| /// |
|
| Search : Maha News | Page 1 |
|
MAHA 2026: Pengunjung digalak pakai pelitup muka - Mygazette - 29/08 9:31 pm SERDANG - Pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 digalakkan memakai pelitup muka susulan keadaan jerebu ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, nasihat itu penting sebagai langkah penjagaan kesihatan memandangkan MAHA 2026 kini mula menerima kehadiran orang ramai yang semakin tinggi |
|
MAHA 2026: Dewan A MAEPS dibuka semula, disah selamat selepas kemunculan... - Mygazette - 29/08 9:31 pm # MAHA 2026: Dewan A MAEPS dibuka semula, disah selamat selepas kemunculan asap KUALA LUMPUR - Dewan Pameran A (Dewan A) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dekat sini dibuka semula kepada pengunjung petang ini selepas ditutup sementara susulan insiden kemunculan asap dan bau kurang menyenangkan |
|
Faizal Tahir buat kejutan, muncul persembahan flashmob - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Faizal Tahir buat kejutan, muncul persembahan flashmob KUALA LUMPUR - Suasana di pusat beli belah SOGO Kuala Lumpur bertukar meriah apabila orang ramai dikejutkan dengan persembahan flashmob khas sempena promosi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026. Aktiviti berkonsepkan _guerilla marketing_ itu menjadi sebahagian daripada usaha membawa kemeriahan MAHA 2026 lebih dekat kepada masyarakat, khususnya warga kota dan golongan muda |
|
Dewan pameran kembali beroperasi, selamat dikunjungi selepas insiden asap di MAHA 2026 - Sinarharian - 29/08 8:29 pm SHAH ALAM - Dewan Pameran A (Dewan A), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang kembali beroperasi dan disahkan selamat untuk kunjungan awam selepas insiden pengeluaran asap petang Sabtu.Jawatankuasa Penganjur MAHA 2026 berkata, insiden teknikal berlaku kira-kira jam 4.50 petang itu berjaya dikawal sepenuhnya hasil tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pasukan pengurusan keselamatan tapak.Menurutnya, pemeriksaan komprehensif turut dijalankan serta-merta selepas insiden dan pihak berkuasa mengesahkan tiada ancaman keselamatan berterusan."Pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang ancaman keselamatan berterusan dan fasiliti berkaitan disahkan berada dalam keadaan selamat sepenuhnya."Pihak penganjur ingin menegaskan bahawa keadaan dikawal sepenuhnya dengan insiden teknikal itu telah diatasi sepenuhnya tanpa melibatkan implikasi struktur," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Jawatankuasa Penganjur MAHA 2026 turut memaklumkan, tiada kecederaan, kecemasan perubatan atau kemalangan jiwa dilaporkan.Menurutnya, Dewan Pameran A juga telah dibuka semula untuk kunjungan orang ramai berkuat kuasa serta-merta.Dalam pada itu, jawatankuasa menjelaskan, tindakan pengosongan sementara dewan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan standard mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan MAHA 2026 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung serta pempamer.Justeru, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke MAHA 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan. |
|
MAHA 2026: Dewan A kembali dibuka kepada pengunjung selepas insiden asap - FMT - 29/08 8:20 pm Jawatankuasa penganjur berkata insiden petang tadi telah dikawal dan tiada ancaman keselamatan. |
|
MAHA 2026: District 3 jadi tumpuan ramai, tampil aktiviti mesra kanak-kanak - Sinarharian - 29/08 6:54 pm SERDANG Orang ramai mengisi hujung minggu mereka dengan mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.Bagaimanapun, District 3 nampaknya menjadi tumpuan ramai berbanding District 1 dan District 4 yang sinonim dengan dengan pameran dan teknologi pertanian serta penternakan.Ini kerana District 3 menawarkan pengalaman yang lebih santai dan mesra keluarga menerusi pelbagai aktiviti untuk pengunjung, khususnya kanak-kanak.Antara tarikan utama di District 3 ialah Kiddies Wonderland yang menjadi lokasi tumpuan keluarga sepanjang penganjuran MAHA 2026.Ruang berkenaan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif dan hiburan yang membolehkan kanak-kanak menikmati pengalaman sambil mengenali dunia pertanian dalam suasana menyeronokkan.Tidak cuma itu, District 3 menempatkan Astana Pavilion yang menghimpunkan pavilion negeri-negeri Malaysia bagi membolehkan pengunjung meneroka kepelbagaian produk, identiti, seni budaya, warisan dan tarikan setiap negeri.Bagi melepaskan penat lelah selepas seharian meneroka MAHA 2026 yang besarnya dikatakan setara dengan keluasan 183 padang bola sepak, pengunjung juga boleh membasahkan tekak di ruang Santai dan Kopi @Chillax.Sementara itu, District 2 juga tidak kurang hebatnya apabila kawasan tersebut menyediakan pameran konvensional yang menggabungkan elemen pendidikan, rekreasi, makanan dan pengalaman.Antaranya ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Floating Market, Kampung Nelayan, Laman Agrofood Fisheries, Laman Agrinova, Laman Padi dan banyak lagi.Secara keseluruhannya, MAHA 2026 yang berlangsung selama 10 hari dari 28 Ogos hingga 6 September, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu menjanjikan pelbagai aktiviti untuk dinikmati oleh orang pengunjung. |
|
MAHA 2026 bukan biasa-biasa, RM8 billion MOU bakal dimeterai, China sahaja .. - Wrlr - 29/08 4:43 pm Selain itu, beliau berkata, MAHA Go Global turut menjadi antara platform untuk memperluas pasaran produk tempatan, khususnya ke Asia Tengah dan Eropah Timur. Kita berharap MAHA Go Global termasuk FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dapat memainkan peranan lebih hebat pada masa akan datang supaya barangan keluaran di Malaysia boleh dipasarkan di negara disebutkan, yang kita masih agak ketinggalan, katanya pada sidang media selepas merasmikan MAHA 2026 hari ini |
|
MAHA 2026 bukan biasa-biasa, RM8 billion MOU bakal dimeterai, China sahaja RM4 bilion - Harapandaily - 29/08 3:38 pm Beliau berkata kerjasama... The post MAHA 2026 bukan biasa-biasa, RM8 billion MOU bakal dimeterai, China sahaja RM4 bilion appeared first on Harapan Daily . |
|
121 MoU RM8 bilion dijangka dimeterai sempena Maha 2026 - FMT - 29/08 3:03 pm Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kira-kira RM4 bilion membabitkan kerjasama dengan China dan selebihnya negara lain. |
|
MAHA 2026 Sasar RM8 Bilion Potensi Pelaburan Dan Perdagangan - Rotikaya - 21/08 11:12 am Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 menyasarkan potensi pelaburan dan perdagangan mencecah RM8 bilion, sekali gus meletakkan penganjuran kali ini bukan sekadar pameran pertanian, tetapi platform besar menjana... Baca selanjutnya → The post MAHA 2026 Sasar RM8 Bilion Potensi Pelaburan Dan Perdagangan appeared first on ROTIKAYA . |
|
YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Tinjau Persiapan Akhir Menjelang Pembukaan MAHA 2026 - Lobakmerah - 20/08 11:27 am Persiapan akhir bagi penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 kini giat dilaksanakan menjelang pembukaannya kepada orang ramai dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang. Perkembangan terkini persiapan MAHA 2026 dikongsikan sempena sesi Media Tour MAHA 2026 bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
MAHA 2026 meriahkan sambutan 31 Ogos, bunga api menanti pengunjung di MAEPS! - Mydateline - 18/08 2:15 pm Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bukan sekadar acara untuk pemain industri pertanian, malah turut sesuai dijadikan destinasi keluarga sempena cuti sekolah dan .. |
|
MAHA 2026 Sasar 4 Juta Pengunjung, Tawar Pelbagai Tarikan Termasuk Pertunjukan Dron & Agro Safari - Lobakmerah - 12/08 4:38 pm Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bakal kembali berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS, Serdang, dengan sasaran menarik sekitar 4 juta pengunjung sepanjang penganjurannya. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak, MAHA 2026 bukan sekadar sebuah pameran pertanian, sebaliknya menjadi platform yang […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
MAHA 2026 pacu sektor agromakanan - Sinarharian - 10/08 7:30 am KOTA BHARU Program Road To MAHA 2026 Zon Timur melabuhkan tirainya di Kelantan, sekali gus menandakan berakhirnya siri jelajah di seluruh negara.Acara kemuncak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor bermula 28 Ogos hingga 6 September depan.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program berkenaan menjadi platform mendekati masyarakat di peringkat akar umbi dengan menghimpunkan petani, penternak, nelayan, usahawan dan penggiat industri."Bagi Zon Timur, program ini menyasarkan nilai jualan RM1.8 juta serta penglibatan 50 usahawan agromakanan."Ini membuktikan sektor agromakanan tidak lagi dilihat sebagai sektor tradisional semata-mata, sebaliknya semakin mendapat perhatian sebagai sektor strategik yang berpotensi besar dalam menjana ekonomi serta menjamin keterjaminan makanan negara," katanya ketika majlis penutup di Tunjong pada Sabtu.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abd Samad.Menurutnya, Road To MAHA 2026 turut memberi peluang kepada masyarakat melihat perkembangan teknologi, inovasi serta peluang ekonomi dalam sektor agromakanan negara.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, Kerajaan MADANI terus memperkukuh pembangunan sektor agromakanan di Kelantan menerusi keseluruhan peruntukan berjumlah RM19.2 juta.Katanya, peruntukan melibatkan pelbagai projek strategik di bawah Program Pemerkasaan Agromakanan Negara merangkumi sektor pertanian, perikanan dan agropelancongan selain Projek Janaan Ekonomi dalam Rantaian Industri Nanas Kelantan."Peruntukan ini akan digunakan untuk memperluas pembangunan teknologi, meningkatkan daya saing usahawan serta memperkukuh rantaian nilai industri agromakanan."Kerajaan mahu setiap peruntukan disediakan diterjemahkan kepada hasil dan impak sebenar," katanya.Mohamad berkata, kejayaan pembangunan sektor agromakanan bukan hanya diukur berdasarkan jumlah peruntukan disalurkan, tetapi sejauh mana pelaburan itu mampu meningkatkan pendapatan rakyat, mengubah pemikiran terhadap sektor pertanian, meningkatkan produktiviti dan pengeluaran makanan.Dalam pada itu, penganjuran Road To MAHA 2026 Zon Timur turut menyaksikan pengenalan 11 Rakan Strategik Rasmi MAHA 2026 dengan Agrobank sebagai penaja utama.w |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |