///

Search : Kamarul Zaman News   Page 1    



Buku Hannah ada implikasi sebaran agama lain - Harakahdaily - 17/01 4:51 pm

KUALA LUMPUR: Salah faham istilah dalam buku ???Becoming Hannah??? antara perkara dibangkitkan peguam cara plaintif dalam kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terhadap Dr Kamarul Zaman Yusoff

Harakahdaily .





Mestilah rakan Hannah sokong dia, ahli akademik beritahu mahkamah - FMT - 17/01 3:15 pm

Kamarul Zaman Yusoff tidak setuju penegasan bahawa Rafizi Ramli dan Saari Sungib, kedua-duanya orang Islam, tidak bantah kandungan buku Hannah Yeoh.





???Becoming Hannah??? Ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman - SUN - 16/01 10:31 pm

KUALA LUMPUR : Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau sedar buku ???Becoming Hannah: A Personal Journey,??? telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama

pada Mei 2017. Sangeet: Saya ingin mendapat pengesahan bahawa Dr Kamarul sememangnya sedar bahawa buku ???Becoming Hannah: A Personal Journey,??? telah pun dikatalogkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Cataloguing-in-Publication Data? Kamarul Zaman: Betul. Sangeet: Jadi, Dr Kamarul setuju dengan saya setelah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, buku ini telah dikatalog (dikategorikan) di bawah tajuk Yeoh, Hannah, 1979; Women Politicians-Malaysia dan Malaysia-Politics and Government. Kamarul Zaman: Setuju. Sangeet: Jadi, setuju saya katakan ia (buku berkenaan) tidak dikategorikan sebagai buku agama. Kamarul Zaman: Setuju. Kamarul Zaman yang merupakan defendan tunggal dalam kes saman itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa perkataan ???Personal Journey??? bermaksud satu kisah dan perjalanan peribadi Ahli Parlimen Segambut berkenaan. Sangeet: Memandangkan buku ini adalah ???Personal Journey???, jadi tiada isu penyebaran (agama Kristian), dan Kamarul Zaman menjawab, tidak setuju. Dalam saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei, 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya. Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah ???Becoming Hannah: A Personal Journey??? bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian. Dalam pernyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu kerana bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian. Perbicaraan di hadapan Datuk Aliza Sulaiman bersambung esok.





'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman - Astroawani - 16/01 9:13 pm

Kamarul Zaman disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya.





???Becoming Hannah??? vetted by national library, not a religious book - Court Heard - SUN - 16/01 9:09 pm

KUALA LUMPUR : Universiti Utara Malaysia lecturer Dr Kamarul Zaman Yusoff told the High Court today that he is aware that the book, ???Becoming Hannah: A Personal Journey??? by Youth and Sports Minister Hannah Yeoh, has been vetted by the National Library of Malaysia and is not categorised as a religious book

2017. Sangeet Kaur: I would like to confirm that Dr Kamarul is aware the book ???Becoming Hannah: A Personal Journey,??? has been catalogued by the National Library of Malaysia under Cataloging-in-Publication Data. Kamarul Zaman: Right. Sangeet Kaur: So, Dr Kamarul agreed with me that after the vetting by the National Library of Malaysia, the book was catalogued under the title Yeoh, Hannah, 1979; Women Politicians-Malaysia and Malaysia-Politics and Government. Kamarul Zaman: Agree. He also agreed with the lawyer???s suggestion that the book is not categorised as a religious book and that the word ???Personal Journey??? means a personal story and journey of the Segambut Member of Parliament. However, Kamarul Zaman disagreed with the lawyer when put to him that there was no issue with spreading Christianity in the book. In the suit filed in 2022, Hannah claimed that Kamarul Zaman uploaded two Facebook posts between May 10 and May 17, 2017, in which he alleged that she had a motive to proselytise Christianity through her politics. The lecturer also cited Hannah???s biography ???Becoming Hannah: A Personal Journey??? as driving a Christian agenda and claimed that she intends to convert Malaysia into a Christian country. In his statement of defence, Kamarul Zaman said his two Facebook posts were not defamatory and were justified. He said that as a lecturer and a Muslim, he must inform the people of the book???s contents for fear that they may be influenced by Christianity. The hearing before Judge Datuk Aliza Sulaiman continues tomorrow.





'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara, bukan buku agama - Kamarul Zaman - Sinarharian - 16/01 8:38 pm

KUALA LUMPUR - Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa beliau sedar buku Becoming Hannah: A Personal Journey telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama

pada Mei 2017. Sangeet: Saya ingin mendapat pengesahan bahawa Dr Kamarul sememangnya sedar bahawa buku Becoming Hannah: A Personal Journey, telah pun dikatalogkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Cataloguing-in-Publication Data? Kamarul Zaman: Betul. Sangeet: Jadi, Dr Kamarul setuju dengan saya setelah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, buku ini telah dikatalog (dikategorikan) di bawah tajuk Yeoh, Hannah, 1979; Women Politicians-Malaysia dan Malaysia-Politics and Government. Kamarul Zaman: Setuju. Sangeet: Jadi, setuju saya katakan ia (buku berkenaan) tidak dikategorikan sebagai buku agama. Kamarul Zaman: Setuju. Kamarul Zaman yang merupakan defendan tunggal dalam kes saman itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa perkataan 'Personal Journey' bermaksud satu kisah dan perjalanan peribadi Ahli Parlimen Segambut berkenaan. Sangeet: Memandangkan buku ini adalah 'Personal Journey', jadi tiada isu penyebaran (agama Kristian), dan Kamarul Zaman menjawab, tidak setuju. Dalam saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif berkata, Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya. Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah, Becoming Hannah: A Personal Journey bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian. Dalam pernyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata, kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan beliau mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku itu kerana bimbang mereka mungkin terpengaruh dengan Kristian. Perbicaraan di hadapan Datuk Aliza Sulaiman bersambung esok. - Bernama





Becoming Hannah vetted by national library, not a religious book, UUM .. - Malaymail - 16/01 7:59 pm

KUALA LUMPUR, Jan 16 Universiti Utara Malaysia lecturer Kamarul Zaman Yusoff told the High Court today that he is awar...





Buku Hannah bercanggah ajaran Islam, kata profesor UUM - FMT - 16/01 5:31 pm

Kamarul Zaman Yusoff berpendapat biografi Hannah Yeoh 2014, 'Becoming Hannah: A Personal Journey', harus dihadkan kepada pembaca Kristian sahaja.





Saya tak ada kelayakan kajian perbandingan agama, kata profesor UUM - FMT - 16/01 8:44 am

Kamarul Zaman Yusoff turut akui tiada kertas kerja diterbitkan dalam CV beliau berkaitan perbandingan agama atau undang-undang.





Tujuan solat hajat elak agenda mengancam kesucian Islam berlaku - Sinarharian - 15/01 10:15 pm

SHAH ALAM - Seruan solat hajat serentak di seluruh negara rentetan solidariti kes Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff menentang saman fitnah oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hanya bertujuan untuk memohon doa agar sebarang agenda mengancam kesucian Islam tidak berlaku

Jika agama lain boleh bersolidariti untuk mempertahankan ajaran mereka, mengapa tidak kita terutama apabila wujud dakwaan mengatakan berlaku keadaan akidah umat Islam tergugat. ???Kandungan buku Hannah itu didakwa bukan sahaja berkisar tentang diri dan agamanya, malah beliau turut mengaku sebagai duta Tuhan yang mengajak mubaligh dari luar negara datang ke Malaysia untuk mengubah negara ini mengikut acuan Kristian,??? katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Pada 24 Februari 2022, Hannah memfailkan saman balas terhadap Kamarul Zaman berhubung dua hantaran yang mendakwa beliau cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Bagaimanapun, Kamarul Zaman dalam tuntutan balasnya menyatakan beliau bersedia membela diri dengan mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu di mahkamah. Kamarul Zaman pada 30 Januari tahun lalu telah menarik balik saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Hannah. Tambah Masridzi, lebih 200 laporan polis telah dibuat berikutan kandungan buku ???Becoming Hannah: A Personal Journey??? itu mengandungi unsur-unsur yang membimbangkan. ???Kami menyeru umat Islam membuat lebih 200 laporan polis kerana buku tersebut masih belum diharamkan. ???Dalam buku berkenaan Hannah turut didakwa mengakui bahawa beliau menggunakan jawatan politiknya untuk menyebarkan agama Kristian di Malaysia,??? ujarnya. Jelas Masridzi, solat hajat tersebut boleh dilaksanakan di lokasi masing-masing bagi memudahkan semua jemaah menyertainya. Dalam pada itu, Masridzi melahirkan kebimbangan berhubung penjualan buku berkenaan secara terbuka bukan hanya kepada penganut Kristian tetapi juga kepada orang Islam. ???Ini adalah perkara yang sangat berbahaya, memandangkan beliau merupakan menteri kepada belia. Majoriti golongan muda di negara ini merupakan umat Islam jadi tentu mudah untuk beliau mempengaruhi dan menjalankan agenda penyebaran Kristian kepada mereka,??? dakwa beliau.





Buku Hannah tak pernah diharam kerajaan sejak 2014, mahkamah diberitahu - FMT - 15/01 9:57 am

Profesor UUM Kamarul Zaman Yusoff akui tiada tindakan sedemikian diambil walaupun ketika ahli PAS, Takiyuddin Hassan menjadi menteri undang-undang.





???Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah??? - PM - Astroawani - 11/01 5:22 pm

Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan





Kebun sawit banjir akibat ban pecah di Pasir Salak - Utusan - 6/01 7:25 am

Kawasan yang terjejas akibat limpahan air sungai dianggarkan seluas 2,000 ekar yang diusahakan 25 pemilik kebun. Ketua Kampung Permatang Pelandok, Kamarul Zaman Kamaruddin berkata, kejadian ban pecah di kampung ..

Malaysia .



Pemuda PAS sokong bekas pensyarah disaman Hannah Yeoh - FMT - 30/12 4:47 pm

Ketuanya Mohd Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kenyataan Kamarul Zaman Yusoff terhadap menteri belia dan sukan itu dikeluarkan berdasarkan fakta yang jelas.



Pray for my victory, says prof sued by Yeoh over evangelism claims - Mkini - 30/12 4:10 pm

Kamarul is positive that he is also in the right.




Reformasi     >>



Trump: Presiden Xi dan saya akan jadikan dunia lebih .. - Mkini
GLOBAL Perbualan dengan pemimpin China itu "sangat positif," kata Presiden Donald Trump.
Kroni     >>



Revitalising key mechanisms - Star
LONDON: As Chair of Asean in 2025, Malaysia will seek to rejuvenate key mechanisms such as the Asean Plus Three and the East Asia Summit (EAS), both of which have been celebrated for their convening power but are still underutilised, says Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read full story
Tabloid     >>



Tak tahu berlakon filem - Hmetro
NAMA Adriana Adnan sinonim dengan dunia pengacaraan saat wajahnya mengisi pelbagai program hiburan popular di samping beberapa program berbentuk informasi. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Xiaomi tipped to set impressive new phone battery .. - Techradar
Xiaomi is rumored to be working on a new phone with a 7,500mAh battery, which would be the largest battery ever fitted to a conventional smartphone, and I hope Apple, Samsung, and Google are paying attention.
World     >>



Trump and China's Xi discuss TikTok, trade, fentanyl, .. - Cnbc
Xi after the call said that he and Trump both expressed hope for greater progress in U.S.-China relations, Reuters reported, citing the Chinese state media.
Motor Trend     >>



Buletin Renault Twingo E-tech Concept – Kali Ini .. - Mekanika
# RENAULT TWINGO E-TECH CONCEPT - KALI INI GILIRAN RUANGAN KABIN PULA DIDEDAHKAN **Model konsep mengenai sebuah kereta bandar yang kompak dari Renault, Twingo E-Tech Concept telah pun diura - urakan pada tahun sudah. Sepatutnya Renault Twingo E-Tech Concept ini merupakan generasi keempat ..