| /// |
|
| Search : Pkm News | Page 1 |
|
15 pesalah buang sampah jalani khidmat masyarakat serentak di lima negeri - Sinarharian - 13/02 4:52 pm KUALA LUMPUR - Seramai 15 pesalah yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah bagi kesalahan membuang sampah merata melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) menerusi kerja pembersihan awam di beberapa negeri pada Jumaat.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, semua pesalah itu dikenakan hukuman denda dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selama empat jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.Beliau berkata, di Kuala Lumpur, empat pesalah termasuk warga asing menjalani hukuman dengan membersihkan kawasan sekitar Dataran Merdeka yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong."SWCorp melaksanakan PKM secara serentak sebagai langkah penguatkuasaan berimpak tinggi bagi membanteras kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam."Pelaksanaan sulung di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 itu melibatkan lima negeri iaitu Kedah (dua pesalah), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat), Negeri Sembilan (dua), Johor (lima) serta Pahang (dua)," katanya pada sidang media di sini.Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan semua pesalah berkenaan menjalani PKM serentak dengan menjalani hukuman membersihkan longkang, menyapu jalan dan mencuci tandas awam mengikut sabitan mahkamah.Beliau berkata, sejak pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dikuatkuasakan, sebanyak 600 notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan melibatkan 462 warga tempatan dan 138 warga asing.Mengulas lanjut, Khalid berkata, PKM dilaksanakan sebagai hukuman alternatif bersifat restoratif dan mendidik, beralih daripada pendekatan denda kewangan kepada hukuman pemulihan yang melibatkan penglibatan langsung pesalah dalam kerja-kerja pembersihan komuniti.Menurutnya, PKM membawa mesej pencegahan yang jelas kepada masyarakat, selain bertujuan membentuk sikap tanggungjawab dan kesedaran terhadap kebersihan awam.Jelas beliau, hukuman PKM dilaksanakan secara terkawal, beretika dan mematuhi prosedur undang-undang tanpa menjejaskan maruah individu yang terlibat."Bagi fasa pertama pelaksanaan PKM, seramai 15 pesalah berumur antara 20 hingga 50 tahun telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani hukuman tersebut melibatkan lima negeri berkenaan."Tempoh hukuman PKM berbeza mengikut tahap kesalahan dan lokasi tugasan dengan tempoh maksimum selama 10 jam dan minimum empat jam sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah |
|
PKM bukan pejuang kemerdekaan, tetapi pasukan penjajah - Harakahdaily - 13/02 4:16 pm KUALA LUMPUR: Pengamal media bebas, Putra Ibnu Janie menegaskan Parti Komunis Malaya (PKM) bukan pejuang kemerdekaan, sebaliknya pasukan penjajah yang berusaha menawan dan menjajah negara ini |
|
Dua lelaki jalani hukuman PKM bersihkan Stadium Darul Aman - Sinarharian - 13/02 3:50 pm ALOR SETAR Dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia melaksanakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di kawasan Stadium Darul Aman dengan pemantauan pegawai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah pada Jumaat.Pengarah SWCorp Kedah, Shamsuharizal Basir berkata, kedua-dua pesalah berusia 39 tahun itu melaksanakan hukuman berkenaan susulan perintah mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini kerana bersalah membuang sampah kecil di tempat awam.Menurutnya, warga Indonesia, Jufri Zulkifli telah didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar kerana membuang puntung rokok di kawasan Menara Alor Setar."Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM300 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar kepadanya, selain diperintahkan menjalani PKM selama enam jam dalam tempoh dua bulan."Seorang lagi pesalah yang berasal dari Pulau Pinang merupakan warga tempatan, Lim Xiang Yong turut didapati bersalah atas kesalahan sama di Sungai Petani."Dia dijatuhi hukuman denda RM700 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar, serta diperintahkan menjalani PKM selama 10 jam dalam tempoh enam bulan," katanya pada sidang akhbar selepas memantau proses hukuman PKM tersebut di sini.Beliau berkata, pelaksanaan hukuman itu memberi mesej jelas bahawa tindakan pembetulan dilaksanakan secara tegas, tersusun dan berimpak.Menurutnya, penguatkuasaan dilakukan tanpa kompromi dan tidak mengira kewarganegaraan dan mengingatkan semua pihak bertanggungjawab menjaga kebersihan awam."Sehingga kini sebanyak 159 kertas siasatan telah dibuka sejak 1 Januari, dengan 35 kes sudah mendapat tarikh sebutan di mahkamah |
|
SWCorp keluar 89 notis NPK kerana buang sampah - Mgazette - 13/02 3:36 pm Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, jumlah berkenaan membabitkan 52 warga tempatan dan 37 warganegara asing termasuk lima warga Singapura. "Daripada jumlah itu, lima kes selesai didakwa di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda terkumpul sebanyak RM4,000 serta hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama enam jam bagi setiap individu," katanya |
|
Buang puntung rokok merata: Dua pesalah 'dihukum' sapu sampah - Sinarharian - 13/02 1:43 pm NILAI -"Ini takdir dan pengajaran yang saya akan ingat sampai bila-bila."Demikian kata polis bantuan, Mohd Hashim Mohd Nor, 37 yang merupakan antara individu pertama yang menjalani perintah khidmat masyarakat (PKM) di Negeri Sembilan selepas didapati bersalah membuang puntung rokok di tempat awam, bukannya dalam tong sampah disediakan pada Januari lalu.Dia yang turut dikenakan denda RM600 oleh Mahkamah Sesyen Seremban itu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.Katanya, tidak berbaloi terpaksa membayar denda yang tinggi bagi kesalahan membuang sampah kecil seperti puntung rokok."Sebelum ini saya hanya tahu kesalahan merokok di kawasan awam boleh dikenakan denda, tetapi baru tahu yang bermula tahun ini buang puntung rokok boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 dan PKM."Bagi saya memang tak berbaloi kena denda hanya kerana membuang puntung rokok," katanya ketika ditemui ketika menjalani PKM, di sini pada Jumaat.Bagaimanapun dia akur tindakan yang dikenakan dan berharap pihak berkuasa supaya memperbanyakkan kemudahan tong sampah di tempat awam.Herrykurniawan, 25, yang turut dikenakan tindakan sama memberitahu telah insaf dan akan lebih berhati-hati membuang puntung rokok selepas ini.Dia juga telah pun menasihatkan orang terdekat supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan kerana boleh merugikan poket sendiri apabila perlu membayar denda."Saya memang tak tahu langsung peraturan ini dan bila dah dikenakan tindakan ini, ia jadi pengajaran besar buat saya."Nasihat saya, jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata walaupun ia hanya sampah kecil seperti puntung rokok," katanya.Ujarnya lagi, denda RM600 yang dikenakan turut disifatkan tinggi, namun dia akur kerana itu yang telah diputuskan oleh mahkamah.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(SWCorp), Khalid Mohamed berkata, secara keseluruhan sebanyak 711 Notis Pemberitahuan Kesalahan(NPK) di tujuh negeri yang melaksanakan Akta 672 telah dikeluarkan.Menurutnya, ia melibatkan 553 warga tempatan dan 158 warga asing." Di Negeri Sembilan sehingga 11 Februari lepas, sebanyak 111 NPK melibatkan 103 kes warga tempatan dan lapan warga asing dikeluarkan."Daripada jumlah tersebut, 17 kes dijadualkan untuk prosiding sebutan di mahkamah sehingga 18 Mac 2026," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |