| /// |
|
| Search : Mycc News | Page 1 |
|
Kerajaan sedia pinda akta perkasa MyCC banteras kartel - Armizan - Sinarharian - 12/02 1:44 pm SABAK BERNAM - Kerajaan meningkatkan peruntukan bagi memperkasakan bahagian penyiasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan merancang pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Akta Persaingan 2010 bagi memperluas bidang kuasa serta kapasiti penguatkuasaan badan itu.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu antara komitmen tegas kerajaan dalam membanteras amalan kartel yang memberi kesan kepada pasaran dan kos sara hidup rakyat.Menurutnya, pindaan itu dijangka dibentangkan selewat-lewatnya pada persidangan Parlimen akan datang selepas penelitian bersama Jabatan Peguam Negara dimuktamadkan."Tujuan pindaan ini adalah untuk memperkukuh kapasiti dan bidang kuasa MyCC supaya lebih berkesan dalam mengekang serta memberantas amalan kartel."Terdapat empat bentuk kartel iaitu pakatan harga, pembahagian pasaran, penetapan pengeluaran dan tipuan bida," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Ihsan Food Bank (i-FB)@PSIS di Politeknik Sultan Idris Shah, di sini, pada Khamis.Beliau berkata, antara perkara yang diteliti termasuk memperluas bidang kuasa penyiasatan serta memberi ruang kepada MyCC untuk membuat rayuan di peringkat lebih tinggi sekiranya perlu.Armizan berkata, ketika ini MyCC turut sedang menyiasat kira-kira 500 perusahaan membabitkan pelbagai bentuk kartel di bawah peruntukan Akta Persaingan 2010.Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati memanipulasi pasaran sehingga menjejaskan pengguna dan industri."Siasatan ini sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam membanteras amalan kartel yang menjejaskan pasaran serta memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat.Mengulas keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) yang menolak rayuan empat syarikat penternak berhubung pelanggaran Akta Persaingan 2010 membabitkan kartel penetapan harga dedak makanan haiwan, Armizan berkata, keputusan itu mengesahkan wujudnya pelanggaran akta berkenaan.Menurutnya, pelanggaran itu berlaku melalui pakatan penetapan harga yang memberi kesan kepada harga jualan dedak makanan haiwan di pasaran.Menurutnya, pada 2023 MyCC mengeluarkan keputusan awal untuk mengambil tindakan terhadap lima syarikat yang didapati terbabit dalam amalan pakatan harga bagi makanan haiwan."Daripada lima syarikat itu, satu menarik balik rayuan dan bersetuju dengan keputusan MyCC, manakala empat lagi mengemukakan rayuan ke TRP.Pada Rabu, TRP menolak rayuan empat syarikat penternak terhadap keputusan membabitkan pelanggaran pematuhan Akta Persaingan, memperkukuhkan peranan MyCC melindungi pasaran.Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media berkata, ia menerima baik keputusan sebulat suara TRP yang menolak semua rayuan yang dikemukakan oleh Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd, Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Berhad dan Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd terhadap keputusan MyCC pada Disember 2023 berhubung pelanggaran Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 [Akta 712]. |
|
Chicken feedmill firms lose appeal as competition tribunal backs MyCC, upholds fines for price-fixing - Malaymail - 11/02 8:03 pm KUALA LUMPUR, Feb 11 The Malaysia Competition Commission (MyCC) has welcomed the unanimous decision by the Compe... |
|
Kartel ayam: Keputusan CAT beri mesej penyelarasan harga dalam rantaian boleh jejas pengguna - Sinarharian - 11/02 4:37 pm KUALA LUMPUR - Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) yang mengekalkan penalti RM415.5 juta terhadap empat syarikat pengeluar makanan ayam dilihat memberi mesej jelas bahawa sebarang penyelarasan harga dalam rantaian bekalan makanan boleh menjejaskan pengguna akhir.Keputusan sebulat suara itu sekali gus mengesahkan dapatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bahawa wujud koordinasi menaikkan harga makanan ayam antara 31 Januari 2020 hingga 30 Jun 2022.Menerusi kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Datuk Iskandar Ismail menegaskan makanan ayam merupakan komponen kos utama dalam industri penternakan unggas."Sebarang kenaikan terancang pada peringkat input berpotensi meningkatkan kos pengeluaran ayam sebelum dipindahkan kepada pasaran runcit," katanya pada Rabu.Dalam konteks pasaran tempatan yang sensitif terhadap isu harga ayam, beliau menjelaskan tindakan menetapkan kadar kenaikan secara bersama boleh memberi kesan langsung kepada pengguna serta kestabilan rantaian bekalan protein negara."CAT bersetuju dengan dapatan MyCC bahawa Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd, Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Berhad dan Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd telah berkoordinasi bagi menetapkan jumlah kenaikan harga makanan ayam."Tribunal berkenaan mendapati keputusan MyCC disokong bukti kukuh selepas meneliti dokumen serta mendengar hujahan kedua-dua pihak sepanjang prosiding rayuan," ujar beliau.Dalam penghakiman CAT mengesahkan bahawa perjanjian antara pesaing untuk menetapkan harga adalah satu pelanggaran serius di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 kerana ia secara automatik dianggap memudaratkan persaingan.Sehubungan itu, semua penalti kewangan serta arahan yang dikenakan MyCC dikekalkan, termasuk penalti tambahan terhadap sebuah syarikat kerana mengganggu proses siasatan.Tribunal turut menegaskan bahawa jumlah penalti berkenaan berada dalam had dibenarkan undang-undang dan setimpal dengan tahap keseriusan pelanggaran yang berlaku.Lebih penting, CAT menolak dakwaan syarikat terbabit bahawa MyCC bertindak tidak adil, tanpa asas atau melanggar prinsip proses sewajarnya.Tribunal memutuskan siasatan dijalankan dalam ruang kuasa sah serta mematuhi prosedur ditetapkan di bawah Akta Persaingan 2010.Tambah Iskandar, keputusan itu memperkukuh peranan suruhanjaya dalam memastikan pasaran berfungsi secara telus dan kompetitif."Pasaran berfungsi dengan baik apabila perniagaan bersaing secara jujur dan bebas |
|
MyCCJWP meterai LoU perkukuh usaha benteras kartel tipuan bida dalam perolehan Kerajaan - Harapandaily - 30/01 10:39 am FOTO BERITA: Majlis Menandatangani Perjanjian Surat Persefahaman (LoU) antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) disaksikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Wilayah Persekutuan dan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri KPDN di Anjung Singgahsana Menara DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur |
|
Dakwaan Tender Rigged MINDEF: laporan dibuat kepada MOF, MyCC dan SPRM - Harapandaily - 22/01 10:05 pm 22hb Januari 2026 (Khamis) Arun Dorasamy mendakwa wujud penyelewengan serius dalam satu tender bernilai RM20 juta melibatkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang menurutnya memberi kesan... The post Dakwaan Tender Rigged MINDEF: laporan dibuat kepada MOF, MyCC dan SPRM appeared first on Harapan Daily . |
|
Dua perusahaan dikesan terbabit kartel tipu bida projek Lebuhraya CSR - MyCC - Sinarharian - 14/01 3:33 pm SHAH ALAM - Dua perusahaan bakal dikenakan penalti kewangan selepas disyaki terlibat dalam kartel tipuan bida bagi tender pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya membabitkan nilai perolehan sebanyak RM285 juta.Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Idris Harun berkata, keputusan cadangan itu dikeluarkan selepas perusahaan terlibat didapati secara berperingkat telah melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712)"Melalui penyiasatan, perusahaan-perusahaan tersebut didapati telah bersetuju untuk terlibat dalam perkongsian maklumat yang diselaraskan dan pakatan dalam penyediaan serta penyerahan bidaan mereka."MyCC mendapati bahawa perjanjian sedemikian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam berkaitan Tender CSR," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau bagaimanapun berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa pada peringkat ini, keputusan cadangan tersebut merupakan dapatan awal dan ia tidak boleh dianggap bahawa perusahaan-perusahaan ini telah melanggar akta 712 secara konklusif."Perusahaan-perusahaan ini juga telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan dan mereka diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis dalam tempoh 30 hari selepas menerima keputusan cadangan itu."Mereka juga diminta membentangkan representasi lisan di hadapan MyCC pada tarikh yang akan ditentukan kemudian," katanya.Idris berkata, MyCC hanya akan mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh perusahaan-perusahaan ini bersama-sama dengan bukti yang diperoleh semasa penyiasatan. |
|
MyCC flags alleged bid-rigging cartel in RM285mil Central Spine Road tender - FMT - 14/01 3:30 pm The commission issues a proposed decision against two companies for allegedly colluding in the preparation and submission of bids. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |