///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Gig News   Page 1    





[KOLUMNIS] RUU Pekerja Gig 2025: Langkah bersejarah selaras semangat Malaysia MADANI - Astroawani - 27/08 8:46 pm

RUU ini adalah bukti bahawa pekerja gig yang semakin ramai kini tidak lagi diabaikan, sebaliknya diiktiraf sebagai tenaga kerja penting dalam ekonomi baharu negara.





Ketirisan subsidi LPG dan nyah warta hutan simpan jadi fokus Dewan Rakyat - SUN - 27/08 2:59 pm

Selain itu, Datuk Verdon Bahanda (GRS-Kudat) meminta penjelasan daripada Menteri Kerja Raya mengenai status semasa projek Lebuh Raya Pan-Borneo dari Kota Kinabalu ke Kudat, termasuk jangkaan tempoh siap sepenuhnya lebuh raya itu. Selesai sesi soal jawab lisan, persidangan akan diteruskan dengan menyambung semula perbahasan bagi Rang Undang-undang (RUU) Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 diikuti pembentangan RUU bagi bacaan kali kedua, iaitu RUU Perolehan Kerja 2025, RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 dan RUU Pekerja Gig 2025





RUU pekerja gig tidak bebankan pengguna GEM - Sinarharian - 27/08 9:20 am

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Isnin bukan bertujuan membebankan pengguna, sebaliknya menstabilkan industri gig dan melindungi lebih 1.2 juta pekerja sektor berkenaan.Ketua Aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, harga perkhidmatan dalam sektor gig tetap akan ditentukan oleh faktor pasaran dan persaingan antara platform, bukan kerana pelaksanaan RUU itu.Menurutnya, perubahan sebenar adalah pada sistem pekerjaan yang kini menjadi lebih adil dan telus apabila pekerja gig diberikan perlindungan undang-undang manakala pengguna menikmati jaminan kualiti perkhidmatan."RUU ini tidak akan menaikkan harga secara paksa





Ketirisan subsidi LPG, nyah warta hutan simpan antara tumpuan Dewan Rakyat - Sinarharian - 27/08 8:25 am

KUALA LUMPUR - Isu ketirisan subsidi gas petroleum cecair (LPG) dan status kawasan hutan simpan yang telah nyah warta sejak 2018 dijangka menjadi antara fokus utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) pada sesi soal jawab lisan akan mengemukakan soalan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berhubung statistik kes ketirisan serta penyelewengan subsidi LPG yang direkodkan setakat ini.Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai pelan mitigasi kementerian bagi memastikan pematuhan penggunaan tong gas bersubsidi dalam kalangan peniaga kecil yang berpotensi memberi kesan kepada harga barangan pengguna.Sementara itu, Chong Zhemin (PH-Kampar) meminta penjelasan daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhubung jumlah kawasan hutan simpan yang telah nyah warta di Perak sejak 2018 hingga kini.Isu berkaitan keselamatan jalan dibangkitkan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang ingin mengetahui perancangan jangka panjang Kementerian Kerja Raya bagi menangani kejadian runtuhan cerun dan lubang benam di laluan Gua Musang-Cameron Highlands serta cadangan pembinaan jajaran jalan baharu di kawasan berisiko tinggi.Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) pula meminta Menteri Kesihatan menjelaskan mengenai pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan sistem Pengurusan Maklumat Penjagaan Pesakit Bersepadu (CCMS) di fasiliti kesihatan kerajaan serta keberkesanannya dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan.Pada sesi sama, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) meminta penjelasan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkenaan penggunaan deposit sumber mineral negara sebagai aset strategik dalam rundingan diplomasi bagi mengurangkan kesan geopolitik terhadap perdagangan global.Selain itu, Datuk Verdon Bahanda (GRS-Kudat) meminta penjelasan daripada Menteri Kerja Raya mengenai status semasa projek Lebuh Raya Pan-Borneo dari Kota Kinabalu ke Kudat, termasuk jangkaan tempoh siap sepenuhnya lebuh raya itu.Selesai sesi soal jawab lisan, persidangan akan diteruskan dengan menyambung semula perbahasan bagi Rang Undang-undang (RUU) Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 diikuti pembentangan RUU bagi bacaan kali kedua, iaitu RUU Perolehan Kerajaan 2025, RUU Pembaharuan Semula Bandar 2025 dan RUU Pekerja Gig 2025.Mesyuarat Dewan Rakyat kali ini yang bersidang selama 24 hari bermula 21 Julai lepas akan melabuhkan tirai pada Khamis ini





RUU Pekerja Gig 2025: 1.2 juta rakyat tunggu perlindungan, jangan ditangguh lagi - Sinarharian - 26/08 9:14 pm

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya pekerja gig di negara ini diiktiraf serta dilindungi menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang dijangka dibentangkan di Parlimen.Sokongan terhadap RUU ini disuarakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menegaskan usaha berkenaan tidak boleh lagi ditangguhkan.Menurut mereka, RUU itu melibatkan masa depan lebih 1.2 juta rakyat yang bergantung kepada sektor gig sebagai sumber rezeki utama."RUU berkenaan adalah langkah bersejarah bagi membina pasaran kerja lebih moden, teratur dan berdaya saing, khususnya dalam sektor gig yang semakin berkembang pesat di negara ini."Perlindungan undang-undang juga penting bagi memastikan pekerja gig menikmati jaminan pendapatan, perlindungan sosial dan mekanisme penyelesaian pertikaian," kata mereka dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut mereka lagi, selama ini ramai pekerja gig berdepan pelbagai risiko termasuk kemalangan, eksploitasi dan kehilangan sumber pendapatan kerana ketiadaan perlindungan sewajarnya."Tragedi nahas pesawat di Elmina pada tahun lalu yang mengorbankan seorang pemandu e-hailing sekali gus meninggalkan keluarganya tanpa perlindungan sosial menjadi contoh nyata betapa perlindungan ini amat diperlukan."Keputusan Mahkamah pada 2022 yang menolak hak pekerja gig membawa kes ke Mahkamah Buruh kerana tidak diiktiraf sebagai pekerja menunjukkan kelemahan besar dalam sistem sedia ada," katanya.Keadaan itu, ujar mereka, menyebabkan pekerja gig langsung tidak dilindungi oleh mana-mana undang-undang buruh walaupun berdepan masalah serius sepanjang bekerja."Melalui RUU Pekerja Gig 2025, buat pertama kali status mereka akan diperakui dalam undang-undang negara sekali gus membuka jalan kepada jaminan lebih kukuh."Antara empat fokus utama yang digariskan termasuk takrif jelas pekerja gig, menjamin kebajikan, meningkatkan daya saing dan mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ekosistem ekonomi digital Malaysia."Sudah tiba masanya RUU ini dibentangkan dan kami menyeru semua Ahli Parlimen serta pihak berkepentingan untuk menyokong kelulusannya





RUU Pekerja Gig 2025: Aspek perlindungan sosial jelas, wujud mekanisme selesai pertikaian - Astroawani - 26/08 4:48 pm

RUU ini tidak boleh lagi ditangguhkan kerana ia menyentuh soal perlindungan lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.





Gabungan kesatuan, persatuan sekerja sokong penuh RUU Pekerja Gig 2025 - Sinarharian - 26/08 10:45 am

SHAH ALAM Lebih 1.42 juta pekerja yang bernaung di bawah 487 kesatuan, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang dibentangkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Dewan Rakyat.RUU bersejarah itu dilihat sebagai lembaran baharu dalam perundangan buruh negara kerana buat pertama kali lebih 1.2 juta pekerja gig akan diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang.Antara gabungan yang menyuarakan komitmen padu ialah Gabungan e-Hailing Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa MalaysiaUNIMLC, Cuepacs, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) serta Malaysian Sign Language Interpreters & Translators National Organisation.Menurut kenyataan bersama itu, RUU berkenaan menekankan empat fokus utama iaitu definisi rasmi pekerja gig bagi menghapuskan kekaburan status pekerjaan dan jaminan pendapatan serta kadar bayaran adil melalui mekanisme perundingan.Selain itu, dua fokus lain adalah tribunal penyelesaian pertikaian untuk melindungi daripada eksploitasi dan perlindungan sosial mandatori bagi memperkukuh jaringan keselamatan pekerja dan keluarga mereka.Kenyataan itu turut merakamkan penghargaan kepada Kesuma atas usaha menyeluruh melalui 37 sesi libat urus melibatkan pekerja gig, penyedia platform, kesatuan sekerja, agensi kerajaan serta kerajaan negeri."Dengan penggubalan RUU ini, Malaysia bakal menjadi antara 15 negara terawal di dunia memberikan definisi jelas kepada pekerja gig."Ia bukan sahaja mengangkat kedudukan pekerja di dalam negara, malah meningkatkan imej Malaysia sebagai negara progresif di persada antarabangsa," jelas kenyataan itu.Sehubungan itu, mereka menyeru semua ahli Parlimen tanpa mengira parti memberikan sokongan penuh bagi memastikan suara pekerja gig terus didengar dan hak mereka dilindungi melalui undang-undang.





RUU Pekerja Gig 2025 sedia hala tuju adil untuk semua pihak - NSI - Astroawani - 26/08 6:00 am

NSI berkata, selepas meneliti prinsip RUU itu, pihaknya berpandangan cadangan tersebut menyediakan hala tuju yang adil untuk semua pihak.





RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs desak perlindungan sosial pekerja - Sinarharian - 25/08 6:56 pm

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), insurans kewajipan kerja dan lain-lain manfaat antara perkara yang perlu dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, status pekerjaan seperti definisi pekerja tetap, bergaji, kontrak atau gig juga mesti jelas bagi memastikan hak-hak dasar dipenuhi.Menurutnya, selain itu, pelaksanaan upah minimum yang adil, perlindungan jam kerja, aturan kerja serta pembayaran tepat pada masanya perlu diberikan perhatian serius."RUU ini juga mesti merangkumi aspek keselamatan kerja, hak cuti, perlindungan kesihatan dan mekanisme penyelesaian sengketa."Dari segi pengawasan platform pula, perlu ada ketelusan tentang bagaimana platform bertanggungjawab terhadap pekerja gig," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, RUU Pekerja Gig 2025 yang bertujuan memberi perlindungan dan mengiktiraf peranan pekerja sektor berkenaan telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika membentangkan RUU tersebut berkata, bacaan kali kedua dan ketiga juga akan dibuat pada persidangan kali ini.Menurut beliau, ia menjadi detik penting bagi mengiktiraf lebih 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara melalui ekosistem ekonomi gig yang lebih adil, progresif dan inklusif.Jelas Steven lagi, langkah ini menjadikan Malaysia antara 15 negara terawal di dunia yang memberikan definisi jelas kepada pekerja gig.Difahamkan, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah menganjurkan 37 sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh, termasuk 14 sesi bersama kementerian, agensi, serta kerajaan Sabah dan Sarawak.Selain itu, 13 sesi melibatkan pekerja gig, penyedia platform dan bukan platform, manakala tujuh sesi bersama pemegang taruh serta pemain industri di enam zon utama utara, tengah, selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak sejak 22 Oktober hingga 7 Ogos lalu.Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pendirian Cuepacs terhadap isu pekerja gig secara umumnya berlandaskan fokus kepada perlindungan dan kesejahteraan pekerja.Justeru katanya, Cuepacs menyokong pendekatan yang meningkatkan perlindungan sosial buat pekerja, termasuk mereka yang berstatus gig."Cuepacs kerap meneliti implikasi kos kepada anggaran negara, terutama apabila skim perlindungan baharu memerlukan sumbangan tambahan daripada pekerja atau syarikat serta platform."Dalam konteks keseimbangan antara perlindungan pekerja dan kelangsungan pekerjaan formal, Cuepacs berpandangan perlu ada perlindungan tanpa membebankan anggaran negara atau tenaga kerja sedia ada," ujarnya.





RUU Pekerja Gig 2025 bukti kerajaan proaktif bela hak pekerja gig - Steven Sim - Sinarharian - 25/08 5:27 pm

KUALA LUMPUR - Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Dewan Rakyat membuktikan kerajaan proaktif dalam membela suara dan hak pekerja sektor gig di negara ini.Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, ia menjadi detik penting untuk mengiktiraf lebih 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara melalui ekosistem ekonomi gig lebih adil, progresif dan inklusif.Menurutnya, langkah itu menyaksikan Malaysia bakal menyertai 15 negara terawal di dunia yang memberikan definisi jelas kepada pekerja gig."RUU Pekerja Gig 2025 adalah undang-undang baharu dan yang pertama diwujudkan bagi menjaga kebajikan pekerja sektor gig di negara ini."RUU ini melalui pelbagai sesi libat urus merentas kementerian dan kerajaan negeri khususnya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak."Malah kita juga melalui hampir 40 sesi libat urus dengan pemegang taruh, syarikat platform, wakil pekerja, wakil majikan, persatuan pekerja gig, NGO (badan bukan kerajaan), ahli akademik dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar mengenai RUU Pekerja Gig 2025 di Parlimen pada Isnin.Dalam pada itu beliau menjelaskan, KESUMA telah menganjurkan 37 sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh antaranya 14 sesi bersama kementerian, agensi serta kerajaan Sabah dan Sarawak.Selain itu, 13 sesi bersama pekerja gig, penyedia platform dan bukan platform dan tujuh sesi bersama pemegang taruh serta pemain industri di enam zon utama iaitu di utara, tengah, selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak sejak 22 Oktober sehingga 7 Ogos lalu.Beliau menjelaskan, lebih 4,000 orang pemegang taruh menyertai sesi libat urus untuk menghasilkan RUU berkenaan.Selain itu katanya, kementerian turut menerima lebih 500 maklum balas secara dalam talian dengan kesemuanya diambil kira dalam proses penggubalan RUU berkenaan.Mengulas lanjut, Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, RUU terbabit merangkumi 10 bahagian dengan 112 fasal dengan tumpuan kepada empat teras utama iaitu definisi pekerja gig, pendapatan atau kadar bayaran, mekanisme penyelesaian pertikaian dan perlindungan sosial."Melalui RUU ini, adanya mekanisme kilanan (tidak puas hati) di mana kalau berlaku pertikaian, kita ada proses formal (untuk menyelesaikannya)."Begitu juga isu mengenai bayaran, ia antara aduan utama pekerja gig ini





RUU Pekerja Gig 2025 hasil konsultasi, bukan ‘atas angin’ ??? .. - Mgazette - 25/08 2:57 pm

# RUU Pekerja Gig 2025 hasil konsultasi, bukan 'atas angin' Steven Sim KUALA LUMPUR Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig 2025 bukan dibentangkan secara terburu-buru atau bersifat khayalan, sebaliknya dirangka selepas melalui proses libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan





Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat - Astroawani - 25/08 2:35 pm

RUU Pekerja Gig 2025 bagi membela nasib 1.2 juta pekerja gig di negara ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.





RUU Pekerja Gig 2025 dibentang di Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 25/08 12:19 am

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang bertujuan memberi perlindungan dan mengiktiraf peranan pekerja sektor berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.Menteri Sumber Manusia, Steven Sim ketika membentangkan RUU berkenaan berkata, bacaan untuk kali kedua dan ketiga akan dibuat pada persidangan kali ini juga.Pembentangan ini menandakan satu titik bersejarah dalam usaha negara mengiktiraf peranan penting pekerja gig dalam undang-undang perburuhan negara di samping memastikan hak serta kebajikan mereka dilindungi secara menyeluruh.Bermula dengan ucapan Perdana Menteri semasa Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada 4 Mac 2024 berhubung isu pekerja gig, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah memulakan langkah proaktif dengan menjalankan Kajian Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Pekerja di Malaysia bersama Universiti Malaya.Susulan itu, Kesuma telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Penggubalan RUU Pekerja Gig yang dianggotai wakil jabatan dan agensi di bawah kementerian serta melaksanakan 28 siri bengkel dan mesyuarat.Selain itu, Kesuma turut mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara sebanyak tujuh kali bagi meneliti dan memuktamadkan draf RUU berkenaan.





Harapan rakyat terhadap RUU Pekerja Gig 2025 - Sinarharian - 25/08 8:20 am

SHAH ALAM Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang bakal digubal diharap mampu menyediakan perlindungan undang-undang yang jelas bagi melindungi pekerja gig daripada risiko ditipu pelanggan.Penulis bebas, Jamilah Hamzah berkata, masalah utama yang sering berlaku ialah bayaran tidak dilunaskan walaupun kerja telah disiapkan.Menurutnya, situasi itu semakin membimbangkan kerana ramai pekerja gig terpaksa menanggung kerugian tanpa sebarang pembelaan."Kami berharap kerajaan dapat mewujudkan akta khusus atau menawarkan bantuan guaman sekiranya klien culas membuat bayaran





Pekerja gig bakal ada hak tentukan kadar upah - Sinarharian - 25/08 8:00 am

SHAH ALAM - Lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia selepas ini bakal mempunyai hak untuk turut menentukan secara bersama dengan penyedia platform atau majikan kadar upah dan bayaran apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 diluluskan kelak.Menerusi dokumen mengenai RUU Pekerja Gig yang disiarkan menerusi laman web Kementerian Sumber Manusia dan turut diedarkan kepada pihak media, pekerja gig di negara ini menerusi majlis tripartite atau majlis perundingan boleh bersama-sama berbincang mengenai kadar upah dan bayaran dengan pemegang taruh industri.Dokumen tersebut melaporkan majlis perundingan yang ditubuhkan di bawah RUU berkenaan membolehkan majlis tersebut memberi nasihat dan membuat cadangan kepada kerajaan mengenai pelbagai perkara sebagaimana ditentukan menteri."Antaranya termasuklah kadar pendapatan minimum, formula yang digunakan berkaitan kadar pendapatan minimum, standard minimum yang perlu digunakan pakai atau apa-apa perkara berkaitan pekerjaan gig dan tarikh permulaan kuat kuasa perintah."Selain itu, majlis juga mempunyai kuasa untuk berunding dengan pemegang taruh, mengumpul serta menganalisis data dan menilai kesan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan," jelas dokumen terbabit di muka surat 33 dan 34.Dalam pada itu, RUU Pekerja Gig yang bakal dibentangkan bacaan kali pertamanya hari ini juga bakal memperluaskan lagi kategori pekerja industri tersebut bukan sekadar sektor p-hailing dan e-hailing sahaja."Turut termasuk dalam jadual pekerja gig ialah lakonan, petugas pengeluaran filem, penyanyi, pemuzik, penggubah, penulis lirik, jurusolek, pendandan rambut, jurugaya, jurubahasa isyarat, wartawan, pemberita sambilan, juruvideo, jurugambar dan penjaga untuk orang tua atau ibu bersalin," kata dokumen itu.Pun begitu, RUU tersebut hanya mengiktiraf pekerja gig dengan beberapa syarat iaitu merupakan seorang warga negara atau pemastautin tetap, membuat perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak bagi pelaksanaan dan menerima pendapatan untuk perkhidmatan.Menurut dokumen itu lagi, RUU Pekerja Gig 2025 diwujudkan bagi melindungi hak pekerja gig, mengawal selia terma dan syarat perjanjian, menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian, penubuhan majlis perundingan, tribunal pekerja gig.Ia juga bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja gig serta melindungi keselamatan sosial industri yang semakin membesar sejak sedekad lalu.Isu berkenaan kadar upah dan bayaran pekerja gig terutamanya penghantaran makanan dalam talian telah berlarutan sejak tahun 2019, malah turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar pada Mei lalu turut mengulangi jaminan beliau pelbagai isu dan kebajikan pekerja gig akan ditangani menerusi penggubalan RUU Pekerja Gig 2025.Selepas lebih setahun dengan hampir 40 sesi libat urus dengan pelbagai pihak RUU Pekerja Gig 2025 akan dibentang Menteri Sumber Manusia, Steven Sim hari ini di Parlimen.Namun, RUU ini mendapat respons bercampur-campur terutamanya daripada penyedia platform yang melihat RUU tersebut dibuat secara tergesa-gesa.Setakat ini difahamkan hanya 15 negara dan negeri di dunia yang mempunyai akta hampir serupa bagi melindungi pekerja gig.





Pengkhianatan besar buat pekerja gig jika RUU dilengahkan - TPAD - Sinarharian - 23/08 6:54 pm

SHAH ALAM Sebarang usaha untuk melengah-lengahkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di negara ini merupakan pengkhianatan terbesar terhadap 1.2 juta pekerja gig.Presiden Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD), Nathan Mathivanan berkata, cukuplah dengan penangguhan sebelum ini dan kini tiba masanya Parlimen meluluskan RUU Pekerja Gig 2025 tanpa kompromi.Menurutnya, RUU Pekerja Gig 2025 bukan sekadar undang-undang biasa, sebaliknya ia adalah perisai melawan eksploitasi moden yang membelenggu lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia."Setiap hari pemandu dan rider terus bekerja tanpa perlindungan jelas, sementara ada pihak sentiasa memberi alasan mahu lebih data driven sebelum sebarang langkah yang hanya melengahkan perlindungan kepada pekerja gig setiap hari."Bukan setakat perlindungan, malah harga tambang juga tidak dibayar setimpal dengan kenaikan kos operasi yang semakin mencabar kehidupan minimum di bandar."Sampai bila lagi kita perlu menunggu segelintir platform dan ahli politik yang mahu segalanya sempurna, tanpa memikirkan risiko dan bahaya kami di jalanan?" jelasnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Dalam pada itu, Nathan memberitahu pihaknya akan mengadakan himpunan bertemakan Kembalikan, Martabatkan Pemandu dan Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Parlimen pada Rabu ini.Jelas beliau, himpunan itu bukanlah boikot, rusuhan atau tindakan offline, sebaliknya tanda solidariti semua pemandu di seluruh Malaysia.Katanya, terdapat lima perkara utama yang diperjuangkan, antaranya harga lantai yang adil bagi e-hailing dan p-hailing, serta pelaksanaan segera 21 tuntutan TPAD hasil lima siri perbincangan rasmi bersama kementerian."Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah manual accept tanpa syarat, demi meringankan beban pemandu serta-merta untuk memberikan hak memilih tugasan yang setimpal sahaja tanpa sebarang denda."Selain itu, mengkaji semula GSF auto opt-in sepenuhnya dengan TPAD sebelum sebarang kelulusan."Perkara terakhir pula mengenai kelulusan segera RUU Pekerja Gig 2025, yang sudah melalui 40 sesi libat urus dan lebih 500 maklum balas atas talian," ujarnya.





UNI-MLC desak kerajaan teruskan RUU Pekerja GIG 2025 tanpa tunduk tekanan - Sinarharian - 23/08 6:34 pm

SHAH ALAM - Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mendesak kerajaan supaya tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 selepas dibentangkan di Parlimen.Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bersama pelbagai pemegang taruh telah mengadakan beberapa siri perbincangan mengenai RUU berkenaan."UNI-MLC menyokong penuh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim untuk membentangkan RUU Pekerja GIG 2025 di Parlimen."RUU ini meliputi perlindungan hak pekerja, kewajipan entiti kontrak, kawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan, mekanisme penyelesaian pertikaian, penubuhan majlis perundingan, tribunal pekerja gig, keselamatan dan kesihatan pekerja selain perlindungan keselamatan sosial," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, hak pekerja gig tidak boleh dinafikan kerana mereka juga banyak berkorban untuk negara dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, justeru kebajikan mereka perlu dibela."RUU yang dicadangkan ini adalah satu daripada platform terbaik bagi memastikan hal ehwal kebajikan pekerja gig tidak dinafikan," katanya.Pada Khamis lalu, Kesuma dilaporkan menyatakan draf RUU Pekerja GIG telah sedia untuk dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.RUU itu lahir daripada aspirasi pelbagai pemegang taruh khususnya pekerja gig yang telah lama menanti mekanisme formal bagi pembelaan hak mereka.





RUU Pekerja Gig 2025 tidak boleh diluluskan tergesa-gesa - Sinarharian - 23/08 5:29 pm

SHAH ALAM Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 tidak boleh diluluskan secara tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan pelan reformasi menyeluruh yang menyelesaikan isu akar umbi industri, bukannya undang-undang separuh masak.Enam persatuan mewakili penghantar p-hailing dan e-hailing berkata, mereka sentiasa menyokong usaha kerajaan terutama Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), namun RUU berkenaan perlu jelas mengenai bidang kuasa kementerian lain.Menurut kenyataan itu, RUU tersebut juga perlu menjelaskan mekanisme kilanan (tidak puas hati), menyelesaikan isu tambang serta kadar upah sebelum menambah caruman baharu."Perbahasan pra-RUU perlu dilakukan secara terbuka dan inklusif dengan melibatkan suara pekerja gig sebenar





RUU Pekerja Gig 2025, melawan eksploitasi moden - GEM - Astroawani - 22/08 10:20 am

Ia dilihat sebagai perisai terhadap pelbagai bentuk ketidakadilan termasuk pendapatan tidak stabil, ketiadaan jaminan sosial dan eksploitasi.





KESUMA perluas pensijilan kemahiran Malaysia ke tahap 6,7,8 - SUN - 21/08 9:10 pm

Kami juga akan mengkaji peranan PTPK dari masa ke masa agar mandat dan pembiayaan PTPK mampu memenuhi keperluan kemahiran negara. Dalam pada itu, Sim berkata Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 yang melindungi lebih sejuta pekerja sektor ekonomi gig di negara ini akan dibentang pada persidangan minggu depan





Aktivis gesa semua pihak sokong RUU Akta Pekerja Gig 2025 - Sinarharian - 12/08 1:27 pm

KUALA LUMPUR Gabungan e-Hailing Malaysia (GEM) merayu semua pihak termasuk ahli politik, aktivis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemegang taruh dan rakyat Malaysia supaya bersama-sama menyokong kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pekerja Gig 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Ketua Aktivis GEM, Jose Rizal berkata, undang-undang itu penting bagi melindungi pekerja gig daripada eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab serta memastikan lebih 2 juta rakyat dalam sektor berkenaan dijamin pendapatan, keselamatan sosial dan masa depan mereka.Menurutnya, kelulusan RUU itu juga dapat mengelakkan beban kewangan negara pada masa hadapan untuk menanggung kos rawatan, bantuan dan kebajikan keluarga pekerja gig yang tidak dilindungi, selain memberi kejelasan status undang-undang kepada golongan berkenaan."RUU ini akan memastikan syarikat platform mematuhi tanggungjawab sosial selaras dengan budaya, undang-undang dan aspirasi negara



RUU Pekerja Gig 2025 dibentang 14 Ogos - Ahmad Zahid - Sinarharian - 7/08 7:34 pm

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 iaitu kerangka perundangan khusus yang dapat mengiktiraf dan melindungi pekerja gig secara sah, dijangka dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama 14 Ogos ini.Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bacaan kali kedua pula akan dibentangkan pada 26 Ogos."Masa itulah akan dibacakan secara terperinci, diperbahaskan Ahli Parlimen oleh kerajaan dan pembangkang, lepas itu diundi.Undi ini tidak perlu dua pertiga majoriti tapi (cukup) majoriti mudah," katanya.Beliau berkata demikian pada sesi Sembang Santai Teh Tarik Industri gig anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), yang dihadiri wakil pekerja industri gig dan pihak berkepentingan, di sini pada Khamis.Ahmad Zahid pada sidang media selepas sesi itu berkata kerajaan berusaha melaksanakan kempen kesedaran untuk memastikan lebih ramai pekerja gig menyumbang kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), berikutan kadar sumbangan yang rendah.Beliau berkata, setakat ini, hanya 188,000 pekerja p-panggilan dan 132,000 pekerja e-panggilan yang sedang membuat sumbangan, daripada jumlah keseluruhan 1.12 juta pekerja dalam ekonomi gig.Sementara itu, Steven ketika berucap dalam sesi itu berkata, sekiranya akta itu dilaksanakan, Malaysia menjadi negara ke-16 di dunia yang melaksanakan perundangan melindungi pekerja sektor gig.Beliau berkata, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) turut menyatakan minat untuk mengetahui pengalaman Malaysia dalam penyediaan RUU Pekerja Gig, memandangkan RUU versi Malaysia dilihat lebih komprehensif dan tidak ekstrem."Kita buat perbandingan dengan 15 negara, dengan empat negara ini kita beri perhatian lebih iaitu Singapura dan Filipina sebagai negara jiran, Amerika kerana status ekonomi maju dan India kerana undang-undangnya hampir sama dengan kita."Apabila saya pergi ke ILO di Geneva, Switzerland pada Jun, memang banyak negara menanti-nanti versi Malaysia," katanya.Selain itu, Steven berkata, sebanyak 40 sesi libat urus telah diadakan dalam merangka RUU itu, melibatkan kira-kira 4,000 pihak termasuk pekerja, syarikat, persatuan, wakil-wakil majikan, ahli akademik, badan bukan kerajaan dan sebagainya."Ada input sama ada daripada wakil pekerja ataupun wakil majikan dan dalam setahun ini kita cuba selaraskan."Setiap pihak ada kepentingan masing-masingkita cuba selaraskan supaya benda ini tidak merumitkan, terutamanya melindungi pekerja gig, tapi pada masa yang sama memastikan daya saing sektor ekonomi gig tetap ada di negara kita," katanya




Reformasi     >>



Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama bidang strategik - Mkini
Jumlah dagangan Malaysia-Brunei antara Jan hingga Jun tahun ini mencecah AS$690 juta (RM3.02 bilion)
Kroni     >>



Wider safety net for informal workers - Star
PETALING JAYA: Malaysia needs to boost the retirement savings of gig workers, the self-employed and others with irregular income in preparation to being an ageing nation, says the Employees Provident Fund (EPF). Read full story
Tabloid     >>



Melodi bawa bahagia - Hmetro
PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Mohammad Tulus, 38, membuktikan bahawa muzik tidak mempunyai sempadan. Setiap kali dia mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, sambutan yang diterima amat luar biasa. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



With developer verification, Android no longer counts .. - Androidauthority
Google being able to ban developers operating outside the Play Store transforms Android into an iOS-like walled garden.
World     >>



Trump accused Fed Governor Lisa Cook of mortgage .. - Cnbc
President Donald Trump said he is removing Federal Reserve Governor Lisa Cook, citing allegations of mortgage fraud. Here's what to know about the issue.
Motor Trend     >>



Buletin Peugeot Lancar Model 308 & 308 Sw Baharu. Cun .. - Mekanika
# PEUGEOT LANCAR MODEL 308 & 308 SW BAHARU. CUN HABISSS Dalam dunia automotif, jenama Perancis Peugeot memang sinonim dengan rekaan elegan dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Sejak beberapa dekad lalu, model 308 menjadi antara pilihan utama di segmen C di Eropah, terutama segmen yang ..