![]() |
/// |
|
Search : Karnival Siang News | Page 1 |
30 jurugambar jalanan di KLCC dikompaun - Sinarharian - 28/07 12:00 am KUALA LUMPUR Seramai 30 jurugambar jalanan telah dikompaun dalam satu operasi bersepadu oleh KL Strike Force kerana menawarkan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran pihak berkuasa di KLCC, di sini pada Ahad.Wartawan Sinar Harian yang mengikuti operasi berkenaan mendapati ia berjalan lancar, walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila seorang daripada kumpulan jurugambar terbabit enggan memberikan kerjasama.Salah seorang jurugambar jalanan yang enggan dikenali berkata, itu merupakan kali pertama mereka dikenakan kompaun atas kesalahan menawarkan perkhidmatan fotografi."Ini kali pertama kami kena saman |
Street Soccer gilap bakat pelapis bintang bola sepak - Sinarharian - 27/07 7:14 pm SHAH ALAM - Pertandingan Street Soccer yang dianjurkan sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 turut menjadi platform untuk menggilap bakat pelapis bintang bola sepak kerana ia menguji kemahiran dan ketahanan mental pemain menggelecek bola.Kejohanan yang dikendalikan MVP Marketing Sdn Bhd itu menyaksikan sebanyak 25 pasukan mengambil bahagian membabitkan 17 pasukan bersaing bagi kategori Bawah 12 Tahun (B12) dan lapan Bawah 10 Tahun (B10).Pengarah Urusan WVP Marketing Sdn Bhd, Wong Wing Wai berkata, kemahiran asas sukan bola sepak terus diasah menerusi perlawanan itu yang menuntut pemain beraksi bukan di atas padang."Kalau kita lihat di Brazil, ramai bintang-bintang bola sepak mereka datang dari pemain bola sepak jalanan, jadi tidak mustahil kita juga dapat hasilkan pelapis pemain bola sepak negara daripada aktiviti bola sepak jalanan sebegini."Pada masa sama kita juga mungkin boleh lahirkan lebih ramai 'freesytler' berbakat Malaysia seperti Zeem Ahmad yang mahir menimbang bola," katanya ketika ditemui dalam pertandingan itu pada petang Ahad.Wing Wai menegaskan, penyertaan perserta dari kelab-kelab peringkat kawasan dan daerah dalam pertandingan berkenaan akan membentuk bakat-bakat dari peringkat akar umbi.''Persaingan dalam pertandingan ini juga sengit kerana setiap pasukan menampilkan pemain yang hebat dan pemain-pemain ini juga mungkin ada yang mewakili sekolah atau peringkat lebih tinggi," katanya.Juara kejohanan berkenaan bagi kategori B12 digondol pasukan Titan Strickers Fantastic (B) sementara johan B10 menjadi milik pasukan CJ Warriors sekali gus membolehkan mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM400 bersama pingat dan sijil.Naib juara B12 dan B10 pula masing-masing dimenangi Tok Mat United dan Prince Ville (Yellow) seterusnya melayakkan kedua-dua pasukan terbabit menerima hadiah wang tunai RM200, pingat dan sijil.Sementara itu, ibu salah seorang peserta, Fazilah Jamil, 50, berkata, kelincahan anaknya, Wan Muhammad Harraz Wan Irwan bermain bola lebih terserlah pada pertandingan itu yang berlangsung di dataran Karangkraf berbanding bermain di padang bola sepak yang besar."Ini juga menjadi pentas buat pemain-pemain untuk pergi lebih ke depan agar bakat mereka tidak hanya berada di takuk lama," katanya.Dalam pada itu, jurulatih pasukan Star Ball FC yang turut mengambil bahagian dalam kategori B12, Asri Jaafar menyarankan agar program sama dapat terus dianjurkan untuk menaikkan lagi mutu permainan bola sepak."Anak-anak yang ambil bahagian memang ada bakat cuma pendedahan masih kurang jadi eloklah ia diteruskan lagi pada masa-masa akan datang," syornya. |
Ifra Mikayla dinobat Juara Himpunan Cilik Ala Saloma, P Ramlee - Sinarharian - 27/07 7:11 pm SHAH ALAM Lenggok gaya dan aksi memukau seorang kanak-kanak perempuan persis Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma membolehkan dirinya dinobatkan sebagai juara Himpunan Cilik Ala Saloma dan P Ramlee bersempena Karnival Siang Malam Karangkraf pada Ahad.Ifra Mikayla Nor Mohamad Zulhairi Ismail, 7, dari Kuala Lumpur menewaskan 39 finalis lain dalam pertandingan yang berlangsung di Dataran Karangkraf, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM200, hamper dan kotak istimewa daripada Pa & Ma.Kanak-kanak perempuan terbabit memakai baju ala Saloma lengkap dengan kain yang boleh ditarik sehingga berubah seperti burung merak sedang mengembangkan ekornya.Ibunya, Wirdayulis Karim, 37, berkata, anak perempuannya memang meminati acara seumpama itu dan mereka sekeluarga tidak pernah menghalang minatnya."Bagaimanapun, kami agak lambat hari ini kerana menyangkakan pertandingan bermula pada jam 2 petang dan tiba di Karangkraf ketika pertandingan hampir bermula."Jadi, saya menyiapkan Mikayla dalam keadaan agak kelam-kabut dalam kereta yang dipandu suami, Nor Mohamad Zulhairi Ismail, 44, yang sedang bergerak," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Himpunan Cilik Ala Saloma dan P Ramlee ialah pertandingan yang diadakan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tiga hingga tujuh tahun bagi mencari peserta yang berani dan yakin untuk melakukan catwalk.Juara pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 beserta hamper; naib juara menerima RM150 dengan hamper; tempat ketiga pula RM100 dengan hamper; manakala wang tunai RM50 dan hamper masing-masing untuk pemenang tempat keempat dan kelima.Menurut Wirdayulis, dia menyiapkan rambut dan solekan anak perempuannya dalam tempoh 30 minit sahaja untuk bergaya seperti seniwati lagenda tersebut.Katanya, mereka hanya berserah kepada ALLAH SWT memandangkan terdapat ramai peserta lain turut mempamerkan gaya hebat masing-masing dan tersendiri."Alhamdulillah, ternyata rezeki berpihak kepada Mikayla yang mampu menunjukkan gaya berjalan dan berpakaian bak Saloma seperti yang ditetapkan penganjur serta memikat hati juri."Mikayla sudah biasa menyertai pertandingan seumpama ini, namun ada kalanya tidak menang |
Reruai Sinar Harian jadi tumpuan, pengunjung abadikan momen keluarga - Sinarharian - 27/07 6:44 pm SHAH ALAM Pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf mengambil kesempatan mengabadikan kenangan bersama keluarga dengan bergambar di kiosk foto di reruai Sinar Harian.Suri rumah, Nur Azyan A Zarin, 36, berkata, ia merupakan salah satu cara untuk mencipta momen manis bersama anak-anak sambil menikmati suasana meriah karnival yang berlangsung."Kami sekeluarga memang suka bergambar dan dengan adanya photo booth ini, kami dapat abadikan kenangan datang ke karnival ini."Selain itu, reruai lain seperti Go-Kart juga menarik kerana saya suka mencuba sesuatu yang mencabar dan aktiviti lasak."Namun setakat ini saya masih belum berkesempatan mencuba Go-Kart kerana masih mahu meronda sekitar karnival," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Ujar Nur Azyan, dia turut memasuki salah satu tarikan utama karnival iaitu Rumah Hantu bersama keluarganya."Saya datang ke karnival ini sebab ada Rumah Hantu |
Sinar Squid Game uji fizikal, mental - Sinarharian - 27/07 6:43 pm Ia pengalaman yang menyeronokkan dan sesuatu yang baharu bagi saya."Semasa cabaran berlangsung, saya dapat belajar dengan melihat cara rakan-rakan lain melakukannya. Dari situ, saya dapat berfikir dan mencari cara terbaik untuk menamatkan cabaran dengan berjaya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Sinar Squid Game menawarkan tiga permainan iaitu Ddakji, Dalgona dan lompat getah istimewa untuk pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf 2015.Dalam pada itu, pemenang bagi permainan lompat getah, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16, Shah Alam, Muhammad Faiq Ammar berkata, dia berasa gembira dan teruja apabila berjaya menamatkan cabaran fizikal itu sekali gus muncul juara.Menurutnya, pengalaman menyertai pertandingan tersebut memberi kepuasan luar biasa kerana selain berpeluang meraih kemenangan, ia turut menguji ketahanan fizikal dan semangat juang."Saya sangat teruja untuk menghabiskan cabaran ini |
Debaran menanti Cabutan Bertuah Mega malam ini - Sinarharian - 27/07 5:07 pm SHAH ALAM - Orang ramai dijangka menantikan pengumuman hadiah Cabutan Bertuah Mega sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang bakal menutup tirai pada malam ini.Cabutan bertuah tersebut menawarkan hadiah utama berupa dua skuter, iaitu Benelli Panarea 125 dan QJ LTR 150.Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah lain termasuk barangan elektrik dan baucar eksklusif.Sudah tentu pengunjung akan menantikan pengumuman tersebut yang dijangka berlangsung pada jam 11.30 malam ini.Selain itu, kemeriahan pengunjung pada hari terakhir karnival turut tertumpu pada kawasan tarikan utama seperti Rumah Hantu, Maze Gergasi, Pasar Saloma, permainan Go-Kart dan Riuh Rewang MAHSURI.Penyelaras Program Reruai Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan sejak hari pertama karnival berlangsung, malah kehadiran pengunjung semakin bertambah menjelang hari terakhir ini."Dari pagi hingga malam, staf kami tidak menang tangan kerana reruai Sinar Harian dikunjungi orang ramai tanpa henti."Sampai saat akhir sebelum kita tutup pun, masih ada yang datang untuk sertai aktiviti di reruai Sinar Harian," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Reruai Sinar Harian mencuri tumpuan pengunjung dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik termasuk permainan Bantuan Untuk Anda (B4U), Baca Berita Ekstrem dan Teka Tutup Botol dalam Balang.Ujar Nurul Riduan, sempena hari terakhir program, cabaran Baca Berita Ekstrem juga akan diadakan di pentas utama Karnival Siang Malam Karangkraf bagi membuka ruang kepada orang ramai untuk menguji keberanian membaca berita."Kita buka ruang kepada sekurang-kurangnya 15 peserta yang perlu membaca berita sambil memegang haiwan eksotik."Hadiah tempat pertama hingga ketiga akan menerima barangan elektrik dan dua tiket penerbangan ke Kuching, Sarawak."Yang lain pula akan menerima hadiah saguhati," menurutnya. |
6 suri rumah, nenek pilih 'me time' di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 - Sinarharian - 27/07 4:30 pm SHAH ALAM Lazimnya, golongan remaja sering dilihat hadir ke acara karnival secara berkumpulan, namun berbeza buat sekumpulan enam wanita yang sebahagiannya sudah mencecah usia emas dan mempunyai cucu apabila memilih untuk menikmati masa peribadi atau 'me time' di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 pada Ahad.Kesemua mereka yang juga merupakan suri rumah sepenuh masa hadir bersama-sama untuk menyertai pelbagai aktiviti yang ditawarkan sepanjang hari terakhir karnival berlangsung.Jamilah Ahmad, 54, berkata, mereka tinggal di kawasan yang sama di Seksyen 16, di sini dan sering melakukan aktiviti luar bersama-sama untuk menikmati masa yang berkualiti.Katanya, sikap rakan-rakan yang bersahaja menjadikan setiap aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan."Asalnya kami semua geng bersenam |
Aswara serlah warisan seni di pentas Karangkraf - Sinarharian - 27/07 4:25 pm SHAH ALAM - Persembahan tradisional dan moden daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menjadi antara acara yang mencuri tumpuan di pentas utama pada hari terakhir berlangsungnya Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 pada Ahad.Bermula dengan persembahan wayang kulit, bunyi alat muzik dengan irama tradisional yang mengiringi bayang-bayang watak dalam penceritaan Tok Dalang berjaya menarik perhatian pengunjung, termasuk kanak-kanak.Persembahan selama kira-kira setengah jam itu turut menyaksikan gelagat pengunjung yang tidak kering gusi kerana terhibur dengan jalan cerita yang dipersembahkan.Adiguru wayang kulit Aswara, Che Mohd Nasir Yusoff berkata, peluang membuat persembahan dalam acara besar yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat itu menjadi platform untuk memberi pendedahan kepada orang ramai agar mencintai seni budaya warisan negara.Menurutnya, jalan cerita yang selari dengan sistem beraja di Malaysia juga bertujuan menerapkan nilai-nilai agar sistem itu terus dipelihara."Kita juga nak masyarakat faham tentang budaya.. |
Strok tidak kenal usia, lebih 50,000 kes baharu setiap tahun di Malaysia - Selangorkini - 27/07 3:52 pm OLEH DEWI ABDUL RAHMAN PETALING JAYA, 27 JULAI: Tanggapan bahawa strok hanya menyerang warga emas kini tidak lagi tepat, apabila pesakit seawal usia 20-an dan juga bayi telah disahkan menghidap penyakit tersebut |
Grovii dinobat juara redONE Red Hot Aerodance - Sinarharian - 27/07 3:37 pm SHAH ALAM Kumpulan Grovii dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam muncul juara pertandingan redONE Red Hot Aerodance yang berlangsung penuh meriah di pentas utama Karnival Siang Malam Karangkraf pada Ahad.Kejayaan itu turut membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta cenderahati eksklusif daripada redONE.Kemenangan manis dikecapi kumpulan Grovii selepas mengetepikan saingan sengit lima kumpulan lain melalui persembahan bertenaga yang memukau para juri dan penonton.Wakil kumpulan Grovii, Nur Sarah Sabrina Nazli, 22, berkata, mereka langsung tidak menjangka untuk menang."Ini kerana saingan kami semuanya bukan calang-calang pasukan."Kami bukan pelajar kelas tarian |
Pengunjung cilik luah emosi melalui doodle - Sinarharian - 27/07 3:32 pm SHAH ALAM - Orang ramai termasuk si cilik seawal usia dua tahun tidak melepaskan peluang mencurahkan perasaan dan ekspresi kreatif mereka menerusi seni coret (doodle) dalam Program Doodle & Dream sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 pada Ahad.Pengunjung diberi kebebasan penuh untuk mencoret di atas kertas lukisan mengikut kreativiti masing-masing tanpa diberi sebarang tunjuk ajar.Karyawan seni doodle, Amir Sabri berkata, program bersamanya itu menyaksikan pelbagai ekspresi diluahkan pengunjung dan memberi pendedahan mengenai kelebihan seni conteng yang masih belum diketahui ramai."Kita tak ambil kira cantik ataupun tidak doodle yang dilakar mereka, tetapi kita nak mereka cuba seni ini dan rasa manfaatnya |
Jualan Rahmah MADANI tarik ramai pengunjung di Muar - SUN - 27/07 1:15 pm MUAR : Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) yang diadakan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai |
Readers appreciate Sinar Harian for its nonpartisan stance - Sinardaily - 27/07 12:42 am All sides are given a voice. Even when covering political issues, they stay neutral and thats something I respect.The 19th anniversary celebration is proof that Sinar Harian continues to thrive because readers trust in the values of transparency it upholds, he said when met at the Karangkraf Karnival Siang Malam on Saturday.Hanafi also praised the papers well-known slogan 'Telus dan Tulus', saying it is not just a tagline but truly reflected in the reporting.Meanwhile, Mohd Badrul Hisyam Alias, 37, from Shah Alam, said he has been following Sinar Harian for over 10 years due to its straightforward and accessible reporting style.I dont usually read every single news item, but when I read Sinar Harian, I trust its content |
Sinar Harian continues to transform to stay competitive - Sinardaily - 27/07 12:36 am SHAH ALAM As it prepares to celebrate its 19th anniversary on July 31, mainstream newspaper Sinar Harian remains committed to transformation across all its platforms to stay competitive and keep pace with technological advancements.Sinar Karangkraf Group Editor-in-Chief Zamri Rambli said the transformation efforts span across its newspaper, social media, mobile application and website.Alhamdulillah, as of 2025, weve become one of the leading examples in the media industry, particularly with many of our programmes being at the forefront. Weve always placed strong emphasis on transformation.In the past, our journalists only wrote for print, but now with technological developments, they receive various training, including conducting live broadcasts or video coverage on-site to adapt to the digital shift, he said during the Sinar Harian 19th anniversary celebration at Dataran Karangkraf on Saturday.The lively celebration coincided with the 2025 Karangkraf Karnival Siang Malam, a three-day event that began on Friday.Commenting further, Zamri said the newspaper was launched 19 years ago at a time when print was still the publics primary reading choice, before facing the digital transition, yet Sinar Harian has managed to endure until today.He attributed this success to the companys early preparations in transitioning towards the digital era.At the same time, Zamri reaffirmed that Sinar Harian, known for its slogan 'Telus & Tulus', strives to remain an independent voice.We hope Malaysians will continue to support Sinar Harian as loyal readers |
Pengunjung teruja, modal RM2 boleh dapat beras - Sinarharian - 27/07 12:11 am SHAH ALAM - Seorang suri rumah menzahirkan keterujaan apabila berjaya memperoleh lima peket beras 400 gram serta lima lagi barangan dapur lain dengan hanya bermodalkan RM20 ketika menyertai Permainan Bantuan Untuk Anda (B4U) di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 pada Ahad.Norazuah Yaacob, 37, berkata, beliau bersama suami dan dua anak datang seawal jam 9.30 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan, dan menyifatkan permainan B4U sebagai paling berbaloi."Hari kedua saya dah datang tapi tak main |
600 slot pembelajaran percuma bidang perakaunan pada Karnival Kita MADANI - Astroawani - 27/07 9:20 am Inisiatif itu ditaja oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, sebuah yayasan di bawah Kementerian Ekonomi, dengan kerjasama JTDC. |
Isu royalti: KPDN serah kepada proses undang-undang - Sinarharian - 27/07 9:16 am RANAU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerahkan sepenuhnya kepada proses mahkamah berhubung semakan kehakiman yang difailkan beberapa pihak terhadap usaha kerajaan memperkemas pengurusan royalti muzik di negara ini.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, beliau, KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dinamakan sebagai responden dalam semakan kehakiman tersebut yang kini sedang melalui proses mahkamah."Kita serah kepada proses undang-undang dan sistem kehakiman |
PTPTN lancar Karnival Kawan pupuk budaya menabung - FMT - 27/07 8:42 am Acara berskala nasional yang dianjurkan PTPTN itu dilancarkan secara serentak melibatkan 14 negeri di seluruh negara. |
Sinar Harian sentiasa laksana transformasi untuk kekal berdaya saing - Sinarharian - 26/07 11:42 pm SHAH ALAM - Bakal menyambut ulang tahun ke-19 pada 31 Julai ini, akhbar arus perdana, Sinar Harian sentiasa melaksanakan transformasi dalam semua platformnya bagi memastikan kekal berdaya saing serta seiring dengan perkembangan arus teknologi.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, transformasi itu merangkumi akhbar, media sosial, aplikasi dan laman web."Alhamdulillah, setakat 2025 ini kita menjadi antara media contoh khususnya banyak program kita paling ke depan. Malah kita juga sentiasa memberi penekanan terhadap transformasi."Jika dahulu, wartawan kita hanya menulis di akhbar tetapi seiring dengan perkembangan teknologi, wartawan diberikan pelbagai latihan termasuk membuat siaran langsung atau video di lokasi tertentu untuk bersedia dengan perubahan digital," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Sinar Harian di Dataran Karangkraf di sini pada Sabtu.Sambutan penuh kemeriahan itu diadakan bersempena dengan Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat.Mengulas lanjut, Zamri berkata, diterbitkan 19 tahun lalu ketika akhbar masih menjadi pilihan bacaan utama rakyat di negara ini sebelum berdepan perubahan digital, namun Sinar Harian kekal bertahan sehingga kini.Ujarnya, kejayaan ini dicapai hasil persediaan transisi awal yang dilakukan syarikat ke arah era digital.Sementara itu, Zamri dalam masa sama turut menegaskan, akhbar yang dikenali dengan slogan Telus & Tulus itu sentiasa berusaha menjadi akhbar yang tidak dicengkam mana-mana pihak."Kita harap rakyat Malaysia terus menyokong Sinar Harian dengan menjadi pembaca yang setia |
Cadangan Gong Kubur jadi tapak tetap sukan udara di Kelantan - Astroawani - 26/07 11:29 pm Karnival Sukan Udara Peringkat Antarabangsa di Gong Kubur bakal jadi produk pelancongan terbaharu di Kelantan bermula tahun depan. |
Skim Simpanan Pendidikan Nasional jadi pilihan utama insentif petugas, pelajar - SUN - 26/07 11:04 pm KOTA KINABALU : Kerajaan negeri, agensi kerajaan dan swasta digalakkan untuk menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai pilihan utama bagi pemberian insentif kepada petugas dan pelajar |
KPDN cadang perluas akses barangan SARA di Jualan Rahmah - SUN - 26/07 11:01 pm RANAU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memperluas akses pembelian barangan keperluan asas kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
Sinar Harian terus teguh berdiri selama 19 tahun - Sinarharian - 26/07 10:33 pm Jadi, kami harapkan sokongan daripada semua supaya Sinar Harian dapat memberikan yang terbaik dan menyajikan berita yang telus dan tulus."Besar harapan saya supaya rakyat Malaysia terus menyokong dan membeli Sinar Harian supaya kita mampu berikan berita yang terbaik. Kepada kakitangan Sinar Harian teruslah bekerja dengan dedikasi dan penuh integriti," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Sinar Harian di Dataran Karangkraf di sini pada Sabtu.Sebelum itu, Firdaus yang turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan Pengarang Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi mengetuai acara memotong 19 biji kek sebagai simbolik sambutan ulang tahun akhbar berkenaan.Sambutan penuh kemeriahan itu diadakan bersempena program Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 dan turut diiringi dengan perarakan kereta Mini Cooper serta Motor Retro.Karnival selama tiga hari itu membuka tirai pada Jumaat dengan pelbagai pengisian menarik disediakan untuk pengunjung dari jam 9 pagi hingga 12 malam.Antara aktiviti yang akan berlangsung selama tiga hari karnival berlangsung ialah rumah hantu, go- kart, Pasar Saloma, pertandingan-pertandingan melibatkan pelajar sekolah dan jualan buku yang menawarkan promosi menarik.Mengulas lanjut, Firdaus berkata, Sinar Harian akan terus mendukung konsep tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menyiarkan berita untuk tatapan pembaca.Ujarnya, pendirian akhbar ini kekal menyokong semua pihak yang membuat kerja demi kesejahteraan rakyat."Benda baik kami akan laporkan dan begitu juga sebaliknya kerana kita ingin rakyat tahu apa yang terjadi kerana kita ingin merakyatkan Sinar Harian sebagai suara rakyat," katanya.INFO SINAR HARIAN:- Mula diterbitkan pada 31 Julai 2006 di Kelantan dan Terengganu, Sinar Harian yang pada awalnya dikenali sebagai suara komuniti dan bersifat neutral menjadi akhbar bahasa Melayu terlaris di Malaysia.- Selama hampir dua dekad akhbar ini membawakan berita serata negeri dengan 'tagline' Telus & Tulus, Sinar Harian juga popular perkataan 'cakna' yang bermaksud ambil tahu atau prihatin |
KPDN, MOF perluas akses SARA di PJRM bergerak, permudah rakyat pedalaman - Sinarharian - 26/07 10:16 pm RANAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi memperluaskan akses penggunaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli barangan keperluan asas di Program Jualan Rahmah (PJRM) bergerak.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya mengalu-alukan inisiatif kerajaan yang berpaksikan kesejahteraan rakyat melalui tambahan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA sebanyak RM2 bilion menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM15 bilion bagi tahun ini."Pada masa ini, penerima SARA boleh membeli barangan keperluan asas di 4,152 premis pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara termasuk 470 premis di negeri Sabah."Selain pembelian di premis-premis tetap sedia ada, KPDN mencadangkan agar bantuan SARA juga boleh diguna pakai untuk pembelian di PJRM bergerak kelak," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia Siri Dua Tahun 2025 di Kompleks Sukan Ranau, pada Sabtu.Beliau menjelaskan, cadangan itu bertujuan memperluaskan manfaat kepada penerima bantuan terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman."Ertinya, rakyat akan mendapat manfaat yang lebih, pertama mereka mendapat bantuan melalui MyKad itu, contohnya RM200 dan bila mana mereka membeli di program PJRM bergerak, mereka boleh mendapat satu lagi manfaat iaitu barangan dengan harga diskaun."Jadi ini yang tengah kita usahakan dengan MOF, kita berharap kita dapat menggerakkan usaha ini pada kadar segera," katanya.Tambah Armizan lagi, pelaksanaan itu kelak membolehkan pembelian dibuat menggunakan MyKad semasa PJRM bergerak ke kawasan kampung atau pedalaman, tanpa perlu rakyat menanggung kos pengangkutan ke premis-premis tetap."Sebab kita tahu masyarakat kita di luar bandar dan pedalaman ini kadang-kadang mereka terpaksa membelanjakan kos pengangkutan sebab jauh."Jadi lebih baik untuk mereka pergi ke satu premis, bila kita adakan PJRM bergerak |
Rasai pengalaman Baca Berita Xtreme bersama belut, katak - Sinarharian - 26/07 7:20 pm SHAH ALAM - Pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 berpeluang mendalami ilmu menjadi wartawan, namun kali ini lebih luar biasa kerana aktiviti Baca Berita Xtreme yang diperkenalkan buat julung kalinya menghidangkan belut, ulat, lipas, katak dan tikus sebagai cabaran.Mudah sahaja, pengunjung hanya perlu membaca teks pada prompter mengikut masa ditetapkan sambil mengeluarkan beberapa biji guli yang diletakkan di samping haiwan tersebut.Penyelaras slot Baca Berita Xtreme, Nur Farhana Abd Manan berkata, Sinar Harian antara reruai paling ramai diserbu dan menjadi pilihan utama pengunjung kerana majoritinya tertarik dengan konsep serta permainan yang disediakan."Lebih-lebih lagi, Baca Berita Xtreme yang mana untuk hari kedua sahaja sudah lebih 100 peserta terdiri daripada kanak-kanak, golongan dewasa dan warga emas."Cabaran ini bukan sahaja menguji fizikal seperti sentuhan dan rasa, malah kekuatan mental juga memandangkan haiwan yang kami sediakan memang menggelikan buat sesetengah orang."Kita boleh lihat gelagat melucukan mereka, ada yang membaca, ada yang menjerit dan menangis! Apa pun, semuanya teruja untuk sertai cabaran ini."Diharapkan berbaki satu hari lagi orang ramai menyerbu reruai Sinar Harian," katanya kepada pemberita pada Sabtu.Sementara itu, pengusaha rangkaian kedai runcit, Izni Abdullah, 22, berpandangan, ia satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan meskipun pada mulanya sekadar niat mahu mencuba.Selepas memutar roda nasib, katanya, dia tidak menyangka terpilih ulat untuk menyelesaikan misi membaca berita kerana terlalu geli dengan serangga itu."Kalau belut hidup saya boleh lagi, cumanya selepas putar roda saya terpilih ulat |
Dari Jawa Ke Thailand, berpesta rasa di Pasar Saloma - Sinarharian - 26/07 6:04 pm SHAH ALAM - Masakan ayam geprek yang merupakan resipi turun-temurun selama 10 tahun dilihat mendapat sambutan hangat daripada orang ramai sepanjang penganjuran Pasar Saloma di Karnival Siang Malam Karangkraf.Peniaga Ayam Geprek Sambal Petir, Norma Ramlan, 56, berkata, setelah lebih 30 tahun berkecimpung dalam penyediaan nasi ayam, beliau memilih untuk meneroka resipi perniagaan baharu bagi menarik minat pelanggan.Ujar Norma yang juga ibu kepada empat orang anak, keistimewaan menu ayam geprek terletak pada sambalnya yang dihasilkan sendiri mengikut cita rasa asli warisan keluarganya dari Jawa, Indonesia."Idea untuk meletakkan nama Ayam Geprek Sambal Petir ini saya fikir sendiri kerana tidak mahu ia kedengaran terlalu biasa."Orang Jawa kebiasaannya suka sambal yang pedas menyengat |
Karnival Siang Malam Karangkraf: Rajagobal timbang bola bersama pengunjung - Sinarharian - 26/07 5:02 pm SHAH ALAM - Kehadiran bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memeriahkan hari kedua program Karnival Siang Malam Karangkraf yang berlangsung pada Sabtu.Lebih menarik lagi, pengunjung diberi peluang untuk timbang bola bersama bekas pemain kebangsaan tersebut sempena program Game On Bersama Datuk K Rajagobal yang berlangsung di Pentas Mini Buku & Kopi jam 11 pagi.Mereka yang memperoleh markah tertinggi dalam aktiviti tersebut turut mendapat hadiah yang disampaikan oleh Rajagobal.Mengulas mengenai acara di bawah anjuran Buku Karangkraf itu, Rajagobal berkata, ia merupakan sebuah program menarik dan sesuai dihadiri oleh komuniti masyarakat terutama generasi muda.Ujarnya, selain itu ramai pengunjung juga dapat meluangkan masa untuk membeli buku-buku yang dijual di bahagian Buku & Kopi."Saya lihat ini salah satu cara untuk kita beritahu masyarakat terutama generasi muda tentang kepentingan menambahkan ilmu pengetahuan dan nilai."Di Buku & Kopi, banyak buku dijual dengan pelbagai kandungan menarik |
Cikgu Nurul Najla dinobat 'superwoman' - Sinarharian - 26/07 3:31 pm SHAH ALAM Seorang guru muda dinobatkan sebagai pemenang pertandingan 'Who Wants To Be A Superwoman' di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 selepas berjaya menjawab pelbagai soalan menguji minda yang mencabar kebolehan intelektual.Nurul Najla Ya, 29, berkata, permainan tersebut menampilkan kira-kira 10 soalan yang agak mencabar dan out of the box sekali gus memerlukan peserta berfikir secara mendalam dan holistik.Menurutnya, soalan-soalan itu memerlukan jawapan menyeluruh berkaitan dengan pelbagai aspek termasuk pengetahuan am, agama dan kesihatan."Saya ada sedikit perasaan gementar ketika menjadi peserta, tetapi pengalaman itu sangat berharga dan memberi peluang kepada saya untuk berfikir secara cepat serta tepat."Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat membawa pulang kemenangan ini."Program sebegini menjadi tarikan buat wanita di luar sana agar lebih berani mencuba sesuatu yang baru |
Kunjungi Maze Gergasi, Rumah Hantu waktu kurang sesak, elak menunggu - Sinarharian - 26/07 3:22 pm SHAH ALAM - Pengunjung Karnival Siang Malam @Karangkraf disarankan mengambil kesempatan merasai sendiri keseronokan permainan Maze Gergasi dan Rumah Hantu di luar waktu puncak, iaitu antara jam 3 hingga 4 petang dan 5 hingga 7 petang.Eksekutif Kanan Pemasaran Sinar Harian, Hazwan Shaharuddin berkata, saranan itu dibuat kerana kadar kehadiran pengunjung tidak terlalu ramai pada waktu berkenaan, sekali gus membolehkan tempoh menunggu giliran menjadi lebih singkat.Justeru, beliau mengajak orang ramai yang ingin merasai keterujaan menyertai dua permainan tersebut untuk hadir pada dua tempoh luar waktu puncak berkenaan."Tahun ini, dua permainan terbabit mendapat sambutan amat hangat daripada pengunjung yang ingin merasai sendiri pengalaman baharu yang cukup menyeramkan."Sepanjang masa, orang ramai dilihat tidak berhenti-henti beratur untuk memasuki ruang permainan, khususnya pada waktu puncak, dan ramai yang teruja mengalami pengalaman itu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Hazwan memaklumkan, pengunjung tidak wajar melepaskan peluang ini memandangkan aktiviti Rumah Hantu pada tahun ini lebih menyeramkan dan penuh suspens berbanding tahun lalu, manakala permainan Maze Gergasi pula dipercayai antara yang terbesar di Selangor.Menurut beliau, acara komuniti berskala besar itu akan tamat pada Ahad dan orang ramai digalakkan hadir beramai-ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.Antara tarikan utama karnival termasuk Maze Gergasi, Rumah Hantu, go-kart, Pasar Saloma, fun fair, rewang, night parade, persembahan dikir barat dan koir sekolah serta pelbagai pertandingan seni dan sukan yang melibatkan golongan belia dan pelajar sekolah.Maze Gergasi dibuka bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam dengan tiket masuk hanya RM5, manakala Rumah Hantu turut ditawarkan pada harga sama dan boleh dibeli di kaunter pendaftaran sepanjang karnival berlangsung. |
Jom naik bas London di Karnival Siang Malam 2025! - Sinarharian - 26/07 1:39 pm SHAH ALAM Suasana meriah Karnival Siang Malam 2025 di Kompleks Karangkraf semakin hangat dengan kehadiran bas ikonik London yang menjadi tumpuan para pengunjung sepanjang acara berlangsung.Bas merah dua tingkat yang sinonim dengan kota London itu menjadi latar bergambar popular dalam kalangan pengunjung, terutama keluarga dan anak muda.Ramai mengambil peluang merakam foto dan video sebagai kenangan.Pengunjung, Kogilavani Demono, 43, berkata, kehadiran bas tersebut sangat unik dan menarik."Kami merasai suasana seolah-olah berada di kota London |
Murid sekolah rendah cipta inovasi bahan kitar semula jadi kit solat, payung pintar - Sinarharian - 26/07 8:50 am SHAH ALAM Siapa sangka, hasil inovasi luar kotak sekumpulan murid sekolah rendah mampu mengubah bahan-bahan kitar semula yang lazimnya dibuang seperti botol plastik pasar raya dan beg plastik beras kepada produk baharu yang luar biasa.Lebih mengagumkan, dua ciptaan unik murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3, Bandar Baru Bangi berjaya mentransformasikan bahan terbuang menjadi kit solat dan payung pintar, sekali gus menggamit perhatian orang ramai.Dua produk inovasi berkenaan, yang dinamakan iSujud dan MyTeduh, telah dipertandingkan dalam Pertandingan Inovasi Projek 3R anjuran KDEB Waste Management sempena Karnival Siang Malam Karangkraf di sini, pada Jumaat.Guru pembimbing, Norazlin Ayob berkata, setiap pasukan menggunakan bahan terbuang sepenuhnya bagi menghasilkan ciptaan yang memenuhi keperluan harian.Menurutnya, pasukan pertama yang terdiri daripada murid perempuan menghasilkan iSujud, iaitu kit solat mudah alih yang lengkap dengan sejadah kalis air, penunjuk arah kiblat, alat tayamum dan botol semburan."Kit ini ringan, mudah dibawa dan direka khas untuk kegunaan luar seperti semasa bermusafir atau berkhemah," katanya kepada Sinar Harian.Sementara itu, kumpulan murid lelaki SK Jalan 3 yang diketuai oleh Muhammad Khabir Norisham, 11, tampil dengan MyTeduh, iaitu payung inovatif yang dilengkapi kipas mini, lampu LED serta pemegang bebas tangan menggunakan struktur hanger."Payung ini sesuai untuk cuaca panas dan hujan |
Percikan api memukau di Karnival Siang Malam Karangkraf - Sinarharian - 25/07 11:02 pm SHAH ALAM - Langit malam Dataran Karangkraf diterangi percikan api memukau apabila kumpulan seni api profesional, Pyromantra tampil menggegarkan pentas Karnival Siang Malam Karangkraf dengan persembahan berani dan bertaraf antarabangsa.Pertunjukan api itu berlangsung dua malam berturut-turut dengan acara kemuncak pada malam Sabtu, bersempena sambutan Ulang Tahun ke-19 Sinar Harian.Menariknya, persembahan itu dibawakan khas secara percuma buat pengunjung karnival sebagai acara kemuncak yang menggabungkan elemen api, seni gerakan dan adrenalin, sesuai untuk semua peringkat usia.Menurut salah seorang fire artist kumpulan tersebut, Izzat Haiqal Zamarul Hisham, 26, persembahan mereka bukan sekadar hiburan visual tetapi turut membawa mesej keunikan seni ekstrem yang jarang dilihat secara langsung."Kami bawa seni api ke satu tahap yang selamat, profesional dan penuh nilai estetika |
Sinar Harian hidupkan karnival dengan permainan cabaran berani - Sinarharian - 25/07 6:36 pm SHAH ALAM Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 terus mencuri tumpuan pengunjung apabila pelbagai pengisian unik dan mencabar disediakan termasuk permainan Bantuan Untuk Anda (B4U) serta aktiviti Baca Berita Ekstrem yang diperkenalkan buat julung kalinya.Penyelaras permainan B4U, Nurul Riduan Nor Ashaha berkata, konsep permainan tersebut membolehkan orang ramai yang membeli akhbar Sinar Harian berharga RM2 menyertai permainan bagi menebus hadiah barangan asas."Setiap pembelian akan menerima satu bola yang digunakan untuk bermain permainan B4U |
Berlatih cuma dua minggu, SMK Subang Jaya juara kawad kaki Karnival Siang Malam - Sinarharian - 25/07 3:50 pm SHAH ALAM - Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Jaya melakar kejayaan membanggakan apabila muncul juara pertandingan kawad kaki sempena Karnival Siang Malam 2025 di Kompleks Karangkraf di sini pada Jumaat.Kejayaan itu hasil disiplin tinggi dan semangat juang pasukan yang hanya sempat menjalani latihan intensif selama dua minggu, kata jurulatihnya, Mohd Izz Aniq Zakaria.Beliau berkata, pendekatan mesra tanpa tekanan menjadi kunci kekuatan pasukan yang turut mengekalkan rekod cemerlang dengan menjuarai pertandingan peringkat negeri anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama dua tahun berturut-turut."Saya anggap mereka seperti anak sendiri |
Cabar keberanian, atasi rasa takut di Maze Gergasi - Sinarharian - 25/07 3:32 pm SHAH ALAM - Bayangkan diri anda terperangkap dalam laluan gelap, hanya bertemankan cahaya samar dan bisikan misteri. Jalan keluar tidak kelihatan, namun masa terus berdetik.Itulah cabaran yang menanti dalam Maze Gergasi, tarikan terbaharu dan mendebarkan di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025.Permainan interaktif berbentuk laluan sesat (maze) ini direka khas untuk mencabar keberanian pengunjung serta menguji kecekapan mereka mencari jalan keluar dalam suasana yang mencemaskan.Pengarah Kreatif Kanan Sinar Karangkraf, Norazlan Ismail berkata, permainan tersebut merupakan aktiviti pertama seumpamanya dianjurkan oleh Karangkraf."Karnival Siang Malam tahun ini kita cuba cipta pengalaman baharu yang menyeronokkan, terutama kepada pengunjung dari semua peringkat umur."Permainan ini membantu mereka mengatasi rasa takut dan belajar untuk survive sama ada secara individu atau berkumpulan," katanya kepada Sinar Harian.Menurut Norazlan, pemain diberi masa maksimum sehingga tujuh minit untuk mencari jalan keluar dari maze yang gelap dengan hanya berbekalkan lampu malap sebagai panduan.Menambah cabaran, beliau berkata, pemain juga perlu menyelesaikan beberapa tugasan mendebarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan."Setiap kumpulan akan diberikan bendera bernombor bagi memudahkan pemantauan, dan kemasukan ke maze akan diatur mengikut giliran secara selang-seli bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan keselamatan semua pemain."Sekiranya terdapat peserta yang belum keluar mengikut masa yang ditetapkan, petugas akan masuk untuk membantu mereka keluar."Sistem bendera ini penting bagi membolehkan kami mengesan siapa yang masih berada di dalam maze," jelasnya.Maze Gergasi dibuka bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam dengan tiket masuk hanya RM5, yang boleh dibeli di kaunter pendaftaran sepanjang karnival berlangsung. |
4 minit yang mendebarkan di 'Rumah Hantu' - Sinarharian - 25/07 1:50 pm SHAH ALAM - Hanya kira-kira empat minit, tetapi tempoh tersebut cukup mendebarkan bagi pengunjung yang merasai sendiri pengalaman masuk 'Rumah Hantu' sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang membuka tirai pada Jumaat.Aktiviti yang menjadi antara tarikan utama karnival itu diserbu pengunjung, khususnya dalam kalangan murid sekolah, yang beratur seawal jam 9 pagi bagi merasai pengalaman menyeramkan yang ditawarkan.Salah seorang murid, Shakila Abdul Aziz, 12, berkata, aktiviti 'Rumah Hantu' menjadi perkara yang ditunggu-tunggu membuatkannya tidak melepaskan peluang menguji keberanian diri.Katanya, ia adalah pengalaman kali ke-5 menyertai aktiviti seumpama itu dan menyifatkan penyertaan kali ini sebagai berbaloi."Walaupun sekejap, tapi saya rasa macam lama ada kat dalam Rumah Hantu tu."Memang seram dan buat saya terkejut," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Seorang lagi murid, Ahmad Wafiuddin Jefree Sham, 12, juga mengakui berpuas hati dengan pengalaman masuk ke 'Rumah Hantu' bersama rakan-rakan."Sebenarnya saya ni penakut, tapi saya nak cabar diri |
UDA Cares perkasa bakat boling muda Perak - Sinarharian - 25/07 11:54 am IPOH - UDA Holdings Berhad (UDA) memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan komuniti menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melahirkan lebih banyak bakat muda bagi sukan boling |
Mahsuri, Nabil meriahkan Riuh Rewang - Sinarharian - 25/07 11:40 am SHAH ALAM- Pengeluar produk Mahsuri, Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) berganding bahu bersama Karangkraf menjayakan pertandingan memasak berpasukan, Riuh Rewang sempena Karnival Siang Malam Karangkraf pada 27 Julai depan |
PTPTN kukuhkan budaya menabung - Sinarharian - 25/07 11:10 am Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi penabungan pendidikan melalui Karnival Hari Kantin Sinar Bestari X PTPTN 2025 bermula hari ini di Dataran Karangkraf, Shah Alam, Selangor.Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, karnival bertemakan Khemah Sakan, Kantin Bestari! itu memberi fokus kepada pembentukan generasi celik kewangan dalam kalangan pelajar sekolah."Karnival tersebut sebagai pendekatan strategik dan segar untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan komuniti dan pada masa sama, menyemai amalan perancangan kewangan secara santai serta mesra komuniti |
Jom kunjungi Selangor Travel Fair, tawar diskaun pakej pelancongan hingga 50 peratus - Selangorkini - 24/07 9:13 pm SUBANG JAYA, 24 JULAI: Selangor Travel Fair 2025 yang berlangsung di Pasar Seni Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini, menawarkan diskaun harga pakej pelancongan hingga 50 peratus |
Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 bermula esok, sedia pelbagai aktiviti menarik - Sinarharian - 24/07 4:42 pm SHAH ALAM - Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 membuka tirai esok dengan pelbagai pengisian menarik disediakan untuk pengunjung di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 di sini bermula pada Jumaat hingga Ahad ini dari jam 9 pagi hingga 12 malam.Antara aktiviti yang akan berlangsung selama tiga hari karnival berlangsung ialah rumah hantu, go- kart, Pasar Saloma, pertandingan-pertandingan melibatkan pelajar sekolah dan jualan buku yang menawarkan promosi menarik.Pengarah projek, Meen Tahrin berkata, karnival itu dirancang untuk menjadi acara komuniti berskala besar yang memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk turut serta, khususnya penduduk di sekitar Lembah Klang.Menurutnya, pelbagai acara telah disusun bagi memastikan karnival dimeriahkan dengan pengisian bermakna dan menghiburkan."Kami menyasarkan kehadiran pelajar pada Jumaat dan Sabtu kerana terdapat banyak pertandingan khusus untuk golongan ini seperti pertandingan bicara irama, inovasi 3R KDEB, pertandingan koir dan sebagainya."Ahad pula akan dimeriahkan dengan acara yang berbeza iaitu satu suasana yang lebih santai dan bersifat kekeluargaan."Paling menarik, malam pembukaan akan diserikan dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil selain pelepasan Sinar Harian Pyjamas Fun Walk yang disertai lebih 500 peserta," katanya pada Khamis.Tambah beliau, pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 berpeluang memenangi hadiah eksklusif yang ditawarkan antaranya motosikal GJ motor LTR150, Benelli Panarea, tiket taman tema Berjaya Times Square Kuala Lumpur, barangan elektrik dan elektronik dari Russell Taylors serta banyak lagi menerusi cabutan bertuah.Katanya, program Sekolahku Meriah juga diperkenalkan bagi menyemarakkan lagi penyertaan dalam kalangan sekolah."Sekolah yang menghantar penyertaan pelajar paling ramai bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 selain pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pertandingan lain."Kami juga mengadakan jualan gudang buku sebagai tarikan tambahan |
Karnival Mega 3 Dimensi 2025 himpun tiga program dalam satu platform - Sinarharian - 24/07 2:04 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan nilai transaksi jualan mencecah RM209 juta menerusi penganjuran Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) 2025 yang akan berlangsung dari 30 Julai hingga 2 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nilai transaksi tersebut meliputi jualan tunai, pembiayaan usahawan serta potensi padanan perniagaan yang turut melibatkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Felda.Karnival mega bertemakan Desaku Mendunia itu juga buat julung kalinya menggabungkan tiga program keusahawanan utama, iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD), Hari Peneroka Felda, dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI)."Melalui tiga kombinasi acara besar ini, bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, tetapi juga membuka akses seluas mungkin kepada usahawan untuk mempromosikan produk."Malah, program berskala besar ini diharap mampu menarik seramai dua juta pengunjung sepanjang lima hari penganjurannya."Secara keseluruhan, seramai 1,000 usahawan dalam pelbagai bidang akan terlibat dalam karnival ini yang bukan sekadar memfokuskan kepada pameran, tetapi turut merangkumi padanan perniagaan dan potensi pemasaran ke peringkat global," katanya ketika taklimat khas bersama media di Bangunan Parlimen pada Khamis.Turut hadir, Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Pengerusi Universiti Kuala Lumpur, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.Mengulas lanjut mengenai pemilihan tema Desaku Mendunia, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penganjuran MK3D diyakini mampu meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar secara menyeluruh."Tema ini bukan sekadar slogan retorik, tetapi mencerminkan aspirasi strategik kerajaan untuk mentransformasikan potensi luar bandar sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi bertaraf global."Melalui MK3D, kita mengarusperdana produk dan perkhidmatan luar bandar dalam ekosistem ekonomi nasional dan antarabangsa menerusi padanan perniagaan, pensijilan, pendigitalan serta pendedahan kepada jaringan pelabur dan pengedar global," ujarnya.Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa para usahawan, khususnya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), agar tidak bersaing menghasilkan produk yang sama.Langkah ini, katanya, penting bagi mengelakkan lambakan produk di pasaran sehingga menjejaskan daya saing dan kelangsungan perniagaan."Kebanyakan usahawan PMKS bersaing sesama sendiri untuk mengeluarkan produk bagi pasaran yang sama, dan akhirnya berlaku lambakan sehingga menjejaskan keupayaan bertahan dalam pasaran," tegasnya |
Diskaun saman, pemeriksaan pergigian percuma tarikan Karnival Kita MADANI di Muar - SUN - 24/07 12:55 am JOHOR BAHRU: Tawaran diskaun hingga 30 peratus bagi bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menjadi antara tarikan utama program Karnival Kita MADANI bersempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Muar hujung bulan ini |
KESUMA tumpu pembangunan tenaga kerja berkemahiran hijau - Sinarharian - 24/07 11:00 am Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memberi tumpuan pembangunan tenaga kerja berkemahiran hijau untuk terus memperkasa modal insan, mempromosikan hak dan kebajikan pekerja selain membangunkan ekosistem mampan serta inklusif di seluruh rantau ASEAN.Selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, tiga teras strategik akan menjadi fokus terhadap Pembangunan Ekonomi Hijau dan Penyediaan Tenaga Kerja Berkemahiran Hijau, Pemerkasaan Modal Insan dan Latihan Kemahiran serta Perlindungan dan Kesejahteraan Pekerja.KESUMA bersama agensi-agensi di bawahnya berbesar hati untuk menerajui penganjuran pelbagai program berimpak tinggi.Tenaga kerja berkemahiran hijau pacu ekonomi masa hadapan Malaysia meletakkan agenda ekonomi hijau sebagai keutamaan dan beberapa program utama untuk membina serta menyokong tenaga kerja yang semakin pesat.Antara program yang telah dirangka ialah ASEAN Green Jobs Forum (AGJF) 2025 anjuran KESUMA akan berlangsung pada 27 hingga 28 Ogos 2025 di Le Meridien, Putrajaya untuk berkongsi dasar, amalan terbaik dan meningkatkan kesedaran mengenai agenda Pekerjaan Hijau ASEAN.KESUMA menyasarkan pegawaipegawai kanan ASEAN, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada industri, kumpulan pemikir dan institusi pengajian tinggi.Hasil utama yang dijangkakan ialah satu kenyataan menteri dan satu Kerangka serta Pelan Tindakan untuk Promosi Pekerjaan Hijau.Selain itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut bersama KESUMA menguruskan ASEAN Green Jobs Fair untuk membuka peluang pekerjaan hijau kepada rakyat Malaysia dan seluruh rantau ASEAN.Karnival tersebut akan diadakan serentak pada 28 hingga 30 Ogos 2025 di IOI Grand Exhibition Centre, Putrajaya dan sebanyak 50 majikan dijangkamenawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, pertanian lestari serta mobiliti elektrik.Pencari kerja dan majikan boleh menyertainya secara percuma dengan mendaftar di laman sesawang www |
Chery C5 in Indonesia Omoda 5 facelift retains Omoda badging, gets DCT, multilink, fr RM83k - Paultan - 23/07 2:43 pm Selamat siang! We’re live at the Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS), where the Chery C5 is making its first public debut since its launch last month |
Didi & Friends meriahkan Karnival Sukan AKE - Sinarharian - 22/07 10:00 am SERDANG - Kemunculan watak popular animasi Didi & Friends mencuri tumpuan apabila berjaya memeriahkan penganjuran Karnival Sukan Al Kauthar Eduqids (AKE) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pada Ahad.Kehadiran watak kartun popular seperti Didi, Nana dan Jojo pada karnival sukan tersebut berjaya menarik kira- kira 20,000 pengunjung dari seluruh negara.Ketua Pegawai Eksekutif AKE, Datuk Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata, walaupun kerjasama bersama Didi & Friends telah terjalin sejak hampir setahun lalu, karnival ini menjadi platform pertama untuk memperkenalkannya secara rasmi kepada umum."Kami memilih pelancaran muzik video Baby Khalifah sebagai simbolik permulaan kerjasama ini."Muzik video tersebut akan disiarkan secara rasmi di YouTube Didi & Friends," katanya ketika sidang akhbar pelancaran karnival sukan berkenaan.Hadir sama Penolong Naib Presiden Kanan, GenNext Studios, Edison Cheam; Ketua Pegawai Operasi AKE, Datin Dr Nor Fadilah Alias dan wakil Astro yang juga penerbit Didi & Friends, Izrol Izzuddin Ahmad.Lebih menarik, Bakhtiar berkata, karnival sukan itu mengetengahkan konsep baharu bertemakan Adam dan Ayra yang menggabungkan elemen permainan, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak melalui karakter popular seperti Didi, Nana dan Jojo."Sejak ditubuhkan pada 2013, kini AKE mempunyai hampir 300 cawangan di seluruh negara dengan kemasukan pelajar mencecah 10,000 orang setiap tahun," katanya.Sementara itu, Izrol menyifatkan kerjasama bersama AKE sebagai satu pencapaian bersejarah buat jenama tersebut."Kami sangat berbesar hati kerana buat pertama kalinya Didi & Friends berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Penyertaan Kanak-kanak Teramai dalam Aktiviti Penceritaan," katanya. |
Fei-Din azam tebus kekecewaan di Changzhou - Sinarharian - 22/07 7:00 am BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tekad bangkit di Terbuka China Super 1000 minggu ini dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek yang perlu diperbaiki selepas gagal mempertahankan kejuaraan di Tokyo.Menurut jurulatih mereka, Teo Kok Siang, semangat dan komitmen tinggi yang ditunjukkan kedua-dua pemain menjadi petanda positif menjelang aksi di Changzhou."Kami akan terus bekerja keras dan kenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki."Mereka masih bersemangat dan kekal fokus untuk bangkit semula |
Pahang kembangkan peluang pekerjaan, sasar lebih banyak pelaburan - SUN - 21/07 10:02 pm TEMERLOH : Kerajaan Negeri Pahang terus berusaha memperluas peluang pekerjaan dengan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini, menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |