| /// |
|
| Search : Kbs News | Page 1 |
|
Azizulhasni Awang Menangis Lega, Misi Ke LA28 Diteruskan - Ohmedia - 31/08 8:10 pm Azizulhasni Awang lega selepas KBS dan MSN mengesahkan khidmatnya masih diperlukan untuk misi ke LA28 |
|
Mereka Masih Perlukan Khidmat Saya," Azizulhasni Menangis Terharu Terima E-mel Dari KBS, MSN - Siakapkeli - 31/08 5:36 pm Mereka Masih Perlukan Khidmat Saya," Azizulhasni Menangis Terharu Terima E-mel Dari KBS, MSN Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awa |
|
“Terima Kasih Rakyat Malaysia..” – Azizulhasni Awang Dapat Lampu Hijau, KBS Dan MSN Sokong Misi LA28 - Beautifulnara - 31/08 5:07 pm Datuk Azizulhasni Awang akhirnya mendapat sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meneruskan misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) |
|
'Its a YES!' - Air mata iringi restu Azizulhasni ke LA28 - Sinarharian - 31/08 3:08 pm TANGISAN kegembiraan mengiringi luahan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas menerima pengesahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa khidmatnya masih diperlukan dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe berkata, berita berkenaan diterimanya menerusi e-mel daripada KBS dan MSN selepas selesai menjalani latihan di trek pada Isnin, sekali gus melegakan tekanan yang ditanggungnya sepanjang minggu lalu.ARTIKEL BERKAITAN: MSN nafi abaikan perancangan Azizulhasni ke LA28Misi LA28, Malaysia masih perlukan AzizulhasniPendedahan Azizulhasni mengejutkan, KBS tidak serius urus atlet - Ketua Pemuda Pas'Lebih baik hilang menteri sebegini daripada hilang atlet banyak jasa pada negara' - Akmal Saleh"Alhamdulillah |
|
Azizulhasni dapat sokongan KBS, MSN ke Olimpik 2028 - FMT - 31/08 12:13 am Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia berkata pihaknya menerima surat daripada MSN semalam yang mengesahkan sokongan terhadap usaha pelumba itu beraksi pada Sukan Olimpik Los Angeles. |
|
Azizulhasni dapat lampu hijau buru tiket LA28 - Sinarharian - 31/08 11:59 am PELUMBA sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang mendapat sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meneruskan misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memaklumkan telah menerima pengesahan daripada MSN bahawa jaguh berbasikal trek negara itu akan menjadi antara pelumba yang menggalas tugas mengumpul mata kelayakan Olimpik menerusi acara keirin dan pecut.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari turut mengarahkan MSN memastikan kesinambungan proses kelayakan atlet berbasikal trek negara ke LA28, sekali gus memberi laluan lebih jelas buat Azizulhasni meneruskan perjuangannya.Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, keputusan itu memberi kelegaan kepada Azizulhasni untuk memberi fokus terhadap kempen kelayakan yang bermula dengan Kejohanan Trek Dunia UCI 2026 di Shanghai, China, Oktober ini.Katanya, PKBM sudah membuat persiapan awal termasuk mengadakan perbincangan bersama MSN bagi memahami laluan kelayakan serta kejohanan yang perlu disertai bagi mengumpul mata ranking Olimpik."Proses kelayakan LA28 memerlukan perancangan rapi sejak awal, termasuk pemahaman jelas mengenai laluan pertandingan dan bentuk sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh kelayakan," katanya menerusi satu kenyataan.Amarjit berkata, keputusan kerajaan dan MSN itu amat penting bukan sahaja buat Azizulhasni, malah untuk masa depan sukan berbasikal trek negara dalam menghadapi cabaran LA28.Menurutnya, sokongan diberikan berdasarkan prestasi semasa, pencapaian cemerlang serta pengalaman luas Azizulhasni yang mampu menjadi aset penting dalam membimbing pelumba muda negara."Azizulhasni sudah memberikan begitu banyak kepada sukan Malaysia dan beliau masih mampu bersaing di peringkat tertinggi |
|
'Better lose a minister than an athlete' - Akmal slams Youth and Sports Ministry, MSN - Sinardaily - 30/08 5:14 pm SHAH ALAM - Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh has questioned the competence of the Youth and Sports Ministry (KBS) and the National Sports Council (MSN) following national track cyclist Datuk Azizulhasni Awang's revelations about the institutions' attitude.Dr Akmal said that no matter how outstanding an athlete may be, poor and incompetent management would end up costing the country its sporting assets."It got to the point where the athlete himself had to write a lengthy letter before MSN gave a response."Better to lose a minister like this than to lose an athlete who has done so much for the country," he said in a Facebook post on Sunday.Previously, Azizulhasni described KBS and MSN as unprofessional and inefficient for taking up to two months and five days to give a concrete decision on his services for the Los Angeles 2028 Olympic Games qualification mission.In a nine-page explanation posted on social media yesterday, the former world champion said the delay had made it difficult for him to plan his career direction, including preparations for an important race offering qualification points for LA28.Dr Akmal added that the government must not let the minister's sluggishness and incompetence in management ultimately cost the country more talented athletes. |
|
'Lebih baik hilang menteri sebegini daripada hilang atlet banyak jasa pada negara' - Akmal Saleh - Sinarharian - 30/08 4:49 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempertikaikan keupayaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) susulan pendedahan Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang tentang sikap institusi tersebut.Muhamad Akmal berkata, sehebat mana seseorang atlet tetapi jika pengurusan lembab dan tidak kompeten,maka ia akan merugikan aset sukan negara."Sampai atlet sendiri kena tulis surat panjang berjela baru MSN berikan jawapan."Lebih baik kita hilang menteri sebegini daripada kita hilang atlet kita yang banyak jasanya pada negara," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.Sebelum ini, Azizulhasni menyifatkan KBS dan MSN kurang profesional dan kurang cekap apabila mengambil masa sehingga dua bulan lima hari untuk memberikan keputusan konkrit mengenai khidmatnya bagi misi kelayakan ke Sukan Olimpik LA28.Dalam penjelasan sembilan muka surat di media sosial semalam, bekas juara dunia itu berkata, kelewatan itu menyukarkan perancangannya untuk menentukan hala tuju karier, termasuk persediaan menghadapi perlumbaan penting yang menawarkan mata kelayakan ke LA28.Tambah Muhamad Akmal Saleh, jangan disebabkan ketidakupayaan menteri untuk mengurus menjadikan negara kehilangan lebih ramai atlet yang berbakat akhirnya. |
|
Jangan biar birokrasi jejas misi Azizulhasni ke LA28 – Pemerhati - Mygazette - 30/08 3:19 pm # Jangan biar birokrasi jejas misi Azizulhasni ke LA28 - Pemerhati KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sepatutnya tidak bersikap defensif dalam menangani isu perancangan Datuk Mohd Azizulhasni Awang ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) |
|
Sports Ministry not serious about athletes, says Pas Youth chief after Azizulhasnis revelation - Sinardaily - 30/08 12:29 am SHAH ALAM - The revelation by national cyclist Datuk Azizulhasni Awang about the Youth and Sports Ministry's (KBS) attitude towards his career path to the Los Angeles 2028 Olympic Games (LA28) is rather shocking.Pas Youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden said it shows KBS is not particularly serious about managing a high-performance athlete who still has the ability to compete on the world stage.According to him, based on Azizulhasnis lengthy explanation, the issue is not about him personally.KBS needs to make a decision on whether Azizulhasnis service and experience are still needed or not.If needed, sort it out immediately |
|
Pendedahan Azizulhasni mengejutkan, KBS tidak serius urus atlet - Ketua Pemuda Pas - Sinarharian - 30/08 12:00 am SHAH ALAM - Pendedahan Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang tentang sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap perjalanan kariernya menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) agak mengejutkan.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ia menunjukkan KBS tidak begitu serius mengurus seorang atlet berprestasi tinggi yang masih mempunyai kemampuan bersaing di pentas dunia.Menurutnya, berdasarkan penjelasan panjang lebar Azizulhasni, isu itu bukan tentang diri peribadinya semata-mata."KBS perlu buat keputusan, adakah khidmat dan pengalaman Azizulhasni masih diperlukan atau tidak?"Kalau perlu, uruskan dengan segera, kalau tak perlu, beritahu beliau secara terus terang |
|
Azizulhasni Hasni Persoal Profesionalisme KBS, MSN: Kurang Profesional Dan Kurang Cekap - Vocket - 29/08 6:32 pm Legenda jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meluahkan rasa kecewa terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengambil masa.. |
|
Misi LA28, Malaysia masih perlukan Azizulhasni? - Sinarharian - 29/08 2:23 pm LEGENDA trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tampil menjelaskan pendiriannya berhubung hala tuju karier serta peranannya dalam usaha Malaysia memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) menerusi penjelasan terperinci setebal sembilan muka surat.Jaguh berbasikal trek negara itu berkata, penjelasan yang dikongsikan menerusi media sosial dibuat berasaskan fakta dengan matlamat utama mahu melihat pembangunan sukan negara terus diperkasa selain memastikan kebajikan atlet diberi perhatian sewajarnya.Menurut pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu, persoalan utama yang perlu diperjelaskan bukan berkaitan keputusannya untuk terus beraksi atau sebaliknya, tetapi sama ada khidmatnya masih diperlukan dalam perancangan Malaysia ke LA28.Azizulhasni menegaskan kepastian daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) penting bagi membolehkannya menyusun perancangan membabitkan aspek latihan, penyertaan pertandingan, penajaan dan komitmen keluarga.Beliau turut menjelaskan cabaran untuk layak ke LA28 bukan mudah kerana kempen kelayakan mengambil masa dua musim, dengan atlet perlu mengumpul mata menerusi kejohanan antarabangsa utama.Namun, berdasarkan tahap prestasi semasa, beliau percaya masih mampu bersaing di pentas tertinggi dunia.Dalam pada itu, Azizulhasni menegaskan aspek kewangan bukan perkara utama yang diperjuangkannya, sebaliknya sistem sokongan menyeluruh yang dapat membantu persiapan, latihan dan proses pemulihan berada pada tahap optimum.Malah, beliau bersedia mendapatkan sokongan pihak swasta serta bergerak secara profesional jika diperlukan, selain mencadangkan peruntukan yang tidak digunakan untuk dirinya boleh dimanfaatkan bagi pembangunan pelumba muda negara.Selain itu, beliau mencadangkan supaya diwujudkan garis panduan jelas berkaitan hak atlet terhadap mata kelayakan yang dikumpul agar usaha seseorang atlet tidak terhenti tanpa penghargaan atau perancangan jangka panjang.Azizulhasni turut menyentuh mengenai pengurusan sukan berprestasi tinggi termasuk beberapa isu terdahulu dalam skuad berbasikal negara, dengan harapan segala pengalaman lalu dapat menjadi asas penambahbaikan sistem sukan negara.Bagi atlet yang digelar The Pocket Rocketman itu, kejayaan ke LA28 memerlukan perancangan menyeluruh yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk sokongan pasukan, keluarga, penaja, latihan serta pemulihan.Penjelasan tersebut dianggap sebagai usaha Azizulhasni mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kedudukannya dalam misi LA28, selain membuka ruang kepada KBS dan MSN memberikan hala tuju yang lebih terancang. |
|
KBS 'lamar' Sukarelawan SUKMA Selangor 2026 - Sinarharian - 25/08 10:04 am KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berhasrat menyerap sebahagian sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 untuk membantu menjayakan penganjuran Sukan SEA tahun depan.Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, hasrat itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari selepas melihat komitmen lebih 10,000 sukarelawan sepanjang temasya SUKMA.Menurutnya, kerajaan negeri menyambut baik hasrat berkenaan kerana ia mencerminkan pengiktirafan KBS terhadap peranan dan pengalaman sukarelawan yang terbabit dalam penganjuran temasya berkenaan."Terima kasih unsung heroes, sukarelawan kita |
|
Misi Sukan Olimpik Los Angeles 2028: Azizulhasni tunggu keputusan KBS, MSN - Sinarharian - 19/08 12:20 am KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang masih menanti keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung keperluan khidmatnya dalam meneruskan misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).Mohd Azizulhasni, 38, berkata, keputusan itu perlu dibuat segera bagi membolehkannya merancang hala tuju selepas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, selain membuat persiapan rapi menghadapi Kejohanan Dunia di Shanghai yang menjadi antara platform penting dalam proses kelayakan Olimpik.Beliau berkata, walaupun KBS dan MSN setakat ini bersedia memberikan sokongan, beliau masih belum menerima keputusan rasmi sama ada khidmatnya diperlukan bagi meneruskan misi ke LA28."Mereka perlu buat keputusan secepat mungkin, sekiranya khidmat saya diperlukan untuk Sukan Olimpik |
|
Tiket MADANI F1 RM200 Habis Terjual, KBS Pertimbang Tambah Kuota - Careta - 17/08 10:17 pm Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihak SIC memaklumkan permintaan terhadap tiket berkenaan amat menggalakkan sejak jualannya dibuka kepada orang ramai |
|
SUKMA: Pengurusan lemah, Menteri KBS tunjuk muka saja? - Harakahdaily - 17/08 4:00 pm ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menuntut penjelasan segera daripada Menteri Belia dan Sukan berhubung kelemahan pengurusan media serta ketiadaan liputan langsung beberapa acara bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026. Ketua Penerangannya, Ibrahim Ismail berkata, khususnya bagi acara-acara yang menjadi tumpuan rakyat seperti olahraga, kerana SUKMA merupakan temasya sukan kebangsaan yang menghimpunkan atlet-atlet […] The post SUKMA: Pengurusan lemah, Menteri KBS tunjuk muka saja? appeared first on Harakahdaily . |
|
KBS Terus Sokong SUKMA Selangor, RM1 Juta Disalur Untuk Keperluan Teknikal - Harapandaily - 7/08 3:21 pm PUTRAJAYA, 7 Ogos Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Selangor bagi memastikan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor dapat dilaksanakan dengan lancar, meskipun sebarang peruntukan tambahan perlu mendapat persetujuan Kabinet |
|
Bulan Rakan Demokrasi dilancar, KBS perkasa literasi politik dan kepimpinan belia - Harapandaily - 7/08 11:52 am FOTO BERITA: Majlis Pelancaran Bulan Rakan Demokrasi, Kuasa Orang Muda 2026 bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan di Lobi Menara KBS, Putrajaya |
|
PKBM mahu KBS pertimbangkan Azizulhasni - Kosmo - 7/08 8:20 am Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, persatuan itu akan mengemukakan surat rasmi kepada Menteri Belia dan ... Read more The post PKBM mahu KBS pertimbangkan Azizulhasni appeared first on Kosmo Digital . |
|
Dua tahun mohon dana, Selangor terpaksa anjur SUKMA tanpa geran KBS .. - Mygazette - 6/08 8:14 am # Dua tahun mohon dana, Selangor terpaksa anjur SUKMA tanpa geran KBS - Exco SHAH ALAM - Kurang dua minggu sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 membuka tirainya, kerajaan negeri Selangor mendedahkan temasya itu dianjurkan sepenuhnya menggunakan dana negeri kerana tidak menerima geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) |
|
Najwan dedah SUKMA Selangor tiada dana KBS - Hotfm - 5/08 4:57 pm Shah Alam: Lagi 10 hari lagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA XXII) Selangor 2026 akan membuka tirainya bermula dengan sambutan pembukaan temasya sukan dwitahunan itu yang dijadualkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14 di sini. |
|
Azizulhasni tunggu keputusan KBS - Hotfm - 4/08 9:47 pm Sepang: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang belum bersedia membuat keputusan mengenai hala tuju kariernya ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 biarpun baru sahaja menghadiahkan pingat emas acara keirin pada Sukan Komanwel Glasgow 2026. |
|
MOM sokong PABM mohon peruntukan tahunan RM1 juta daripada KBS - Sinarharian - 3/08 3:06 pm MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan sokongan penuh terhadap permohonan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bagi mendapatkan peruntukan tahunan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, sokongan itu diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan luar biasa kem angkat berat negara selain memperkukuhkan lagi pembangunan sukan berkenaan di Malaysia.Menurut beliau, permohonan tersebut amat bertepatan dan berasas memandangkan sukan angkat berat telah membuktikan keupayaannya sebagai antara prospek utama pingat emas negara di pentas antarabangsa."Komitmen kewangan yang berterusan amat penting bagi mengekalkan momentum kejayaan ini, meningkatkan kebajikan atlet serta melahirkan generasi juara pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.Sokongan itu menyusul selepas skuad angkat berat negara mempamerkan prestasi cemerlang pada Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang barusahaja melabuhkan tirainya.Pada temasya berkenaan, skuad angkat berat mencipta pencapaian bersejarah apabila menyumbang keseluruhan tujuh pingat kepada Kontinjen Malaysia iaitu lima pingat emas, satu perak dan satu gangsa.PABM juga telah dianugerahkan Trofi Trafalgar yang berprestij sebagai Pasukan Angkat Berat Lelaki Terbaik Secara Keseluruhan pada Mesyuarat Persekutuan Angkat BeratKomanwel di Hilton Glasgow, pada Jumaat.Mohamad Norza turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PABM di atas pengiktirafan antarabangsa yang diterima hasil daripada kejayaan diGlasgow."Kejayaan bersejarah ini membuktikan visi, komitmen dan perancangan strategik yang jelas oleh kepimpinan PABM yang diterajui dengan penuh dedikasi oleh Presidennya, Datuk Ayub Rahmat."Ia juga hasil kerja keras barisan pemegang jawatan, jurulatih, atlet, penaja dan rakan strategik yang sentiasa berdedikasi," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |