![]() |
/// |
|
Search : Oic News | Page 1 |
Malaysia seru perpaduan negara anggota OIC di tengah-tengah ketegangan memuncak di Asia Barat - Astroawani - 23/06 10:58 pm Mohamad menggesa semua pihak memperhebat usaha antarabangsa ke arah pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat. |
Malaysia gesa OIC bertindak tegas Isu Palestin, Rohingya dan ketegangan serantau - Sinarharian - 23/06 10:13 pm KUALA LUMPUR - Malaysia menggunakan pentas global pada Sesi ke-51 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang baru berakhir di Istanbul untuk menyeru perpaduan dalam kalangan negara anggota dalam menangani cabaran yang dihadapi dunia Islam, khususnya isu Palestin dan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.Dalam menyampaikan kenyataan negara, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengecam keras kekejaman yang dilakukan Israel, menyifatkannya sebagai jenayah terhadap kemanusiaan yang amat keji dan perlu dihentikan serta-merta.Beliau turut menggesa semua pihak memperhebat usaha antarabangsa ke arah pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Isnin.Mohamad turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan diskriminasi terhadap umat Islam dan mencadangkan agar OIC bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memupuk toleransi agama dan memerangi penyebaran Islamofobia.Beliau juga menekankan keperluan OIC memperluas Sistem Keutamaan Perdagangan serta mengurangkan halangan perdagangan dalam kalangan negara anggota berikutan cabaran geopolitik yang berterusan.Sementara itu, Menteri Luar turut mengambil bahagian dalam dua mesyuarat sampingan OIC: Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-Menteri Luar OIC mengenai Serangan Israel ke atas Iran, dan Mesyuarat Kumpulan Perhubungan OIC mengenai Muslim Rohingya di Myanmar.Dalam Mesyuarat Luar Biasa mengenai Serangan Israel ke atas Iran, Mohamad menggesa OIC menggunakan pengaruh antarabangsa untuk segera menghentikan serangan Israel yang menjadi ancaman serius kepada kestabilan Timur Tengah |
Malaysia intensifies efforts for peace in Myanmar, urges OIC to boost .. - Malaymail - 23/06 10:25 am KUALA LUMPUR, June 23 As Asean Chair, Malaysia has called for enhanced collaboration between Asean and the Organisatio... |
Malaysia seru kerjasama ASEAN-OIC tangani krisis Myanmar - Sinarharian - 22/06 9:44 pm KUALA LUMPUR - Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menyeru agar kerjasama lebih erat antara ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ditingkatkan bagi menangani situasi di Myanmar yang semakin meruncing, dengan tumpuan untuk menamatkan keganasan, mengurangkan krisis kemanusiaan dan menyokong keamanan jangka panjang di negara itu.Dalam kenyataan pada Mesyuarat Kumpulan Perhubungan OIC mengenai Muslim Rohingya Myanmar di Istanbul, Turkiye pada Ahad, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia amat bimbang dengan keadaan di Myanmar, khususnya nasib pelarian Rohingya, dan menegaskan keperluan untuk memastikan kepulangan mereka ke Negeri Rakhine secara selamat, bermaruah dan berkekalan.Beliau berkata, penting untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, terjamin dan kondusif bagi pengagihan bantuan secara berkesan dan tepat pada masanya kepada semua komuniti yang terjejas susulan krisis kemanusiaan serius akibat gempa bumi pada 28 Mac."Malaysia komited untuk mengambil pendekatan membina dalam menangani situasi di Myanmar |
Penindasan terhadap Palestin bukan sekadar kebuntuan politik – Mohamad Hasan - Kosmo - 22/06 5:22 pm PETALING JAYA – Malaysia kekal teguh menuntut penamatan penjajahan rejim Zionis Israel dan penubuhan negara Palestin yang merdeka, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Ketegasan itu dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohmad Hasan sewaktu menyampaikan kenyataan negara mewakili Malaysia dalam sesi pertama Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam OIC .. |
Pas tuntut tindakan tegas PBB, OIC hentikan serangan ke atas Iran - Sinarharian - 22/06 2:53 pm SHAH ALAM Pas menuntut ketegasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar segera menghentikan serangan dan pencerobohan Amerika Syarikat terhadap Iran.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan tersebut bukan sahaja melanggar kedaulatan Iran, malah merupakan satu bentuk jenayah perang yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."Pas mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat yang telah melancarkan serangan dan pencerobohan terhadap Republik Islam Iran awal dinihari ini."Serangan ini menyerlahkan sikap sebenar Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel, sebagai pengganas yang tidak mempedulikan undang-undang serta nilai kemanusiaan sejagat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Terdahulu, Presiden Donald Trump dilaporkan mengumumkan bahawa Amerika Syarikat telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran termasuk Fordo, Natanz dan Esfahan.Dalam satu catatan di platform Truth Social pada Sabtu, Trump menyatakan bahawa semua pesawat Amerika Syarikat telah keluar dari ruang udara Iran.Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyifatkan tindakan Amerika Syarikat sebagai tidak bertamadun dan mengecam keangkuhan kuasa besar itu yang merupakan sekutu kuat rejim haram Israel terhadap situasi yang boleh mengancam prospek keamanan dunia. |
Malaysia slams rise of Islamophobia at OIC meet, says it becomes .. - Malaymail - 22/06 11:44 am KUALA LUMPUR, June 22 Malaysia has expressed deep concern over the rise of Islamophobia, warning that normalisation of... |
Malaysia beri amaran Islamofobia digunakan untuk justifikasi penindasan umat Islam - Sinarharian - 22/06 10:33 am KUALA LUMPUR - Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan Islamofobia, memberi amaran bahawa normalisasi sentimen anti-Islam semakin digunakan untuk mewajarkan serangan terhadap umat Islam di seluruh dunia.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden diskriminasi dan serangan terhadap umat Islam telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini."Penormalan Islamofobia telah menjadi justifikasi utama bagi jenayah Israel terhadap Palestin dan Iran, serta penindasan umat Islam di beberapa negara," katanya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan negara Malaysia pada Mesyuarat Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turkiye pada Sabtu.Mengulas lanjut, Mohamad menggesa agar perkongsian kukuh antara Utusan Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia dan Utusan Khas Setiausaha Agung OIC diberi tumpuan untuk menggalakkan persefahaman merentas agama dan memerangi ketaksuban.Mohamad turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap kekejaman sistematik Israel ke atas Palestin dan pencerobohan haram terbaharu rejim itu terhadap Iran yang mengakibatkan kematian orang awam Iran yang tidak bersalah.Beliau memberi amaran bahawa kegagalan masyarakat antarabangsa bertindak hanya mengukuhkan kepercayaan Israel bahawa ia kebal daripada sebarang tindakan."Kelumpuhan Majlis Keselamatan PBB terhadap kekejaman Israel amat memalukan |
Foreign minister to represent Malaysia at OIC summit, highlight Palestine .. - Malaymail - 20/06 9:57 am PUTRAJAYA, June 20 Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan will lead Malaysias delegation to the 51st Session of th... |
Krisis Iran-Israel: PAS mahu M'sia lebih tegas selaku Pengerusi Asean - Mkini - 15/06 10:00 am Antaranya, kata Takiyuddin, memainkan peranan lebih besar melalui PBB, OIC dan NAM |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |