| /// |
|
| Search : Mpt News | Page 1 |
|
Tindakan disiplin, pecat perlu untuk selamatkan Bersatu – Muhyiddin - Mgazette - 15/02 7:54 am # Tindakan disiplin, pecat perlu untuk selamatkan Bersatu - Muhyiddin KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tindakan disiplin termasuklah pemecatan terhadap beberapa pemimpin parti adalah langkah yang perlu diambil bagi menyelamatkan dan memperkukuhkan parti tersebut daripada terus disabotaj dari dalam. Beliau berkata, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikannya hari ini membincangkan langkah-langkah memperkukuhkan parti susulan tindakan disiplin terhadap beberapa ahli |
|
Pecat 17 pemimpin bukan langkah terlalu keras, masih ada hak merayu .. - Mgazette - 15/02 7:54 am Mereka diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan. Dalam Bersatu, kita ada mekanisme yang jelas, katanya kepada media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di sini, hari ini |
|
Noh Omar letak jawatan Ahli MPT Bersatu, persoal tindakan Lembaga Disiplin - Mgazette - 15/02 7:54 am # Noh Omar letak jawatan Ahli MPT Bersatu, persoal tindakan Lembaga Disiplin KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Noh Omar, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku dalam parti itu |
|
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu - Siakapkeli - 14/02 6:26 pm Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT BersatuKUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Tan Sri Noh Omar mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tert |
|
Noh umum letak jawatan ahli MPT Bersatu - Sinarharian - 14/02 5:39 pm KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Noh Omar mengumumkan peletakkan jawatan beliau berkuat kuasa serta merta pada Sabtu.Noh berkata, pendirian itu dibuat susulan kecewa dengan tindakan Lembaga Disiplin yang didakwa tidak menghormati keputusan mesyuarat MPT Bersatu yang berlangsung pada 12 Januari lalu.Ujar beliau, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan mengenai penangguhan semua tindakan disiplin ke atas ahli Bersatu."MPT telah pun buat keputusan bahawa semua tindakan disiplin hendak ditangguhkan, jadi persoalannya mengapa Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan kepada ahli-ahli Bersatu?"Apa guna MPT parti bermesyuarat tetapi keputusan MPT tidak dihormati oleh lembaga disiplin?"Oleh kerana Lembaga Disiplin mengambil tindakan tidak menghormati keputusan MPT, maka saya umumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu mulai hari ini," katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Sabtu.Menurut Noh, dalam usaha mengembalikan perpaduan dalam Bersatu, mesyuarat pengukuhan parti turut diadakan sebanyak tiga kali sebelum ini."Kita telah pun merancang bagaimana cara hendak mengembalikan perpaduan parti Bersatu, tetapi sebelum ia dilaksanakan, tiba-tiba Lembaga Disiplin telah mengambil tindakan."Sepatutnya tindakan disiplin tidak boleh diambil kepada ahli parti yang telah membuat kenyataan sebelum mesyuarat MPT," ujarnya.Bekas Pengerusi UMNO Selangor itu turut menyatakan kekecewaan terhadap tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah."Saya pernah menasihati Saifuddin yang hendak mengadakan program jelajah di Pahang dan beliau setuju batalkan program tersebut."Malangnya, Saifuddin telah dipecat |
|
Noh Omar letak jawatan MPT Bersatu - Harapandaily - 14/02 4:16 pm Seorang lagi pemimpin veteran Bersatu, Tan Sri Noh Omar meletakkan jawatan daripada MPT susulan daripada pemecatan 17 pemimpin semalam |
|
Noh lepas jawatan ahli MPT Bersatu, kecewa tindakan Lembaga Disiplin - FMT - 14/02 4:00 pm Noh Omar mendakwa keputusan MPT menangguhkan semua tindakan disiplin terhadap ahli tidak dihormati, sekali gus menjejaskan usaha menyatukan parti. |
|
Bersatu nafi parti bakal terkubur - Sinarharian - 14/02 2:58 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan bahawa parti itu bakal terkubur berikutan satu pertiga ahlinya dijangka keluar dan mengikuti jejak langkah Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat keahliannya pada Jumaat.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri R Sanjeevan berkata, peringkat parti dan sayap bersekutu masih kukuh selain menyifatkan dakwaan sedemikian tidak berasas sama sekali."Saya ingin tegaskan di sini bahawa peringkat Bersekutu dan Bersatu masih kukuh |
|
Radzi Jidin, Peja dilantik jalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu - Sinarharian - 14/02 1:36 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mesyuarat Majlis Khas Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara bersetuju melantik Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia satu tindakan yang perlu diambil dan pilihan terbaik buat masa ini dalam usaha untuk memulihkan perpaduan dan menyelamatkan parti."Maka, Mesyuarat Khas MPT Bersatu hari ini sepakat untuk terus menyokong perjuangan Bersatu, membina semula parti, memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli dan memperkuatkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Saya dengan ini menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang sementara barisan kepimpinan yang bersama-sama saya pada hari ini mengemudi parti kembali ke landasan perjuangannya yang asal untuk membela nasib rakyat."Dengan semangat kebersamaan ahli Bersatu dan kesetiaan kepada perjuangan parti, saya yakin kita akan dapat mengharungi apa jua cabaran atau dugaan yang melanda parti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Kenyataan itu dibuat selepas parti mengadakan Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman rasminya di Bukit Damansara, di sini.Muhyiddin memaklumkan, mesyuarat tersebut membincangkan langkah-langkah untuk memperkukuhkan Bersatu susulan tindakan disiplin yang diambil terhadap beberapa ahli parti.Beliau berpendapat, disiplin sebahagian daripada mekanisme yang ada di dalam perlembagaan untuk memastikan parti terus stabil dan kukuh.Jelasnya lagi, ia bukan satu tindakan yang boleh diambil sewenang-wenangnya terutama apabila melibatkan pemimpin kanan parti."Sebelum tindakan disiplin diambil, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari titik perdamaian dan menyelamatkan parti menerusi siri pertemuan serta perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat."Namun, usaha ini tidak berhasil |
|
Tun Faisal pertahan pemecatan Hamzah, Lembaga Disiplin bertindak ikut Perlembagaan - Sinarharian - 14/02 1:14 pm SHAH ALAM - Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin melalui Lembaga Disiplin (LD) dibuat berlandaskan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan parti.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan, lembaga itu telah menjalankan tanggungjawabnya mengikut Fasal 22 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli."LD telah menjalankan tanggungjawabnya dengan wajar dan mengikut peruntukan Fasal 22 Perlembagaan Parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli apabila memecat Hamzah berikutan tindakan beliau bertentangan perlembagaan parti."Beliau gagal sebagai Timbalan Presiden parti menghalang tindakan pelanggaran perlembagaan dan disiplin oleh pengikut-pengikutnya secara berulang sehingga merosakkan imej serta institusi parti."LD menyatakan secara ringkas bahawa Hamzah dipecat kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu iaitu 'Mematuhi Perlembagaan Parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti," katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.Dalam hantaran sama, beliau turut merujuk beberapa peruntukan Perlembagaan Bersatu termasuk Fasal 22.1 yang menyentuh kewajipan taat setia kepada parti dan kepimpinan, mematuhi keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta memelihara kepentingan imej parti.Sebagai Timbalan Presiden, Ketua Pembangkang dan Ahli MPT, beliau menegaskan, Hamzah memikul tanggungjawab fidusiari tertinggi untuk memastikan kestabilan organisasi serta menghalang sebarang pelanggaran disiplin dalam kalangan ahli bawahan."Oleh itu, kegagalan bertindak Datuk Seri Hamzah boleh membentuk kesalahan disiplin setara dengan tindakan aktif," katanya.Tun Faisal turut mendakwa wujud corak tindakan berulang yang dikaitkan dengan penyokong Hamzah, termasuk sidang media dan siaran langsung di media sosial sejak tahun lalu yang menurutnya menimbulkan perpecahan dalam parti.Menurutnya, kesemua tindakan tersebut berfokus kepada jawatan dan kedudukan Hamzah dalam parti dan Perikatan Nasional (PN) serta dilaksanakan oleh penyokongnya dengan cara melanggar Perlembagaan parti serta bertentangan keputusan PAT dan MPT."Segala kenyataan dan tindakan oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Hamzah bukan sekadar perbezaan pandangan politik sebaliknya pelanggaran perlembagaan dan disiplin yang berat."Dalam konteks disiplin parti, pembiaran oleh pemegang jawatan tertinggi yang membawa kesan institusi adalah satu pelanggaran serius |
|
Bersatu adakan mesyuarat MPT di kediaman Muhyiddin - Mkini - 14/02 1:03 pm Hamzah Zainudin yang baru dipecat pula akan mengadakan sesi taklimat pada jam dua petang ini. |
|
Muhyiddin panggil Mesyuarat Khas MPT di kediamannya esok - Mgazette - 14/02 7:55 am # Muhyiddin panggil Mesyuarat Khas MPT di kediamannya esok KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin dijadual memanggil satu Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di kediamannya di Bukit Damansara, pagi esok |
|
Bersatu adakan mesyuarat khas MPT esok - Sinarharian - 13/02 11:17 pm SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijadual mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada Sabtu bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti.Notis mesyuarat yang dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu menyebut mesyuarat tersebut akan berlangsung pada jam 10 pagi di kediaman Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin."Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli MPT untuk menghadiri mesyuarat dan menyumbang idea serta cadangan konstruktif demi masa depan Bersatu."Kerjasama dan perhatian saudara dan saudari amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih," menurut notis berkenaan.Difahamkan, antara agenda utama adalah untuk Muhyiddin memberikan penerangan berhubung perkembangan politik parti ketika Bersatu berdepan perhatian yang semakin memuncak.Terbaharu pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin. |
|
Pecat Hamzah burukkan lagi keadaan, pecah belahkan Bersatu - Mgazette - 13/02 3:36 pm Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang berkata, pihaknya tidak bersetuju kerana tindakan memecat Hamzah termasuk keanggotaannya hanya akan memburukkan lagi keadaan dan memecahbelahkan parti. "Memorandum yang ditandatangani barisan ketua bahagian, pimpinan negeri serta wakil sayap parti Bersatu Johor, itu diserahkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) |
|
Bersatu Johor kemuka memorandum rasmi desak pemecatan Hamzah - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Bersatu Johor kemuka memorandum rasmi desak pemecatan Hamzah JOHOR BAHRU Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor mendesak Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana tindakannya yang mencabar dan menjejaskan parti. Ketua BPN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ini termasuk mana-mana penyokongnya yang didakwa berulang kali mengeluarkan kenyataan terbuka dan melakukan tindakan bercanggah dengan Perlembagaan Parti serta keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) |
|
Bersatu Johor kekal sokong Muhyiddin, desak tindakan tegas terhadap Hamzah - Sinarharian - 11/02 8:51 am JOHOR BAHRU Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menafikan dakwaan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ketuanya, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, dakwaan yang dibuat oleh segelintir Ketua Bahagian itu tidak benar, mengelirukan dan tidak pernah mendapat mandat daripada BPN Johor mahupun majoriti Ketua Bahagian Bersatu di negeri ini.Menurutnya, kenyataan terbabit hanyalah pendirian peribadi individu tertentu dan sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan parti di peringkat negeri."BPN Johor kekal menyatakan sokongan penuh kepada Presiden parti."Kepimpinan beliau adalah tonggak kestabilan parti dan sebarang usaha untuk menimbulkan persepsi sebaliknya hanya akan melemahkan organisasi serta mengelirukan ahli di peringkat akar umbi," katanya dalam kenyataan.Terdahulu pada Selasa, seramai 14 Ketua Bersatu Johor mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan kegagalan memimpin parti.Ketua Bahagian Tanjung Piai, Musa Khamis berkata, ia termasuk kegagalan menguruskan krisis dalaman secara efektif serta penyalahgunaan prosedur disiplin terhadap pimpinan utama parti.Dalam pada itu, BPN Johor mendesak Lembaga Disiplin Bersatu supaya mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta mana-mana penyokongnya yang didakwa berulang kali mengeluarkan kenyataan terbuka dan melakukan tindakan bercanggah dengan perlembagaan parti serta keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).Katanya, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tindakan dan kenyataan pihak-pihak yang dikaitkan dengan Hamzah jelas mencabar autoriti parti dan mencetuskan ketidakharmonian dalaman, sekali gus berpotensi menjejaskan kesiapsiagaan parti menghadapi cabaran politik akan datang."BPN Johor bersama Ketua-Ketua Bahagian Bersatu Johor, selari dengan pendirian kepimpinan di beberapa negeri lain, telah mencapai ketetapan untuk mengemukakan satu memorandum rasmi kepada Presiden dan MPT Bersatu bagi mendesak Lembaga Disiplin memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin."Memorandum ini bertujuan memastikan tindakan disiplin yang tegas, adil dan muktamad diambil terhadap mana-mana individu yang secara berterusan melanggar Perlembagaan Parti serta mencabar keputusan parti," katanya.Sebelum ini, Hamzah didakwa bakal dipanggil menghadap lembaga disiplin parti itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan serangan terhadap Muhyiddin.Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua bertarikh 6 Februari dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, empat aduan disiplin secara bertulis dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.Notis berkenaan turut menyatakan kegagalan menghadiri sesi tersebut membolehkan Lembaga Disiplin membuat keputusan tanpa rujukan lanjut dan sebarang keputusan adalah muktamad. |
|
Isytihar sokong Muhyiddin - Pemimpin Bersatu terus tekan Hamzah - Mkini - 8/02 6:54 pm Dua ahli MPT Bersatu, Yazid Yunus dan Jasri Jamaludin juga mendesak Hamzah menafikan penglibatannya dalam "gerakan lemahkan Muhyiddin". |
|
Saifuddin jangka Hamzah dipecat - Sinarharian - 8/02 6:48 pm SHAH ALAM Bersatu dijangka memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan notis panggilan kali kedua yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti terhadap Timbalan Presiden itu.Ahli Parlimen Indera Mahkota yang dipecat keahlian Bersatu, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan berkenaan tidak mengejutkan memandangkan sebelum ini wujud desakan daripada penyokong Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Ahli Parlimen Larut itu dipecat."Sebelum ini memang ada desakan daripada penyokong Muhyiddin yang mahu Hamzah dipecat."Saya jangka begitu (dipecat). Lagipun sebelum ini ramai telah dipecat melalui cara yang sama, sedangkan lembaga disiplin tidak menjalankan prosiding dengan betul," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Sebelum ini, Hamzah dilaporkan bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Muhyiddin.Ketua Pembangkang itu dijadualkan memberi keterangan pada Khamis ini, jam 12 tengah hari di Ibu Pejabat Bersatu, Petaling Jaya.Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua, bertarikh 6 Februari dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, empat aduan disiplin secara bertulis telah dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu.Notis berkenaan turut menyatakan kegagalan menghadiri sesi tersebut membolehkan lembaga disiplin membuat keputusan tanpa rujukan lanjut, dan sebarang keputusan adalah muktamad.Dalam pada itu, Saifuddin yang turut dipecat pada Januari lalu menegaskan tindakan penyokong Muhyiddin yang berselindung di sebalik Lembaga Disiplin disifatkan sebagai drakonian dan berpotensi menyebabkan parti itu reput dari dalam.Beliau turut mempersoalkan sama ada notis terhadap Hamzah itu bertujuan membunuh secara perlahan Timbalan Presiden Bersatu berkenaan."Persoalannya, adakah Lembaga Disiplin menjalankan tanggungjawabnya sebagai badan disiplin atau menjadi senjata untuk mengawal kebimbangan dan perbezaan pandangan yang munasabah dalam parti?"Lebih mengundang tanda tanya, notis ini muncul ketika tumpuan rakyat, khususnya orang Melayu, sedang terarah kepada isu-isu besar negara dan kelemahan kerajaan sedia ada."Adakah ini percubaan supaya mereka yang bimbang dan berbeza pendapat dengan Tan Sri (Muhyiddin) akan takut?" ujarnya bekas ahli MPT Bersatu itu. |
|
2 ahli MPT Bersatu cabar Hamzah buat penafian - Sinarharian - 8/02 6:13 pm SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dicabar untuk tampil menafikan secara tegas beliau tidak terlibat dalam gerakan terancang memperlekehkan kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Gesaan terbuka itu dibuat dua dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin dan Mohd Yazid Mohd Yunus.Menerusi kenyataan bersama Jasri dan Mohd Yazid berkata, penafian Ahli Parlimen Larut itu penting bagi menamatkan segera kemelut yang berlaku ketika ini."Persoalan ini semakin serius apabila nama Datuk Seri Hamzah Zainudin sering dikaitkan dengan gerakan tersebut."Jika benar beliau tidak terlibat, maka beliau wajib tampil menafikan secara tegas dan menghentikan sebarang usaha yang mencalar kestabilan parti."Namun jika benar wujud perancangan tersusun untuk melemahkan kepimpinan Presiden, maka itu bukan lagi perbezaan pandangan. Itu adalah sabotaj dalaman," kata kenyataan bersama itu pada Ahad.Pada Sabtu, dua ahli MPT Bersatu iaitu Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor, Datuk Harrison Hassan dan Ketua Bersatu Kuala Langat, Rosnizan Ahmad secara berasingan menggesa Lembaga Disiplin parti itu menyiasat Hamzah atas dakwaan memperlekehkan kepimpinan Muhyiddin.Kenyataan ketua-ketua bahagian itu dibuat di tengah-tengah spekulasi mengenai usaha terbaru untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Larut itu melalui satu petisyen yang didakwa diedarkan dalam kalangan wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian parti.Mengulas lanjut, Jasri dan Mohd Yazid berkata, Hamzah juga perlu menunjukkan keberanian moral untuk berdepan tindakan disiplin sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran terhadap Perlembagaan parti."Jika benar prinsip parti telah dicabuli, beliau sendiri wajar menyerahkan mandat dan bersedia dipecat demi memelihara integriti Bersatu," kata mereka.Kedua-ahli MPT itu turut menegaskan, tiadasiapa lebih besar daripada parti dan kebal daripada tindakan."Bersatu tidak boleh bertolak ansur dengan politik bayang-bayang, percaturantersembunyi dan gerakan yang melemahkan parti dari dalam," katanya. |
|
Bersatu reput kerana penyokong presiden, dakwa Saifuddin - FMT - 8/02 3:16 pm Bekas MPT Bersatu Saifuddin Abdullah berkata kumpulan itu berselindung di sebalik Lembaga Disiplin yang didakwa bersikap drakonian. |
|
SD dibuat bagi jatuhkan presiden, cuba kerjasama dengan UMNO, dakwa Hanifah - Mgazette - 7/02 4:07 pm "SD itu nampak sopan tapi tujuan sebenarnya meminta Presiden meletakkan jawatan," katanya lagi. Malah beliau turut membidas seorang bekas Ahli MPT yang dipecat baru-baru ini kerana mendakwa SD adalah palsu sebaliknya hanya untuk menilai kesetiaan para pimpinan tertinggi itu kepada Presiden |
|
JK Pengukuhan Bersatu bermesyuarat cari jalan damaikan pemimpin .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm Walaupun amat sukar dan berat cabaran-cabaran yang dipikul, namun demi masa depan parti yang lebih cemerlang dan mantap, jawatankuasa ini akan terus bergerak ke depan mencari penyelesaian, katanya. Sebelum ini, media melaporkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengurus dan meredakan perbezaan pandangan dalam kalangan ahli parti, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kestabilan serta kesepaduan dalaman parti |
|
Hukuman ke atas Wan Saiful tak wajar diringankan ??? Tun Faisal - Mgazette - 6/02 4:07 pm Sementara itu, Tun Faisal Ismail berpandangan Tatacara Pengurusan Kes Rayuan dalam buku Tatacara Pengurusan Kes Disiplin, seperti tertulis dalam Bab 7.3 Prosedur Pengurusan dan Bab 7.4 Prosiding Tribunal Lembaga Rayuan kelihatan agak ringkas. Wajarkah MPT mencadangkan agar suatu Garis Panduan bagi Lembaga Rayuan dibangunkan bagi tujuan membantu Lembaga Rayuan meneliti kes-kes rayuan secara lebih tersusun, objektif, telus dan menepati roh Perlembagaan Bersatu? katanya |
|
'Pengerusi PN hanya untuk presiden parti, pendirian Bersatu kekal' Tun Faisal - Sinarharian - 6/02 3:41 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan pendirian mereka berhubung pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) masih tidak berubah iaitu hanya menerima calon dalam kalangan presiden parti komponen gabungan itu.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pendirian tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 12 Januari lalu dan sehingga kini ia masih kekal."Setakat semakan saya, pendirian Bersatu yang dibuat semasa Mesyuarat MPT pada 12 Januari 2026 masih kekal, iaitu hanya menerima calon Pengerusi PN dalam kalangan presiden parti anggota |
|
‘Siapa beri mandat kepada Tun Faisal serang timbalan presiden Bersatu?’ - Harapandaily - 4/02 3:00 pm Kata-katanya melambangkan pandangan parti. “Komen Tun Faisal mengenai Hamzah tidak pernah dipersetujui oleh mesyuarat MPT Bersatu dan.. |
|
Tun Faisal: Lagi baik Hamzah undur dari Muhyiddin letak jawatan - Mkini - 3/02 5:12 pm Tun Faisal bidas ahli MPT Bersatu, Yunus Nurdin yang menyasarkan Muhyiddin lsusulan pertikaian dengan PAS isu pengerusi PN. |
|
Lebih baik minta Hamzah lepaskan jawatan Timbalan Presiden ??? Tun Faisal - Mgazette - 3/02 4:35 pm # Lebih baik minta Hamzah lepaskan jawatan Timbalan Presiden Tun Faisal KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin yang menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Presiden |
|
Lagi ahli MPT Bersatu gesa Muhyiddin berundur, beri peluang kepada Hamzah - Mgazette - 3/02 4:35 pm # Lagi ahli MPT Bersatu gesa Muhyiddin berundur, beri peluang kepada Hamzah KUALA LUMPUR Gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus disuarakan dari dalam parti itu, kali ini oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Yunus Nurdin |
|
‘Hamzah dan dia sendiri perlu berundur’ - Harapandaily - 3/02 4:27 pm Ketua penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata pemimpin yang sepatutnya berundur dari kepimpinan Bersatu ialah timbalan presiden Datuk Hamzah Zainudin bukannya presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin. Tun Faisal mahu ahli MPt yang membuat gesaan untuk pengunduran Mahiaddin – Yunus Nurdin berundur |
|
'Yunus patut cadang Timbalan Presiden Bersatu atau diri sendiri berundur' - Tun Faisal - Sinarharian - 3/02 3:22 pm SHAH ALAM Gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipersoalkan susulan dakwaan kegagalan pihak lain dalam parti untuk melaksanakan tanggungjawab serta mematuhi disiplin kepimpinan.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, daripada mendesak Muhyiddin berundur, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin sepatutnya mencadangkan Timbalan Presiden parti melepaskan jawatan atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranan sebelum ini.Menurutnya, Timbalan Presiden parti gagal memainkan peranan sebagai Pengarah Pilihan Raya Sabah dan mengawal tindak-tanduk penyokong yang didakwa berulang kali melanggar perlembagaan serta disiplin parti sejak tahun lalu."Daripada meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur, lebih baik Yunus meminta Timbalan Presiden yang berundur atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranannya sebelum ini," katanya pada Isnin.Beliau mengulas kenyataan Yunus pada Isnin yang mencadangkan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu susulan kemelut dalaman yang melanda parti dan Perikatan Nasional (PN).Dalam kenyataannya itu, Yunus berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin merupakan tokoh paling layak untuk memangku jawatan Presiden Bersatu.Selain itu, beliau turut mendakwa wujud kekeliruan politik akibat kenyataan dan tindakan unilateral berkaitan rundingan kepimpinan PN.Yunus turut menegaskan bahawa sebarang perbincangan melibatkan cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi PN tidak pernah dibawa atau dipersetujui dalam mesyuarat rasmi MPT Bersatu.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Yunus juga boleh mencadangkan agar dirinya sendiri berundur kerana sebagai Setiausaha Negeri bagi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, beliau juga merupakan sebahagian daripada kegagalan perancangan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah.Katanya, sebagai Ahli MPT, Yunus tidak sewajarnya gagal memahami kuasa eksekutif Presiden Bersatu untuk berunding, termasuk status hasil perbincangan bersama Presiden Pas yang bersifat rundingan dan cadangan, bukannya keputusan muktamad parti. |
|
Hamzah yang patut berundur, bukan Muhyiddin, kata ketua penerangan Bersatu - FMT - 3/02 2:53 pm Perselisihan kepimpinan Bersatu makin meruncing apabila Tun Faisal Ismail Aziz mendesak seorang ahli MPT letak jawatan sebagai setiausaha Bersatu Sabah. |
|
Gesaan agar presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur daripada jawatannya bergema lagi - Harapandaily - 3/02 10:10 am Gesaan undur Mahiaddin bergema lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Yunus Nurdin mahu presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin melepaskan jawatan agar peranan tersebut boleh dipangku oleh timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin |
|
'Disiplin, integriti Bersatu tak boleh dikompromi' - Saifuddin - Sinarharian - 1/02 12:24 am SHAH ALAM - Jawatankuasa Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan menerima surat rasmi aduan disiplin terhadap Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sambil memuat naik surat rasmi aduan disiplin yang difailkan ahli Bersatu, Hariz Faisal Ismail kepada Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti iaitu Datuk Mohammed Radzi Manan bertarikh 30 Januari di platform Threads pada Ahad.Saifuddin yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, disiplin dan integriti parti tidak boleh dikompromi, memberi gambaran bahawa Muhyiddin mesti melalui proses sama sepertimana dikenakan ke atas ahli lain yang didakwa pernah melanggar peraturan sebelum ini."Surat rasmi telah dikemukakan berhubung pelanggaran disiplin oleh Muhyiddin dan implikasi tindakannya terhadap imej parti."Disiplin dan integriti parti tidak boleh dikompromi," katanya ringkas.Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, aduan disiplin terhadap Muhyiddin berhubung dakwaan berbohong mengenai isu jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan tidak berasas, mengelirukan serta berpunca daripada kegagalan memahami perlembagaan dan proses tadbir urus gabungan politik.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat, perlembagaan parti dengan jelas memperuntukkan kuasa eksekutif kepada Presiden sebagai pemimpin utama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan dasar parti.Menurutnya, perlembagaan turut memberi peranan kepada Presiden untuk memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat MPT, sekali gus membolehkan rundingan dengan Presiden parti lain dijalankan secara sah.Beliau turut menegaskan, tiada sebarang peruntukan perlembagaan yang melarang rundingan sedemikian dilakukan oleh Presiden parti.Mengulas pertemuan antara Presiden Bersatu dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Tun Faisal berkata, perkara yang dibincangkan hanya rundingan serta cadangan awal, bukannya keputusan muktamad.Dalam pada itu, Tun Faisal turut menjelaskan bahawa aduan disiplin tersebut bersandar sepenuhnya kepada surat dalaman Presiden Bersatu yang telah dibocorkan oleh pihak tertentu.Tambahnya lagi, dokumen dalaman yang dibocorkan dan ditafsir di luar konteks tidak boleh dijadikan asas tuduhan pembohongan atau kesalahan disiplin. |
|
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal - Sinarharian - 31/01 5:17 pm SHAH ALAM Aduan disiplin terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan berbohong mengenai isu jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan tidak berasas, mengelirukan serta berpunca daripada kegagalan memahami perlembagaan dan proses tadbir urus gabungan politik.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perlembagaan parti dengan jelas memperuntukkan kuasa eksekutif kepada Presiden sebagai pemimpin utama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan dasar parti.Menurutnya, perlembagaan turut memberi peranan kepada Presiden untuk memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), sekali gus membolehkan rundingan dengan Presiden parti lain dijalankan secara sah."Ini bermakna rundingan dan perbincangan dengan Presiden parti lain, termasuk Presiden Pas adalah fungsi sah dan sebahagian daripada kuasa eksekutif Presiden, tanpa perlu kelulusan awal MPT," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau menegaskan, tiada sebarang peruntukan perlembagaan yang melarang rundingan sedemikian dilakukan oleh Presiden parti.Mengulas pertemuan antara Presiden Bersatu dan Presiden Pas, Tun Faisal berkata, perkara yang dibincangkan hanyalah rundingan serta cadangan awal dan bukan keputusan muktamad."Cadangan-cadangan ini hanya boleh menjadi keputusan rasmi selepas dibincangkan di peringkat jawatankuasa, diteliti dalam pre-council Presiden parti dan diluluskan melalui Mesyuarat MT PN atau MPT," jelasnya.Menurut beliau, kenyataan berkaitan penstrukturan semula PN yang berpotensi menyebabkan jawatan Pengerusi PN dimansuhkan adalah analisis implikasi struktur dan bukannya pengumuman keputusan."Dalam konteks pembentukan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif, kedudukan Pengerusi PN secara logiknya menjadi tidak relevan |
|
Jangan pula mansuh jawatan presiden untuk lantik Muhyiddin sebagai .. - Mgazette - 30/01 7:55 am Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia turut menimbulkan persoalan sama ada Muhyiddin begitu terdesak untuk berpaut di takhta kuasa sehingga sanggup mencipta cerita yang tidak benar. Beliau yang juga bekas bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menegaskan, sekiranya benar Muhyiddin berbohong, ia meninggalkan kesan yang amat besar kerana akan menimbulkan banyak persoalan lain |
|
Muhyiddin perlu berundur demi Bersatu, PN - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 29/01 9:22 pm SHAH ALAM - Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digantung menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat sebagai Presiden Bersatu bagi memastikan kelangsungan parti dan Perikatan Nasional (PN).Ahli MPT terbabit, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, gesaan itu dibuat susulan tularnya surat jawapan balas Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap jemputan pra-majlis Presiden Bersatu bagi membincangkan hala tuju PN.Menurut beliau, surat berkenaan menunjukkan bahawa Muhyiddin didakwa menyimpang daripada apa yang dipersetujui secara bersama dengan niat untuk kembali sebagai Pengerusi PN."Saya kecewa dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin ini yang boleh mencemarkan imej PN di kalangan rakyat dan merosakkan hubungan Bersatu dengan rakan-rakan komponen PN yang lain terutamanya Pas," ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, walaupun Muhyiddin tidak dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti, beliau perlu mengambil tanggungjawab moral bagi melonjakkan keyakinan rakyat terhadap Bersatu dan PN.Semalam, menurut surat yang tersebar, Muhyiddin mendakwa Bersatu dan Pas bersetuju memansuhkan jawatan Pengerusi PN sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula gabungan pembangkang itu ketika mesyuarat pada 16 Januari lepas.Beliau mendakwa dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua parti mempersetujui penstrukturan semula PN, dengan Bersatu memimpin Majlis Presiden manakala Jawatankuasa Eksekutif diterajui Pas.Antara pemimpin Pas yang menghadiri mesyuarat itu termasuk Abdul Hadi, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan."Sehubungan itu, saya sekali lagi memohon dengan penuh rasa tanggungjawab supaya Tan Sri Muhyiddin berundur secara terhormat demi kepentingan parti dan gabungan PN," tambahnya. |
|
Wan Fayhsal desak Muhyiddin letak jawatan presiden Bersatu - FMT - 29/01 7:59 pm Ahli MPT yang digantung itu dakwa tindakan presiden parti calar imej PN, keruh hubungan dengan rakan komponen. |
|
Peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi PN muktamad, kata pemimpin Bersatu - Hotfm - 24/01 8:30 pm Ahli MPT Bersatu Zainol Fadzi Paharudin berkata, pihak yang cuba ubah fikiran beliau bimbang kedudukan mereka terjejas. |
|
Peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi PN muktamad, kata pemimpin Bersatu - FMT - 24/01 8:30 pm Ahli MPT Bersatu Zainol Fadzi Paharudin berkata, pihak yang cuba ubah fikiran beliau bimbang kedudukan mereka terjejas. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |