| /// |
|
| Search : Klscah News | Page 1 |
|
Premium KLSCAH: Wang jutaan ringgit bukan milik mana-mana pemimpin untuk .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Premium KLSCAH: Wang jutaan ringgit bukan milik mana-mana pemimpin untuk diberikan sesuka hati KUALA LUMPUR Kerajaan perlu menjelaskan asas undang-undang, kaedah penilaian dan justifikasi pengurangan yang begitu besar premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000 |
|
Hannah perlu dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH – MP BN - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Hannah perlu dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH - MP BN KUALA LUMPUR - Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menuntut kerajaan mendedahkan formula pengiraan dan minit kelulusan pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000 |
|
Isu premium tanah KLSCAH, jangan kelirukan rakyat – Hannah - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Isu premium tanah KLSCAH, jangan kelirukan rakyat - Hannah KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM4 juta susulan keputusan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) disifatkan sebagai cubaan mengelirukan rakyat, kata Hannah Yeoh |
|
UMNO Kedah persoal premium pajakan KLSCAH RM1,000, desak Hannah dedah .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm # UMNO Kedah persoal premium pajakan KLSCAH RM1,000, desak Hannah dedah asas kelulusan KUALA LUMPUR - Pengurangan premium pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi tempoh pajakan sehingga 99 tahun terus menjadi persoalan apabila UMNO Kedah mempersoalkan asas pengiraan dan ketelusan keputusan berkenaan |
|
Jangan heret isu premium KLSCAH ke gelanggang perkauman ??? DAP WP - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Jangan heret isu premium KLSCAH ke gelanggang perkauman DAP WP KUALA LUMPUR Pengkritik keputusan pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) diingatkan supaya tidak menjadikan usaha memelihara bangunan bersejarah itu sebagai isu perkauman |
|
Pemuda UMNO persoal premium tanah KLSCAH RM4.67 juta jadi RM1,000 - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Pemuda UMNO persoal premium tanah KLSCAH RM4.67 juta jadi RM1,000 KUALA LUMPUR Bagaimana premium tanah yang pada awalnya dianggarkan RM4.67 juta boleh dikurangkan sehingga hanya RM1,000? Apakah asas penilaian dan prosedur yang membolehkan pengurangan hampir 100 peratus itu diluluskan? Itu antara persoalan yang dibangkitkan Pemuda UMNO berhubung keputusan kerajaan menetapkan premium RM1,000 bagi pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) |
|
Premium RM1,000: Hentikan politik sempit terhadap KLSCAH ??? AMK WP - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Premium RM1,000: Hentikan politik sempit terhadap KLSCAH AMK WP KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menyifatkan kritikan beberapa pemimpin politik berhubung kadar premium nominal RM1,000 melibatkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mengabaikan fakta perundangan tanah serta status pemuliharaan warisan negara |
|
KLSCAH: MCA senada DAP, mahu BN nilai dari sudut warisan KLSCAH: MCA .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm # KLSCAH: MCA senada DAP, mahu BN nilai dari sudut warisan KUALA LUMPUR MCA mempertahankan keputusan kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) selama 99 tahun dengan premium RM1,000, sambil menegaskan perkara itu perlu dinilai berdasarkan kepentingan warisan negara, bukannya sentimen kaum atau politik |
|
Hannah dituntut perjelas asas pengurangan premium pajakan KLSCAH – .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Hannah dituntut perjelas asas pengurangan premium pajakan KLSCAH - Wawasan KUALA LUMPUR - Asas pengurangan premium pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000 bagi tempoh 99 tahun wajar dijelaskan secara terbuka kepada rakyat |
|
Akmal jangan main angka RM4.67 juta, dasar RM1,000 itu wujud sejak 2021 - Harapandaily - 17/11 6:19 pm Timbalan Ketua Penerangan PKR Cabang Bandar Tun Razak, Muhamad Taufiq Iskandar membidas Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh, dengan menegaskan bahawa pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 tidak boleh dilihat berdasarkan angka semata-mata tanpa memahami sebab dan tujuan keputusan tersebut dibuat |
|
KLSCAH: Kerajaan digesa perjelas asas pengurangan premium tanah RM4.67 juta kepada RM1,000 - Peguam - Sinarharian - 17/11 5:55 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperincikan asas undang-undang, kaedah penilaian serta justifikasi di sebalik keputusan memberikan pengurangan premium tanah daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan berhubung pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit itu yang dibuat atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah.Beliau mempersoalkan kemudahan kerajaan meluluskan pelepasan dalam jumlah yang besar itu, sambil menegaskan bahawa dana awam bukanlah hak milik mutlak mana-mana pihak untuk diagihkan tanpa penjelasan munasabah."RM4.67 juta boleh menjadi RM1,000 sahaja |
