| /// |
|
| Search : Ijm News | Page 1 |
|
Penerimaan rendah, tawaran Sunway ambil alih IJM luput - Mkini - 7/04 11:45 am Setakat 5 petang pada Isnin, Maybank IB melaporkan Sunway hanya peroleh penerimaan sah untuk 1.17 bilion saham IJM (33.43%). |
|
Sunway hargai 33% pemegang saham IJM terima tawaran pengambilalihan - FMT - 7/04 9:22 am Walaupun tawaran itu telah luput, syarikat berkata ia menghormati keputusan serta pilihan yang dibuat oleh majoriti pemegang saham IJM. |
|
Sunway thanks 33% of IJM shareholders who took up takeover offer - FMT - 7/04 9:11 am While the offer has lapsed, the company says it respects the outcome and the decision made by the majority of IJMs shareholders. |
|
Sunway gagal ambil alih IJM - Thempress - 7/04 9:09 am KUALA LUMPUR – Sunway Bhd gagal dalam usaha pengambilalihan IJM Corp Bhd selepas hanya berjaya memperoleh 1.17 bilion saham IJM, mewakili 33.43 peratus daripada jumlah keseluruhan saham berhak mengundi |
|
Sunway gagal ambil alih IJM, suara rakyat sekali lagi menang - Akmal Saleh - Sinarharian - 6/04 11:33 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan, kegagalan Sunway Bhd dalam usaha pengambilalihan IJM Corp Bhd merupakan kemenangan bagi suara rakyat.Muhamad Akmal Saleh berkata, keputusan itu satu berita baik yang perlu dikongsikan kepada umum."Kita ada buat bantahan mengenai Sunway ambil alih IJM dan alhamdulillah keputusannya sudah keluar hari ini."Sunway gagal dapatkan syer terbesar, maksudnya usaha mereka tidak berjaya |
|
Tawaran ambil alih IJM oleh Sunway luput - FMT - 6/04 9:19 pm Maybank Investment Bank Bhd berkata tawaran itu luput selepas gagal memperoleh lebih daripada 50% saham undian. |
|
Sunways takeover offer for IJM lapses - FMT - 6/04 9:07 pm Maybank Investment Bank Bhd says the offer lapsed after failing to secure more than 50% of the voting shares. |
|
Cabaran besar buat KWSP, PNB - Sinarharian - 6/04 8:10 am SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu mencari pelaburan yang lebih baik daripada IJM Corporation Berhad (IJM) sekiranya menerima tawaran Sunway Berhad.Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tawaran harga yang rendah berbanding nilai sebenar aset boleh menjejaskan strategi pelaburan jangka panjang syarikat berkenaan.Menurut beliau, KWSP dan PNB memegang saham IJM bagi menjana pulangan berterusan."Kesan ketara lebih kepada pemegang saham asal kerana KWSP dan PNB memiliki saham IJM untuk maksud pulangan atas pelaburan yang berterusan dan bersifat jangka masa panjang."Jika penjualan dilakukan, kedua-dua institusi berkenaan perlu mencari pelaburan yang serupa atau lebih baik dari IJM namun melihat situasi ekonomi sekarang, mungkin ianya agak sukar dan mencabar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Tambah Ahmed Razman, penilaian pengambilalihan tidak boleh bergantung kepada faktor kewangan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira agenda nasional termasuk pemilikan ekuiti bumiputera yang masih belum mencapai sasaran.Jelasnya, syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) bertanggungjawab memastikan kepentingan pelabur terpelihara dengan menjana pulangan kompetitif kepada pencarum dan pemegang unit."Tanggungjawab mereka adalah memastikan simpanan dan pelaburan ahli sentiasa memberi pulangan atas pelaburan yang kompetitif," ujarnya yang turut bersetuju dengan keputusan GLIC menolak cadangan tersebut.Tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat (VTO) bernilai RM11.04 bilion oleh Sunway ke atas IJM kini berdepan cabaran menjelang tarikh tutupnya hari ini berikutan dua GLIC yang keseluruhan memiliki pegangan kira- kira 43.5 peratus dalam IJM setakat ini memutuskan untuk menolak tawaran berkenaan.KWSP dilaporkan menolak tawaran Sunway dan PNB selaku pemegang saham kedua, memutuskan perkara sama melibatkan pegangan 13.5 peratus miliknya dalam konglomerat berkenaan.Untuk rekod, Sunway perlu memperoleh pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 50 peratus ditambah satu saham dalam IJM bagi membolehkan tawaran pengambilalihan itu berkuatkuasa.Bagaimanapun, untuk menyahsenarai IJM secara mandatori dan menjadikannya syarikat persendirian, Sunway memerlukan kelulusan 90 peratus pemegang saham, satu ambang yang dilihat sukar dicapai susulan penolakan PNB. |
|
Tawaran pengambilalihan IJM terjawab hari ini? - Sinarharian - 6/04 8:00 am SHAH ALAM - Penentuan terhadap tawaran pengambilalihan bernilai kira-kira RM11 bilion oleh Sunway Bhd (Sunway) ke atas IJM Corporation Bhd (IJM) bakal terjawab hari ini apabila tempoh penerimaan tawaran itu ditutup pada jam 5 petang.Keputusan sama ada Sunway berjaya atau tidak memperoleh pegangan kawalan dalam IJM dijangka diumumkan selepas tamat tempoh tawaran.Langkah berprofil tinggi itu mendapat perhatian pelabur dan pemerhati pasaran berikutan nilai keseluruhan cadangan pengambilalihan berkenaan yang berpotensi menjadi antara transaksi korporat terbesar di negara ini.Penggabungan berkenaan juga diramal menjadikan kumpulan yang diperbesarkan itu sebagai konglomerat hartanah dan pembinaan terbesar di Malaysia dari segi pendapatan dan jumlah aset, sekali gus mewujudkan juara kebangsaan dengan skala serta kemampuan untuk bersaing di peringkat serantau ASEAN.Sebelum ini, Sunway dalam makluman kepada Bursa Malaysia dilaporkan berkata, pemegang saham IJM yang berminat diberi tempoh untuk mempertimbangkan tawaran tersebut bermula 3 Februari lalu sehingga tarikh tutup berkenaan.Syarikat itu turut menamakan anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Fortuna Gembira Enterprise sebagai penerima saham bagi cadangan pengambilalihan tersebut."Tawaran ini bersyarat kepada penerimaan sah oleh Sunway pada atau sebelum tarikh tutup, membolehkan Sunway memegang secara agregat lebih daripada 50 peratus saham undian dalam IJM," katanya.Pada 12 Januari lalu, Sunway mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM pada harga tawaran RM3.15 sesaham.Menerusi tawaran itu, harga ditetapkan pada RM3.15 bagi setiap saham, yang mewakili premium 14.55 peratus berbanding harga penutup terakhir RM2.75.Menurut syarikat itu, dengan mengandaikan cadangan tawaran diterima sepenuhnya dan tiada pelarasan dibuat terhadap harga tawaran, jumlah pertimbangan bagi tawaran berkenaan dianggarkan kira-kira RM11 bilion.Katanya, pembayaran bagi cadangan pengambilalihan itu akan diselesaikan melalui gabungan 10 peratus tunai dan 90 peratus menerusi penerbitan saham baharu Sunway pada harga terbitan RM5.65 sesaham.Sebagai ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pemegang saham, bagi setiap lot papan 1,000 saham IJM, pemegang saham akan menerima RM315 tunai dan kira-kira 501 saham Sunway yang bernilai sekitar RM2,835.Komponen tunai sebanyak RM1.1 bilion bagi transaksi itu akan dibiayai menerusi gabungan pembiayaan hutang dan dana dalaman yang dijana.Tawaran itu tertakluk kepada syarat Sunway menerima penerimaan sah yang menghasilkan pemilikan melebihi 50 peratus daripada saham mengundi IJM, serta kelulusan pihak berkuasa dan pemegang saham.Sekiranya Sunway berjaya mencapai tahap penerimaan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada saham tawaran, kumpulan itu berhasrat untuk melaksanakan hak pengambilalihan wajib bagi baki saham dan seterusnya menyahsenarai IJM daripada Bursa Securities.Gabungan kedua-dua syarikat bakal mewujudkan syarikat kelapan terbesar di Bursa Malaysia dari segi permodalan pasaran pada RM47.7 bilion |
|
Kekuatan Sunway tak jamin tawaran adil untuk IJM - FMT - 5/04 7:45 am Tawaran Sunway Berhad digambarkan sebagai premium, namun jurang penilaian, potensi sinergi dan struktur perjanjian menimbulkan persoalan sama ada pemegang saham IJM sebenarnya menerima bayaran rendah. |
|
GLIC tolak ambil alih IJM keputusan tepat - Sinarharian - 5/04 7:10 am SHAH ALAM - Keputusan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) menolak cadangan pengambilalihan IJM adalah langkah tepat berikutan tawaran harga yang dikemukakan dilihat rendah serta tidak mencerminkan nilai sebenar aset syarikat.Pakar ekonomi dari University College i-CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, asas utama dalam sebarang keputusan pelaburan adalah potensi keuntungan serta pulangan jangka panjang kepada pemegang saham.Menurutnya, tindakan menjual pegangan pada harga rendah bukan sahaja tidak munasabah, malah boleh menjejaskan kepentingan pelabur khususnya institusi mewakili penyimpan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Keputusan diambil tepat dengan keadaan tawaran harga rendah |
|
Best offer made for IJM, but best for whom? - FMT - 4/04 10:30 am If IJMs position relative to Sunway is as modest as Sunway implies, why pursue it with such vigour? |
|
IJM reiterates call for shareholders to reject Sunway takeover proposal - FMT - 3/04 6:41 pm IJM says the voluntary takeover offer by Sunway must be assessed in its proper 'strategic context'. |
|
Sunway eyeing joint procurement after IJM takeover - FMT - 2/04 7:10 pm Sunway Bhd president Anuar Taib says the group believes the entities should be merged in the long-term to remain integrated. |
|
IJM Land invests RM4.7 mln to improve connectivity in Sandakan - BorneoPost - 31/03 7:10 pm SANDAKAN (March 31): IJM Land Berhad (IJM Land) has officially broken ground on a RM4.7 million roundabout at the intersection of Jalan Lintas Sibuga and Persiaran Rimbayu Indah, reinforcing its commitment to improving connectivity and supporting the growth of IJM Rimbayu Indah township |
|
NPE 2 dijangka jana ekonomi bernilai RM5.6 bilion - Utusan - 28/03 7:20 am KUALA LUMPUR: Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE2) dijangka menjana ekonomi bernilai RM5.6 bilion khususnya dalam meningkatkan kecekapan mobiliti, merangsang pembangunan hartanah serta membuka peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor. Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM, Chua Lay Hoon berkata, projek itu bukan sahaja memberi impak kepada sektor pembinaan, namun menyumbang kepada rantaian nilai yang lebih .. |
|
EPF abstains from voting on IJM takeover offer - FMT - 27/03 8:47 pm EPF reveals it voluntarily sat out the voting on Sunway Bhds proposed takeover offer at IJMs EGM yesterday. |
|
Ambil alih IJM: KWSP ambil pendirian berkecuali daripada mengundi - FMT - 27/03 7:38 pm Pemegang saham utama dalam IJM Corp itu ambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran Sunway Bhd. |
|
EGM Sunway undi teruskan ambil alih IJM - FMT - 26/03 5:40 pm Pengerusinya Jeffrey Cheah berkata SPRM sudah membersihkan nama lembaga pengarah dalam siasatannya ke atas cadangan perjanjian itu. |
|
Sunway EGM votes to proceed with IJM takeover - FMT - 26/03 5:28 pm Sunway Bhd chairman Jeffrey Cheah says MACC cleared the board of wrongdoing in its probe into the proposed deal. |
|
Siasatan SPRM terhad pada individu, bukan syarikat - IJM - Mkini - 24/03 8:15 pm Susulan laporan penahanan eksekutif tertinggi IJM bagi membantu siasatan SPRM. |
|
Siasatan SPRM hanya libat individu, bukan syarikat, kata IJM - FMT - 24/03 6:53 pm Menurut IJM, pihaknya terima surat daripada SPRM jelas skop siasatan. |
|
Siasatan SPRM tidak melibatkan syarikat, terhad kepada individu -IJM - Sinarharian - 24/03 6:40 pm KUALA LUMPUR -IJM Corp Bhd pada Selasa memaklumkan bahawa syarikat itu sudah menerima surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mengesahkan bahawa siasatan yang dijalankan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu sebagai sebuah entiti.Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, IJM berkata, SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan itu terhad kepada beberapa individu yang berkaitan dengan IJM, dan bukannya syarikat itu sendiri.Pada 6 Februari, media melaporkan bahawa eksekutif tertinggi IJM ditahan bagi membantu siasatan agensi anti-rasuah itu dalam siasatan berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan dan pemilikan aset luar negara, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.Terdahulu, Bahagian Operasi Khas SPRM memulakan siasatannya pada 19 Januari, yang tertumpu kepada dakwaan penyelewengan dan kemungkinan pelanggaran undang-undang yang berkaitan.Pada penutup, harga saham IJM meningkat lima sen kepadaRM2.42, dengan 7.0 juta saham diniagakan.- Bernama |
|
IJM says MACC probe affects only individuals, not company - FMT - 24/03 6:13 pm The company says the anti-graft agency has sent a letter clarifying the scope of its investigation. |
|
Penolakan awal tawaran ambil alih IJM di luar jangkaan pasaran - Utusan - 20/03 7:57 am KUALA LUMPUR: Keputusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menolak tawaran pengambilalihan IJM Corporation Bhd |
|
PNB tolak tawaran Sunway ambil alih saham IJM - FMT - 16/03 6:45 pm PNB berkata, penilaian dibuat berdasarkan pertimbangan komersial, dipandu oleh tanggungjawab fidusiarinya. |
|
PNB says no to Sunways offer for IJM shares - FMT - 16/03 6:27 pm The fund management company says it decided against the offer after taking into account commercial considerations, among others. |
|
Business : IJM Plans India Exit To Unlock Shareholder Value - Bernama - 16/03 3:37 pm PETALING JAYA, March 16 (Bernama) -- IJM Corp Bhd plans to exit its highway investments in India as part of its efforts to unlock shareholder value. |
|
Azmee Nin of Prolintas appointed as PSKLM president for 2026-2028 term - Sinardaily - 16/03 3:36 pm KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) head of operations Azmee Nin has been appointed president of the Malaysian Association of Highway Concession Companies (PSKLM) for the 2026-2028 term.PSKLM, in a statement today, said the appointment was made following the 15th Annual General Meeting held at the IJM Land Centre of Excellence, Pantai Sentral Park (PSP) here, recently.The other newly elected office bearers of PSKLM were KL-Kuala Selangor Expressway (LATAR) chief operating officer (COO) Ahmad Fuad Ahmad Shahimi as deputy president, IJM Toll Division COO Chua Lay Hoon as secretary and AFA Prime Bhd managing director and chief executive officer Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz as treasurer."Established under the Societies Act (1966) in 2011, PSKLM currently has 28 registered members representing both operational and under-construction highway projects across Malaysia."The newly elected leadership team is committed to strengthening strategic collaboration among member companies, enhancing operational excellence, and advancing industry communication for the benefit of highway users and the nations infrastructure development," the statement read.PSKLM also extends its appreciation to the outgoing leadership for their dedicated service and congratulates the newly appointed Main Committee |
|
Saham IJM naik selepas penasihat bebas saran tolak tawaran Sunway - Mkini - 16/03 3:20 pm Pada 11.09 pagi ini, harga saham menokok enam sen kepada RM2.38 dengan 1.74 juta saham saling berpindah tangan. |
|
Pakar cadang kolaborasi strategik atau pegangan saham bersasar - Sinarharian - 16/03 8:30 am SHAH ALAM - Model kolaborasi strategik atau pegangan bersasar adalah pendekatan terbaik berbanding penggabungan penuh pengambilalihan Sunway Bhd ke atas keseluruhan 3.51 bilion saham dalam IJM Corp Bhd.Pakar Kewangan Islam, Dr Razli Ramli berkata, pengambilalihan tersebut perlu dinilai berdasarkan kerangka strategi korporat, pengurusan risiko sistemik, tadbir urus berintegriti dan kepentingan nasional jangka panjang."Bukan melalui lensa keuntungan pemegang saham semata-mata," tegasnya yang juga Ketua Strategi dan Pengurusan Risiko, Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Ujarnya, dari perspektif risiko pasaran, penggabungan berskala besar ke-biasaannya akan mencetuskan ketidaktentuan jangka pendek terhadap harga saham, penilaian semula dan persepsi pelabur institusi.Menurutnya, pelabur akan menilai risiko integrasi operasi, hutang tambahan dan potensi pencairan nilai."Risiko key man risk, risiko reputasi dan risiko kebergantungan kepada satu struktur kepimpinan menjadi lebih signifikan sekiranya strategi pemusatan dilaksanakan tanpa imbangan kawalan dalaman yang kukuh."Dalam jangka panjang, kemudaratan yang mungkin timbul termasuk penguncupan ruang persaingan industri, peningkatan kepekatan pasaran atau market concentration."Selain itu, wujud risiko marginalisasi pemain tertentu dalam ekosistem pembinaan dan infrastruktur," katanya.Beliau menegaskan, dalam teori strategi, persoalan utama mengenai pengambilalihan saham itu ialah sama ada entiti gabungan akan mengamalkan pendekatan pemusatan atau penyah-pusatan dalam membuat keputusan.Menurutnya, tahap pemusatan terlalu tinggi dalam sektor yang melibatkan aset infrastruktur strategik negara berpotensi meningkatkan risiko tumpuan kuasa, konflik kepentingan dan risiko sistemik sekiranya berlaku kegagalan tadbir urus.Justeru, kata Razli, isu berkenaan bukan semata-mata pertimbangan komersial tetapi menyentuh dimensi keselamatan ekonomi dan keseimbangan pemilikan korporat."Iaitu membabitkan kepentingan nasional kerana IJM mempunyai pegangan dalam aset dan projek infrastruktur yang bersifat strategik kepada pembangunan negara," ujar beliau. |
|
MCW gesa SPRM teliti tawaran pengambilalihan IJM oleh Sunway - Sinarharian - 14/03 3:10 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya meneliti secara lebih serius proses tawaran pengambilalihan IJM Corporation Berhad (IJM) oleh Sunway Berhad (Sunway) yang didakwa dibuat pada harga jauh lebih rendah daripada nilai sebenar syarikat tersebut.Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya memandang serius perkembangan berkenaan susulan tawaran pengambilalihan yang dilaporkan pada harga RM3.15 sesaham.Ini kerana katanya, berdasarkan penilaian bebas oleh penasihat, nilai sebenar syarikat berkenaan dianggarkan berada dalam lingkungan RM5.84 hingga RM6.48 sesaham."Perbezaan yang sangat besar ini, diskaun antara 46 peratus hingga 52 peratus daripada nilai sebenar telah menimbulkan persoalan serius dari sudut tadbir urus korporat, integriti proses penilaian, serta perlindungan kepentingan pemegang saham."MCW berpandangan bahawa dalam mana-mana transaksi korporat berskala besar yang melibatkan syarikat tersenarai awam, ketelusan, keadilan kepada pemegang saham minoriti dan integriti dalam proses rundingan adalah prinsip asas yang tidak boleh dikompromi."Sekiranya terdapat pihak dalaman atau mana-mana individu yang cuba mempengaruhi keputusan korporat sehingga menyebabkan aset strategik dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, tindakan tersebut boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap amanah pemegang saham dan pasaran modal negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Penasihat bebas IJM pada Jumaat dilapor berkata, tawaran pengambilalihan oleh Sunway pada harga RM3.15 sesaham adalah tidak adil dan tidak munasabah sekali gus mengesyorkan pemegang saham menolak tawaran itu.Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM berkata, penasihat yang dilantik, M&A Securities Sdn Bhd berkata harga tawaran itu adalah pada diskaun antara RM2.69 hingga RM3.33, iaitu kira-kira 46.1 peratus hingga 51.4 peratus berbanding anggaran nilai saham IJM dalam lingkungan RM5.84 hingga RM6.48.Mengulas lanjut, Jais berkata, pasaran modal Malaysia hanya akan kekal diyakini pelabur sekiranya standard integriti, akauntabiliti dan tadbir urus korporat ditegakkan tanpa kompromi.Ujarnya, sebarang cubaan untuk memperkayakan pihak tertentu melalui transaksi korporat yang merugikan pemegang saham mesti disiasat secara telus dan menyeluruh."Integriti dalam dunia korporat adalah sama pentingnya dengan integriti dalam sektor awam," katanya. |
|
IJM adviser tells shareholders to reject Sunways takeover offer - FMT - 13/03 3:56 pm The independent adviser says the offer of RM3.15 per share is neither fair nor reasonable, citing a 46% to 51% discount to the estimated value. |
|
Penasihat IJM saran pemegang saham tolak tawaran Sunway - FMT - 13/03 3:33 pm Penasihat kata tawaran pengambilalihan pada harga RM3.15 sesaham adalah tidak adil dan tidak munasabah. |
|
IJM disaran tolak tawaran pengambilalihan oleh Sunway - Utusan - 13/03 3:03 pm PETALING JAYA: Cadangan pengambilalihan bersyarat secara sukarela oleh Sunway Berhad ke atas semua saham biasa dalam IJM Corporation Berhad pada harga tawaran RM3.15 sesaham disifatkan sebagai tidak adil dan tidak munasabah, menurut penasihat bebas yang dilantik syarikat itu |
|
Business : GLICs Hold Combined 45 Pct Equity Interest In IJM Corp As At .. - Bernama - 12/03 7:52 am KUALA LUMPUR, March 11 (Bernama) -- Government-linked investment companies (GLICs)held about 45 per cent of the shares in IJM Corporation Bhd (IJM Corp) as at Jan 30, 2026, according to the Ministry of Finance (MoF). |
|
GLIC pegang 45% saham IJM setakat 30 Jan - FMT - 11/03 11:44 pm KWSP, PNB dan KWAP merupakan pemegang saham dalam IJM Corporation. |
|
GLIC pegang 45% saham IJM setakat 30 Jan - Hotfm - 11/03 11:44 pm KWSP, PNB dan KWAP merupakan pemegang saham dalam IJM Corporation. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |