///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Greece News   Page 1    



Bantuan kepada keluarga peserta GSF 2.0 diteruskan ikut keperluan - Zulkifli - Sinarharian - 3/05 2:30 pm

JERTIH - Usaha menyalurkan bantuan kebajikan dan sokongan kepada ahli keluarga rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 diteruskan kali ini dengan mengambil kira keperluan bersesuaian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan perkara itu berdasarkan beberapa siri perbincangan dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby bagi menilai keperluan serta kesesuaian bantuan yang diperlukan."Kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberikan sokongan penuh kepada program GSF dan pada pelaksanaan sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan sokongan serta bantuan (kepada ahli keluarga mereka terlibat)."Usaha itu diteruskan dengan mengambil kira keperluan yang bersesuaian. Insya-Allah, kita akan membantu sebaiknya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu Program Sinar Lestari YAPEIM-Yayasan Diraja Sultan Mizan di Kampung Tok Dor Dalam di sini pada Ahad.Zulkifli berkata, keutamaan kerajaan ialah memastikan setiap bentuk bantuan disalurkan benar-benar memenuhi keperluan sukarelawan serta keluarga mereka.Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan sentiasa bersedia untuk membantu dari segi kebajikan dan kewangan, dengan menilai secara menyeluruh setiap aspek termasuk potensi pelaksanaan agar bantuan lebih teratur, berkesan dan menepati sasaran.Sebelum ini, SNCC mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 aktivis yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece semasa dalam pelayaran ke Gaza.Pada Jumaat lepas, SNCC mengesahkan mereka telah dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra, Crete.Mereka ialah Zainal Rashid Ahmad, Osman Zolkifli, Dr Jihan Alya Mohd Nordin, Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Redzal Amzah, Muhamad Muhsin Zaidi dan Mohd Shamsir Mohd Isa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan





Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Wrlr - 2/05 6:15 pm

Harapandaily May 1, 2026 Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece





Isra*l Koyak, Aktivis GSF Tak Jadi Dibawa Ke Pelabuhan Ashdod - Wrlr - 2/05 4:05 pm

Nadir Al-Nuri memuat naik foto memaparkan suar dipasang meraikan berita terkini berhubung aktivis GSF 2.0 yang ditahan tentera Israel pada 1 Mei 2026. Foto Instagram Nadir Al Nuri ISTANBUL, 1 Mei Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditangkap selepas kapal mereka dipintas secara haram oleh tentera rejim Israel di perairan antarabangsa dekat pulau Crete, Greece didakwa tidak akan dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel





ZRA, Aktivis GSF Diculik Selamat Tiba Di Istanbul - Wrlr - 2/05 4:03 pm

7 hours ago Foto dikongsi Rahmat di laman Facebooknya berhubung ketibaan aktivis GSF 2.0 yang tiba di Istanbul jam 3 pagi 2 Mei 2026. ISTANBUL, 2 Mei Semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini diculik tentera rejim di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece telah selamat tiba di Turkiye





Gaza aid mission turns violent: Ten Malaysians in flotilla freed in Greece after claims of attack in custody - Malaymail - 2/05 8:54 am

KUALA LUMPUR, May 2 Ten Malaysian delegates from the Sumud Nusantara Command Center (SNCC), who were detained in...





Sumud Nusantara jangka proses bebaskan peserta GSF kali ini berdepan .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

Mereka tidak mahu kumpulan yang besar ini bergabung dengan kumpulan yang berada di Turki," katanya ketika sidang media hari ini. Terdahulu Sani Araby berkata, meskipun SNCC mendapat informasi peserta akan dibebaskan hari ini di pelabuhan Lara Petra, Pulau Crete, Greece namun perkembangan tersebut belum dapat disahkan





178 aktivis GSF 2.0 dipindahkan untuk dihantar pulang ke negara asal - Mygazette - 2/05 8:00 am

# 178 aktivis GSF 2.0 dipindahkan untuk dihantar pulang ke negara asal ATHENS - Aktivis daripada flotila bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza dan diserang oleh Israel minggu ini sedang dipindahkan ke sebuah lapangan terbang di Crete untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan pada Jumaat. Seramai 178 aktivis dari pelbagai negara, termasuk Greece, telah dibawa ke perkampungan Atherinolakkos di Lasithi, timur Crete, sebelum mereka akan dibawa dengan bas ke Lapangan Terbang Heraklion, lapor penyiar SKAI dengan memetik sumber tempatan





GSF: 10 rakyat Malaysia dibebaskan, berlepas dari Greece 10.15 malam waktu .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

# GSF: 10 rakyat Malaysia dibebaskan, berlepas dari Greece 10.15 malam waktu Malaysia KUALA LUMPUR - Sepuluh rakyat Malaysia antara 186 peserta Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa baru-baru ini sudah dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di Kepulauan Crete, Greece





Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Harapandaily - 1/05 11:02 pm

Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece





GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Zionis dibebaskan di Crete - SNCC - Sinarharian - 1/05 10:55 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 10 aktivisGlobal Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyatMalaysiayang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskandi Pelabuhan Lerapetra, Crete.Ketua PengarahSumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSFyang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.Beliau berkata, SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan."Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini malam Jumaat.Beliau mengesahkan, 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskanakan terbang ke Istanbul.Sani Araby berkata, SNCC turut menerima laporan bahawa aktivis berdepan provokasi dan serangan fizikal selain dipaksa berada dalam keadaan tidak selesa sehingga berlaku insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta ketika penahanan.Beliau berkata, dua ahli jawatankuasa induk GSF,Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi.Katanya SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul."Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian," katanya.Selain itu, beliau berkata, keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia terlibat akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan GSF.Pada masa sama, beliau berkata, SNCC menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan serta mendesak pembebasan Thiago dan Saif yang masih ditahan pihak rejim.Beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin, melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah selain mempergiat penyebaran maklumat sahih dan advokasi di peringkat nasional serta antarabangsa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan





GSF: 10 Rakyat Malaysia Dibebaskan Di Crete - SNCC - Siakapkeli - 1/05 10:36 pm

Kesemua 10 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dari Malaysia yang ditahan di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece, telah dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra dan dijadual berlepas ke Istanbul malam ini.





Aktivis GSF akan dibawa ke lapangan terbang Greece untuk dihantar pulang - FMT - 1/05 8:19 pm

Flotila GSF dipintas dan diceroboh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza semalam.





Greece to repatriate Gaza flotilla activists - FMT - 1/05 7:48 pm

The Israeli foreign ministry said all the flotilla activists are in Greece except Saif Abu Keshek and Thiago Avila, who were taken to Israel for questioning.





Israel releases all but two activists in Greece after intercepting Gaza aid flotilla - BBC - 1/05 6:12 pm

The Global Sumud Flotilla denounced the interception as "piracy", while Israel's foreign ministry called the flotilla a "PR stunt".





Status keselamatan aktivis GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia belum diketahui - SNCC - Sinarharian - 1/05 4:50 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa, Khamis lepas.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sedang meneliti satu maklumat yang menyatakan kesemua aktivis dijangka bebas pada jam 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di Pelabuhan Ierapetra, Kepulauan Crete.Bagaimanapun,beliau berkata, status terkini berhubung maklumat itu juga belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan pasukan SNCC di lapangan."Memasuki hari ke-19 misi dan 38 jam selepas penahanan aktivis GSF 2.0 oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, SNCC belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan kesemua 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia."Setakat sekarang, sebanyak 21 daripada 22 bot yang kita sahkan, satu dah disabotaj dan mereka terputus hubungan sehinggalah ada kapal yang kita hantar dari Greece untuk tinjau."Kita dapati rejim Zionis mungkin melakukan sabotaj sama kepada kapal-kapal yang ditinggalkan, tetapi kita tidak pergi kepada kefahaman bahawa ia disita





PM hubungi rakan negara Teluk, Arab bantu bebaskan rakyat Malaysia ditahan .. - Mygazette - 1/05 3:38 pm

Difahamkan kapal yang dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi; Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I. Terdahulu media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan GSF berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece





Aktivis GSF yang ditahan dibawa ke pantai Greece - Mkini - 1/05 10:00 am

GLOBAL Penganjur anggap Greece bertanggungjawab secara langsung dalam tindakan tersebut





Kapal Tam Tam dirosakkan Israel, aktivis dalam keadaan selamat - Mkini - 30/04 10:10 pm

30 kapal lain tidak ditahan dan meneruskan pelayaran serta selamat menghampiri perairan Greece.





Sumud: 10 aktivis Malaysia ditahan rejim Zionis - Harakahdaily - 30/04 10:00 pm

KUALA LUMPUR: Sepuluh aktivis kemanusiaan warga Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) disahkan ditahan oleh tentera rejim Zionis Israel selepas kapal mereka dipintas secara agresif di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece, awal pagi tadi





Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa Zionis bebaskan anak kapal GSF 2.0 - Sinarharian - 30/04 8:12 pm

SHAH ALAM - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengecam tindakan biadab rejim Zionismemintas, menahan dan menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa pada awal pagi Khamis.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, insiden tersebut jelas mencabuli undang undang antarabangsa di mana ia berlaku ketika 57 kapal GSF termasuk tiga bot pengiring berada berhampiran Kepulauan Crete, Greece, kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza, Palestin.Justeru, kata Syed Ibrahim, pihaknya mendesak supaya Zionis Israel menghentikan tindakan pencabulan dan lanun mereka serta membebaskan kesemua anak kapal yang diculik."Kaukus Palestin Parlimen Malaysia juga meminta rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam itu."Kami mengusulkan supaya Ahli Parlimen Malaysia dan seluruh dunia bersatu suara mengutuk tindakan melampau pencabulan undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel."Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil langkah sewajarnya dengan segera untuk keselamatan anak kapal warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan GSF 2.0.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, sebanyak 22 dari keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel.Jelasnya lagi, berlaku provokasi di mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata.





Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia ditahan - Wrlr - 30/04 7:20 pm

Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia ditahan Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) pada Khamis. Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete, Greece





GSF: Amirudin hubungi PM, misi bebaskan aktivis Malaysia - Sinarharian - 30/04 6:31 pm

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan segera menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan keselamatan aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) terus terjamin serta dibebaskan segera.Amirudin berkata, perkara itu juga akan dimaklumkan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan tindakan segera itu diambil susulan penahanan dan serangan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis kemanusiaan yang dalam misi menghantar bantuan ke Gaza."Kita ingin memastikan keselamatan para aktivis Malaysia yang menjadi mangsa serangan dan penahanan ini dapat dijamin dan dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu, Amirudin mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim berkenaan yang didakwa memintas kapal bantuan serta menahan aktivis berhampiran Pulau Crete, Greece, dalam insiden yang disifatkan melanggar undang-undang perairan antarabangsa.Menurutnya, insiden berulang itu memperlihatkan sikap tidak peduli rejim berkenaan terhadap prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, selain didakwa terus menerus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin."Kerajaan Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan, halangan dan penahanan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla yang cuba menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza," katanya.Jelas beliau, tindakan rejim itu juga membuktikan hasrat berterusan untuk meneruskan apa yang disifatkan sebagai genosid terhadap rakyat Palestin sama ada melalui serangan ketenteraan mahupun sekatan bantuan kemanusiaan."Sikap lanun pembunuh ini turut memangsakan penduduk di rantau Asia Barat termasuk rakyat Lebanon yang diusir dari tanah sendiri atau pun penduduk di Iran yang menjadi mangsa pembunuhan," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa agar semua pihak meningkatkan tekanan secara menyeluruh terhadap Israel bagi menghentikan kekejaman berkenaan.Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.Dalam insiden itu, tentera Zionis turut mengancam penculikan dan keganasan.Terdahulu, aktivis kemanusiaan yang juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan bersama dua lagi rakyat Malaysia oleh rejim Israel yang memintas kapal mereka, awal pagi Khamis.Difahamkan, kapal dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.





10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece - Mypress - 30/04 2:40 pm

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini





Global Sumud Flotilla 2.0: ZRA Antara 10 Rakyat Malaysia Diculik - Vocket - 30/04 2:20 pm

Pada jam 1.00 pagi sehingga 11.00 pagi waktu Malaysia (bersamaan jam 6.00 petang sehingga 4.00 pagi waktu Greece), kapal Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) telah..





Sepuluh rakyat Malaysia ditahan tentera Zionis: Berlaku provokasi, IOF .. - Hmetro - 30/04 1:30 pm

Bangi: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 antara individu ditahan tentera Zionis di Kepulauan Crete, Greece, hari ini





Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia terputus hubungan - Sinarharian - 30/04 1:23 pm

BANGI - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) pada Khamis.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete, Greece.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel."SNCC melaporkan berlaku provokasi yang mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata."Enam kapal yang ditahan dan diceroboh melibatkan 10 rakyat Malaysia antaranya Zainal Rashid Ahmad (ZRA), Osman Zulkifli dan Dr Jihan Alya Mohamad Nordin," katanya dalam sidang akhbar khas SNCC di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Kajang pada Khamis.Dalam insiden itu, kata Sani Araby, pihaknya turut mengesahkan terdapat puluhan dron yang tidak dikenal pasti dan dikesan beroperasi di sekitar kawasan Flotilla."SNCC percaya mereka melakukan pemantauan dan juga gangguan terhadap pergerakan serta komunikasi delegasi GSF."Rakaman audio dan visual yang diperolehi membuktikan pihak IDF menggunakan naratif palsu bagi menjustifikasikan serangan amaran," katanya lagi.Pihaknya menyifatkan serangan itu sebagai provokasi awal bagi mengagalkan misi kemanusiaan berskala besar ke Gaza."Pihak rejim sangat terdesak dan melakukan tindakan pengecut kerana delegasi berada di zon pelayaran antarabangsa yang sah dan dijamin sepenuhnya undang-undang maritim antarabangsa berbanding tahun lepas."Kita yakin dengan ketumbukan seluruh dunia termasuk dari Malaysia telah menyebabkan Zionis merasa goyah dan membuat provokasi awal untuk menghentikan gerakan besar-besaran dalam sejarah."Kalau sampai di kawasan Turki boleh jadi keseluruhan dunia mula bangkit dan menyokong," kata Sani Araby.Beliau berkata, perkembangan terkini misi GSF itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan terutama dari aspek diplomatik dan keselamatan.Dalam pada itu, SNCC meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan semua peserta misi terutama rakyat Malaysia."Laksanakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon perlindungan kepada mereka yang berdepan situasi genting ini."Difahamkan, demontrasi besar-besaran akan dibuat akan dibuat di Eropah yang saya kira tindakan rejim Israel itu satu pencabulan," katanya.Global Sumud Flotilla merupakan gerakan antarabangsa tindakan tanpa kekerasan yang belayar bagi menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza serta menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin.





TERKINI: Kapal Dinaiki ZRA Dipintas Tentera Rejim Israel - Wrlr - 30/04 12:49 am

Antara kapal yang disahkan status dipintas (intercepted) adalah Al Bassa, Tantura, Yaffa, Yazur, Safad, Safsaf, Jabalia, Kafr Birim, Idna, Iqrit, Beith Lahim, Haifa, Ayn al-Zaytoun dan Al Faluja. Terdahulu, GSF dalam kenyataan memaklumkan, bot tentera Zionis mengepung konvoi itu di perairan antarabangsa berhampiran pulau Crete Greece sekitar pukul 2 pagi tadi





Suspected gunman aged 89 held in Greece after five wounded - BBC - 28/04 10:59 pm

Five people were left with non-life-threatening injuries, according to Greece's state broadcaster ERT.



Australia's Teen Social Media Ban Isn't Working. Half Their Teens Still Have Access, Survey Finds - Slashdot - 26/04 7:09 am

The survey comes at the heels of the Australian internet regulator calling for an investigation into the five largest social media platforms over potential breaches of the ban. The article points out that "Greece, France, Indonesia, Austria, Spain, and the UK have or are considering similar action, and eight U.S





Greece relaxes Euro biometric border entry rules amid airport chaos - Register - 24/04 5:15 pm

Missed flights and more means something has got to give at the border Greece is taking a flexible approach to introducing the European Union's biometric Entry/Exit System (EES), after some British passport holders missed flights home following the system's implementation on 10 April.





Turkey wants to ban social media for kids under 15 - Engadget - 23/04 10:30 pm

The countrys lawmakers moving to ban under-15s from accessing social media is part of an emerging trend in Europe and across the globe. The likes of Greece and Austria have recently introduced similar legislation of their own, following Australia becoming the first country in the world to ban children under 16 from social media last year





Piala Dunia: Arab Saudi pecat ketua jurulatih - Mygazette - 18/04 7:57 am

Dia kemudian dipanggil semula menggantikan Mancini yang meninggalkan pasukan selepas tempoh 14 bulan yang kurang memberangsangkan. Sementara itu, bekas pemain antarabangsa Greece, Georgios Donis dilaporkan menjadi calon utama menggantikan Renard dengan rundingan sedang berlangsung antara persekutuan dan kelab Al Khaleej yang kini dikendalikannya



Greek police using masked migrants to forcibly push other migrants back across border - BBC - 14/04 1:02 pm

Mercenaries recruited since at least 2020 for illegal migrant pushbacks in Greece, BBC told



Estonia is the rare EU country opposing child social media bans - Engadget - 11/04 3:46 am

A growing list of countries looked at the negative data and concluded that the answer was to ban social media altogether for children. Although the age cutoff varies, legislation has been floated or enacted in Australia , Greece , France , Austria , Spain , Indonesia , Malaysia , the UK and Denmark just to name a few



The Morning After: Amazon pledges its satellite internet starts this year - Engadget - 10/04 7:15 pm

Continue Reading. Greece will ban all kids under 15 from using social media It will begin at the start of 2027



German leader says he does not want Nato to 'split' over war on Iran - Middleeasteye - 10/04 2:18 am

The White House is not angry at all countries, however. Greece , for example, gave the US access to its airspace and strategic ports amid the war



OpenAI 'pauses' its Stargate UK data center plan - Engadget - 9/04 7:56 pm

Upon announcing Stargate UK, OpenAI said that it would offer the same deal to other countries that want to expand their sovereign AI capabilities. Its unclear if those plans are affected, as well, but its worth noting that the initiative, OpenAI for Countries, is also working with Australia , Greece , the UAE, Slovakia, Kazakhstan and other regions



Greece mahu larang kanak-kanak bawah 15 tahun guna media sosial - Mkini - 9/04 8:36 am

GLOBAL Bercakap secara langsung kepada pengguna muda, Mitsotakis mengakui yang pelan itu mungkin mendapat tentangan.



Greece will ban all kids under 15 fromusing social media - Engadget - 8/04 11:48 pm

Greece will ban children under the age 15 from using social media starting next year



Greece to ban social media for under-15s from next year - BBC - 8/04 7:39 pm

It follows similar moves in other European countries, including France and Spain.



Greece to ban social media for under-15s from 2027, PM says - Cgtn - 8/04 7:37 pm

Greece will ban access to social media for children under the age of 15 from January 1, 2027, Prime Minister Kyriakos Mitsotakis said on Wednesday, citing rising anxiety, sleep problems and the addictive design of online platforms.



Greece to ban social media for under-15s from 2027, PM says - Cgtn - 8/04 7:37 pm

Greece will ban access to social media for children under the age of 15 from January 1, 2027, Prime Minister Kyriakos Mitsotakis said on Wednesday, citing rising anxiety, sleep problems and the addictive design of online platforms.




Reformasi     >>



ULASAN Kerajaan Anwar tunggu masa dibaham harimau Umno - Mkini
ULASAN Sesuatu yang bodoh bagi Umno sekiranya hasil usaha politik mereka dibiarkan dirampas pada saat akhir.
Kroni     >>



Rain Rave: Respon lewat Zahid cuma damage control - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap respon kerajaan yang disifatkan lewat berhubung penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026. Beliau berkata, meskipun menyokong kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, ..
Tabloid     >>



Elaun Pasca Cuti Bersalin Pendekatan Holistik Selari .. - Siakapkeli
Elaun Pasca Cuti Bersalin Pendekatan Holistik Selari Nilai Islam - MAWIM PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Pengumuman Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB)
Tech     >>



Apple discontinues cheaper Mac Mini, now $799 - Mashable
Amid global RAM shortages and supply chain constraints, Apple bumped its cheapest Mac Mini option.
World     >>



Thirteen killed in Israeli strikes on southern .. - BBC
Four women and a child are among the dead, as fighting between Israel and Iran-backed Hezbollah continues despite a ceasefire.
Motor Trend     >>



GWM Wey G9 Hi4 Driving Impressions - DSF
Can the GWM Wey G9 Hi4 take away reconditioned Alphard and Vellfire sales? Yes. It can. For the better part of two decades, the quest for a large Multi-Purpose Vehicle (MPV) in Malaysia has invariably led buyers down a single path: the reconditioned Toyota Alphard or Vellfire. This trend, sustained by parallel ..