///
See Also: Shutterstock

Search : Fasal News   Page 1    



Lek Khang letak jawatan, Sayap Bersekutu Bersatu Johor bubar - Mgazette - 14/02 7:55 am

Sebelum itu, Lembaga Disiplin Bersatu dilaporkan memecat keahlian Hamzah berkuat kuasa hari ini. Keputusan itu dibuat menerusi persidangan yang berlangsung semalam kerana tindakannya didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.- MalaysiaGazette Kerajaan tidak boleh memandang ringan isu ini kerana ia berpotensi mencetuskan ketidakpuasan dan konflik antara komuniti agama serta kaum, kata Tong Keong





Muhyiddin panggil Mesyuarat Khas MPT di kediamannya esok - Mgazette - 14/02 7:55 am

Turut dipecat adalah Ahli MPT, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin berkuat kuasa hari ini. Bersatu beralasan Hamzah dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa hari ini kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti





Bersatu pecat Hamzah - Mgazette - 14/02 7:55 am

Radzi Manan hari ini yang dilihat MalaysiaGazette. Berdasarkan notis itu, LD Bersatu memutuskan bahawa Hamzah dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai tarikh surat itu dikeluarkan (hari ini) kerana tindakan beliau yang melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan Bersatu





Minum petang di Marang, Hamzah muat naik gambar 1,000 makna - Mgazette - 14/02 7:55 am

Radzi Manan hari ini yang dilihat MalaysiaGazette. Berdasarkan notis itu, LD Bersatu memutuskan bahawa Hamzah dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai tarikh surat itu dikeluarkan (hari ini) kerana tindakan beliau yang melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan Bersatu





Bersatu larang ahli sertai perhimpunan anjuran individu dipecat Bersatu .. - Mgazette - 14/02 7:55 am

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkatamenjadi satu kesalahan bagi mana-mana ahli yang bersekongkol dengan individu atau pihak yang bertindak bertentangan dengan Perlembagaan parti serta mengeluarkan kata-kata kesat yang mencemarkan nama baik dan maruah parti. Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa (Timbalan Presiden Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa individu dipecat hak keahlian di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa hari inikerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu





Jangan sertai himpunan pemimpin dipecat, ahli Bersatu diberi amaran - Hotfm - 13/02 10:52 pm

Setiausaha Bersatu Agung Azmin Ali berkata ahli yang terlibat berdepan tindakan disiplin di bawah Fasal 22.1 Perlembagaan parti.





Jangan sertai himpunan pemimpin dipecat, ahli Bersatu diberi amaran - FMT - 13/02 10:52 pm

Setiausaha Bersatu Agung Azmin Ali berkata ahli yang terlibat berdepan tindakan disiplin di bawah Fasal 22.1 Perlembagaan parti.





Bersatu larang ahli sertai perhimpunan anjuran individu dipecat - Sinarharian - 13/02 10:22 pm

KUALA LUMPUR - Semua ahli Bersatu diberi peringatan tegas supaya tidak terlibat dalam sebarang bentuk perjumpaan dan perhimpunan yang dianjurkan oleh individu yang telah dipecat oleh Lembaga Disiplin parti berkenaan.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, menjadi satu kesalahan bagi mana-mana ahli yang bersekongkol dengan individu atau pihak yang bertindak bertentangan dengan Perlembagaan parti serta mengeluarkan kata-kata kesat yang mencemarkan nama baik dan maruah parti."Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa (Timbalan Presiden Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa individu dipecat hak keahlian di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa hari ini kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu."Menurut Fasal 9.1.1, setiap ahli mempunyai tanggungjawab mendukung matlamat dan tujuan parti serta melaksanakan dasar parti, manakala Fasal 9.1.4 menegaskan setiap ahli wajib mematuhi Perlembagaan parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti," katanya dalam kenyataan malam ini.Beliau berkata, sebarang pelanggaran terhadap perkara itu boleh dikenakan tindakan disiplin seperti termaktub dalam Fasal 22.1 Perlembagaan parti."Saya mohon kerjasama semua pimpinan dan ahli parti untuk menjunjung Perlembagaan parti dan mencintai Bersatu sebagai wahana inklusif, progresif demi masa depan umat dan negara Malaysia yang tercinta," katanya.Terdahulu, Mohamed Azmin dalam kenyataan memaklumkan Hamzah dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti berkenaan.Lembaga Disiplin yang bersidang semalam memutuskan untuk memecat lima lagi ahli berkuat kuasa hari ini





Apa sudah jadi? FB Bersatu papar poster Undur Muhyiddin - Sinarharian - 13/02 9:58 pm

SHAH ALAM Beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula sekitar jam 6 petang Jumaat menimbulkan tanda tanya apabila kandungannya dilihat seolah-olah bercanggah dengan keputusan parti berhubung pemecatan beberapa ahlinya.Situasi itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penyokong apabila mesej yang dipaparkan tidak selari dengan pendirian rasmi parti yang sebelum ini mengumumkan tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Terbaharu, pengendali laman sosial itu telah mengemas kini banner muka depan dengan poster tertera UNDUR MUHYIDDIN.Selain itu, turut dimuat naik satu status yang ditujukan kepada Ketua Penerangan Bersatu dengan memetik dialog daripada filem Tiga Abdul.Terdahulu, Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan pemecatan 17 ahlinya termasuk Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan mengikut Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.





Hamzah tenang selepas dipecat, titip mesej 'ALLAH sebaik-baik perancang' - Sinarharian - 13/02 9:28 pm

Minum petang di Rusila. ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang," katanya.Turut kelihatan dalam gambar yang dimuat naik Hamzah ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman; Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu dilaporkan memecat Hamzah serta 16 lagi ahlinya selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan parti





Pimpinan Bersatu Perak paling ramai dipecat - Sinarharian - 13/02 8:44 pm

IPOH - Sekurang-kurangnya lapan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Perak menerima surat pemecatan daripada parti berkenaan sehingga jam 6 petang pada Jumaat.Daripada 17 pemimpin yang disenarai telah dipecat itu menyaksikan pimpinan dari Perak paling ramai setakat ini dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Bersatu.Empat wakil rakyat terdiri daripada tiga Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara yang menerima surat pemecatan tersebut bersama empat lagi ketua Bersatu bahagian.Mereka ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dan ADUN Sungai Manik, merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Bagi pimpinan bahagian pula, mereka yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bahagian Bersatu Gopeng, Ahmad Ishak; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mhod Yunus Mhd Yusop.Sementara itu Zainol Fadzi yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan mengenai pemecatan beliau bersama pimpinan Bersatu dari Perak yang lain.Menurutnya, berdasarkan penjelasan di dalam surat yang dihantar pada Jumaat memaklumkan alasan pemecatan keahlian tersebut kerana tindakan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembangaan Bersatu.Beliau turut mengakui kesemua pemimpin Bersatu dari Perak itu tidak menghadiri sesi pendengaran ditetapkan Lembaga Disiplin parti."Kami semua dari Perak tidak hadir panggilan Lembaga Disiplin semalam kerana kita dah jangka keputusan telah ada."Lembaga Displin buat syarat sahaja," katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Pasir Salak," katanya.Terdahulu media melaporkan selain lapan pemimpin dari Perak terdapat enam lagi yang turut dipecat termasuklah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin.





Hamzah dipecat: Bersekutu Bersatu Johor umum bubar - Sinarharian - 13/02 7:25 pm

JOHOR BAHRU Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Johor mengumumkan pembubaran rasmi berkuat kuasa serta-merta susulan penyingkiran Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada parti itu.Pengerusi Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang berkata, beliau turut mengumumkan keluar daripada Bersatu berkuat kuasa hari ini sebagai tanda bantahan terhadap keputusan berkenaan.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) Negeri Bersekutu Johor mengambil pendirian sama dengan meletakkan jawatan, sekali gus membawa kepada pembubaran sayap bersekutu di peringkat negeri."Pembubaran ini dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan kami terhadap keputusan penyingkiran Timbalan Presiden parti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, antara kepimpinan Bersekutu Bersatu Johor yang turut meletakkan jawatan ialah Naib Pengerusi, Poobalan Ponnusamy (Tebrau); Setiausaha, Yeo Kwee Kwang (Pulai); Setiausaha Kerja, Kevin Wong Chan Giap serta Bendahari, Roland Lim Ching Eng (Johor Bahru).Turut sama ialah Ketua Penerangan, Khoo Kong Ek (Iskandar Puteri); Biro Aduan Awam, Lim Thow Siang (Tebrau) bersama Naib Ketua, Ang Tun Chek; Biro Antarabangsa, Yap Wen Piau (Pasir Gudang); Biro Pendidikan, Kalai Arasan (Tebrau); Ketua Pemuda, Eugene Lim Yew Chin (Sembrong) dan Ketua Wanita, Joan Ng Geok Yin (Kluang).Selain itu, AJK negeri yang terlibat ialah Tong Liang Fook (Segamat), Goh Jun Hao (Kota Tinggi), Gan Guo Qin (Bandar Tenggara) dan Sadra Segaran (Kulai).Dalam perkembangan sama, Lek Khang memaklumkan bahawa Biro Aduan Awam Bersekutu Johor yang dibubarkan akan dinamakan semula sebagai Pasukan Perkhidmatan Datuk Tan Lek Khang JP.Katanya, pasukan berkenaan akan terus diterajui oleh Lim Thow Siang dan Ang Tun Chek bagi meneruskan perkhidmatan serta perundingan kepada masyarakat umum.Sebelum ini, Lembaga Disiplin Bersatu dilaporkan memecat keahlian Hamzah berkuat kuasa pada Jumaat.Menurut sumber, keputusan itu dibuat terhadap Timbalan Presiden Bersatu itu menerusi persidangan yang berlangsung pada Khamis kerana tindakannya didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.





Selepas Hamzah, 16 lagi pemimpin dipecat Bersatu - Sinarharian - 13/02 6:42 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Selepas Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 16 lagi pemimpin parti itu menerima nasib sama setelah didapati melanggar Perlembagaan Bersatu.Pemecatan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu notis makluman bertarikh 13 Februari 2026.Berdasarkan senarai penuh yang dikongsikan, selain Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, tiga Ahli Parlimen lain serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dipecat.Tiga Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.Sementara itu, sembilan Ketua Bahagian Bersatu turut dipecat setakat ini iaitu Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassuandi Hamzah; Yunus Nurdin (Libaran); Datuk Abdul Aziz Ismail (Dungun); Ahmad Nasir Mid (Selayang); Ahmad Ishak (Gopeng); Kamaruddin Majid (Teluk Intan); Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru); Ahmad Meon (Tangga Batu) serta Ketua Bahagian Bersatu Tapah, Mohd Yunus Mohd Yusop.Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah, Nabila Norshahar dan Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim.Dalam notis itu, dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah melaksanakan tugas-tugasnya di bawah Tatacara Pengurusan Kes Disiplin Bersatu pada 12 Februari 2026 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu."Mana-mana ahli Bersatu yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman adalah berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini," menurut notis itu.Terdahulu, Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang dipecat keahliannya berkuat kuasa pada Jumaat.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.Hamzah pada Khamis dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu yang dijadual berlangsung di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli memaklumkan Ahli Parlimen Larut itu kini berada di Sydney, Australia.Beliau berkata, Hamzah berlepas ke Australia bagi menemani dan membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum menerima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke prosiding Lembaga Disiplin Bersatu.Lembaga Disiplin Bersatu dalam notis panggilan sebelum ini memaklumkan Hamzah dipanggil terkait isu kritikan dan serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta rundingan membabitkan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN).Sebelum ini, pelbagai desakan daripada pemimpin parti itu mahu supaya keahlian Hamzah dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Muhyiddin.Hamzah turut didakwa terbabit dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih dan menukar kepimpinan Bersatu ketika ini.Bersatu sebelum ini juga sudah mengambil tindakan pemecatan kepada ramai pemimpinnya yang terbabit dalam gerakan sama.





Wan Ahmad Fayhsal yang digantung sepenggal dipecat - Sinarharian - 13/02 6:24 pm

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dipecat berkuatkuasa pada Jumaat.Pemecatan bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dibuat dalam parti kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal digantung selama satu penggal pada Oktober lalu."Alhamdulillah saya juga telah selamat dipecat oleh Parti Bersatu."Insya-ALLAH saya akan terus istiqamah bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam berperanan sebagai Ahli Dewan Rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.Dalam satu notis dikeluarkan Lembaga Disiplin parti itu, bekas Ketua Armada Bersatu itu dipecat keahliannya dalam parti kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Notis pemecatan serta-merta bertarikh pada Jumaat dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.Media pada Jumaat melaporkan Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Menurut notis yang dikeluarkan oleh Mohd Radzi, pemecatan Hamzah dibuat kerana tindakannya yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti."Adalah dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Disiplin telah bersidang pada 12 Februari 2026 dan telah memutuskan bahawa Datuk Seri dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan kerana tindakan Datuk Seri melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU."Sila ambil perhatian bahawa notis ini berkuat kuasa serta-merta





Bersatu Pecat Hamzah Zainudin Berkuat Kuasa Hari Ini - Lobakmerah - 13/02 6:11 pm

Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat oleh Lembaha Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa pada hari ini. Memetik laporan Sinar Harian, keputusan tersebut dibuat terhadap Timbalan Presiden Bersatu menerusi satu persidangan yang berlangsung pada Khamis dan mendapati bahawa tindakannya itu telah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu





Pemecatan Hamzah tidak gugat kedudukan parti - Bersatu Kelantan - Sinarharian - 13/02 5:52 pm

Jadi perlu hormatilah keputusan yang dibuat. Tindakan itu berpandukan kepada penilaian dan semakan."Jadi ahli harus beri kepercayaan penuh kepada Lembaga Disiplin," katanya.Media pada Jumaat melaporkan Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Hamzah.Menurut notis yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, pemecatan Hamzah dibuat kerana tindakannya yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti."Adalah dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Disiplin telah bersidang pada 12 Februari 2026 dan telah memutuskan bahawa Datuk Seri dipecat dan hak-hak keahliannya dalam parti digugurkan di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan kerana tindakan Datuk Seri melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu."Sila ambil perhatian bahawa notis ini berkuat kuasa serta-merta





Pemecatan Hamzah tanda Muhyiddin terdesak - Wan Saiful - Sinarharian - 13/02 4:59 pm

Hanya mereka yang dia lantik saja yang menyokong dia. Itupun kerana sayangkan jawatan lantikan."Betul lah komen-komen saya sebelum ini bahawa Lembaga Disiplin diperkuda untuk memburu Hamzah."Akar umbi kekal bersama Hamzah dan kumpulan yang lebih besar adalah bersama Hamzah," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.Pada Jumaat, Hamzah dilaporkan dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta menerusi Notis Pemecatan Keahlian bertarikh 13 Februari 2026 dengan rujukan BERSATU/LD/RPT/108/25.Menerusi notis berkenaan, Lembaga Disiplin Bersatu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 12 Februari 2026.Menurut notis itu, keputusan pemecatan dibuat di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan Hamzah yang didakwa melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan.Hamzah yang juga ahli Bahagian Larut dimaklumkan bahawa notis berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan.Notis pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Mohd Manan dan dialamatkan kepada Hamzah di Bukit Damansara.





Bersatu pecat Hamzah Zainudin - Sinarharian - 13/02 4:54 pm

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin berkuat kuasa pada Jumaat.Menurut sumber, keputusan itu dibuat terhadap Timbalan Presiden Bersatu itu menerusi persidangan yang berlangsung pada Khamis kerana tindakannya didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Menerusi notis tersebut, Hamzah bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi kenyataan memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi telah dimaklumkan mengenai keputusan Lembaga Disiplin itu."Hamzah dipecat dan hak-hak keahliannya dalam parti digugurkan di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai 13 Februari (Jumaat) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu," katanya ringkas.Ahli Parlimen Larut itu sebelum ini dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Hamzah tetap diteruskan seperti dijadualkan meskipun Ketua Pembangkang itu berada di luar negara.Pada masa sama, seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan sebagai presiden parti.Kesemua wakil rakyat terbabit melahirkan keyakinan bahawa Hamzah mampu menjadi Pemangku Presiden yang baik, mengembalikan agenda Bersatu kepada perjuangan rakyat dan negara serta menyatukan kembali parti demi memastikan kemenangan.





Abdul Hadi nasihat ahli Pas Perlis taat kepimpinan parti - Sinarharian - 11/02 12:36 am

SHAH ALAM Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menasihati seluruh ahli parti itu di Perlis supaya kekal taat kepada kepimpinan parti yang dilantik oleh pimpinan pusat susulan konflik pentadbiran negeri itu sebelum ini.Menerusi surat terbuka kepada ahli Pas Perlis, beliau berkata, kepimpinan Pas Pusat yang dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan parti berkuasa mentadbir serta melantik jawatan-jawatan di semua peringkat termasuk pesuruhjaya Pas negeri dan menteri besar.Katanya, disebabkan itu, pelantikan tersebut wajib ditaati oleh semua ahli Pas berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW mengenai jihad."Jihad itu wajib bersama ketua yang dilantik, sama ada dia seorang yang baik atau seorang yang jahat, melainkan arahan mengerjakan maksiat."Pas Pusat telah memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Perlis daripada kalangan ahli Majlis Syura Ulama, jawatan yang paling bersih dalam Pas," katanya pada Rabu.Sabtu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin mendakwa isu dalaman Pas Perlis terutama membabitkan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, boleh diselesaikan lebih awal jika pimpinan di pusat menanganinya lebih awal.Menurut Hashim, beliau telah melaporkan perkara yang dianggap tidak wajar berlaku di Perlis itu kepada pimpinan pusat termasuk Presiden parti, namun tindakan susulan yang diharapkan tidak berlaku.Mohd Shukri meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 25 Disember lalu atas faktor kesihatan selepas laporan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN), termasuk tiga daripada Pas, menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menarik sokongan terhadap beliau.Tiga wakil rakyat Pas yang dikatakan berbuat demikian ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Majlis Syura Ulama Pas kemudian dilaporkan menerima permohonan kemasukan semula bekas tiga ADUN Perlis itu yang akan diserahkan kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, untuk pertimbangan Pas Pusat.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Majlis Syura Ulama bertanggungjawab memastikan dasar tertinggi parti berlandaskan al-Quran dan sunnah, manakala urusan pentadbiran berada di bawah bidang kuasa Pas Pusat selagi tidak bercanggah dengan dasar tertinggi parti."Adapun pelaksanaan dasar hukum tertinggi Pas iaitu al-Quran dan as-Sunnah serta Ijmak Ulama dan Qias dipertanggungjawabkan kepada Majlis Syura Ulama."Ia mengikut Fasal 8(1) Perlembagaan Pas yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan Ulama Pas Pusat, Dewan Pemuda Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat serta dilantik anggota tambahan oleh Majlis Syura Ulama itu sendiri."Maka, Majlis Syura Ulama tiada kaitan dengan pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan dasar tertinggi," ujarnya.Abdul Hadi menegaskan, pihaknya juga telah melakukan tabayyun atau siasatan terhadap aduan dari Perlis sejak awal menerima pengaduan selepas memenangi pilihan raya negeri.Menurutnya, beberapa wakil Pas Pusat dihantar ke Perlis bagi melakukan tabayyun dan pemimpin Pas kawasan dijemput hadir untuk mendengar pengaduan secara bersemuka serta menjalankan siasatan lanjut."Adapun pertemuan dengan para pemimpin Pas kawasan di Pejabat Agung mendedahkan sifat mereka yang tidak memenuhi ciri-ciri ahli parti Islam yang bertarbiah





Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian - Sinarharian - 1/02 1:13 pm

Siasah syariyyah matlamatnya menjaga kesatuan saf, memelihara kepercayaan dalaman serta mengurus khilaf tanpa memusnahkan jemaah. Rakyat pula tidak boleh menjadi mangsa konflik dalaman parti," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Beliau berkata demikian menyimpulkan dapatan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas kali ke-2 sesi 2026/2030 pada 27 Januari lalu di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.Pada masa sama, Hashim berpendapat, Majlis Syura Ulamak Pas perlu membawa watak adil, pendamai dan pemaaf dalam menyatukan ahli parti yang berpecah, khususnya di Perlis supaya tiada sesiapa pun boleh menambah lagi api permusuhan."Pas adalah jemaah Islam yang memperuntukkan kuasa besar kepada Majlis Syura Ulamak dan Mursyidul Am dalam Perlembagaan."Ia bagi memelihara Perlembagaan supaya dasar Pas dipatuhi dalam kegiatan dan pentadbiran parti," ujar beliau.Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, keahlian tiga ADUN Perlis itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.Jelas Abdul Hadi, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada 24 Disember tahun lalu.Menurutnya lagi, mesyuarat membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.





Wan Fayshal minta Muhyiddin berundur sebagai Presiden Bersatu - Mgazette - 30/01 7:55 am

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, isu itu sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh Pas termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari lalu. Malah, jelas beliau, Pas kekal dengan pendirian jawatan Pengerusi PN hendaklah kekal dan tidak dimansuhkan serta diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN





Jangan pula mansuh jawatan presiden untuk lantik Muhyiddin sebagai .. - Mgazette - 30/01 7:55 am

Menurut Abdul Hadi, isu itu sama sekali tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui oleh Pas termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari lalu. Malah, tegas beliau, Pas kekal dengan pendirian jawatan Pengerusi PN hendaklah kekal dan tidak dimansuhkan serta diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN





Benda kecil saja, masukkan nama Muhyiddin dalam lampiran surat jemputan .. - Mgazette - 30/01 7:55 am

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin itu menambah, tindakan tidak menjemput Muhyiddin ke Mesyuarat Luar Biasa PN adalah pelanggaran perlembagaan PN yang jelas dan mutlak. "Sedangkan Fasal 8.3(I)(b) Perlembagaan PN menyebut: Sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan, peletakan jawatan itu hendaklah berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan majlis tertinggi yang akan memilih dengan secepat mungkin seorang pengerusi baharu





Muhyiddin masih Pengerusi PN selagi MT tidak lulus peletakan jawatan - Marzuki - Sinarharian - 29/01 5:53 pm

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berstatus Pengerusi Perikatan Nasional (PN) selagi Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu tidak meluluskan peletakan jawatannya seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan PN.Menurut bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri kelapan itu, Datuk Dr Marzuki Mohamad, walaupun Muhyiddin telah mengemukakan surat peletakan jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu, peletakan jawatan itu dari segi perlembagaan hanya berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan MT PN.Beliau berkata, perkara itu jelas dinyatakan dalam Fasal 8.3(I)(b) Perlembagaan PN yang menyebut bahawa peletakan jawatan Pengerusi hanya berkuat kuasa selepas diluluskan oleh Majlis Tertinggi yang kemudiannya akan memilih seorang Pengerusi baharu dengan secepat mungkin."Fasal ini mempunyai tiga elemen penting iaitu peletakan jawatan, kelulusan Majlis Tertinggi dan kuat kuasa peletakan jawatan."Selagi MT PN tidak meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin, dari segi perlembagaan beliau masih Pengerusi PN," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.Sehubungan itu, Marzuki menegaskan, Muhyiddin sepatutnya dijemput menghadiri Mesyuarat Luar Biasa PN kerana kedudukannya sebagai Pengerusi masih sah mengikut perlembagaan."Tindakan tidak menjemput Tan Sri Muhyiddin ke Mesyuarat Luar Biasa PN adalah pelanggaran Perlembagaan PN yang jelas dan mutlak," ujarnya.Beliau turut menekankan bahawa Perlembagaan PN merupakan sumber autoriti tertinggi gabungan itu, mengatasi kandungan mana-mana surat individu, termasuk surat peletakan jawatan."Walau apa pun kandungan surat Tan Sri Muhyiddin, Perlembagaan PN adalah sumber otoriti parti yang paling tinggi," ujarnya.Mengulas lanjut, Marzuki menyifatkan isu berkenaan sebagai perkara kecil yang tidak seharusnya menimbulkan kekecohan dan boleh dielakkan dengan memasukkan nama Muhyiddin dalam senarai jemputan mesyuarat berkenaan."Nama lengkap Tan Sri Muhyiddin cuma mengandungi 25 huruf



Hadi sangkal Muhyiddin, mansuh jawatan Pengerusi PN tak pernah dibincang - Mgazette - 29/01 7:50 am

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, isu itu sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh Pas termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari lalu. Malah, jelas beliau, Pas kekal dengan pendirian jawatan Pengerusi PN hendaklah kekal dan tidak dimansuhkan serta diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN



'Mesyuarat PN ini untuk ahli Majlis Tertinggi sahaja' Takiyuddin - Sinarharian - 26/01 4:31 pm

"Perlembagaan PN ini agak pelik juga yang mana Pengerusi PN memegang jawatan selagi dikehendaki oleh Majlis Tertinggi walaupun 10 hingga 20 tahun."Pemahaman saya kita hanya panggil ahli Majlis Tertinggi sahaja. Kalau ada satu keputusan lain yang tafsir Perlembagaan ini, sebagai Timbalan Setiausaha Agung saya akur," katanya ketika sidang media Timbalan Setiausaha Agung PN di Pejabat Agung Pas Pusat, Jalan Raja Laut di sini pada Isnin.Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri tersebut menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa yang mana, peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.Susulan itu, timbul pelbagai spekulasi calon akan menerajui PN termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar.Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada Pas termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mahu jawatan Pengerusi PN diberikan kepada Pas.Ujar Takiyuddin, nama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan PN, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin tidak disenaraikan dalam mesyuarat berkenaan memandangkan kedua-dua individu itu telah mengemukakan peletakan jawatan sebelum ini.Menurut beliau, mesyuarat luar biasa PN kali ini mengetengahkan tiga agenda utama termasuk memilih pengerusi mesyuarat dari kalangan timbalan-timbalan pengerusi PN."Agenda kedua mengesahkan peletakan jawatan pengerusi PN seperti mana kehendak fasal 8.3 (1)(b)."Ketiga, apabila atau sekiranya Majlis Tertinggi PN meluluskan peletakan jawatan pengurusi PN, maka selepas itu baru diadakan pelantikan pengerusi PN yang baharu



Calon Pengerusi PN bukan Presiden Pas – Takiyuddin Calon Pengerusi .. - Mgazette - 26/01 4:05 pm

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Jumaat lalu mengeluarkan notis Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi (MT) PN yang dijadualkan berlangsung Khamis ini. Berdasarkan notis berkenaan, mesyuarat itu akan memilih pengerusi mesyuarat dalam kalangan Timbalan Pengerusi PN, selaras Fasal 8.3(II)(b) Perlembagaan gabungan tersebut



'Bukan arahan peribadi Presiden, gugur 3 ADUN Pas Perlis ketetapan Muktamar' - Sinarharian - 24/01 5:19 pm

SHAH ALAM - Pas menafikan dakwaan bahawa keputusan menghentikan keahlian tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Perlis dibuat atas arahan peribadi Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, tindakan itu sebaliknya merupakan ketetapan rasmi Pas selaras dengan Perlembagaan parti."Sebagai pencerahan, Fasal 15A Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) berkaitan Keberhentian Ahli Badan Perundangan Pas telah diluluskan oleh Muktamar Pas dengan sokongan sebulat suara."Di penghujung fasal tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa '..



Dakwa dipecat secara tidak sah, enam bekas Ketua Bahagian Bersatu lapor RoS - Sinarharian - 22/01 6:05 pm

Tindakan ini jelas pelik dan menimbulkan persoalan besar dari sudut kesahihan pemecatan," katanya kepada pemberita.Mohd Shukor turut mendakwa bahawa proses pemecatan tersebut tidak memenuhi prinsip keadilan asasi apabila tiada prosiding perbicaraan sebenar dijalankan, sebaliknya hanya sekadar perbincangan ringkas tanpa peluang untuk membela diri."Kami tidak diberikan butiran kesalahan secara khusus. Surat pemecatan hanya merujuk kepada fasal umum dalam Perlembagaan tanpa menjelaskan kesalahan sebenar yang didakwa kami lakukan," jelasnya.Sementara itu, Mohd Faizal mendakwa bahawa pemecatan tersebut bersifat terancang dan selektif, memandangkan kebanyakan yang terlibat adalah bekas Ketua Bahagian serta ia berlaku ketika parti berdepan Pilihan Raya Negeri Sabah."Kesalahan yang didakwa ke atas kami bukanlah kesalahan besar dan boleh diperbetulkan demi kelangsungan parti, tetapi tindakan yang diambil seolah-olah bertujuan menyingkirkan kami terus," katanya.Mereka juga membangkitkan isu konflik kepentingan melibatkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohammed Radzi Abdul Manan yang merupakan bapa mentua kepada Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bapa kepada Naib Ketua Srikandi, Nolee Ashilin Mohammed Radzi."Di situ bagi kami sudah wujud konflik kepentingan




Reformasi     >>



13 pemimpin Bersatu lain turut dipecat - Harapandaily
Selain daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dan tiga ahli parlimen, 13 lagi pemimpin Bersatu telah dipecat semalam. Kesemua 13 pemimpin Bersatu tersebut adalah seperti berikut: Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Zulkifli BujangKetua Pembangkang Melaka, Dr Yadzil YaakubAdun Sungai Manik, Zainol ..
Kroni     >>



Experts back panel investigating Azam - Star
PETALING JAYA: The move to set up a special committee to investigate the controversies surrounding Tan Sri Azam Baki's alleged share ownership is receiving the backing of anti-graft watchdogs amid renewed calls for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to be answerable to Parliament. Read full story
Tabloid     >>



Tidak guna taktik tidak bijak untuk cepat dikenali - Hmetro
DUNIA seni tanah air tidak pernah sunyi daripada kehadiran wajah-wajah baharu yang menghiasi kaca televisyen mahupun dada akhbar. Namun, dalam lambakan bakat muda, nama Arabella Ellen mula mencuri tumpuan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung teases the Galaxy S26 Ultra's nighttime .. - Gsmarena
Samsung is finally unveiling the Galaxy S26, S26+, and S26 Ultra on February 25 (missing the opportunity to align with the names and the year and have it take place on February 26). Ahead of that, the company is now in full teaser mode. Today, Samsung's US arm posted the video teaser you can see ..
World     >>



Trump takes a beating from his own party amid Epstein .. - Cnbc
A series of setbacks for the White House is drawing focus even as Trump touts a drug-pricing initiative, stock market gains, lower inflation as political wins.
Motor Trend     >>



Buletin Toyota Highlander Bev 2027 Didedahkan – .. - Mekanika
# TOYOTA HIGHLANDER BEV 2027 DIDEDAHKAN - TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 515KM **Toyota akhirnya membawa nama Highlander ke era elektrik sepenuhnya apabila memperkenalkan Highlander BEV baharu bagi tahun model 2027, lengkap dengan tiga baris tempat duduk.** SUV yang pernah menjadi pilihan utama ..