| /// |
|
| Search : Makkah News | Page 1 |
|
Kempen 'Tiada Visa, Tiada Haji' dilancar elak penipuan haji - Sinarharian - 27/04 2:23 pm SHAH ALAM - Kerajaan bersama Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan kempen 'Tiada Visa, Tiada Haji' pada Isnin, bertujuan memastikan hanya jemaah yang memiliki visa sah dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji sekali gus melindungi kebajikan golongan berkenaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak menunaikan ibadah haji ke Arab Saudi secara sendiri (DIY).Hal ini kerana, menurutnya, jika timbul sebarang permasalahan seperti jatuh sakit dan sebagainya, kebajikan jemaah DIY tidak dapat dilindungi."Kejayaan usaha ini turut bergantung pada tindakan bersama, kerjasama dan kesedaran masyarakat untuk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan.Zulkifli turut menegaskan bahawa penggunaan visa selain visa haji seperti visa pelancongan, perniagaan, pekerjaan atau umrah bagi tujuan menunaikan haji adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Arab Saudi.Tambah beliau, kebenaran memasuki kawasan Arafah, Muzdalifah dan Mina hanya diberikan kepada jemaah yang memiliki visa haji yang sah.Jelasnya, sebarang pelanggaran peraturan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang termasuk denda, penjara dan sekatan daripada memasuki Tanah Suci pada masa hadapan.Sebagai peringatan penting, Zulkifli turut berkongsi beberapa ketetapan utama oleh pihak berkuasa Arab Saudi.Antaranya, kata beliau, kemasukan ke Makkah bagi tujuan haji tertakluk kepada pemilikan visa haji yang sah atau dokumen rasmi seperti iqamah atau permit kerja di kawasan Tanah Suci."Visa lawatan termasuk visa umrah, pelancongan dan perniagaan dilarang untuk menunaikan haji."Individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda sehingga 100,000 riyal, manakala warga asing berdepan risiko pengusiran."Mana-mana pihak yang didapati membantu atau mengangkut jemaah tanpa visa sah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan serta denda sehingga 50,000 riyal," ujarnya.Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-129 memutuskan bahawa menunaikan haji tanpa visa sah adalah berdosa walaupun ibadah yang memenuhi rukun dan syarat tersebut sah dari segi hukum.Justeru, beliau meminta orang ramai sentiasa berwaspada terhadap tawaran pakej haji yang meragukan serta memastikan segala urusan dibuat melalui saluran rasmi.Dalam masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membentuk satu pasukan petugas khas yang melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta TH bagi menangani isu penipuan pakej haji dan jemaah terkandas.Bagi musim haji 1447H/2026M, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji melalui 100 penerbangan sewa khas bermula 18 April hingga 20 Mei, manakala penerbangan pulang antara 4 Jun hingga 30 Jun depan. |
|
Tiada denda bergambar depan Kaabah, dakwaan tular tidak benar - Sinarharian - 27/04 2:15 pm MAKKAH Dakwaan tular di media sosial kononnya pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan denda 10,000 riyal (RM10,500) terhadap mana-mana individu yang mengambil gambar atau video di Masjidil Haram khususnya di hadapan Kaabah, selain ditahan dan dihantar pulang ke negara asal adalah tidak benar.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, jemaah dibenarkan mengambil gambar di kawasan Masjidil Haram termasuk di sekitar Kaabah, namun disarankan supaya tidak berbuat demikian ketika sedang melaksanakan ibadah.Menurutnya, tindakan merakam video atau bergambar ketika tawaf dikhuatiri mengganggu tumpuan ibadah sendiri selain memberi kesan kepada kelancaran pergerakan jemaah lain."Tiada masalah untuk mengambil gambar di sekeliling Kaabah |
|
Di sebalik panas padang pasir, PPKL sedia bantu - Sinarharian - 27/04 12:00 am TABUK, ARAB SAUDI - Hentian Rehat Al-Hijrah Wadi Starah yang terletak di tengah laluan utama antara dua kota suci Makkah dan Madinah, menjadi lokasi strategik yang berfungsi sebagai pusat kawalan pergerakan bas serta respons awal kecemasan sepanjang operasi haji Malaysia.Di sebalik kelancaran perjalanan ribuan jemaah ke Tanah Suci, terdapat peranan besar dimainkan Pusat Panggilan Kecemasan Lebuh Raya (PPKL) yang dianggap sebagai wira tidak didendang kerana bertugas siang dan malam demi memastikan segala urusan berjalan lancar.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, hentian rehat tersebut merupakan antara lokasi persinggahan penting jemaah haji Malaysia dalam perjalanan antara Madinah dan Makkah.Menurutnya, lokasi itu berada di tengah-tengah laluan utama dua kota suci berkenaan dan berperanan penting sebagai pusat bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan."Lokasi ini berada di tengah-tengah antara Madinah dan Makkah |
|
Takut tangguh, nenek lawan sakit demi sampai ke Tanah Suci - Mygazette - 27/04 8:04 am # Takut tangguh, nenek lawan sakit demi sampai ke Tanah Suci Warga emas berusia 77 tahun ini antara jemaah haji Malaysia yang sudah berada di Makkah |
|
Dua jemaah haji dimasukkan ke hospital - Mygazette - 27/04 8:04 am Ketua Rombongan Haji Lembaga Tabung Haji, Mohd Hisham Harun berkata, pesakit lelaki, 72, itu masih dirawat di hospital di Makkah manakala jemaah wanita berusia 65 tahun sudah dibenarkan keluar hospital Madinah |
|
Dua dirawat di hospital, kesihatan jemaah haji Malaysia terkawal - Sinarharian - 26/04 5:05 pm MAKKAH Dua jemaah haji Malaysia kini menerima rawatan di hospital di Arab Saudi, namun keadaan kedua-duanya dilaporkan stabil manakala tahap kesihatan keseluruhan jemaah lain berada dalam keadaan baik dan terkawal.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, kes berkenaan membabitkan seorang jemaah lelaki berusia 72 tahun yang dimasukkan ke hospital di Makkah serta seorang jemaah wanita berusia 65 tahun yang menerima rawatan di Madinah.Menurutnya, kedua-dua jemaah terbabit mengalami masalah kesihatan melibatkan serangan jantung ringan dan sesak nafas."Setakat ini kita menerima makluman dua jemaah dimasukkan ke hospital di Arab Saudi, namun keadaan mereka stabil dan sedang menerima rawatan lanjut."Alhamdulillah, kedua-duanya berada dalam pemantauan rapi," katanya pada sidang media mingguan di sini pada Ahad.Mohd Hisham berkata, suhu ketika ini dianggarkan antara 33 hingga 38 darjah Celsius, dengan cuaca lebih terik antara jam 10 pagi hingga 4 petang setiap hari."Buat masa ini cuaca panas lebih dirasai pada waktu tengah hari, namun di luar tempoh itu jemaah masih boleh bergerak seperti biasa di sekitar penginapan dan Masjidil Haram," katanya.Mohd Hisham berkata, secara keseluruhan jemaah haji Malaysia kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran di Tanah Suci.Bagaimanapun, beliau menjangkakan suhu akan terus meningkat apabila semakin hampir dengan kemuncak ibadah haji iaitu wukuf di Arafah."Keadaan kesihatan jemaah secara umum adalah baik dan stabil, namun kita sentiasa mengingatkan mereka supaya menjaga diri kerana cuaca dijangka lebih panas menjelang wukuf nanti," katanya |
|
Tanya Hukum Haji Di Hujung Jari: AI Jadi 'Pembantu Segera' Jemaah - Siakapkeli - 26/04 4:54 pm Tanya Hukum Haji Di Hujung Jari: AI Jadi 'Pembantu Segera' Jemaah MAKKAH, 26 April (Bernama) -- Jika sebelum ini jemaah haji perlu mencari pembimbing atau |
|
Jemaah hampir terpedaya, konon nak kirim ubat ke Makkah rupanya barang terlarang! - Mydateline - 26/04 11:27 am Penerbangan jemaah Malaysia secara berperingkat ke Madinah dan Makkah dengan kumpulan pertama telah berlepas pada 18 April lalu menandakan musim haji bagi tahun ini (1447H/2026M) .. |
|
Haji: Suhu Melebihi 40 Darjah Celcius Dijangka Uji Ketahanan Jemaah Di Arafah - Siakapkeli - 25/04 6:20 pm Haji: Suhu Melebihi 40 Darjah Celcius Dijangka Uji Ketahanan Jemaah Di Arafah MAKKAH, 25 April (Bernama) -- Cuaca panas dengan suhu dijangka melebihi 40 darjah |
|
Cuaca ekstrem menjelang wukuf, jemaah haji dinasihat jaga kesihatan - Mygazette - 25/04 3:29 pm "Usaha menjaga kesihatan diri akan menjamin setiap jemaah haji boleh melakukan ibadah dengan selesa dan lancar, insya Allah," katanya di sini. Pada masa ini cuaca di Madinah antara 24 hingga 33 darjah Celcius manakala di Makkah 26 hingga 36 darjah Celcius |
|
Jemaah Malaysia diingat bersedia hadapi cuaca panas - Sinarharian - 25/04 10:24 am MAKKAH - Perbezaan cuaca ketara antara Malaysia dan Arab Saudi menjadi cabaran utama yang perlu diberi perhatian jemaah haji negara ini apabila suhu di Tanah Suci sepanjang musim haji tahun ini dijangka mencecah lebih 40 darjah Celcius.Keadaan panas dan kering yang jauh berbeza dengan iklim lembap di Malaysia boleh memberi kejutan kepada tubuh, khususnya kepada jemaah yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, jemaah perlu memberi perhatian serius terhadap aspek kesihatan serta sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan selesa dan lancar.Menurut beliau, jemaah perlu memastikan badan sentiasa kekal terhidrasi dengan mengambil air secukupnya, terutama ketika kemuncak ibadah haji di Arafah nanti."Jadi, jemaah perlu sentiasa memastikan badan tidak mengalami dehidrasi dengan minum air secukupnya."Ini amat penting kerana tahap kesihatan akan menentukan sama ada kita dapat melaksanakan ibadah dengan selesa dan lancar," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Jemaah Haji Malaysia KT01 di Makkah kelmarin.Beliau berkata, cuaca panas melampau boleh menyebabkan badan cepat kehilangan air, keletihan serta kekurangan tenaga jika tidak mengambil langkah pencegahan sewajarnya.Sehubungan itu, jemaah disaran minum air secara berkala walaupun tidak berasa haus, selain membawa bekalan air ketika bergerak ke masjid atau menghadiri aktiviti rasmi.Mereka juga digalakkan mendapatkan rehat secukupnya, memakai pakaian sesuai serta mengurangkan pendedahan terlalu lama di bawah panas terik.Bagi jemaah warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, pemantauan kesihatan secara berterusan amat penting supaya ibadah dapat dilakukan dengan lebih selesa.Pada musim haji 2024, suhu di Tanah Suci pernah mencecah 51.6 darjah Celcius, menjadikannya antara musim haji paling panas dalam sejarah moden.Sementara itu, Tengku Mohd Dzaraif berkata, Kerajaan Malaysia sentiasa memantau rapat setiap peraturan baharu yang diperkenalkan Arab Saudi dalam pengurusan ibadah haji bagi memastikan kebajikan jemaah terus terpelihara.Katanya, setiap musim haji menyaksikan penambahbaikan peraturan sama ada melalui pengenalan langkah baharu atau pengetatan penguatkuasaan terhadap peraturan sedia ada.Antaranya termasuk penggunaan aplikasi khas sebagai kelulusan rasmi untuk memasuki Tanah Haram di Makkah serta akses ke Masjidil Haram."Pemeriksaan di setiap checkpoint kini dilaksanakan secara lebih ketat, termasuk imbasan kod dan semakan identiti oleh pihak berkuasa Arab Saudi."Langkah ini bertujuan memastikan keselamatan, keselesaan serta kelancaran ibadah jutaan jemaah dari seluruh dunia," katanya.Beliau berkata, penguatkuasaan itu penting bagi mengelakkan kemasukan individu tanpa permit sah ke Tanah Haram yang boleh menyebabkan jumlah jemaah meningkat secara tidak terkawal. |
|
Beg sampai dulu, jemaah tenang tiba di Makkah - Sinarharian - 25/04 8:40 am MAKKAH Ketika ribuan tetamu ALLAH menanti saat melangkah ke bumi suci dengan hati berdebar dan penuh harapan, segala urusan kecil yang sering dianggap remeh sebenarnya mampu menentukan tahap keselesaan mereka.Dari beg yang sudah tersedia di depan bilik hinggalah petugas yang menanti di pintu lif, setiap persiapan di Maktab dilakukan dengan teliti supaya jemaah boleh tiba dengan tenang dan terus memberi tumpuan kepada ibadah.Penolong Pengurus Maktab 63 di Hotel Al-Tayseer, Muhammad Fauzi Muniran berkata, pihaknya kini bersedia sepenuhnya menerima ketibaan seramai 260 jemaah haji Malaysia dari Madinah dalam kumpulan KT1 yang dijadual tiba pada jam 4 petang.Menurut beliau, jumlah keseluruhan jemaah yang akan diuruskan di maktab berkenaan ialah seramai 420 orang.Katanya, antara keutamaan utama pasukan pengurusan adalah memastikan jemaah tidak terbeban sebaik tiba selepas melalui perjalanan jauh dari Madinah."Alhamdulillah, kami telah membuat persiapan awal termasuk menyusun semua beg jemaah di luar bilik masing-masing mengikut tag dan kapasiti bilik."Maknanya apabila jemaah sampai nanti, mereka tidak perlu mengangkat beg dari jauh kerana semuanya sudah tersedia di hadapan bilik," katanya ketika ditemui di sini.Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi membantu jemaah terutama warga emas dan mereka yang keletihan selepas perjalanan darat.Dalam masa sama, susunan bilik turut dibuat secara terancang bagi menjamin keselesaan penghuni sepanjang berada di Tanah Suci.Muhammad Fauzi berkata, Maktab 63 mempunyai tiga jenis bilik berkapasiti tiga, empat dan lima orang, dengan kira-kira 70 peratus bilik berkapasiti empat orang.Menurutnya, pihak pengurusan juga meneliti senarai penempatan jemaah lebih awal, khususnya bagi mereka yang datang bersama ahli keluarga."Kami akan semak senarai alokasi lebih awal |
|
Kawalan rapi ke Makkah demi kelancaran musim haji - Sinarharian - 24/04 10:41 pm MAKKAH Sejak berada di bumi Makkah, penulis berpeluang menyaksikan sendiri tahap kawalan keselamatan yang dipertingkatkan pihak berkuasa Arab Saudi di setiap laluan utama menuju kota suci ini menjelang musim haji tahun ini.Bukan sahaja di pintu masuk bandar, malah sepanjang perjalanan ke Makkah, kehadiran anggota keselamatan jelas kelihatan di pelbagai lokasi menerusi rondaan berkala, sekatan jalan raya serta pemeriksaan terhadap kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.Keadaan itu mencerminkan kesungguhan kerajaan Arab Saudi dalam memastikan hanya individu yang memiliki visa haji sah dibenarkan memasuki Makkah bagi menunaikan ibadah haji.Tinjauan penulis di beberapa sekatan mendapati pemeriksaan dilakukan secara teliti membabitkan kenderaan persendirian, bas serta penumpang yang menggunakan laluan utama ke kota suci berkenaan.Terdapat kenderaan diperiksa satu persatu, manakala semakan rambang turut dijalankan keatas individu tertentu sebagai langkah kawalan tambahan.Walaupun suasananya agak ketat, langkah itu dilihat wajar bagi mengekang cubaan segelintir pihak memasuki Makkah tanpa permit rasmi untuk menunaikan haji secara tidak sah.Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini menegaskan kemasukan tanpa kebenaran bukan sahaja melanggar peraturan, malah berpotensi menjejaskan kelancaran operasi haji serta memberi kesan kepada jutaan jemaah yang hadir menerusi saluran rasmi.Selain semakan visa dan dokumen perjalanan, anggota keselamatan turut memeriksa kad nusuk yang diwajibkan kepada setiap jemaah haji sepanjang berada di Tanah Suci.Kad berkenaan berfungsi sebagai pengenalan rasmi jemaah selain mengesahkan seseorang itu memiliki permit haji sah.Malah, kad nusuk juga penting bagi membolehkan jemaah mengakses pelbagai kemudahandan perkhidmatan rasmi yang disediakan sepanjang musim ibadah.Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, kad nusuk perlu sentiasa dipakai dan dijaga dengan baik kerana ia bukan sekadar pengenalan diri, malah permit rasmi untuk memasuki lokasi tertentu yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi.Menurut beliau, semua jemaah Malaysia dinasihatkan sentiasa memakai dan mempamerkan kad berkenaan terutama ketika berada di tempat awam bagi memudahkan urusan pemeriksaan pihak berkuasa."Pihak berkuasa Saudi berada di merata-rata dan mereka sentiasa membuat semakan serta pemeriksaan dari semasa ke semasa."Jadi kad nusuk ini sangat penting dan perlu sentiasa ada bersama jemaah," katanya di sini pada Khamis |
|
5,364 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah - Mypress - 24/04 7:00 pm MAKKAH – Seramai 5,364 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah setakat 12 tengah malam tadi, menandakan kelancaran fasa awal pergerakan jemaah bagi musim haji tahun ini |
|
5,364 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Madinah - Ketua Rombongan - Siakapkeli - 24/04 4:52 pm 5,364 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Madinah - Ketua Rombongan MAKKAH, 24 April (Bernama) -- Sebanyak 5,364 jemaah haji Malaysia selamat |
|
First group of Malaysian Haj pilgrims arrives in Makkah - Sinardaily - 24/04 11:28 am MAKKAH - The first group of Malaysian Haj pilgrims was filled with excitement and emotion as they arrived here after spending six days in Madinah.A total of 260 pilgrims from group KT01 arrived at 4.30pm local time on Thursday |
|
Syukur, jemaah haji KT01 selamat tiba di Makkah - Sinarharian - 24/04 11:18 am MAKKAH Seramai 260 jemaah haji Malaysia kumpulan KT01 selamat tiba di Maktab 63, Hotel Al-Tasyeer di sini selepas berlepas dari Madinah pada jam 8 pagi, Rabu.Ketibaan rombongan sekitar jam 4 petang itu turut disambut Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir serta petugas Lembaga Tabung Haji (TH) yang bersedia membantu melancarkan urusan penempatan jemaah.Daripada jumlah keseluruhan, seramai 116 ialah jemaah lelaki manakala 144 lagi wanita.Pengurus Maktab 63, Shahidan Taib berkata, segala persiapan telah diatur bagi memastikan jemaah dapat ditempatkan dengan selesa dan teratur sebaik tiba di penginapan masing-masing.Kumpulan KT01 sebelum ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan MH8050 pada 18 April lalu |
|
TH Buat Persiapan Rapi, Pastikan Jemaah Malaysia Fokus Sepenuhnya Ibadah - Siakapkeli - 23/04 8:25 pm TH Buat Persiapan Rapi, Pastikan Jemaah Malaysia Fokus Sepenuhnya Ibadah MAKKAH, 23 April (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan persiapan rapi dan |
|
Persiapan rapi TH pastikan jemaah fokus ibadah di Tanah Suci - Sinarharian - 23/04 6:00 pm MAKKAH Persiapan menyeluruh oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bersama rakan pengendali tempatan menjadi faktor utama yang membolehkan jemaah haji Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, tahap kesiapsiagaan TH berada pada tahap terbaik hasil pemantauan rapi yang dilaksanakan sejak dua bulan lalu di Jeddah.Menurut beliau, kerjasama erat antara TH dan penyedia perkhidmatan tempatan, Holiday Inn Bakkah membantu memastikan setiap aspek pengurusan jemaah dilaksanakan secara tersusun dan berfokus kepada kebajikan."Alhamdulillah, Tabung Haji telah bersungguh-sungguh bersama penyedia perkhidmatan tempatan untuk memastikan kebajikan jemaah terjamin supaya mereka boleh fokus 100 peratus kepada ibadah |
|
TH perkukuh operasi haji, perkenal sokongan Muhsen untuk jemaah Malaysia - Mygazette - 23/04 2:57 pm # TH perkukuh operasi haji, perkenal sokongan Muhsen untuk jemaah Malaysia Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, dengan aplikasi ini para jemaah haji boleh mendapatkan perkhidmatan daripada individu-individu yang dilantik untuk membantu jemaah haji dalam menjalani kehidupan, pergerakan dan ibadah sepanjang 40 hingga 45 hari di Tanah Suci. Pasukan Muhsen ini terdiri daripada penuntut yang sedang belajar di Universiti Madinah dan Universiti Umm Qura di Makkah dan boleh berbahasa Melayu dan Arab supaya jemaah haji dapat berkomunikasi baik dengan mereka |
|
Suami ‘pergi’ dulu, Norma tabah tunaikan haji seorang diri - Mygazette - 23/04 7:34 am Alhamdulillah, hari ini makcik sampai ke sini (Madinah)," katanya ketika ditemui di sini. Norma antara jemaah haji diterbangkan awal ke Madinah untuk ziarah sebelum meneruskan perjalanan Makkah bagi mengerjakan haji |
|
284 jemaah haji selamat tiba di Madinah - Mygazette - 19/04 8:03 am Terdapat dua lagi penerbangan kumpulan jemaah haji akan tiba di Madinah pada hari ini iaitu KT02 seramai 284 orang jemaah, dijangka tiba pada jam 2.10 petang dan KT03 seramai 357 orang pada jam 9.10 malam waktu tempatan. Operasi Haji 1447H/2026M yang telah bermula secara rasmi hari ini akan membawa kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia bagi menunaikan ibadah haji secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines |
|
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah - Sinarharian - 18/04 9:16 pm KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia musim 1447H/2026 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada 8.21 pagi waktu tempatan hari ini.Kesemua 284 jemaah itu menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.09 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Hotel Emaar Royal, Madinah pada 9.45 pagi (waktu tempatan).Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketibaan rombongan disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Ridzuan Wahi, Konsul Haji Malaysia di Jeddah Radin Adi Hilmi, barisan pengurusan kanan dan petugas TH.Syed Mohamad Bakri dalam kenyataan itu berkata, segala persiapan telah dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci."Mewakili Kerajaan Malaysia dan TH, saya ingin merakamkan rasa syukur atas ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Madinah. Ini hasil perancangan rapi, kerjasama erat dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta komitmen berterusan TH dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan jemaah sentiasa menjadi keutamaan."Saya juga melihat petugas TH komited memastikan setiap jemaah bukan sahaja selesa dari segi kebajikan, malah dibimbing untuk mencapai haji yang mabrur, insya-Allah," katanya.Syed Mohamad Bakri berkata, jemaah turut diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan, memperbanyakkan ibadah serta mematuhi segala panduan dan arahan yang ditetapkan sepanjang berada di Tanah Suci.Sepanjang enam hari di Madinah, para jemaah akan mengikuti program yang telah diatur termasuk ziarah ke Masjid Nabawi, Makam Rasulullah SAW, Raudhah serta lokasi-lokasi bersejarah di sekitar Madinah.TH memaklumkan terdapat dua lagi penerbangan kumpulan jemaah haji akan tiba di Madinah hari ini, iaitu sebanyak 284 jemaah yang dijangka tiba pada 2.10 petang, manakala 357 jemaah pada 9.10 malam waktu tempatan.Operasi Haji 1447H/2026 yang telah bermula secara rasmi hari ini akan membawa kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia bagi menunaikan ibadah secara berperingkat ke Madinah dan Makkah, menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines |
|
Anak Tampin cipta nama global, CEO Batik Air mengadap Tunku Besar... - Mygazette - 18/04 3:49 pm Turut hadir pada majlis berkenaan ialah mantan Pengurus Kanan Keselamatan Operasi Petronas di Iraq (kawasan Garraf, Wilayah Thi Qar), Zaharudin Abd Hamid yang juga anak kelahiran Tampin bersama isteri, Datuk Ruhaidini Abd Kadir yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) merangkap Pengerusi VFive Media Ads dan Violet Pacific Media Ads. Majlis itu turut disertai Pegawai Bahagian Penterjemahan dan Bimbingan di Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah, Sheikh Muhammad Jamil Mujahed; Pengasas dan Pengarah Urusan Teraju Construction Sdn Bhd, Fakhrul Nazhi Hanaffi serta Pengasas dan Pengarah Urusan Emreka Group Sdn Bhd, Mohd Kasarudin Suudi |
|
Anak Tampin di pentas global: CEO Batik Air menghadap Tunku Besar Tampin - Sinarharian - 17/04 6:13 pm TAMPIN - Anak kelahiran Tampin yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Datuk Chandran Rama Muthy menghadap Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Kol.(K) Tunku Syed Razman ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, dalam suasana penuh mesra.Tunku Syed Razman berkata, kedatangan Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Batik Air Malaysia tersebut amat bermakna kerana ia membuktikan bahawa anak watan Tampin juga berupaya untuk menempa nama termasuk dalam sektor penerbangan.Tunku Syed Razman menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian tersebut serta menyeru lebih ramai anak Tampin yang berjaya dalam pelbagai bidang untuk tampil berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka."Diharapkan perkongsian pengalaman dan kejayaan mereka akan menjadi motivasi untuk lebih ramai anak-anak muda dan pelajar di Tampin berusaha lebih gigih demi menggapai cita-cita serta masa depan yang cemerlang," kata beliau di majlis mengadap di Balai Kediaman Rasmi YTM Tunku Besar Tampin pada Jumaat.Turut hadir mantan Pengurus Kanan Keselamatan Operasi Petronas di Iraq (di kawasan Garraf, Wilayah Thi Qar), Zaharudin Abd Hamid yang juga anak kelahiran Tampin dan isteri Datuk Ruhaidini Abd Kadir, yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) merangkap Pengerusi VFive Media Ads dan Pengerusi Violet Pacific Media Ads.Majlis turut disertai Pegawai Bahagian Penterjemahan dan Bimbingan di Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah, Sheikh Haji Muhammad Jamil Mujahed; Pengasas dan Pengarah Urusan Teraju Construction Sdn Bhd, Fakhrul Nazhi Hanaffi dan Pengasas dan Pengarah Urusan Emreka Group Sdn Bhd, Mohd Kasarudin Suudi.Tunku Syed Razman turut menasihatkan anak-anak Tampin yang menerajui jabatan kerajaan serta agensi swasta untuk kembali menyumbang kepada pembangunan di Tampin agar ia turut mencapai kemajuan seperti bandar-bandar lain di dalam dan luar negara.Sementara itu Chandran, 46, berkata, beliau tidak akan melupakan pengalaman ketika membesar dan belajar di Tampin kerana ia membantu membentuk jati diri dan ketahanan untuk berhadapan dalam pelbagai cabaran."Pelbagai cabaran yang berlaku termasuk konflik di Timur Tengah menuntut kekuatan minda serta keupayaan untuk merencana semula perniagaan agar mampu bertahan," kata graduan Teknolgi Penguruan Universiti Teknologi Malaysia tersebut.Dalam suasana santai tersebut, Tunku Syed Razman turut membawa Chandran melawat kawasan Balai Kediaman Rasmi beliau yang banyak menyimpan pelbagai sejarah. |
|
'Saya akan tunai haji, apa akan berlaku jika belum buat wasiat?' - Sinarharian - 13/04 9:50 am SOALAN:Saya bakal menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat. Sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Tanah Suci, apakah yang akan berlaku kepada harta saya jika saya tidak pernah membuat wasiat atau melantik pentadbir? Bagaimana pula proses pengurusan harta sekiranya kematian berlaku di Makkah?JAWAPAN:Saban tahun, menjelang musim haji, isu kepentingan membuat perancangan harta sering menjadi topik yang dibincangkan secara meluas.Namun begitu, masih ramai dalam kalangan bakal jemaah yang tidak benar-benar cakna dan mengambil ringan saranan diberikan.Perancangan harta sering dianggap tidak mendesak, sehinggalah berlaku sesuatu yang tidak dijangka, barulah timbul kesedaran tentang kepentingannya.Persoalan ini wajar diberi perhatian serius, khususnya dalam konteks pengurusan harta pusaka.Sekiranya berlaku kematian melibatkan jemaah haji di Tanah Suci, waris yang ditinggalkan perlu berhadapan dengan persoalan asas iaitu bagaimana harta si mati hendak diuruskan.Hakikatnya, setiap musim haji tetap ada jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci, termasuk dalam kalangan rakyat Malaysia.Walaupun bilangannya tidak besar, ia cukup untuk menjadi peringatan bahawa perancangan harta adalah satu keperluan, bukan pilihan.Apa yang lebih membimbangkan ialah masih wujud tanggapan bahawa urusan harta pusaka akan selesai dengan sendirinya melalui faraid.Ramai beranggapan bahawa dengan hanya bergantung kepada hukum tersebut, segala urusan akan berjalan dengan mudah |
|
In Saff Travel santuni jemaah umrah OKU penglihatan - Harakahdaily - 10/04 8:07 pm MAKKAH, Arab Saudi: In Saff Travel (Cawangan Shah Alam) melakar inisiatif bermakna apabila menganjurkan program umrah khas melibatkan jemaah orang kurang upaya (OKU) penglihatan pada awal Ramadan 1447H lalu menerusi pakej 12 Hari 10 Malam |
|
Penyanyi Terkenal Didakwa Sudah Menikah Di Mekah, Netizen Petik Nama Dayang Dan Hael? - Beautifulnara - 6/04 2:38 pm Industri seni tanah air kembali hangat apabila timbul dakwaan membabitkan sepasang selebriti yang dipercayai sudah melangsungkan pernikahan secara senyap-senyap di Makkah |
|
TH lancar inisiatif Haji Lestari, program kitar semula kain ihram terpakai - Mygazette - 5/04 8:02 am Dalam pada itu, Zulkifli menjelaskan, melalui program tersebut, jemaah haji lelaki digalakkan menyumbang kain ihram terpakai secara sukarela selepas selesai menunaikan ibadat haji dan umrah di Tanah Suci. Kain ihram yang ingin disumbangkan boleh diletakkan ke dalam tong-tong yang akan disediakan nanti di hotel-hotel penginapan jemaah haji di Makkah dan Mina, katanya |
|
Krisis Asia Barat tidak jejas ibadah haji - Sinarharian - 4/04 11:21 pm Alhamdulillah, semua persiapan haji berjalan dengan baik," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan.Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha TH yang menambah baik kemudahan asas jemaah termasuk peningkatan jumlah tandas di maktab di Arafah daripada sekitar 100 unit kepada lebih 600 unit bagi meningkatkan keselesaan jemaah Malaysia.Katanya, walaupun kemudahan tersebut dilihat kecil, ia sebenarnya memberi impak besar khususnya kepada jemaah wanita yang memerlukan tempoh penggunaan lebih lama."Sebelum ini tandas hanya sekitar 100 unit, tetapi kali ini ditambah kepada lebih 600 unit. Perkara ini nampak kecil tetapi sangat penting terutama bagi keselesaan jemaah," katanya.Selain itu, TH turut memperkenalkan inisiatif Haji Lestari yang memfokuskan kepada usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar melalui program kitar semula kain ihram terpakai dalam kalangan jemaah haji.Melalui inisiatif berkenaan, kain ihram yang kebiasaannya ditinggalkan selepas musim haji akan dikumpul dan diproses semula bagi menghasilkan produk baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat di samping mengurangkan pembaziran tekstil.Program tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pengumpulan kain ihram di Tanah Suci melalui penyediaan lokasi khas di bangunan penginapan jemaah di Makkah dan kawasan perkhemahan Mina, diikuti proses kitar tinggi di Malaysia.Dalam perkembangan sama, seramai 31,600 bakal jemaah haji Malaysia kini mengikuti Kursus Perdana Haji yang berlangsung dari 3 hingga 12 April di beberapa masjid terpilih di seluruh negara sebagai persediaan akhir sebelum berlepas ke Tanah Suci.Kursus tersebut merupakan kesinambungan kepada Kursus Asas dan Kursus Intensif Haji yang bertujuan memperkukuh kefahaman jemaah mengenai manasik haji termasuk latihan praktikal ibadah seperti tawaf, saie dan melontar jamrah.Pada musim haji tahun ini, penerbangan jemaah Malaysia dijadualkan bermula dari 18 April hingga 20 Mei, manakala penerbangan pulang dijangka berlangsung dari 4 hingga 30 Jun.Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan bagi membawa kesemua jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan, mematuhi segala peraturan yang ditetapkan serta mengekalkan disiplin tinggi sepanjang berada di Tanah Suci.Menurutnya, reputasi baik jemaah haji Malaysia yang terkenal dengan disiplin dan kebersihan turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dan menjadi contoh kepada negara lain dalam aspek pengurusan haji.Dengan pelbagai penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk peningkatan kemudahan asas serta pengenalan inisiatif kelestarian, TH optimis pengurusan haji musim ini akan terus berjalan lancar sekali gus memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah Malaysia sentiasa menjadi keutamaan. |
|
Persiapan haji 2026 berjalan lancar, ikut perancangan - Menteri Agama - Sinarharian - 4/04 3:33 pm KUALA LUMPUR - Persiapan rapi bagi jemaah Malaysia ke Tanah Suci untuk musim Haji 2026, dengan penerbangan pertama pada 18 April ini akan diteruskan mengikut perancangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Zulkifli berkata, lawatan beliau ke Makkah dan Madinah baru-baru ini mendapati Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan yang lebih baik berbanding sebelum ini."Saya baru pulang daripada lawatan rasmi ke Madinah dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang dihadiri oleh ramai menteri agama serta menteri haji dari seluruh dunia."Operasi haji akan berjalan seperti yang dirancang |
|
Gurauan suami mahu pergi dulu tunai haji, jadi kenangan terakhir - Sinarharian - 3/04 2:28 pm TUMPAT Gurauan seorang suami untuk menunaikan haji terlebih dahulu kini menjadi kenangan pilu apabila isterinya meninggal dunia akibat kecederaan melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Simpangan di sini pada Rabu lalu.Peniaga, Mazelan Daud, 64, berkata, dia tidak menyangka kata-kata selorohnya itu menjadi detik terakhir bersama isterinya, Allahyarham Shaadah Muhammad, 57, yang sebenarnya sudah membuat persiapan lengkap untuk menunaikan ibadah umrah pada 26 April ini.Menurutnya, mereka sebelum ini pernah menunaikan umrah dan merancang untuk kembali ke Tanah Suci bersama bagi menunaikan haji sebelum terpaksa menangguhkan hasrat itu tahun lalu kerana masalah kesihatan arwah."Saya pernah bergurau dengan dia, saya pergi dululah haji tapi tak sangka jadi macam ni."Dia memang nak sangat pergi, minta saya tunggu dia dan semua barangnya pun dah siap kemas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semasa kunjungan serta penyampaian zakat oleh Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Aiman Yusri Mohd Yusof pada Jumaat.Shaadah sebelum ini dilaporkan melecur hampir 80 peratus di badan dan muka sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 petang, Khamis ketika menerima rawatan di di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Pengkalan Kubor di sini kira-kira jam 11 malam hari sama.Mazelan berkata, hasrat ke Makkah untuk dirinya sendiri itu juga dijangka akan ditangguhkan terlebih dahulu kerana keadaan kesihatan termasuk kaki yang membengkak akibat terjatuh ketika memunggah air semasa cuba memadam api dalam kebakaran tersebut.Dalam kejadian itu, anak perempuan mereka, Nur Fariesya Syaila Mazelan, 15, yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga turut mengalami kecederaan melecur di bahagian muka."Anak bongsu kami sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital sama."Dia sempat mengiringi pemergiaan ibunya," katanya.Menceritakan semula kejadian itu, Mazelan berkata, kebakaran bermula di bilik sembahyang rumah mereka sebelum api merebak dengan cepat hingga ke bahagian kedai runcit yang diusahakan."Isteri saya dan anak kami cuba memadamkan api sebelum api itu menyambar mereka hingga rebah."Saya masa tu tengah angkut air nak padam api tiba-tiba terjatuh kerana lantai licin dan kayu yang berbara jatuh tertimpa serta kena bahagian telinga," katanya.Mazelan kemudian sempat menarik Shaadah keluar dan menyelamatkan diri bersama anak mereka.Dia berkata, kehilangan isterinya bukan sahaja memberi kesan emosi mendalam malah meruntuhkan impian mereka untuk ke Tanah Suci bersama |
|
Hilang sejak Februari, Pak Tam ditemui selamat di Makkah - Hmetro - 30/03 2:12 pm Kuala Lumpur: Pak Tam atau nama penuhnya Mohd Syahir Sayuti Ahmad, 45, yang dilaporkan hilang ketika menunaikan umrah di Makkah sejak 17 Februari lalu ditemui selamat di Makkah hari ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |