| /// |
|
| Search : Ismanira News | Page 1 |
|
Kes Zayn Rayyan: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 Sept. putuskan rayuan Ismanira - Mygazette - 20/08 7:40 am # Kes Zayn Rayyan: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 Sept. putuskan rayuan Ismanira SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Sept untuk memutuskan rayuan Ismanira Abdul Manaf bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, tiga tahun lepas |
|
High Court sets Sept 28 for decision on appeal by Zayn Rayyans mum - FMT - 19/08 11:47 pm Ismanira Abdul Manaf is seeking to overturn her conviction and five-year jail term for neglecting her six-year-old autistic son. |
|
Zayn Rayyan case: Sept 28 set for Ismaniras appeal verdict - SUN - 19/08 11:01 pm The High Court has set Sept 28 to decide on Ismanira Abdul Manafs appeal against her conviction and five-year sentence over the neglect of Zayn Rayyan. |
|
Ibu Zayn Rayyan sepatutnya didenda, bukan penjara lima tahun - Peguam - Sinarharian - 19/08 10:18 pm SHAH ALAM Peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, Ismanira Abdul Manaf sepatutnya didenda dan bukannya dipenjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, tiga tahun lalu.Peguam, Lavanesh Haresh yang mewakili Ismanira, 31, selaku perayu berkata demikian ketika berhujah dalam rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap anak guamnya di hadapan Hakim, Noor Hisham Ismail.Beliau berkata, hukuman pemenjaraan yang dikenakan terhadap ibu kepada dua anak itu agak berlebihan.Katanya, Ismanira merupakan pesalah kali pertama dan memberikan kerjasama sepanjang siasatan serta perbicaraan."Tiada saksi menggambarkan dia sebagai seorang yang ganas atau ibu yang tidak menyayangi anak sulung tersebut."Kecuaian yang didakwa berlaku hanya selama beberapa saat, malah dia segera berpatah balik untuk mencari kanak-kanak tersebut," katanya yang hadir bersama peguam, Haijan Omar, Tiara Katrina Fuad dan Haresh Mahadevan.Lavanesh berkata, perayu telah kehilangan anak istimewa itu, manakala anak keduanya juga didapati autisme, sekali gus memerlukan penjagaan daripada seorang ibu.Katanya, pihak pendakwaan selaku responden gagal membuktikan bahawa hukuman penjara lima tahun sebagai tidak mencukupi, justeru rayuan mereka berhubung hukuman itu wajar ditolak.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah mengambil kira serta mempertimbangkan rayuan perayu sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.Noor Hisham kemudian memetik hujahan pembelaan bahawa, ibu kepada dua anak itu telah mengalami kesengsaraan susulan kehilangan anak syurga tersebut, ditambah pula dengan penyeksaan di tirai besi.Menjawab perkara itu, Raja Zaizul Faridah berkata, alasan bahawa tertuduh merupakan ahli keluarga kepada kanak-kanak yang diabaikan tidak wajar dijadikan faktor untuk mengurangkan hukuman."Jika tertuduh merupakan ibu bapa atau saudara kepada mangsa, sekiranya dituduh dan didapati bersalah, perkara itu tidak boleh dijadikan pengukur kepada jumlah hukuman."Justeru, responden memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran kepada orang lain dan perayu sendiri," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz, Kamarul Iman Ahmad Sapian dan Ahmad Iqbal Azman.ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan ibu Zayn Rayyan kekal penjara atau bebas 28 SeptemberIbu Zayn Rayyan berjalan 61 saat sebelum sedar anak hilang bukan pengabaian - PeguamIbu Zayn Rayyan dihukum kerana keganasan pihak ketiga tidak dikenaliPada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 31 didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, di akhir kes pendakwaan pada 21 Julai 2025, Hakim, Dr Syahliza Warnoh melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan berkenaan tanpa perlu membela diri.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, mahkamah memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabai kanak-kanak malang berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. |
|
Ibu Zayn Rayyan dihukum kerana keganasan pihak ketiga tidak dikenali - Sinarharian - 19/08 9:13 pm SHAH ALAM Pembelaan yang mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, Ismanira Abdul Manaf telah dihukum kerana keganasan yang dilakukan oleh pihak ketiga yang tidak dikenali, sehingga meragut nyawa kanak-kanak autisme itu, tiga tahun lalu.Peguam, Tiara Katrina Fuad yang mewakili Ismanira, 31, berkata demikian ketika prosiding hujahan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autism itu, di hadapan Hakim, Noor Hisham Ismail.Beliau berkata, pada Disember 2023, bekas pegawai penyiasat kes kehilangan Zayn Rayyan, Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, 33, telah menerima panggilan telefon yang memaklumkan kepadanya bahawa si mati telah ditemui di Blok R.Bagaimanapun katanya, saksi pendakwaan keempat (SP4) yang kini bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tidak merekodkan nombor telefon pemanggil dan identitinya dalam diari siasatan."Ini merupakan satu petunjuk penting yang tidak disiasat maka keterangan tersebut mampu menyokong kesimpulan bahawa si mati telah terpisah secara tiba-tiba daripada anak guam."Arwah masih hidup untuk tempoh yang agak lama dan kemudiannya bertemu dengan pihak ketiga yang tidak dikenali," katanya.Susulan itu beliau berhujah, dapatan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bahawa penglibatan pihak ketiga sebagai suatu perkara yang difikirkan kemudian, adalah bercanggah dengan rekod.Menurutnya, ini kerana isu tersebut telah dibangkitkan secara jelas semasa kes pendakwaan melalui pemeriksaan balas terhadap SP4 dan SP17, pengasuh mangsa, Auni Afiaqah Abas, 31.Katanya, kemungkinan tersebut timbul daripada keterangan pihak pendakwaan sendiri dan bukan semata-mata daripada pembelaan perayu."Dakwaan bahawa kelakuan perayu menyebabkan kehilangan nyawa si mati, bukanlah kesalahan yang didakwa mahupun dibuktikan terhadapnya," katanya.Selain Tiara, perayu turut diwakili peguam, Haijan Omar, Lavanesh Haresh dan Haresh Mahadevan.Pada 6 Disember 2023, kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan isterinya, Ismanira, 31, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, pada 21 Julai 2025, Zaim Ikhwan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, Hakim, Dr Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mengabai kanak-kanak malang itu.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. |
|
Ibu Zayn Rayyan berjalan 61 saat sebelum sedar anak hilang bukan pengabaian - Peguam - Sinarharian - 19/08 7:58 pm SHAH ALAM Peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, tindakan Ismanira Abdul Manaf berjalan di hadapan kanak-kanak autisme dan menyedari kanak-kanak autisme itu hilang 61 saat kemudian sebagai bukan bentuk pengabaian.Peguam, Tiara Katrina Fuad yang mewakili Ismanira, 31, selaku perayu berkata demikian ketika prosiding hujahan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan, di hadapan Hakim, Noor Hisham Ismail.Ketika berhujah, Tiara Katrina berkata, berdasarkan keterangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikemukakan semasa perbicaraan, perayu dilihat menaiki tangga bersama Zayn Rayyan pada jam 12.05 tengah hari saat ke-11.Katanya, ibu kepada dua anak itu kemudiannya dilihat menuruni tangga untuk mencari anak sulung terbabit pada jam 12.06 tengah hari saat ke-12."Oleh itu, tempoh masa keseluruhan yang paling lama boleh dikatakan perayu berjalan dengan membelakangkan Zayn Rayyan ialah 61 saat."Bagaimanapun, arwah hilang selama lebih satu minit itu dalam persekitaran yang munasabah dan dipercayai selamat."Perbuatan perayu tidak memenuhi keperluan mens rea, iaitu berniat jahat ketika melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang," katanya yang hadir bersama peguam, Haijan Omar, Lavanesh Haresh dan Haresh Mahadevan.Beliau berkata, mahkamah perlu mengambil kira tugas perayu sebagai seorang ibu yang menjaga dua anak kurang upaya (OKU).Katanya, ketika kejadian, Ismanira bekerja telah pulang untuk mengambil arwah dari sekolah kemudian memasak spageti yang diminta anak syurga tersebut.Beliau berkata, ambil contoh lain seorang ibu jaga seorang anak OKU di rumah, secara tiba-tiba seorang lagi anak mengalami kemalangan, adakah dia didapati telah mengabaikan anak?"Berdasarkan alasan-alasan tersebut, perayu perlu dilepas dan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan tersebut," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Iqbal Azman menghujahkan, meninggalkan mana-mana budak atau bayi dalam tempoh 10 saat sekali pun, akan dikira sebagai bentuk pengabaian.Katanya, ia bergantung kepada situasi dan lokasi kanak-kanak tersebut dibiarkan, contohnya dalam kereta yang terkunci, di bawah sinar terik matahari."Pembelaan memberitahu mahkamah bahawa, 61 saat itu tidak lama sedangkan Zayn Rayyan merupakan seorang kanak-kanak yang tidak dapat membezakan baik atau buruk."Arwah juga tidak tahu sama ada perlu meminta pertolongan atau dapat membezakan situasi dikejar individu lain."Jika saya membaca hujahan selama 61 saat, ia mungkin kelihatan lama namun sekiranya meninggalkan anak dalam tempoh masa sama, adakah ia kelihatan sekejap?" soalnya.Dalam prosiding berkenaan, pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Kamarul Iman Ahmad Sapian.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 31 didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, di akhir kes pendakwaan pada 21 Julai 2025, Hakim, Dr Syahliza Warnoh melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan berkenaan tanpa perlu membela diri.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, mahkamah memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabai kanak-kanak malang berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. |
|
Keputusan ibu Zayn Rayyan kekal penjara atau bebas 28 September - Sinarharian - 19/08 6:36 pm SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan September depan untuk keputusan rayuan ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, tiga tahun lalu.Hakim, Noor Hisham Ismail menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam-peguam yang mewakili Ismanira Abdul Manaf, 31, selaku perayu dan pendakwaan selaku responden."Saya perlukan sedikit masa, jadi mahkamah menetapkan keputusan pada 28 September depan," katanya.Dalam prosiding berkenaan, ibu kepada dua anak itu diwakili peguam, Tiara Katrina Fuad, Haijan Omar, Lavanesh Haresh dan Haresh Mahadevan.Sementara, pendakwaan selaku responden dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz, Kamarul Iman Ahmad Sapian dan Ahmad Iqbal Azman.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.Susulan itu, pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan, 31, dan Ismanira didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Bagaimanapun, di akhir kes pendakwaan pada 21 Julai 2025, Hakim, Dr Syahliza Warnoh melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan berkenaan tanpa perlu membela diri.Sementara pada 31 Oktober tahun sama, mahkamah memerintahkan Ismanira ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabai kanak-kanak malang itu.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. |
|
Zayn Rayyan case: High Court to hear mother Ismaniras appeal against five-year jail term on Aug 19 - Malaymail - 30/07 6:11 pm SHAH ALAM, July 30 The High Court today set August 19 to hear Ismanira Abdul Manafs appeal against her co... |
|
Rayuan ibu Zayn Rayyan ketepi sabitan, penjara lima tahun bermula bulan depan - Sinarharian - 30/07 2:20 pm SHAH ALAM - Rayuan ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autism itu, akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Ogos depan.Hakim, Noor Hisham Ismail menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan pihak pendakwaan perlu memfailkan hujahan balas terhadap hujahan bertulis yang dikemukakan pihak pembelaan.Semasa prosiding, Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan baru menerima dokumen berkenaan daripada pembelaan mewakili wanita berusia 31 tahun tersebut pada Selasa lalu.Justeru, beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes seterusnya.Mendengar perkara itu, peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira tidak membantah permohonan tersebut.Dalam prosiding berkenaan, Ismanira selaku perayu turut diwakili peguam, Haijan Omar, Tiara Katrina Fuad, Lavanesh Haresh Mahadevan dan Asyraaf Abu Bakar.Pada tarikh sama, mahkamah juga akan mendengar rayuan silang pihak pendakwaan berhubung hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap Ismanira.Pada 5 Januari lalu, Ismanira memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya kerana mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, tiga tahun lepas.Menurut petisyen itu, Hakim Mahkamah Sesyen juga telah tersalah arah apabila menolak keterangan saksi pendakwaan kelima (SD5), seorang pakar pembelaan yang berkelayakan, hanya kerana beliau tidak memeriksa kanak-kanak tersebut.Sedangkan katanya, pihak pendakwaan sendiri bergantung kepada pandangan pakar yang tidak dipanggil dan juga tidak pernah memeriksa kanak-kanak itu.Petisyen itu mendakwa penolakan itu bersifat arbitrari, tidak seimbang dan merupakan salah arah yang serius dalam penilaian keterangan pakar.Sebelum ini, Ismanira memfailkan notis rayuan menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co selepas tidak berpuas hati terhadap sabitan dan keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Dr Syahliza Warnoh pada 31 Oktober 2025.Syahliza membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara serta-merta selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.Ibu kepada dua anak itu turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |