///
See Also: Shutterstock

Search : Nasaruddin News   Page 1    



Suspek kes tembak komander AKPS ditahan kurang 24 jam – Saifuddin?? - Mgazette - 26/02 3:10 pm

Apa yang berlaku amat dikesali, namun kami bersyukur komander tersebut tidak cedera kerana tembakan hanya mengenai kenderaan, katanya lagi. Dalam kejadian kira-kira pada 5.40 pagi Rabu, Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, ditembak berhampiran sempadan Thailand





Insiden komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka .. - Mgazette - 26/02 7:50 am

# Insiden komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka BUKIT KAYU HITAM - Insiden tembakan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan penguatkuasaan tegas agensi itu sejak kebelakangan ini





AKPS perkukuh keselamatan, teliti tubuh pasukan khas susulan insiden tembakan - Sinarharian - 25/02 10:35 pm

SUNGAI BULOH - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memperkukuh kawalan keselamatan dan kesiapsiagaan anggotanya, termasuk meneliti penubuhan pasukan khas, susulan insiden tembakan terhadap kenderaan dinaiki seorang komander agensi itu pagi tadi.Timbalan Ketua Pengarah AKPS (Pengurusan), Ismail Mokhtar berkata, langkah berkenaan dibuat selaras dengan proses pengambilalihan operasi dan aset daripada enam agensi teras termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia, selain penilaian semula risiko di pintu masuk negara."Kita ke arah itu (penubuhan pasukan khas) bagi memperkukuh aspek keselamatan. Dalam tempoh pengambilalihan ini, pasukan penguat kuasa, unit risiko serta kawalan operasi di pintu masuk akan diperkemaskan," katanya pada sidang media selepas Program Ihya Ramadan dan Iftar bersama warga AKPS di sini pada Rabu.Beliau berkata, AKPS kini mengendalikan 22 pintu masuk yang diklasifikasikan mengikut tahap risiko, termasuk beberapa lokasi berstatus "hotspot" yang memerlukan pendekatan penguatkuasaan lebih ketat.Mengulas insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam itu, Ismail menyifatkan kejadian tersebut sebagai ancaman serius namun menegaskan ia tidak akan menjejaskan semangat dan komitmen anggota.Ismail berkata, kawalan akan diperketatkan dan permohonan aset keselamatan termasuk persenjataan akan dipercepat bagi memastikan perlindungan pegawai."Kita tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman kepada anggota dan operasi akan diteruskan seperti biasa dengan langkah keselamatan dipertingkatkan," katanya.Beliau turut memaklumkan Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah turun ke lokasi bagi menilai situasi serta memberi sokongan kepada pegawai terlibat.Terdahulu, sebuah Proton X70 dipandu Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir dilaporkan ditembak kira-kira jam 5.40 pagi di susur masuk berhampiran Masjid Muhajirin, Bukit Kayu Hitam, lebih kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Mohd Nasaruddin yang dalam perjalanan menunaikan solat Subuh dilaporkan terselamat





Insiden tembak AKPS: Mohd Nasaruddin dalam keadaan baik - Mohd Shuhaily - Sinarharian - 25/02 6:48 pm

BUKIT KAYU HITAM - Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berada dalam keadaan baik walaupun hampir ditembak dua lelaki, pagi Rabu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, susulan kejadian, beliau sendiri turun bertemu Mohd Nasaruddin bagi menilai keadaan serta keseluruhan warga AKPS Bukit Kayu Hitam."Insya-ALLAH berdasarkan semangat yang saya tengok tadi semuanya berdiri teguh di belakang komander mereka dan Mohd Nasaruddin pula kalau siapa yang kenal dan tahu, beliau datang daripada unit yang sememangnya terlatih."Perkara ini bukan kata biasa tetapi dia telah terlatih untuk mengawal emosi, mengawal reaksi dan sebagainya





AKPS perlu senjata api, jaket kalis peluru tingkat keselamatan Mohd Shuhaily - Sinarharian - 25/02 6:47 pm

BUKIT KAYU HITAM - Aspek keselamatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam tidak boleh dipandang ringan susulan insiden tembakan individu tidak dikenali, pada Rabu.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kehadiran agensi itu yang baru berusia 14 bulan nyata memberi impak terhadap aspek penguatkuasaan termasuk operasi bersepadu dijalankan AKPS Bukit Kayu Hitam pada 15 Januari hingga 15 Februari lalu.Menurutnya, rampasan bernilai RM3.1 juta yang dihasilkan hanya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam itu mungkin telah memberi tekanan kepada pihak yang melanggar undang-undang."Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seawal pagi tadi lagi telah menghubungi saya dan beritahu apa yang diperlukan oleh AKPS maklumkan kepada beliau untuk beliau usahakan."Maka, antara perkara yang kita lihat di sini adalah pegawai-pegawai AKPS tidak dibekalkan senjata api, itu satu skop yang mungkin boleh diperbaiki dalam masa terdekat dan juga jaket kalis peluru serta kelengkapan yang boleh menjamin keselamatan anak buah saya bekerja dengan lebih selamat," katanya.Beliau berkata demikian selepas bertemu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir yang nyaris ditembak dua lelaki bermotosikal berhampiran Masjid Al-Muhajirin, pagi ini.Mohd Shuhaily turut mengadakan pertemuan tertutup dengan seluruh warga AKPS Bukit Kayu Hitam susulan insiden pertama yang menimpa agensi penguatkuasaan berkenaan.Sementara itu, katanya, peringatan juga telah diberikan kira-kira empat minggu lalu kepada semua komander AKPS tentang beberapa ancaman dan ugutan jenayah terhadap pegawai dan anggota mereka."Kita ambil itu sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian dan pada pagi ini kita tak menjangkakan mereka akan bertindak sehingga ke tahap itu, dengan apa yang berlaku ini juga jelas dan ketara sememangnya ada orang yang betul-betul terjejas dengan penguatkuasaan yang sedang dilakukan."Ini kerana saya pasti tiada siapa yang sanggup melaksanakan perkara begitu sekiranya mereka tidak berasa tertekan, saya juga sampaikan perkara itu dalam pertemuan bersama pegawai dan anggota AKPS tadi bahawa apa yang mereka laksana dalam tempoh 14 bulan ini dibuat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran."Maka mungkin selama ini aktiviti-aktiviti (pihak melanggar undang-undang) yang biasa dilakukan kini sukar sehingga berkemungkinan menyebabkan ada tindak balas sedemikian," katanya.Dalam kejadian pada jam 5.40 pagi, Mohd Nasaruddin diserang dua lelaki berpistol yang menaiki motosikal dan mengekorinya ketika dalam perjalanan menunaikan solat Subuh.Tembakan pertama dari jarak satu meter terkena bahagian pintu belakang sebelah kanan Proton X70 dipandu mangsa, sementara tembakan kedua melintasi beliau yang ketika itu membuka tingkap kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.Mohd Nasaruddin tidak mengalami sebarang kecederaan dan cuba mengejar kedua-dua suspek terbabit yang bertindak meloloskan diri ke arah Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini.





Ancaman terhadap petugas keselamatan jenayah yang tidak boleh diterima - AKPS - Sinarharian - 25/02 5:38 pm

SHAH ALAM - Sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima.Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan pada Rabu menegaskan, tindakan akan diambil selaras dengan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan serta kedaulatan pintu masuk negara.Dalam masa sama, AKPS mengesahkan Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir yang terlibat dalam insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam berada dalam keadaan selamat dan stabil.Menurut kenyataan itu, beliau juga kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah demi keselamatan negara."Susulan insiden itu, Ketua Pengarah AKPS telah turun padang ke ICQS Bukit Kayu Hitam pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi, mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden yang berlaku, memastikan tahap keselamatan terkawal serta menyatakan sokongan penuh kepada pegawai dan anggota barisan hadapan yang bertugas."Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, AKPS Bukit Kayu Hitam menerima beberapa ancaman sejak kebelakangan ini."Insiden yang berlaku pagi tadi adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius dan sama sekali tidak akan dikompromi," menurut AKPS.Sebelum ini, kenderaan yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin ditembak di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian pada jam 5.40 pagi itu yang berlaku kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.Mangsa sedang menghala ke Masjid Al-Muhajirin Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam yang menaiki motosikal dengan topi keledar penutup penuh.Tambah kenyataan itu, insiden berkenaan sama sekali tidak akan melemahkan semangat warga agensi tersebut."Sebaliknya, ia terus memperkukuh iltizam seluruh pegawai dan anggota untuk terus berdiri teguh, berani serta profesional dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara."AKPS akan terus memastikan setiap pintu masuk negara kekal selamat, terkawal dan berdaulat serta tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang ancaman yang cuba menggugat keselamatan, keamanan dan kedaulatan tanah air," menurut kenyataan itu lagi.





Insiden tembak: Kerajaan tidak kompromi dengan pihak ancam keselamatan negara - Sinarharian - 25/02 4:01 pm

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membuat ancaman terhadap keselamatan negara dengan tindakan tegas akan diambil.Jaminan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai reaksi terhadap insiden tembakan melibatkan kenderaan yang dinaiki Komander Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir pada pagi Rabu.Tegas beliau, kerajaan memandang serius insiden berkenaan dan kes disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Saya bersyukur beliau selamat," katanya dalam kenyataan.Terdahulu media melaporkan Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian cubaan bunuh ketika beliau memandu ke masjid yang terletak satu kilometer dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh.Difahamkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang memakai topi keledar berpenutup penuh dan tidak membuka lampu ketika melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.Dalam pada itu, Saifuddin menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional.





Semi-auto weapon used in shooting of Bukit Kayu Hitam MCBA commander's vehicle - Police - Sinardaily - 25/02 3:31 pm

BUKIT KAYU HITAM - The suspect who fired at a vehicle driven by the Bukit Kayu Hitam Malaysian Border Control and Protection Agency (MCBA) commander SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir in an incident at dawn here today are believed to have used a semi-automatic firearm.Kedah police chief Datuk Adzli Abu Shah said preliminary investigations confirmed that two shots were fired at the victims moving vehicle from a distance of about one metre."We believe the shooter used a semi-automatic weapon as we found shattered bullet fragments, he told a press conference here today.He said the incident was believed to involve two suspects on a motorcycle, dressed in dark clothing and wearing full-face helmets, while the victim was driving alone





Komander AKPS Bukit Kayu Hitam nyaris ditembak - Mgazette - 25/02 3:16 pm

Dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaannya oleh dua suspek KUALA LUMPUR - Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian di Bukit Kayu Hitam, Kedah awal pagi tadi. Kejadian itu berlaku sekitar jam 5.40 pagi itu berlaku ketika Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton S70





Suspek tembak kereta Komander AKPS disyaki guna senjata semi automatik - Sinarharian - 25/02 1:19 pm

BUKIT KAYU HITAM -Polis percaya suspek yang menembak kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir di sini awal pagi Rabu, menggunakan senjata api jenis semi automatik.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mengesahkan dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan mangsa yang sedang bergerak pada jarak kira-kira satu meter."Kita percaya suspek menggunakansenjata semi automatik kerana jumpa pelurutelah pecah,"katanya pada sidang media di sini hari ini.Beliau berkata, kejadian dipercayai melibatkan dua suspek menaiki sebuah motosikal berkuasa kecil dan berpakaian serba gelap sertabertopi keledar bertutup penuhmanakala mangsa memandu bersendirian.Beliau berkata, polis telah melancarkan Ops Tutup termasuk di pintu masuk sempadan negara di Durian Burung, Padang Terap sejurus kejadian.Adzli berkata, kejadian itu sebagai cabaran dalam melaksanakan tugas kepada bukan sahaja AKPS, malah semua agensi penguatkuasaan."Sayamenyeru semua (penguat kuasa) sentiasa waspada





Tindakan pantas brek kenderaan selamatkan Mohd Nasaruddin, peluru lintas .. - Hmetro - 25/02 12:57 am

Bukit Kayu Hitam: Satu daripada dua das tembakan yang dilepaskan ke arah kenderaan dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam nyaris terkena muka pegawai kanan itu





Bukit Kayu Hitam AKPS commander survives shooting near Thai border - FMT - 25/02 12:29 am

Nasaruddin Nasir was shot at by two men on his way to perform the subuh prayers this morning, say Kedah police.





Kenderaan komander AKPS Bukit Kayu Hitam ditembak - FMT - 25/02 12:03 am

Mohd Nasaruddin Mohd Nasir bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang berlaku ketika dia menghala ke masjid untuk solat Subuh, kira-kira 5.40 pagi tadi.





Shots fired at border agency's commanders vehicle in dawn attack near Thai border - Sinardaily - 25/02 11:59 am

BUKIT KAYU HITAM - The vehicle carrying the commander of the Malaysian Control and Border Protection Agency (MCBA) in Bukit Kayu Hitam, SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, was shot at in an incident at dawn near the Malaysian-Thai border today.Kedah Police chief Datuk Adzli Abu Shah said the commander escaped unharmed in the attack, which occurred at about 5.40am, roughly one kilometre from the frontier.He said the commander was on his way to perform Subuh prayers at Masjid Al Muhajirin when two men dressed in black on a motorcycle, both wearing full-face helmets, approached his car."One of the suspects fired two shots, hitting the rear right door and the front passenger door of the car





Mahu takutkan penguat kuasa motif kereta Komander AKPS ditembak - Polis - Sinarharian - 25/02 11:36 am

Beliau cuba mengejar dua lelaki menaiki motosikal namun gagal," katanya.Adzli menambah, polis tidak menolak kemungkinan dua suspek yang melepaskan tembakan ke kereta Komander AKPS itu diupah sindiket."Kita tidak boleh menolak kemungkinan suspek diupah sindiket untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun siasatan masih berjalan dan kita menyiasat dari semua aspek," katanya.Sementara itu, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain mengesahkan kejadian pegawainya diserang dua lelaki dan memberitahu beliau dalam perjalanan ke sana.Pada Rabu, media melaporkan kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan.Bagaimanapun dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir terselamat daripada terkena peluru selepas tembakan dilepaskan suspek tidak dikenali.





Kereta Komander AKPS Bukit Kayu Hitam ditembak dekat sempadan - Mkini - 25/02 11:10 am

SAC Mohd Nasaruddin sedang menghala ke Masjid Al Muhajirin sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam menaiki motosikal.





Komander AKPS Bukit Kayu Hitam terselamat, kenderaan ditembak ketika ke masjid - Sinarharian - 25/02 10:53 am

BUKIT KAYU HITAM - [DIKEMAS KINI] Kenderaan dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir ditembak dalam satu kejadian di sini awal pagi tadi.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, Mohd Nasaruddin terselamat dalam kejadian pada 5.40 pagi itu yang berlaku kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand."Mangsa sedang menghala ke Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam untuk menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam menaiki motosikal dengan topi keledar full-face."Seorang daripada suspek melepaskan dua tembakan yang terkena pintu di bahagian kanan belakang kenderaan dan pintu sebelah penumpang hadapan, namun tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa," katanya pada sidang media Rabu.Adzli berkata, sejurus kejadian, mangsa yang memandu seorang diri cuba mengejar suspek sejauh kira-kira satu kilometer sebelum mereka lolos ke kawasan perindustrian berhampiran.Katanya, mangsa kemudian memandu kenderaan persendirian jenis Proton X70 ke Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.Beliau berkata, polis akan menyiasat daripada semua aspek dan tidak menolak kemungkinan ada ketidakpuasan hati mana-mana sindiket yang melakukan kesalahan di sempadan.Adzli memaklumkan AKPS Bukit Kayu Hitam merekodkan banyak kejayaan rampasan dalam tempoh dua bulan ini, termasuk rampasan 100 tan beras dan daging khinzir."Ini mungkin menyebabkan ketidakpuasan hati sindiket-sindiket





Daud Bakar didakwa bersubahat dalam urusniaga sekuriti tanpa lesen - Mgazette - 23/02 5:52 pm

Sementara itu, Azrul turut memerintahkan Mahadi diikat jamin RM50,000 lagi dan syarat tambahan serupa. Pendakwaanoleh Suruhanjaya Sekuriti dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shoba Venu Gobal dan Pegawai-Pegawai Pendakwa iaitu Mageswary Karroppiah, Danial Imran Nasaruddin dan Quek Yiing Huey





Peguam khuatir janggut Mahadi dipotong jika gagal bayar jamin - Mgazette - 23/02 5:52 pm

Selain itu, pasukan pembelaan turut memohon jaminan RM50,000 yang telah ditetapkan oleh mahkamah berlainan bagi pertuduhan berbeza dikekalkan manakala syarat jaminan tambahan yang dikemukakan oleh pasukan pendakwaan, tidak dibantah. Terdahulu, Pegawai pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin mencadangkan wang jaminan RM200,000 serta syarat jaminan tambahan pasport diserah dan diarah melapor diri ke pejabat agensi itu setiap awal bulan





Heliza's husband seeks bail over fear beard will be shaved in prison - Sinardaily - 23/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR The defence for businessman Datuk Mahadi Badrul Zaman, who is charged with conducting unlicenced securities dealings pleaded for bail, saying he fears his beard would be shaved if he is held in jail while awaiting trial.Lawyer Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus, who represented the 43-year-old who is the husband of singer and activist Heliza Helmi, raised the matter during submissions before judges Azrul Darus and Norma Ismail.If bail is not granted and my client is in jail, his long beard may be cut off. This would affect him, he said.He also urged the court to consider that Mahadi supports his mother, who is suffering from cancer, as well as his in-laws.Zamri added that his client, who assists in managing umrah pilgrimage groups, has cooperated with authorities and does not pose a flight risk.However, Securities Commission (SC) prosecuting officer Danial Imran Nasaruddin argued that the court should consider public interest and investor confidence in the securities market in granting bail.He proposed a bail of RM250,000 with two sureties, along with additional conditions including for the accused to surrender his passport to the court and reporting to the SC office once a month.After hearing submissions from both parties, each court allowed Mahadi bail of RM50,000 with one surety, along with the additional conditions proposed by the prosecution.Earlier, Mahadi was charged, as a representative of AUF MBZ Consortium PLT, with carrying out securities dealings despite the company not holding a Capital Markets Services Licence and not being registered to conduct securities activities.The offence was allegedly committed at a villa in Sunway South Quay, Subang Jaya, between June 14, 2021 and Feb 15, 2024.The charge was framed under Subsection 58(1) of the Capital Markets and Services Act 2007, read together with Subsection 367(1) of the same Act and punishable under Subsection 58(4).If convicted, he faces a fine of up to RM10 million, imprisonment of up to 10 years, or both.





Suami Heliza Helmi bimbang janggutnya dicukur - Peguam - Sinarharian - 23/02 3:01 pm

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan ahli perniagaan, Datuk Mahadi Badrul Zaman yang didakwa menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen, merayu dibebaskan dengan jaminan kerana bimbang janggutnya dicukur sekiranya ditahan di penjara sehingga kesnya selesai didengar.Peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus yang mewakili suami penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi berusia 43 berkata demikian ketika sesi rayuan di hadapan Hakim, Azrul Darus dan Norma Ismail."Jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggutnya yang panjang mungkin akan dipotong, ini akan memberi kesan kepada anak guam."Saya mohon mahkamah ambil kira, Mahadi perlu menanggung ibunya yang menghidap kanser dan keluarga mentua," kata peguam.Mohd Zamri berkata, anak guam yang membantu dalam mengendalikan jemaah umrah, telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekali gus tidak menunjukkan dia berisiko untuk melarikan diri.Bagaimanapun, Pegawai pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin mencadangkan, mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam serta keyakinan pelabur dalam pasaran sekuriti sebelum membenarkan jaminan terhadap tertuduh.Beliau berkata, pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan jumlah jaminan sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin."Ia termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SC sekali setiap bulan," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, kedua-dua mahkamah membenarkan Mahadi diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.Pada Isnin, Mahadi, 43, didakwa sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT menjalankan berniaga dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah villa, di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 dan 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum bawah subseksyen 58(4) akta serupa.Sekiranya disabitkan atas kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tidak melebihi 10 atau kedua-duanya.





Suami Heliza Helmi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen - Sinarharian - 23/02 12:30 am

KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Pengasas AUF MBZ Consortium PLT (AUF MBZ), Datuk Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen yang sah.Mahadi Badrul Zaman, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Norma Ismail.Mengikut kedua-dua pertuduhan, suami kepada penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi itu, sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT didakwa menjalankan perniagaan sekuriti sedangkan syarikat berkenaan bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal serta tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah vila di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dibaca bersama Subseksyen 367(1) akta sama serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 58(4) akta berkenaan.Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.Pendakwaan kes ini dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Danial Imran Nasaruddin manakala Mahadi diwakili peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus.Mahkamah membenarkan Mahadi diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekali setiap bulan.Mahkamah menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes.





Cubaan seludup hampir 100 tan beras gagal, nilai rampasan cecah RM1.06 juta - Sinarharian - 11/02 9:31 am

BUKIT KAYU HITAM Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup hampir 100 tan beras di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada Selasa.Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, rampasan itu dilakukan hasil maklumat risikan yang membawa kepada pemeriksaan ke atas dua buah treler sekitar jam 4 petang.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sejumlah besar beras disembunyikan di dalam kedua-dua kenderaan berkenaan tanpa sebarang pengisytiharan atau ikrar kepada pihak Kastam."Anggaran kuantiti beras yang ditemui adalah sebanyak 49,950 kilogram (kg) bagi setiap kontena, menjadikan jumlah keseluruhan 99,900kg yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) di bawah Seksyen 20 dan Seksyen 21 yang melibatkan kuasa rampasan serta pelucuthakan.Tambahnya, keseluruhan beras yang ditemui telah dirampas, manakala dua treler turut disita bagi tujuan siasatan lanjut."Nilai rampasan beras dianggarkan sebanyak RM639,400, manakala nilai sitaan dua buah treler pula dianggarkan RM420,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan mencecah RM1.06 juta," jelasnya.Menurut Mohd Nasaruddin, kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah untuk tindakan lanjut.Beliau menegaskan, kejayaan rampasan itu membuktikan komitmen dan kesungguhan AKPS bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras aktiviti penyeludupan barangan kawalan di pintu masuk negara.




Reformasi     >>



Jho Low dikeluarkan daripada Notis Merah Interpol? - Harapandaily
Dalang di sebalik skandal 1MDB Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low kekal di dalam senarai Notis Merah Interpol tetapi ia tidak dipaparkan pada laman web awam Interpol, kata Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. “Interpol mempunyai autonomi penuh dalam ..
Kroni     >>



Business : TH Plantations Net Profit In FY2025 Rises .. - Bernama
KUALA LUMPUR, Feb 26 (Bernama) -- TH Plantations Bhds (THP) net profit increased to RM107.49 million for the financial year ended Dec 31, 2025 (FY2025) from RM75.17 million in the preceding year.
Tabloid     >>



Ahmad Balia sempat jumpa ayah, ibu dan tiga beradik di .. - Hmetro
Kuantan: Saya sempat berjumpa dengan ayah, ibu dan tiga beradik di bazar Ramadan petang semalam, ketika itu tiada apa-apa perubahan (pada mereka), kata Ahmad Balia Murqam, 15. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Up close: Here’s how Samsung’s Galaxy S26 .. - Androidauthority
Subpixel photos show exactly how Privacy Display on the Galaxy S26 Ultra works.
World     >>



Warren calls Trumps bluff on affordability after State .. - Cnbc
Trump laid blame on Democrats for affordability and argued his administration has solved the problem, as polls consistently show increased concern from voters.
Motor Trend     >>



Buletin Leapmotor C10 Plus Dilancarkan – Night .. - Mekanika
# LEAPMOTOR C10 PLUS DILANCARKAN - NIGHT EDITION, KUASA 299HP, HARGA BERMULA RM148K **Stellantis Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan SUV elektrik segmen-D mereka, iaitu Leapmotor C10 PLUS, bersama edisi terhad C10 PLUS Night Edition.** Model baharu ini tampil dengan naik taraf ..