| /// |
|
| Search : Koroner News | Page 1 |
|
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah .. - Mgazette - 4/02 7:48 am # Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner pada prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini mendengar keterangan seorang guru agama yang menceritakan pertemuan terakhirnya bersama arwah, kira-kira dua bulan sebelum kematian pelajar itu |
|
'Anak saya tidak pernah syak, tuduh Zara Qairina mencuri' - Saksi - Sinarharian - 3/02 8:38 pm KOTA KINABALU - Saksi ke-62 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir menegaskan bahawa anaknya, Pelajar A, tidak mengesyaki Allahyarhamah terlibat dalam kehilangan wang pelajar lain, termasuk insiden wang RM300 milik anaknya.Saksi berusia 42 tahun itu memaklumkan perkara terbabit semasa memberi keterangannya di Mahkamah Koroner, di sini, pada Selasa.Beliau berkata, semasa insiden pemeriksaan mengejut yang dilakukan pada 14 Julai 2025 berhubung kehilangan dompet seorang pelajar di kelas Zara Qairina, anaknya hanya memberitahu perkara itu selepas pulang ke rumah dan tidak mengesyaki sesiapa."Itu duit pelajar lain yang hilangkan, dia (anaknya) tidak syak sesiapa," katanya semasa menjawab soalan yang dikemukakan peguam, Shahlan Jufri.Beliau turut menegaskan bahawa Pelajar A bukan jenis yang suka menuduh."Pendapat saya ini adalah satu fitnah, saya kenal anak saya," tambahnya ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa anaknya mengesyaki Zara Qairina.Dalam kejadian lain melibatkan wang RM300 milik Pelajar A yang hilang, saksi sekali lagi menekankan bahawa anaknya tidak menyatakan sebarang syak terhadap Zara Qairina."Dia pernah bercerita pada saya, tidak pernah syak dan tidak pernah menuduh Zara yang mencuri sebab dia rapat dengan Zara dan ketika itu mereka berkawan baik."Tetapi Zara dikelilingi oleh musuh yang suka menikam di belakang |
|
Lawatan locus in quo ke sekolah Zara Qairina ditangguh, inkues bersambung 31 Mac - Sinarharian - 3/02 8:01 pm KOTA KINABALU Lawatan locus in quo ke lokasi kejadian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar, yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini, ditangguhkan.Perkara itu dimaklumkan semasa prosiding inkues kematian pelajar berkenaan selepas selesai mendengar keterangan tiga saksi di Mahkamah Koroner di sini pada Selasa.Menurut kenyataan bersama peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, selepas perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan, mahkamah telah memutuskan untuk menangguhkan sesi lawatan tersebut.Prosiding inkues yang sebelum ini dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat ini ditamatkan lebih awal dan akan disambung semula pada 31 Mac depan.Untuk rekod, dalam prosiding kali ini, beberapa saksi kanak-kanak dan guru dari sekolah menengah agama berkenaan telah dipanggil semula untuk memberi keterangan masing-masing.Sementara itu, pada minggu ini, seramai empat saksi baharu dipanggil memberi keterangan, iaitu seorang guru dari sekolah menengah agama yang mengajar Zara Qairina, ibu Pelajar A serta dua lagi guru Sekolah Agama Negeri (SAN) di Sipitang yang pernah mengajar remaja tersebut.Setakat ini, seramai 64 saksi termasuk kanak-kanak telah memberi keterangan di Mahkamah Koroner.Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Peguam bagi Pelajar A ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus. |
|
Inkues Zara Qairina: Guru SAN dedah murid dakwa 'barcode' trend di TikTok - Sinarharian - 3/02 7:04 pm KOTA KINABALU - Seorang guru di sebuah Sekolah Agama Negeri (SAN) mendedahkan kepada Mahkamah Koroner, di sini, bahawa murid-muridnya mendakwa perbuatan 'barcode' atau menoreh lengan sebagai trend di TikTok.Bagaimanapun, saksi ke-63, Nur Ain Jabah, 38, memaklumkan bahawa kejadian tersebut hanya berlaku sekali sahaja ketika Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir berada di Tahun Lima di sekolah berkenaan.Menurutnya, beliau mengetahui mengenai insiden itu selepas menerima aduan daripada pelajar lain, sebelum pergi ke kelas terlibat untuk melihat sendiri keadaan tersebut."Saya tahu mengenai perkara ini sebab Zara dan sahabat-sahabatnya sebelum ini pernah buat di sekolah agama |
|
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah - Sinarharian - 3/02 6:35 pm KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner pada prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Selasa mendengar keterangan seorang guru agama yang menceritakan pertemuan terakhirnya bersama arwah, kira-kira dua bulan sebelum kematian pelajar itu.Saksi ke-63, Nur Ain Jabah, 38, yang mengajar Zara Qairina di Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Naluyan, Sipitang, berkata, pertemuan itu berlaku pada Mei 2025 ketika arwah singgah ke sekolah berkenaan semasa cuti persekolahan.Nur Ain berkata, beliau mula mengajar dan mengenali Zara Qairina sejak 2023 hingga 2024 ketika arwah bersekolah di sekolah agama berkenaan bagi mata pelajaran Tauhid, Akhlak, Hafazan serta Imlak, dan sepanjang tempoh itu hubungan mereka terjalin rapat sebagai guru dan murid.Guru agama itu berkata, pada pertemuan berkenaan beliau bertanyakan keadaan Zara Qairina di sekolah menengah, termasuk sama ada arwah berdepan sebarang masalah atau dibuli oleh rakan-rakan."Dia beritahu saya semuanya okey, kawan-kawan semua baik dan tiada sesiapa membuli dia |
|
'Sukar terima pemergiannya' - Guru SAN sebak kenang Zara Qairina - Sinarharian - 3/02 6:24 pm KOTA KINABALU - Dua guru Sekolah Agama Negeri (SAN) yang pernah mengajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Sipitang, sebak apabila diminta berkongsi perasaan semasa memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian pelajar itu di Mahkamah Koroner, di sini.Kedua-duanya tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas kembali detik sebaik mengetahui murid kesayangan mereka itu meninggal dunia selepas kejadian yang menimpanya, pada 16 Julai tahun lalu.Nur Ain Jabah, 38, yang merupakan saksi ke-63 dalam inkues tersebut memaklumkan, beliau mengenali murid berkenaan sejak 2023 dan menyifatkannya sebagai seorang yang ceria, sangat menghormati guru serta tidak mempunyai sebarang masalah disiplin di sekolah namun tidak menyangka kejadian tersebut menimpa Zara Qairina."Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan sebab kami anggap semua murid seperti anak kami sendiri, jadi hubungan kami pun sangat rapat."Jadi bila kami dimaklumkan arwah meninggal, pada mulanya kami tidak dapat menerima sebab 17 Julai itu kami bercadang melawatnya, tetapi kami dimaklumkan dia telah meninggal oleh ibu saudaranya."Kami terkilan, tidak sangka anak yang kami didik, yang sihat, manja akan berakhir begini |
|
Gambar, video Zara bersama Pelajar A ditunjuk di Mahkamah Koroner - FMT - 3/02 2:53 pm Berdasarkan pemerhatian terhadap rakaman dimainkan di mahkamah, ibu 'Pelajar A' bersetuju anaknya dan Allahyarham kelihatan ceria. |
|
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner - Sinarharian - 3/02 11:38 am KOTA KINABALU - Dua gambar dan dua video Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersama rakan-rakan, termasuk pelajar A, dipaparkan dalam prosiding inkues kematian pelajar tersebut di Mahkamah Koroner di sini, pada Selasa.Gambar dan video berkenaan dipaparkan oleh peguam, Shahlan Jufri, semasa sesi keterangan ibu pelajar A, iaitu saksi ke-62 dalam inkues tersebut.Menerusi kedua-dua gambar yang dipaparkan, saksi mengesahkan anaknya kelihatan gembira dan ceria, namun tidak mengingati sama ada anaknya pernah memaklumkan bahawa dia bergambar dalam keadaan ceria bersama Zara Qairina dan rakan-rakan lain.Apabila diminta merujuk kepada dua video yang dipaparkan, masing-masing berdurasi 24 dan 13 saat, saksi berkata dia tidak mengetahui mengenai kewujudan video berkenaan.Bagaimanapun, pelajar A pernah memaklumkan kepadanya bahawa dia ada menghasilkan video TikTok, namun jumlah sebenar video yang dibuat tidak pernah dimaklumkan.Namun beliau sekali lagi mengesahkan anaknya kelihatan ceria dalam video tersebut semasa bersama Zara Qairina dan rakan-rakan sebilik.Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini. |
|
Saksi dakwa diganggu ibu Zara Qairina, dimarahi dan diminta nafi kenyataan - Sinarharian - 2/02 3:49 pm KOTA KINABALU Saksi ke-62 mendakwa pernah menerima gangguan daripada ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir melalui aplikasi WhatsApp, yang memarahinya kerana membenarkan anaknya bercakap benar kepada pihak polis.Saksi yang juga merupakan ibu kepada pelajar A mendakwa bahawa ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat, meminta mereka membuat penafian terhadap kenyataan anaknya dengan menghubungi pegawai polis."Antara tuduhan ibu arwah Zara dalam WhatsApp yang dihantar ialah kenyataan pelajar A diputar belit, polis berkomplot dengan pengetua, perlu membuat penafian kepada DSP Roziah (polis) dan tulisan diari bukan tulisan Zara."Selain itu, beliau tidak mempercayai tulisan makian terhadap dirinya ditulis oleh arwah Zara, mendakwa forensik telah mengesahkan ia bukan tulisan Zara, menuduh pihak sekolah cuba membuat bukti palsu, menuduh pelajar A menurut arahan sekolah serta melarang pelajar A hadir ke kubur arwah Zara," katanya.Beliau berkata demikian ketika membaca keterangan saksi yang disediakan di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin.Menurutnya lagi, gangguan tersebut telah dimaklumkan kepada pegawai polis dan warden asrama sekolah berkenaan.Sebelum itu, pasukan peguam diketuai Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili pelajar A dalam kes di Mahkamah Kanak-Kanak, dan mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues tersebut.Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama di sebuah sekolah agama di Papar dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi hanya tahu anak dibawa ke balai polis dua hari selepas kejadian - Sinarharian - 2/02 2:39 pm KOTA KINABALU Saksi ke-62 memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa dia hanya mengetahui anaknya dibawa ke balai polis dua hari selepas kejadian menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Beliau yang juga ibu kepada Pelajar A mendakwa tidak pernah dimaklumkan bahawa anaknya dibawa keluar oleh pihak sekolah ke balai polis."Saya hanya tahu pada 18 Julai ketika datang ke sekolah |
|
Inkues Zara Qairina: Pelajar A terus digelar pembunuh di sekolah baharu, .. - Hmetro - 2/02 1:41 pm Kota Kinabalu: Pelajar A terus digelar pembunuh walaupun selepas berpindah ke sekolah baharu, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius pihak sekolah - Sinarharian - 2/02 1:32 pm KOTA KINABALU Ibu Pelajar A mendakwa banyak aduan berkaitan kehilangan barang pelajar di asrama tidak diambil serius oleh pihak sekolah sepanjang tempoh anaknya bersekolah di institusi berkenaan.Menurut saksi, aduan berhubung kehilangan barang secara besar-besaran pernah dibangkitkan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp kelas anaknya, namun didakwa tidak diberi perhatian sewajarnya."Saya pernah membuat aduan pada 15 Julai 2025 apabila bertanyakan sama ada anak-anak kehilangan barang. Rupa-rupanya ramai pelajar mengalaminya."Saya maklumkan terdapat kehilangan besar-besaran di asrama dan saya mahu mengumpul maklumat untuk membuat laporan kepada pengetua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kementerian," katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner, di sini, pada Isnin.Saksi berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya merangkap pegawai pengendali, Mohd Fairuz Johari, berhubung aduan yang dikemukakannya kepada pihak sekolah mengenai kehilangan barang milik anaknya di asrama sekolah tersebut.Apabila ditanya sama ada aduannya diambil serius atau tindakan diambil oleh pihak sekolah, saksi menjawab:"Tiada |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar pembunuh di sekolah baharu - Sinarharian - 2/02 12:38 am Ketika itu, terdapat beberapa pelajar di bawah pentas yang sebaya dengannya seperti menyebut pembunuh. Anak saya tidak mendengarnya tetapi orang sekeliling dengar dan rakan-rakannya memaklumkan kepadanya, seperti sorakan boo," jelasnya ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin.Sebelum itu, saksi menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam, Joan Goh, yang mewakili Pelajar A dalam inkues berkenaan.Saksi yang telah menyediakan kenyataan bertulis turut diminta membacakan kenyataannya di mahkamah.Ketika membaca kenyataan bertulis tersebut, saksi kelihatan sebak sebaik menyebut bahawa anaknya digelar pembunuh sepanjang tempoh selepas kejadian kematian Zara Qairina pada Julai tahun lalu.Beliau beberapa kali terhenti membaca dan suaranya kedengaran teresak-esak sebelum meneruskan bacaan keterangan tersebut.Dalam keterangannya, saksi memaklumkan bahawa keluarganya turut menerima tekanan hebat daripada warga net susulan kejadian yang menimpa Zara Qairina.Malah, orang ramai didakwa menjejaki identiti anaknya sehingga pergerakan mereka ketika pulang ke rumah turut diketahui.Sebelum mengakhiri bacaan keterangannya, saksi sekali lagi tidak dapat menahan sebak dan menangis apabila anaknya terus dilemparkan dengan pelbagai tohmahan.Terdahulu, Joan Goh bersama rakan sepasukannya, Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan, hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut. |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A menangis anak dilabel pembunuh, dakwa .. - Hmetro - 2/02 12:26 am Kota Kinabalu: Seorang ibu memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa dia tidak dimaklumkan anaknya dibawa ke balai polis beberapa kali susulan insiden membabitkan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir |
|
Ibu 'Pelajar A' dakwa diganggu ibu Zara Qairina melalui WhatsApp - Hmetro - 2/02 11:23 am Kota Kinabalu: Ibu kepada Pelajar A, salah seorang daripada lima pelajar yang dituduh menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner bahawa dia diganggu oleh ibu Zara melalui aplikasi WhatsApp berhubung kenyataan polis |
|
Inkues Zara Qairina: Ibu pelajar A beri keterangan di Mahkamah Koroner hari ini - Sinarharian - 2/02 9:07 am KOTA KINABALU Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula di Mahkamah Koroner di sini pada Isnin dengan mendengar keterangan daripada ibu Pelajar A.Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berkaitan kes kematian Zara Qairina.Ibu Pelajar A ialah saksi ke-62 yang dipanggil memberikan keterangan dalam inkues ini, yang telah memasuki hari ke-59.Mahkamah, dalam pada itu turut menetapkan Jumaat ini sebagai lawatan locus in quo ke tempat kejadian, iaitu bangunan asrama sekolah berkenaan di Papar.Untuk rekod, setakat ini seramai 61 saksi termasuk kanak-kanak telah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Peguam bagi Pelajar A ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S |
|
Guru terima kertas bertulis Zara daripada pelajar kehilangan duit - Thempress - 30/01 5:38 pm KOTA KINABALU – Saksi ke-61 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, Mohd Sham M Nasir, memberitahu Hakim Mahkamah Koroner beliau menerima secebis kertas bertulis nama ‘Zara’ susulan insiden kehilangan wang… |
|
Inkues Zara Qairina: Kes jadi isu besar sebab tular di media sosial - Saksi - Sinarharian - 30/01 12:48 am KOTA KINABALU Saksi ke-61 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau hanya menghadiri satu mesyuarat tergempar yang diadakan pihak sekolah selepas insiden yang menimpa pelajar tersebut.Mohd Sham M Nasir, 27, yang juga guru mata pelajaran Geografi berkata, beliau menghadiri mesyuarat tergempar itu pada 17 Julai tahun lalu di bilik mesyuarat sekolah bagi membincangkan mengenai Allahyarham Zara Qairina."Saya tidak berapa ingat, tetapi apa yang saya ingat tentang arwah, masa itu kes sudah mula tular di media sosial |
|
Inkues Zara Qairina: Guru terima cebisan kertas tulis nama 'Zara' selepas 'spotcheck' - Sinarharian - 30/01 12:21 am Salah seorang daripada mereka berkata, Iya cikgu, dia memang ada kes sebelum ini."Manakala pelajar A pula berkata, saya pun pernah kehilangan duit cikgu, ratus. Saya pun rasa dia juga," katanya semasa memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat.Menurutnya, beliau mendapati kedua-dua pelajar itu mengesyaki Zara Qairina sebagai pencuri wang berdasarkan perbualan mereka, walaupun pelajar yang kehilangan wang tidak menyebut nama Zara Qairina secara langsung, hanya menyerahkan secebis kertas bertulis nama tersebut."Ketika itu, pelajar terbabit yang duduk di meja belakang datang ke meja hadapan untuk bercerita tentang kejadian itu, manakala pelajar A kekal di mejanya."Sebahagian pelajar perempuan yang duduk di bahagian belakang hanya mendiamkan diri, manakala pelajar yang berada di hadapan, termasuk pelajar A, sedang berbincang mengenai perkara tersebut."Saya yakin dua pelajar itu tahu tentang perkara ini, walaupun nama Zara hanya ditulis di atas kertas dan tidak disebut secara lisan oleh pelajar yang kehilangan wang," katanya.Tambahnya, ketika perbualan berlaku, Zara Qairina duduk selang satu meja dari pelajar berkenaan, dan beliau yakin pelajar itu mendengar perbualan tersebut."Pada waktu itu, saya tidak melihat muka Zara kerana tidak mahu dia berasa tidak selesa dengan apa yang dibincangkan |
|
Inkues Zara Qairina: Guru dedah insiden 'spotcheck' dalam kelas, wang RM20 hilang - Sinarharian - 30/01 12:00 am KOTA KINABALU Saksi ke-61 dalam inkues Zara Qairina Mahathir memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang berlaku dalam kelas pada 14 Julai 2025 berhubung seorang pelajar yang kehilangan wang dan pemeriksaan secara mengejut dilakukan pada hari kejadian.Mohd Sham M Nasir, 27, yang juga seorang guru mata pelajaran Geografi, menyatakan perkara itu semasa membaca pernyataan saksinya dan turut memaklumkan bahawa sekumpulan pelajar lain telah menuduh Zara Qairina terlibat dalam kejadian tersebut."Pada 14 Julai 2025 jam lebih kurang 12.15 tengah hari semasa saya mengajar kelas Tingkatan Satu, saya lihat seorang pelajar dalam keadaan sedih dan seakan-akan mahu menangis."Saya telah bertanya kepada pelajar tersebut mengapa dia kelihatan sedih dan dia memberitahu bahawa dia telah kehilangan wang semasa pergi ke makmal Sains. Pelajar itu memaklumkan bahawa dompetnya yang diletakkan di atas meja dan mengandungi wang sebanyak RM20 telah hilang."Saya telah bertanyakan kepada semua pelajar dalam kelas sama ada sesiapa tahu siapa yang terakhir keluar dari kelas, namun semua pelajar mendiamkan diri," katanya semasa memberikan keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat.Tambahnya lagi, semasa pelajar tersebut memaklumkan kepadanya berkenaan kehilangan wang, semua pelajar lain turut mendengar, terutama pelajar perempuan."Oleh sebab semua pelajar mendiamkan diri selepas saya bertanya tentang kehilangan wang itu, saya telah menjalankan pemeriksaan mengejut (spotcheck) terhadap semua pelajar yang hadir pada hari tersebut, termasuk Zara."Saya melakukan 'spotcheck' ke atas beg sekolah, dompet, poket seluar dan poket baju bagi pelajar lelaki |
|
Mahkamah cadang lawat lokasi kematian Zara Qairina - Hotfm - 27/01 6:40 pm Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bercadang ke SMKA Tun Datu Mustapha di Papar, minggu depan. |
|
Mahkamah cadang lawat lokasi kematian Zara Qairina - FMT - 27/01 6:40 pm Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bercadang ke SMKA Tun Datu Mustapha di Papar, minggu depan. |
|
Inkues: Sekolah Zara Qairina sekali lagi jadi tumpuan untuk lawatan minggu hadapan - Sinarharian - 27/01 1:31 pm KOTA KINABALU Sekolah menengah agama tempat Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersekolah sekali lagi akan menjadi tumpuan pada minggu hadapan apabila Mahkamah Koroner dijangka melawat lokasi kejadian remaja itu ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu.Perkara itu dimaklumkan oleh peguam, Shahlan Jufri selepas prosiding inkues melibatkan seorang lagi saksi kanak-kanak yang dipanggil semula selesai memberikan keterangannya pada Selasa.Menurutnya, semua saksi kanak-kanak setakat ini telah selesai memberikan keterangan sebelum prosiding disambung pada Jumaat ini dengan saksi dewasa, selain dijangka turut diadakan lawatan ke lokasi kejadian pada minggu hadapan."Setakat ini, semua saksi kanak-kanak telah selesai memberi keterangan dan tiada lagi yang akan dipanggil semula buat masa ini |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi takut, trauma hingga pindah sekolah - Sinarharian - 26/01 7:44 pm Mereka berasa takut."Malah saksi yang pertama hari ini juga mengatakan bahawa semasa kakak senior masuk, sebelum marah kepada Zara, dia sedang makan mi segera bersama rakan dorm lain."Semasa tengah makan, mereka tengah bising dan disuruh diam sebelum kakak senior itu berjumpa Zara. Jadi, saksi mengatakan bahawa dia rasa trauma, dia rasa takut," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai ringkasan prosiding inkues yang berlangsung di Mahkamah Koroner pada Isnin yang dijalankan secara tertutup kerana melibatkan saksi kanak-kanak.Tambah peguam lagi, kedua-dua saksi yang menyatakan perasaan takut dan trauma selepas kejadian yang berlaku pada Zara Qairina pada malam itu menyebabkan mereka pindah keluar dari sekolah menengah agama itu."Mereka ini sudah pindah sekolah |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa Zara dijerit kuat hingga didengar di aras bawah - Sinarharian - 26/01 6:42 pm KOTA KINABALU Saksi ke-59 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa remaja tersebut telah dijerit dengan kuat sehingga boleh didengar di aras bawah bangunan asrama dalam kejadian malam 15 Julai tahun lalu.Peguam, Rizwandean M Borhan berkata, kanak-kanak tersebut merupakan saksi yang dipanggil semula dalam inkues dan merupakan saksi mata ketika Zara Qairina disoal dan dimarahi oleh pelajar senior di sebuah bilik asrama."Saksi pertama pagi ini menyatakan bahawa Zara seorang yang ceria dan ketika mula-mula masuk sekolah, Zara yang menegurnya terlebih dahulu |
|
Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai 'tegang, menakutkan' - Saksi - Sinarharian - 23/01 8:48 pm KOTA KINABALU - Seorang pelajar yang merupakan saksi mata memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Jumaat bahawa pada malam 15 Julai 2025, keadaan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha digambarkan sebagai tegang dan menakutkan.Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir iaitu Noraidah Lamat berkata, saksi baharu itu memberitahu, berlaku tiga kejadian pada malam berkenaan.Pertama, Zara Qairina disoal siasat oleh dua pelajar senior mengenai kes kecurian sebelum disoal lagi oleh dua pelajar bersama seorang lagi pelajar senior."Kejadian ketiga ialah pelajar senior membacakan satu surat yang menyatakan Zara Qairina ingin menjadi Badar (pengawas Badan Dakwah dan Rohani)."Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara 10 hingga 20 minit di bilik asrama," kata Shahlan kepada pemberita selepas prosiding inkues yang dijalankan secara tertutup di sini pada Jumaat.Shahlan berkata, semasa kejadian, saksi juga memberitahu pelajar senior itu meminta penghuni bilik supaya jangan tengok, jangan pasang telinga dan saksi juga berkata terdapat makian yang membuatkannya ketakutan.Menjawab soalan Koroner Amir Shah Amir Hassan yang bertanya sekiranya perkara itu sering terjadi di asrama, saksi memberitahu, memang berlaku beberapa kali tetapi yang lebih menakutkan saksi ialah kejadian pada malam 15 Julai itu.Shahlan berkata, seorang lagi saksi yang dipanggil semula iaitu seorang pelajar memberitahu mahkamah, dia ada menerima helaian nota berwarna kuning daripada Zara Qairina yang diselitkan pada buku yang tertulis bye kesayangan.Ketika ditanya maksud nota itu, saksi itu berkata, Zara Qairina ingin memaklumkan bahawa dia akan ke musolla terlebih dahulu dan mereka berjumpa di tempat itu |
|
Dokumen dalam plastik milik Zara Qairina diserah kepada guru sekolah - Mgazette - 23/01 8:22 am # Dokumen dalam plastik milik Zara Qairina diserah kepada guru sekolah KOTA KINABALU - Bekas Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, seorang pelajar telah menyerahkan satu bungkusan plastik mengandungi nota-nota berkaitan Allahyarham Zara Qairina Mahathir |
|
Zara Qairina Dikatakan Ada Konflik Dengan Ibu & Nenek – Bekas Ketua Warden - Lobakmerah - 22/01 6:41 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bekas ketua warden, Azhari Abdul Sagap, dipanggil semua untuk berikan keterangan di Mahkamah Koroner, Sabah hari ini |
|
Zara Qairina ada problem dengan ibu, nenek, kata saksi - FMT - 22/01 4:47 pm Mahkamah Koroner Kota Kinabalu diberitahu Zara ada berkonflik dengan keduanya di sekolah |
|
Bekas ketua warden dedah perbualan WhatsApp, Zara Qairina didakwa ada konflik dengan ibu, nenek - Sinarharian - 22/01 4:05 pm KOTA KINABALU - Saksi kelapan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan cerita di sebalik tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya remaja tersebut mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya.Bekas ketua warden, Azhari Abdul Sagap, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan, memaklumkan perkara itu ketika diminta oleh peguam, Shahlan Jufri, menjelaskan lebih lanjut berhubung salah satu dokumen yang didedahkannya dan ditandakan sebagai bahan eksibit di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis.Saksi diminta menceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas perbualan WhatsApp antara seorang guru warden dan ibu kepada salah seorang pelajar yang didakwa dalam kes Zara Qairina, selepas tangkap layar perbualan tersebut dikongsikan kepadanya."Cikgu Dayang Hazirah ada cerita pada perjumpaan pagi 17 Julai itu, dia beritahu ibu pelajar A pernah chat dia, beritahu Zara yang cantik itu ada problem dengan ibu dan neneknya."Lepas itu, pelajar A beritahu pernah satu minggu emaknya datang, dia buat tidak tahu saja dengan mak dia |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah dokumen baharu di Mahkamah Koroner - Sinarharian - 22/01 12:39 am KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini pada Khamis diberitahu mengenai kewujudan satu lagi dokumen baharuapabila bekas ketua warden sebuah sekolah menengah agama di Paparmemaklumkan bahawa beberapa helaian kertas yang diterimanya sebelum diserahkan kepada polis adalah berbeza daripada kenyataan bertulis lima pelajar yang direkodkan sebelum ini.Saksi kelapan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang dipanggil semula, Azhari Abdul Sagapmendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan peguam, Shahlan Jufriberhubung dokumen yang diterimanya daripada guru disiplin sekolah berkenaan.Menurut Azhari, selain helaian kertas yang diperolehnya selepas ditemui pelajar D, pelajar tersebut turut memaklumkan bahawa terdapat helaian kertas lain yang pernah ditunjukkan kepada mereka pada malam 15 Julai 2025."Pada hari itu, dia (pelajar D) ada cerita berkenaan kertas yang ditunjukkan pada mereka, pada malam 15 Julai itu semasa Zara dipanggil |
|
Pegawai penyiasat pesan kepada ibu Zara Qairina untuk tidak tularkan kes - Saksi - Sinarharian - 21/01 7:31 pm KOTA KINABALU - Saksi kelapan dalam inkues Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa memang terdapat pesanan didakwa daripada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, untuk guru sampaikan kepada ibu remaja tersebut bahawa kes yang berlaku tidak perlu ditularkan.Saksi, Azhari Abdul Sagap yang juga merupakan bekas ketua warden di sekolah menengah agama di Papar, memaklumkan perkara itu semasa diminta menjawab soalan mengenai baris ayat yang terdapat dalam laporan yang didedahkan bekas pengetua sekolah tersebut.Semasa sesi soal jawab yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari meminta saksi menjelaskan dalam laporan yang disediakan menyatakan Cikgu Asnie ada berjumpa ibu Zara Qairina dan memberikan kata-kata semangat serta menyampaikan pesanan daripada pegawai penyiasat IPD Papar agar jangan menularkan kes tersebut.Beliau juga diminta untuk menjelaskan dari mana pesanan itu diterimanya sehingga dilaporkan dalam laporan tersebut."Saya kumpul dari guru-guru, saya tanya Cikgu Asnie semasa kami di tapak perkuburan," katanya semasa memberi keterangannya semula di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini pada Rabu.Sebelum itu, beliau memaklumkan turut menyediakan laporan berhubung kes Zara Qairina."Ada (sediakan) laporan kronologi bagaimana dijumpa, bawa ke hospital hingga dibawa ke kuburan iaitu pada 16 dan 17 Julai."Ini (laporan) diminta oleh pentadbir," katanya. |
|
Bekas pengetua, ketua warden dedah dokumen baharu bantu inkues kematian Zara Qairina - Sinarharian - 21/01 6:42 pm KOTA KINABALU - Bekas pengetua dan bekas ketua warden sebuah sekolah agama di Papar mendedahkan dokumen baharu semasa dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, yang berpotensi membantu prosiding Mahkamah Koroner.Bekas pengetua, Shaharoom Hashim, saksi ke-47, memaklumkan terdapat dua laporan berkaitan kes Zara Qairina yang diterimanya melalui aplikasi WhatsApp, masing-masing untuk simpanan sendiri dan untuk diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)."Pada ketika itu kami menghantar melalui WhatsApp untuk mempercepatkan proses |
|
Inkues Zara Qairina: Pengetua dedah tidak terima laporan bertulis siasatan dalaman pelajar - Sinarharian - 21/01 2:13 pm Dalam masa sama, saya ambil tahu dan saya sendiri setiap hari ke asrama untuk mengetahui perkembangan siasatan daripada polis Papar, Kota Kinabalu dan Bukit Aman, kerana dari semasa ke semasa pihak polis akan meminta senarai nama pelajar yang perlu diselaraskan bersama warden dan Unit Disiplin. Itulah keadaannya ketika itu," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya merangkap Pegawai Pengendali, Mohd Fairuz Johari, semasa dipanggil semula untuk memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.Mohd Fairuz sebelum itu mempersoalkan mengapa laporan siasatan pelajar secara bertulis tidak diserahkan kepada saksi, sebaliknya hanya laporan secara lisan yang diterima.Apabila ditanya lanjut mengenai borang kenyataan bertulis oleh lima pelajar dan sama ada perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga termasuk ibu kepada Zara Qairina, Shaharoom sekali lagi menegaskan bahawa tiada pemakluman dibuat kepadanya mengenai pengambilan kenyataan bertulis tersebut."Daripada saya sendiri, tidak ada (pemakluman kepada ibu bapa) |
|
Inkues Zara Qairina bersambung hari ini, pengetua dipanggil semula - Sinarharian - 21/01 8:38 am KOTA KINABALU Inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini, dengan pengetua sekolah tempat remaja itu belajar dipanggil semula untuk memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini.Difahamkan, selain pengetua, beberapa saksi lain turut dipanggil termasuk ketua warden asrama, saksi kanak-kanak serta beberapa saksi baharu.Prosiding dijadualkan bermula pada jam 9 pagi dan akan didengar oleh Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Setakat ini, seramai 57 saksi termasuk saksi kanak-kanak telah dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang prosiding inkues tersebut.Inkues berkenaan sebelum ini ditangguhkan pada 5 Disember lalu bagi memberi laluan kepada perbicaraan melibatkan lima remaja yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina di Mahkamah Kanak-Kanak, yang dijalankan pada minggu berikutnya.Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.Pasukan peguam mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Sementara itu, peguam yang mewakili bapa Zara, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Bagi saksi kanak-kanak pertama, pasukan peguam ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala saksi kanak-kanak kedua hingga keempat diwakili Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Prosiding turut dikendalikan oleh pasukan pegawai pengendali daripada Jabatan Peguam Negara yang terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |