///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Hafizul News   Page 1    



Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Hafizul mula hukuman dari .. - Mygazette - 27/10 8:06 am

# Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan bekas pengurus agensi pelancongan yang memohon hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menembak isterinya dan mencederakan seorang pengawal peribadi, dikira bermula dari tarikh tangkapannya pada 2024





Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan mula hukuman dari tarikh tangkapan - FMT - 26/10 6:36 pm

Hakim putuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang berkenaan hukuman penjara Hafizul Hawari sah di sisi undang-undang dan adil.





Kes tembak KLIA: Mahkamah Tinggi tolak rayuan tertuduh mula hukuman dari tarikh tangkapan - Mkini - 26/10 6:22 pm

Hakim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang supaya hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari, 39, bermula selepas dia selesai menjalani hukuman bagi kesalahan berasingan di Kota Bharu, Kelantan ada





Tembak isteri di KLIA: Rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan ditolak - Astroawani - 26/10 3:00 pm

Hakim, Datuk Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang yang mengarahkan hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari bermula selepas menjalani hukuman bagi kes di Kota Bharu sebagai sah dan adil.





High Court rejects bid by man in KLIA shooting to start jail sentence earlier - FMT - 26/10 1:42 pm

It upholds a lower courts decision ordering Hafizul Hawari to begin his seven-year sentence after completing a previous six-year term.





Tembak isteri di KLIA: Rayuan Hafizul mula hukuman dari tarikh tangkapan ditolak - Sinarharian - 26/10 1:38 pm

SHAH ALAM Rayuan seorang lelaki yang mengaku melepaskan tembakan terhadap isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencederakan seorang pengawal peribadi supaya hukuman penjaranya dikira dari tarikh tangkapan di Kota Bharu pada 2024, ditolak Mahkamah Tinggi di sini.Hakim, Datuk Shamsulbahri Ibrahim memutuskan perintah Mahkamah Sesyen Sepang yang mengarahkan hukuman penjara terhadap Hafizul Hawari bermula selepas menjalani hukuman bagi kes di Kota Bharu sebagai sah dan adil.Di Sepang, lelaki itu berdepan dua kes iaitu melepaskan tembakan dan mencederakan individu manakala di Kota Bharu pula, dia didakwa atas tujuh kes memiliki senjata, kad pengenalan dan memandu kereta nombor pendaftaran palsu.Bagi kes di Kota Bharu, dia dihukum penjara enam tahun bermula dari tarikh tangkapan dan enam sebatan sementara tujuh tahun penjara bagi kes di Sepang.Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kes Sepang berjalan selepas tamat hukuman bagi kes di Kota Bharu.Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia merayu agar hukuman bagi kes Sepang berjalan serentak dengan kes di Kota Bharu.Menerusi keputusan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Isnin minggu lalu, Shamsulbahri menegaskan, pengiraan hukuman dari tarikh tangkapan bukanlah hak automatik seseorang yang disabitkan kesalahan, sebaliknya tertakluk kepada budi bicara hakim berdasarkan fakta dan keadaan setiap kes."Keputusan mahkamah rendah tidak menyalahi undang-undang kerana peruntukan berkenaan membenarkan hukuman penjara baharu dimulakan selepas hukuman terdahulu selesai," katanya.Shamsulbahri berpendapat, hukuman berkenaan selaras dengan Seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah.Katanya, perkara berkenaan memberi mahkamah kuasa menentukan sama ada hukuman penjara terhadap seseorang yang sedang menjalani hukuman terdahulu perlu bermula serta-merta atau selepas hukuman sedia ada selesai.Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi itu, rayuan Hafizul ditolak dan perintah Mahkamah Sesyen Sepang bertarikh 5 Disember 2025 dikekalkan.Hafizul sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sepang pada 5 Disember 2025 iaitu cubaan membunuh isterinya, Farah Md Isa, 39, dan menyebabkan kecederaan parah terhadap pengawal peribadi, Mohd Nur Hadith Zaini, menggunakan senjata api.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, manakala tujuh tahun bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata api mengikut Seksyen 326 kanun sama.Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak antara satu sama lain, namun selepas selesai menjalani hukuman penjara yang dikenakan dalam prosiding jenayah berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.Hafizul merayu terhadap keputusan berhubung tarikh permulaan hukuman itu, bukannya sabitan atau tempoh pemenjaraan yang dikenakan.Dalam rayuannya, pihak pembelaan berhujah Hafizul telah ditahan tanpa jaminan sejak 15 April 2024 hingga 5 Disember 2025, iaitu hampir 20 bulan, dan tempoh tahanan itu wajar diambil kira ketika menentukan hukuman.Pembelaan turut menyatakan Hafizul mengaku bersalah pada peringkat awal, tidak mempunyai rekod sabitan jenayah terdahulu sebelum kejadian berkenaan selain menunjukkan penyesalan serta keinsafan.Berdasarkan pertuduhan, Hafizul didakwa cuba membunuh Farah di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, KLIA, pada jam 1.09 pagi 14 April 2024.Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika menyebabkan kecederaan, penjara maksimum 20 tahun.Bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi bekas isterinya, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi bekas isterinya, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Susulan itu, Mahkamah Tinggi mendapati, Hafizul mengetahui isterinya pulang daripada menunaikan umrah, menunggu berhampiran tiang berdekatan lif sebelum melepaskan tembakan ke arah Farah dan pengawal peribadinya.Pengawal peribadi itu mengalami kecederaan tembakan menembusi abdomen sehingga menyebabkan kecederaan pada usus sehingga memaksa mangsa menjalani pembedahan kecemasan dan menerima rawatan selama 13 hari di Hospital Cyberjaya.Selepas kejadian, Hafizul melarikan diri dari kawasan KLIA namun berjaya ditahan di Kota Bharu pada 15 April 2024 ketika memandu sebuah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.Di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Hafizul sebelum ini dijatuhi hukuman penjara bagi kesalahan memiliki pistol Glock 19 buatan Austria secara haram, memiliki 33 butir peluru tanpa lesen, memiliki mercun tanpa permit, memiliki kad pengenalan milik individu lain serta memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu.Hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan berkenaan diperintahkan berjalan serentak antara satu sama lain dan berkuat kuasa mulai tarikh tangkapannya pada 15 April 2024.Bagi kes di Kota Bharu, pertuduhan pertama, Hafizul dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan, pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing hukuman penjara tiga tahun.Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan pertuduhan ketujuh, tertuduh dihukum penjara setahun.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol tertulis Glock 19 Austria, Made in Turkey, yang menyalahi Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali jika disabitkan.Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 Auto tanpa lesen sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 akta sama.Ia memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta sama.Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa memiliki tiga kad pengenalan milik tiga individu lain yang menjadi kesalahan mengikut 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.Untuk pertuduhan ketujuh, Hafizul didakwa memandu Honda Civic putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta sama.Semua pertuduhan dilakukan dalam sebuah kereta Honda Civic di perkarangan KPJ Perdana Specialist Hospital di sini, jam 2 petang, 15 April tahun lalu.





Kakitangan MARDI maut disengat lebah ketika ambil madu - Sinarharian - 25/10 5:18 pm

CHUKAI - Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) maut selepas disengat lebah ketika mengambil madu di kawasan ladang milik agensi berkenaan di Ayer Putih dekat sini semalam.Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata kejadian pada 9.50 pagi itu berlaku ketika mangsa Hafizul Mat, 40, yang bekerja sebagai pembantu am bersama seorang rakan sekerjanya berada di MARDI Cawangan Kemaman di Kilometer 18, Jalan Ayer Putih."Rakan sekerja mangsa yang berusia 44 tahun telah menasihatinya supaya tidak mengambil madu berkenaan kerana sarang lebah itu berada di atas pokok kering setinggi kira-kira tiga meter, namun mangsa berkeras untuk meneruskan hasratnya."Mangsa meminta rakannya menunggu kira-kira 50 meter dari sarang lebah itu dan dia memanjat pokok berkenaan sebelum diserang sekumpulan lebah,"katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata ketika berada di atas pokok mangsa menjerit kepada rakannya supaya lari kerana lebah telah mengerumuni mangsa, sebelum turun dari pokok dan terus masuk ke dalam lopak air berdekatan bagi mengelakkan disengat lebah.Mohd Razi berkata selepas itu mangsa memaklumkan kaki dan tangannya berasa sakit akibat disengat sebelum keluar dari lopak air dan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kekejangan."Rakan mangsa kemudian meminta bantuan dua lagi rakan sekerja sebelum menghubungi pihak ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,"katanya.Mohd Razi bagaimanapun berkata pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 6.42 petang.





Kakitangan Mardi Kemaman maut disengat lebah - Kosmo - 25/10 4:47 pm

KEMAMAN – Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) maut selepas disengat sekumpulan lebah di Stesen Mardi Kemaman, Jalan Air Putih, di sini, semalam. Mangsa, Hafizul Mat Nor, 40, terkena sengatan lebah terbabit sewaktu mahu mengambil madu dari sarang yang terdapat di atas sebatang pokok di kawasan tempat kerjanya pada pukul 9.50 pagi



Malaysia ulangi pencapaian terbaik, sembilan emas di Aichi-Nagoya 2026 - Sinarharian - 4/10 2:41 pm

KONTINJEN Malaysia mengulangi pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan di Sukan Asia selepas membawa pulang sembilan pingat emas pada temasya Aichi-Nagoya 2026 yang melabuhkan tirainya hari ini.Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, pencapaian itu menyamai rekod sembilan emas yang diraih kontinjen negara pada Sukan Asia Guangzhou 2010."Pencapaian ini hadir hasil daripada prestasi konsisten atlet negara dalam beberapa cabang sukan, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu bersaing pada tahap tertinggi di pentas Asia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Kempen emas negara dimulakan menerusi Adeola Fay Robert dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg), sebelum Taj Izrin Aiman Taj Madira mencipta sejarah sebagai wakil pertama negara dalam e-sukan memenangi emas Sukan Asia menerusi Gran Turismo 7.C Shahmalarani kemudian menambah emas dalam kumite wanita bawah 50kg, manakala skuad sepak takraw lelaki menamatkan penantian 36 tahun Malaysia untuk kembali menjuarai acara regu berpasukan.'The Golden Tigers' dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Zarif Marican, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan, Farhan Adam, Mohamad Azlan Alias, Aidil Aiman Azwawi, Amirul Zazwan Amir, Zuleffendi Sumari, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Muhammad Shahalril Aiman Halil.Skuad skuasy pula menyumbang emas kelima dan keenam menerusi Ng Eain Yow serta Sivasangari Subramaniam yang masing-masing mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki dan wanita.Aifa Azman, Sivasangari, Aira Azman dan Rachel Mae Arnold kemudian memastikan skuad wanita berpasukan turut mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Hong Kong dalam final untuk menghasilkan emas ketujuh negara.Emas kelapan menjadi milik Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi acara keirin lelaki, sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun Malaysia dalam acara berkenaan di Sukan Asia.Skuad lelaki berpasukan menutup kempen emas negara menerusi Ameeshenraj Chandaran, Ng Eain Yow, Sanjay Jeeva dan Mohamad Syafiq Kamal selepas menewaskan Pakistan dalam final.Jefri berkata, kejayaan itu turut disokong pencapaian kontinjen dalam perebutan tujuh pingat perak dan 16 gangsa, selain usaha seluruh atlet yang membawa cabaran negara sepanjang temasya."Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh Kontinjen Malaysia, khususnya barisan atlet yang telah memberikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang persiapan serta pertandingan," katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari serta kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas sokongan dan kepercayaan diberikan kepada MSN dalam melaksanakan program latihan serta persiapan kontinjen.Menurutnya, kejayaan atlet tidak boleh dipisahkan daripada sumbangan jurulatih, pegawai sukan, pentadbir, petugas sains sukan dan perubatan, pengurusan kontinjen serta keluarga yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan mereka."Setiap pingat yang dimenangi turut menjadi milik jurulatih, pasukan sokongan, keluarga dan semua pihak yang telah membantu perjalanan mereka




Reformasi     >>



Pas enggan lepas Parlimen Jasin, Akmal terpaksa kekal .. - Harapandaily
Hasrat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk beralih ke kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dikatakan berdepan jalan buntu selepas Pas didakwa enggan melepaskan kerusi berkenaan kepada Umno. Sumber dalaman yang mengetahui perkembangan rundingan kerusi itu berkata, ..
Kroni     >>



Bersatu insists it acted lawfully in reporting PN to .. - NST
PETALING JAYA: Bersatu has stood by its decision to report alleged violations involving Pas and Perikatan Nasional to the Registrar of Societies (RoS).
Tabloid     >>



EPL: Carrick bukan penyebab United sukar - Kosmo
MANCHESTER – Legenda Manchester United, Gary Neville melemparkan kritikan pedas terhadap pemain kelab itu dan menuduh mereka tidak lagi memberikan komitmen susulan kekalahan 3-0 kepada Bournemouth di Old Trafford kelmarin. Kekalahan memalukan itu menyaksikan United meneruskan rekod tanpa kemenangan ..
Tech     >>



Apple finally breaks its silence on iPhone Duo’s .. - Androidauthority
Apple's first foldable is getting a crash course in first-generation problems.
World     >>



What will Lulas fourth term mean for Brazil? - Aljazeera
Luiz Inacio Lula da Silva wins a fourth term as Bolsonaro disputes the result. Can he deliver on his promises of change?
Motor Trend     >>



Buletin Jpj Sita Land Rover Guna Cukai Jalan Tamat .. - Mekanika
# JPJ SITA LAND ROVER GUNA CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH LEBIH 18 TAHUN **Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati menggunakan cukai jalan yang telah tamat tempoh lebih 18 tahun dalam satu operasi di Cameron Highlands pada Khamis.** ..