| /// |
|
| Search : Fiya News | Page 1 |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan - Sinarharian - 4/10 4:30 pm YONG PENG - Hasrat Irene Sofiya Mohd Khairool untuk mengadakan staycation bersama dengan rakan-rakan sambil meraikan ulang tahun kelahiran mereka pada Disember ini tidak kesampaian selepas pelajar Tingkatan Empat itu meninggal dunia dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 16, berkata, mereka lazimnya mengadakan staycation setiap tahun pada Disember, sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran Irene Sofiya dan dua lagi rakan dalam kumpulan berkenaan."Setiap tahun, memang kami buat staycation |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Pemimpin Pas gesa siasatan segera, audit keselamatan sekolah - Sinarharian - 4/10 3:51 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa suatu siasatan yang segera dan menyeluruh berikutan laporan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di daerah Yong Peng, Batu Pahat, Johor.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kejadian tersebut nyata menggemparkan institusi pendidikan negara yang terus menerus dihantui dengan pelbagai tragedi mutakhir ini."Perkara utama yang menjadi tanda tanya di sini adalah apakah sekolah masih lagi merupakan kawasan selamat untuk anak-anak didik hadir dan belajar?"Kejadian buli apatah lagi kes-kes kematian yang dilaporkan saban waktu dan semakin meruncing ini memberikan suatu tanda bahawa institusi pendidikan negara berada dalam keadaan tidak selamat," katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariSebelum ini, seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada Sabtu.Menurut sumber, remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.Tambah Afnan Hamimi, Pemuda Pas turut menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengenalpasti permasalahan akar yang berlaku di institusi pendidikan buat masa ini.Jelasnya, ia khususnya dari aspek akhlak dan moral murid yang turut berkait dengan disiplin mereka."Apakah sempadan ketegasan kepada para pendidik pada hari ini menyebabkan anak didik di sekolah semakin hilang pertimbangan mereka? Tepuk dada tanyalah selera," ulasnya.Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, KPM perlu melakukan audit segera terhadap aspek keselamatan sekolah.Beliau memberitahu, terutamanya kawalan selepas waktu persekolahan, kelas tambahan, pemantauan kawasan sekolah dan mekanisme mengesan ancaman keganasan dan salah laku dalam kalangan pelajar."Sekolah sepatutnya menjadi antara tempat paling selamat untuk anak-anak kita |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Sudah tiba masa bina semula kerangka sekolah selamat - Gagasan - Sinarharian - 4/10 3:31 pm SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) diminta melaksanakan Audit Keselamatan Sekolah secara nasional susulan kematian seorang remaja perempuan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.Timbalan Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Datuk Roslan Ariffin berkata, kejadian berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya menjadi titik perubahan terhadap pendekatan keselamatan murid di sekolah.Menurut beliau, penilaian yang dijalankan perlu merangkumi keselamatan ketika kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum selain keberkesanan prosedur tindakan kecemasan di sekolah."Sekolah bukan sekadar tempat anak-anak kita belajar. Apabila ibu bapa menghantar anak ke sekolah, mereka sebenarnya menyerahkan satu amanah besar kepada sistem pendidikan negara."Amanah itu bukan sahaja untuk mendidik, tetapi memastikan anak mereka berada dalam persekitaran yang selamat sehingga kembali ke pangkuan keluarga," katanya dalam kenyataan pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanSebelum ini, mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dilapor datang ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan sebelum ditemui maut dipercayai dibunuh.Menurut Roslan, pihaknya turut mencadangkan mewujudkan Penilaian Risiko Keselamatan Sekolah yang dilaksanakan secara berkala di setiap institusi pendidikan itu."Sekolah perlu mengenal pasti lokasi, waktu dan situasi berisiko serta mempunyai mekanisme amaran awal sebelum sesuatu insiden berkembang menjadi tragedi."Jangan kita menunggu seorang lagi anak menjadi mangsa sebelum kelemahan dikenal pasti |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: 'Tiada apa-apa boleh disembunyikan' - Fadhlina - Sinarharian - 4/10 1:20 pm SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menggesa agar semua perkara yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperiksa secara menyeluruh tanpa cubaan untuk menyembunyikan apa-apa.Beliau berkata, ia termasuk rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan dan aspek kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah.Tegasnya lagi, syarikat kawalan keselamatan turut diminta memberikan kerjasama bagi melengkapkan semakan tersebut."Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil."KPM bakal memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis."Sokongan kaunseling juga sedang diberikan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan."Berikan keluarga ruang dan hormati proses siasatan. Kita mahu kebenaran diperoleh berdasarkan fakta dan bukan spekulasi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekSeorang pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.Remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.Mangsa yang dipercayai tinggal bersama neneknya dilapor datang ke sekolah pada sebelah petang untuk menghadiri kelas tambahan.Berita kehilangan Irene Sofiya disedari neneknya selepas rakan bertanyakan sama ada mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari.Fadhlina turut memaklumkan, pihaknya sudah berada di Yong Peng untuk mendapatkan sendiri perkembangan berhubung kejadian yang meragut nyawa Irene Sofiya.Beliau menambah, taklimat daripada PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan pihak sekolah mengenai kronologi kejadian sudah diterima termasuk tindakan yang sedang dijalankan."Saya turut bertemu keluarga mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat |
|
Pelajar maut di sekolah: Anwar mahu siasatan menyeluruh - Sinarharian - 4/10 12:49 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita beliau atas pemergian pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.Pada masa sama, Perdana Menteri telah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta perkara sebenar yang berlaku."Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku."Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang," menurut hantaran itu.Anwar berkata, keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekDalam kejadian jam 5.30 petang semalam, media melaporkan Irene Sofiya, 16, ditemukan mati dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dibunuh, di dalam dewan sekolah menengah di Yong Peng.Mangsa ditemukan nenek dan rakannya yang datang ke sekolah selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, walaupun kelas tambahan sudah berakhir |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek - Sinarharian - 4/10 12:33 am BATU PAHAT - Sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan selipar dirampas polis selepas menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng di sini pada Sabtu.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian.Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Yong Peng selepas polis menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah."Semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar," katanya dalam kenyataan pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanDalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang 3 Oktober lalu, polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mangsa dalam sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng.Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, mengalami beberapa kecederaan di beberapa bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian serta menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan. |
|
Keselamatan murid semakin meruncing, Fadhlina didesak beri penjelasan di Dewan Rakyat - Sinarharian - 4/10 11:00 am KUANTAN - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek didesak agar memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat Isnin ini mengenai isu keselamatan murid di sekolah.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, rakyat berhak mendapat jawapan segera mengenai isu itu.Menurutnya, tahap keselamatan murid di sekolah sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima."Saya amat sedih dengan laporan satu lagi kematian pelajar di sekolah iaitu di Yong Peng semalam," katanya melalui kenyataan pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanTerdahulu media melaporkan, seorang pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng dekat sini pada Sabtu.Remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.Susulan kejadian itu, tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.Sementara itu, Saifuddin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa."Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan," ucapnya. |
|
'Apa sebenarnya yang sedang berlaku' - Radzi Jidin persoal kes pelajar maut di sekolah - Sinarharian - 4/10 9:58 am SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melahirkan rasa sedih susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Empat yang ditemukan dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat pada Sabtu.Beliau berkata, kejadian berkenaan menimbulkan persoalan mengenai perkara yang sedang berlaku khususnya membabitkan keselamatan pelajar di sekolah."Sangat menyedihkan menerima berita seorang pelajar Tingkatan Empat yang hadir ke sebuah sekolah di Yong Peng untuk mengikuti kelas tuisyen, ditemui dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia."Apa sebenarnya yang sedang berlaku kebelakangan ini," katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanMenurut sumber, mangsa tinggal dengan neneknya selepas ibunya meninggal dunia, manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.Katanya, warga emas itu bergegas ke sekolah untuk mencari cucunya sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan lemah.Radzi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan."Takziah buat keluarga mangsa |
|
Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini - Sinarharian - 4/10 9:55 am BATU PAHAT - Tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat sini, pada Sabtu.Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.Ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun itu ditahan beberapa jam susulan penemuan mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, kira-kira jam 5.30 petang.Mereka adalah pelajar sekolah sama dengan mangsa Irene Sofiya yang disyaki dibunuh dengan kejam sebelum ditinggalkan dalam dewan di sekolahnya.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanDalam kejadian itu, mangsa ditemukan neneknya di sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan. |
|
Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco - Sinarharian - 4/10 8:34 am JOHOR BAHRU - Tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah, tegas Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.Penegasan itu dibuat susulan insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, pada Sabtu.Beliau berkata, bagaimanapun, sama ada kejadian berkenaan mempunyai unsur buli, keganasan atau perlakuan jenayah perlu ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya spekulasi."Saya ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah."Namun, sama ada insiden ini mempunyai unsur-unsur berkenaan hendaklah ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya melalui spekulasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti fakta serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian pelajar berkenaan.Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat telah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan.Katanya, kedua-dua agensi berkenaan turut diminta memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa serta komuniti sekolah yang terkesan dengan kejadian itu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanBeliau berkata, sekolah sepatutnya kekal sebagai tempat selamat untuk setiap anak Johor menimba ilmu, membina masa depan dan berada dalam persekitaran yang melindungi keselamatan serta kesejahteraan mereka.Sehubungan itu, kerajaan negeri bersama JPNJ dan agensi berkaitan akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan di institusi pendidikan serta mengambil tindakan susulan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa.Beliau turut mengingatkan orang awam dan pengguna media sosial supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat kesimpulan awal yang boleh mengganggu proses siasatan.Dalam masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan yang amat menyedihkan itu. |
|
Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan - Sinarharian - 4/10 8:27 am BATU PAHAT- "Dia antara pelajar terbaik di sekolah dan kami yakin dia mampu mendapat semua A dalam SPM tahun depan."Demikian kata seorang rakan sekelas Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini, petang semalam.Rakan yang enggan dikenali itu berkata, Irene Sofiya seorang pelajar yang sangat fokus dalam pembelajaran selain aktif menyertai aktiviti sekolah."Dia suka fokus dalam pembelajaran dan aktif dalam aktiviti sekolah |
|
'Saya peluk Fiya sambil mengajarnya mengucap kalimah syahadah' - Nenek .. - Hmetro - 4/10 7:56 am Batu Pahat: Rakan jumpa Fiya dalam dewan sekolah, keadaannya sangat lemah |
|
Pelajar ditemui maut di sekolah: Nenek pilu lihat Fiya terkulai dalam pangkuan - Sinarharian - 4/10 7:39 am BATU PAHAT "Dia sempat pandang muka nenek ketika dipangku sebelum pergi selamanya."Demikian luah Jameyah Rabani, 66, ketika melihat cucunya, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini, petang Sabtu.Bercerita mengenai kejadian itu, Jameyah memberitahu dua rakan cucunya itu datang ke rumah untuk bertanyakan keberadaan Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya pada kira-kira jam 5.30 petang.Menurutnya, kedua-dua rakan berkenaan hairan apabila motosikal milik Fiya masih berada di sekolah, sedangkan mereka tidak menemuinya.Dia kemudian mengajak anak sulungnya Siti Nur Faeza, 45, yang baru sampai dari Kluang, ke sekolah yang terletak tiga kilometer dari rumah untuk mencari cucunya bersama dua rakan berkenaan."Kami pusing mencari di sekitar kawasan sekolah dan rakan-rakannya turut membantu sebelum salah seorang daripada mereka menemui Fiya di dalam dewan sekolah."Saya kemudian terdengar rakannya menjerit memanggil saya supaya segera datang kerana darah sudah banyak," katanya ketika ditemui di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada malam Sabtu.Jameyah memberitahu, sebaik tiba di lokasi, dia melihat cucunya masih memberikan reaksi apabila namanya dipanggil, namun berada dalam keadaan lemah dan berlumuran darah."Saya pegang dia, panggil nama Fiya dan ajar dia mengucap |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |