) turut mempersoalkan mengapa wujud dua piawaian dalam isu pengampunan."Apabila melibatkan pemimpin mereka, pengampunan dianggap sebagai keadilan |
|
Saya tidak pergi cari cinta politik tapi titik temu masa depan bangsa - Dr Akmal - Sinarharian - 10/09 2:07 pm Saya pergi untuk mencari titik temu demi masa depan bangsa."Kita tidak perlu memadam sejarah, tetapi jangan pula menjadi tawanan sejarah. UMNO kekal sebagai UMNO dan Pas kekal sebagai Pas," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.Turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.Muhamad Akmal menambah, kehadiran Afnan Hamimi sebagai pemimpin pemuda pertama daripada parti di luar Barisan Nasional (BN) sebagai tetamu perhimpunan sayap itu juga membuktikan langkah permulaan untuk gelombang penyatuan lebih besar.Beliau berkata, penyatuan antara kedua- dua parti dalam usaha untuk mewujudkan gelombang penyatuan Islam dan Melayu lebih besar itu tidak sesekali menghakis identiti mana-mana parti."Penyatuan yang matang tidak menuntut kita membuang identiti |
|
Pemuda Umno sedia sambut seruan Himpunan Mega Penyatuan Ummah - FMT - 10/09 1:10 pm Himpunan yang diseru Pemuda PAS itu harus jadi platform bincang masalah belia dan negara, kata Akmal Saleh. |
|
PAU 2026: Dr Akmal beri amaran kepada wakil rakyat malas - Sinarharian - 10/09 1:01 pm Jika ada wakil rakyat kita yang susah hendak angkat panggilan, balas WhatsApp, tolong beritahu. Kita akan pastikan dia tidak tercalon lagi pada masa akan datang," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Khamis.Turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.Mengulas lanjut, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berkata, wakil rakyat daripada sayap itu juga diingatkan agar tidak bersikap sombong atau menganggap diri lebih hebat selepas memegang jawatan.Ini kerana katanya, jawatan yang dipegang itu bukan dimenangi atas kapasiti peribadi semata-mata tetapi hasil sokongan dan bantuan anggota parti lain.Beliau dalam masa sama turut mengingatkan 11 wakil rakyat Pemuda UMNO yang ada ketika ini untuk tidak sesekali takut bercakap mengenai perjuangan parti ."Jika ada wakil rakyat takut hendak bercakap perjuangan parti, saya pasti akan kerjasama wakil rakyat itu habis-habisan," katanya. |
|
Afnan hadir PAU Pemuda Umno, balas kunjungan Akmal ke Muktamar PAS - FMT - 10/09 10:09 am Ketua Pemuda PAS itu hadir selepas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS minggu lalu. |
|
PAU 2026: Kehadiran Afnan Hamimi di Perhimpunan Pemuda UMNO curi tumpuan - Sinarharian - 10/09 9:44 am KUALA LUMPUR - Kehadiran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis mencuri tumpuan.Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar tiba kira-kira jam 9 pagi sebelum menyertai perarakan masuk ke dalam dewan mengiringi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Afnan Hamimi pada Rabu mengesahkan beliau akan menghadiri perhimpunan tahunan terbesar UMNO itu.Beliau berkata, kehadiran tersebut adalah bagi membalas jemputan yang diberikan oleh sayap Pemuda UMNO selepas wakil mereka menghadiri Muktamar Pas minggu lalu.Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan berlangsung empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu ini. |
|
PH bakal berputih mata di Melaka, Selangor jika penyatuan ummah berjaya - Mygazette - 10/09 8:08 am # PH bakal berputih mata di Melaka, Selangor jika penyatuan ummah berjaya KUALA LUMPUR Pakatan Harapan (PH) dijangka berdepan kekalahan di Melaka dan Selangor sekiranya strategi penyatuan ummah antara Pas dan UMNO berjaya diterjemahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Naib Ketua Pemuda Pas Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, gelombang penyatuan ummah yang dicetuskan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu bakal diperkukuh menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, sekali gus menjadi ancaman serius kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) |
|
Pemuda Pas hadiri PAU demi penyatuan - Sinarharian - 9/09 10:16 pm SHAH ALAM Pemuda Pas akan menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis sebagai tanda komitmen terhadap usaha memperkukuh hubungan antara kedua-dua parti Melayu itu.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kehadiran tersebut adalah bagi membalas jemputan yang diberikan oleh sayap Pemuda UMNO selepas wakil mereka menghadiri Muktamar Pas minggu lalu.Menurut beliau, langkah itu mencerminkan kesediaan kedua-dua pihak untuk meneruskan hubungan yang lebih baik demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam."Hari itu kita jemput ke muktamar, mereka datang |
|
Pemuda Pas ramal PH bakal kalah PRN Melaka, Selangor - Sinarharian - 9/09 2:14 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor meramalkan gelombang Penyatuan Ummah berpotensi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) tewas di Melaka dan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, naratif penyatuan ummah yang diketengahkan Pas pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Kelantan dijangka terus diperkukuhkan menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.Menurutnya, kerjasama antara Pas dan UMNO menerusi strategi itu berpotensi mewujudkan kuasa politik Melayu Islam yang lebih kukuh dan stabil khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kerana kedua-dua parti mempunyai kelebihan tersendiri."Pas mempunyai kekuatan dari segi gerakan Islam dan sokongan pelbagai kelompok masyarakat, manakala UMNO pula mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran serta pembangunan negara."Jika Penyatuan Ummah ini berjaya diterjemahkan dalam PRN Melaka dan Selangor, Insya-ALLAH PH akan berputih mata di dua negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Muhammad Faizzuddin memberitahu, Pas kini membawa agenda perjuangan lebih jauh menerusi Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang dirangka sebagai hala tuju jangka panjang parti itu.Katanya, tahun 2051 dipilih bersempena ulang tahun ke-100 penubuhan Pas dalam mengharungi pelbagai cabaran demokrasi di negara ini."WINS 2051 merangkumi aspek integriti, keadilan sosial, kestabilan, kemakmuran ekonomi, pengagihan kekayaan, penciptaan nilai ekonomi, pendidikan, kesihatan, kebajikan serta keharmonian masyarakat majmuk."Pada masa sama, negeri yang ditadbir turut membangunkan pelan jangka panjang dan sederhana bagi menjayakan agenda berkenaan seperti Kelantan Future State (KFS) 2033, The Greater Kedah (TGK) 2050 dan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030," ujar beliau. |
|
Ganti istilah tunggang kepada politik gunakan agama elak kekeliruan - Khairuddin - Sinarharian - 6/09 5:21 pm SHAH ALAM - Istilah tunggang agama dalam politik sewajarnya digantikan dengan terma yang lebih baik iaitu berpolitik berpedomankan atau menggunakan agama bagi mengelakkan kekeliruan dan pertembungan kefahaman dalam kalangan masyarakat.Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, penggunaan istilah berkenaan penting bagi memastikan perbezaan kefahaman terhadap sesuatu istilah tidak membawa kepada pertikaian yang tidak sepatutnya.Menurut beliau, ini kerana istilah tunggang mempunyai dua maksud iaitu negatif dan positif."Saya lebih setuju pandangan Mufti Wilayah yang menggesa digunakan istilah 'eksploitasi agama' untuk merujuk kepada tindakan mempergunakan agama demi kepentingan politik peribadi untuk mengelak istilah 'tunggang agama' difahami dengan dua makna berbeza iaitu positif dan negatif lalu berbalahlah dua insan atas konotasi berbeza."Dalam pertembungan kefahaman bagi istilah ini, seeloknya kita menggunakan terma yang lagi baik iaitu berpolitik berpedomankan agama atau berpolitik menggunakan agama dan bukannya berpolitik dengan menunggang agama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad ketika berucap dalam Muktamar Pas ke-72 di Kota Bharu, Kelantan dilapor berkata, parti itu tidak terkesan dengan label 'penunggang agama' yang diberikan musuh politiknya.Malah katanya, Pas akan terus 'menunggang agama' demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, prinsip Islam yang perlu disepakati ialah setiap Muslim bertanggungjawab menjalani kehidupan berpedomankan agama termasuk dalam berpolitik dan berparti politik.Malah katanya, berpolitik juga hendaklah dengan tujuan menegakkan agama."Berpolitik tanpa agama akan menjadikan politik tersisih daripada pertimbangan dosa dan pahala |
|
Tarik balik ungkapan 'menunggang agama', mohon maaf - ABIM - Sinarharian - 5/09 6:30 pm SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad menarik balik ungkapan 'menunggang agama' dan memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar dalam kenyataannya.Timbalan Presiden ABIM, Muhamad Saifuddin Abdul Latiff berkata, sekalipun dimaksudkan sebagai sindiran terhadap pengkritik, ungkapan tersebut mengaburkan perbezaan antara perjuangan berpandukan Islam dengan perbuatan memperalatkan agama."Sindiran tidak menggugurkan tanggungjawab pemimpin untuk menjaga adab dan menjawab kritikan dengan hujah."Agama Islam dijunjung dan dijadikan panduan, bukan ditunggang untuk kepentingan politik."Setiap pemimpin dan parti wajib menundukkan tindakan mereka kepada tuntutan kebenaran, keadilan dan amanah |
|
Pas siapkan 'frontliner' medan maya, tangkis serangan persepsi menjelang PRU16 - Sinarharian - 5/09 2:58 pm KOTA BHARU - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bakal menyaksikan pertempuran era baharu membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai senjata utama bagi mendepani cabaran musuh politik di medan maya.Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bagi menggalas cabaran tersebut, parti itu telah berjaya melahirkan seramai 43 graduan menerusi Akademi Influencer Pas sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi menangkis pertempuran persepsi.Menurutnya, kesemua peserta berkenaan berjaya menamatkan kursus selepas melepasi beberapa fasa penilaian dan latihan fizikal serta secara dalam talian daripada keseluruhan 81 peserta."Mereka yang berjaya menamatkan kursus ini telah menerima sijil pada Muktamar Muslimat Pas dan Muktamar Dewan Pemuda Pas baru-baru ini."Mereka ini akan menjadi frontliner bertempur di medan bayang, menghasilkan video-video dan juga menjawab isu-isu, sekali gus menjadi antara tenaga kita untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli memberitahu, susulan kejayaan fasa pertama itu, pihak Lajnah Penerangan Pas Pusat bakal melancarkan Akademi Influencer 2.0 dengan membuka penyertaan dari kawasan-kawasan di seluruh negara.Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan peringkat kawasan supaya lebih proaktif menghantar wakil yang berprestasi dan mampu memberikan komitmen padu."Ini pertempuran alaf baru, pertempuran medan baru |
|
Pas perlu buka pintu seluas-luas tarik anak muda - Afnan - Sinarharian - 5/09 12:46 am KOTA BHARU - Pas digesa membuka seluas-luasnya 'pintu masuk' parti itu bagi menyambut sokongan, sekali gus menarik golongan muda yang kini mendominasi demografi negara.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sekitar 60 hingga 65 peratus daripada 34.2 juta penduduk Malaysia berusia bawah 40 tahun kini semakin berminat serta yakin dengan masa depan dibawa parti itu."Pas ada dewan yang besar, pintu yang nak masuk dewan itu juga kena besar |
|
PRU16: Penyatuan ummah perlu pengorbanan - Pemuda Pas Selangor - Sinarharian - 5/09 11:44 am SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor menyambut baik dan menyokong penuh usul 'Memperkasa Agenda Penyatuan Ummah ke Arah Pengukuhan Kekuatan Politik Melayu-Islam dan Kestabilan Negara' yang telah dibahas dan diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72.Usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak Pas Pusat tersebut bukan sekadar strategi pilihan raya, sebaliknya ia adalah satu kewajiban demi menjamin kelangsungan agama, bangsa, dan tanah air.Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor,Dr |
|
'Anak muda Pas akan jadi penggali kubur PH pada PRU16' - Sinarharian - 5/09 10:15 am KOTA BHARU - Lebih 1,000 anak muda Pas dari seluruh negara memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa generasi muda tidak mudah dipengaruhi dakyah parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, himpunan menerusi Konvoi Anak Muda sempena Sambutan 75 Tahun Pas itu menjadi isyarat jelas bahawa sokongan generasi muda terhadap perjuangan parti berkenaan masih kukuh.Menurut beliau, kehadiran peserta dari pelbagai negeri dalam jumlah besar itu bukan sekadar menyertai program permotoran, sebaliknya membawa mesej politik yang jelas kepada PH."Ini adalah satu amaran kepada PH |
|
PAS sudah tunjuk langkah apa pula langkah Umno? - FMT - 5/09 9:00 am Sehari sebelum ucapan Hadi Awang, mood 'PAS menguasai semua' sudah dirasai pada muktamar Pemuda PAS. |
|
Pas desak diberi jawatan Pengerusi PN Selangor, mahu pimpin PRU - Mygazette - 5/09 7:51 am "Saya yakin kita mempunyai ramai calon Pengerusi PN Selangor yang berkelayakan dalam kalangan kepimpinan Pas Selangor. "Dr Yunus Hairi adalah antara calon yang berkelayakan," katanya yang merupakan Ketua Pemuda Pas Selangor |
|
Pemimpin Pemuda senarai 10 sebab PAS wajar pimpin PN Selangor - FMT - 4/09 11:44 pm Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Suffi Kamari berkata PN perlukan kepimpinan yang lebih agresif, segar dan bersedia jika mahu tawan negeri itu. |
|
Zahid tak hadir Muktamar Pas, Asyraf Wajdi ketuai rombongan UMNO - Mygazette - 4/09 3:19 pm Semalam, rombongan Pemuda UMNO diketuai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh hadir pada Muktamar Dewan Pemuda Pas, manakala Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad menghadiri Muktamar Dewan Ulama Pas |
|
Pas perlu pimpin penyatuan, bukan jadi ‘pak turut’ ??? Pemuda .. - Mygazette - 4/09 8:01 am # Pas perlu pimpin penyatuan, bukan jadi 'pak turut' Pemuda Terengganu KOTA BHARU Pas perlu menjadi pihak yang memimpin usaha penyatuan dengan mana-mana parti politik, bukannya sekadar menjadi "pak turut", tegas Perwakilan Pemuda Pas Terengganu, Mukhlis Hasin |
|
???Mana pergi baki RM24.6 bilion???? ??? Afnan desak penjelasan KKDW - Mygazette - 4/09 8:01 am # Mana pergi baki RM24.6 bilion? Afnan desak penjelasan KKDW KOTA BHARU Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan status baki peruntukan RM36.6 bilion yang diluluskan untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), selepas hanya kira-kira RM12 bilion didakwa telah disalurkan |
|
Ilyas berang, cabar Pemuda Pas Selangor ‘singkir’ Sany Hamzan - Mygazette - 4/09 8:01 am # Ilyas berang, cabar Pemuda Pas Selangor 'singkir' Sany Hamzan KOTA BHARU Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Kedah, Ilyas Ahmad berang dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan sehingga mencabar Pemuda Pas Selangor memastikan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu tidak lagi berada di Selangor pada pilihan raya akan datang |
|
Sokongan akar umbi terhadap Pas-UMNO makin kukuh - Mygazette - 4/09 8:01 am KOTA BHARU Sokongan akar umbi terhadap kerjasama Pas dan UMNO terus dilihat semakin kukuh apabila Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Melaka pada Ogos lalu sebulat suara menyokong supaya usaha penyatuan kedua-dua parti itu diteruskan dalam menghadapi masa depan politik negeri |
|
Pemuda Pas desak tindakan tegas terhadap MB Perlis - Mygazette - 4/09 8:01 am # Pemuda Pas desak tindakan tegas terhadap MB Perlis KOTA BHARU Pemuda Pas Perlis menggesa pucuk pimpinan Pas dan Perikatan Nasional (PN) mempertimbangkan tindakan tegas terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang didakwa semakin mencalarkan imej PN dan Pas di negeri itu |
|
Pas perlu terajui penyatuan ummah, sasar kerusi PM - Pemuda Pas Kedah - Sinarharian - 4/09 12:22 am KOTA BHARU - Pas perlu berperanan sebagai peneraju utama dalam usaha penyatuan ummah dan menyasarkan kerusi Perdana Menteri, kata Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad.Beliau menggesa parti itu juga tidak seharusnya lagi memberi laluan kepada parti lain untuk menerajui jawatan Perdana Menteri kerana mempunyai calon berkelayakan.Menurutnya, sudah tiba masanya Pas tampil sebagai kuasa utama dalam usaha membentuk kepimpinan di peringkat Persekutuan."Kita tidak mahu lagi dengar kata-kata seperti tak apa, biarlah orang lain jadi Perdana Menteri |
|
PAS patut terajui Putrajaya, ada calon layak, kata perwakilan Kedah - FMT - 3/09 8:40 pm Perwakilan Pemuda PAS Kedah berkata, penyatuan ummah mesti diterajui oleh PAS pada peringkat persekutuan. |
|
Layan seperti pembangkang, Pemuda PAS Perlis gesa tindakan terhadap MB - FMT - 3/09 7:13 pm Perwakilannya, Ali Naimi Ahmad Azizi berkata kerajaan negeri pimpinan Abu Bakar Hamzah turut pecat dan gugur lantikan politik PAS. |
|
PAS perlu memimpin penyatuan, bukan lagi pak turut, kata wakil Terengganu - FMT - 3/09 5:04 pm Perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Mukhlis Hasin juga beri amaran supaya penyatuan yang ingin dicapai tidak menyebabkan parti gadaikan prinsip perjuangan. |
|
Pemuda Pas lulus usul pertahan kerusi Parlimen, DUN dimenangi - Sinarharian - 3/09 4:52 pm KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas meluluskan usul supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya sebelum ini kekal ditandingi calon Pas pada pilihan raya akan datang.Usul dibentangkan Dewan Pemuda Pas Padang Terap itu diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-67 di sini pada Rabu.Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, keputusan itu dibuat bagi memelihara amanah serta keyakinan pengundi yang sudah memilih Pas sebagai wakil mereka."Usul Padang Terap dipersetujui semua jawatankuasa usul termasuk mesyuarat di peringkat Pemuda Pusat bagi memastikan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi Pas perlu dikekalkan dan ditandingi Pas pada pilihan raya akan datang dalam sebarang bentuk kerjasama politik dengan sesiapa sahaja."Ini diterima tanpa bahas dan menjadi dasar serta prinsip utama Pas dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi bersama parti gabungan," katanya.Pas memenangi 43 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menguasai lebih 150 kerusi DUN selepas beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk PRN 2023.Khairul Nadzir berkata, empat lagi usul turut diluluskan dalam muktamar berkenaan dengan tiga diterima untuk dibahaskan manakala satu lagi diterima tanpa bahas.Menurutnya, antara usul yang diterima untuk dibahaskan ialah mendesak kerajaan segera membuka kertas siasatan dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara bebas, telus dan menyeluruh dakwaan kewujudan jaringan mafia korporat.Katanya, siasatan itu melibatkan dakwaan jaringan berkenaan yang dikatakan membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkepentingan serta projek berkaitan kerajaan."Usul ini susulan pendedahan media antarabangsa yang berpotensi menjejaskan integriti dan tatakelola pentadbiran, mencemarkan reputasi Malaysia serta menggugat keyakinan pelabur terhadap negara," katanya.Dalam pada itu, usul mengenai agenda Penyatuan Ummah turut diluluskan bagi memperkukuh kesatuan serta representasi politik Melayu-Islam di Parlimen menjelang PRU akan datang.Usul berkenaan turut mencadangkan Himpunan Penyatuan Ummah berskala besar digerakkan sebelum PRU sebagai langkah awal untuk menghimpunkan kekuatan umat, membina momentum kebersamaan serta menterjemahkan aspirasi penyatuan kepada gerakan rakyat yang tersusun dan berimpak.Muktamar itu turut meluluskan usul mendesak kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia e-dagang yang lebih tegas bagi melindungi dan memperkasa daya saing usahawan tempatan. |
|
Pas mahu kekal kerusi menang, bukan tutup pintu kerjasama - Mygazette - 3/09 3:34 pm # Pas mahu kekal kerusi menang, bukan tutup pintu kerjasama KOTA BHARU Usul supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas dikekalkan untuk ditandingi calon parti itu pada pilihan raya akan datang bukan bermaksud menutup ruang kerjasama politik, sebaliknya menjadi dasar Pas dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi. Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, usul berkenaan dibentangkan perwakilan Dewan Pemuda Pas Padang Terap dan diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-67, malam tadi |
|
Kepentingan politik penyatuan jangan hanya ketika mahu menang – Afnan - Mygazette - 3/09 3:34 pm # Kepentingan politik penyatuan jangan hanya ketika mahu menang - Afnan KOTA BHARU Penyatuan antara parti politik Melayu dan Islam tidak boleh berlaku hanya ketika mempunyai musuh atau kepentingan politik yang sama, sebaliknya perlu dibina atas asas perjuangan Islam yang kekal, kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden |
|
Pas selari dengan pendirian Zahid, setuju PRU diadakan awal - Mygazette - 3/09 3:34 pm Saya setuju bahawa dalam situasi keadaan yang tidak menentu begini, kita kena keluar daripada kemelut yang ada," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-67, di sebuah hotel di sini, hari ini |
|
Zahid dijangka hadir Muktamar Pas esok - Mygazette - 3/09 3:34 pm Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh muncul pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sebuah hotel di sini |
|
Penyatuan ummah terbuka kepada semua bangsa yang cintakan kedamaian ??? .. - Mygazette - 3/09 3:34 pm # Penyatuan ummah terbuka kepada semua bangsa yang cintakan kedamaian Afnan KOTA BHARU Himpunan Penyatuan Ummah yang bakal dianjurkan Pemuda Pas dan Pemuda UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bukan hanya untuk Melayu-Islam semata-mata, sebaliknya terbuka kepada semua bangsa yang mahukan kedamaian, kesejahteraan dan penyatuan |
|
Kehadirian Akmal di Muktamar Pemuda Pas jadi tumpuan - Mygazette - 3/09 3:34 pm # Kehadirian Akmal di Muktamar Pemuda Pas jadi tumpuan KOTA BHARU Kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Hotel Grand Riverview di sini hari ini mencuri perhatian, khususnya ketika hubungan UMNO dan Pas kembali menjadi tumpuan dalam landskap politik negara |
|
‘Bila berjuang, kita ada satu pendirian’ ??? Dr. Akmal - Mygazette - 3/09 3:34 pm "Sebab bagi saya, bila kita berjuang ini, kita ada satu pendirian. Saya tidak akan menggadaikan pendirian saya hanya sekadar demi sebuah jawatan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini, hari ini |
|
PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO - Sinarharian - 3/09 2:57 pm KOTA BHARU Prinsip mengekalkan kerusi kepada parti penyandang menjadi antara asas rundingan Pas dan UMNO bagi mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara asas yang perlu dipertimbangkan sekiranya kedua-dua parti mencapai muafakat dalam rundingan pembahagian kerusi."Apabila ada muafakat, ada beberapa yang perlu utamakan iaitu penyandang kekal pada parti pemenang, itu asas termasuk Melaka."Ada sesetengah negeri contoh di Terengganu, Kedah, Perlis, UMNO tak ada kerusi penyandang, jadi di negeri-negeri macam ini, saya rasa ada kaedah-kaedah lain yang perlu bincang," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Menurutnya, bagi PRN Melaka, Pas mempunyai Jawatankuasa Perundingan yang diberi mandat untuk menentukan perbincangan, manakala UMNO turut menyerahkan urusan rundingan kepada pimpinan di peringkat negeri.Tuan Ibrahim berkata, ruang rundingan masih terbuka untuk mencari mekanisme terbaik bagi meminimumkan pertembungan antara kedua-dua parti."Pentingnya muafakat, kalau semua pihak bersetuju, akan ada jalan."Ruang masih panjang dan jawatankuasa ini pun boleh cari mekanisme untuk kita mengelak serta meminimumkan pertembungan itu lebih utama," katanya.Untuk rekod, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRN 2021, manakala Pakatan Harapan memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi menerusi Bersatu. |
|
PRU16 wajar disegerakan - Pas - Sinarharian - 3/09 2:27 pm KOTA BHARU Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) wajar dipercepatkan bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut politik dan ketidaktentuan semasa, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata, keadaan politik yang tidak menentu ketika ini perlu diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan melalui proses demokrasi."Saya melihat terdapat keperluan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal. Saya setuju bahawa dalam situasi yang tidak menentu seperti sekarang, kita perlu keluar daripada kemelut yang sedang dihadapi."Saya setuju PRU perlu disegerakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut mengambil pendirian bahawa PRU16 wajar diadakan lebih awal sebelum menghampiri penghujung penggal Parlimen yang dijadualkan berakhir pada hujung tahun depan.Menurut Tuan Ibrahim, pelaksanaan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan selepas ini termasuk di Melaka dan Sarawak menuntut penyelarasan supaya pilihan raya dapat diadakan secara serentak.Katanya, langkah itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos yang ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah mengelakkan tempoh berpolitik yang berpanjangan."Kita mempunyai beberapa PRN yang akan berlangsung secara berturut-turut |
|
25 Pemuda UMNO hadir Muktamar Pemuda Pas, sejarah baharu penyatuan ummah - Sinarharian - 3/09 1:00 pm KOTA BHARU Kehadiran 25 pimpinan Pemuda UMNO termasuk Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis mencatat sejarah dalam usaha penyatuan ummah.Akmal berkata, Pemuda UMNO pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun 25 pimpinan hadir sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya.Akmal berkata, rombongan Pemuda UMNO berkenaan pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun jumlah itu meningkat kepada 25 orang sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Dewan Pemuda Pas.Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama."Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan."Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah," katanya ketika ditemui pemberita di muktamar itu pada Khamis.Akmal berkata, tema muktamar iaitu Memimpin Penyatuan turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri."Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya."Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita," katanya.Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik."Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita," katanya. |
|
Pemuda Pas gerak Himpunan Mega Penyatuan Ummah - Sinarharian - 3/09 11:32 am KOTA BHARU Dewan Pemuda Pas akan menggerakkan Himpunan Mega Penyatuan Ummah sebagai kemuncak usaha memperkukuh penyatuan umat berlandaskan lima teras Memimpin Penyatuan.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudeen berkata, lima teras berkenaan ialah aatukan akidah, saf, usaha, tekad dan matlamat.Beliau berkata, gagasan berkenaan tidak akan dibiarkan sekadar menjadi slogan sebaliknya akan diterjemahkan melalui gerakan di lapangan menerusi empat segmen utama sebelum dihimpunkan dalam satu gerakan lebih besar."Apabila para asatizah digerakkan, anak muda dilibatkan, para profesional dan teknokrat dihimpunkan serta masyarakat majmuk disatukan, maka seluruh kekuatan ini mesti dipertemukan di satu pentas yang lebih besar."Kami akan membawa seluruh gerakan ini menuju kepada Himpunan Mega Penyatuan Ummah," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sebuah hotel di sini pada Khamis.Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan majlis.Menurut Afnan Hamimi, empat segmen berkenaan meliputi memperkukuhkan institusi agama, menggerakkan generasi baharu, kepakaran untuk negara serta memelihara keharmonian masyarakat majmuk."Penyatuan ummah bukan bermaksud memecah-belahkan masyarakat |
|
Pemuda bimbang PAS-Umno kembali bertelagah, tuntut penyatuan tak bermusim - FMT - 3/09 11:08 am Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mengingatkan MN gagal sebelum ini kerana ada kelompok pentingkan diri. |
|
Akmal Saleh hadir Muktamar Pemuda Pas - Sinarharian - 3/09 10:17 am KOTA BHARU - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir ke Muktamar Dewan Pemuda Pas sempena Muktamar Pas Ke-72 di sebuah hotel di sini, pada Khamis.Beliau yang diiringi Ketua Dewan Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden tiba kira-kira jam 8.30 pagi bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Kehadiran Akmal bersama kira-kira 25 delegasi Pemuda UMNO itu turut mendapat penghargaan daripada Afnan Hamimi ketika menyampaikan ucapan pada muktamar berkenaan.Dalam ucapannya, Afnan Hamimi berkata, penyatuan umat tidak seharusnya sekadar menjadi slogan atau omongan kosong sebaliknya perlu dipimpin melalui tindakan yang ikhlas."Kita tidak mahu sekadar bercakap tentang penyatuan, tetapi kita mesti memimpin penyatuan |
|
Rombongan Akmal ke Muktamar Pemuda PAS disambut laungan takbir - FMT - 3/09 9:46 am Ketua Pemuda Umno itu mengetuai rombongan 25 pemimpin sayap bagi memenuhi jemputan sempena Muktamar PAS Ke-67. |
|
Pemuda PAS lulus usul semua kerusi menang kekal ditandingi calon parti - FMT - 3/09 8:00 am Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata ia termasuk jika parti itu mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti. |
|
'Its a YES!' - Air mata iringi restu Azizulhasni ke LA28 - Sinarharian - 31/08 3:08 pm TANGISAN kegembiraan mengiringi luahan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas menerima pengesahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa khidmatnya masih diperlukan dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe berkata, berita berkenaan diterimanya menerusi e-mel daripada KBS dan MSN selepas selesai menjalani latihan di trek pada Isnin, sekali gus melegakan tekanan yang ditanggungnya sepanjang minggu lalu.ARTIKEL BERKAITAN: MSN nafi abaikan perancangan Azizulhasni ke LA28Misi LA28, Malaysia masih perlukan AzizulhasniPendedahan Azizulhasni mengejutkan, KBS tidak serius urus atlet - Ketua Pemuda Pas'Lebih baik hilang menteri sebegini daripada hilang atlet banyak jasa pada negara' - Akmal Saleh"Alhamdulillah |
|
Pendedahan Azizulhasni mengejutkan, KBS tidak serius urus atlet - Ketua Pemuda Pas - Sinarharian - 30/08 12:00 am SHAH ALAM - Pendedahan Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang tentang sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap perjalanan kariernya menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) agak mengejutkan.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ia menunjukkan KBS tidak begitu serius mengurus seorang atlet berprestasi tinggi yang masih mempunyai kemampuan bersaing di pentas dunia.Menurutnya, berdasarkan penjelasan panjang lebar Azizulhasni, isu itu bukan tentang diri peribadinya semata-mata."KBS perlu buat keputusan, adakah khidmat dan pengalaman Azizulhasni masih diperlukan atau tidak?"Kalau perlu, uruskan dengan segera, kalau tak perlu, beritahu beliau secara terus terang |
|
UMNO akan jemput Pas hadir PAU 2026 - Sinarharian - 29/08 12:28 am KUALA LUMPUR UMNO akan memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas di Kelantan, minggu depan."Sempena PAU yang akan diadakan pada 9 hingga 12 September akan datang, tiga program utama akan diadakan sehari awal iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif."UMNO turut bersetuju untuk memanjangkan jemputan rasmi kepada kepimpinan tertinggi Pas sebagai tanda penghormatan serta membalas jemputan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, di Menara Dato' Onn, pada Jumaat.Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor menjemput beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Muktamar kali ke-72 pada 2 hingga 5 September ini.Rentetan itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut mengesahkan akan menghadiri Muktamar Pemuda Pas yang dijadual berlangsung di Kota Bharu pada 3 September ini.Sementara itu Asyraf Wajdi turut memaklumkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dilantik sebagai ahli MKT berkuat kuasa hari ini.Majlis angkat sumpah di hadapan Presiden dan ahli MKT dilakukan sebelum mesyuarat bermula. |
|
Gerakan jangan rosakkan setia kawan kerana satu kerusi – Pas - Mygazette - 28/08 4:07 pm # Gerakan jangan rosakkan setia kawan kerana satu kerusi - Pas PERMATANG PAUH - Dewan Pemuda Pas Permatang Pauh mengingatkan Parti Gerakan supaya tidak merosakkan semangat setia kawan dalam Perikatan Nasional (PN) hanya kerana mahu mengejar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya pada pilihan raya akan datang |
|
Jangan usik kerusi Seberang Jaya, Pemuda PAS beritahu Gerakan - FMT - 28/08 12:04 am Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh berkata kerusi itu majoriti Melayu, mengingatkan Gerakan mengenai kekalahan Dominic Lau di Bayan Lepas dengan demografi pengundi sama. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |