| /// |
|
| Search : Menteri Pendidikan News | Page 1 |
|
Razman: PN can win Perak with 60% Malay votes, taking state power ???not .. - Sinchew - 17/05 4:27 pm Razman: PN can win Perak with 60% Malay votes, taking state power not difficult IPOH: Perikatan Nasional (PN) believes it stands a strong chance of taking over the Perak state government if it secures constituencies with at least 60% Malay voters, said Perak opposition leader Razman Zakaria |
|
RM100 juta untuk PACE, kerajaan mahu lahir tenaga kerja kelas dunia - Mygazette - 17/05 4:27 pm # RM100 juta untuk PACE, kerajaan mahu lahir tenaga kerja kelas dunia KUALA LUMPUR Sejumlah RM100 juta diperuntukkan menerusi inisiatif Progressive Acceleration for Capability & Employability (PACE) dalam usaha mempercepat pembangunan bakat tempatan serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja negara |
|
PH bukan kerajaan kaut kekayaan, susun projek – Adam Adli - Mygazette - 17/05 4:27 pm # PH bukan kerajaan kaut kekayaan, susun projek - Adam Adli JOHOR BAHRU Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim menegaskan Pakatan Harapan (PH) bukan sebuah kerajaan yang dibentuk untuk mengaut kekayaan atau menyusun projek demi kepentingan kelompok tertentu. Sebaliknya, Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, PH diberi mandat rakyat untuk mentadbir negara secara amanah dan memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara |
|
Kerajaan Madani paling banyak laksana agenda MA63 – Mustapha Sakmud - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Kerajaan Madani paling banyak laksana agenda MA63 - Mustapha Sakmud JOHOR BAHRU Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menegaskan Kerajaan Madani merekodkan pencapaian terbesar dalam melaksanakan agenda Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negara. Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, pelbagai tuntutan berkaitan hak Sabah dan Sarawak berjaya diselesaikan termasuk peningkatan peruntukan pembangunan, pengiktirafan institusi serta penyelesaian beberapa isu tertangguh di bawah MA63 |
|
Sidang DUN khas 24 Jun ini umum bubar untuk PRN Johor? - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Sidang DUN khas 24 Jun ini umum bubar untuk PRN Johor? JOHOR BAHRU - Satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas akan diadakan pada 24 Jun ini dijangka mengumumkan pembubaran DUN bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor |
|
Johor medan ujian terbesar PH hadapi pilihan raya – Saifuddin Johor .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Johor medan ujian terbesar PH hadapi pilihan raya - Saifuddin JOHOR BAHRU - Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Johor sebagai antara negeri paling penting kerana hampir berdepan pilihan raya sekali gus menjadi medan utama untuk PH mempertahankan keyakinan rakyat |
|
PH sedia jika DUN Johor dibubarkan 24 Jun ini - Mygazette - 17/05 4:27 pm JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 24 Jun ini |
|
Aminuddin sindir ???penebuk kapal??? dalam PH - Mygazette - 17/05 4:27 pm JOHOR BAHRU Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyindir pihak yang disifatkan sebagai penebuk kapal dari dalam sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran dan pengkhianatan dalam gabungan politik |
|
Tolak UMNO, pengkhianat bergema di setiap sudut Konvensyen PH - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Tolak UMNO, pengkhianat bergema di setiap sudut Konvensyen PH JOHOR BAHRU Laungan tolak UMNO, pengkhianat dan reformasi bergema hampir di setiap sudut Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor ketika ribuan ahli serta perwakilan Pakatan Harapan (PH) berhimpun dalam Konvensyen PH, hari ini |
|
BN jangan mendabik dada, kemajuan Johor hasil kerjasama dengan Persekutuan - Mygazette - 17/05 4:27 pm # BN jangan mendabik dada, kemajuan Johor hasil kerjasama dengan Persekutuan JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tidak boleh mendabik dada dengan mendakwa kejayaan mentadbir negeri sehingga pesat membangun adalah usaha mereka sendiri |
|
Dana asing untuk jatuhkan PM: PKR serahkan kepada pihak berkuasa - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Dana asing untuk jatuhkan PM: PKR serahkan kepada pihak berkuasa JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima dana asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri |
|
PH Kelantan mahu ???api dalam sekam??? disingkirkan - Mygazette - 17/05 4:27 pm JOHOR BAHRU Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor menggesa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menyingkirkan unsur sabotaj dalaman sekiranya gabungan itu benar-benar serius mahu menawan Kelantan |
|
UEC bukan gantikan SPM, tak ancam Bahasa Melayu – Anthony - Mygazette - 17/05 4:27 pm # UEC bukan gantikan SPM, tak ancam Bahasa Melayu - Anthony JOHOR BAHRU Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan, isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak akan mengancam kedudukan Bahasa Melayu |
|
Bersama parti baharu, ini kamikaze kedua saya ??? Rafizi Bersama parti .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Bersama parti baharu, ini kamikaze kedua saya Rafizi Itu pengakuan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramliyang mengesahkan langkah politik terbaharunya bersama sebuah parti baharu demi menawarkan pilihan lebih baik kepada generasi muda dan masa depan negara |
|
Keputusan BN Johor tanding solo tidak jejas hubungan kerajaan Perpaduan - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Keputusan BN Johor tanding solo tidak jejas hubungan kerajaan Perpaduan JOHOR BAHRU - Pengumuan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak menjejaskan hubungan dalam kerajaan Perpaduan |
|
Konvensyen PH buka tirai, Anwar sampai amanat petang ini - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Konvensyen PH buka tirai, Anwar sampai amanat petang ini JOHOR BAHRU - Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang menghimpunkan kira-kira 5,000 perwakilan dan pimpinan seluruh negara membuka tirainya hari ini di sini hari ini dengan fokus terarah kepada persediaan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) |
|
PRN N. Sembilan: Kita tanding semua kerusi, kalau DUN Johor bubar esok, .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm # PRN N |
|
Tak puas hati isu UEC, Anthony minta MCA rujuk menteri daripada... - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Tak puas hati isu UEC, Anthony minta MCA rujuk menteri daripada BN JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong merujuk kepada Menteri Pendidikan Tinggi daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) |
|
Anwar tiba awal untuk Konvensyen Pakatan Harapan 2026 - Mygazette - 17/05 4:27 pm # Anwar tiba awal untuk Konvensyen Pakatan Harapan 2026 JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan awal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini sempena Konvensyen Pakatan Harapan 2026 |
|
Kita sedia pilihan raya di seluruh negara – Anwar Ibrahim - Harapandaily - 17/05 4:26 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi pilihan raya di seluruh negara sekiranya hubungan dalam kerajaan perpaduan terus diganggu atau ada pihak memilih untuk bertembung secara terbuka |
|
Pembangunan negeri dipacu secara secara menyeluruh: Raja Muda Perlis - Utusan - 17/05 4:24 pm ARAU: Pembangunan negeri ini akan terus dipacu secara menyeluruh meliputi aspek kebajikan, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan prasarana melalui perancangan rapi serta berterusan |
|
Rafizi, Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen - Sinarharian - 17/05 4:23 pm PETALING JAYA - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keluar parti, sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen berkuat kuasa pada Isnin.Pengumuman itu dibuat kedua-dua bekas menteri itu ketika manlis pengumuman hala tuku politik yang berlangsung di sini, pada Ahad.MENYUSUL |
|
UEC tidak jejas kedudukan Bahasa Melayu - Anthony Loke - Sinarharian - 17/05 4:17 pm JOHOR BAHRU Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu.Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, dakwaan kononnya pengiktirafan UEC melemahkan kedudukan bahasa Melayu tidak berasas kerana pelajar UEC tetap perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Jangan bimbang, Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan kita selama-lamanya |
|
Ahmad Samsuri bukan poster boy calon PM - Pas - Sinarharian - 17/05 4:17 pm KOTA BHARU - Pas menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ketua pembangkang bukan bertujuan mengangkat tokoh berkenaan sebagai poster boy calon Perdana Menteri, demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.Menurut beliau, perkara mengenai calon Perdana Menteri langsung tidak dibincangkan dalam pelantikan tersebut."Pelantikan itu dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada susulan keperluan semasa parti."Kita tidak bincang bab poster boy ini |
|
Projek E-ART RM10 bilion diluluskan, pemangkin sistem mobiliti awam negeri Johor - Mypress - 17/05 3:58 pm JOHOR BAHRU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan pengangkutan awam negara apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kelulusan rasmi projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) di Johor… |
|
Genggam Emas Canselor lepas gigih dalami bahasa Inggeris - Kosmo - 17/05 3:48 pm SHAH ALAM – Kegigihan seorang graduan mendalami ilmu bahasa Inggeris sejak 2020 berbaloi apabila dinobatkan penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-37 di sini, hari ini |
|
Loke puji Anwar 'berani' tangani isu UEC - Mkini - 17/05 3:48 pm Setiausaha Agung DAP itu berkata perdana menteri telah menunaikan janjinya untuk menyediakan laluan kepada graduan UEC memasuki universiti awam. |
|
Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia - Sinarharian - 17/05 3:41 pm PETALING JAYA - Bekas Timblaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU).Penyerahan parti yang akan diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilaksanakan pada majlis pengumuman hala tuju politik mereka pada Ahad.Secara tidak langsung, simbolik tersebut telah menjawab persoalan sejak beberapa minggu lalu mengenai hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas 'disisihkan' PKR setahun lalu.Sebagai rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.MENYUSUL |
|
PH kekal dengan prinsip 'anak India, anak Melayu semua anak kita' - Amirudin - Sinarharian - 17/05 3:08 pm JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) berdepan cabaran baharu daripada pihak yang tidak senang dengan pendekatan politik berbilang kaum dan budaya yang menjadi asas perjuangan gabungan itu.Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cabaran politik masa kini bukan lagi sekadar menyelesaikan isu bread and butter sebaliknya bagaimana kerajaan mampu menangani soal rasa selamat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum."Lawan politik kita serta beberapa pihak kurang senang dengan pendekatan multi-culturism dan juga multi-racial politik yang menjadi asas kepada PH."Mereka bimbang kerana mereka tahu dengan pendekatan ini tidak ada lagi pelindungan kepada mereka yang jual nama agama bangsa tetapi sakau dan untungkan kantung dan peribadi kehidupan mereka," katanya berucap di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada sempena Konvensyen Pakatan Harapan (PH) pada Ahad.Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor, menegaskan PH akan terus mempertahankan hak semua rakyat tanpa mengira kaum."Kita akan kekal dengan prinsip bahawa anak India, anak Melayu dan semua rakyat Malaysia adalah anak kita yang mesti dipertahankan dari segi perlembagaan, hak dan suara mereka," katanya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ahli parti supaya tidak terpengaruh dengan permainan politik berunsur ekstrem yang hanya bersifat sementara.Beliau turut mengambil contoh politik di Amerika Syarikat melibatkan Donald Trump yang didakwa semakin kehilangan sokongan di beberapa negeri selepas kemenangan penggal keduanya."Selepas menang kali kedua, Trump terus kalah di beberapa negeri lain kerana terbukti gaya pendekatan yang cuba dibawa menerusi politik far right atau politik melampau dan ekstrem ini mungkin nampak popular, tetapi kita harus terus bekerja."Kadang-kadang langkah kerajaan seperti penyusunan semula subsidi tidak nampak popular |
|
Aminuddin kata 14 Adun Umno khianat kerajaan N Sembilan - FMT - 17/05 2:29 pm Semua 14 Adun tarik balik sokongan terhadap menteri besar itu pada 27 April sambil menyatakan mereka hilang percaya. |
|
Spekulasi DUN Khas: PH bersedia hadapi PRN Johor - Sinarharian - 17/05 2:08 pm JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada bila-bila masa susulan spekulasi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 24 Jun ini yang dikaitkan dengan kemungkinan pembubaran DUN.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, gabungan itu sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan politik di negeri ini.Menurut beliau, PH Johor dan BN Johor juga telah menyatakan pendirian masing-masing berhubung hala tuju politik negeri berkenaan."Kita tunggu dan dengar pandangan daripada pimpinan utama (Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada petang nanti."Mungkin, mungkin (ada rundingan PH-BN) |
|
Aminuddin says 14 Umno reps betrayed NS govt by withdrawing support - FMT - 17/05 2:03 pm The 14 Umno assemblymen in Negeri Sembilan withdrew their support for menteri besar Aminuddin Harun on April 27, citing a loss of confidence. |
|
PM Anwar umum kenaikan peruntukan RM4 bilion, puji prestasi kontraktor bumiputera - Mydateline - 17/05 2:00 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan kenaikan Peruntukan Perolehan Kerja 2026 untuk kontraktor kecil Bumiputera khususnya gred G1 hingga G4 kepada RM4 bilion .. |
|
Pelantikan Dr Sam tanda PAS ketandusan pemimpin - Guan Eng - Mkini - 17/05 1:59 pm Bekas menteri kanan itu pertikai kemampuan Naib Presiden PAS jadi ketua pembangkang kerana turut terikat dengan tugas sebagai MB |
|
Sidang DUN khas 24 Jun ini umum pembubaran untuk PRN Johor? - Sinarharian - 17/05 1:57 pm JOHOR BAHRU - Satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang akan diadakan pada 24 Jun ini dikaitkan dengan pengumuman pembubaran DUN bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Permintaan supaya kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersiap sedia untuk sidang DUN khas tersebut sudah mula disebarkan kepada mereka menerusi aplikasi WhatsApp.Perkembangan itu susulan pengumuman Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Sabtu yang mengumumkan BN akan bertanding di 56 kerusi DUN.Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon ketika dihubungi memaklumkan setakat ini tiada arahan ataupun surat rasmi dikeluarkan berhubung perkara tersebut."Saya baru bertemu Onn Hafiz pagi tadi, kami ada program di Tasik Merdeka |
|
PH Johor umum tanding semua 56 kerusi DUN - Sinarharian - 17/05 1:54 pm JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor mengumumkan bakalbertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata, perkara itu diputuskan selepasPengerusiBarisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi kata putus bahawa BN akan bertanding di semua kerusi DUN pada Sabtu."Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah menyatakan (BN) akan bertanding di 56 kerusi, maka PH Johor akan turut sama bertanding di 56 kerusi, mereka (BN) telah beri laluan dan kata putus."Walaupun ada yang menyatakan kenapa hendak bertanding dengan rakan sendiri? Ini kerana mereka yang isytiharkan, maka kita (PH) sambut," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Perwakilan PH Johor pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Ahad.Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata PH yakin mampumenewaskan BN untuk kali kedua."Kalau 2018 kita (PH) boleh menang, tidak mustahil kita boleh kalahkan mereka (BN) untuk pilihan raya akan datang," kata Ahli Parlimen Sri Gading itu.Pada Sabtu,Onn Hafiz dilaporkan berkata keputusan untukbertanding di semua 56 kerusi DUN dibuat selepasmengambil maklum pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor mengenai hala tuju parti menjelang pilihan raya tersebut.Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN,PH (12),Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).Konvensyen PH yang berlangsung pada Ahad dilihat menjadi pentas penting dalam menentukan hala tuju gabungan itutermasuk persediaan menghadapi kemungkinan PRN Johor dan Melaka tahun ini. |
|
Hari ini nak bersama, esok kata nak tanding semua - Aminuddin sindir BN - Sinarharian - 17/05 1:36 pm JOHOR BAHRU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyindir sikap BN yang disifatkan hanya mahu bekerjasama ketika diperlukan dalam Kerajaan Perpaduan.Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, situasi berkenaan menyebabkan akar umbi PH perlu tegas dan terus memperkukuhkan gerak kerja serta tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik pihak tertentu."Kita tak boleh diadu domba diugut setiap masa |
|
Kerjasama MAIWP, Kementerian Ekonomi perkasa ekonomi asnaf bandar - Sinarharian - 17/05 1:27 pm KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Ekonomi dalam usaha memperkasa ekonomi golongan asnaf dan usahawan kecil.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, program lnisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-Insan) itu cerminan komitmen kerajaan dalam membangunkan rakyat secara menyeluruh menerusi pendekatan 'whole-of-government'."Melalui kerjasama ini, Kementerian Ekonomi menyediakan mesin layan diri makanan serta subsidi sewa penuh selama 24 bulan."MAIWP pula menyediakan bantuan modal permulaan kepada peserta usahawan asnaf yang layak, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, bagi membantu mereka menjana pendapatan secara mampan," katanya ketika berucap di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu.Hadir sama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.Zulkifli berkata, MAIWP bukan sekadar menyalurkan bantuan zakat secara rutin sebaliknya mahu melahirkan lebih ramai usahawan asnaf yang mampu berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan."Kita sudah mengenal pasti 50 usahawan asnaf yang akan kita bantu bukan hanya dengan modal tetapi dan juga dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan."MAIWP akan melihat lokasi berpotensi seperti masjid dan universiti untuk diletakkan mesin layan diri ini kerana ia bukan sahaja membantu usahawan asnaf kita tetapi juga membantu rakyat dapatkan makanan dengan harga berpatutan," katanya lagi.Masjid Wilayah Persekutuan turut dijadikan lokasi baharu penempatan mesin vending sebagai usaha memperkukuh fungsi masjid sebagai hab ekonomi ummah.Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, pelaksanaan inisiatif itu telah menunjukkan hasil yang positif apabila sebanyak 1,125 unit mesin layan diri telah dipasang di seluruh negara.Tambah beliau, program itu telah merekodkan jualan sebanyak RM20.46 juta setakat Mac lalu."Selain itu, seramai 712 peserta aktif mencatatkan hasil jualan kumulatif melebih RM2,000 sejak mula beroperasi."Kerjasama dengan MAIWP amat tepat pada masanya dan gabungan ini membolehkan IPR-Insan dilaksanakan dengan lebih bersasar," ujarnya.Menurut Akmal Nasrullah, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi pelanjutan program IPR-Insan selama 24 bulan lagi supaya manfaat IPR dapat diperluaskan. |
|
Mandiri nafi terima dana asing untuk jatuhkan PM - Sinarharian - 17/05 1:13 pm SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) Mandiri menafikan tuduhan menerima dana asing yang kononnya digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tular menerusi satu video di aplikasi TikTok yang kini sudah dipadam.Pengarah Eksekutif pertubuhan itu, Amir Hariri Abd Hadi berkata, tuduhan itu bersifat politik dan bertujuan menyerang organisasi anak muda yang lantang menyuarakan pelbagai isu termasuk berkaitan korupsi.Menurutnya, dakwaan sedemikian bukan perkara baharu kerana ia sering digunakan terhadap aktivis, NGO dan media bebas di Asia Tenggara.Amir Hariri berkata, Mandiri ialah sebuah NGO yang beroperasi seperti organisasi bukan kerajaan lain dengan memohon geran yang majoritinya disenaraikan secara umum bagi menampung kos operasi."Geran-geran ini boleh dipohon oleh sesiapa sahaja bergantung kepada kemampuan organisasi masing-masing."Mandiri juga tidak pernah memohon sumbangan awam selain mempunyai polisi dalaman untuk tidak menerima sebarang dana daripada mana-mana kerajaan, agensi kerajaan termasuk kerajaan Malaysia serta mana-mana ahli politik bagi memastikan operasi bebas tanpa campur tangan," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, Mandiri memberi fokus kepada usaha memperkasa anak muda dan mahasiswa di Malaysia menerusi lima teras utama iaitu keadilan sosial, hak asasi, ketelusan pentadbiran kerajaan, keadilan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.Jelasnya, organisasi itu turut menjalankan kelas, forum dan perbincangan akademik berkaitan lima teras utama selain mengadakan kempen termasuk kempen melawan korupsi.Beliau turut menegaskan bahawa Mandiri bukan parti politik dan tidak terbabit dalam perebutan kuasa termasuk usaha mengangkat atau menjatuhkan Perdana Menteri."Sebagai organisasi progresif, kami berpegang kepada nilai demokratik dan bertindak dalam kerangka demokrasi."Kami juga menafikan sebarang bentuk hubungan bersama Rafizi Ramli atau mana-mana ahli politik |
|
Gagasan Rakyat lulus sebulat suara pindaan struktur parti kepada 26 bahagian -Hajiji - Sinarharian - 17/05 12:51 am KOTA KINABALU - Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan bahawa usul pindaan struktur bahagian parti daripada 74 kepada 26 bahagian menggunakan pendekatan berasaskan struktur Parlimen telah diluluskan sebulat suara dalam Persidangan Agung Khas parti yang diadakan pada Ahad.Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata, pindaan perlembagaan tersebut akan dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendapatkan kelulusan rasmi."Alhamdulillah, syukur |
|
‘Inilah kali pertama Malaysia ada Perdana Menteri yang tidak rasuah’ - Harapandaily - 17/05 12:34 am Kartunis Zunar menyifatkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai titik perubahan penting dalam sejarah negara, khususnya dalam usaha membanteras rasuah secara menyeluruh |
|
'Ini waktunya rakyat nilai'- Adam Adli - Sinarharian - 17/05 12:26 am JOHOR BAHRU Jentera parti Pakatan Hadapan (PH) diingatkan agar terus memperkukuh kerja di lapangan tanpa terlalu bergantung kepada pengaruh media sosial semata-mata, sebaliknya kembali kepada kekuatan asas iaitu khidmat kepada rakyat.Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli berkata, kekuatan politik menghampiri pilihan raya ketika ini tidak hanya terletak pada komunikasi di ruang digital, tetapi pada kerja konsisten yang dilakukan oleh jentera."Siang malam kerja keras |
|
UEC: Geraham kesal kerajaan dilihat ambil langkah ke belakang - Sinarharian - 17/05 12:20 am ALOR SETAR - Gabungan Gerak Rakyat Hidupkan Amar Maaruf Hancur Aktiviti Maksiat (Geraham) kesal terhadap tindakan kerajaan yang dilihat semakin membuka ruang kepada penerimaan pelajar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam.Pengerusi Secretariat Geraham, Noor Hakimi Ab Halim berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengambil keputusan yang dilihat mengundur ke belakang sebaliknya memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan, memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dan memastikan semua dasar pendidikan bergerak selari dengan semangat Perlembagaan serta kepentingan nasional negara.Menurutnya, ia bukan sekadar isu kemasukan mahasiswa ke institusi pengajian tinggi tetapi melibatkan masa depan identiti nasional, prinsip pendidikan kebangsaan serta arah pembinaan negara bangsa Malaysia."Tindakan kerajaan ini memperlihatkan seolah-olah kepimpinan negara hari ini semakin tidak tegas mempertahankan asas yang telah dibina sejak sekian lama melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan."Lebih membimbangkan apabila keputusan seperti ini dilihat sebagai langkah ke belakang dalam usaha memperkukuhkan perpaduan nasional melalui satu sistem pendidikan yang berteraskan identiti negara," katanya menerusi satu kenyataan.Noor Hakimi berkata, Geraham berpandangan bahawa pemimpin seharusnya memahami dan menjiwai semangat pembinaan negara bangsa yang diasaskan atas kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan serta sistem pendidikan nasional sebagai alat penyatuan rakyat pelbagai kaum."Namun hari ini, prinsip tersebut semakin dilonggarkan sedikit demi sedikit demi memenuhi tekanan dan kepentingan politik tertentu," dakwanya.Jelasnya, apa yang lebih membimbangkan ialah berlakunya normalisasi terhadap tindakan luar kebiasaan yang bercanggah dengan semangat asal pembinaan negara.Katanya, perkara yang dahulu dianggap sensitif terhadap identiti nasional kini mula dibiasakan secara perlahan-lahan sehingga rakyat semakin dipaksa menerima kompromi yang berterusan."Jika keadaan ini terus dibiarkan, rakyat perlu bersedia melihat lebih banyak lagi perkara asas negara yang mungkin akan tergadai pada masa hadapan."Hari ini isu UEC diperluaskan |
|
59.2 peratus pekerja hidap obesiti - Timbalan Menteri - Sinarharian - 17/05 12:03 am PUTRAJAYA - Sebanyak 59.2 peratus pekerja yang menjalani Program Saringan Kesihatan (HSP) anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 2023 hingga 2025 didapati mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, dapatan itu turut menunjukkan kira-kira 19 peratus daripada mereka menghidap diabetes manakala 17.45 peratus pekerja mempunyai tekanan darah tinggi.Beliau berkata, analisis itu juga menunjukkan kira-kira 59.24 peratus yang menjalani saringan didapati mempunyai masalah kolesterol tinggi dengan profil risiko terlibat berada dalam kalangan pekerja berusia 40 hingga 59 tahun."Kita perlu sedar bahawa memasuki fasa usia sebelum persaraan ialah tempoh produktif, tetapi pada masa yang sama, ia merupakan tempoh kritikal bagi risiko penyakit tidak berjangkit (NCD)."Malah, Kementerian Kesihatan juga mendedahkan hanya 14.7 peratus warga emas di Malaysia ketika ini dapat mencapai tahap penuaan sejahtera," katanya berucap pada majlis perasmianprogram PERKESO Run and Ride 2026 sempena Hari Pekerja 2026di sini pada Ahad.Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang menjalankan tugas Ketua Setiausaha KESUMA Dr Mohd Shaharin Umar; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Rahimi Ismail; Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal sertaKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.Khairul Firdaus turut menyuarakan kebimbangan terhadappenyakit kanser yang kekal sebagai punca kematian ketiga tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang kini semakin kerap berlaku dalam kalangan usia muda.Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar kesedaran mengenai bahaya NCD tidak dipandang ringandan pekerja disarankan untuk membudayakan hidup sihat sertapemakanan seimbang.Mengenai PERKESO Run and Ride 2026, Khairul Firdaus berkata, program itu menunjukkan momentum positif dengankadar penyertaan pada Ahad menunjukkan kelompok peserta berusia 40 hingga 50-an mewakili hampir 30 peratus daripada keseluruhan peserta."Perkembangan yang amat baik dan saya harap semua pekerja tanpa mengira peringkat umur akan terus membudayakan corak hidup sihat."Hal ini kerana aspek kesihatan pekerja adalah penentu produktiviti kita, malah secara tidak langsung mempengaruhi kelangsungan sosioekonomi," katanya.Penganjuran PERKESO Run and Ride 2026 yang memasuki edisi kesembilan tahun ini, menerima penyertaan terbesar dengan 12,000 individumenyertai program tersebut, sekali gus memanifestasi sokongan KESUMA dalam menggerakkan perubahan gaya hidup secara kolektif |
|
Perkukuh ekosistem getah, sasar kemakmuran pekebun kecil - Sinarharian - 17/05 11:35 am Pembangunan pekebun kecil getah tidak hanya bermula di kebun, sebaliknya berakar daripada penyediaan benih berkualiti, pengurusan tapak semaian yang cekap serta amalan pertanian yang baik.Atas asas inilah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Gerah (RISDA) terus memperkukuh ekosistem komuniti getah secara menyeluruh bagi memastikan pekebun kecil memperoleh manfaat lebih mampan daripada komoditi utama negara ini.Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib telah mengadakan lawatan ke RISDA Semaian Kampung Sekijang, Segamat, Johor pada Jumaat.Lawatan itu memberi tumpuan kepada operasi tapak semaian, pengurusan harta tanah, pengeluaran benih serta peranan Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Kampung Sekijang dalam memperkukuh rantaian nilai industri getah di peringkat lapangan.Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengarah Bekalan Input Pertanian RISDA, Esa Rahimin; Pengarah Pentadbiran RISDA, Muhamad Mahathir Abdul Rahim; Pengarah RISDA Johor, Muhd Khairuddahri Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Semaian & Landskap Sdn Bhd (RSSB), Siti Rosnani Mohd Jalil.RISDA Semaian Kampung Sekijang yang diuruskan oleh RSSB merupakan aset strategik agensi itu dalam menyokong ekosistem getah negara.Beroperasi sejak 1960 di kawasan seluas lebih 1,200 hektar, RSSB mengurus aktiviti ladang dan semaian, termasuk penyediaan benih getah berkualiti bagi keperluan penanaman semula serta pembangunan industri getah.Penyediaan benih berkualiti mengikut pengesyoran Lembaga Getah Malaysia (LGM) menjadi asas kepada produktiviti kebun dan hasil jangka panjang pekebun kecil.Usaha itu diperkukuh melalui penerapan Amalan Pertanian Baik (GAP), merangkumi penjagaan tanaman, pembajaan, kawalan penyakit dan pengurusan hasil yang teratur.Selain penyediaan benih, ekosistem getah turut diperkukuh melalui pembangunan Depo Pengumpulan Lateks (DPL) Kampung Sekijang.DPL Kampung Sekijang mempunyai potensi pengeluaran lateks yang baik dan telah mencatatkan nilai jualan positif bagi tempoh awal tahun 2026.Dalam lawatan tersebut, Manndzri turut merasmikan DPL Kampung Sekijang sebagai kemudahan sokongan bagi urusan pengumpulan hasil getah pekebun kecil di kawasan sekitarnya."Kemudahan seperti ini penting bagi membantu pekebun kecil dan pemain komoditi getah kekal berada dalam ekosistem pemasaran yang lebih tersusun," kata Manndzri.Beliau berkata, pasaran harga getah kini dilihat mengukuh melalui peranan RISDA sebagai pembeli utama hasil getah, dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."Perkembangan ini mampu mengembalikan keyakinan pekebun kecil terhadap sektor getah, sekali gus menuntut kesiapsiagaan tapak semaian bagi memastikan bekalan benih mencukupi" katanya.Secara keseluruhannya, lawatan itu memperlihatkan pembangunan komuniti getah memerlukan ekosistem yang menyeluruh, merangkumi pengurusan tanah, penyediaan benih, penerapan GAP, pengumpulan hasil dan pemasaran yang lebih tersusun.Melalui peranan berterusan RISDA serta sokongan kerajaan, Sekijang menjadi contoh bagaimana aset dan pengurusan hasil dapat digembleng bagi memastikan komoditi getah kekal relevan, produktif dan menyumbang kepada kesejahteraan pekebun kecil serta pembangunan desa yang mampan. |
|
BN Johor bertanding solo bukan kerana sombong - Puad Zarkashi - Sinarharian - 17/05 11:26 am SHAH ALAM - Pendirian Barisan Nasional (BN) Johor bertanding solo pada pilihan raya akan datang adalah wajar bagi memastikan kestabilan politik dan meneruskan kesinambungan pembangunan negeri.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah itu bukanlah didorong sikap sombong atau tamak sebaliknya ia tekad pimpinan dalam menyempurnakan agenda 'Maju Johor 2030' yang berbaki empat tahun lagi."Johor turut terpalit politik tidak stabil di peringkat pusat selepas Pilihan Raya Umum 2018."Perdana Menteri bertukar sebanyak tiga kali dalam tempoh satu penggal dan ia turut berlaku di Johor yang mana menteri besar juga bertukar sebanyak tiga kali."Ketidakstabilan itu memberi kesan kepada ekonomi negeri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut beliau, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilihat berjaya memanfaatkan mandat rakyat yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.Tambah Mohd Puad, kemampuan Onn Hafiz dalam mengurus hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan berjaya memperkukuh kedudukan ekonomi negeri."Hasil negeri Johor meningkat kepada RM2.1 bilion pada tahun 2024 meningkat lagi kepada RM 2.67 Bilion pada 2025."Malah, negeri Johor menerima pelaburan yang tertinggi di Malaysia."Justeru ada alasan kuat BN mahu menubuhkan kerajaan majoriti 2/3 yang lebih kukuh," katanya lagi.BN Johor pada Sabtu mengesahkan akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN yang dijangka tidak lama lagi.Perkembangan itu diumumkan Onn Hafiz selaku Pengerusi BN Johor menerusi satu hantaran di Facebook rasminya. |
|
PM Anwar lancar skim PADURI MADANI, dana RM230 juta bantu usahawan wanita B40 - Mydateline - 17/05 11:00 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Skim Paduri Madani di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan memperuntukkan dana berjumlah RM230 juta |
|
'Kita tak mahu ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' PH Johor - Sinarharian - 17/05 10:50 am JOHOR BAHRU- Tindakan Barisan Nasional (BN) Johor membuat pengumuman bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) memberi isyarat jelas ruang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini sudah tertutup.Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pengumuman Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz itu juga menunjukkan parti itu tidak lagi berminat meneruskan kerjasama dengan PH."Bila dia dah kata nak bertanding 56 kerusi, dia sendiri yang menentang |
|
NUM Bentuk gelombang permurnian fahaman politik - Msomelayu - 17/05 10:15 am RENCANA AHAD TANPA diwar-warkan dan publisiti besar-besaran dimedia eletronik dan media sosial, semalam telah berlangsung satu majlis yang sangat penting dan bermakna dalam usaha memurnikan pemikiran siasah atau politik negara ini |
|
NAFAS perkukuh strategi pemasaran jenama Peladang - Sinarharian - 17/05 10:05 am MUAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus memperkukuh kedudukan jenama Peladang apabila menjalin kerjasama strategik dengan rangkaian pasar raya Megamart bagi memperluas pemasaran produk keluaran tempatan ke pasaran runcit moden.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, langkah itu merupakan satu inisiatif penting dalam meningkatkan akses pengguna terhadap produk berkualiti keluaran peladang tempatan, di samping memperkukuh rantaian pemasaran sektor agromakanan negara.Beliau berkata, kerjasama tersebut membuktikan kemampuan NAFAS untuk membawa produk jenama Peladang ke platform pasaran yang lebih luas dan kompetitif."Usaha ini bukan sahaja membuka peluang pasaran baharu kepada produk tempatan, malah membantu meningkatkan daya saing usahawan peladang dalam industri peruncitan moden," katanya selepas merasmikan Festival Agro MADANI Peladang@NAFAS Mall di Muar, Johor pada Sabtu.Sementara itu, Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin berkata beberapa produk di bawah jenama Peladang seperti minuman 3 dalam 1 (kopi o, teh dan coklat), santan dan sardin telah mula dipasarkan di rangkaian Megamart cawangan NAFAS Mall menerusi kerjasama strategik tersebut.Sebagai permulaan, NAFAS memasarkan di satu lokasi sahaja dan akan meluaskan ke rangkaian lain pada masa akan datang.Menurut beliau, inisiatif itu selaras dengan usaha NAFAS untuk memperkukuh penjenamaan serta memperluas capaian produk keluaran peladang ke seluruh negara."NAFAS komited untuk memastikan jenama PELADANG terus berkembang sebagai produk pilihan pengguna dengan mengekalkan standard kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan," katanya.NAFAS Mall mula beroperasi pada April 2012 kini menjadi antara pusat aktiviti ekonomi komuniti Muar - Tangkak dengan menempatkan Pasaraya Megamart, Mr |
|
Konvensyen PH bermula, ahli parti komponen mula berkumpul di Persada Johor - Sinarharian - 17/05 9:18 am JOHOR BAHRU - Suasana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pagi ini mula dipenuhi orang ramai seawal jam 7.30 pagi sempena Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang menghimpunkan ahli serta pimpinan parti komponen dari seluruh negara.Tinjauan mendapati beberapa bas dilihat berada di luar perkarangan pusat konvensyen bagi membawa perwakilan dan penyokong dari pelbagai negeri.Keadaan di lokasi turut dikawal anggota keselamatan bagi memastikan kelancaran pergerakan peserta yang hadir sejak awal pagi, manakala kaunter pendaftaran dipenuhi orang ramai dengan kehadiran peserta yang terus meningkat menjelang acara utama berlangsung.Konvensyen berkenaan dijangka menghimpunkan lebih 5,000 peserta melibatkan pimpinan dan ahli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah.Ketika ini, program dimulakan dengan sesi podcast melibatkan sayap Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan sebagai pembuka tirai konvensyen berkenaan.Mengikut tentatif program, konvensyen dijadual diteruskan dengan ucapan pimpinan utama PH sebelum kemuncak acara membabitkan amanat Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pada sebelah petang pula, satu ceramah perdana dan rapat umum dijadual berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang dijangka bermula sekitar jam 5 petang. |
|
Nanta sasar jawatan menteri negeri, kata penganalisis - FMT - 17/05 9:00 am James Chin berkata menteri kerja raya itu tidak akan tumpu kerusi DUN jika tiada prospek untuk beliau mendapat jawatan dalam Kabinet negeri. |
|
'Bukan kejar views tapi nak ubah persepsi masyarakat' - Sinarharian - 17/05 8:30 am KENINGAU - Di sebalik lambakan kandungan media sosial yang mengejar tontonan dan populariti, seorang guru memilih platform digital sebagai medium untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap dunia pendidikan khas dan potensi murid neurodivergen.Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Dr Velerie Wheelervon Primus, 37, berkata, beliau berkongsi ilmu berkaitan terapi sensori, inovasi pendidikan dan pendekatan pembelajaran yang boleh membantu guru serta ibu bapa.Menurutnya, ia bagi memberi kesedaran bahawa setiap anak mempunyai potensi berjaya jika diberikan pendekatan, kasih sayang dan persekitaran pembelajaran yang sesuai."Saya berasakan kisah-kisah ini perlu dikongsi agar masyarakat dapat memahami bahawa pendidikan khas bukan tentang kelemahan, sebaliknya potensi yang menunggu untuk difahami," katanya kepada Sinar Ahad.Dr Velerie berkata, pengalaman sebenar bersama murid di sekolah menjadi asas kepada setiap kandungan yang dihasilkan.Mengulas lanjut, jelas beliau, setiap kandungan pendidikan dihasilkan berpandu kepada asas pedagogi yang jelas dan selari dengan kurikulum serta keperluan murid.Ujarnya, bahan yang dikongsikan turut merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan mengambil kira tahap perkembangan murid.Dr Velerie yang pernah memenangi anugerah Tokoh Guru Cambridge 2026 peringkat Asia Tenggara dan Pasifik mengakui terdapat pelbagai pandangan terhadap penglibatannya di media sosial, namun identiti utamanya tetap sebagai guru pendidikan khas."Bagi saya, guru pempengaruh bukan diukur melalui jumlah tontonan atau pengikut tetapi sejauh mana mereka memberi kesan kepada kehidupan orang lain," katanya. |
|
IPTA: Pelajar UEC perlu kepujian BM, Sejarah - Utusan - 17/05 8:05 am IPOH: Semua pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang mahu memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu disertai dengan syarat bahawa mereka perlu lulus atau memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
|
Shifting winds: Direction and anxiety in the evolving political landscape .. - Sinchew - 17/05 8:04 am Shifting winds: Direction and anxiety in the evolving political landscape in Malaysia Lee Hsien Loong, the senior minister of Singapore, recently wrapped up a working tour visiting Pahang and Terengganu in the east coast |
|
Vape: Zaliha perjelas isu di sebalik keputusan Mahkamah Tinggi - Mygazette - 17/05 8:04 am # Vape: Zaliha perjelas isu di sebalik keputusan Mahkamah Tinggi KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan kerajaan mengambil langkah berani berhubung isu pengecualian cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun 1952 yang dibuat pada Mac 2023, sewaktu beliau menjadi Menteri Kesihatan ketika itu |
|
`Mehhh…six seven’ – Reaksi Fahmi berkenaan sidang akhbar .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # `Mehhhsix seven' - Reaksi Fahmi berkenaan sidang akhbar Rafizi esok JOHOR BAHRU - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil enggan melayan pertanyaan media berkenaan sidang akhbar yang akan dibuat bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, esok |
|
Putra Heights: Laporan semakan siasatan jawatankuasa bebas dikemuka kepada .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # Putra Heights: Laporan semakan siasatan jawatankuasa bebas dikemuka kepada Pusat MB Selangor JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan laporan semakan siasatan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya yang diperoleh daripada Jawatankuasa Bebas kepada kerajaan Persekutuan, pada bulan lepas |
|
PM hadir ceramah, rapat umum di DUN Puteri Wangsa esok - Mygazette - 17/05 8:04 am # PM hadir ceramah, rapat umum di DUN Puteri Wangsa esok JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ceramah dan rapat umum selepas Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada petang esok |
|
50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian berpeluang ke IPTA - Mygazette - 17/05 8:04 am # 50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian berpeluang ke IPTA SUNGAI PETANI - Kira-kira 50,000 lepasan tahfiz/pondok persendirian akan mendapat manfaat bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program-program tertentu. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, ia susulan keputusan Kabinet berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan, iaitu daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC, baru-baru ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |