///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Kpm News   Page 1    



???Jadi siapa yang menipu? – Akmal - Mygazette - 22/09 3:04 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Dr. Akmal Saleh mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung isu penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS)





Seperti ada yang tidak kena dalam isu pemansuhan ekuiti IPS –... - Mygazette - 22/09 3:03 pm

# Seperti ada yang tidak kena dalam isu pemansuhan ekuiti IPS - Syed Ali KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dituntut memberi penjelasan berhubung percanggahan kenyataan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai penyelarasan syarat pemilikan ekuiti institusi pendidikan swasta (IPS)





Tahniah Madani hapuskan ekuiti bumiputera dalam IPS – Akmal - Mygazette - 22/09 3:03 pm

# Tahniah Madani hapuskan ekuiti bumiputera dalam IPS - Akmal KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dikritik berikutan menarik syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad





MITI nafi terlibat penyelarasan syarat 30% ekuiti bumiputera IPS - Mygazette - 22/09 3:03 pm

# MITI nafi terlibat penyelarasan syarat 30% ekuiti bumiputera IPS KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini menjelaskan pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai mengenai penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)





MITI beri penjelasan, tiada makluman pelarasan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera - Sinarharian - 22/09 12:31 am

SHAH ALAM - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak mempunyai makluman mengenai penyelarasan syarat pemilikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).MITI dalam satu kenyataan berkata, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi (EPU)."Pihak Kementerian ingin menjelaskan bahawa tidak mempunyai makluman mengenai perkara tersebut."Diharapkan penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan MITI dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas," ujarnya pada Selasa.Sebelum ini, pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang IPS di bawah KPM.KPM memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan MITI.Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad seperti yang dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006.





Kamalanathan gesa pengesahan bertulis syarat ekuiti Bumiputera untuk pusat tuisyen - FMT - 22/09 9:20 am

Beliau berkata KPM perlu jelaskan sama ada perubahan tersebut terpakai bagi permohonan baharu dan yang ingin perbaharui lesen.





Belia PPP sambut pemansuhan syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera di IPS - Mygazette - 22/09 7:54 am

# Belia PPP sambut pemansuhan syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera di IPS KUALA LUMPUR - Belia PPP menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) tertentu yang dikendalikan syarikat sendirian berhad





KPM gugur syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS dikendalikan .. - Mygazette - 22/09 7:54 am

# KPM gugur syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS dikendalikan syarikat sendirian berhad PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lagi menetapkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah kementerian itu





Syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan bagi syarikat kendali IPS - Astroawani - 21/09 10:36 pm

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).





Syarat 30% ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan bagi pusat tuisyen - FMT - 21/09 9:40 pm

KPM mengumumkan perkara itu susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.





Ekuiti Bumiputera bukan lagi syarat bagi pusat tuisyen - Hotfm - 21/09 9:40 pm

KPM mengumumkan perkara itu susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.





Syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan bagi syarikat kendali IPS - Sinarharian - 21/09 9:19 pm

PUTRAJAYA - Pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).KPM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)."Penyelarasan ini dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalampendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara," menurut kenyataan itu.Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimilikimelalui syarikat sendirian berhad seperti yang dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006.KPM turut menghargai sumbangan semua pengusaha IPS, dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia





Syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS dimansuhkan - Kosmo - 21/09 8:51 pm

PETALING JAYA Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lagi menetapkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah kementerian itu





KPM kemuka cadangan semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen - Mygazette - 20/09 2:51 pm

# KPM kemuka cadangan semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri minggu depan





KPM kemuka cadangan semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen minggu hadapan - Sinarharian - 20/09 2:30 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri, minggu hadapan.KPM dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006."KPM mengambil maklum pelbagai pandangan yang dibangkitkan berhubung ketetapan tersebut dan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak."KPM berpandangan bahawa ruang pendidikan perlu kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak Malaysia," menurut kenyataan itu.Kementerian turut menghargai sumbangan pengusaha pusat tuisyen selama ini dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia





KPM kemuka cadangan semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen minggu hadapan - Astroawani - 20/09 1:15 pm

Kementerian Pendidikan akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri, minggu hadapan.





KPM akan cadang semakan syarat pemilikan pusat tuisyen - FMT - 20/09 11:17 am

Kementerian Pendidikan berkata ruang pendidikan perlu kekal terbuka kepada semua pihak.





KPM perlu pertimbang penutupan sekolah di kawasan IPU tidak sihat - Mygazette - 18/09 8:00 am

# KPM perlu pertimbang penutupan sekolah di kawasan IPU tidak sihat GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mempertimbangkan penutupan sementara sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini





Program Generasi MADANI perkasa karakter murid - Sinarharian - 17/09 9:30 am

PUTRAJAYA - Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) memberi impak positif terhadap pembentukan sahsiah, perpaduan, patriotisme, kepimpinan dan nilai murni dalam kalangan murid.Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM, Ithnin Mahadi berkata, program berkenaan memberi fokus kepada tiga strategi utama iaitu Pembudayaan Generasi MADANI, Pemimpin Generasi MADANI dan Pemangkin Generasi MADANI.Menurutnya, setiap strategi dilengkapi aktiviti tersendiri bagi merealisasikan matlamat program dalam membentuk karakter murid secara menyeluruh.Beliau berkata, pembentukan karakter perlu dimulakan sejak peringkat awal pendidikan bagi memastikan murid bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki jati diri, keyakinan, nilai patriotisme, semangat perpaduan dan tanggungjawab sosial."Pada pandangan saya, program ini memberi impak yang sangat positif kepada kemenjadian murid."Kita bukan hanya mahu anak-anak kita pandai dari segi akademik, tetapi kita mahu mereka mempunyai karakter, jati diri dan nilai yang boleh membantu mereka dalam kehidupan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabat Pengarah BSKK KPM, di sini, baru-baru ini.Menurutnya, terdapat tiga aktiviti utama di bawah strategi Pembudayaan Generasi MADANI iaitu Makmal Aktif Lestari, Karnival KITA dan Duta Sayang MADANI.Beliau berkata, strategi Pemimpin Generasi MADANI pula menampilkan aktiviti Kem Pemimpin Generasi MADANI, manakala strategi Pemangkin MADANI akan menyebarluas modul dan Konsep Pembentukan Karakter Generasi MADANI kepada semua murid di sekolah berkenaan.Kongsinya, Makmal Aktif Lestari dan Karnival KITA turut menjadi antara inisiatif di bawah strategi Pembudayaan Generasi MADANI dengan menyediakan ruang kepada murid membina disiplin, keyakinan, kreativiti, tanggungjawab sosial serta kesedaran terhadap alam sekitar."Sebagai contohnya, Makmal Aktif Lestari menyediakan sudut interaktif di sekolah yang boleh digunakan untuk mengetengahkan isu semasa melalui poster dan infografik."Sementara itu, Karnival KITA pula disusun dengan beberapa zon yang membolehkan murid menyertai aktiviti berkaitan karakter, inovasi, tanggungjawab dan aspirasi seperti kawad kaki, pidato, inovasi, robotik, pertolongan cemas dan plogging," katanya.Bina karakter sejak prasekolahDalam usaha membentuk karakter sejak peringkat awal, beliau berkata, Duta Sayang MADANI dilaksanakan di peringkat prasekolah bagi membudayakan amalan nilai murni dalam kehidupan harian murid."Kita kena membina karakter daripada awal





KPM tetap bertindak, ibu bapa tetap diberi pilihan – Fadhlina jawab persoalan Nik Nazmi - Mydateline - 15/09 4:00 pm

Isu jerebu bukanlah perkara baharu di Malaysia, malah hampir setiap tahun keadaan itu kembali menjadi perhatian apabila kualiti udara merosot dan mula menimbulkan kebimbangan terhadap ..





KPM digesa siasat dakwaan pelajar lebam dipukul guru - Mygazette - 15/09 7:35 am

# KPM digesa siasat dakwaan pelajar lebam dipukul guru GEORGE TOWN - Seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun didakwa dicederakan secara fizikal oleh seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam daerah Barat Daya dekat sini





HCM 2026 sasar 200,000 peserta, libatkan 10,000 sekolah seluruh negara - Mygazette - 10/09 4:41 pm

# HCM 2026 sasar 200,000 peserta, libatkan 10,000 sekolah seluruh negara PUTRAJAYA Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan penyertaan serentak 200,000 peserta di seluruh negara sempena Hari Cuci Malaysia (HCM) 2026, termasuk penglibatan 10,000 sekolah bagi memperkukuh budaya kebersihan dalam kalangan generasi muda. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu turut membolehkan penyertaan murid dalam HCM 2026 diiktiraf menerusi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)





KPM rangka pendekatan khusus tangani kelemahan matematik murid - Astroawani - 10/09 5:45 am

Kementerian Pendidikan (KPM) merangka pendekatan khusus menerusi Modul Miskonsepsi dalam Matematik serta penyelarasan kepakaran guru bagi menangani kelemahan penguasaan mata pelajaran itu dalam kalangan murid.





Beban tugas guru: Sudah tiba masa penyelesaian menyeluruh dilakukan - Sinarharian - 9/09 7:12 pm

SHAH ALAM - Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan guru kembali fokus kepada tugas utama iaitu mendidik.Menurut Presiden KONGRES, Mohamad Zapawi Mamat, isu beban tugas guru bukan perkara baharu, malah telah berlarutan sekian lama tanpa penyelesaian yang benar-benar menyeluruh."Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan beberapa langkah bagi mengurangkan beban tugas guru, realitinya masih terdapat pelbagai tugasan bukan akademik yang terus membebankan warga pendidik."KONGRES berpandangan bahawa usaha mengurangkan beban tugas guru perlu dilaksanakan secara lebih tegas, tersusun dan berterusan supaya guru dapat kembali memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas hakiki, khususnya pengajaran, pembelajaran, pentaksiran serta pembangunan sahsiah murid," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamad Zapawi menegaskan, pengumuman mengenai pemansuhan program berimpak rendah dan usaha mengehadkan tugasan bukan akademik merupakan langkah yang baik, namun keberkesanannya perlu dilihat berdasarkan perubahan sebenar yang dirasai guru di sekolah.Jelasnya lagi, KONGRES turut mencadangkan supaya diwujudkan prinsip "satu masuk, satu keluar" yang mana sekiranya tugasan baharu diperkenalkan, tugasan sedia ada yang tidak lagi relevan perlu digugurkan."Pada masa yang sama, setiap arahan baharu yang melibatkan guru perlu diteliti dari segi impaknya terhadap masa pengajaran dan pembelajaran."KONGRES memahami bahawa setiap dasar dan program yang diperkenalkan oleh KPM mempunyai matlamat untuk memperkukuh kualiti pendidikan negara."Namun, pada masa yang sama, adalah penting untuk memastikan pelaksana di peringkat sekolah mempunyai ruang dan masa yang mencukupi untuk melaksanakan tugas utama mereka bersama murid," ujarnya lagi.Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya percaya bahawa penyelesaian sebenar bukan sekadar mengurangkan bilangan program, tetapi mengubah budaya kerja dan sistem penyampaian pendidikan supaya guru tidak terus menjadi pihak yang menanggung setiap pertambahan tugasan.Tambahnya lagi, jika keadaan tersebut tidak ditangani secara menyeluruh, hasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara akan terus berhadapan dengan kekangan yang sama."Dalam hal ini, KONGRES berharap suara dan pandangan guru di lapangan dapat terus diberi perhatian dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar."Kita percaya KPM dan KONGRES mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan guru dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan murid menerima pendidikan yang berkualiti," katanya.





PISA 2025: Buli siber meningkat, sokongan ibu bapa menurun - Sinarharian - 8/09 5:18 pm

PUTRAJAYA Kadar buli siber yang dilaporkan oleh murid Malaysia didapati lebih tinggi berbanding purata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berdasarkan dapatan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025.Dapatan tersebut menunjukkan kurang daripada lima peratus murid berusia 15 tahun di Malaysia melaporkan pernah mengalami buli siber, melebihi purata OECD yang berada pada kadar tiga peratus.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, dapatan berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana aspek keselamatan, kesejahteraan dan sokongan daripada golongan dewasa mempunyai kaitan rapat dengan proses pembelajaran murid.Menurut beliau, kadar buli siber yang dilaporkan dalam kalangan murid Malaysia turut mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik yang lebih rendah."Buli di sekolah mungkin berakhir apabila seorang murid pulang ke rumah. Namun, buli siber boleh terus mengikutinya ke mana sahaja."Sebab itu keselamatan dan kesejahteraan bukan perkara sampingan dalam pendidikan," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan PISA 2025 di sini pada Selasa.Fadhlina berkata, kehidupan murid pada masa kini tidak lagi tertumpu kepada persekitaran sekolah semata-mata kerana interaksi mereka turut berlaku melalui telefon pintar, kumpulan sembang dan pelbagai platform digital.Sehubungan itu, katanya, setiap kanak-kanak perlu mengetahui bahawa terdapat orang dewasa yang bersedia mendengar, mempercayai dan mengambil tindakan apabila mereka berdepan dengan masalah.PISA 2025 melibatkan seramai 7,624 murid berusia 15 tahun daripada institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah swasta, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan GiatMARA.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dapatan PISA 2025 turut menunjukkan trend penurunan sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak.Menurutnya, perbincangan ibu bapa mengenai aktiviti sekolah mencatatkan kadar 51 peratus berbanding 57 peratus dalam kitaran PISA 2022.Sementara itu, kadar ibu bapa yang berbincang mengenai masalah di sekolah bersama anak-anak turut menurun daripada 46 peratus kepada 34 peratus.Fadhlina berkata, isu tersebut bukan bertujuan mencari pihak yang perlu dipersalahkan, sebaliknya menjadi petunjuk untuk memahami keperluan sebenar anak-anak daripada orang dewasa di sekeliling mereka."Guru boleh mengajar di dalam bilik darjah, manakala KPM boleh menyediakan kurikulum, tenaga pengajar, sekolah dan pelbagai bentuk sokongan."Namun, tiada sistem pendidikan yang mampu menggantikan peranan sebuah keluarga dalam kehidupan seorang anak," katanya.Menurut beliau, ibu bapa tidak perlu menjadi guru kedua di rumah atau menguasai semua formula Matematik untuk membantu anak-anak berjaya dalam pelajaran.Sebaliknya, sokongan boleh dimulakan dengan perkara yang mudah seperti meluangkan masa bersama anak serta bertanya tentang apa yang dipelajari atau perkara yang belum mereka fahami."Apabila ibu atau bapa bertanya kepada anak, mesej yang disampaikan sebenarnya jauh lebih besar."Apa yang kamu pelajari penting kepada saya





KPM Izinkan Ibu Bapa ‘Cuti’kan Anak Sekolah, Tapi Ini Syaratnya - Vocket - 7/09 2:01 pm

Mana tidaknya, kesihatan anak-anak yang perlu berulang-alik... The post KPM Izinkan Ibu Bapa ‘Cuti’kan Anak Sekolah, Tapi Ini Syaratnya appeared first on VOCKET .





3.15 juta naskah buku dibeli menerusi Baucar Buku MADANI KPM - Astroawani - 6/09 10:30 pm

Sebanyak 3,152,258 naskhah buku telah dibeli menerusi Baucar Buku MADANI 2026, dengan 1,723,371 murid setakat ini sudah menebus baucar berkenaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.



1.95 peratus bukan 53.8 peratus, jangan kelirukan rakyat, AMK bidas... - Mygazette - 3/09 3:34 pm

# 1.95 peratus bukan 53.8 peratus, jangan kelirukan rakyat, AMK bidas Akmal KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin membidas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kerana menyamakan lebihan perbelanjaan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)



Atlet emas KPM bakal terima insentif MARA - Hotfm - 3/09 2:19 pm

Kuala Lumpur: Dua emas yang disumbangkan atlet Kolej Profesional MARA (KPM) pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 bakal membawa [...]



KPM cari jalan laksana cadangan elaun Tingkatan Enam – Fadhlina - Mygazette - 29/08 8:11 am

# KPM cari jalan laksana cadangan elaun Tingkatan Enam - Fadhlina BUKIT MERTAJAM - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mencari jalan bagi memastikan cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam dapat dilaksanakan



Belanjawan 2027: PM setuju sediakan elaun Tingkatan Enam - Sinarharian - 28/08 5:27 pm

Pelajar universiti juga ada elaun. Tetapi pelajar Tingkatan Enam, iaitu prauniversiti, tidak menerima elaun."Jadi, saya telah umumkan bahawa dalam Belanjawan kita pada Oktober ini, saya akan meluluskan peruntukan dan elaun untuk pelajar Tingkatan Enam," katanya ketika menyampaikan ucapan di Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun di sini pada Jumaat.Turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.Bagaimanapun, Anwar berkata jumlah elaun berkenaan masih belum ditentukan dan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.Menurut beliau, langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti serta memastikan tiada pelajar terpinggir hanya disebabkan latar belakang sosioekonomi mereka.Terdahulu, Fadhlina dalam ucapannya berkata cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam merupakan antara 12 resolusi yang dibangkitkan pada Kongres Prauniversiti Madani yang berlangsung di Klang.Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menerima kesemua resolusi yang dikemukakan perwakilan pelajar dan akan menelitinya untuk ditambah baik, selain mencari jalan bagi memastikan cadangan berkenaan dapat dilaksanakan.Dalam pada itu, Fadhlina ketika ditemui selepas sesi berkenaan berkata, pengumuman itu merupakan berita yang dinanti-nantikan selepas isu berkenaan diperjuangkan sejak sekian lama.Beliau berkata, perjuangan mendapatkan elaun berkenaan telah dikemukakan sejak awal beliau menerajui Kementerian Pendidikan (KPM).Menurutnya, pengumuman Anwar mengenai perkara itu membuktikan usaha berkenaan akhirnya membuahkan hasil."Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri pengumuman berkaitan elaun Tingkatan Enam."Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu



Guru didakwa ‘paksa’ Allahyarham Nur Qaira bersukan .. - Mygazette - 28/08 4:07 pm

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, guru berkenaan telah ditukarkan ke sekolah baharu sejurus selepas siasatan awal dilakukan dan tindakan itu merupakan langkah intervensi awal. "Pada masa ini, tindakan telah diserahkan kepada unit integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan seterusnya



Kematian Nur Qaira Alisha, Fadhlina Arah Unit Integriti KPM Ambil Tindakan Lanjut - Siakapkeli - 27/08 9:03 pm

Kematian Nur Qaira Alisha, Fadhlina Arah Unit Integriti Ambil Tindakan LanjutMenteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, telah mengarahkan Unit Inte



Murid sakit jantung dipaksa lari, Fadhlina arah KPM ambil tindakan - FMT - 27/08 6:50 pm

Susulan kejadian, Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan terlantar, perlu bantuan oksigen sebelum dilaporkan meninggal dunia pada malam Rabu.



Kematian Nur Qaira Alisha: Fadhlina arah KPM ambil tindakan lanjut - Sinarharian - 27/08 4:05 pm

SHAH ALAM Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan unit integritinya mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian murid berusia 11 tahun dari sebuah sekolah rendah di Kedah, Allahyarhamah Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, beliau juga dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan keluarga Allahyarhamah."Saya telah mengarahkan Unit Integriti (KPM) untuk mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak."Saya mengikuti dengan penuh rasa dukacita pemergian Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha



KPM arah hentikan aktiviti luar jika IPU melebihi 100 - Mygazette - 27/08 7:58 am

# KPM arah hentikan aktiviti luar jika IPU melebihi 100 KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan di bawahnya menghentikan serta-merta segala aktiviti luar bilik darjah, termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan, terutama di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100



Masa depan pendidikan tinggi negara tuntut keperluan AUKU diteliti semula - Zambry - Sinarharian - 26/08 11:12 pm

KUALA LUMPUR - Masa depan pendidikan tinggi negara menuntut keperluan untuk melihat semula akta-akta berkaitan pendidikan tinggi secara menyeluruh, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah meneliti serta menambah baik kerangka undang-undang sedia adapenting, bagi memastikan ekosistem pendidikan tinggi kekal relevan dan tidak terus dikongkong oleh peraturan lama."Kita perlu melihat semula keberadaan akta-akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi ini...antara akta yang sentiasa menjadi tumpuan sudah tentu AUKU itu sendiri."Kita akui ada kekangan dan kongkongan yang wujud sebelum ini. Sebab itu kita sedang meneliti aspek-aspek baharu, termasuklah dari segi jaminan kebebasan akademik, kebebasan bersuara serta pemberdayaan mahasiswa," katanya di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 13, Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya malam ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Forum berkenaan turut menampilkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Presiden Akademi Sains Malaysia, Tengku Datuk Mohd Azzman Shariffadeen sebagai panel, manakalaAnwar bertindak sebagai moderator.Dalam pada itu, Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) turut mempertimbangkan penggubalan akta baharu seperti One Higher Education Act, bagi menyelaraskan pelbagai akta berkaitan pendidikan tinggi di bawah satu kerangka yang lebih menyeluruh.Bagi merealisasikannya, beliau berkata, sebuah jawatankuasa bebas telah ditubuhkan, bagi mengumpul serta menilai pelbagai memorandum dan pandangan daripada golongan akademik serta wakil mahasiswa.Sementara itu, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) komited memperluas akses sistem pendidikan negara menerusi pendekatan 'pendidikan manusiawi'bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pembelajaran yang saksama.Beliau berkata, KPM sentiasa berpegang teguh kepada prinsip, bahawa akses pendidikan perlu sampai kepada semua murid tanpa mengira lokasi atau keberadaannya."Pendidikan manusiawi lahir untuk merentas pelbagai bakat dan potensi anak-anak kita



Jerebu: KPM Arah Semua Aktiviti Luar Bilik Darjah Dihentikan Serta-merta – KPM - Mydateline - 26/08 8:01 pm

Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan institusi pendidikan di bawah kementerian itu, agar menghentikan serta-merta segala aktiviti luar bilik darjah, termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar ..



Cuaca panas, jerebu: KPM arah henti aktiviti luar jika IPU melebihi 100 - Sinarharian - 26/08 7:30 pm

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta semua institusi pendidikan di bawah naungannya menghentikan serta-merta sebarang aktiviti di luar bilik darjah di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.Arahan itu termasuk aktiviti keramaian dan sukan di luar bangunan berikutan situasi jerebu serta cuaca panas di luar jangkaan yang sedang melanda negara ketika ini, dengan beberapa lokasi menunjukkan bacaan IPU pada paras tidak sihat.Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, KPM sentiasa memantau dan menitikberatkan kebajikan, kesihatan serta keselamatan murid dalam menghadapi fenomena berkenaan."Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah berkenaan hendaklah ditutup dengan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mengulas penganjuran acara sukan yang sedang berlangsung di peringkat Majlis Sukan Sekolah (MSSM) dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Mohd Azam berkata, penyesuaian akan dilakukan demi keselamatan peserta."Lokasi pertandingan bagi acara terbabit akan diselaraskan semula ke kawasan lebih selamat atau dijalankan secara tertutup di dalam bangunan sekiranya perlu, berdasarkan bacaan IPU semasa," katanya.Dalam pada itu, KPM menggariskan beberapa langkah pencegahan bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terpelihara.Antaranya, semua aktiviti luar bilik darjah hendaklah ditangguhkan jika cuaca terlalu panas dan berjerebu, manakala aktiviti luar perlu dihentikan serta-merta sekiranya bacaan IPU melebihi 100."Sekolah juga wajib ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU di kawasan atau daerah melebihi 200," katanya.KPM turut meminta pihak sekolah memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas supaya kesihatan mereka tidak terjejas.Pada masa sama, institusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi, menggalakkan murid membawa air sendiri serta membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain."Murid juga dinasihati dan digalakkan minum air dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan."Selain itu, institusi pendidikan diminta sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi akibat jerebu dan cuaca panas," katanya.KPM turut menasihati semua institusi pendidikan di bawah naungannya supaya sentiasa peka dan memantau status terkini bacaan IPU menerusi laman sesawang Jabatan Alam Sekitar dari semasa ke semasa."Institusi pendidikan juga diminta sentiasa merujuk dua dokumen rujukan utama, iaitu Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2016: Persediaan Sekolah Berhubung Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid Semasa Menghadapi Cuaca Panas dan Kering Berpanjangan, bertarikh 26 April 2016."Dokumen kedua ialah Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Langkah-langkah KPM bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid di Sekolah yang Berada Dalam Kawasan Jerebu yang Dianggap Kritikal, bertarikh 15 Januari 2019," katanya.Mohd Azam menegaskan, KPM akan memastikan aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan sentiasa diberikan keutamaan dari semasa ke semasa.



Aku janji, perlindungan guru perlu penjelasan konkrit - KONGRES - Sinarharian - 25/08 2:12 pm

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) menegaskan pendirian menyokong Polisi Perlindungan Murid yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan demi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.Namun KONGRES berpandangan pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid, khususnya berkaitan iBorang Aku Janji perlu diperjelaskan dan ditambah baik supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan guru dan pihak pengurusan sekolah.Presidennya, Mohamad Zapawi Mamat berkata, bagi merungkai perkara terbabit KONGRES telah mengemukakan memorandum kepada Menteri Pendidikan melalui Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim di Ipoh baru-baru ini, bagi menyatakan pandangan serta cadangan berhubung pelaksanaan polisi tersebut."KONGRES ingin menegaskan bahawa guru tidak pernah menolak tanggungjawab untuk memastikan murid berada dalam persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan bebas daripada penderaan, gangguan, eksploitasi, buli serta pengabaian."Tanggungjawab melindungi murid juga bukan tanggungjawab guru semata-mata."Ia merupakan tanggungjawab bersama yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, pihak luar yang berurusan dengan murid serta seluruh komuniti pendidikan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Mohamad Zapawi berkata, pada masa yang sama, KONGRES berpandangan bahawa guru merupakan antara benteng hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik dan menjaga keselamatan murid.Katanya lagi, dalam melaksanakan amanah tersebut, guru dalam keadaan tertentu turut berdepan dengan risiko perundangan, tatatertib, liabiliti sivil, siasatan dan pertuduhan."KONGRES melihat terdapat keperluan untuk KPM memberikan penjelasan yang lebih terperinci berhubung penggunaan perkataan 'wajib' dalam SPI Bilangan 4 Tahun 2026."Hal ini kerana, dokumen rasmi tersebut menggunakan istilah 'wajib', sedangkan dalam sesi libat urus pada 14 Ogos 2026, dijelaskan bahawa tandatangan Aku Janji tidak membawa implikasi tindakan tatatertib dan lebih kepada tanda solidariti serta kebersamaan,"ujarnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menyeru KPM, supaya menyemak semula SPI Bilangan 4 Tahun 2026 bagi mengelakkan percanggahan dan kekeliruan dalam pelaksanaannya.Tambahnya lagi pihaknya berharap KPM memberikan penjelasan rasmi secara bertulis mengenai status sebenar tandatangan Borang Aku Janji, termasuk kedudukan dan implikasi sekiranya seseorang guru tidak menandatanganinya.KONGRES terdiri daripada gabungan enam kesatuan dan rakan strategik persatuan iaitu Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaysia (KKGSTM), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Malaya (KGGM), danPersatuan Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-GURU).



Aku Dah Terkena Ni- Anggota APM Maut Dipatuk Tedung Selar, Sempat Cuci Jari & Simpan Ular Sebelum Rebah - Siraplimau - 24/08 8:52 am

Minat mendalam terhadap reptilia yang sudah lama menjadi sebahagian daripada hidupnya bertukar tragedi, apabila seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas dipatuk tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular di Temerloh. Baca juga: Nasib Tak Tenggelam Dengan Bot Tengah Laut- Cabaran Guru Bertugas Di Pulau Bum Bum, KPM Diminta Beri Perhatian! ANGGOTA APM […] The post Aku Dah Terkena Ni- Anggota APM Maut Dipatuk Tedung Selar, Sempat Cuci Jari & Simpan Ular Sebelum Rebah first appeared on SirapLimau.com .




Reformasi     >>



Umno-Pas penderhaka sebenar terhadap institusi Raja, .. - Harapandaily
Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional, Ustaz Shahir menyifatkan tindakan Umno dan Pas berkompolot untuk menjatuhkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai kebiadaban, pengkhianatan dan penderhakaan paling jelas terhadap institusi Raja. Beliau berkata, Umno, Pas dan Wawasan tidak boleh mengelak ..
Kroni     >>



Trump approval falls to record low of 32 per cent as .. - NST
WASHINGTON: President Donald Trumps approval rating fell to 32 per cent - the lowest of his political career - as his fellow Republicans soured on his handling of the cost of living amid the unpopular Iran war, a new Reuters/Ipsos poll found.
Tabloid     >>



Yasin Sulaiman Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan - Rotikaya
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman tampil memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia susulan kenyataannya dalam satu podcast. Menerusi video dimuat naik di Instagram, Yasin berkata perkongsiannya itu adalah berdasarkan apa... Baca selanjutnya → The post Yasin Sulaiman Mohon Maaf, Tarik ..
Tech     >>



Acer Googlebook 14 release - Intel Core Ultra Series 3 .. - Technave
Acer has officially released the Acer Googlebook 14 , the industry's first convertible Googlebook at USD899 (~RM3,665). Featuring up to an Intel Core Ultra 7 processor 355 with a 50 TOPS NPU, a 14-inch 3K OLED touchscreen, and seamless Android integration, early buyers receive 12 months of ..
World     >>



3 US media outlets file lawsuit after being barred .. - Cgtn
Three US news organizations CNN, MSNOW and Politico said on Monday that they are suing US President Donald Trump and several White House officials after being barred from entering the White House.
Motor Trend     >>



PROTON Lancar Proton Capital, Mudahkan Orang Ramai .. - Vocket
PROTON Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan Proton Capital, sebuah syarikat pembiayaan automotif baharu yang ditubuhkan khas bagi meluaskan akses serta menawarkan lebih banyak pilihan... The post PROTON Lancar Proton Capital, Mudahkan Orang Ramai Miliki Kereta appeared first on VOCKET .