|
Tanah kolam banjir pun dulu diberi kepada pemaju waktu BN – Hannah Yeoh jawab Umno, Pas isu KLSCAH - Harapandaily - 17/11 5:13 pm Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil menjawab kritikan pemimpin Umno dan Pas berhubung keputusan kerajaan menetapkan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) |
|
KLSCAH RM1,000 land premium: BN MPs issue five demands to Hannah Yeoh - Sinardaily - 17/11 5:05 pm SHAH ALAM Barisan Nasional (BN) lawmakers have put forward five demands to Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh, calling on her to explain the decision to approve the lease renewal for the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) site.The BN Members of Parliament secretariat said the Federal Territories Land Committees decision to approve a nominal premium of just RM1,000 was shocking and difficult to comprehend.We demand the disclosure of the official calculation formula, circulars, valuation basis and approval minutes that allowed the RM4.67 million value to be reduced to RM1,000 following the change in land use from commercial to institutional.The government must also guarantee that no profit-oriented commercial activities will be carried out through the rental of the hall and building spaces to external parties at commercial rates |
|
RM4.6 juta jadi RM1,000! Apa sebenarnya berlaku pada pajakan KLSCAH? - Wrlr - 17/11 4:52 pm Harapandaily November 17, 2026 Keputusan melanjutkan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000 bukan bermaksud kerajaan menjual tanah berkenaan pada harga tersebut, sebaliknya merupakan langkah membolehkan bangunan bersejarah itu terus dipelihara sebagai institusi warisan |
|
Premium tanah KLSCAH RM1,000: Ahli Parlimen BN kemuka lima tuntutan kepada Hannah - Sinarharian - 17/11 4:16 pm SHAH ALAM - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengemukakan lima tuntutan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh supaya menjelaskan keputusan meluluskan pembaharuan pajakan bagi tapak Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Sekretariat Ahli Parlimen BN berkata, keputusan Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan yang membenarkan kadar premium nominal hanya RM1,000 merupakan tindakan mengejutkan dan sukar diterima akal."Kami menuntut pendedahan formula pengiraan rasmi, pekeliling, asas penilaian serta minit kelulusan yang membolehkan nilai RM4.67 juta dikurangkan kepada RM1,000 selepas perubahan kegunaan tanah daripada komersial kepada institusi."Kerjaaan perlu memberi jaminan tiada aktiviti komersial berorientasikan keuntungan menerusi penyewaan dewan dan ruang bangunan kepada pihak luar pada kadar komersial, selain memasukkan klausa menarik balik kelulusan sekiranya syarat dilanggar," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut dilapor menjelaskan, kadar berkenaan mengambil kira persetujuan KLSCAH menukar status tanah kepada kegunaan institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah.Menurutnya, penetapan premium tanah perlu mengambil kira syarat serta potensi kegunaan tanah berkenaan dan bukannya semata-mata berdasarkan nilai pembangunan komersial.Dalam pada itu, BN turut menuntut kerajaan membuktikan insentif sama diberi kepada pertubuhan kebajikan, rumah ibadat serta badan warisan kaum lain di Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan layanan berbeza sekiranya status warisan dan institusi menjadi ukuran mutlak untuk mendapat kadar berkenaan."Kerajaan juga perlu menjelaskan rasional kelulusan tempoh pajakan maksimum 99 tahun sedangkan pajakan asal tapak itu masih berbaki lapan tahun, termasuk syarat penggunaan dan penyewaan serta mekanisme pemantauan pematuhan."Jelaskan maksud tanah yang dikatakan tidak lagi mempunyai nilai pembangunan komersial selepas ditukar kepada kegunaan institusi, termasuk asas penilaian rasmi yang digunakan bagi menetapkan premium RM1,000," ujarnya.BN menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal integriti pengurusan aset dan hasil negara."Menteri bertanggungjawab mesti menjawab semua persoalan ini secara tuntas dan bersedia membentangkannya di Dewan Rakyat," katanya. |
|
Isu premium tanah KLSCAH boleh jejaskan sokongan terhadap PH - Sinarharian - 17/11 3:24 pm KUALA LUMPUR Keputusan mengurangkan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 perlu dijelaskan secara lebih terperinci bagi mengelakkan polemik perkauman serta persepsi wujudnya layanan istimewa.Seorang penyokong kerajaan, Norman Daud berkata, walaupun keputusan itu mempunyai asas teknikal dari sudut pengurusan tanah, pelaksanaannya perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.Menurutnya, keputusan yang dibuat tanpa penerangan mencukupi boleh menjadi isu politik yang memberi kesan kepada kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH).Beliau berkata, dalam pengurusan tanah, kadar premium sememangnya bergantung kepada status dan kegunaan tanah, termasuk apabila berlaku perubahan syarat daripada komersial kepada institusi bukan berasaskan keuntungan."Apabila tanah ditukar syarat kepada kegunaan institusi bukan berasaskan keuntungan seperti NGO dan diwartakan sebagai tapak warisan, pemilik tidak lagi mempunyai kebebasan untuk membangunkannya bagi tujuan komersial seperti pembinaan kondominium atau menara pejabat."Justeru, penilaian semula premium kepada kadar nominal mempunyai asas teknikal yang sah dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tanah," katanya yang dipetik menerusi Facebook beliau.Norman berkata, KLSCAH juga sudah diwartakan sebagai bangunan warisan sejak 2007, justeru mengenakan premium jutaan ringgit kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan boleh menyukarkan usaha memelihara serta menyelenggara bangunan bersejarah berkenaan.Bagaimanapun, katanya, pengurangan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000, iaitu lebih 99.9 peratus, terlalu drastik pada pandangan masyarakat umum sekiranya tidak disertakan penjelasan menyeluruh."Tanpa penerangan teknikal yang jelas dari awal, keputusan itu mudah dilihat sebagai layanan istimewa atau pilih kasih, lebih-lebih lagi apabila ia dibuat sejurus selepas pertukaran menteri yang memegang portfolio Wilayah Persekutuan," katanya.Dalam pada itu, beliau berpandangan tindakan sesetengah pemimpin DAP yang menurutnya kurang mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu boleh memberi kesan kepada parti komponen PH lain, khususnya PKR dan Amanah.Katanya, kedua-dua parti itu berdepan cabaran untuk menjelaskan keputusan kerajaan kepada masyarakat Melayu, termasuk perkara yang mungkin bukan dicetuskan oleh mereka sendiri.Beliau turut mengaitkan keadaan itu dengan keputusan tiga pilihan raya negeri (PRN) terbaharu yang menurutnya memperlihatkan penolakan pengundi Melayu terhadap PKR dan Amanah."DAP tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada usaha menjaga sokongan pengundi teras mereka tanpa mengambil kira kesannya kepada parti gabungan lain."Keadaan ini perlu diperbetulkan kerana usaha membina sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni memerlukan toleransi serta kepekaan semua pihak," katanya.Sehubungan itu, Norman meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil perhatian terhadap isu berkenaan dan memastikan setiap keputusan kerajaan dibuat dengan mengambil kira implikasi politik serta sensitiviti masyarakat majmuk.Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan mana-mana parti dalam kerajaan tidak seharusnya menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap keseluruhan gabungan PH. |
|
Isu KLSCAH: Hannah perlu berhenti beri jawapan sambil lewa, segera dedah pekeliling RM4.67 juta susut jadi RM1,000 - Sinarharian - 17/11 1:38 pm KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh perlu berhenti memberi jawapan sambil lewa dan segera tampil menjelaskan beberapa perkara utama berhubung keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, ia termasuk mendedahkan pekeliling, formula pengiraan rasmi dan asas penilaian yang membolehkan RM4.67 juta menyusut menjadi RM1,000 selepas kegunaan tanah ditukar daripada komersial kepada institusi.Menurutnya, ini kerana pengurangan drastik sebanyak 99.98 peratus daripada anggaran nilai asal menimbulkkan persoalan serius mengenai ketirisan hasil kerajaan di tengah-tengah ibu negara."Ketika rakyat biasa dan peniaga kecil ditekan dengan pelbagai cukai serta syarat ketat dalam urusan tanah, sebuah entiti di lokasi segi tiga emas di sini diberikan pajakan maksimum hampir satu abad pada harga yang tidak masuk akal."Penjelasan menteri dengan alasan penukaran status tanah kepada institusi dan pewartaaan bangunan warisan langsung tidak menjawab keresahan sebenar rakyat."Selain itu, memandangkan tapak tersebut telah diiktiraf sebagai aset Warisan Kebangsaan sejak 2007, mengapa kerajaan tidak membangunkannya secara kerjasama strategik sebagai hab pelancongan warisan dan kebudayaan nasional yang mampu menjana ekonomi serta memberi pulangan terus kepada rakyat berbanding menyerahkan pajakan penuh hampir satu abad kepada satu pihak dengan harga RM1,000," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal SalehPremium tanah KLSCAH dilihat seperti percumaKLSCSH: RM4.67 juta jadi RM1,000, apa yang tidak kena?Pengurangan premium KLSCAH kepada RM1,000 tidak munasabah Kok SeongRidhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional berhubung isu pajakan KLSCAH di bangunan Parlimen pada Selasa.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai kontroversi berhubung penetapan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH sebelum ini mencetuskan kritikan beberapa pemimpin politik dan aktivis yang mempersoalkan kewajaran pengurangan kadar berkenaan daripada anggaran asal RM4.67 juta.Antara perkara yang dibangkitkan ialah soal kesaksamaan pemberian pengurangan premium kepada institusi lain, selain persoalan sama ada kerajaan memberikan layanan berbeza kepada organisasi tertentu.Tambah Manndzri, menteri juga perlu memperjelaskan maksud tanah 'tiada nilai komersial'."Merujuk kenyataan menteri bahawa tanah KLSCAH tidak lagi mempunyai nilai pembangunan komersial selepas kegunaannya ditukar kepada institusi, adakah penjelasan tersebut hanya merujuk kepada sekatan pembangunan atau turut mencerminkan penilaian rasmi tanah berkenaan?"Kementerian mesti mengemukakan asas penilaian selepas perubahan kegunaan tanah serta menjelaskan bagaimana sekatan tersebut diambil kira dalam penetapan premium RM1,000," ujarnya. |
|
RM4.6 juta jadi RM1,000! Apa sebenarnya berlaku pada pajakan KLSCAH? - Harapandaily - 17/11 1:36 pm Keputusan melanjutkan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) selama 99 tahun dengan premium nominal RM1,000 bukan bermaksud kerajaan menjual tanah berkenaan pada harga tersebut, sebaliknya merupakan langkah membolehkan bangunan bersejarah itu terus dipelihara sebagai institusi warisan |
|
'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal Saleh - Sinarharian - 17/11 1:31 pm SHAH ALAM - Hak pembangunan komersial yang sebenarnya dilepaskan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dipersoalkan susulan pengurangan premium pembaharuan pajakan tanahnya daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu perlu diperjelaskan memandangkan bangunan KLSCAH sudah berstatus warisan sejak 2007, sedangkan penukaran kegunaan tanah kepada institusi dikemukakan sebagai antara alasan pengurangan premium berkenaan."KLSCAH juga dikatakan rela menukar status tanah kepada institusi dan melepaskan potensi membina kondominium atau pusat beli-belah."Bangunan itu sudah berstatus warisan sejak 2007 |
|
Premium tanah KLSCAH RM1,000: Elak persepsi pilih kasih - DHPP - Sinarharian - 17/11 1:23 pm KUALA LUMPUR - Keputusan meluluskan pembaharuan pajakan tanah milik Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dengan premium nominal RM1,000 berbanding anggaran terdahulu RM4.67 juta perlu dijelaskan secara telus bagi mengelakkan persepsi pilih kasih.Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Wilayah Persekutuan, Dr Subash Chandrabose berkata, beberapa persoalan berhubung asas penetapan premium, prosedur kelulusan serta kesaksamaan layanan terhadap institusi lain perlu diberikan penjelasan terbuka."Isu ini wajar dilihat dari sudut tadbir urus, kepentingan awam dan prinsip keadilan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang sesebuah institusi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Subash berkata, pihaknya menghormati peranan KLSCAH sebagai institusi masyarakat Cina yang mempunyai sejarah dan sumbangan tersendiri di Kuala Lumpur termasuk usaha memelihara bangunan warisan."Namun, penghormatan terhadap sesebuah institusi tidak bermakna persoalan berkaitan pentadbiran tanah awam tidak boleh dibangkitkan |
|
Ahli Parlimen BN tuntut kerajaan dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH - FMT - 17/11 12:59 am Sekretariat Ahli Parlimen BN turut mempersoalkan pajakan 99 tahun ketika tempoh asal masih berbaki lapan tahun dan menuntut jaminan tiada sewaan komersial. |
|
KLSCAH RM1k land premium latest Umno-PAS, DAP flashpoint - Mkini - 17/11 12:32 am Yeoh argues hall has heritage status and can't be developed commercially. |
|
Diskaun premium tanah KLSCAH cetus pertikaian baru Umno-PAS, DAP - Mkini - 17/11 12:27 am Kalau nak cerita pasal sejarah tanah di Kuala Lumpur, rekod jelas menunjukkan Umno ini pernah jual padang rakyat |
|
Hannah defends RM1,000 land premium for Chinese Assembly Hall - Sinardaily - 17/11 11:09 am SHAH ALAM Minister in the Prime Ministers Department (Federal Territories) Hannah Yeoh has defended the governments decision to impose a RM1,000 land premium on the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), following criticism from several quarters, including Umno and Pas leaders.She said the rate took into account KLSCAHs agreement to change the land status to institutional use, which meant giving up the potential for commercial development such as condominiums and shopping malls.The land premium rate must take into account the conditions and potential use of the land, rather than being based solely on its commercial development value.They say we have given away government revenue and that we should have collected RM4 million |
|
KLSCAH land premium appears to have been given away for free - Sinardaily - 17/11 10:54 am SHAH ALAM - The reduction in the land premium for the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) from RM4.67 million to a nominal RM1,000 is seen as excessively low, almost as though the land had been given to the association for free.Constitutional expert Associate Professor Dr Muhammad Fathi Yusof said the government should have set a more reasonable premium rate by taking into account various factors, including public interest, the recipient's ability to make payment and the intended use of the land.He said land premiums set by the government are generally lower than market value, potentially ranging between 25 and 50 per cent of the market price.If the building is used for purposes that generate income, the question of affordability does not arise.In fact, even if no reduction were granted, the premium should still be set at a more reasonable rate, rather than the nominal amount of RM1,000, he told Sinaron Monday.Muhammad Fathi said the reduction in the premium from RM4.67 million to RM1,000 also raised questions about transparency and the criteria used by the government in granting the concession.As such, he said the government must explain the basis for granting the privilege, including who benefits from it and whether the recipient genuinely requires assistance.There must be transparency |
|
Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000 - Sinarharian - 17/11 10:38 am SHAH ALAM - Selepas dikritik hebat pelbagai pihak termasuk pemimpin daripada UMNO dan Pas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil menjelaskan faktor keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Beliau menjelaskan bahawa kadar berkenaan mengambil kira persetujuan KLSCAH menukar status tanah kepada kegunaan institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah."Penetapan premium tanah perlu mengambil kira syarat serta potensi kegunaan tanah berkenaan dan bukannya semata-mata berdasarkan nilai pembangunan komersial."Mereka kata kita gadaikan hasil kerajaan |
|
DBKL perlu jelaskan isu premium tanah KLSCAH - Ridhuan Tee - Sinarharian - 17/11 10:23 am KUALA LUMPUR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu tampil memberikan penjelasan berhubung keputusan mengurangkan premium pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000.Pendakwah, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, keputusan yang membabitkan pengurangan ketara itu menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya mengenai asas pertimbangan, proses kelulusan dan pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan.Beliau turut menggesa supaya nama ahli Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan yang meluluskan permohonan tersebut didedahkan bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat."Siapakah ahli jawatankuasa yang membuat keputusan ini? Rakyat berhak mengetahui siapa yang meluluskan pengurangan premium daripada RM4.67 juta kepada RM1,000."Apakah asas pertimbangan sehingga pengurangan begitu besar diberikan? Adakah tanah di tengah ibu kota ini langsung tidak mempunyai nilai komersial?" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Ridhuan Tee berkata, alasan bahawa bangunan KLSCAH berstatus warisan dan tidak boleh dibangunkan semula untuk tujuan komersial perlu diperjelaskan secara menyeluruh, termasuk implikasinya terhadap penilaian premium tanah.Beliau turut mempersoalkan kemampuan kewangan pertubuhan itu sebelum ini, khususnya bagaimana KLSCAH berupaya menyediakan bayaran premium RM4.67 juta sekiranya kedudukan kewangannya dikatakan tidak kukuh."Kalau benar pertubuhan ini tidak mempunyai kemampuan kewangan, bagaimana mereka boleh membayar premium RM4.67 juta sebelum ini? Duit itu datang dari mana?"Justeru, saya mencadangkan audit menyeluruh dilakukan terhadap kedudukan kewangan pertubuhan berkenaan supaya segala persoalan dapat dijawab berdasarkan fakta," katanya.Dalam masa sama, beliau menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meneliti operasi dan aktiviti kewangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan bagi memastikan status serta kegiatan sebenarnya selaras dengan peraturan yang ditetapkan.Menurutnya, KLSCAH bukan sekadar berfungsi sebagai badan induk yang menghimpunkan pelbagai persatuan masyarakat Cina, malah turut menyediakan kemudahan termasuk pendaftaran perkahwinan dan penyewaan ruang kepada pihak luar.Katanya, perkara itu wajar diteliti bagi menjelaskan sama ada aktiviti berkenaan mempunyai unsur komersial serta bagaimana hasil yang diperoleh diuruskan.Beliau turut membangkitkan isu penggunaan bahasa dalam program rasmi pertubuhan itu dan menegaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diberikan kedudukan sewajarnya dalam semua urusan rasmi di negara ini.Ridhuan Tee berkata, status bangunan warisan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memberikan keistimewaan tanpa penilaian yang telus, lebih-lebih lagi apabila keputusan berkenaan membabitkan kepentingan awam dan hasil kerajaan.Beliau turut mengingatkan bahawa kemudahan atau insentif yang diberikan kepada mana-mana pertubuhan perlu berasaskan prinsip keadilan, ketelusan dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang."Jangan sampai atas alasan memelihara bangunan warisan, kepentingan rakyat dan hasil negara diketepikan |
|
KLSCAH - KL Selangor Chinese Assembly Hall - Denyutreformasi - 17/11 9:39 am 3. Pemimpin UMNO dan PAS dan segelintir penunggang agama kuat mainkan isu ini sejak semalam sebab Kerajaan MADANI mengenakan premium tanah sebanyak RM1000 sahaja kepada KLSCAH |
|
Tunjuk satu lot tanah di KL yang tiada nilai, saya pun nak tahu – .. - Mygazette - 17/11 8:06 am # Tunjuk satu lot tanah di KL yang tiada nilai, saya pun nak tahu - Akmal KUALA LUMPUR - Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan asas keputusan kerajaan mengurangkan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) yang bernilai RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 |
|
Akmal Saleh Berang KLSCAH Cuma Perlu Bayar RM1,000...Banding Nasib .. - Wrlr - 17/11 7:02 am Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut menyertai gelombang kritikan terhadap keputusan kerajaan menurunkan premium pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada kira-kira RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 |
|
KLSCAH land premium cut due to status change - NST - 17/11 6:50 am Your browser does not support the audio element. |
|
Isu premium KLSCAH: Nasib tanah Melayu jadi tanda tanya – Aliff - Mygazette - 16/11 5:27 pm # Isu premium KLSCAH: Nasib tanah Melayu jadi tanda tanya - Aliff KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menurunkan premium pembaharuan pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dari RM4.67 juta kepada RM1,000 menimbulkan persoalan mengenai keadilan dan kesaksamaan dasar pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan |
|
Akmal Saleh persoal keutamaan kerajaan, kebajikan penghuni rumah awam, PPR - Sinarharian - 16/11 5:19 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan keutamaan kerajaan memberikan pengurangan premium tanah kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) berbanding menjaga kebajikan penghuni perumahan awam dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berdepan tindakan pengosongan rumah.Beliau berkata, pengurangan premium tanah daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 atas alasan memelihara bangunan warisan perlu dilihat seiring dengan keperluan membantu golongan berpendapatan rendah yang menetap di perumahan berkenaan."Nak jaga warisan boleh bagi diskaun premium tanah berjuta ringgit, pada masa yang sama, rakyat tak bayar sewa PPR kena ambil tindakan."Mana satu yang lebih utama? Jaga warisan atau kebajikan rakyat? Menteri tolong jawab," katanya menerusi hantaran video di media sosial pada Isnin.DBKL sebelum ini mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 602 unit Perumahan Awam dan PPR di ibu negara atas pelbagai pelanggaran syarat serta peraturan, dari Januari hingga akhir September lalu.Daripada jumlah itu, 323 unit berjaya dikosongkan dengan 193 unit sudah ditawarkan kepada pemohon, manakala baki 130 unit masih dalam proses penawaran kepada 234 pemohon secara berperingkat.Dr Muhamad Akmal juga mempersoalkan sama ada jumlah tunggakan sewa penghuni terbabit melebihi nilai premium tanah asal KLSCAH yang berjumlah RM4.67 juta."Saya nak tanya kepada menteri |
|
KLSCAH land premium cut unreasonable, potentially controversial, says academic - NST - 16/11 5:10 pm KUALA LUMPUR: The decision to reduce the land premium for the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) from an initial estimate of RM4.67 million to RM1,000 has been described as unreasonable and potentially controversial. |
|
KLSCAH land premium slashed to RM1,000 following change in status - NST - 16/11 4:42 pm KUALA LUMPUR: The land premium for the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) was reduced from an estimated RM4.67 million to RM1,000 following the conversion of its land status from commercial to institutional use. |
|
Premium RM4.67 juta jadi RM1,000, menteri pertahan diskaun buat KLSCAH - Mkini - 16/11 3:24 pm Hannah Yeoh berkata pembaharuan pajakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) mengambil kira perubahan status tanah daripada komersial kepada institusi. |
|
KLSCAH berstatus bangunan warisan, tiada nilai komersial - Hannah Yeoh - Sinarharian - 16/11 3:04 pm KUALA LUMPUR - Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada awal 2007.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, perubahan status itu menyebabkan nilai tanah tidak lagi dinilai sebagai tanah komersial kerana hanya boleh digunakan bagi tujuan institusi serta mengekalkan fungsi bangunan warisan tersebut.Menurutnya, KLSCAH yang mempunyai baki tempoh pajakan selama lapan tahun mengemukakan rayuan bagi mendapatkan pengurangan premium memandangkan bangunan itu berstatus warisan dan beroperasi sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan."Apabila mereka menukar status tanah daripada komersial kepada institusi, tanah itu sudah tidak bernilai seperti tanah komersial."Ia tidak boleh dibangunkan menjadi kondominium atau pusat beli-belah, sebaliknya hanya kekal sebagai bangunan warisan institusi seperti sekarang," katanya.Hannah berkata sedemikian pada pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (Wilayah Persekutuan), pada Isnin.Sebelum ini, kerajaan dilaporkan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium ditetapkan pada kadar nominal RM1,000 berbanding anggaran premium terdahulu kira-kira RM4.67 juta.Hannah menjelaskan, rayuan bagi mendapatkan pengurangan premium itu dikemukakan atas dasar berkenaan sebelum jawatankuasa yang menilai permohonan bersetuju menetapkan premium pada kadar RM1,000.Pada 14 September lalu, Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan meluluskan penyerahan dan pemberian milik semula tanah itu bagi kegunaan institusi.Surat kelulusan rasmi bertarikh 1 Oktober pula menetapkan premium tanah sebanyak RM1,000, manakala jumlah keseluruhan yang perlu dibayar berdasarkan notis tanah rasmi ialah RM5,011 termasuk sewa tanah tahun pertama dan caj pentadbiran.Kadar sewa tanah tahunan ditetapkan sebanyak RM3,151.Keputusan itu susulan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memberikan pertimbangan khas terhadap usaha memelihara bangunan bersejarah berkenaan selepas mengunjungi dewan itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 Februari lalu. |
|
Status institusi punca premium tanah KLSCAH turun RM1,000 - FMT - 16/11 1:45 pm Menteri Wilayah Persekutuan berkata tanah itu tidak lagi boleh dibangunkan untuk tujuan komersial selepas ditukar status. |
|
Ridhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000 - Sinarharian - 16/11 1:13 pm Pajakan 99 tahun lagi."Bayangkan jika ada pilihan raya PBT di Kuala Lumpur, mereka kuasai bandar. Haram tangan kita undi mereka," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan perkara itu, namun ia dipercayai ada kaitan keputusan pengurangan kadar premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Profesor Emeritus, Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan pengurangan kadar premium tanah berkenaan sebagai tindakan mengejutkan dan tidak munasabah.Beliau berkata, keputusan itu bukan sahaja mengejutkan kerana dibuat dalam tempoh singkat selepas berlaku perubahan kepimpinan buat kali pertama dalam portfolio berkenaan, malah kadar pengurangan yang terlalu besar juga tidak masuk akal. |
|
KLSCAH land premium reduction draws criticism from academic - Sinardaily - 16/11 1:01 pm SHAH ALAM The reduction of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall's (KLSCAH) land premium from an estimated RM4.67 million to RM1,000 has drawn criticism from Emeritus Professor Datuk Dr Teo Kok Seong, who described the decision as shocking and unreasonable.He said the decision was surprising not only because it came shortly after a change in leadership of the portfolio, which had previously been controversial, but also because of the significant reduction.He added that such a reduction had not been made before the leadership change.According to Teo, reducing the land premium from millions of ringgit to just RM1,000 would be difficult for many to accept, given the scale of the concession."The RM4.67 million premium set before the reduction must have been based on concrete grounds and reasons."In other words, there must have been valid justification for the premium, even after KLSCAH was gazetted as a heritage site in 2007," he said in a statement on Monday.On November 14, the government approved a 99-year lease renewal for the KLSCAH land, with the premium set at RM1,000, down from the previous estimated amount of RM4.67 million.Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh reportedly announced the decision at KLSCAH's 103rd anniversary dinner.According to Bernama, the Federal Territories Land Committee approved the surrender and re-alienation of the land for institutional use on September 14.The official approval letter dated October 1 set the land premium at RM1,000, while the total amount payable was RM5,011, including the first year's land rent and administrative charges.The annual land rent was set at RM3,151.The decision followed Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's commitment to give special consideration to efforts to preserve the historic building after visiting the hall during Chinese New Year celebrations on February 17.Commenting further, Teo, who is also a senior fellow at the National Professors Council, said setting the land premium at just RM1,000 amounted to rejecting, disrespecting and betraying the portfolio, which had existed since 1979, particularly its previous leaders.He said the explanation that land premiums had also been reduced for several other heritage sites in Kuala Lumpur was an attempt to deflect criticism over what he described as an excessive and unreasonable reduction for KLSCAH.Teo said the decision was insensitive and could trigger controversy and affect the country's social harmony.Apart from questioning the reduction, he also raised concerns over the language used during the official announcement ceremony."The announcement ceremony was undoubtedly an official function under the portfolio, and indeed an official national event, yet it appeared to sideline the country's national identity and the people's cultural identity," he said.He said the event should have been conducted in the national language, but Malay was not given priority."Such incidents continue to happen despite repeated criticism, and are even being completely disregarded by government agencies themselves," he said.Teo said the situation should not be allowed to continue, as Malay, which serves as both the national and official language, was being disregarded. |
|
Pengurangan premium KLSCAH kepada RM1,000 tidak munasabah Kok Seong - Sinarharian - 16/11 11:21 am SHAH ALAM Pengurangan kadar premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 disifatkan sebagai tindakan mengejutkan dan tidak munasabah.Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, keputusan itu bukan sahaja mengejutkan kerana dibuat dalam tempoh singkat selepas berlaku perubahan kepimpinan buat kali pertama dalam portfolio berkenaan, malah kadar pengurangan yang terlalu besar juga tidak masuk akal.Beliau berkata, pengurangan itu tidak dilakukan sebelum adanya perubahan kepimpinan yang pernah menjadi kontroversi.Menurutnya, pengurangan kadar premium daripada jutaan ringgit kepada hanya RM1,000 sukar diterima banyak pihak kerana ia membabitkan konsesi yang terlalu besar sehingga boleh menimbulkan kontroversi."Kadar premium berjumlah RM4.67 juta sebelum pengurangan itu sudah pasti mempunyai asas dan sebab yang konkrit."Dengan kata lain, kadar premium itu ada pewajarannya yang absah walaupun setelah KLSCAH diwartakan sebagai tapak warisan pada 2007," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Pada 14 November lalu, kerajaan meluluskan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH selama 99 tahun dengan premium tanah ditetapkan pada kadar nominal RM1,000 berbanding anggaran premium terdahulu kira-kira RM4.67 juta.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan mengumumkan keputusan itu pada majlis makan malam ulang tahun KLSCAH ke-103.Menurut laporan Bernama, Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan meluluskan penyerahan dan pemberian milik semula tanah itu bagi kegunaan institusi pada 14 September lalu.Surat kelulusan rasmi bertarikh 1 Oktober pula menetapkan premium tanah RM1,000, manakala jumlah keseluruhan yang perlu dibayar berdasarkan notis tanah rasmi ialah RM5,011 termasuk sewa tanah tahun pertama dan caj pentadbiran.Kadar sewa tanah tahunan ditetapkan sebanyak RM3,151.Keputusan itu susulan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memberikan pertimbangan khas terhadap usaha memelihara bangunan bersejarah berkenaan selepas mengunjungi dewan itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 Februari lalu.Mengulas lanjut, Kok Seong yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara berkata, pengenaan premium hanya RM1,000 itu merupakan satu tindakan penolakan, penghinaan dan pengkhianatan kepada portfolio berkenaan yang wujud sejak 1979, khususnya kepada barisan kepimpinan terdahulu.Kok Seong berkata, kenyataan bahawa kadar premium turut dikurangkan bagi sebilangan tapak warisan lain di Kuala Lumpur tidak lain dan tidak bukan bertujuan menepis tindak balas negatif yang bakal timbul berhubung pengurangan terlalu besar dan tidak munasabah kepada KLSCAH.Menurutnya, tindakan pengurangan itu sangat tidak sensitif dan bukan sahaja akan mencetuskan polemik sengit, malah turut menjejaskan keharmonian sosial negara.Selain mempertikaikan keputusan pengurangan premium itu, beliau turut membangkitkan isu penggunaan bahasa dalam majlis pengumuman rasmi berkenaan."Majlis pengumumannya yang pasti adalah upacara rasmi portfolio itu, malah majlis rasmi negara, didapati membelakangkan identiti nasional untuk negara dan identiti budaya bagi rakyat," katanya.Beliau berkata, majlis berkenaan sepatutnya wajib dijalankan menggunakan bahasa rasmi, namun bahasa Melayu didapati tidak diutamakan."Perkara sebegini bukan sahaja berulang walaupun selalu ditegur, juga langsung diendahkan oleh agensi kerajaan sendiri," katanya.Kok Seong berkata, keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana bahasa Melayu selaku bahasa negara yang sekali gus mendukung peranan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tidak dipedulikan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |