///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Jahidah News   Page 1    



KEMASKINI: Rosmaini dipenjara maksimum 14 tahun, kena bayar pampasan .. - Mygazette - 4/05 10:16 pm

# KEMASKINI: Rosmaini dipenjara maksimum 14 tahun, kena bayar pampasan RM25,000 kepada bekas isteri PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara maksimum 14 tahun ke atas peniaga, Rosmaini Abdul Raof kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma, empat tahun lalu





Kehidupan musnah, Jahidah ibarat `mayat hidup’ – Hakim - Mygazette - 4/05 10:16 pm

# Kehidupan musnah, Jahidah ibarat `mayat hidup' - Hakim PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengibaratkan Jahidah Nordin yang dicederakan bekas suami, Rosmaini Abdul Raof sebagai mangsa keganasan rumah tangga yang hidup hanya pada nama tanpa keupayaan untuk berfungsi sebagai manusia biasa





'I'm no longer his lawyer': Kamal Hisham drops wife-beater Rosmaini's case - Sinardaily - 4/05 9:13 pm

PUTRAJAYA - Businessman Rosmaini Abdul Raof, who was recently ordered to serve 14 years in prison for assaulting his ex-wife into a coma, is expected to face similar charges involving his third wife at the Sungai Petani Court in Kedah this Thursday.The new charges reportedly involve an incident where his third wife suffered a miscarriage.However, lawyer Kamal Hisham Jaafar announced that his firm will no longer represent the 43-year-old in future proceedings."Previously, out of professionalism, I agreed to defend Rosmaini until the final stage at the Court of Appeal. However, this was misinterpreted by the public, to the extent that the legal team was vilified," Kamal Hisham told Sinar Harian.He clarified that he had represented Rosmaini on a pro bono basis after the convicts first wife and children pleaded for assistance.READ MORE: Man convicted of beating Jahidah Nordin into a coma linked to fresh abuse allegation - what we know so far"With this appeal concluded, I am no longer representing Rosmaini, including for any future cases," he added.Rosmaini is currently held at Kajang Prison and will be transported to Kedah to face the upcoming charges.Regarding the Court of Appeal's decision on Monday to increase his sentence from 10 to 14 years, Kamal Hisham said his client accepted the ruling with an open heart, though he continues to deny the allegations involving his ex-wife, Jahidah Nordin.The lawyer confirmed that Rosmaini will not be filing a review at the Federal Court.Today, a three-judge panel chaired by Court of Appeal Judge Datuk Azman Abdullah, sitting with Datuk Noorin Badaruddin and Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, allowed the prosecutions appeal for a maximum sentence.The court also ordered Rosmaini to pay RM25,000 in compensation to Jahidah, 48, via her family representatives





'Saya bukan lagi peguam Rosmaini, dia akan didakwa Khamis ini' - Kamal Hisham - Sinarharian - 4/05 8:52 pm

PUTRAJAYA Peniaga, Rosmaini Abdul Raof yang diperintah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun kerana mencederakan bekas isteri hingga koma, dijangka berdepan pertuduhan hampir sama membabitkan insiden yang menimpa isteri ketiga, yang mengalami keguguran, di Mahkamah Sungai Petani, Kedah, Khamis ini.Bagaimanapun, peguam, Kamal Hisham Jaafar berkata, pihaknya tidak lagi akan mewakili lelaki berusia 43 tahun tersebut dalam prosiding akan datang."Sebelum ini, atas dasar profesionalisme selaku seorang peguam, saya akur untuk membela Rosmaini sehingga ke peringkat terakhir di Mahkamah Rayuan namun perkara itu disalahtafsir oleh masyarakat sehingga sanggup memburukkan barisan peguam."Sedangkan, saya mewakili Rosmaini secara percuma iaitu 'pro bono', selepas isteri pertama dan anak-anaknya merayu meminta pertolongan."Jadi, selesainya rayuan ini, saya tidak mewakili Rosmaini lagi, termasuk kes-kes lain pada masa hadapan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, Rosmaini kini ditahan di Penjara Kajang dan akan dibawa ke Kedah dalam masa terdekat bagi menghadapi pertuduhan tersebut.Buat masa ini katanya, anak guam kekal ditahan sekurang-kurangnya sehingga Rabu sebelum dibawa ke Utara tanah air.Ditanya mengenai penerimaan hukuman Mahkamah Rayuan, Kamal Hisham berkata, Rosmaini menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, namun masih menafikan kes yang menimpa bekas isterinya itu.Menurutnya, lelaki itu juga tidak akan memfailkan semakan ke Mahkamah Persekutuan di sini.Pada Isnin, Mahkamah Rayuan di sini, menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun terhadap Rosmaini.Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.Lelaki itu selaku perayu juga, dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada Jahidah, 48, melalui wakil keluarga yang menjaganya.Jika perayu gagal membayar pampasan berkenaan, dia akan dipenjara selama enam bulan.Mahkamah kemudian menolak rayuan akhirnya, (rayuan silang) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman, sekali gus menyebabkan dia diperintah ke Penjara Kajang serta-merta.Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas satu pertuduhan, sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki di belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor.Wanita itu dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail (kini berusia empat tahun lima bulan) secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU)





Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun - Mypress - 4/05 8:40 pm

PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang lelaki selepas rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ditolak, dalam kes yang menggemparkan negara melibatkan keganasan terhadap isterinya…





Pukul isteri jadi mayat hidup – Hakim kata pelaku langsung tiada penyesalan - Harapandaily - 4/05 5:15 pm

Panel tiga hakim yang diketuai Azman Abdullah memutuskan hukuman penjara maksimum 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan. Hakim Noorin Badaruddin berkata mangsa, Jahidah..





“Air matanya menitik” – Adik Kongsi Jahidah Nampak Lega Selepas Diberitahu Rosmaini Dijatuhkan Hukuman - Lobakmerah - 4/05 5:07 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Penantian selama lima tahun seorang wanita yang cedera parah sehingga koma akibat dipukul, Jahidah Nordin akhirnya mendapat pembelaan apabila mahkamah menolak rayuan bekas suaminya, Rosmaini Abdul Raof serta menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun





Man Who Left Pregnant Ex-Wife in Coma Gets 14 Years Jail, Appeal Dismissed - Rakyatpost - 4/05 5:07 pm

A man who assaulted his then-pregnant wife, Jahidah Nordin, leaving her in a coma five years ago, has been sentenced to 14 years imprisonment effective today, reported Berita Harian





“Kakak Nampak Lega, Air Mata Menitik Selepas Tahu Rosmaini Dijatuhkan Hukuman” – Adik Jahidah - Beautifulnara - 4/05 4:14 pm

Jahidah Nordin, 48, dilaporkan menitiskan air mata selepas dimaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap bekas suaminya, Rosmaini Abdul Raof





Belasah bekas isteri: Rosmaini dihukum penjara maksimum 14 tahun - Mkini - 4/05 3:44 pm

Mahkamah mendapati hukuman sebelum ini tidak mencukupi terhadap peniaga itu yang menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin.





'Kak Jahidah nampak lega, air matanya menitis lepas dibisikkan hukuman .. - Hmetro - 4/05 3:07 pm

Seremban: Meskipun tidak mampu memberikan tindak balas, Jahidah Nordin, 48, menitiskan air mata saat dibisikkan hukuman yang dijatuhkan terhadap bekas suaminya





Bekas suami sebabkan Jahidah umpama mayat hidup - Hakim - Sinarharian - 4/05 2:23 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin memberitahu, seorang peniaga yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin sehingga koma, disifatkan sebagai kejam kerana menyebabkan mangsa menjadi mayat hidup sejak lima tahun lalu.Ketika membaca keputusan sebulat suara, Hakim, Datuk Noorin Badaruddin berkata, perbuatan Rosmaini Abd Raof, 43, sebagai suami amat zalim kerana serangan dibuat secara berterusan terhadap isterinya yang ketika itu sedang mengandung.Beliau yang bersidang bersama Hakim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja menyebabkan mangsa berada dalam keadaan koma, malah memberi kesan kepada anak dalam kandungan.Noorin berkata, berdasarkan keterangan, Rosmaini selaku perayu telah menghilangkan diri serta mengelak daripada berada di hospital yang menempatkan Jahidah, 48, ketika menerima rawatan selepas dicederakan.Katanya, ini menunjukkan perayu sedar terhadap kesalahan yang dilakukan dan bukannya perlakuan individu tidak bersalah dalam situasi kecemasan."Mangsa menjadi mayat hidup malah anak yang dilahirkan pula mengalami kecacatan serta kelewatan perkembangan."Mahkamah mendapati tahap keganasan yang dilakukan amat serius dan berada pada tahap paling kritikal."Keterangan perubatan juga menunjukkan mangsa mengalami kecederaan yang serius iaitu pendarahan otak, patah di pelbagai tulang, kerosakan neurologi yang teruk dan trauma teruk yang konsisten dengan serangan yang berkali-kali," katanya.Beliau berkata, keadaan mangsa tidak boleh dipulihkan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain bagi mendapatkan keperluan asas kehidupan.Katanya, keterangan impak mangsa juga amat menyayat hati apabila mangsa memerlukan penjagaan sepenuh masa selama bertahun-tahun tanpa sebarang harapan untuk pulih.Bukan itu sahaja beliau berkata, ketika kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius.Katanya, keadaan mangsa semakin merosot kepada keadaan vegetatif kekal malah kecederaan sedemikian tidak mungkin dilakukan sendiri oleh mangsa."Kami mendapati bahawa faktor-faktor pemberat yang amat ketara tidak diberikan pertimbangan yang sewajarnya





Mangsa digambarkan sebagai mayat hidup, kes wajar dikenakan hukuman .. - Hmetro - 4/05 1:42 pm

Putrajaya: "Kes ini membabitkan kemusnahan dua kehidupan," kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Noorin Badaruddin sebelum menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof, atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Jahidah Nordin@Sylvester, lima tahun lalu





Bekas suami Jahidah kena penjara maksimum 14 tahun - FMT - 4/05 1:21 pm

Kini bekas isteri Jahidah Nordin terlantar koma akibat dipukul di kepala, muka, dan tangan serta belakang badan dihentak dengan kaki.





Rayuan Ditolak, Bekas Suami Jahidah Jalani Hukuman Penjara 14 Tahun - Lobakmerah - 4/05 1:09 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Hukuman penjara terhadap bekas suami Jahidah Nordin, Rosmaini Abdul Raof dinaikkan dari 10 tahun ke 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, pada 5 tahun lalu





Court increases Rosmainis jail term to 14 years for assaulting ex-wife - Sinardaily - 4/05 12:40 am

PUTRAJAYA - The Court of Appeal has increased the jail term of businessman Rosmaini Abd Raof, 43, from 10 to 14 years for causing severe injuries to his third ex-wife, Jahidah Nordin, 47, leaving her in a coma five years ago.A three-judge panel, chaired by Datuk Azman Abdullah and comprising Datuk Noorin Badaruddin and Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, allowed the prosecutions appeal and imposed the maximum sentence.In delivering the unanimous decision, Noorin said that in addition to the prison term starting today, the appellant, Rosmaini, must pay RM25,000 in compensation to Jahidah through her family members who are caring for her.Failure to pay the compensation will result in an additional six months imprisonment.She said the case warranted the maximum sentence under the law as it reflects the seriousness of the offence, serves justice and sends a strong message to society.A 10-year prison sentence is clearly insufficient.This is not a typical case of causing grievous injury; rather, the facts show a cruel and prolonged assault by a husband against his pregnant wife, she said.On June 17, 2021, Rosmaini was charged at the Johor Bahru Sessions Court and pleaded not guilty to intentionally causing injury to Jahidah by striking her head, face and hands and stomping on her back, resulting in severe injuries.Jahidah, a former government employee, was treated at Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) in Seremban after receiving initial treatment in the Intensive Care Unit at Hospital Sultanah Aminah (HSA).She later safely delivered a baby boy, Eshan Nufail, via surgery on November 30, 2021





Pukul bekas isteri: Hukuman penjara 10 tahun Rosmaini dinaikkan kepada 14 tahun - Sinarharian - 4/05 12:25 am

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin menaikkan hukuman penjara daripada 10 kepada 14 tahun terhadap seorang peniaga yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin sehingga koma, lima tahun lalu.Panel tiga hakim, dipengerusikan Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya tertuduh dikenakan hukuman maksimum.Noorin berkata, Rosmaini Abd Raof, 43, selaku perayu, dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada Jahidah, 48, melalui wakil keluarga yang menjaganya.Jika perayu gagal membayar pampasan berkenaan, dia akan dipenjara selama enam bulan.Mahkamah kemudian menolak rayuan akhir lelaki berkenaan, (rayuan silang) untuk mengetepikan sabitan dan hukuman, sekali gus menyebabkan dia diperintah ke Penjara Kajang serta-merta.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Noorin berkata, kes ini wajar dikenakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan undang-undang kerana ia dapat mencerminkan keseriusan kes selain memenuhi keadilan dan memberi mesej tegas kepada masyarakat."Hukuman penjara 10 tahun ternyata tidak memadai atau terdapat kesilapan prinsip, atau kegagalan mengambil kira keseluruhan fakta kes."Ini bukan kes menyebabkan kecederaan parah yang biasa, sebaliknya fakta kes menunjukkan suatu serangan yang kejam dan berterusan oleh seorang suami terhadap isteri yang mengandung," katanya.Selain itu beliau berkata, mahkamah menentukan hukuman dengan mengambil kira tahap keganasan yang melampau, kesan kekal kecederaan yang dialami mangsa, setara dengan kemusnahan kehidupan secara keseluruhan.Katanya, ia termasuk keadaan bekas isteri yang hamil, impak terhadap anak dalam kandungan dan kepentingan awam dalam membanteras keganasan rumah tangga."Hukuman penjara 10 tahun hanya 71 peratus daripada peruntukan maksimum dalam seksyen tersebut."Walaupun ia mungkin memadai dalam kes biasa, namun ia tidak mencukupi dalam kes ini."Mangsa hidup hanya pada nama, tanpa keupayaan untuk berfungsi sebagai seorang manusia secara bermakna," katanya.Selain itu beliau berkata, perayu tidak menunjukkan sebarang penyesalan dan memilih untuk melalui perbicaraan penuh.Bukan itu sahaja katanya, lelaki berkenaan gagal untuk memberikan bantuan atau sokongan kepada mangsa selepas kejadian.Jelas beliau, kesalahan itu turut melibatkan pelanggaran kepercayaan yang besar dalam institusi perkahwinan apabila seorang suami bertindak ganas terhadap isteri sendiri.Katanya, hukuman yang tidak setimpal dalam kes seperti ini akan menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan dan gagal mencerminkan kecaman mahkamah terhadap perbuatan kejam sedemikian.Beliau berkata, dua mahkamah bawahan telah terkhilaf apabila gagal memberikan penekanan sewajarnya terhadap tahap kecederaan yang luar biasa serta faktor-faktor pemberat yang jelas wujud."Justeru, hukuman yang dijatuhkan nyata tidak setimpal dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan."Rayuan pihak pendakwa terhadap hukuman, dibenarkan iaitu penjara 10 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi sama, diketepikan," katanya.Beliau berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman tertinggi di bawah Seksyen 325 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.Katanya, mahkamah menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen 426 (1A) Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dibaca bersama seksyen 432 CPC yang memerintahkan perayu membayar ganti rugi berkenaan.Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas satu pertuduhan, sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan cara memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki di belakang badan isterinya sehingga menyebabkan kecederaan parah.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan, dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.Jahidah dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021 dan kanak-kanak itu disahkan berstatus orang kurang upaya (OKU).





(TERKINI) Lelaki Puk*l Isteri Hingga Keguguran Dipenjara 14 Tahun - Beautifulnara - 4/05 12:22 am

Bekas suami Jahidah Nordin @ Sylvester, Rosmaini Abdul Raof dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima tahun lalu





Bekas suami Jahidah dihukum penjara 14 tahun - Hmetro - 4/05 12:09 am

Putrajaya: Bekas suami Jahidah Nordin@Sylvester, Rosmaini Abdul Raof dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima tahun lalu





Rayuan akhir Rosmaini ketepi sabitan dan hukuman cederakan bekas isteri .. - Mygazette - 4/05 7:47 am

# Rayuan akhir Rosmaini ketepi sabitan dan hukuman cederakan bekas isteri esok PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan esok bagi mendengar rayuan akhir peniaga, Rosmaini Abdul Raof terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma, empat tahun lalu





Adik Jahidah baru tonton Fail Mahkamah, dakwa kenyataan Rosmaini tak benar - Mydateline - 30/04 4:00 pm

Adik kepada mangsa keganasan rumah tangga yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin iaitu Fazariah Nordin baru sempat menonton program Fail Mahkamah berkaitan kes kakaknya





Wujudkan sistem amaran pesalah keganasan rumah tangga - Wanita MCA - Sinarharian - 30/04 3:54 pm

SHAH ALAM Wanita MCA mencadangkan kerajaan mewujudkan sistem amaran dan pangkalan data khas bagi merekod pesalah keganasan rumah tangga.Setiausaha Agungnya, Chan Quin Er berkata, ia sebagai langkah menghalang pelaku berulang terus memburu serta mendera wanita lain susulan satu kes keganasan rumah tangga di Kedah.Menurutnya, mekanisme pemantauan lebih ketat itu perlu melibatkan individu yang mempunyai rekod keganasan rumah tangga manakalan pangkalan data yang disyorkan pula boleh dihubungkan dengan agensi berkaitan seperti polis dan jabatan agama.Kata beliau, individu yang mempunyai rekod keganasan rumah tangga juga mesti dikenakan hukuman lebih berat kerana cenderung mengulangi jenayah dan membahayakan orang lain selain pelaksanaan hukuman penjara terhadap pelaku tidak boleh ditangguhkan."Kerajaan perlu mempercepatkan arahan perlindungan untuk mangsa. Ramai mangsa gagal mendapatkan perlindungan segera kerana proses birokrasi yang lambat."Prosedur ini mesti dipermudah dan dipercepatkan agar mangsa dapat dilindungi sebaik sahaja laporan dibuat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pada masa sama, beliau menyarankan kerajaan memperluaskan bantuan kepada mangsa seperti rumah perlindungan wanita, bantuan guaman, kaunseling, bantuan kewangan dan talian kecemasan yang responsif."Ini penting supaya wanita di luar sana tahu ke mana harus di tuju tanpa rasa takut untuk keluar daripada hubungan toksik," jelasnya.Pada Rabu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah mendedahkan, suspek kes memukul isteri hingga parah dan mengalami keguguran di Bandar Amanjaya, Alor Setar, minggu lalu dipercayai mempunyai sejarah perkahwinan sehingga sembilan kali serta memiliki 11 anak.Menurutnya, lelaki berusia 43 tahun itu juga dipercayai masih mempunyai tiga isteri dengan perkahwinan terbaharu bersama mangsa dilakukan di Selatan Thailand.Kata beliau, siasatan mendapati suspek mempunyai modus operandi tersendiri dengan menyasarkan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap, khususnya penjawat awam.Mengulas lanjut, Quin Er berkata, pihaknya memandang serius dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam lelaki terbabit apatah lagi suspek mempunyai sejarah keganasan rumah tangga terhadap isteri, keganasan terhadap teman wanita serta rekod jenayah lampau.Beliau menegaskan, kes itu jelas menunjukkan kegagalan sistem perlindungan sedia ada dalam menghalang pelaku daripada terus memburu dan mendera wanita."Isu keganasan rumah tangga bukan hal keluarga semata-mata, sebaliknya jenayah serius yang boleh meragut nyawa."Kita tidak boleh terus membiarkan wanita hidup dalam ketakutan sedangkan pelaku bebas mengulangi kejahatannya terhadap mangsa baharu," ujarnya.Untuk rekod, satu lagi kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di Johor pada 2021 membabitkan mangsa sedang mengandung, Jahidah Nordin@Sylvester yang mana suspek didakwa memukul isterinya sehingga mengalami kecederaan parah.Ia termasuk pendarahan otak, menyebabkan sebahagian tengkoraknya terpaksa dibuang, selain rahang, tulang belakang dan rusuk retak.Justeru, Quin Er turut mengingatkan kaum wanita agar tidak memandang ringan tanda-tanda awal penderaan dalam hubungan kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi lebih buruk dan memudaratkan."Wanita MCA juga menyeru masyarakat supaya berhenti menyalahkan mangsa semata-mata





Suspek pukul isteri pernah kahwin 9 kali, sasar wanita penjawat awam - Polis - Sinarharian - 29/04 4:57 pm

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Polis percaya lelaki yang memukul isterinya sehingga keguguran baru-baru ini menggunakan modus operandi dengan menyasarkan penjawat awam untuk dijadikan isteri bagi menyara hidupnya.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang berusia 43 tahun itu telah berkahwin sebanyak sembilan kali dan kesemua isteri serta bekas isterinya bekerja sebagai penjawat awam."Suspek difahamkan masih mempunyai tiga isteri dan pernah berkahwin sebanyak sembilan kali. Suspek mencari pasangan yang mempunyai kerja tetap kerana dia tidak mempunyai kerja yang stabil."Apa yang boleh kami katakan, suspek ini seorang yang panas baran kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau yang melibatkan Seksyen 325, Seksyen 323, Seksyen 318 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini pada Rabu.Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek di sebuah inap desa di sekitar bandar raya berkenaan pada Selasa, susulan laporan yang dibuat oleh abang mangsa pada 23 April dan mangsa sendiri pada 26 April."Polis menerima laporan berhubung kejadian keganasan rumah tangga sehingga mendatangkan kecederaan parah melibatkan seorang wanita berusia 39 tahun yang dipukul oleh suaminya di Ambangan Heights di Sungai Petani."Pada awalnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan tetapi ia telah ditukar kepada Seksyen 326 kanun sama selepas mendapati mangsa dipukul menggunakan beberapa objek, antaranya batang besi dan penyangkut baju plastik sehingga menyebabkan mangsa lebam di seluruh badan, patah rusuk bahagian kiri, kanan dan tulang belakang serta keguguran," katanya.Beliau berkata, suspek yang mempunyai 11 anak ditahan reman selama tujuh hari sehingga 5 Mei depan bagi siasatan lanjut.Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita cedera dipercayai dipukul suaminya sehingga kandungannya gugur dan mengalami kecederaan pada tangan, lebam pada muka selain suspek juga didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan mangsa berjumlah hampir RM50,000.Polis mengesahkan suspek adalah lelaki yang sama terlibat dengan kes pukul isteri, iaitu Jahidah Nordin sehingga koma di Larkin, Johor pada 2021





“Ingat Nama Ini Kalau Ada Nak Ajak Kahwin,”- Adik Jahidah Bersuara, Dakwaan Kes Baharu Libatkan Suspek Sama! - Siraplimau - 28/04 2:29 pm

Nama Jahidah Nordin kembali menjadi sebutan di media sosial selepas beberapa hantaran Facebook oleh adik-beradiknya, Fauziah Nordin dan Fazariah Nordin, tular dan mencetuskan pelbagai reaksi warga maya





Lelaki pukul isteri sampai gugur suspek sama kes Jahidah di Johor - FMT - 27/04 9:28 pm

Jahidah Nordin kini terlantar dan menerima rawatan berpanjangan walaupun telah selamat melahirkan bayi lelaki pada November 2021





Polis sahkan suspek pukul isteri sehingga keguguran lelaki sama terbabit kes di Johor - Sinarharian - 27/04 5:59 pm

SUNGAI PETANI - Polis mengesahkan suspek pukul wanita sehingga parah di Ambangan Heights di sini merupakan lelaki yang sama disabitkan kesalahan memukul isteri di Johor Bahru.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 43 tahun yang kini sedang diburu adalah lelaki sama disabitkan kesalahan dalam kejadian pada 2021.Menurut Hanyan, kes terbabit kini disiasat bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan."Lelaki yang kita siasat bawah Seksyen 325 ini adalah lelaki yang sama dengan kes di Johor," katanya.Dalam pada itu, Hanyan berkata, perkembangan terkini, mangsa masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat beberapa kecederaan yang dialami di seluruh bahagian badan."Apa saja panduan yang ada, kita siasat dari segenap aspek...kita juga sedang berusaha mengesan pelaku dalam kejadian ini," katanya.Negara sebelum ini digemparkan dengan kejadian menimpa Jahidah Nordin pada 2021 apabila wanita yang sedang hamil itu didakwa dipukul suaminya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, Johor Bahru.Mangsa mengalami kecederaan parah termasuk pendarahan otak sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang, selain rahang, tulang belakang dan rusuk retak.Jahidah kemudian koma dan menerima rawatan berpanjangan, sebelum selamat melahirkan bayi lelaki pada November 2021.Sementara itu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada November 2025 mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap suami mangsa.Bagaimanapun, permohonan perintah penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu dibenarkan mahkamah sementara menfailkan notis rayuan.Dalam tempoh sama, keluarga memaklumkan Jahidah masih terlantar dan memerlukan penjagaan penuh, manakala anaknya disahkan orang kurang upaya (OKU).





Bekas suami Jahidah pukul isteri lagi? Adik dedah rahsia pelaku yang ramai tak tahu - Mydateline - 27/04 2:35 pm

Laporan mengenai seorang wanita yang cedera parah sehingga keguguran akibat dipukul oleh suami dengan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir serta penyapu telah berjaya ..





Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi - Murai - 27/04 1:00 pm

Di platform Threads, ramai yang meluahkan rasa terkejut sebaik membaca perkembangan terbaru kes tersebut. Ada yang mengakui hampir roboh jantung apabila mengetahui individu yang […] The post Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi appeared first on Murai MY .





“Kalau kak boleh bercakap…” – Adik Jahidah Respon Kes Lelaki Belas*h Isteri Hingga Keguguran - Lobakmerah - 27/04 12:49 am

Kes seorang lelaki didakwa mengasari isteri sehingga cedera yang menyebabkan mangsa mengalami keguguran kini menjadi sorotan netizen apabila suspek didakwa ada kaitan dengan kes keganasan rumah tangga sebelum ini. Melihat isu tersebut, adik kepada Jahidah iaitu wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma tampil bersuara di media sosial mengenai penderitaan yang dialami kakaknya





“Dia Ni Tak ‘Kosong’, Memang Ada Pemakai” – Adik Ipar Rosmaini Bersuara Susulan Penahanan Kes Puk*l Isteri - Beautifulnara - 27/04 12:10 am

Nama seorang lelaki dikenali sebagai Rosmaini sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul dakwaan baharu yang mengaitkannya dengan satu lagi kes keganasan rumah tangga. Sebelum ini, Rosmaini pernah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah sehingga koma terhadap bekas isteri ketiganya yang hamil, Jahidah Nordin, pada Mei 2021





Dia Ni Tak Kosong, Memang Pemakai Bekas Abang Ipar Buat Hal Lagi, Adik Jahidah Bersuara - Ohmedia - 27/04 11:21 am

Bekas isteri Jahidah yang menjalani penangguhan hukuman akibat mencederakan isteri didakwa buat hal lagi




Reformasi     >>



YOURSAY Cost of living: PM, there's much you can do, .. - Mkini
'Do not ask the people for a blank cheque, then say the account is empty.'
Kroni     >>



UAE dakwa Iran serang kemudahan minyak, kapal tangki - Utusan
DUBAI: Kementerian Pertahanan UAE dan agensi berita negara itu pada Isnin berkata bahawa satu lagi siri serangan peluru berpandu Iran telah menyasarkan negara tersebut susulan beberapa amaran daripada pihak berkuasa yang meminta orang ramai berlindung. Empat peluru berpandu yang dilancarkan dari ..
Tabloid     >>



Pesawat MH8110 Mendarat Di Muscat Susulan Isu .. - Siakapkeli
Pesawat MH8110 Mendarat Di Muscat Susulan Isu Teknikal, Semua Jemaah Selamat - TH MAKKAH, 4 Mei (Bernama) -- Pesawat MH8110 yang membawa 278 jemaah haji KT051
Tech     >>



Survey suggests the Pixel battery mess is making a lot .. - Androidauthority
Pixel battery woes may be catching up with Google, as many of you say youve switched or plan to leave in our latest poll.
World     >>



Hormuz tensions push ceasefire to the brink as Trump .. - Aljazeera
US military says it is encouraging ships to pass through Hormuz Strait, but Iran says it is in full control of waterway.
Motor Trend     >>



Volvo Anjur Selamat Driving Experience, Ajak Rakyat .. - Careta
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan pada awal tahun ini, dengan matlamat menjadikan keselamatan sebagai satu budaya bersama, bukan sekadar ciri tambahan dalam sesebuah kenderaan. Keselamatan Bukan Lagi Pilihan Kedua Menurut Volvo Car Malaysia, ramai